Anda di halaman 1dari 2

TEKS UCAPAN PROGRAM SANTAI-SANTAI SUKAN RAKYAT 2012 Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum wbrkt dan Salam Sejahtera.

Yang berusaha, Pengarah projek____, seterusnya barisan AJK perlaksanaan dan para peserta program Santai-santai Sukan Tradisional tahun 2012. Segala puji dan syukur kehadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan inayahNYA hari ini kita, mahasiswa dan mahasiswi dapat berkumpul bagi menyempurnakan program Santai-santai Sukan Tradisional tahun 2012. Bersyukur juga kita masih dapat mengecapi kehidupan yang aman damai dan sejahtera walapun negara ini mempunyai berbagai kaum, agama dan kebudayaan.

Alhamdulillah. Sukan tradisional juga dikenali sebagai sukan rakyat. Ia bertujuan memupuk semangat muhibah dan mengeratkan tali silaturahim dikalangan peserta yang berbilang kaum dan agama selaras dengan gagasan 1Malaysia serta dalam masa yang sama bagi mengumpul bahan-bahan rujukan, tatatertib dan perraturan permainan tradisional. Selain itu, ia juga dapat mempopularkan permainan tradisi khususnya kepada golongan muda secara tidak langsung menimbulkan perasaan sayangkan permainan tradisi sebagai warisan turun temurun. Di samping itu, saya berharap agar peserta bersukan dan berekreasi bukan hanya untuk kesihatan, malah mengambil peluang tersebut untuk mengeratkan perpaduan dan memupuk semangat 1Malaysia. Tuan-tuan dan Puanpuan yang saya hormati sekalian, Aktiviti program sukan rakyat yang diadakan ini juga akan dapat memupuk nilai-nilai positif serta meningkatkan mutu hidup dan kesejahteraan masyarakat seterusnya membentuk insan yang berkualiti.

Akhir kata, saya sekali lagi merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada Jawatankuasa Penganjur serta semua pihak atas komitmen tinggi dan semangat perpaduan yang kukuh dalam menjayakan program ini. Dengan kalimah Bismillahirrahmanirrahim , saya merasmikan Program Santai-santai Sukan Rakyat peringkat Universiti.

Anda mungkin juga menyukai