Anda di halaman 1dari 23

CERAMAH

MASALAH DISIPLIN DAN JENAYAH DI KALANGAN PELAJAR


Disampaikan
Disampaikan oleh
oleh ::
ASP MD. HASMAWI BIN YUNUS
(KETUA CAWANGAN MPV)
BAHAGIAN PENCEGAHAN JENAYAH DAN
KESELAMATAN KOMUNITI
IPD KOTA BHARU
(POLIS DAN MASYARAKAT BERPISAH TIADA)
DEFINISI JENAYAH DAN JUVANA

1. JENAYAH
“Jenayah merupakan satu perbuatan yang menyalahi
undang - undang kerajaan sesuatu tempat. Orang yang
melakukan perbuatan jenayah ini dinamakan
penjenayah”.

2. JUVANA
“Salah laku yang dilakukan oleh remaja yang bertindak
menyalahi undang-undang dan enggan menjalankan
kewajipan social mereka”.
APA ITU CURI?

“Mengambil harta orang lain dari tempat


yang diletakkan dengan niat dan cara
bersembunyi tanpa keizinan tuannya”.
KENAPA MENCURI?

• Tidak mempunyai kemampuan untuk


memiliki sesuatu yang diingini
• Untuk mendapatkan wang
• Dipengaruhi rakan sebaya
• Untuk keseronokan
HUKUMAN MENCURI

Boleh didakwa mengikut Seksyen 411 Kanun


Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34
Kanun Keseksaan

“Sabit kesalahan, mereka boleh dikenakan


hukuman penjara sehingga 5 tahun atau denda
atau kedua-duanya sekali”.
APA ITU BULI?

BULI
“Perbuatan mengasari orang
yang lemah dalam bentuk
psikologi atau fizikal dengan
BULI tujuan untuk menunjukkan BULI
PSIKOLOGI kekuatan individu atau FIZIKAL
kumpulan tertentu dilakukan
Lebih kepada ejekan. Melibatkan sentuhan
Misalnya jika nama
secara berulang kali ke atas fizikal sehingga
pelajar atau bapanya mangsa”. menyebabkan
agak luar biasa maka kecederaan terhadap
itu akan dijadikan mangsa.
bahan ejekan pelajar
senior yang membuli.
KENAPA MEREKA SERING MEMBULI?

• Faktor rakan sebaya


• Individu yang gagal mengendalikan emosi
dengan baik
• Mereka yang mempunyai masalah dalam
pembelajaran dan disiplin
• Akibat penceraian ibubapa.
• Marah atau benci pada mangsa atas sebab-
sebab tertentu
• Pengaruh dari media elektrik dan elektronik
KERATAN AKHBAR
HUKUMAN MEMBULI
1) Seksyen 323 Kanun Keseksaan (tanpa senjata)
Sabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman
penjara sehingga setahun atau denda tidak
melebihi RM2,000 atau kedua-duanya sekali.
2) Seksyen 324 Kanun Keseksaan (dengan senjata)
Sabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman
penjara sehingga 3 tahun, denda, sebatan atau
mana-mana dua daripadanya.
APA ITU KETUM?

• Pokok ketum atau nama saintifiknya Mitragyna Speciosa adalah sejenis


tumbuhan yang banyak tumbuh di negeri-negeri sebelah utara dan pantai timur
Semenanjung Malaysia.

• Ia hidup subur di kawasan bertanah lembap dan kebanyakannya ditemui


tumbuh secara liar di kawasan-kawasan hutan dan persekitaran kawasan
pendalaman. Bahagian pokok yang sering digunakan untuk memproses air
ketum adalah daunnya.
PENYALAHGUNAAN DAUN KETUM

• Air daun ketum sering disalahgunakan oleh


sesetengah individu atau penagih dadah kerana ianya
mengandungi bahan-bahan Psikoaktif Mitragynine
yang memberi kesan stimulan, sedatif dan euphoria
hingga boleh menyebabkan ketagihan.

• Air rebusan daun ketum tersebut akan dibungkus


dalam paket kecil untuk dijual kepada mana-mana
individu, penagih dadah dan ada kalanya ia dijual
kepada pelajar sekolah.
KESAN AIR KETUM

Daun ketum mengandungi bahan aktif mitragynine iaitu sejenis alkaloid psikoaktif.

a) Kesan pengambilan Mitragynine yang berlebihan:


i. Rasa khayal (euforia)
ii. Rasa pening
iii. Mengantuk
iv. Muntah/loya

b) Kesan buruk pengambilan ketum secara berterusan:


i. Mengakibatkan ketagihan
ii. Bibir dan kulit jadi kehitaman seperti kesan lebam dan terbakar terutama di pipi
iii. Mulut menjadi kering
iv. Sembelit
v. Insomnia
HUKUMAN MEMILIKI AIR KETUM
• Mitragynine iaitu bahan aktif dalam air daun ketum adalah
bahan psikotropik yang dikawal di Malaysia.
• Mitragynine disenaraikan dalam Jadual Ketiga Racun (Bahan-
Bahan Psikotropik), Akta Racun 1952.
• Menurut Seksyen 30 Akta Racun 1952, adalah satu kesalahan
bagi aktiviti pengimportan, pengeksportan, pengilangan,
penjualan dan pemilikan bahan-bahan psikotropik yang
tersebut.

Jika disabitkan kesalahan, denda boleh dikenakan di bawah


Seksyen 30(5) Akta Racun 1952, iaitu denda tidak melebihi RM
10,000 atau 4 tahun penjara atau kedua-duanya sekali.
APA ITU PIL KUDA ATAU YAABA?
• Dadah sintetik dari jenis Amphetamine-Type Stimulants (ATS)
• Kebiasaannya di negara asal Methamphetamine pills ini
dihasilkan iaitu Kemboja, Laos, Myanmar dan Thailand ia
dikenali dengan nama Yama atau Yaba yang bermaksud pil
gila.
• Paling banyak disalahgunakan di Negeri Kelantan.
• Pil berwarna merah ini mempunyai saiz yang sangat kecil
berukuran kira-kira 0.5cm dan kerap disalahguna dengan
menggunakan kaedah "Chase The Dragon"
BAHAN SAMPINGAN

• Di antara bahan sampingan kandungannya adalah :

1. Racun tikus – Untuk mencairkan darah dengan cepat


agar penagih berasa kesannya dengan segera
2. Serbuk Kaca Kalimantang
3. Pencuci lantai
4. Klorox
5. Ubat Nyamuk
6. Abu tulang manusia atau binatang terutamanya babi
yg dibakar hingga hancur menjadi seperti serbuk.
KESAN PENGAMBILAN
• Menjadi kurang siuman & gila kekal (brain permanent damage) dalam masa
yang singkat.
• Tidak akan tidur berhari-hari selepas menghisap dadah ini.
• Tidak boleh tidur adalah punca utama terjadinya proses halusinasi dan
penyakit schizophrenia
• Gangguan emosi juga biasa terjadi apabila kesan high dadah ini mula
berkurangan dalam badan.
• Pengguna tegar Pil Kuda biasanya dapat dikesan dengan keadaan gigi mereka
yang rosak dan menjadi rapuh disebabkan oleh bahan kimia dalam Pil Kuda
yang menghakis gigi.
HUKUMAN MENGAMBIL DAN MEMILIKI
1) Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 (positif urine)
Hukuman - denda tidak lebih RM5,000 atau penjara tidak lebih dua tahun

2) Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 (memiliki)


Hukuman - denda maksimum RM100,000 atau penjara maksimum lima tahun
atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

3) Seksyen 39A (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 (mengedar)


Hukuman - penjara seumur hidup atau tidak kurang lima tahun penjara dan tidak
kurang 10 sebatan.

4) Seksyen 39B (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 (mengedar)


Hukuman - kesalahan pengedaran dadah berbahaya hendaklah dihukum dengan
hukuman mati atau penjara seumur hidup yang mana dia boleh juga dikenakan
hukuman sebat.
APA ITU MAT REMPIT?

“Mat Rempit ialah sekumpulan penunggang


motosikal yang menunggang motosikal
secara melulu dan merbahaya sama ada
membahayakan dirinya sendiri mahupun
pengguna jalan raya yang lain”.
KENAPA REMAJA MEREMPIT?
• Kajian menunjukkan bahawa 87 peratus mat rempit
adalah dari golongan remaja yang berusia 14 tahun
hingga 25 tahun
• Golongan remaja ini juga memberi tanggapan bahawa
mereka dapat menghilangkan rasa bosan dengan
melakukan aktiviti merempit ini dan mampu untuk
menggunakan masa lapang ini dengan aktiviti merempit.
• Perasaan ingin tahu dan ingin mencuba dalam kalangan
remaja.
• Terpengaruh dengan rakan-rakan.
• Gaya hidup dan taraf pendidikan remaja itu sendiri.
• Kurangnya pengawasan dari ibubapa dan ibubapa itu
sendiri tidak mengambil cakna tentang aktiviti yang
dijalankan oleh anak-anak mereka.
KESAN BURUK AKIBAT MERIMPIT
• Meningkatkan masalah keruntuhan moral atau
akhlak dalam kalangan remaja.
• Meningkatkan kemalangan jalan raya.
Kemalangan ini selalunya berpunca daripada
sikap cuai dan cara menunggang motosikal
yang melulu oleh penunggang yang merempit.
• Menyebabkan meningkatnya masalah jenayah
seperti merogol, merompak, samun, curi
motosikal dan sebagainya.
• Pembaziran masa dan pendapatan Negara
untuk mengatasinya.
• Menggangu ketenteraman awam
HUKUMAN MEREMPIT

Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan


1987
Hukuman penjara maksimum lima tahun
dan denda serta hilang kelayakan
menunggang atau mendapatkan lesen
memandu selama dua tahun.
SEKIAN,
TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai