Anda di halaman 1dari 4

Kertas Kerja Program Gerobok Rezeki

Sekolah Kebangsaan Taman Ehsan, Kepong, Selangor.

1.0 Pengenalan
Gerobok rezeki adalah satu inovasi sosial yang dijenamakan pertubuhan HUMANITY.
Kini idea ini sedang disebar luas kepada warga sekolah. Jika selama ini masyarakat terdedah
dengan gerobok rezeki hanya di masjid, surau dan di kedai makan, kini sekolah menjadi ejen
baru dalam menyemai dan menyebar kebaikan melalui konsep kongsi rezeki, mudahnya
sedekah. Asas idea ini adalah dengan meletakkan gerobok atau rak di bilik kaunselor atau bilik
guru. Gerobok tersebut akan dipenuhi dengan segala bentuk keperluan asas makanan, baik
makanan basah untuk murid yang tidak membawa duit (yang memerlukan), atau pun makanan
kering untuk bantu keluarga di rumah. Gerobok juga boleh dilengkapkan dengan pelbagai lagi
keperluan lain seperti alatan tulis, buku, pakaian serta kelengkapan sekolah atau apa-apa saja
yang difikirkan sesuai untuk membantu murid susah atau memerlukan.

2.0 Matlamat
Diharapkan program gerobok rezeki mampu berfungsi sebagai satu medium untuk
kembali meningkatkan semangat peduli insan dalam masyarakat kita. Melentur buluh biarlah
dari rebung, begitulah perumpamaan buat kita, khususnya dalam diri anak-anak yang mana
akan didedahkan konsep kongsi rezeki sejak di bangku sekolah lagi. Kesannya perpaduan
antara kaum akan dapat dipupuk menerusi aktiviti kebajikan ini tanpa prejudis pada bangsa
serta agama.

3.0 Objektif
Program ini bertujuan untuk :
3.1 Satu kaedah alternatif dalam memberi bantuan kepada murid yang memerlukan
khususnya anak miskin bandar.
3.2 Sebagai satu medium mendidik masyarakat khususnya murid sekolah itu sendiri tentang
konsep kongsi rezeki
3.3 Untuk menyemai budaya peduli insan dalam diri anak kita dengan mengambil tahu
kawan yang mengalami kesukaran dalam kehidupan.
3.4 Memberi hak mereka (golongan yang memerlukan) dari pendapatan kita.
3.5 Sebagai satu agen perpaduan yang mana membantu tanpa prejudis terhadap agama
dan bangsa dengan amalan memberi tanpa persoalan.
4.0 Sasaran
Semua murid SK Taman Ehsan tidak mengira bangsa dan agama. Murid tersebut
mestilah anak miskin bandar, anak asnaf atau mereka yang mengalami musibah dan terputus
bekalan makanan. Murid lain juga yang tertinggal duit atau sebab lain dibenarkan mengambil
bekalan makanan di gerobok, dengan didikan dia perlu bersedekah semula di lain hari.

5.0 Perlaksanaan
Program di bawah Unit Hal Ehwal Murid digerakkan oleh Unit Kaunseling SK Taman
Ehsan ini mensasarkan murid miskin bandar, asnaf atau yatim ini dibantu secara berkala
dengan menyumbangkan bekalan keperluan harian kepada mereka. Perjalanan Gerobok
Rezeki ini akan dipantau oleh pihak pentadbir yang diketuai oleh Guru Besar, Datin Jamnah
@Intan Bt Idrus agar ianya diagihkan secara rata dan saksama serta berterusan membantu
murid yang kurang berkemampuan.

Dana program ini diperolehi daripada pihak NGO, PIBG serta guru-guru SK Taman Ehsan.
Wang sumbangan akan digunakan untuk membeli keperluan harian murid. Selain itu,
sumbangan berbentuk barangan dan pakaian juga diterima bagi tujuan sedekah dengan syarat
pakaian tersebut mestilah pakaian baharu.

6.0 Senarai Barangan Gerobok Rezeki


Berikut adalah barangan kering keperluan asas dapur yang menjadi keperluan untuk
diletakkan di gerobok:
(i) Beras (dibungkus semula kepada 1-2kg)
(ii) Minyak masak 1kg
(iii) Tepung gandum 1kg
(iv) Gula pasir 1kg
(v) Garam dan asam jawa
(vi) Susu pekat manis dan susu tepung untuk kanak-kanak
(vii) Makanan dalam tin seperti sardin, kari segera dan lain-lain
(viii) Kicap, sos cili dan sos tomato
(ix) Perencah makanan seperti serbuk kari, serbuk cili, serbuk kunyit, sup bunjut, perencah mee
dan nasi goreng serta lain-lain.
(x) Keperluan peribadi seperti sabun mandi, sabun basuh pek kecil, syampu dan lain-lain
7.0 Ahli Jawatankuasa Perlaksana

Pengerusi : Datin Jamnah @Intan bt Idrus Guru Besar


Naib Pengerusi 1 : En Nor Azmi b Mohamad Rejab PK Pentadbiran
Naib Pengerusi 2 : Puan Samsiah bt Md Rais PK Hal Ehwal Murid
Naib Pengerusi 3 : Puan Noor Sahasliza bt Saidin PK Kokurikulum
Naib Pengerusi 4 : En Mohd Faizal b Alias PK Pendidikan Khas
Penyelaras Program : Puan Asmida bt Ahmad Kaunselor
Setiausaha : Puan Asmida bt Ahmad
Bendahari : Puan Nur Khairunnisaa bt Wakimin
Ahli Jawatankuasa : 1. Fairoz Munirah bt Muhammad
2. Mastura bt Ishak
3. Norzairawati bt Mohd Zaid
4. Muhammad Hafizan b. Samad
5. Masri Aida bt Mohd Ghani
6. Semua guru Kelas termasuk Pra Sekolah dan PPKI

8.0 Penutup
Harapan kami agar Program Gerobok Rezeki ini akan menjadi pemangkin ke arah
masyarakat yang sentiasa prihatin,penyayang dan saling membantu antara satu sama lain
tanpa mengira kaum dan agama. Gerobok Rezeki merupakan medium untuk komuniti setempat
menghidupkan budaya sedekah dengan mendidik anak sejak di bangku sekolah akan budaya
ini. Ia juga sebagai satu kaedah dalam meringankan beban kepada saudara yang mengalami
kesukaran atau ditimpa musibah. Gerobok Rezeki ini milik semua agar rasa ‘kepunyaan’ itu
dapat disemaikan di kalangan PIBG, murid, guru dan komuniti setempat untuk sama-sama
menjaga dan menjayakan program ini.
Disediakan Oleh; Disemak Oleh;

……………………………… ……………………………
(ASMIDA BT AHMAD) (SAMSIAH BT MD RAIS )
Guru Bimbingan & Kaunseling, PK Hal Ehwal Murid,
SK Taman Ehsan SK Taman Ehsan

Diluluskan Oleh;

……………………………….
(DATIN JAMNAH @INTAN BT IDRUS)
Guru Besar,
SK Taman Ehsan

Anda mungkin juga menyukai