Anda di halaman 1dari 25

Edaran:

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah


Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil
Pesuruhjaya Polis Sabah
Pesuruhjaya Polis Sarawak
Ketua Polis Kuala Lumpur
Ketua Polis Selangor
Ketua Polis Perak
Ketua Polis Johor
Ketua Polis Pahang
Ketua Polis Pulau Pinang
Ketua Polis Kedah
Ketua Polis Kelantan
Ketua Polis Terengganu
Ketua Polis Negeri Sembilan
Ketua Polis Melaka
Ketua Polis Perlis

Makluman:

SUPM (untuk makluman YDH Timbalan Ketua Polis Negara)

Pengarah Cawangan Khas


Pengarah Pengurusan
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik
Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard
Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam
Pengarah Jabatan Sumber Strategik dan Teknologi (StaRT)
Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti
Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik
LAMPIRAN A

TERHAD

POLIS DIRAJA MALAYSIA

GARIS PANDUAN
BIDANG KUASA SIASATAN BAGI KES-KES

JABATAN SIASATAN JENAYAH

DAN

JABATAN SIASATAN JENAYAH KOMERSIL

(dikemaskini sehingga September 2016)


TERHAD

SENARAI KANDUNGAN

BIL. PERKARA MUKA SURAT


1. SENARIO 1 - Kekeliruan antara kesalahan curi oleh orang 1-3
gaji dengan kesalahan pecah amanah jenayah

2. SENARIO 2 - Kekeliruan antara kesalahan curi dalam 4


rumah kediaman dengan kesalahan pecah amanah jenayah

3. SENARIO 3 - Kekeliruan antara kesalahan curi / curi dalam 5-6


rumah kediaman dengan kesalahan tipu

4. SENARIO 4 - Kekeliruan antara kesalahan curi kenderaan 7-8


dengan kesalahan menyalahgunakan harta dengan curang /
pecah amanah jenayah dan kesalahan tipu

5. SENARIO 5 - Kekeliruan antara kesalahan curi / curi 9 - 12


kenderaan / curi dalam rumah kediaman / curi oleh orang
gaji dengan kesalahan menyalahgunakan harta dengan
curang dan kesalahan dengan curangnya menyalahgunakan
harta yang dimiliki oleh si mati

6. SENARIO 6 - Kekeliruan antara kesalahan curi / pemerasan 13 - 15


/ samun dengan kesalahan menyalahgunakan harta dengan
curang dan kesalahan tipu

7. SENARIO 7 - Kekeliruan antara kesalahan di bawah Akta 16 - 18


Pemberi Pinjam Wang (APPW) 1951 dengan kesalahan di
bawah Kanun Keseksaan

8. SENARIO 8 - Kekeliruan antara kesalahan mengedarkan 19


gambar lucah dengan kesalahan menakutkan secara
jenayah

9. SENARIO 9 - Kekeliruan antara kesalahan maklumat palsu 20


dengan kesalahan memberikan keterangan palsu dan
merekakan keterangan palsu

i
TERHAD

BIDANG KUASA SIASATAN BAGI KES-KES JSJ DAN JSJK

SENARIO 1 - Kekeliruan antara kesalahan curi oleh orang gaji dengan


kesalahan pecah amanah jenayah:

Klasifikasi kes antara kesalahan ‘pecah amanah jenayah oleh kerani atau orang
gaji’ di bawah Seksyen 408 KK atau ‘pecah amanah jenayah oleh pembawa’ di
bawah Seksyen 407 KK dengan kesalahan ‘kerani atau orang gaji mencuri harta
dalam milik tuannya’ di bawah Seksyen 381 KK.

Misalan Pertama

Pengadu merupakan pemilik kedai jualan komputer. Pengadu telah mendapati


pekerjanya yang merupakan seorang juruwang di kaunter telah mengambil 2 buah
komputer riba di stor kedai.

Adakah kesalahan ini di bawah Seksyen 381 KK atau Seksyen 408 KK?

KEPUTUSAN:

Pekerja itu sebagai juruwang hanya diamanahkan dengan wang dalam mesin wang
dan tidak diamanahkan dengan komputer riba yang dijual di kedai itu. Perlakuan
mengambil komputer riba dalam kedai oleh juruwang itu adalah suatu kesalahan
curi oleh orang gaji dan siasatan hendaklah dijalankan oleh JSJ di bawah
Seksyen 381 KK.

Misalan Kedua

Pengadu merupakan pemilik kedai jualan komputer. Pengadu telah mendapati


pekerjanya yang merupakan seorang juruwang di kaunter telah mengambil wang
dari mesin wang.

Adakah kesalahan ini di bawah Seksyen 381 KK atau Seksyen 408 KK?

KEPUTUSAN:

Pekerja itu sebagai juruwang diamanahkan dengan wang dalam mesin wang dan
penyalahgunaan wang itu adalah suatu kesalahan pecah amanah jenayah oleh
orang gaji dan siasatan hendaklah dijalankan oleh JSJK di bawah Seksyen 408
KK.

1
TERHAD

Misalan Ketiga

Pengadu adalah juruaudit syarikat kedai serbaneka 7-eleven. Hasil audit yang
dijalankan mendapati kehilangan barang-barang bernilai RM10,000.00. Pengadu
syaki Penyelia dan lima orang pekerja 7-eleven bertanggungjawab ke atas
kehilangan barang-barang itu.

Adakah kesalahan ini di bawah Seksyen 381 KK atau Seksyen 408 KK?

KEPUTUSAN:

Pada masa itu belum dikenalpasti atau ketahui siapa yang bertanggungjawab untuk
kehilangan barang-barang itu. Tiada elemen yang menunjukkan bahawa barang-
barang itu diamanahkan secara khusus kepada mana-mana pekerja kedai tersebut.
Kehilangan barang-barang itu adalah suatu kesalahan curi dan siasatan
hendaklah dijalankan oleh JSJ di bawah Seksyen 381 KK.

Misalan Keempat

Pengadu adalah pemilik syarikat penghantaran (forwarding company). Syarikat ini


mempunyai sebuah gudang (warehouse) yang menyimpan banyak barang-barang
pelanggan. Gudang ini adalah di bawah penyeliaan Ahmad (supervisor) dan
mempunyai 15 orang pekerja. Pengadu terima aduan daripada pelanggan bahawa
barang-barangnya tidak diterima. Pengadu periksa gudangnya dan mendapati dua
kotak barang elektronik yang diterima oleh gudang tidak dihantar kepada pelanggan
dan telah hilang dari gudang.

Adakah kesalahan ini di bawah Seksyen 381 KK atau Seksyen 408 KK?

KEPUTUSAN:

Barang-barang dalam gudang itu tidak diamanahkan kepada mana-mana pekerja


gudang dan juga pada masa itu tidak boleh dikenalpasti atau ketahui siapakah yang
bertanggungjawab untuk kehilangan barang-barang itu. Ini adalah suatu kesalahan
curi dan siasatan hendaklah dijalankan oleh JSJ di bawah Seksyen 381 KK.

2
TERHAD

Misalan Kelima

Pengadu adalah pemilik syarikat penghantaran (forwarding company) yang terletak


di Shah Alam. Syarikat ini mempunyai sebuah gudang (warehouse) yang
menyimpan banyak barang-barang pelanggan. Penyelia gudang bernama Ahmad
telah arahkan pekerjanya Muthu untuk menghantar 2 kotak barangan kepada
pelanggan beralamat di Dang Wangi, KL. Muthu telah membawa keluar 2 kotak
barangan dari gudang tetapi pelanggan membuat pengaduan bahawa dia tidak ada
terima barang itu. Pemilik gudang membuat repot terhadap Muthu.

Adakah kesalahan ini di bawah Seksyen 381 KK atau Seksyen 407 KK?

KEPUTUSAN:

Sifat amanah telah wujud apabila sahaja 2 kotak barangan itu diserahkan kepada
Muthu. Kegagalan Muthu untuk menyerahkan barangan yang diamanahkan dan
menyalahgunakannya adalah suatu kesalahan pecah amanah jenayah dan
siasatan hendaklah dijalankan oleh JSJK di bawah Seksyen 407 KK.

Misalan Keenam

Pengadu adalah pemilik syarikat pengangkutan yang terletak di Klang. Pengadu


telah arahkan pemandu syarikat bernama Alex untuk menghantar muatan satu lori
baja berjumlah 500 karung kepada pelanggan di Kajang. Apabila sampai di destinasi
dan sewaktu penerimaan barangan itu oleh pelanggan mendapati ada berkurangan
50 karung baja. Pengadu membuat repot di atas kehilangan 50 karung baja itu.

Adakah kesalahan ini di bawah Seksyen 381 KK atau Seksyen 407 KK?

KEPUTUSAN:

Sifat amanah telah wujud apabila muatan baja diserahkan kepada Alex. Pelanggan
yang mengesan kekurangan 50 karung baja sewaktu penerimaan menunjukkan ada
elemen penyalahgunaan harta yang diamanahkan kepada Alex dan ini merupakan
suatu kesalahan pecah amanah jenayah dan siasatan hendaklah dijalankan
oleh JSJK di bawah Seksyen 407 KK.

3
TERHAD

SENARIO 2 - Kekeliruan antara kesalahan curi dalam rumah kediaman dengan


kesalahan pecah amanah jenayah:

Kekeliruan dalam klasifikasi antara kesalahan ‘pecah amanah jenayah oleh kerani
atau orang gaji’ di bawah Seksyen 408 KK dengan kesalahan ‘mencuri dalam
rumah kediaman’ di bawah Seksyen 380 KK.

Misalan Pertama

Pengadu seorang anggota keselamatan TESCO membuat repot polis mengenai


tangkapan dan rampasan barang-barang milik TESCO terhadap seorang suspek
lelaki yang membawa keluar barang-barang dari pasaraya TESCO tanpa diimbas
(scan) oleh juruwang TESCO. Juruwang itu adalah kakitangan TESCO dan adalah
isteri kepada suspek lelaki tersebut.

Adakah kesalahan ini di bawah Seksyen 380 KK atau Seksyen 408 KK?

KEPUTUSAN:

Juruwang TESCO tidak diamanahkan dengan barang-barang yang dibawa keluar


oleh suspek lelaki tanpa diimbas. Tindakan juruwang yang tidak imbas barang-
barang itu adalah perbuatan bersuhabat dengan suspek lelaki dalam melakukan
kesalahan mencuri dan siasatan hendaklah dijalankan oleh JSJ di bawah
Seksyen 380/109 KK.

4
TERHAD

SENARIO 3 - Kekeliruan antara kesalahan curi / curi dalam rumah kediaman


dengan kesalahan tipu:

Kekeliruan antara kesalahan ‘tipu’ di bawah Seksyen 420 KK dengan ‘curi’ di


bawah Seksyen 379 KK atau ‘mencuri dalam rumah kediaman’ di bawah
Seksyen 380 KK.

Misalan Pertama

‘A’ pergi ke kedai jual telefon bimbit. ‘A’ meminta pemilik kedai mengambil telefon
bimbit yang dia hendak tengok. Semasa memegang dan seolah-olah tengok telefon
bimbit itu tiba-tiba ‘A’ melarikan diri dengan telefon bimbit yang dipegangnya tanpa
membayar.

Adakah kesalahan ini di bawah Seksyen 380 KK atau Seksyen 420 KK?

KEPUTUSAN:

Telefon bimbit itu diserahkan kepada ‘A’ sebagai pembeli semata-mata untuk dilihat
bagi tujuan membuat pilihan pembelian. Tiada unsur perdayaan atau penipuan dan
elemen milikan telefon bimbit itu masih dengan penjual telefon bimbit dan perbuatan
‘A’ melarikan telefon bimbit tersebut adalah suatu kesalahan mencuri dan siasatan
hendaklah dijalankan oleh JSJ di bawah Seksyen 380 KK.

Misalan Kedua

Alice sedang berjalan-jalan. Robert yang membawa motosikal tiba-tiba berhenti di


tepi Alice dan meminta Alice pinjamkan telefon bimbitnya dengan alasan hendak
buat panggilan yang segera (urgent phone call) kerana telefon bimbit Robert telah
kehabisan bateri. Alice telah pinjamkan telefon bimbitnya kepada Robert dan Robert
sambil berpura-pura membuat panggilan telah terus melarikan diri dengan telefon
bimbit Alice.

Adakah kesalahan ini di bawah Seksyen 379 KK atau Seksyen 420 KK?

KEPUTUSAN:

Walaupun telefon bimbit itu diserahkan oleh Alice kepada Robert tetapi elemen
milikan masih dengan Alice. Perbuatan Robert yang melarikan telefon bimbit itu
adalah suatu kesalahan curi dan siasatan hendaklah dijalankan oleh JSJ di
bawah Seksyen 379 KK.

5
TERHAD

Misalan Ketiga

Bashir adalah seorang juruwang (cashier) di premis pengurup wang. Seorang lelaki
dan seorang perempuan mirip Arab telah meminta Bashir untuk memilih dua keping
matawang RM50.00 untuk disimpan sebagai kenangan dan akan menggantikannya
dengan matawang RM100.00. Bashir pun mengambil satu bundle RM50.00 untuk
pilih matawang RM50.00 yang diminta oleh suspek bangsa Arab itu. Pada masa itu
lelaki Arab itu meminta Bashir untuk serahkan bundle RM50.00 itu kepadanya untuk
pilih matawang yang dia minat. Bashir pun serahkan bundle itu kepada lelaki Arab.
Setelah memilih dua keping matawang RM50.00 itu, lelaki Arab itu pulangkan bundle
itu kepada Bashir. Selepas lelaki Arab itu beredar, Bashir mengira semula wang
dalam bundle itu dan mendapati ada kehilangan sebanyak RM1,000.00.

Adakah kesalahan ini di bawah Seksyen 379 KK atau Seksyen 420 KK?

KEPUTUSAN:

Juruwang Bashir serahkan bundle wang RM50 itu kepada suspek Arab untuk
membuat pilihan matawang. Walaupun wang itu diserahkan kepada suspek tetapi
elemen milikan masih dengan juruwang Bashir. Tiada elemen perdayaan kerana
bundle wang itu diserahkan semula kepada juruwang Bashir. Perbuatan Arab yang
menyebabkan kekurangan wang dan melarikan wang RM1,000 itu adalah
melakukan suatu kesalahan curi dan siasatan hendaklah dijalankan oleh JSJ di
bawah Seksyen 379 KK atau Seksyen 380 KK jika kejadian itu dalam
bangunan.

Misalan Keempat

Bashir adalah juruwang (cashier) di premis pengurup wang. Seorang lelaki dan
seorang perempuan mirip Arab telah meminta Bashir untuk memilih dua keping
matawang RM50.00 untuk disimpan sebagai kenangan dan akan menggantikannya
dengan matawang RM100.00. Bashir pun mengambil satu bundle RM50.00 untuk
pilih wang RM50.00 yang diminta oleh suspek bangsa Arab itu. Sewaktu Bashir
sedang memegang bundle wang itu, lelaki Arab telah terus mencapai bundle
RM50.00 dari tangan Bashir dengan mengatakan dia akan pilih sendiri wang
RM50.00 yang dia hendak. Selepas itu lelaki Arab memulangkan bundle itu kepada
Bashir, Bashir mengira semula duit dalam bundle itu mendapati ada kekurangan
sebanyak RM1,000.00. Bashir mengadu bahawa kehilangan itu berlaku sewaktu
lelaki Arab itu memegang wang bundle RM50.00 itu.

Adakah kesalahan ini di bawah Seksyen 379 KK atau Seksyen 420 KK?

KEPUTUSAN:

Elemen milikan wang satu bundle itu masih dengan juruwang Bashir. Perbuatan
suspek Arab yang merampas wang itu dari juruwang Bashir dan menyebabkan
kehilangan RM1,000 itu adalah melakukan suatu kesalahan curi dan siasatan
hendaklah dijalankan oleh JSJ di bawah Seksyen 379 KK atau Seksyen 380 KK
jika kejadian itu dalam bangunan.

6
TERHAD

SENARIO 4 - Kekeliruan antara kesalahan curi kenderaan dengan kesalahan


menyalahgunakan harta dengan curang / pecah amanah jenayah dan
kesalahan tipu:

Kekeliruan antara kesalahan ‘pecah amanah jenayah’ di bawah Seksyen 406 KK


atau ‘tipu’ di bawah Seksyen 420 KK atau ‘menyalahgunakan harta dengan
curang’ di bawah Seksyen 403 KK dengan kesalahan ‘mencuri kenderaan
motor’ di bawah Seksyen 379A KK.

Misalan Pertama

Raju menghantar keretanya untuk dibaiki di bengkel Ah Meng. Selepas kereta


dibaiki Raju pergi ke bengkel untuk mengambil keretanya. Kos pembaikan adalah
tinggi dan Raju tidak mempunyai wang yang cukup untuk menjelaskan bayaran. Ah
Meng tidak setuju serahkan kereta selagi bayaran penuh tidak dibuat. Raju beritahu
Ah Meng bahawa dia akan mengambil keretanya kemudian apabila wang sudah
cukup. Ah Meng meletakkan kereta di luar bengkel. Pada waktu malam Ah Meng
nampak ada seorang lelaki India telah mengambil kereta itu.

Adakah kesalahan ini di bawah Seksyen 379A KK atau Seksyen 406 KK?

KEPUTUSAN:

Misalan (j) kepada Seksyen 378 KK menyatakan:

Jika ‘A’ terhutang kepada ‘Z’ kerana membaiki jam itu, dan jika ‘Z’ simpan jam
itu dengan sah di sisi undang-undang sebagai cagaran bagi hutang itu, dan
‘A’ ambil jam itu daripada milik ‘Z’ dengan niat hendak melucutkan harta itu
daripada ‘Z’ sebagai cagaran bagi hutangnya, maka ia adalah melakukan
kesalahan mencuri, oleh kerana ia mengambilnya dengan curang.

Berpandukan kepada misalan di atas, Ah Meng telah menyimpan kereta Raju


dengan sah sebagai cagaran sehingga bayaran membaiki kereta diterima.
Perbuatan mengambil kereta itu daripada milikan Ah Meng tanpa menjelaskan
hutang adalah suatu kesalahan mencuri dan siasatan hendaklah dijalankan oleh
JSJ di bawah Seksyen 379A KK.

7
TERHAD

Misalan Kedua

Pengadu merupakan agen jualan kereta dan suspek telah pergi ke “show room”
pengadu. Suspek telah membuat uji pandu kereta dan seterusnya hilangkan diri
bersama-sama kereta yang diuji pandu.

Adakah kesalahan ini di bawah Seksyen 379A KK atau Seksyen 420/403 KK?

KEPUTUSAN:

Kereta itu masih dalam milikan pengadu walaupun diserahkan kepada suspek untuk
tujuan membuat uji pandu. Perbuatan suspek melarikan diri dengan kereta itu
adalah suatu kesalahan mencuri dan siasatan hendaklah dijalankan oleh JSJ di
bawah Seksyen 379A KK.

8
TERHAD

SENARIO 5 - Kekeliruan antara kesalahan curi / curi kenderaan / curi dalam


rumah kediaman / curi oleh orang gaji dengan kesalahan menyalahgunakan
harta dengan curang dan kesalahan dengan curangnya menyalahgunakan
harta yang dimiliki oleh si mati:

Kekeliruan antara kesalahan ‘menyalahgunakan harta dengan curang’ di bawah


Seksyen 403 KK atau ‘dengan curangnya menyalahgunakan harta yang dimiliki
oleh si mati’ di bawah Seksyen 404 KK dengan ‘mencuri dalam rumah
kediaman’ di bawah Seksyen 380 KK atau ‘mencuri’ di bawah Seksyen 379 KK
atau ‘curi oleh orang gaji di bawah Seksyen 381 KK’ atau ‘mencuri kenderaan
motor di bawah Seksyen 379A KK’.

Misalan Pertama

Pengadu telah sewakan kedai Cyber Café bernama D’Sinaran di Alor Gajah kepada
En. Effandy atas dasar percaya tanpa sebarang perjanjian. Kemudian pengadu
mendapat tahu bahawa barang-barang di dalam kedai itu telah dibawa keluar dan
juga sewaan telah tertunggak selama dua bulan.

Adakah kesalahan ini di bawah Seksyen 380 KK atau Seksyen 403 KK?

KEPUTUSAN:

Pengadu telah sewakan kedai Cyber Café kepada Effandy tanpa serahkan milikan
barang-barang dalam kedai kepada Effandy. Perbuatan Effandy melarikan barang-
barang dalam kedai itu adalah suatu kesalahan mencuri dan siasatan hendaklah
dijalankan oleh JSJ di bawah Seksyen 380 KK.

Misalan Kedua

Ahmad telah meminjamkan keretanya kepada Ali untuk digunakan sementara.


Setelah menggunakan kereta itu untuk beberapa hari dan tanpa pengetahuan
Ahmad kereta itu telah dijualkan oleh Ali kepada pihak ketiga.

Adakah kesalahan ini di bawah Seksyen 379A KK atau Seksyen 403 KK?

KEPUTUSAN:

Ahmad tidak serahkan hakmilik keretanya kepada Ali. Kereta itu dipinjamkan kepada
Ali untuk kegunaan sementara sahaja dan perlu dikembalikan sepertimana yang
ditetapkan oleh Ahmad. Perbuatan Ali yang menjualkan kereta itu kepada pihak
ketiga adalah melakukan suatu kesalahan menyalahgunakan harta dengan
curang dan hendaklah disiasat oleh JSJK di bawah Seksyen 403 KK.

9
TERHAD

Misalan Ketiga

Ramu telah menjumpai sekeping cek yang tidak tertera nama orang yang hendak
dibayar (blank cheque). Butir-butir pemilik cek atau orang yang mengeluarkan cek itu
boleh dikenal pasti melalui cek itu. Ramu yang menjumpai cek tersebut telah
mengisikan namanya pada cek itu dan mengeluarkan wang.

Adakah kesalahan ini di bawah Seksyen 379 KK atau Seksyen 403 KK?

KEPUTUSAN:

Ramu boleh semak dan kenal pasti pemilik cek itu melalui butir-butir yang ada pada
cek itu. Apabila Ramu menunaikan cek itu dia telah melakukan suatu kesalahan
menyalahgunakan harta dengan curang dan hendaklah disiasat oleh JSJK di
bawah Seksyen 403 KK.

Misalan Keempat

Ramu dan Muthu berkongsi menjadi tuanpunya seunit laptop. Ramu telah
mengambil laptop itu daripada milik Muthu dengan maksud hendak
menggunakannya. Setelah itu Ramu telah menjualkan laptop itu dan menggunakan
kesemua hasil jualan itu bagi kegunaannya sendiri.

Adakah kesalahan ini di bawah Seksyen 379 KK atau Seksyen 403 KK?

KEPUTUSAN:

Ramu ada hak untuk menggunakan laptop itu atas sifat pemilikan bersama dengan
Muthu. Apabila Ramu menjualkan laptop itu dan mengambil kesemua hasil jualan
untuk kegunaannya sendiri, dia telah melakukan suatu kesalahan penyalahgunaan
harta dengan curang dan hendaklah disiasat oleh JSJK di bawah Seksyen 403
KK.

Misalan Kelima

Sewaktu berjalan di kaki lima jalan, Ahmad telah menjumpai satu beg warna hitam.
Ahmad telah membuka beg itu dan mendapati ada wang tunai RM50,000 di
dalamnya. Ahmad secara senyap telah mengambil wang itu untuk kegunaannya. Ali
sebagai pemilik beg dan wang itu telah membuat repot di atas kehilangan beg and
wang.
Adakah kesalahan ini di bawah Seksyen 379 KK atau Seksyen 403 KK?

KEPUTUSAN:

Ahmad yang menemui beg itu dengan sejumlah wang yang sebesar itu ada sebab
untuk mempercayai wang itu adalah milik seseorang. Ahmad yang
menyalahgunakan wang itu adalah melakukan suatu kesalahan menyalahgunakan
harta dengan curang dan siasatan hendaklah dijalankan oleh JSJK di bawah
Seksyen 403 KK

10
TERHAD

Misalan Keenam

Raju hendak kirimkan wang kepada akaun kawannya. Ramu telah pergi ke mesin
ATM Maybank di Petaling Jaya dan masukkan wang RM5,000 ke dalam akaun
kawannya. Selepas wang dimasukkan barulah Raju sedar bahawa dia telah tersilap
menekan nombor akaun dan wang itu telah dimasukkan ke dalam akaun orang lain.
Ramu laporkan perkara ini kepada pihak bank. Hasil semakan oleh pihak bank
mendapati wang itu telah dimasukkan ke dalam akaun milik Chong. Pihak bank
menghubungi Chong untuk kembalikan wang itu. Chong enggan pulangkan dan
mengeluarkan wang itu untuk kegunaannya.

Adakah kesalahan di bawah Seksyen 380 KK atau Seksyen 403 KK?

KEPUTUSAN:

Chong tahu bahawa kelebihan wang sebanyak RM5,000 di dalam akaun banknya itu
bukanlah kepunyaannya. Apabila Chong enggan pulangkan wang itu walaupun
dinasihati oleh pihak bank dan menggunakan wang itu, dia telah melakukan suatu
kesalahan penyalahgunaan harta dengan curang dan siasatan hendaklah
dijalankan oleh JSJK di bawah Seksyen 403 KK.

Misalan Ketujuh

Ahmad pada waktu matinya ada memiliki barang kemas dan wang. Salma sebagai
orang gaji kepada Ahmad telah mengambil barang kemas dan wang itu dan
menyalahgunakannya sebelum barang-barang itu jatuh kepada waris Ahmad yang
berhak memilikinya.

Adakah kesalahan di bawah Seksyen 381 KK atau Seksyen 404 KK?

KEPUTUSAN:

Salma telah secara tidak jujur mengambil barang kemas dan wang itu dengan
mengetahui bahawa harta itu ada dalam milik si mati pada waktu matinya dan
menyalahgunakannya walaupun dia tahu bahawa waris Ahmad yang berhak
memiliki harta tersebut. Salma telah melakukan suatu kesalahan penyalahgunaan
harta si mati dengan curangnya dan siasatan hendaklah dijalankan oleh JSJK
di bawah Seksyen 404 KK.

11
TERHAD

Misalan Kelapan

Chong telah menjumpai suatu mayat di tepi jalan. Pada mayat itu terdapat satu
rantai emas dan wang tunai RM500. Chong telah mengambil rantai emas dan wang
tunai itu bagi kegunaannya sendiri walaupun dia tahu bahawa harta itu ada orang
yang berhak memilikinya.

Adakah kesalahan di bawah Seksyen 379 KK atau Seksyen 404 KK?

KEPUTUSAN:

Chong telah secara tidak jujur mengambil rantai emas dan wang tunai yang ada
dalam milik si mati pada waktu matinya dan tahu bahawa ada orang yang berhak
memiliki harta itu. Chong telah melakukan suatu kesalahan penyalahgunaan harta
si mati dengan curang dan siasatan hendaklah dijalankan oleh JSJK di bawah
Seksyen 404 KK.

12
TERHAD

SENARIO 6 - Kekeliruan antara kesalahan curi / pemerasan / samun dengan


kesalahan menyalahgunakan harta dengan curang dan kesalahan tipu:

Kekeliruan antara kesalahan ‘tipu’ di bawah Seksyen 420 KK atau


‘menyalahgunakan harta dengan curang’ di bawah Seksyen 403 KK dengan
kesalahan ‘pemerasan’ di bawah Seksyen 384 KK atau ‘samun’ di bawah
Seksyen 392 KK atau ‘mencuri kenderaan motor’ di bawah Seksyen 379A KK.

Misalan Pertama

Suspek menyatakan dirinya adalah penarik kereta mewakili pihak bank dan hendak
tarik kereta pengadu kerana telah terima notis daripada bank atas alasan pengadu
tidak bayar ansuran bulanan. Suspek minta wang daripada pengadu jika keretanya
tidak mahu ditarik. Pengadu terpaksa menyerahkan wang kepada suspek.

Adakah kesalahan di bawah Seksyen 384 KK atau Seksyen 420 KK?

KEPUTUSAN:

Perbuatan suspek yang memaksa pengadu untuk menyerahkan wang supaya tidak
menarik kereta pengadu adalah suatu kesalahan peras ugut dan siasatan
hendaklah dijalankan oleh JSJ di bawah Seksyen 384 KK.

Misalan Kedua

Suspek menyatakan bahawa dia adalah penarik kereta mewakili bank dan hendak
menarik kereta pengadu tetapi pengadu enggan berikan keretanya. Suspek paksa
pengadu menyerahkan kunci keretanya. Pengadu enggan berikan kunci tetapi
suspek telah merampas kunci daripada pengadu dan membawa kereta itu tanpa
kerelaan pengadu. Suspek juga tidak menunjukkan sebarang dokumen seperti surat
daripada pihak bank atau “Repossession Order” dan tidak menunjukkan butir-butir
pengenalan dirinya sebagai penarik kereta yang dilantik oleh pihak bank.

Adakah kesalahan di bawah Seksyen 392 KK atau Seksyen 420 KK?

KEPUTUSAN:

Penarik kereta yang tidak menunjukkan sebarang dokumen yang sah untuk menarik
kereta dan tanpa menunjukkan butir-butir pengenalannya telah merampas kunci dan
kereta daripada pengadu adalah melakukan suatu kesalahan samun dan siasatan
hendaklah dijalankan oleh JSJ di bawah Seksyen 392 KK.

13
TERHAD

Misalan Ketiga

Suspek menyatakan bahawa dia adalah penarik kereta mewakili bank dan telah
menunjukkan notis untuk menarik kereta kepada pengadu. Setelah kereta ditarik,
pengadu menghubungi bank berkenaan dan mendapat tahu bahawa penarik kereta
itu memang mewakili bank dan notis tarik kereta itu disahkan dikeluarkan oleh pihak
bank tetapi kereta yang ditarik itu tidak diserahkan kepada pihak bank. Semakan
dengan pihak polis mendapati tiada repot dibuat oleh penarik kereta mengenai
penarikan kereta pengadu dan kereta itu telah disalahgunakan oleh penarik kereta.

Adakah kesalahan ini di bawah Seksyen 379A KK atau Seksyen 403 KK?

KEPUTUSAN:

Suspek adalah penarik kereta yang sah dan kereta yang ditarik hendaklah
diserahkan kepada pihak bank. Menyalahgunakan kereta yang ditarik tanpa
menyerahkan kepada pihak bank adalah suatu kesalahan menyalahgunakan harta
dengan curang dan hendaklah disiasat oleh JSJK di bawah Seksyen 403 KK.

Misalan Keempat

Suspek menyatakan bahawa dia adalah penarik kereta mewakili bank dan telah
menunjukkan notis untuk menarik kereta kepada pengadu. Setelah meneliti notis
tarik kereta itu, pengadu serahkan keretanya kepada suspek. Pengadu kemudian
menghubungi bank berkenaan dan mendapat tahu bahawa penarik kereta itu tidak
dilantik oleh pihak bank and tiada notis tarik kereta dikeluarkan oleh pihak bank.
Semakan dengan pihak polis mendapati tiada repot dibuat oleh penarik kereta
mengenai penarikan kereta pengadu dan notis tarik kereta itu didapati palsu.

Adakah kesalahan ini di bawah Seksyen 379A KK atau Seksyen 420 KK?

KEPUTUSAN:

Suspek telah memperdayakan pemilik kereta dengan menggunakan dokumen palsu


dan mendorongnya untuk menyerahkan kereta itu di mana pemilik kereta tidak akan
menyerahkan keretanya jika dia ketahui bahawa notis tarik kereta itu adalah palsu.
Suspek telah melakukan suatu kesalahan tipu dan siasatan hendaklah dijalankan
oleh JSJK di bawah Seksyen 420 KK.

14
TERHAD

Misalan Kelima

Ahmad telah meletak kereta di tempat letak kereta pasaraya untuk pergi membeli-
belah. Penarik kereta telah memasuki kawasan parkir pasaraya dan mengambil
kereta milik Ahmad tanpa kehadiran dan pengetahuan Ahmad.

Adakah kesalahan ini di bawah Seksyen 379A KK atau Seksyen 403 KK?

KEPUTUSAN:

Walaupun suspek seorang penarik kereta tetapi dia tidak boleh mengambil kereta
tanpa kehadiran atau pengetahuan Ahmad. Mengambil kereta tanpa kehadiran dan
izin Ahmad adalah suatu kesalahan curi dan siasatan hendaklah dijalankan oleh
JSJ di bawah Seksyen 379A KK.

Misalan Keenam

Suspek telah pergi ke sebuah rumah kongsi dan menyamar sebagai penjawat awam
di mana suspek mengatakan dia adalah anggota polis dan meminta wang daripada
warga asing. Suspek memakai jaket dan menuduh warga asing telah melakukan
kesalahan imigresen. Suspek memaksa warga asing untuk serahkan wang dan jika
tidak akan membawanya ke Balai Polis dan masukkannya ke dalam lokap. Warga
asing telah serahkan wang dan kemudian membuat repot polis setelah mendapat
tahu bahawa suspek bukanlah anggota polis

Adakah kesalahan ini di bawah Seksyen 384 KK atau Seksyen 420 KK?

KEPUTUSAN:

Suspek telah menakutkan warga asing untuk menyerahkan wang dan perbuatan
suspek adalah suatu kesalahan peras ugut dan siasatan hendaklah dijalankan
oleh JSJ di bawah Seksyen 384 KK.

15
TERHAD

SENARIO 7 - Kekeliruan antara kesalahan di bawah Akta Pemberi Pinjam Wang


(APPW) 1951 dengan kesalahan di bawah Kanun Keseksaan:

Kekeliruan antara kesalahan ‘memberi pinjam wang tanpa lesen’ di bawah


Seksyen 5(2) Akta Pemberi Pinjam Wang (APPW) 1951; atau kesalahan
‘gangguan atau ugutan terhadap peminjam’ di bawah Seksyen 29B(1) APPW
1951; atau kesalahan ‘mendatangkan cedera kepada peminjam’ di bawah
Seksyen 29B(3) APPW 1951 dengan kesalahan ‘menakutkan secara jenayah’ di
bawah Seksyen 506 KK; atau kesalahan ‘menyebabkan cedera’ di bawah
Seksyen 323 KK; atau kesalahan ‘menyebabkan cedera dengan senjata’ di
bawah Seksyen 324 KK; atau kesalahan ‘menyebabkan cedera parah’ di bawah
Seksyen 325 KK; atau ‘menyebabkan cedera parah dengan senjata’ di bawah
Seksyen 326 KK.

Kekeliruan apabila ada dua kesalahan dalam satu repot iaitu satu kes kesalahan
jenayah dan satu lagi kes kesalahan komersil.

Misalan Pertama

Ramu berhutang dengan ‘Ah Long’ seorang pemberi pinjam wang tanpa lesen.
Ramu tidak membayar hutangnya kepada ‘Ah Long’. Ini menyebabkan ‘Ah Long’
mengeluarkan kata-kata ugutan terhadap Ramu bahawa jika Ramu gagal bayar
hutangnya maka dia akan dipukul dan rumahnya akan dibakar. Ramu dengan
ketakutan membuat repot terhadap ugutan yang dibuat oleh ‘Ah Long’.

Terdapat dua kesalahan di dalam kes ini, iaitu memberi pinjam tanpa lesen dan
ugutan jenayah. Persoalannya:

Adakah siasatan dijalankan oleh JSJ di bawah Seksyen 506 KK bagi kesalahan
menakutkan secara jenayah dan JSJK di bawah Seksyen 5(2) APPW 1951 bagi
kesalahan memberi pinjam wang tanpa lesen?

Ataupun siasatan dijalankan di dalam satu kertas siasatan oleh JSJK bagi kesalahan
memberi pinjam wang tanpa lesen di bawah Seksyen 5(2) dan membuat gangguan
atau ugutan terhadap peminjam di bawah Seksyen 29B(1) APPW 1951?

KEPUTUSAN:

Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 adalah Akta spesifik yang mempunyai peruntukan
bagi kesalahan ugutan yang dilakukan oleh ‘Ah Long’ di bawah Seksyen 29B(1).
Bagi kedua-dua kesalahan ini siasatan hendaklah dijalankan oleh JSJK dalam
satu kertas siasatan di bawah Seksyen 29B(1) dan Seksyen 5(2) Akta Pemberi
Pinjam Wang 1951.

JSJK hendaklah edarkan satu salinan laporan polis itu kepada pihak D7 JSJ kerana
kesalahan ini melibatkan elemen gangsterisme.

16
TERHAD

Misalan Kedua

Ramu berhutang dengan ‘Ah Long’ seorang pemberi pinjam wang tanpa lesen.
Ramu tidak membayar hutangnya kepada ‘Ah Long’. Pada suatu hari apabila Ramu
keluar dari rumahnya, ‘Ah Long’ telah tahan Ramu di tepi jalan dan sambil memarahi
Ramu kerana tidak membayar hutangnya telah melepaskan dua tumbukan pada
badan Ramu.

Terdapat dua kesalahan, iaitu memberi pinjam tanpa lesen dan menyebabkan
cedera kepada peminjam. Persoalannya:

Adakah siasatan dijalankan oleh JSJ di bawah Seksyen.323 KK bagi kesalahan


menyebabkan cedera dan JSJK di bawah Seksyen 5(2) APPW 1951 bagi kesalahan
memberi pinjam wang tanpa lesen?

Ataupun siasatan dijalankan di dalam satu kertas siasatan oleh JSJK bagi kesalahan
memberi pinjam wang tanpa lesen di bawah Seksyen 5(2) APPW dan kesalahan
menyebabkan cedera kepada peminjam di bawah Seksyen 29B(3) APPW?

KEPUTUSAN:

Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 adalah Akta spesifik yang mempunyai peruntukan
bagi kesalahan menyebabkan cedera kepada peminjam oleh ‘Ah Long’ di bawah
Seksyen 29B(3). Bagi kedua-dua kesalahan ini siasatan hendaklah dijalankan
oleh JSJK dalam satu kertas siasatan di bawah Seksyen 29B(3) dan Seksyen
5(2) Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 atas justifikasi:

(a) Kesalahan di bawah Seksyen 29B(3) APPW 1951 adalah kesalahan yang
lazim ditangkap berbanding dengan Seksyen 323 KK adalah suatu
kesalahan yang tidak lazim ditangkap; dan

(b) Hukuman bagi kesalahan di bawah Seksyen 29B(3) APPW 1951 adalah
lebih berat di mana hukumannya adalah 2 tahun penjara dengan sebatan
sementara bagi Seksyen 323 KK hanya diperuntukkan hukuman penjara
tidak melebihi satu tahun dan tiada sebatan.

Misalan Ketiga

Ramu berhutang dengan ‘Ah Long’ seorang pemberi pinjam wang tanpa lesen.
Ramu tidak membayar hutangnya. Ini menyebabkan ‘Ah Long’ menceroboh rumah
Ramu dan tetak tangan Ramu dengan parang sehingga menyebabkan cedera
parah.

Dalam kes begini, adakah dua kertas siasatan perlu dibuka iaitu satu kertas siasatan
oleh JSJK bagi kesalahan ‘memberi pinjam wang tanpa lesen’ di bawah Seksyen
5(2) APPW 1951 dan satu lagi oleh JSJ atas kesalahan ‘dengan sengaja
menyebabkan cedera parah dengan menggunakan senjata’ di bawah Seksyen
326 KK?

17
TERHAD

KEPUTUSAN:

Bagi kes yang mendatangkan kecederaan terhadap peminjam yang dikategorikan di


bawah Seksyen 324, 325 dan 326 KK, siasatan hendaklah dijalankan oleh JSJ
serentak dengan kesalahan memberi pinjam wang tanpa lesen di bawah
Seksyen 5(2) APPW dalam satu kertas siasatan. Alasannya:

(a) Kategori kecederaan yang dimaksudkan di bawah Seksyen 324, 325 dan 326
KK tidaklah termasuk dalam istilah “cedera” mengikut Seksyen 29B(3) APPW
1951;

(b) Hukuman di bawah Seksyen 324, 325 dan 326 KK adalah lebih berat.
Tindakan boleh juga diambil di bawah Akta Pencegahan Jenayah 1959
(POCA) kerana melibatkan elemen gangsterisme.

18
TERHAD

SENARIO 8 - Kekeliruan antara kesalahan mengedarkan gambar lucah dengan


kesalahan menakutkan secara jenayah:

Kekeliruan antara kesalahan ‘mengedarkan gambar lucah’ di bawah Seksyen


292 KK dengan ‘menakutkan secara jenayah’ di bawah Seksyen 506 KK.

Misalan Pertama

Pengadu terima panggilan telefon atau sms daripada suspek yang mengugut akan
menyebarkan gambar lucah pengadu yang ada dalam simpanan suspek ke dalam
internet atau facebook.

Adakah kesalahan di bawah Seksyen 506 KK atau Seksyen 292 KK?

Samada kes ini perlu dirujuk kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia
Malaysia (SKMM) untuk tindakan lanjut di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan
Multimedia 1998?

KEPUTUSAN:

Bagi kesalahan ugutan yang dilakukan oleh suspek dengan pernyataan bahawa dia
akan menyebarkan gambar lucah pengadu yang ada dalam milikannya hendaklah
disiasat oleh JSJ di bawah Seksyen 506 KK. Susulan dari siasatan ini dan melalui
serbuan jika gambar lucah diperolehi daripada suspek dalam komputer atau telefon
bimbit, suatu lagi kesalahan di bawah Seksyen 292 KK telah dilakukan oleh suspek.
Sekiranya gambar lucah dimuat naik (upload) secara “online” adalah suatu
kesalahan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Ketiga-tiga kesalahan ini hendaklah disiasat serentak oleh JSJ dalam satu
kertas siasatan.

19
TERHAD

SENARIO 9 - Kekeliruan antara kesalahan maklumat palsu dengan kesalahan


memberikan keterangan palsu dan merekakan keterangan palsu:

Bidang kuasa siasatan antara JSJ dengan JSJK berkaitan ‘maklumat palsu’ di
bawah Seksyen 182 KK; dan ‘memberikan keterangan palsu dan merekakan
keterangan palsu’ di bawah Seksyen 193/199 KK.

Misalan Pertama

Kes melibatkan repot palsu yang menjadi suatu kesalahan di bawah Seksyen 182
KK.

Apakah bidang kuasa siasatan bagi kes-kes begini?

KEPUTUSAN:

Kesalahan repot palsu bagi kes-kes jenayah komersil hendaklah disiasat oleh
JSJK di bawah Seksyen 182 KK.

Kesalahan repot palsu bagi kes-kes selain daripada kes-kes jenayah komersil
hendaklah disiasat oleh JSJ di bawah Seksyen 182 KK.

Misalan Kedua

Bagi kes-kes memberikan keterangan palsu dalam perbicaraan jenayah yang


menjadi suatu kesalahan di bawah Seksyen 193/199 KK.

Apakah bidang kuasa siasatan bagi kes-kes begini?

KEPUTUSAN:

Bagi kes-kes memberikan keterangan palsu dan merekakan keterangan palsu


dalam perbicaraan jenayah komersil hendaklah disiasat oleh JSJK di bawah
Seksyen 193/199 KK.

Bagi kes-kes memberikan keterangan palsu dan merekakan keterangan palsu


dalam perbicaraan selain dari jenayah komersil hendaklah disiasat oleh JSJ di
bawah Seksyen 193/199 KK.

20
TERHAD

Misalan Ketiga

Bagi kes-kes memberikan keterangan palsu dan merekakan keterangan palsu


dalam perbicaraan sivil yang menjadi suatu kesalahan di bawah Seksyen
193/199 KK.

Apakah bidang kuasa siasatan bagi kes-kes begini?

KEPUTUSAN:

Bagi kes-kes yang didakwa oleh mana-mana pihak yang terlibat dalam prosiding sivil
mengenai kenyataan palsu di dalam affidavit yang difailkan dalam perbicaraan sivil,
siasatan hendaklah dijalankan oleh JSJK di bawah Seksyen 193/199 KK
apabila Mahkamah yang menjalankan perbicaraan memberikan arahan kepada
kakitangan Mahkamah atau kepada pihak-pihak yang terlibat dalam prosiding
sivil untuk membuat repot bagi kesalahan di bawah Seksyen 193/199 KK.

Dalam kes-kes di mana apa-apa dokumen palsu atau catatan palsu dalam
sesuatu buku atau rekod atau perakuan palsu digunakan atau cuba digunakan
sebagai tulen dan dikemukakan sebagai eksibit atau keterangan di dalam
prosiding Mahkamah Sivil, siasatan hendaklah dijalankan oleh JSJK di bawah
Seksyen 193/199 KK. Siasatan hendaklah dijalankan apabila repot diterima
daripada mana-mana pihak yang terlibat dalam prosiding sivil. Maka, tidak
perlu menunggu arahan daripada Mahkamah yang menjalankan perbicaraan
untuk memulakan siasatan.

21

Anda mungkin juga menyukai