Anda di halaman 1dari 52

TANGKAPAN

Merupakan rampasan sebenar


atau sentuhan tubuh seseorang
dengan tujuan untuk
menahannya.

(Pertuturan perkataan tangkapan semata-


mata boleh menjadi satu tangkapan jika
orang tersebut terima proses itu dan turut
pegawai yang menangkapnya)
ORANG YANG BOLEH MENANGKAP

• Empat kategori orang yang boleh


menangkap tanpa waran.
• a) Pegawai Polis
• b) Penghulu
• c) Preman
• d) Majistret atau Jaksa Pendamai
TANGKAPAN
• Sek.47 Akta Perikanan memberi kuasa luas
kepada pegawai perikanan untuk menangkap
mana-mana orang yang dipercayai melakukan
kesalahan di bawah Akta ini.
• Begitu juga Sek.13 Akta LKIM.
• Semua kesalahan di bawah Akta Perikanan dan
Akta LKIM adalah seizable offences.
• Tiada non-seizable offences dalam Akta
Perikanan.
Bagaimana tangkapan dibuat
• Sek.15 KPJ- Tangkapan dibuat bila polis/pegawai
penguatkuasa menyentuh atau menahan badan orang
yang hendak ditangkap kecuali jika dia menyerah diri
melalui perkataan atau tindakan.
• Sek.15(2)- Jika orang tersebut menghalang tangkapan
atau mengelakkan diri dari ditangkap, pegawai tersebut
boleh mengambil segala langkah yang perlu untuk
menangkapnya.
• S 47 (2) Akta Perikanan- Kekerasan yang munasabah
boleh digunakan.
• Sek.15(3) KPJ- Hak ini tidak termasuk menyebabkan
kematian orang tersebut kecuali di mana dia disyaki
melakukan kesalahan yang membawa hukuman mati
atau penjara seumur hidup.
• Sek.28(1) KPJ- Orang yang ditangkap tanpa
waran haruslah tanpa kelewatan dilepaskan
atas jaminan polis ataupun dalam tempoh
24 jam dibawa ke hadapan Majistret untuk
tahanan lanjutan bagi tujuan penyiasatan.
• Tangkapan hanya boleh dibuat di bawah
Akta Perikanan atau Akta LKIM jika terdapat
“sebab-sebab untuk mempercayai” bahawa
suatu kesalahan telah dilakukan.
• Jika tangkapan dibuat tanpa kepercayaan
yang munasabah, maka tindakan tahanan
salah (false imprisonment) boleh dibawa.
• “Sebab-sebab munasabah untuk mempercayai”
- Lihat: Shaaban & Ors v Chong Fok Kam & Anor
[1969] 2 MLJ 219
Mahmood v Govt of Malaysia & Anor
[1974] 1 MLJ 103
• Ia mestilah berdasarkan fakta-fakta kukuh atau
yang menimbulkan syak terhadap orang yang
ditangkap.
- Lihat: Charu Chandra v Supt, Central Jail,
Lashkar A.I.R 1950 MB 83
Zainal b. Kuning v Chan Sin Mian
[1996] 3 S.L.R 121
Hak-Hak Orang Yang Ditangkap
• S 15- Bagaimana tangkapan dibuat
• Dalam keadaan biasa, seseorang tidak perlu
dikenakan tahanan yang lebih daripada yang perlu
untuk menghalang dia dari melarikan diri.
• Tangkapan juga berlaku melalui kata-kata atau
tindakan seseorang yang menunjukkan bahawa dia
bersedia menggunakan kekerasan untuk
menghalang individu tersebut dari meninggalkan
sesuatu tempat (lihat kes Shaaban [1969] 2 MLJ
219)
• Lihat juga Jayaraman & Ors [1982] 2 MLJ 306
• Apabila seorang berfikiran bahawa kebebasannya
telah disekat, maka tangkapan dikatakan telah
berlaku walaupun tiada gari atau kata-kata yang
jelas digunakan.
• Dalam kes Tan Seow Chuan, OKT dikatakan telah
ditangkap apabila pegawai polis menunjukkan kad
kuasanya ( [1985] 1 MLJ 318 )
• Apabila seseorang ditangkap, dia harus
dimaklumkan seberapa segera alasan-alasan
tangkapannya. (Artikel 5 (3) Perlembagaan
Persekutuan)
• Dia juga harus dibenarkan untuk berbincang dan
dibela oleh peguambela pilihannya.
HAK KEBEBASAN – HAK ASASI
• Di jamin oleh Perlembagaan Persekutuan
• Di peruntukkan di Artikel 5(4) :-
“Seseorangyang ditangkap tidak boleh ditahan lebih
daripada 24 jam tanpa kuasa dan perintah
Majistret”.
• Bermaksud bahawa seseorang yang ditangkap harus
dituduh di Mahkamah atau dilepaskan dalam
tempoh 24 jam daripada masa beliau ditangkap.
Q : Bagaimana jika penyiasatan tidak dapat
diselesaikan dalam tempoh 24 jam?

A : Orang yang ditangkap tadi ditahan reman tetapi


hanya untuk tujuan penyiasatan sahaja.

Q : Di mana letaknya kuasa ini?

A : Lihat - Sek 28 KPJ


- Sek 117 KPJ
- Sek 47 D Akta Perikanan.
Prosedur di mana siasatan tidak dapat
diselesaikan dalam tempoh 24 jam

S117 (1) KPJ


• Di mana siasatan tidak dapat diselesaikan dalam
tempoh 24 jam.
• Di mana terdapat alasan-alasan yang kukuh untuk
mempercayai pertuduhan atau maklumat.
• Seorang pegawai polis yang membuat siasatan.
• Boleh mengemukakan saspek kepada Majistret.
• Bersama sesalinan catitan dalam diari siasatan.
S 117 (2) KPJ
• Majistret boleh perintahkan penahanan orang yang
disyaki tersebut.
• Bagi tempoh 15 hari keseluruhannya.

S 117 (3) KPJ


• Majistret haruslah merekodkan penahanan ini serta
sebab-sebab penahanan.
Sek 47 D (1) Akta perikanan
• Di mana seseorang ditangkap dan ditahan oleh
Pegawai Perikanan kerana disyaki melakukan
kesalahan di bawah akta ini.
• Di mana siasatan tidak dapat diselesaikan dalam
tempoh 24 jam daripada masa dia ditangkap.
• Mana-mana Pegawai Perikanan boleh kemukakan
orang tersebut ke hadapan Majistret.
Sek 47 (2) Akta Perikanan
• Majistret boleh perintahkan penahanan bagi tempoh
tidak melebihi 15 hari keseluruhannya.

* 1) Nampaknya, bagi penahanan reman untuk


siasatan, Akta Perikanan memberi kuasa yang lebih
kepada Pegawai Perikanan berbanding dengan polis
di bawah sek 117 KPJ.
- Contoh :- Akta Perikanan
- tiada keperluan nyata untuk kemukakan diari
siasatan
- mana-mana Pegawai Perikanan boleh bawa
saspek kepada Majistret.
- 24 jam termasuk tempoh perjalanan.

2) Namun demikian, keperluan-keperluan di bawah


Sek 117 masih terpakai dan wajar dipatuhi. Begitu
juga prinsip-prinsip penahanan di bawah Sek 117
KPJ terpakai kepada penahanan reman di bawah
Akta Perikanan.
Q : Apakah sebab-sebabnya?
A : Ia melibatkan kebebasan rakyat dan hak asasi di
bawah Perlembagaan.
Kesimpulan
Mengikut Sek. 47 D, apabila seseorang ditangkap
dan berada di dalam tahanan dan didapati bahawa
siasatan tidak dapat diselesaikan dalam tempoh 24
jam dan sekiranya maklumat yang diterima ada asas
untuk kaitkan seseorang tangkapan, pegawai yang
menjalankan siasatan harus megemukakan
permohonan kepada Majistret bersama-sama
dengan sesalinan catitan-catitan yang dimasukkan
dalam diari siasatan.
Prosedur Permohonan Reman Di Bawah
S47D Akta Perikanan
Pegawai Perikanan yang memohon reman mestilah
memenuhi syarat-syarat berikut :-
• Saspek mesti dikemukakan ke hadapan Majistret.
• Sesalinan catatan dalam diari siasatan mesti
dikemukakan kepada Majistret
- ( PP v Audrey Keong Mei Cheng [1997] 3
MLJ 477)
• Alasan-alasan kukuh yang menyokong maklumat
terhadap saspek mestilah dikemukakan kepada
Majistret.
Rujuk : (i) Polis DiRaja Malaysia v
Keong Mei Cheng [1994]
3MLJ 296
(ii) Re The Detention of
R sivarasa & Ors [1996]
3MLJ 611
- P.O. mesti buat permohonan lisan kepada Majistret.
Saspek boleh kemukakan bantahan, jika ada.

 Majistret akan menyemak catatan dalam diari


siasatan untuk meneliti permohonan. Saspek atau
peguamnya tidak boleh mendapat akses kepada
catatan dalam diari siasatan.
(Lihat Lau Kong Peng & Ors v PP [1998] 6 MLJ
501.
• Sekiranya berpuas hati, Majistret boleh perintahkan
tahanan bagi tempoh tidak melebihi 15 hari
keseluruhannya. 15 hari ini termasuk 24 jam yang
pertama.

• Majistret tidak wajar membenarkan penahanan 15


hari maksima ini sekaligus. Oleh itu Pegawai
penyiasat tidak patut pohon maksima 15 hari
sekaligus.
• Sekiranya siasatan masih tidak dapat diselesaikan
dalam tempoh yang dibenarkan, permohonan untuk
lanjutan tahanan boleh dibuat. Tetapi penahanan
tidak boleh melebihi 15 hari keseluruhannya.

• Majistret harus merekodkan penahanan dan berikan


sebab-sebab penahanan dibenarkan. (lihat Hashim
bin Saud v Yahya bin Hashim [1977] 1MLJ
259)
 Perintah Majistret, sama ada penahanan dibenarkan
atau ditolak, mesti diendorskan pada kedua-dua
catatan dalam diari siasatan dan Majistret haruslah :

(i) Pulangkan satu salinan kepada Pegawai


Perikanan.

(ii) Failkan sesalinan dalam fail Mahkamah.


Sebab-sebab yang kukuh untuk
mendapatkan Tahanan Reman
Siasatan kebiasaannya adalah termasuk perkara-
perkara berikut:-
• Membawa saspek ke tempat siasatan.
• Mendapatkan fakta-fakta dan keadaan kesalahan
• Mendapatkan maklumat dan keterangan lebih lanjut
tentang kesalahan.
• Mendapatkan eksihibit dan barang-barang kes yang
berkaitan.
• Mengadakan kawad cam.
• Merakam pernyataan daripada saspek (tetapi tidak
termasuk “intelligence statement”)
CONTOH ALASAN YANG KEBIASAAN
DIBENARKAN UNTUK REMAN
Rujuk kes:
IN RE SYED MOHAMMAD BIN SYED ISA & 3 ORS [2001] 3 AMR
3769 at 3773
(Y.A.A. Wahab b Patail J)

“In hearing remand applications, Magistrates must consider not only


whether the accusation or information is shown to be well-founded but
also whether detention is necessary to ensure he does not interfere
with the completion of investigations or abscond, with the object that
he
be charged for the offence and for no other reason”.
CONTOH ALASAN YANG KEBIASAAN
TIDAK DIBENARKAN
Rujuk kes:
POLIS DIRAJA MALAYSIA V KEONG MEI CHENG AUDREY [1994]
3 MLJ 296 at 198
(Y.A. Syed Ahmad Aidid J)

“Mesti selalu terdapat alasan yang sah untuk penangkapan dan


Penahanan termasuk suatu hubungan jelas di antara orang yang
disyaki dan kesalahan itu. Undang-undang tidak membenarkan suatu
penangkapan yang berdasarkan taraf responden sebagai isteri
tertuduh atau kemarahan pihak polis semata-mata kerana beliau tidak
bekerjasama”.
Reman yang melibatkan Juvana

Rujuk kes:
IN RE SYED MOHAMMAD BIN SYED ISA & 3 ORS [2001]
3 AMR 3769 at 3771
(Y.A.A. Wahab b Patail J)

“It would be preferable for children to be released on bail to be


brought
back to the station when required rather than to detain them in police
lock-ups”.

[ ianya terpakai untuk semua kes kecuali kes-kes berat ]


JAMIN

 Jamin bermaksud pelepasan seseorang dari


tahanan atau penjara dan meletakkannya ke
dalam tangan dan jagaan penjamin dengan
jaminan serta aku janji untuk mengemukakannya
ke mahkamah pada tarikh yang telah ditetapkan.
• Prinsip Pemakaian Umum

- Konsep jaminan adalah terpakai kepada keadaan di


mana sesuatu tangkapan dibuat ke atas seseorang.

- Ianya juga terpakai kapada keadaan di mana


seseorang itu dipenjarakan atau ditahan.

• 2 jenis jaminan a) Jaminan Polis


b) Jaminan Mahkamah
Tujuan Pemberian Jamin

1. Adalah untuk memastikan Tertuduh akan


menghadiri mahkamah pada masa perbicaraan
untuk menjawab pertuduhan ke atasnya.

2. Ianya bukan sebagai penghukuman.

3. Dan bukan sebagai jaminan yang melampau.

Rujuk Kes :-
ZULKIFLEE BIN HJ. HASSAN terhadap
PENDAKWA RAYA [1987] 2 MLJ
PEMAKAIAN TERHADAP JAMIN

• Ruang 5 Jadual Pertama di Bawah Kanun Prosedur


Jenayah

Kesalahan di bawah Kesalahan Boleh Jamin

• Kesalahan Boleh Jamin – memberi hak kepada


Tertuduh untuk mendapatkan perintah jamin dan
pelepasan dengan jaminan.
• Pengecualian jaminan kepada kesalahan boleh
jamin :-

i) Jaminan tidak diterima oleh Tertuduh.


ii) Tertuduh tidak dapat mengemukakan
penjamin.

. Penentuan Kesalahan Boleh Jamin :-

i) Kesalahan yang hukuman kurang dari tiga (3)


tahun penjara atau denda sahaja.
. Siapakah yang berhak untuk mendapatkan
jaminan di bawah Seksyen 387 Kanun
Prosedur Jenayah?

i) Orang yang dituduh di bawah kesalahan


boleh
jamin.

ii) Ditangkap atau ditahan tanpa waran oleh


pegawai polis.

iii) Bersedia untuk memberi jaminan


• Pengecualian kepada hak untuk jaminan di
bawah Seksyen 387 Kanun Tatacara
Jenayah :-

i) Jika terdapatnya keadaan di mana terdapat


kemungkinan perlanggaran bon jaminan dan
syarat kehadiran

ii) Jika Tertuduh akan menghalang proses


mahkamah
- Sebagai contoh – mengganggu saksi-saksi
pihak pendakwaan
Rujuk Kes :-
• THE STATE terhadap SANTOKH SINGH AIR 1960
Punjab 31

- Di mana mahkamah memutuskan bahawa,


walaupun kesalahan yang dilakukan adalah
merupakan kesalahan boleh jamin,

- Jaminan tidak akan dibenarkan jika tertuduh


akan menghalang proses mahkamah atau
melanggar bon untuk kehadirannya

AIR = All Indian Report


• Kedudukan Jaminan Atau Pelepasan Seseorang di
bawah Seksyen 387 Kanun Tatacara Jenayah (KTJ)

a) Peruntukan di bawah Seksyen 387 (1) KTJ adalah


mandatori di mana perkataan ‘….Hendaklah
melepaskan atas jaminan….’ adalah dirujuk.

b) Bagi Majistret atau pegawai polis dalam


kesalahan
boleh jamin, hendaklah memerintahkan satu
perintah pelepasan dengan jaminan.
• Kekecualian terhadap peruntukan di bawah
Seksyen 387 (1) KTJ:-

- Di dalam keadaan di mana seseorang yang


hendaklah dilepaskan dengan jaminan telah
diperolehi ke atasnya satu perintah tahanan
lanjutan di bawah Sekyen 117 KTJ.

b) Oleh yang demikian, mahkamah tidak boleh


melepaskannya atas jaminan walaupun ianya
adalah kesalahan boleh jamin.
2. Kesalahan Tidak Boleh Dijamin

- Bagi kesalahan tidak boleh dijamin, peruntukan


adalah di bawah Seksyen 388 (1) KTJ

- Bagi penahanan siasatan, hanya Ketua Polis


Daerah, boleh membenarkan jaminan.

- Bukan ‘Hak’ seseorang yang ditahan atau


dituduh bagi kesalahan tidak boleh jamin untuk
memohon jaminan. (Dibezakan dengan
peruntukan di bawah Seksyen 387 KTJ)
- Kebenaran atau penolakan sesuatu permohonan
jamin adalah merupakan kuasa budibicara
seseorang Majistret atau Ketua Polis Daerah.

- Kuasa Budibicara ini hendaklah dilaksanakan


dengan secara adil dan tertakluk kepada
keberatan sesuatu kesalahan tersebut.

- Prinsip-prinsip kehakiman adalah terpakai di dalam


memutuskan sesuatu kebenaran atau penolakan.
- Meletakkan syarat-syarat tambahan

• Seseorang Majistret itu boleh meletakkan syarat-


syarat tambahan kepada jaminan.

Contoh :-
 Memberikan syarat perintah impaun ke atas
pasport seseorang Tertuduh dengan
meletakkan syarat bahawa Tertuduh
hendaklah menyerahkan pasportnya sebelum
sesuatu penyempurnaan bon jaminan
dilaksanakan.
KUASA MELEPASKAN SESEORANG
DENGAN JAMIN

 Peruntukan Seksyen 381 (1) KTJ memberi kuasa


kepada :-
1) Mahkamah
2) Ketua Polis Balai

• Rujuk Kes :-
- THE STATE terhadap SANTOKH SINGH AIR
1960 Punjab 31
 Kuasa pelepasan jaminan terletak pada mahkamah di
mana-mana peringkat perbicaraan.
- CHOUDHURY terhadap THE STATE AIR 1953
Calcutta 661

 Pelepasan jaminan bukan sahaja melibatkan


prosedur perbicaraan mahkamah tetapi juga
lain-lain prosedur.

 Ianya juga termasuk prosedur siasatan


BENTUK BON JAMINAN

1) Bon bercagar secara tunai


• Adalah tidak digalakkan.

2) Bon bercagar secara simpanan bank


• Bentuk secara simpanan tetap adalah
digalakkan.

• Bentuk secara simpanan biasa tidak


digalakkan.
3) Bentuk simpanan geran tanah
- Adalah tidak digalakkan.
- Ini adalah kerana nilai tanah terpaksa diperiksa
dan butir-butir nilai tanah terpaksa dihantar ke
Jabatan Penilaian.
- Ianya bagi memastikan jumlah nilai tanah adalah
mematuhi nilai jaminan.
*Adalah penting kesemua prosedur yang dilaksanakan adalah
mematuhi akan Arahan Amalan Mahkamah Persekutuan
berhubung dengan jaminan dan prosedur serta nilai jaminan dan
bon jaminan.
46. Kuasa-kuasa pegawai berkuasa.
Bagi maksud menentukan pematuhan peruntukan-
peruntukan Akta ini, mana-mana pegawai berkuasa boleh,
jika dia ada sebab bagi mempercayai bahawa suatu
kesalahan telah dilakukan di bawah Akta ini, tanpa waran –
(a)menghentikan, menaiki dan menggeledah mana-mana vesel
dalam perairan perikanan Malaysia dan menjalankan apa-apa
penyiasatan, pemeriksaan dan penelitian berkenaan dengan
pelayaran dan kelayakan belayar vesel itu, krunya,
kelengkapan atau peralatan menangkap ikan, atau ikan yang
dibawa naik ke atas vesel itu;

(b) membuat sekatan jalan raya, menghentikan, menaiki dan


menggeledah, serta memeriksa mana-mana kenderaan, vesel
atau kenderaan yang mengangkut ikan, sama ada dalam
perairan perikanan Malaysia atau atas darat;
46. Kuasa-kuasa pegawai berkuasa.
(c) menghendaki supaya dikemukakan dan memeriksa
mana-mana peralatan menangkap ikan sama ada dalam
periaran perikanan Malaysia atau atas darat;
 
(d) memeriksa mana-mana belat ikan, peranti mengumpul
ikan atau sistem kultur laut dalam perairan perikanan
Malaysia;
 
(e) memeriksa mana-mana lesen, permit, rekod, perakuan
atau apa-apa dokumen lain yang dikehendaki dibawah
Akta ini atau di bawah mana-mana kaedah dan piawai
yang diakui umum, dan membuat salinannya.
47. Kuasa untuk memasuki, menyita serta
menangkap dsb.
(1) Mana-mana pegawai berkuasa boleh, jika dia ada
sebab bagi mempercayai, bahawa suatu kesalahan telah
dilakukan di bawah Akta ini, tanpa waran -
 
(a) memasuki dan mengeledah mana-mana tempat yang dia ada sebab
bagi mempercayai bahawa suatu kesalahan di bawah Akta ini hampir
dilakukan atau telah di lakukan;
 
(b) mengambil sampel mana-mana vesel atau kenderaan yang diperiksa
di bawah seksyen 46 atau mana-mana tempat yang digeledah di bawah
perenggan (a);
 
(c) menangkap mana-mana orang yang dia ada sebab bagi mempercayai
telah melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini;
47. Kuasa untuk memasuki, menyita serta
menangkap dsb.
(d) menyita mana-mana vesel, termasuk
kelengkapan, alat, perabot, alatan bersangkutan,
storan dan kargo, atau apa-apa kenderaan yang
dia ada sebab bagi mempercayai telah digunakan
semasa melakukan apa-apa kesalahan telah
dilakukan di bawah Akta ini;
 
(e) menyita mana-mana ikan yang dia ada sebab
bagi mempercayai telah ditangkap semasa
melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini;
47. Kuasa untuk memasuki, menyita serta
menangkap dsb.

(f) menyita apa-apa bahan letupan, racun,


pencemar, perkakas atau alat yang dilarang yang
dia ada sebab bagi mempercayai telah
diggunakan, atau berada dalam milik seseorang,
dengan melanggar seksyen 26; atau
  
(g) menyita mana-mana vesel penangkapan ikan
yang tidak berlesen, belat ikan, peralatan
menanggkap ikan, peranti mengumpul ikan atau
sistem kultur laut.
47. Kuasa untuk memasuki, menyita
serta menangkap dsb.
(2) Semasa melaksanakan apa-apa jua
penyitaan di bawah subseksyen (1), seseorang
pegawai berkuasa boleh menggunakan
kekerasan yang semunasabahnya perlu.

(3) Suatu akuan terima bertulis hendaklah


diberi berkenaan dengan apa jua benda yang
disita di bawah subseksyen (1) 
54. Pegawai berkuasa
hendaklah mengisytiharkan
jawatan.
Mana-mana pegawai berkuasa apabila
melaksanakan fungsi atau kewajipannya
atau semasa menjalankan kuasa-kuasanya di
bawah Akta ini hendaklah, apabila diminta,
mengemukakan kepada mana-mana orang
yang terhadapnya dia mengambil tindakan,
apa-apa surat pengenalan atau surat
kebenaran bertulis membuktikan dia adalah
pegawai berkuasa bagi maksud Akta ini.
KESIMPULAN

• Sesuatu kes tangkapan boleh berlaku samaada


mempunyai waran atau tidak.
• OTT/OKT perlu diberi peluang bebas melalui
prosedur jaminan yang ditawarkan.
• Jaminan adalah merupakan budibicara
seseorang Majistret.
• Ianya adalah bergantung kepada peruntukan
status dan undang-undang bagi tujuan untuk
memastikan kehadiran tertuduh ke mahkamah.
SEKIAN

TERIMA KASIH

KDP LANGKAWI
November 2008

Anda mungkin juga menyukai