Anda di halaman 1dari 28

KANUN KESEKSAAN

MAKNA PERKATAAN
SEK 10 LELAKI / PEREMPUAN
Tidak dikira berapa umur sekalipun samada lelaki atau perempuan.
SEK 20 MAHKAMAH KEADILAN
- Seorang hakim yang diberi kuasa oleh undang -undang yang
menjalankan perbicaraan.
- Satu kumpulan / satu badan hakim yang diberi tauliah oleh undang -
undang untuk menjalankan perbicaraan pada masa hakim
menjalankan perbicaraan.
SEK 21 PENJAWAT AWAM
- Tiap-tiap pegawai bertauliah dalam angkatan tentera persekutuan.
- Tiap-tiap hakim.
- Tiap-tiap pegawai mahkamah kead ilan.
- Tiap-tiap juri / pengapit hakim.
- Tiap-tiap penimbangtara (orang tengah) – satu badan yang membuat
satu-satu keputusan.
- Pegawai Penjara (Warder).
- Mana-mana Pegawai Polis.
- Perbendaharaan Negara.
- Pegawai Pemungut Hasil Negeri.
Huraian: Penjawat Awam ialah mana-mana orang yang dilantik oleh
Kerajaan samada diperingkat percubaan.
SEK 22 HARTA YANG BOLEH DIALEH -ALEH
Segala harta benda kecuali tanah atau benda yang bercantum dengan
bumi atau suatu benda yang terlekat kekal pada suatu benda yang
melekat di bumi.
SEK 23 KEDAPATAN SALAH
Mendapatkan harta dengan cara yang menyalahi undang -undang dimana
ia tidak berhak ke atas harta itu.
KEHILANGAN SALAH
Kehilangan harta dengan cara yang menyalahi undang -undang dimana
orang yang kehilangan itu berhak ke atas harta itu.
SEK 24 DENGAN CURANG
Dengan niat menyebabkan kedapatan salah atau kehilangan salah untuk
memiliki harta itu.
SEK 25 DENGAN TIPUAN
Dengan niat jahat memperdayakan mana -mana orang tidak dengan jalan
lain hanya dengan tipu.
SEK 28 LANCUNGAN
Meniru sesuatu benda menyerupai bentuk asal dengan tujuan untuk
menipu atau memperdayakan orang.
SEK 29 SURATAN (DOKUMEN)
Apa-apa hal yang dinyatakan / ditera samada dengan huruf, angka, tanda
atau lain-lain cara sebagai keterangan.
SEK 30 CAGARAN BERHARGA
Satu bentuk suratan, mengujudkan, memperluaskan menghapuskan dan
dilepaskan bertujuan tidak berhak disisi undang -undang yang
bertanggungjawab di sisi undang -undang atau sandaran berharga.
SEK 31 WASIAT
Amanat secara lisan / tulisan yang ditinggalkan oleh orang yang telah
mati.
SEK 39 DENGAN SENGAJA
Dengan niat atau sengaja menurut niatnya menyebabkan kejadian itu.
SEK 44 BENCANA
Menyebabkan kerosakan, kecederaan, kecacatan atau kebinasaan
terhadap harta benda (samada yang boleh dialeh atau tidak), tubuh
badan, akal fikiran atau nama baik seseorang.
SEK 52 SUCI HATI
Suatu perbuatan yang dibuat dengan cermat atau penuh penelitian dan
dibuat mengikut hematnya.

BAB PENGECUALIAN AM
SEK 76 PERBUATAN KERANA SILAP FAHAM NYATAAN DAN TERPAKSA DISISI
UNDANG-UNDANG
a) Sesuatu perbuatan tidak menjadi salah dilakukan oleh orang yang
diwajibkan oleh undang -undang kerana kesilapan dalil.
b) Perbuatan itu dibuat dengan suci hati percaya sah disisi undang -
undang.
Contoh: Seorang Konstabel Polis tersilap menangkap ‘A’ yang
dipercayai bahawa ‘A’ ialah sebagai ‘B’ orang yang
dikehendaki.
SEK 79 PERBUATAN SESEORANG KERANA SILAP FAHAM NYATAAN DILULUSKAN
OLEH UNDANG-UNDANG
a) Sesuatu perbuatan oleh seseorang yang dibenarkan oleh undang-
undang dibuat kerana kesilapan dalil.
b) Tetapi bukan kesilapan disisi undang -undang.
c) Percaya dengan suci hati perbuatan itu dibenarkan oleh undang -
undang.
Contoh: Semasa ‘A’ melakukan pembunuhan, ‘B’ ada disitu. ‘C’
seorang awam nampak kejadian itu la lu menangkap ‘B’ kerana
menyangka ‘B’ yang melakukan pembunuhan itu. ‘C’ tidak
menjadi salah di atas perbuatan itu.
SEK 80 MELAKUKAN DENGAN TIDAK SENGAJA PERBUATAN YANG SAH DISISI
UNDANG-UNDANG
a) Melakukan sesuatu perbuatan yang sah disisi undang -undang tanpa
niat jahat.
b) Semasa melakukan perbuatana yang halal, terjadi sesuatu nahas /
kemalangan.
Contoh: ‘A’ sedang membelah kayu (perbuatan yang sah disisi undang -
undang), tiba-tiba ‘B’ lalu berhampiran tanpa disedari oleh
‘A’. Tidak semena-mena mata kapak terca but dan terkena ‘B’.
Perbuatan itu tidak menjadi salah.
SEK 81 PERBUATAN YANG MUNGKIN MENYEBABKAN KEROSAKAN TETAPI
DIBUAT DENGAN TIADA NIAT JENAYAH DAN BAGI MENAHAN LAIN -LAIN
KEROSAKAN
a) Sesuatu perbuatan yang dilakukan diketahui mungkin menyebabkan
kerosakan tetapi tiada niat jenayah.
b) Dengan suci hati dibuat kerana menahan / mengelakkan kerosakan
yang lebih besar.
Contoh: Suatu kebakaran telah berlaku, sepasukan Bomba &
Penyelamat telah meruntuhkan rumah -rumah yang
berhampiran untuk menahan api dari merebak . Perbuatan itu
tidak salah.
SEK 82 PERBUATAN KANAK-KANAK YANG KURANG DARIPADA 10 TAHUN
Sebarang perbuatan yang dilakukan oleh kanak -kanak yang berumur
kurang daripada 10 tahun tidak menjadi salah.
SEK 83 PERBUATAN KANAK -KANAK YANG BERUMUR LEBIH 10 TAHUN D AN
DIBAWAH UMUR 12 TAHUN YANG BELUM SEMPURNA AKAL
a) Sebarang perbuatan yang dilakukan oleh kanak -kanak berumur
lebih 10 tahun dan kurang 12 tahun tidak menjadi salah.
c) Sekiranya belum sempurna akal dan tidak dapat menimbangkan
perbuatan yang dilakukan.
SEK 84 PERBUATAN ORANG YANG TIDAK SEMPURNA AKAL
a) Sebarang perbuatan semasa melakukan tidak sempurna akal atau tidak
tentu akal atau;
c) Tidak berupaya menimbangkan bentuk kesalahan atau;
d) Tidak menyedari apa yang dilakukannya adalah salah
e) Perbuatan itu tidak menjadi salah.
SEK 85 MABUK YANG BOLEH MENJADI PEMBELAAN
Barang siapa semasa melakukan perbuatan atas sebab:
a) mabuk itu tanpa persetujuannya kerana dipaksa atau kelalaian orang
lain, atau:
b) sebab mabuk menjadi hilang akal samada untuk sementara atau kekal,
dan
c) tidak mengetahui langsung samada salah atau tidak semasa
melakukannya boleh menjadi satu pembelaan didalam sesuatu
pertuduhan jenayah.
SEK 87 PERBUATAN YANG TIDAK DIMAKSUDKAN DAN TIDAK DIKETAHUI
MUNGKIN MENYEBABKAN KEMATIAN ATAU CEDERA PARAH DILAKUKAN
DENGAN KERELAAN
a) Kesalahan di ats perbuatan yang tidak disengajakan menyebabkan
kematian atau cedera parah.
b) Seseorang yang berumur 18 tahun ke atas dan telah memberi
kerelaan.
c) Diketahui akan menyebabkan kematian atau cedera parah dan
sanggup menerima akibatnya, tidak menjadi salah.
Contoh: ‘A’ dan ‘B’ (berumur 18 tahun ke atas) bersetuju untuk bermai
pedang sebagai hiburan. Kedua -duanya sanggup menerima
akibatnya. ‘A’ telah menerima cedera parah akibat perbuatan
‘B’. ‘B’ tidak melakukan kesalahan mengikut pengecualian ini.
SEK 88 PERBUATAN TIDAK BERMAKSUD MENYEBABKAN KEMATIAN DILAKUKAN
DENGAN SUCI HATI UNTUK FAEDAH SESEORANG
a) Sesuatu perbuatan yang dibuat tidak bermaksud untuk mendatangkan
kematian.
b) Dilakukan dengan kerelaan dan suci hati terhadap seseorang tidak
menjadi salah.
Contoh: ‘A’ seorang pakar bedah mengetahui bahawa pembedahan ke
atas ‘X’ itu akan menyebabkan kematian tetapi ‘X’ dalam
kesakitan yang amat sangat. ‘A’ tanpa niat menyebabkan
kematian dengan suci hati untuk kepentingan ‘X’ telah
menjalankan pembedahan tanpa kerelaan ‘X’.
SEK 89 PERBUATAN DENGAN SUCI HATI UNTUK FAEDAH KANAK -KANAK ATAU
ORANG YANG TIDAK SEMPURNA AKAL OLEH ATAU DENGAN KE RELAAN
PENJAGANYA
a) Pengecualian ini tidak dilanjutkan kepada niat hendak menyebabkan
kematian atau cuba menyebabkan kematian.
b) Melainkan bagi tujuan untuk mencegah kematian atau cedera parah
atau menyebabkan penyakit teruk atau kelemahan.
c) Tidak dilanjutkan k epada menyebabkan cedera parah atau dengan
sengaja mencubanya.
d) Tidak dilanjutkan kepada menyubahati sebarang kesalahan yang mana
perbuatannya tahu kesalahan itu tidak dibenarkan.
Contoh: ‘A’ bapa / penjaga kepada ‘B’ yang berumur 10 tahun telah
meminta ‘C’ seorang pakar bedah untuk membedah buah
pinggang anaknya kerana disyaki ada penyakit tanpa kerelaan
‘B’. ‘A’ tahu pembedahan oleh ‘C’ itu mungkin akan
menyebabkan kematian atau cedera parah kepada ‘B’ tetapi
dilakukan bagi faedah ‘B’ demi untuk menyembuhk an
penyakitnya dan ‘A’ sebagai bapa / penjaga telah
merelakannya.
SEK 90 KERELAAN YANG DIKETAHUI DIBERI DALAM KEADAAN TAKUT ATAU
SALAH FAHAM
Kerelaan ini tidak dikira sebagai kerelaan apabila:
a) Diberi oleh seseorang kerana ditakutkan dengan bencana atau
kekerasan, atau;
b) Diberikan dengan silap faham nyataan, atau;
c) Jika yang melakukan perbuatan mengetahui bahawa kerelaan itu
diberikan hasil dari telah ditakutkan atau silap faham nyataan, atau;
d) Kerelaan diberikan oleh seseorang yang tidak sempurna akaln ya atau
mabuk yang tidak mengetahui atau memahami keadaan, atau;
e) Kerelaan yang diberikan oleh seseorang kanak -kanak dibawah umur
12 tahun.
SEK 92 PERBUATAN DENGAN SUCI HATI UNTUK FAEDAH ATAU KEPENTINGAN
TANPA KERELAAN SESEORANG
a) Sebarang kesalahan kerana ke rosakan atau kecederaan yang
dikenakan kepada seseorang untuk faedahnya.
b) Dilakukan dengan suci hati dan tanpa kerelaannya, tidak menjadi
salah.
c) Tetapi pengecualian tidak dilanjutkan kepada:
i) Niat hendak menyebabkan kematian atau mencuba
menyebabkan kematia n.
ii) Membuat perkara yang pembuatnya tahu akan menyebabkan
kmatian, melainkan bertujuan mencegah kematian atau cedera
parah.
iii) Menyebabkan cedera dengan sengaja.
iv) Menyubahati sebarang kesalahan yang mana melakukannya
tidak dilanjutkan.
Contoh: ‘Z’ telah digonggong oleh seekor harimau, ‘Y’ nampak dan
menembak ke arah harimau itu dan diketahui tembakan itu
akan membunuh ‘Z’ tetapi tidak bertujuan untuk membunuh
‘Z’. Dengan suci hati bagi faedah ‘Z’, ‘Y’ telah melepaskan
tembakan dan peluru itu mencederakan ‘Z’. ‘Y’ tidak
melakukan apa-apa kesalahan.
SEK 94 PERBUATAN YANG SESEORANG TERPAKSA MELAKUKAN OLEH UGUTAN
a) Seseorang telah dipaksa melakukan kesalahan kerana diugut dengan
kematian serta merta.
b) Tidak dengan kehendak dirinya.
c) Telah diletakkan dirinya untuk mendapat kerosakan kerana terpaksa
mengikut keadaan. Tidak menjadi salah.
SEK 95 PERBUATAN YANG MENYEBABKAN KEROSAKAN KECIL
a) Perbuatan dilakukan dengan kehendaknya sendiri dilakukan atau
dicadangkan.
b) Diketahui akan menybabkan sebarang kerosakan.
c) Jika kerosa kan terlalu kecildan diadukan tidak menjadi salah.
Contoh: ‘A’ tuan punya kebun durian. ‘B’ datang untuk membeli tetapi
setelah dipanggil dan dicari tiada orang disitu. ‘B’ mengambil
sebiji dan memakannya disitu juga. ‘A’ mungkin tidak akan
membuat aduan kerana duriannya masih banyak.
BAB HAK PERTAHANAN PERSENDIRIAN
SEK 97 HAK PERTAHANAN PERSENDIRIAN MENGENAI TUBUH DAN HARTA
a) Setiap orang ada hak mempertahankan dirinya sendiri atau diri orang
lain, dan;
b) Harta samada yang boleh dialeh -aleh atau tidak iaitu hartanya sendiri
atau harta orang lain.
c) Apabila dilakukan dengan cara:
i) Curi
ii) Rompak
iii) Khianat
iv) Langgaran Jenayah
SEK 98 HAK PERTAHANAN PERSENDIRIAN TERHADAP PERBUATAN SESEORANG
YANG TIDAK SEMPURNA AKAL
a) Sebarang perbuatan yang lazimnya akan menjadi salah.
b) Tetapi tidak menjadi salah dan berhak menjaga diri apabila dilakukan
oleh:
i) Kanak-kanak dibawah umur.
ii) Orang yang tidak sempurna akal.
iii) Orang mabuk dan tidak tentu akal.
iv) Kerana salah sangka / salah faham.
SEK 99 PERBUATAN TIADA HAK MEMELI HARA DIRI TERHADAPNYA
Seseorang itu tiada hak mempertahankan dirinya sendiri atau diri orang
lain apabila:
a) Perbuatan yang dilakukan tidak cukup menerbitkan perasaan takut
akan kematian atau cedera parah yang dilakukan oleh kakitangan
awam.
b) Perbuatan yang dilakukan tidak cukup menerbitkan perasaan takut
akan kematian atau cedera parah yang dilakukan oleh orang yang
diarahkan oleh kakitangan awam.
c) Apabila telah mendapat bantuan dari penjawat awam.
d) Hak memelihara diri tidak boleh mendatangkan k erosakan yang lebih
hanya setakat yang diperlukan sahaja.
SEK 100 HAK MEMELIHARA DIRI TUBUH BADAN SEHINGGA BOLEH MENYEBABKAN
KEMATIAN
Seseorang itu ada hak memelihara diri sehingga boleh menyebabkan
kematian apabila berlakunya:
a) Serangan yang menerbitkan rasa takut akan mendatangkan kematian.
b) Serangan yang menerbitkan rasa takut akan mendatangkan cedera
parah.
c) Serangan dengan niat hendak merogol.
d) Serangan dengan niat hendak meliwat.
e) Serangan dengan niat hendak mengurung orang dengan salah dan
tidak dapat bantuan dari penjawat awam.
f) Serangan dengan niat hendak mencolek atau melarikan orang.
SEK 102 Hak Memelihara Mengenai Tubuh Bermula Dari Masih Ada
a) Hak memelihara diri bermula apabila terbit sahaja perasaan takut
bahaya akan menimpa.
b) Disebabkan suatu uguta n terhadap kanak -kanak.
c) Sungguhpun kesalahan itu belum dilakukan lagi.
d) Berhak memelihara diri selagi perasaan takut masih ada
mengancamnya lagi.
SEK 103 HAK MEMELIHARA DIRI MENGENAI HARTA MENYEBABKAN KEMATIAN
Seseorang itu berhak memelihara diri terhadap harta hingga boleh
menyebabkan kematian apabila berlakunya:
a) Rompak / samun.
b) Pecah rumah waktu malam hari.
c) Bencana dengan api kepada tempat, orang atau harta.
d) Curi dengan mendatangkan bencana yang menimbulkan ketakutan
dengan kematian atau cedera p arah.
SEK 105 HAK MEMELIHARA DIRI TERHADAP HARTA BERMULA DARI MASIH ADA
Bila bermula sesuatu sebab yang munasabah akan ketakutan bahaya
terhadap harta itu:
a) Curi – berlanjutan sehingga pesalah itu terlepas dengan harta itu,
sehingga harta itu diperolehi a tau dapat bantuan dari orang lain.
b) Rompakan – berlanjutan selagi pesalah itu menyebabkan atau cuba
menyebabkan kematian, cedera atau halangan salah dengan serta
merta yang berpanjangan.
c) Bencana – langgaran jenayah atau khianat berlanjutan selagi pesalah
itu masih ada.
d) Pecah rumah malam hari – berlanjutan selagi pencerobohan itu masih
ada dilakukan .
* Boleh dibunuh tapi tidak menjadi kesalahan kerana ada Hak.
SEK 106 HAK MEMELIHARA DIRI TERHADAP SERANGAN YANG BOLEH
MENDATANGKAN KEMATIAN HINGGA TIMBUL BAHAYA KEPADA ORANG
YANG TIDAK BERSALAH
a) Setiap serangan yang menerbitkan ketakutan dan percaya kematian
akan berlaku.
b) Dan mendatangkan bahaya kepada orang yang tidak bersalah.
c) Perlu dilakukan supaya terhalang.
Contoh: Suatu kumpulan perusuh hendak menyerang ‘A’. ‘A’ tidak
sempat memelihara diri melainkan dengan menembak
kumpulan perusuh itu dan barangkali akan memudaratkan
kanak-kanak yang ada dalam kumpulan perusuh itu. Jika ‘A’
memudaratkan kanak-kanak itu, maka ‘A’ tidak melakukan
apa-apa kesalahan.

DARI HAL SUBAHAT


SEK 107 MENYUBAHATI SESUATU PERKARA
Seseorang dikatakan menyubahati sesuatu perkara jika:
a) Menghasut mana-mana orang melakukan perkara itu yang menyalahi.
b) Bercampur bersama dengan seseorang atau lebih melakukan perkara
itu.
c) Dengan sengaja membantu melakukan perkara itu (sebarang perkara
yang menyalahi undang -undang).
SEK 114 PENSUBAHAT ADA HADIR MANAKALA KESALAHAN DILAKUKAN
a) Jika sekiranya tidak hadir tetapi ada dalam pengetahuannya kesalahan
telah dilakukan.
b) Ianya disifatkan sebagai telah melakukan kesalahan dan boleh diseksa
atas sebab subahat.
SEK 119 PENJAWAT AWAM MENYEMBUNYIKAN SESUATU RANCANGAN UNTUK
MELAKUKAN KESALAHAN
a) Mana-mana penjawat awam dengan niat menyenangkan kesalahan
berlaku, menyembunyikan kesalahan, perbuatan / ketinggalan yang
diwajibkan atau memalsukan maklumat.
b) Diseksa dengan penjara ½ daripada hukuman maksima atau denda
tentang kesalahan berlaku yang disembunyikan.
c) Jika kesalahan itu boleh dihukum kematian / penjara seumu r hidup,
boleh dihukum penjara 10 tahun.
d) Jika kesalahan tidak dilakukan (memberi maklumat palsu) boleh
diseksa dengan penjara ¼ daripada hukuman maksima kesalahan yang
ditetapkan.

BAB PAKAT JAHAT JENAYAH


SEK 120 A PAKAT JAHAT JENAYAH
a) Dua orang atau lebih.
b) Bersetuju melakukan atau menyebabkan supaya dilakukan:
i) Perbuatan yang menyalahi undang -undang.
ii) Perbuatan yang tidak menyalahi undang -undang tetapi cara
melakukan perbuatan itu menyalahi undang -undang.
c) Samada menjadi tujuan muktamad untuk persetujuan bagi s esuatu
pihak.
Contoh: Seorang pegawai penyiasat pergi menangkap judi didalam
sebuah rumah tetapi mereka pergi tidak membawa waran.
Persetujuan telah dibuat bahawa sebahagian dari jumlah
rampasan itu tidak akan diserahkan kepada Ibupejabat.

BAB KESALAHAN-KESALAHAN TERHADAP


KETENTERAMAN AWAM
SEK 141 PERHIMPUNAN YANG MENYALAHI UNDANG -UNDANG
Suatu perhimpunan terdiri dari 5 orang atau lebih bertujuan melakukan
maksud-maksud amnya:
a) Mengugut dengan kekerasan jenayah kepada kerajaan atau
menghalang penjawat awam menjalankan tugas.
b) Menggunakan kekerasan jenayah menentang perlaksanaan undang -
undang.
c) Melakukan khianat, bencana, pencerobohan jenayah atau lain -lain
kesalahan.
d) Dengan kekerasan memaksa orang melakukan apa -apa yang dilarang
oleh undang-undang atau mencegah orang membuat apa -apa yang
diberikan hak oleh undang -undang.
e) Dengan kekerasan menyebabkan seseorang tidak dapat bergerak dari
satu tempat ke satu tempat yang lain yang mana orang itu bebas
bergerak atau menahan mana -mana orang yang berhak menggunakan
jalan air atau lain -lain.
SEK 142 MENJADI SEORANG ANGGOTA PERHIMPUNAN YANG MENYALAHI
UNDANG-UNDANG
a) Barang siapa yang mengetahui tujuan atau sebab berkumpul sebagai
kumpulan jahat.
b) Dengan sengaja masuk atau terus masuk bercampur.
c) Dikira sebagai ahli kumpulan ini.
SEK 144 MASUK BERHIMPUN DENGAN KUMPULAN JAHAT MEMBAWA SENJATA
MAUT
a) Barang siapa menjadi ahli kumpulan jahat membawa senjata maut.
b) Diketahui senjata itu boleh mendatangkan kematian atau untuk
menyerang.
c) Boleh diseksa dengan penjara tidak lebih 2 tahun atau denda atau
kedua-duanya sekali.
SEK 145 MEMASUKI ATAU BERADA DIDALAM PERHIMPUNAN YANG MENYALAHI
UNDANG-UNDANG SETELAH DIARAHKAN BERSURAI
a) Barang siapa yang masuk bercampur atau berada dengan kumpulan
yang menyalahi un dang-undang.
b) Diketahuinya kumpulan itu telah diarahkan bersurai.
c) Boleh dipenjarakan tidak lebih 2 tahun, denda atau kedua -duanya
sekali.
SEK 146 RUSUHAN
a) Ahli-ahli kumpulan jahat yang melakukan kekerasan atau angkara dan
melaksanakan maksud -maksud amnya.
b) Tiap-tiap ahli akan menjadi salah kerana mendatangkan rusuhan.
SEK 148 MERUSUH DENGAN SENJATA MAUT
a) Barang siapa yang melakukan rusuhan dengan bersenjata atau;
b) Sebarang benda sebagai alatan yang boleh mendatangkan kematian.
c) Boleh diseksa dengan penjara tida k lebih 5 tahun atau denda atau
kedua-duanya sekali.
SEK 159 GADUH GEMPAR
a) Dua (2) orang atau lebih.
b) Mengangu atau bergaduh di tempat bebas bertujuan memecah
keamanan.
c) Dikatakan telah melakukan gaduh gempar.

KESALAHAN PENJAWAT AWAM ATAU BERKENAAN DENGAN


MEREKA
SEK 161 PENJAWAT AWAM MENERIMA SUAPAN SELAIN DARI SARAAN YANG SAH
a) Mana-mana penjawat awam menerima dan bersetuju menerima
suapan selain dari saraan yang sah.
b) Diterima untuk kepentingan dirinya atau kepentingan diri orang lain.
c) Apa-apa hadiah, kemudahan, galakan serta perkhidmatan dan tidak
mengambil apa-apa tindakan dalam masa menjalankan tugas
rasminya, adalah melakukan kesalahan di bawah seksyen ini.
SEK 170 MENYAMAR DIRI SEBAGAI PENJAWAT AWAM (MENGGUNAKAN KUASA)
a) Mana-mana penjawat awam men erima dan bersetuju menerima
suapan selain dari saraan yang sah.
b) Diketahui ia bukan berjawatan sedemikian bertujuan hendak menipu.
c) Boleh diseksa dengan penjara tidak lebih 2 tahun, denda atau kedua -
duanya sekali.

MENGHINA KUASA YANG SAH DISISI UNDANG-UNDANG BAGI


PENJAWAT-PENJAWAT AWAM
SEK 172 MENGELAK DARI DISAMPAIKAN SAMAN ATAU WARAN
Barang siapa menyembunyikan atau mengelakkan diri (individu):
a) Daripada ditangkap atau disampaikan saman.
b) Daripada disampaikan kepadanya apa -apa notis.
c) Mengetahui perintah dikeluarkan ke atas dirinya boleh diseksa
dengan penjara, denda atau kedua -duanya sekali.
SEK 173 MENAHAN DARI DISAMPAIKAN SAMAN ATAU LAIN -LAIN PERINTAH KE
ATAS DIRINYA
Barang siapa dengan sengaja menahan / menghalang dari disampaikan
kepadanya atau kepada orang lain:
a) Saman atau suatu notis, atau;
b) Menahan daripada ditampalkan sebarang notis atau perintah ke atas
dirinya, atau;
C) Apa-apa perintah ke atas dirinya yang dikeluarkan dan dijalankan oleh
penjawat awam. Boleh diseksa dengan penjara, denda atau kedua -
duanya sekali.
SEK 174 TIDAK MENURUT PERINTAH PENJAWAT AWAM BAGI MENGHADIRKAN
DIRI
Barang siapa yang diwajibkan hadir sendiri atau wakilnya dengan
disampaikan saman atau lain -lain perintah dari pihak berkuasa:
a) Dengan sengaja tidak hadir pada waktunya, atau;
b) Keluar / meninggalkan (setelah hadir) tempat itu. Boleh dipenjara,
didenda atau kedua -duanya sekali.
SEK 177 MEMBERI MAKLUMAT PALSU
a) Barang siapa yang diwajibkan memberi sesuatu maklumat yang benar
kepada penjawat awam.
b) Diketahui maklujmat yang diberi itu dipercayai bohong. Boleh
dipenjara, didenda atau kedua -duanya sekali.
SEK 179 ENGGAN MENJAWAB SESUATU SOALAN PENJAWAT AWAM YANG DIBERI
KUASA UNTUK MENYOAL
a) Barang siapa yang terpa ksa disisi undang-undang enggan menjawab
apa-apa soalan dari penjawat awam, atau;
b) Enggan menyatakan hal yang sebenar mengenai apa -apa perkara
kepada penjawat awam apabila disoal. Boleh diseksa dengan
dipenjara, didenda atau kedua -duanya sekali.
SEK 180 ENGGAN MENANDATANGANI PERNYATAAN
a) Diketahui ia bukan berjawatan sedemikian bertujuan hendak menipu.
b) Boleh diseksa dengan penjara tidak lebih 2 tahun, denda atau kedua -
duanya sekali.

MENGHINA KUASA YANG SAH DISISI UNDANG -UNDANG BAGI


PENJAWAT-PENJAWAT AWAM
SEK 172 MENGELAK DARI DISAMPAIKAN SAMAN ATAU WARAN
Barang siapa menyembunyikan atau mengelakkan diri (individu):
a) Daripada ditangkap atau disampaikan saman.
b) Daripada disampaikan kepadanya apa -apa notis.
c) Mengetahui perintah dikeluarkan ke atas dirinya bole h diseksa
dengan penjara, denda atau kedua -duanya sekali.
SEK 173 MENAHAN DARI DISAMPAIKAN SAMAN ATAU LAIN -LAIN PERINTAH KE
ATAS DIRINYA
Barang siapa dengan sengaja menahan / menghalang dari disampaikan
kepadanya atau kepada orang lain:
a) Saman atau suatu n otis, atau;
b) Menahan daripada ditampalkan sebarang notis atau perintah ke atas
dirinya, atau;
c) Apa-apa perintah ke atas dirinya yang dikeluarkan dan dijalankan oleh
penjawat awam. Boleh diseksa dengan penjara, denda atau kedua -
duanya sekali.
SEK 174 TIDAK MENURUT PERINTAH PENJAWAT AWAM BAGI MENGHADIRKAN
DIRI
Barang siapa yang diwajibkan hadir sendiri atau wakilnya dengan
disampaikan saman atau lain -lain perintah dari pihak berkuasa:
a) Dengan sengaja tidak hadir pada waktunya, atau;
b) Keluar / meninggalkan (setel ah hadir) tempat itu. Boleh dipenjara,
didenda atau kedua -duanya sekali.
SEK 177 MEMBERI MAKLUMAT PALSU
a) Barang siapa yang diwajibkan memberi sesuatu maklumat yang benar
kepada penjawat awam.
b) Diketahui maklujmat yang diberi itu dipercayai bohong. Boleh
dipenjara, didenda atau kedua -duanya sekali.
SEK 179 ENGGAN MENJAWAB SESUATU SOALAN PENJAWAT AWAM YANG DIBERI
KUASA UNTUK MENYOAL
a) Barang siapa yang terpaksa disisi undang -undang enggan menjawab
apa-apa soalan dari penjawat awam, atau;
b) Enggan menyatakan hal yang sebenar mengenai apa -apa perkara
kepada penjawat awam apabila disoal.
c) Boleh diseksa dengan dipenjara, didenda atau kedua -duanya sekali.
SEK 180 ENGGAN MENANDATANGANI PERNYATAAN
a) Barang siapa yang menyebabkan adanya sesuatu keadaa n.
b) Membuat catatan palsu dalam sesuatu buku atau rekod.
c) Membuat apa-apa suratan yang mengandungi kenyataan palsu.
d) Mengadakan kenyataan yang tidak ada.
e) Dengan niat hendak menyebabkan seseorang mendapat kesusahan,
dikatakan membuat / mereka keterangan palsu.
Contoh: i) ‘A’ dengan niat jahat hendak menyebabkan ‘Z’ disabitkan
satu kesalahan jenayah. ‘A’ telah meniru tulisan ‘Z’ dan
dialamatkan kepada rakan sejenayahnya dan diketahui
mungkin akan digeledah oleh pegawai polis. ‘A’ telah
melakukan kesalahan mereka / membuat keterangan palsu.
ii) ‘A’ telah menulis didalam buku akaunnya dengan niat
untuk digunakan sebagai keterangan didalam mahkamah
untuk menyokong / kesaksian. ‘A ’ telah membuat / mereka
keterangan palsu.
SEK 197 MENGELUARKAN ATAU MENANDATANGANI PERAKUAN PALSU
a) Barang siapa yang mengeluarkan atau menandatangani sebarang sijil
yang boleh diterima sebagai saksi.
b) Diketahuinya sijil itu palsu dan segala isi kandungan nya itu palsu.
c) Boleh dihukum seolah -olah ia telah melakukan kesalahan memberi
kesaksian palsu.
SEK 203 MEMBERI MAKLUMAT PALSU MENGENAI SATU KESALAHAN
a) Barang siapa dengan sengaja memberi apa -apa meklumat bahawa
sesuatu kesalahan telah dilakukan.
b) Diketahuinya / mempercayainya maklumat itu palsu. Boleh diseksa
dengan dipenjara, didenda atau kedua -duanya sekali.
SEK 211 MEMBUAT PERTUDUHAN PALSU ATAS KESALAHAN DENGAN NIAT
HENDAK MENYEBABKAN BENCANA
a) Barang siapa dengan niat hendak menyebabkan bencana kepada
seseorang.
b) Dengan palsu mempertuduh seseorang menyebabkan diadakan
perbicaraan jenayah kepada orang itu.
c) Boleh diseksa dengan dipenjara, didenda atau kedua -duanya sekali.
d) Jika pertuduhan palsu itu boleh membawa kepada hukuman mati atau
penjara seumur hidu p. Boleh diseksa dengan penjara tidak lebih 7
tahun.
SEK 212 MELINDUNGI ORANG SALAH
a) Barang siapa yang melindungi atau menyembunyikan orang yang
melakukan kesalahan.
b) Dengan mengelak daripada mengambil tindakan undang -undang.
c) Jika kesalahan yang boleh dihuku m kematian – boleh dipenjara 5
tahun dan denda.
d) Jika kesalaan boleh dihukum penjara seumur hidup – boleh dipenjara
3 tahun dan denda.
e) Jika kesalahan boleh dihukum penjara 1 tahun dan tidak lebih 10
tahun – boleh dipenjara ¼ daripada hukuman penjara yang lama
sekali diterima.
F) Perkecualian: Suami melindungi isteri atau sebaliknya adalah
dikecualikan dari seksyen ini.
SEK 215 MENGAMBIL HADIAH KERANA MENOLONG MENDAPATKAN BALIK HARTA
CURI
a) Barang siapa yang menerima atau setuju me nerima pemberian untuk
dirinya sendiri atau orang lain.
b) Bertujuan berpura-pura menolong mendapatkan balik harta yang
telah diambil dari orang itu. Boleh diseksa dengan dipenjara, didenda
atau kedua-duanya sekali.
Contoh: ‘A’ hilang basikal yang telah diamb il oleh ‘B’. ‘B’ datang
memberitahu jika ‘A’ hendakkan semula basikalnya
hendaklah berikan RM 50.00. ‘B’ telah melakukan kesalahan
dibawah seksyen ini.
SEK 216 B MELINDUNG
Perkataan melindung termasuklah:
a) Memberi tempat berlindung.
b) Makanan / minuman.
c) Wang.
d) Pakaian.
e) Senjata atau letupan.
f) Kenderaan.
g) Atau menolong dengan apa -apa jalan bagi mengelakkan seseorang itu
daripada ditangkap.
SEK 221 KETINGGALAN PENJAWAT AWAM UNTUK MENANGKAP DIMANA IA
TERPAKSA MENANGKAPNYA DISISI UNDANG -UNDANG
a) Mana-mana penjawat awam yang diwajibkan menangkap / menahan /
mengurung orang yang kena tuduh.
b) Dengan sengaja tidak menangkap atau membiarkan lepas lari, atau;
c) Dengan sengaja membantu/ cuba melepaskan diri. Boleh diseksa
dengan penjara mengikut kesalahan ang dilakuk an.
SEK 222 KETINGGALAN SENGAJA OLEH PENJAWAT AWAM UNTUK MENANGKAP
ATAS ARAHAN MAHKAMAH KEADILAN
a) Mana-mana penjawat awam yang diwajibkan menangkap atau
menahan orang yang dibawah hukuman mahkamah.
b) Atau yang diletakkan dalam tahanan kerana melakukan kesalah an.
c) Dengan sengaja tidak menangkap atau membiarkan / membantu orang
itu lepas lari atau cuba melepaskan diri dari tahanan. Adalah menjadi
salah.
SEK 223 PENJAWAT AWAM DENGAN ALPANYA MELEPASKAN TAHANAN LARI
a) Mana-mana penjawat awam yang diwajibkan menahan orang-orang
yang kena tuduh / orang -orang yang disabitkan kesalahan / orang -
orang yang diserahkan untuk ditahan dengan sah.
B) Dengan cuainya membiarkan orang itu terlepas lari. Boleh diseksa
dengan dipenjara, didenda atau kedua -duanya sekali.
SEK 224 MENENTANG ATAU MENGHALANG DARIPADA DITANGKAP
a) Barang siapa dengan sengaja menentang / menghalang yang
menyalahi undang-undang dirinya daripada ditangkap, atau;
b) Melarikan. cuba melarikan diri dari sebarang tahanan yang sah atas
sebarang kesalahan yang iany a kena tuduh. Boleh diseksa dengan
dipenjara, didenda atau kedua -duanya sekali.
DARIHAL KESALAHAN-KESALAHAN BERKENAAN UGAMA
SEK 295 MEMBENCANAKAN ATAU MENCAMARKAN TEMPAT SEMBAHYANG
DENGAN NIAT HENDAK MENCEMARKAN UGAMA MANA -MANA
GOLONGAN

a) Barang siapa dengan niat merosakkan, membinasakan atau


mencemarkan tempat sembahyang mana -mana golongan.
b) Dengan niat mengaibkan ugama sebarang golongan orang. Boleh
diseksa dengan dipenjara, didenda atau kedua -duanya sekali.
SEK 296 MENGGANGU PERHIMPUNAN YANG MENJALANKAN SEM BAHYANG
a) Barang siapa dengan niat sengaja menyebabkan gangguan atau
membuat kacau dalam perhimpunan.
b) Suatu perhimpunan yang sedang menjalankan sembahyang atau
sebarang upacara ugama yang sah. Boleh diseksa dengan dipenjara,
didenda atau kedua-duanya sekali.
SEK 297 PENCEROBOHAN DI TEMPAT -TEMPAT PERKUBURAN DSB
a) Barang siapa dengan niat melukakan perasaan seseorang.
b) Melakukan pencerobohan di tempat sembahyang atau perkuburan
yang telah dikhaskan atau tempat upacara pengkebumian bertujuan
untuk menghina. Boleh diseksa dengan dipenjara, didenda atau
kedua-duanya sekali.
SEK 298 MENYEBUT PERKATAAN DENGAN NIAT HENDAK MENCACI KEUGAMAAN
a) Barang siapa dengan niat melukakan perasaan ugama seseorang:
- Menyebut perkataan yang mengaibkan.
- Membunyikan bunyian yang mengaibkan.
- Isyarat yang mengaibkan.
- Meletakkan apa-apa benda yang mengaibkan.
b) Boleh dipenjara, denda atau kedua -duanya sekali.
SEK 298 A MENYEBABKAN SEBAHAGIANNYA TIADA KEHARMONIAN, TIADA
PERPADUAN ATAU PERASAAN PERMUSUHAN, KEBENCIAN ATAU SAKIT
HATI ATAU MEMDARATKAN TERHADAP MENGEKALKAN KEADAAN
KEAHRMONIAN ATAU PERPADUAN ATAS DASAR KEUGAMAAN
a) Barang siapa denga niat samada.
- dengan percakapan atau tulisan
- isyarat atau apa-apa lambang
- tindakan atau aktiviti
- perbuatan atau pertubuhan
- menyusun sesuatu rancangan
- Mencuba atau menyebabkan ketidakharmonian atas dasar
keugamaan. Boleh dipenjara, denda atau kedua -duanya sekali.

DARIHAL KESALAHAN MENGENAI NYAWA


SEK 299 MEMATIKAN ORANG DENGAN SALAH
a) Barang siapa dengan niat hendak menyebabkan ke matian dengan
suatu perbuatan berniat mendatangkan kematian, atau;
b) Dengan niat mendatangkan bencana terhdap tubuh badan yang boelh
mendatangkan kematian, atau;
c) Mempercayai / diketahui bahawa perbuatannya itu akan
menyebabkan kematian.
d) Dikatakan mematikan o rang dengan salah.

Contoh: i) ‘A’ gali lubang dan tutup luban itu dengan ranting -ranting
kayu dan diketahuinya boleh mendatangkan kematian
kepada sesiapa yang lalu disitu. ‘B’ lalu disitu yang
m,enyangkakan tanah itu kuat lalu jatuh didalamnya dan
mati. ‘A’ melakukan kesalahan dibawah seksyen ini kerana
diketahui perbuatannya itu boleh mendatangkan kematian
keatas ‘B’.

ii) ‘A’ tahu ‘B’ ada dibelakang sebuah belukar. ‘C’ tidak tahu
hal itu. ‘A’ dengan niat hendak menyebabkan kematin
keatas ‘B’ telah mendorong ‘C’ melepaskan tembakan ke
arah belukar itu. Perbuatan ‘C’ mungkin tidak menjadi
salah tetapi ‘A” telah melakukan kesalahan dibawah
seksyen ini.

SEK 300 MEMBUNUH ORANG


a) Perbuatan itu dibuat dengan niat sengaja mematikan orang, atau;
b) Bencana / mudarat pada tubuh badan dan diketahui mendatangkan
kematian, atau;
c) Bencana kepada tubuh badan yang mencukupi untuk mendatangkan
kematian, atau;
d) Suatu perbuatan yang sangat bahaya yang mana tidak boleh tidak,
kematian akan berlaku keatas orang ya ng dimudaratkan.
Perkecualian: Mematikan orang dengan salah tidak menjadi
kesalahan membunuh orang apabila:
i) Kebangkitan marah yang mengejutkan
menyebabkan kematian kepada orang yang
mendatangkan kebangkitan marah, atau;
ii) Menyebabkan kematian kerana silap faham (tak
sengaja).
SYARAT PERKECUALIAN
a) Kebangkitan marah tidak dicari atau dibangkitkan dengan sengaja.
b) Kebangkitan marah tidak didatangkan oleh satu perkara yang
dilakukan oleh penjawat awam menurut undang -undang.
c) Kebangkitan marah tidak didatangkan kerana hak menjalankan
pertahanan persendirian mengenai harta atau diri dengan sah disisi
undang-undang.
Contoh: ‘A’ dengan sengaja menetak ‘Z’ dengan sebilah kapak. Dengan
tetakan itu mencukupi mendatangkan kematian kepada ‘Z’. ‘Z’
mati kerana tetakan itu. ‘A’ menjadi salah kerana bunuh
sengaja walaupun ia tidak berniat hendak bunuh ‘Z’ (Contoh
bagi kesalahan membunuh orang – sengaja).
SEK 304 HUKUMAN MEMATIKAN ORANG DENGAN SALAH YANG TIDAK TERMASUK
KEPADA KESALAHAN MEMBUNUH ORANG
a) Jika perbuatan yang menyebabkan kematian kerana keusikan
(kebangkitan marah) yang besar, atau;
b) Menyebabkan bencana kepada tubuh badan tetapi tanpa niat
mebyebabkan kematian. Boleh diseksa dengan penjara sehingga 10
atau 20 tahun, denda atau kedua -duanya sekali .
SEK 305 MENYUBAHATI KANAK -KANAK ATAU ORANG GILA MEMBUNUH DIRI
a) Barang siapa yang bersubahat melakukan bunuh diri terhadap:
- Seseorang berumur kurang daripada 18 tahun
- Seseorang gila
- Orang yang latah
- Orang Mabuk
- Orang dungu
b) boleh diseksa dengan penjara sehingga 20 tahun dan boleh didenda.
SEK 306 MENYUBAHATI KESALAHAN MEMBUNUH DIRI
Barang siapa dengan sengaja menyubahati seseorang itu membunuh diri.
Boleh diseksa dengan penjara sehingga 10 tahun dan boleh juga didenda.
SEK 307 MENCUBA MEMBUNUH D IRI
a) Barang siapa melakukan apa -apa perbuatan dengan niat atau
diketahuinya menyebabkan kematian.
b) Boleh diseksa dengan penjara sehingga 10 tahun dan boleh didenda.
c) Jika perbuatan itu menyebabkan cedera kepada seseorang.
d) Boleh dipenjara sehingga 20 tahun.
SEK 309 MENCUBA MELAKUKAN KESALAHAN MEMBUNUH DIRI
a) Barang siapa cuba membunuh diri dengan apa -apa juga perbuatan.
b) Boleh diseksa dengan penjara sehingga 1 tahun, denda atau kedua -
duanya.

DARIHAL CEDERA
SEK 319 Cedera (Sakit & Berdarah)
a) Barang siapa menyebabkan kepada tubuh badan
- kesakitan
- penyakit / kesengsaraan
- kelemahan
- Sesuatu virus yang telah dijangkiti
b) Dikatakan menyebabkan kecederaan.
SEK 320 CEDERA PARAH
Hanya jenis-jenis cedera yang berikut sahaja dinamakan cedera parah
iaitu:
a) Hilang tenaga kelelakian
b) Hilang kekal salah satu penglihatan mata
c) Hilang kekal salah satu pendengaran telinga
d) Kehilangan sesuatu anggota sendi
e) Rosak atau lemah selama -lamanya kuasa sesuatu anggota atau sendi
f) Kecacatan kekal di kepala atau muka
g) Patah atau retak tulang atau selisih sendi
h) Apa-apa cedera yang membahayakan nyawa atau menyebabkan
orang tersebut menderita selama 20 hari didalam kesakitan dan
tidak boleh menjalankan pekerjaan biasanya.
Contoh: ‘A’ bergaduh dengan ‘B’ mengenai tanah pusaka. ‘A’
mengeluarkan sebilah parang dan cuba menetak kepala ‘B’
tetapi ‘B’ mengelak dan terkena tangan pula. ‘A’
melakukan kesalahan cedera parah terhadap ‘B’.
SEK 321 DENGAN SENGAJA MENYEBABKAN CEDERA
a) Barang siapa melakukan apa -apa perbuatan dengan niat hendak
menyebabkan cedera.
b) Diketahuinya akan mendatangkan cedera atau melukakan orang.
c) Dikatakan dengan sengaja menyebabkan cedera.
SEK 322 DENGAN SENGAJA MENYEBABKAN CEDERA PARAH
a) Barang siapa dengan sengaja melakukan cedera.
b) Menyebabkan atau diketahui mungkin mend atangkan cedera parah.
c) Dikatakan dengan sengaja menyebabkan cedera parah.
SEK 324 DENGAN SENGAJA MENDATANGKAN CEDERA DENGAN SENJATA ATAU
CARA YANG BAHAYA
a) Barang siapa menyebabkan cedera dengan jalan menggunakan:
- Apa-apa alat untuk menembak
- Apa-apa alat untuk menikam / memotong
- Apa-apa senjata untuk menyerang
- Menggunakan api atau benda yang dihangatkan
- Racun
- Benda-benda melecur / letupan
- Benda yang merbahaya kepada tubuh badan apabila dihisap,
ditelan atau dimasukkan ke dalam darah
- Haiwan
b) Boleh diseksa dengan penjara, denda atau sebat atau mana -mana dua
daripada seksaan seksaan tersebut.

HALANGAN SALAH DAN PENGURUNGAN SALAH


SEK 339 HALANGAN SALAH
a) Barang siapa dengan sengaja menghalang seseorang.
b) Atau menahan orang itu dari pergi ke mana-mana arah yang ia berhak
pergi.
c) Dikatakan melakukan halangan salah.
Perkecualian: Seseorang yang percaya dengan suci hati ada hak yang
sah disisi undang-undang untuk menghalang orang lain
melalui suatu jalan persendirian di darat atau air.
SEK 340 PENGURUNGAN SALAH
a) Barang siapa dengan niat tak patut menghalang atau menahan orang.
b) Menyebabkan orang itu terganggu dan tidak boleh keluar dari had
yang tertentu yang melengkonginya.
c) Dikatakan melakukan pengurungan salah.

DARIHAL KEKERASAN JENAYAH DAN SERANGAN


SEK 349 KEKERASAN
a) Seseorang itu dikatakan menggunakan kekerasan apabila:
- Menyebabkan orang bergerak.
- Mengubah pergerakan orang itu.
- Memberhentikan pergerakan orang itu.
b) Menyebabkan sesuatu benda itu bergerak / berhenti / mengubah
daripada bergerak:
- Dengan kuasa atau tenaganya.
- Dengan pergerakan sebarang benda sebab perbuatannya atau orang
lain.
- Dengan mendorong seekor haiwan untuk bergerak.
c) Dikatakan melakukan kekerasan.
SEK 350 KEKERASAN JENAYAH
Barang siapa dengan sengaja menggunakan kekerasan kepada seseorang:
a) Tanpa kerelaan orang itu.
b) Menyebabkan sesuatu kesalahan dilakukan
c) Mengetahui mungkin kekerasan itu akan menyebabkan menyalahi
undang-undang.
d) Mendatangkan bencana, ketakutan atau kerunsingan pada orang itu.
Dikatakan menggunakan kekerasan jenayah.
Contoh: ‘A’ sedang menunggang kuda, ‘Z’ pukul kuda itu menyebabkan
kuda itu mempercepatkan langkahnya. ‘Z’ telah mengubah
pergerakan ‘A’ dengan menghasud kuda itumengubah
pergerakannya dan perbuatan itu tanpa kebenaran ‘A’ dan
mungkin mendatangkan mudarat atau ketakutan atau
kerunsingan kepada ‘A’. ‘Z’ telah melakukan kesalahan
kekerasan jenayah.
SEK 351 SERANGAN
a) Barang siapa membuat apa -apa persiapan atau isyarat.
b) Dengan niat atau diketahuinya menyebabkan seseorang menyan gka
persiapan akan digunakan untuk kekerasan jenayah kepada orang lain.
c) Dikatakan melakukan serangan.
Contoh: ‘A’ menggengam tangannya dan mengoyangkannya kepada
‘Z’ dengan maksud bahawa dengan jalan demikian akan
menyebabkan ‘Z’ percaya bahawa ia hampir m emukul ‘Z’.
‘A’ telah melakukan kesalahan serangan.
SEK 354 MENYERANG ATAU MENGGUNAKAN KEKERASAN JENAYAH KEPADA
SESEORANG BERTUJUAN HENDAK MENCABUL KEHORMATANNYA
a) Barang siapa menyerang atau menggunakan kekerasan jenayah.
b) Dengan niat hendak menjatuhkan maruah atau mencabul kehormatan.
c) Boleh dihukum penjara, denda atau sebat atau mana -mana dua
daripada hukuman tersebut.

DARIHAL PENCOLEKAN, MELARIKAN ORANG, KEABDIAN DAN


KERJA PAKSA
SEK 359 PENCOLEKAN
Pencolekan ada dua jenis.
a) Pencolekan dari Malaysia (Persekutuan).
b) Pencolekan dari penjaga yang sah disisi undang -undang.
SEK 360 PENCOLEKAN DARI PERSEKUTUAN
a) Membawa orang keluar dari Persekutuan tanpa kerelaan orang itu,
atau;
b) Kerelaan orang lain yang dibenarkan oleh undang -undang untuk
memberi persetujuan bagi orang itu.
c) Dikatakan mencolek dari Persekutuan (Malaysia).
SEK 361 MENCOLEK DARI PENJAGA YANG SAH DISISI UNDANG -UNDANG
a) Mana-mana orang yang mengambil atau memikat atau memujuk:
- Budak lelaki berumur kurang 14 tahun.
- Budak perempuan berumur kurang dari 16 tahun.
- Orang yang tidak tentu akalnya.
b) Tanpa kerelaan dari penjaganya yang sah disisi undang -undang.
c) Dikatakan mencolek dari penjaganya yang sah disisi undang -undang.
Perkecualian: Tidak termasuk perbuatan seseorang yang me nganggap
dirinya sebagai bapa kepada anak luar nikah atau
dengan suci hati menganggap dirinya sebagai
penjaganya yang sah disisi undang -undang. Melainkan
perbuatan itu dilakukan untuk tujaun lucah atau yang
menyalahi undang-undang.
SEK 362 MELARIKAN ORANG
a) Mana-mana orang yang memaksa dengan kekerasan.
b) Atau dengan helah.
c) Mendorong seseorang itu pergi ke sebarang tempat.
d) Adakah dikatakan melarikan orang.

DARIHAL ROGOL
SEK 375 ROGOL
Persetubuhan antara lelaki dan perempuan dengan lima cara yang
berikut:
a) Bertentangan dengan kemahuan perempuan itu (paksa).
b) Tiada kerelaan / persetujuan perempuan itu.
c) Dengan persetujuan perempuan itu tetapi takut bahawa kematian
atau cedera akan berlaku.
d) Dengan kerelaan perempuan itu kerana percaya lelaki itu adalah
suaminya yang sah tetapi lelaki itu tahu ia bukan suaminya.
e) Kerelaan oleh seorang perempuan yang berumur kurang dari 14
tahun.
Huraian: Apabila masuk sahaja zakar lelaki ke dalam kemaluan
perempuan, kesalahan rogol telah berlaku.
Perkecualian: Suami bersetubuh dengan isterinya yang berumur tidak
kurang dari 13 tahun, tidak menjadi salah.
SEK 377 MELIWAT
a) Dengan sengaja melakukan persetubuhan:
- Lelaki dengan lelaki.
- Lelaki dengan perempuan (bertentangan dengan aturan biasa).
- Manusia dengan haiwan.
b) Adalah melakukan kesalahan meliwat.
SEK 377 A MELANGGAR KESOPANAN
a) Berkelakuan sumbang di tempat bebas atau sendiri.
b) Melakukan apa-apa kelucahan oleh orang lelaki dengan lelaki lain.
c) Adalah melakukan kesalahan melanggar kesopanan.

DARIHAL KESALAHAN TERHADAP HARTA


SEK 378 CURI
a) Dengan niat jahat mengambil apa -apa harta yang boleh dialeh -aleh.
b) Dari milik mana-mana orang tanpa kerelaan orang itu.
c) Dan mengerakkan harta itu supaya dapat diambol.
d) Dikatakan melakukan kesalahan curi.
Huraian: Suatu benda yang harta yang bukan harta yang boleh dialeh -
aleh, bercantum dengan bumi tidak boleh menjadi perkara
yang boleh dicuri tetapi boleh menjadi menjadi curi apabila
benda itu diputuskan dari bumi.

SEK 379
b) Mengerakkan sesuatu benda dengan perbuatan yang memutuskan
benda itu boleh menjadi kesalahan curi.
c) Seseorang yang menyebabkan sesuatu benda bergerak dengan jalan
membuang sesuatu rintangan yang menahan benda itu dari bergerak
atau dengan jalan menceraiken benda itu daripada benda -benda lain
serta dengan jalan mebgerakkan benda itu.
d) Seseorang yang menyebabkan seekor haiwan bergerak adalah
dikatakan menggerakkan haiwan itu oleh sebab gerakan yang
disebabkan demikian itu.
e) Kerelaan yang tersebut dalam takrif ini boleh jadi yang nyata atau ada
dan boleh diberikan oleh orang yang memiliki atau mana -mana orang
yang mempunyai kuasa memberi kerelaan samada yang nyata atau
disifatkan ada.
SEK 380 MENCURI DALAM RUMAH KEDIAMAN
a) Mana-mana orang yang melakukan kesalahan mencuri didalam mana -
mana bangunan, khemah atau kapal.
b) Tempat itu digunakan sebagai tempat tinggal menusia atau tempat
menyimpan barang.
c) Adalah melakukan kesalahan mencuri dalam rumah kediaman. Boleh
diseksa dengan penjara dan boleh didenda.
SEK 382 MENCURI SETELAH MEMBUAT PERSIAPAN
a) Barang siapa melakukan kesalahan mencuri.
b) Setelah membuat persiapan bagi menyebabkan kecederaan /
kematian /halangan / ketakutan bahawa mana -mana orang akan
dibunuh / dicederakan / dihalang.
c) Dengan tujuan membolehkan pesalah lari setelah melakukan kesalaha
itu, atau;
d) Membolehkan ia menyimpan harta yang diambil itu. Boleh diseksa
dengan penjara, denda dan boleh disebat.
Contoh: ‘A’ mencuri barang-barang kepunyaan ‘B’. Semasa melakukan
curi itu ‘A’ ada membawa sebilah pisau yang tersimpan
didalam seluarnya dengan niat hendak mendatangkan cedera
sekiranya ‘B’ melawan. ‘A’ telah melakukan kesalahan
dibawah seksyen ini.

DARIHAL PEMERASAN
SEK 383 PEMERASAN
a) Dengan sengaja mendatangkan ketakutan dengan bencana samada
kepada orang itu sendiri atau orang lain.
b) Mendorong supaya menyerahkan apa -apa harta atau cagaran
berharga, atau;
c) Sesuatu yang bertandatangan atau bermeteri yang boleh dijadikan
cagaran berharga.
d) Adalah melakukan kesalahan pemerasan.
Contoh: ‘A’ mengugut hendak menghebahkan sesua tu fitnah
terhadap diri ‘Z’ melainkan jika ‘Z’ memberi wang kepada
‘A’. ‘A’ telah melakukan kesalahan dibawah seksyen ini.

DARIHAL ROMPAK DAN ROMPAK BERKUMPULAN


SEK 390 ROMPAK
Dalam segala rompak ada kesalahan mencuri atau pemerasan.
i) Curi Jadi Rompak
a) Curi boleh menjadi rompak apabila:
- Cuba melakukan kesalahan curi.
- Sedang melakukan curi.
- Semasa membawa harta itu lari
b) Dengan sengaja atau cuba menyababkan:
- Kematian.
- Cedera / cedera parah.
- Halangan Salah.
ii) Pemerasan Jadi Rompak
a) Semasa melakukan pemerasan orang itu hadir untuk:
- mendatangkan ketakutan serta merta.
- cedera serta merta.
- halangan serta merta
b) Mendorong supaya orang itu menyerahkan harta pada ketika itu
juga
SEK 391 ROMPAK BERKUMPUL
a) Apabila lima orang atau le bih.
b) Bersama-sama melakukan atau cuba melakukan rompak.
c) Dan oaring yang hadir membantu melakukan atau cuba membantu
melakukan rompak.
d) Tiap-tiap orang dikatakan orang berkumpul.
SEK 396 ROMPAK BERKUMPUL SERTA MEMBUNUH ORANG
a) Lima orang atau lebih semasa melakukan rompak dengan sengaja
membunuh orang.
b) Jika salah seorang melakukan bunuh, maka setiap orang itu dianggap
melakukan kesalahan itu.

DARIHAL MENYALAHGUNAKAN HARTA SECARA JENAYAH


SEK 403 MENYALAHGUNA HARTA DENGAN CURANG
a) Barang siapa dengan niat jahat menyalahgunakan harta.
b) Menjadikan bagi kegunaannya sendiri harta yang boleh dialeh -aleh.
c) Adalah melakukan kesalahan ini dan boleh diseksa dengan penjara,
denda atau kedua-duanya sekali.
Contoh: ‘A’ ambil sebuah kamera dari dalam bilik ‘Z ’ dengan suci hati
mempercayai bahawa kamera itu milik ‘Z’ tanpa kebenaran
‘Z’. Disini ‘A’ tidak melakukan kesalahan curi tetapi setelah
diketahuinya kesilapannya bahawa kamera itu bukan milik
‘Z’ dan menjualnya bagi faedah dirinya sendiri maka ‘A’
melakukan kesalahan ini.
SEK 404 DENGAN CURANG MENYALAHGUNA HARTA MILIK SIMATI
a) Barang siapa dengan niat jahat menyalahgunakan harta.
b) Hak simati yang ada pada masa kematiannya dan digunakan untuk
kegunaan sendiri.
c) Sebelum harta itu dimiliki oleh orang yang ber hak menurut undang-
undang untuk memilikinya.
d) Adalah melakukan kesalahan ini dan boleh diseksa dengan penjara,
denda.
Contoh: ‘A’ semasa mati ada mempunyai wang yang banyak. ‘B’ tahu
akan hal itu dan mengambilnya dari simati bertujuan untuk
kegunaan sendiri dengan niat jahat sedangkan wang itu ada
orang yang berhak menurut undang -undang untuk
memilikinya. ‘A’ melakukan kesalahan di bawah seksyen ini.

DARIHAL PECAH AMANAH JENAYAH


SEK 405 PECAH AMANAH JENAYAH
a) Barang siapa ang diamanahkan / m engelolakan sebarang harta.
b) Dengan niat jahat menggunakan dengan salah harta itu menjadikan
hartanya sendiri, atau;
c) Menguruskan dengan cara yang menyalahi undang -undang, atau;
d) Dengan sengaja membiarkan seseorang berbuat begitu.
e) Adalah melakukan kesalahan p ecah amanah jenayah.
Contoh: ‘A’ serahkan barang kepada ‘B’ seorang penjaga setor b arang-
barang sehingga ‘A’ balik dari suatu perjalanan. Menurut
perjanjian, ‘B’ akan menyerahkan balik barang tersebut
kepada ‘A’ setelah selesai bayaran sewa atau sebagainya
tetapi sebaliknya ‘B’ telah menjualkan barang tersebut. ‘B’
melakukan kesalahan di bawah seksyen ini.
SEK 407 PECAH AMANAH JENAYAH OLEH PEMBAWA
a) Barang siapa yang diamanahkan sebarang harta kepada:
- Sebagai pembawa.
- Ketua pekerja di perlabuhan.
- Penyelenggara gudang.
b) Melakukan pecah amanah jenayah. Boleh diseksa dengan penjara dan
boleh didenda.
SEK 408 PECAH AMANAH JENAYAH OLEH KERANI ATAU ORANG GAJI
a) Barang siapa yang bekerja sebagai kerani atau orang gaji yang
diamanahkan sebarang harta.
b) Melakukan pecah amanah jenayah. Boleh diseksa dengan penjara dan
boleh didenda.
SEK 409 PECAH AMANAH JENAYAH OLEH PENJAWAT AWAM, BANKER ATAU
SAUDAGAR
a) Barang siapa sebagai penjawat awam, banker atau saudagar serta
peguam atau wakilnya.
b) Diharapkan / pengelolaan kepadanya sebarang harta.
c) Melakukan pecah amanah jenayah. Boleh diseksa dengan penja ra dan
boleh didenda.

DARIHAL MENERIMA HARTA CURI


SEK 410 HARTA CURI
a) Sebarang harta yang berpindah milik dengan jalan:
- Curi
- Pemerasan
- Rompak
- Salahguna secara jenayah
- Pecah amanah
- Tipu
b) Samada pertukaran dibuat didalam atau diluar Persekutuan dikatakan
harta curi.
c) Jika harta itu diperolehi semula oleh orang yang berhak disisi undang -
undang tidak lagi dikatakan harta curi.
SEK 411 MENERIMA HARTA CURI
a) Barang siapa dengan curangnya menerima atau menyimpan apa -apa
harta curi.
b) Dengan mengetahui at au ada sebab mempercayai sebagai harta curi.
c) Boleh diseksa dengan penjara, denda atau kedua -duanya sekali.
SEK 413 ORANG YANG BIASA MEMPERDAGANGKAN HARTA CURI
a) Barang siapa dengan lazimnya menerima / berniaga harta curi.
b) Diketahui atau ada sebab memperca yai harta itu harta curi. Boleh
diseksa dengan penjara atau denda.
SEK 414 MENOLONG MENYEMBUNYIKAN HARTA CURI
a) Barang siapa dengan sengaja;
- Menolong menyembunyikan.
- Menolong memindahkan.
- Menolong menghapuskan apa -apa harta
b) Diketahui atau ada sebab mempercayai harta curi.
c) Boleh dikenakan penjara, denda atau kedua -duanya sekali.

DARIHAL TIPU
SEK 415 TIPU
a) Dengan niat jahat memperdayakan mana -mana orang.
b) Menghasut supaya orang itu menyerahkan / menyimpan sebarang
harta, atau;
c) Menghasut orang yang diperdayakan membuat atau meninggalkan
apa-apa perbuatan yang mungkin mendatangkan kerosakan atau
kerugian terhadap:
- Tubuh badan.
- Akal fikiran.
- Nama baik (reputasi)
- Harta.
d) Adalah melakukan kesalahan tipu.
Contoh: ‘A’ meminjam wang dari ‘ Z’ dengan mencagarkan intan yang
diketahuinya bukan intan sebenar dan dengan jalan demikian
mendorong ‘Z’ supaya meminjamkan wang. ‘A’ telah
melakukan kesalahan tipu.
SEK 416 MENIPU DENGAN JALAN SAMARAN
a) Dengan jalan berpura -pura sebagai orang lain, atau;
b) Menggantikan seseorang dengan orang lain, atau;
c) Mengaku dirinya sebagai orang yang sebenar (samada orang itu masih
hidup atau telah mati).
d) Adalah melakukan kesalahan menipu dengan menyamar.
SEK 420 MENIPU SUPAYA HARTA DISERAHKAN
a) Dengan niat jahat menipu dengan jalan memujuk.
b) Supaya diserahkan harta kepada mana -mana orang, atau;
c) Mendorong membinasakan, membuat atau mengubah persandaran
berharga ate benda bertandatangan / bermeteri.
d) Adalah melakukan kesalahan di bawah seksyen ini dan Boleh dis eksa
dengan penjara atau denda.

DARIHAL KHIANAT
SEK 425 KHIANAT
a) Dengan niat hendak menyebabkan atau diketahui mungkin
menyebabkan kerugian / kehilangan kepada seseorang atau orang
lain, atau;
b) Kerosakan / kebinasaan terhadap harta dan mengurangkan nilai harta
itu.
c) Adalah melakukan kesalahan khianat.
Contoh: ‘A’ dengan niat hendak merosakkan tanaman ‘Z’ dengan
sengaja telah melepaskan kerbaunya masuk ke dalam kebun
‘Z’. Dengan demikian, telah merosakkan tanaman dan
merugikan ‘Z’. ‘A’ telah melakukan kesalahan khianat.
SEK 427 KHIANAT MENYEBABKAN KERUGIAN RM 25.00
a) Barang siapa melakukan khianat menyebabkan kehilangan atau
kerugian.
b) Terhadap harta yang bernilai lebih dari RM 25.00. Boleh diseksa
dengan penjara, denda atau kedua -duanya sekali.
SEK 436 KHIANAT DENGAN API ATAU BENDA LETUPAN DENGAN NIAT HENDAK
MEMBINASAKAN RUMAH DAN SEBAGAINYA
a) Barang siapa melakukan khianat dengan api atau benda letupan.
b) Menyebabkan atau diketahui akan menyebabkan kebinasaan terhadap
rumah atau apa-apa bangunan. Boleh diseksa dengan penjara dan
denda.

DARIHAL PENCEROBOHAN JENAYAH


SEK 441 PENCEROBOHAN JENAYAH
a) Barang siapa masuk ke dalam atau berada atas harta milik orang lain.
b) Bertujuan hendak melakukan kesalahan.
c) Dengan menakut-nakutkan, mengaibkan atau merunsingkan
seseorang yang memiliki harta itu.
d) Dikatakan melakukan pencerobohan jenayah.
SEK 442 PENCEROBOHAN RUMAH
a) Jika melakukan pencerobohan jenayah berada dalam:
- Sesuatu tempat / bangunan
- Khemah
- Perahu untuk ke tempat kediaman
- Bangunan tempat sembahyang
- Tempat simpan harta
b) Dikatakan melakukan pencerobohan rumah.
SEK 445 PECAH RUMAH
a) Seseorang dikatakan melakukan pecah rumah apabila :
- Masuk ke dalam rumah, atau;
- Telah sedia ada didalamrumah tersebut.
b) Bertujuan hendak melakukan kesalahan dan masuk atau keluar
dengan salah satu dari 6 cara berikut:
i) Masuk atau keluar melalui satu lorong / lubang yang dibuat oleh
dirinya sendiri atau pensubahat.
ii) Masuk atau keluar melalui satu lorong yang tidak dimaksud kan
oleh sesiapa untuk memasukinya atau melalui lubang yang dibuat
dengan mengopak atau memanjat dinding itu.
iii)Masuk atau keluar melalui satu lorong di mana ia atau pensubahat
telah membukanya yang mana lorong itu tidak dibuka oleh
tuannya.
iv)Masuk atau keluar dengan membuka sesuatu kunci atau mangga.
v) Masuk atau keluar menggunakan kekerasan jenayah atau serangan
yang menakutkan seseorang.
vi) Masuk atau keluar melalui mana -mana lubang yang telah ditutup
kuat bagi menahan sesiapa masuk tapi telah dibuka olehnya sendiri
atau pensubahat.
Huraian: Sesebuah rumah luar yang dibuat bersambung dengan
rumah asal adalah termasuk dengan seksyen ini.
SEK 447 PENCEROBOHAN RUMAH DENGAN PERSEDIAAN MENYEBABKAN CEDERA
a) Melakukan perbuatan dengan persediaan menyebabkan:
- Cedera kepada seseorang
- Menghalang seseorang
- Menyerang seseorang
b) bagi tujuan mendatangkan kepada orang itu.

c) Boleh diseksa dengan penjara dann boleh didenda.


SEK 457 PENCEROBOHAN RUMAH ATAU PECAH RUMAH DENGAN BERSEMBUNYI
PADA MALAM HARI
a) Barang siapa melakukan pencerobohan rumah atau pecah rumah
dengan bersembunyi pada malam hari.
b) Boleh diseksa dengan penjara sehingga 5 tahun dan boleh didenda.
c) Jika kesalahan yang hendak dilakukan ialah curi.
d) Boleh diseksa dengan penjara sehingga 7 tahun dan boleh didenda.

DARIHAL MENAKUTKAN SECARA JENAYAH AIB DAN GUSAR


SEK 503 KESALAHAN MENAKUTKAN SECARA JENAYAH
a) Barang siapa mengugut atau mengancam se seorang dengan bencana
terhadap:
- Tubuh badan
- Nama baik
- Harta benda
b) Dengan niat supaya seseorang itu melaksanakan ugutan:
- Menyebabkan ketakutan kepada seseorang itu, atau;
- Menyebabkan seseorang itu membuat apa -apa perkara yang
ditegah oleh undang -undang, atau;
- Menyebabkan meninggalkan apa -apa perbuatan yang berhak
dilakukan mengikut undang -undang.
Contoh: ‘A’ bagi maksud mendorong ‘Z’ supaya tidak mengambil
apa-apa tindakan mahkamah terhadap ‘X’ saudaranya,
mengugut hendak membakar rumah ‘Z’ jika ia
meneruskan tindakannya itu. ‘A’ telah melakukan
kesalahan di bawah seksyen ini.
SEK 509 MENGAIBKAN KEHORMATAN SESEORANG PEREMPUAN
a) Barang siapa dengan tujaun memalukan seseorang perempuan
dengan:
- Menyebut sebarang perkataan.
- Membuat bunyi atau isyarat.
- Menunjuk sebarang benda.
b) Supaya dapat didengar oleh perempuan itu atau menggangu
kesantunan seseorang perempuan.
c) Boleh diseksa dengan penjara, denda atau kedua -duanya sekali.

DARIHAL PERCUBAAN HENDAK MELAKUKAN KESALAHAN


SEK 511 CUBA MELAKUKAN KESALAHA N YANG BOLEH DISEKSA DENGAN PENJARA
a) Barang siapa melakukan / cuba melakukan kesalahan di bawah kanun
ini atau undang-undang lain yang boleh dipenjara.
b) Jika tiada hukuman kepada kesalahan yang dilakukan atau cuba
dilakukan.
c) Seksyen ini hendaklah digunakan.
d) Dengan syarat hukuman penjara itu tidak lebih daripada ½ hukuman
asal kesalahan itu.

Anda mungkin juga menyukai