Anda di halaman 1dari 25

UNDANG-UNDANG JENAYAH

IUEL 3111

TIDAK
SEMPURNA
AKAL

PERSOALAN :
1 ) Tak sempurna akal memerlukan pembuktian
bahawa tertuduh tidak berupaya mengetahui
keadaan perbuatan itu, atau bahawa apa yang
dilakukannya itu sama ada salah atau
berlawanan dengan undang-undang.
2) Ujian-ujian untuk penentuan seseorang itu
tidak sempurna akal.
3) Huraikan satu kes terkini berkaitan tidak
sempurna akal.

SEKSYEN 84
Tidak sempurna akal bermaksud tidak berupaya untuk
mengetahui perbuatan itu adalah perbuatan yang
menyalahi undang-undang atau kesalahan itu tidak boleh
disabitkan dalam satu kesalahan jenayah.
sekiranya suatu perbuatan jenayah itu dilakukan oleh
seorang yang tidak siuman atau tidak waras fikiran
(unsound mind), perbuatannya itu tidak menjadi satu
kesalahan - walaupun perbuatan itu sebenarnya suatu
kesalahan andainya ia dilakukan oleh orang yang waras
fikiran.

Tidak sempurna akal ialah semasa jenayah itu


dilakukan, orang yang melakukannya itu (disebabkan
ketidak waras fikirannya) tidak mengetahui apa yang
dilakukannya itu, atau tidak mengetahui bahawa apa
yang dilakukannya itu menyalahi undang-undang.
Di bawah peruntukan ini dimana keadaan tidak
siuman atau tidak waras fikiran itu mestilah wujud
semasa perbuatan jenayah itu dilakukan. Sekalipun
semasa perbicaraan dilangsungkan di mahkamah pada
kemudian hari, orang yang kena tuduh (OKT) sudah
kembali sembuh dan boleh memahami prosiding jenayah
yang dijalankan ke atasnya, pemulihannya itu tidak
menjejaskan pembelaan (defence) OKT di bawah seksyen
84 ini.

Jika seksyen ini berjaya digunakan, ia akan menjadi


dalihan penuh untuk melepaskan tertuduh daripada
kesalahan tersebut.
Namun begitu, tertuduh akan ditahan di sebuah
institusi mental mengikut budi bicara Yang Dipertuan
Agong untuk dikawal selia agar keadaan atau kejadian
yang sama tidak berualang lagi.

KES MC NAGHTEN [1843] 10 CL&F


200
Fakta kes :
Tertuduh telah dituduh membunuh Edward Drummond.
Tertuduh berhasrat untuk membunuh Perdana Menteri Britain
kerana mempunyai delusion bahawa Perdana Menteri itu akan
membunuhnya.
Namun, tertuduh telah tersilap membunuh setiausaha Perdana
Menteri dan mengaku tidak bersalah.
Laporan perubatan dikemukakan bagi pihaknya untuk
membuktikan bahawa pada masa dia melakukan pembunuhan itu, dia
berada dalam keadaan tidak sempurna akal akibat daripada morbid
delusions yang menyebabkan dia tidak dapat mengawal dirinya.

Isu kes :
Sama ada tertuduh bersalah atau tidak ,
mahkamah telah menimbang sama ada tertuduh
semasa melakukan perbuatan jenayah itu
mempunyai penyakit mental atau tidak serta
sama ada tertuduh mengetahui bahawa apa yang
dilakukan itu salah atau tidak.
Keputusan :
Jika dia tidak mengetahui perbuatan itu salah,
maka dia tidak boleh disabitkan atas hukuman
tersebut.

2. UJIAN UNTUK PENENTUAN SESEORANG ITU


TIDAK SEMPURNA AKAL

Elemen-elemen yang perlu dibuktikan untuk


menggunakan seksyen 84 adalah seperti berikut:
(a)

Pada masa melakukan perbuatan itu

Tidak relevan untuk menunjukkan bahawa tertuduh


mempunyai masalah mental yang kekal atau
sementara. Penekanan adalah kepada apakah
keadaan mental tertuduh semasa dia melakukan
perbuatan tersebut. Keadaan mentalnya akan
membuktikan sama ada tertuduh mengetahui
mengenai perbuatan jenayah yang dilakukannya itu
ataupun tidak.

(B) OLEH SEBAB AKALNYA TIDAK


SEMPURNA
Penggunaan perkataan oleh sebab akalnya tidak
sempurna di bawah seksyen 84 ini menjadikan seksyen ini
lebih meluas berbanding dengan prinsip Mc Naghten di
mana Prinsip Mc Naghten menekankan kepada
ketidakupayaan untuk berfikir, memahami dan mengingati
akibat penyakit mental.
Oleh sebab akalnya tidak sempurna merujuk kepada
konsep undang-undang dan bukan konsep perubatan.
Seandainya tertuduh boleh ditunjukkan mempunyai
pengetahuan mengenai perbuatannya itu, maka walaupun
dia mempunyai penyakit mental, dia masih tidak boleh
disabitkan atas kesalahan jenayah tersebut.

(C) TIDAK MENGETAHUI KEADAAN


PERBUATANNYA ATAU PERBUATANNYA
SALAH ATAU BERLAWANAN DENGAN
UNDANG-UNDANG
Keadaan akalnya yang tidak sempurna mestilah menjejaskan
tanggungan tertuduh di sisi undang-undang. Keadaan akalnya
yang tidak sempurna mengakibatkan tertuduh tidak berupaya
mengetahui keadaan perbuatan itu atau perbuatan itu salah di
sisi undang-undang.
Makna bagi ungkapan keadaan perbuatan itu atau
berlawanan dengan undang-undang merujuk kepada sifat dan
akibat perbuatan yang dilakukan. Dalam keadaan ini tertuduh
mestilah dibuktikan mengetahui mengenai sifat perbuatannya
dan akibat daripada perbuatannya untuk didapati bersalah.
Pengetahuan di sini merujuk kepada bahawa perbuatan yang
dilakukan itu adalah salah.

Adakah perlu dibuktikan bahawa tertuduh


mengetahui keadaan perbuatannya itu salah dan
ianya berlawanan dengan undang-undang atau
hanya membuktikan salah satu sudah mencukupi?
Merujuk kepada peruntukan seksyen 84, seksyen
ini menggunakan perkataan atau dan bukannya
dan. Dalam keadaan ini ia menunjukkan salah
satu sahaja yang perlu dibuktikan.

KES : ASHIRUDDIN AHMAD LWN


THE KING [1949] 50 CR. LJ 255
Pada suatu malam tertuduh telah bermimpi
bahawa dia berada di syurga dan telah diarahkan
oleh seseorang supaya mengorbankan anak
lelakinya. Keesokan harinya dia telah memandikan
anak lelakinya yang berumur lima tahun dan
kemudiannya membawa anaknya itu dan sebilah
pisau ke sebuah masjid. Apabila anaknya berbuat
demikian, tertuduh menutup matanya sendiri dan
kemudiannya memotong leher anaknya dan
meninggalkannya di dalam masjid itu, kemudian ia
pulang ke rumahnya. Seterusnya, tertuduh
memaklumkan hal itu kepada bapa saudaranya.

Isu Kes :
Persoalan yang perlu ditentukan adalah sama ada
pada masa itu ia tidak waras yang mengakibatkan ia
tidak mengetahui bahawa perbuatan itu adalah salah
atau berlawan dengan undang-undang.
Keputusan Mahkamah Tinggi Calcutta :
Menurut cerita tertuduh, ia percaya bahawa ia
diarahkan oleh seseorang di syurga untuk
mengorbankan anaknya bermakna membunuh
anaknya. pada pendapat kami, tertuduh jelas tidak
waras pemikirannya, akibat pengaruh mimpinya itulah
yang menyebabkan ia mengorbankan anaknya dengan
mempercayai bahawa itu adalah benar atau betul.

PERBEZAAN ANTARA PRINSIP MC


NAGHTEN DAN SEKSYEN 84
Prinsip Mc Naghten

Seksyen 84

Tertuduh mesti mempunyai penyakit Tertuduh mempunyai akal yang


mental
tidak sempurna dengan makna yang
lebih meluas
Menggunakan ungkapan tidak
mengetahui

Menggunakan ungkapan tidak


berupaya

Menggunakan keadaan dan


kuantiti perbuatannya.

Menggunakan keadaan dan akibat


perbuatannya

Menggunakan prinsip atau jika dia


mengetahuinya, dia tidak tahu
bahawa apa yang dilakukannya
adalah salah.

Menggunakan prinsip atau apa


yang dilakukannya itu salah atau
berlawanan dengan undangundang.

ANTARA KES BAGI


KETIDAKSEMPURNAAN AKAL.
(a)

Sawan Babi dan Otomatisma (Epileptic and automatism)

Kes : Sinnasamy lwn Pendakwa Raya [1956] MLJ 36


Tertuduh telah membuat rayuan atas kes sabitan pembunuhan
anaknya. Tertuduh menyatakan bahawa dia tidak mempunyai
ingatan atau mengalami ketidaksempurnaan akal semasa menikam
maut anaknya. walaupun dia teringat secara terperinci peristiwaperistiwa dan keadaan sebaik sahaja sebelum dan selepas menikam.
Pada perbicaraan itu, seorang saksi perubatan memberi keterangan
bahawa perayu telah mengalami sawan babi epilepsy dan juga
bahawa tertuduh seseorang yang mengalami keadaan automatistism
yang tidak akan sedar pada masa tindakan yang dilakukan itu.

Keputusan :
Hakim telah menolak pembelaan automatism berdasarkan teori bahawa perayu
bertindak dalam keadaan dorongan atau tarikan yang mendadak(irresistible
impulse).
Dia mengetahui keadaan perbuatannya dan apa yang dilakukannya itu adalah salah
dan berlawanan dengan undang-undang.Pertamanya terdapat keterangan mengikut
keadaan yang kukuh bahawa tertuduhlah yang telah membakar rumah tersebut
kerana hanya dia dan si mati sahaja yang ada di rumah itu sebelum sahaja kebakaran
tersebut perbuatan membakar rumah itu juga boleh menimbulkan suatu inferens
bahawa dia mengetahui keadaan perbuatannya semasa menikam simati dan telah cuba
menyembunyikan jenayah yang dilakukannya itu melalui kebakaran tersebut.
Keduanya tindakan tertuduh melarikan diri dan bersembunyi di dalam sungai di
bawah timbunan kiambang berlawanan dengan undang-undang.
Pada hakikatnya irrisistible impulse bukanlah merupakan suatu pembelaan dan
ianya akan menjadi suatu pembelaan hanya apabila dapat dibuktikan sebagai hasil
daripada tidak sempurna akal dari segi undang-undang.

(B) RASUK (MANIA)


Kes : Jusoh lwn Pendakwa Raya [1963] 29 MLJ 84
Tertuduh telah didapati bersalah atas kesalahan
membunuh di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Dia telah mengamuk tanpa sebarang sebab yang
tertentu dan mencederakan kakak iparnya serta
membunuh dua orang kanak-kanak sehingga mati.
Seterusnya, dia telah membunuh seorang lelaki yang
tiada dikenalinya dan mencederakan dua orang muda
yang menyebabkan orang kampung terus
menangkapnya. Pegawai perubatan yang memeriksa
tertuduh sebagai bingung (in a daze) dan kedukaan
dan kesedihan (overwhelmed with woe).

Keputusan:
Mahkamah Rayuan telah melepaskan dan
membebaskan tertuduh daripada tuduhan
membunuh atas alasan semasa kejadian itu
tertuduh berada dalam keadaan tidak sempurna
akal dan tidak berupaya untuk mengetahui
keadaan perbuatannya itu sama ada perbuatan itu
salah atau berlawanan dengan undang-undang.

BERJALAN KETIKA TIDUR (SOMNABULISM)

Kes : Kenneth Jakobsen


Tertuduh merupakan pelancong dari Denmark telah didakwa atas
kesalahan memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian tiga
lelaki di dalamnya. di Kilometer 277.5 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS).
Tertuduh telah membuat rayuan atas alasan penyakit yang dialaminya
iaitu penyakit berjalan dalam tidur (amnesic episode due to
somnambulism) sehingga menyebabkan dia sering hilang ingatan ketika
melakukan perbuatan itu. Mengikut pertuduhan, Kenneth didakwa
memandu kereta Renault Kangoo dengan melulu dan membahayakan
kepada awam dan menyebabkan kematian Mohd Ghazali Abdul Majid, 52;
Mohd Sofee Mohd Tahir, 50, dan Zulkarnain Adam, 49, di Kilometer 277.5,
Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) arah utara, di sini, kira-kira jam 5 pagi, 4
Julai 2010. Dia didakwa mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan
Jalan 1987 (Akta 333), jika disabitkan boleh didenda maksimum
RM10,000 dan penjara tidak lebih 10 tahun. Dua laporan kesihatan
menyelamatkan Jakobsen, setelah didapati beliau mempunyai penyakit
berjalan semasa tidur atau 'sleepwalking' sehingga menyebabkannya
hilang ingatan ketika melakukan perbuatan itu.

KEPUTUSAN :
Marsilawati dalam penghakimannya berkata,
tahap mental tertuduh ketika kejadian tidak dapat
dinafikan, malah, tertuduh dalam keterangannya
mendakwa dia tidak ingat dan tidak sedar telah
memandu ke arah laluan Seremban. Malah, laporan
dari dua pakar perubatan dari Hospital Pantai
Kuala Lumpur dan Hospital Kuala Lumpur (HKL)
mendapati tertuduh mengalami Amnesic Episode
Due To Somnambulism pada masa kemalangan itu
berlaku. Oleh itu mahkamah tiada pilihan selain
membebaskan dan melepaskan tertuduh daripada
pertuduhan. Mahkamah turut membenarkan
pasport diserah semula kepada tertuduh, .

3) HURAIKAN SATU KES TERKINI BERKAITAN


TIDAK SEMPURNA AKAL.
Kes : Pendakwa Raya vs Suzlan Bin Yusof [2013]
Fakta kes :
OKT telah menghadapi dua pertuduhan bagi kes
jenayah iaitu didakwa mengedar dadah seberat
116,110 gram di stor belakang sebuah rumah di
Ladang Sungai Batu 1, Bedong, pada 6.15 petang dan
juga dua pertuduhan iaitu bagi kes senjata api dengan
memiliki sepucuk pistol dan peluru secara haram di
sebuah rumah di Ladang Sungai Batu 1, Bedong pada
6.45 petang pada tarikh sama dan memiliki sebanyak
84 butir peluru tanpa kebenaran yang sah.

Di akhir kes pendakwaan bagi kes senjata api, Mahkamah


Tinggi mendapati pihak pendakwaan telah gagal untuk
membuktikan satu kes prima facie terhadap responden untuk
kedua-dua pertuduhan. Responden telah dibebas dan dilepaskan
tanpa dipanggil untuk membela diri.
Manakala terhadap pertuduhan di bawah kes Dadah Berbahaya
Mahkamah Tinggi mendapati bahawa satu kes prima facie telah
dibuktikan dan telah memerintahkan untuk responden membela
diri. OKT tidak memberi apa-apa keterangan sebaliknya
menimbulkan satu pembelaan tidak siuman atau tidak sempurna
akal. Mahkamah telah menerima pembelaan tersebut berdasarkan
penyakit
Bipolar Effective Disorder dan telah memerintahkan agar OKT
ditahan di Hospital Bahagia Ulu Kinta,Perak sehingga perintah
diperolehi dari DYMM Sultan Kedah di bawah seksyen 348 Kanun
Acara Jenayah.

ISU KES :
Semasa melakukan jenayah ini OKT sebenarnya
tahu apa yang dibuatnya itu bertentangan dengan
undang-undang ?
Keputusan Kes :
Dengan itu mahkamah telah menolak kedua-dua
rayuan pihak pendakwa dan mengesahkan
keputusan yang telah dibuat oleh Mahkamah
Tinggi berkaitan dengan kedua-dua kes
rayuan ini adalah bebas dari tuduhan .

ANALISIS KES :
Seksyen 84 Kanun Keseksaan digunapakai sebagai satu dalihan penuh untuk
menolak dari hukuman yang akan dijatuhkan. Tertuduh telah berjaya
menggunapakai seksyen ini untuk melepaskan diri dari dua pertuduhan kes
jenayah. Tingkahlaku OKT semasa melakukan jenayah menunjukkan OKT tidak
sedar apa tindakannya semasa melakukan jenayah itu adalah salah di sisi
undang-undang berdasarkan saksi pakar akibat dari penyakit Bipolar Effective
Disorder.

Tingkahlaku OKT menunjukkan OKT bukan seorang yang normal kerana


hanya mengangguk tanpa memberikan apa-apa reaksi lain apabila ditanya ada
menyimpan dadah atau tidak. Dalam hal ini YA hakim bicara dapati tingkah laku
OKT yang tidak langsung menunjukkan reaksi sebagai seorang yang akan
menghadapi hukuman mati. YA hakim bicara berpendapat memandangkan dadah
yang terlibat amat banyak sesiapa yang mempunyai pemilikan ke atas dadah
tesebut pastinya akan menunjukkan sikap melawan.
Tingkahlaku dan ketidaksempurnaan akal semasa melakukan jenayah adalah
faktor yang penting untuk menjadi dalihan dari hukuman yang akan dijatuhkan.
Rujukan pakar perlu untuk mengesahkan bahawa tertuduh OKT mempunya
penyakit dari penyakit tidak sempurna akal yang menyebabkan OKT tidak sedar
tindakannya itu salah di sisi undang-undang.

Anda mungkin juga menyukai