Anda di halaman 1dari 52

PROSES PERBICARAAN KES:

“TIDAK MENGAKU SALAH”

AHLI KUMPULAN 7:
1. SITI ROHAYU BINTI CHE ANI [2016269384]
2. NAJWA SHAKIRAH BINTI MOHD SHAFIE
[2016265076]
3. NURUL QAYYIMAH BINTI KAMARUZAMAN
[2016270994] 1
RANGKA PEMBENTANGAN TAJUK

(1) PERSEDIAAN PERBICARAAN

(2) KETERANGAN DALAM


PERBICARAAN

(3) CARA PENGEMUKAAN DAN


PENANDAAN BARANG KES
(4) PENGAMBILAN
KETERANGAN OLEH HAKIM
SEMASA BICARA
(5) JENIS KETERANGAN
YANG BOLEH DITERIMA

(6) HUJAHAN-HUJAHAN
PIHAK-PIHAK

2
(1) PERSEDIAAN PERBICARAAN

1-Hakim akan 2-Pendaftar atau


mengarahkan Kerani Mahkamah
perbicaraan akan bangun dan
dimulakan. memanggil tertuduh.

4- Pendakwa Syarie berdiri


3- Membacakan dan memperkenalkan dirinya
pertuduhan kepada dan tidak perlu membuka kes
terus mengemukakan
tertuduh.
keterangannya. (Sek.98
ATJSWP)
3
PROSES PERBICARAAN KES:
“TIDAK MENGAKU SALAH”

Seksyen 96 (a) Akta Tatacara


Jenayah Syariah WP 1997
(a) Apabila tertuduh hadir
atau dibawa ke hadapan
Pihak tertuduh Mahkamah, maka pertuduhan
OKT sudah faham
perlu diberi yang mengandungi butir-butir
pertuduhan, maka dia mesti
faham tentang kesalahan yang dituduh
diberi pilihan untuk: melakukannya itu hendaklah
pertuduhan -mengaku salah / dibentuk, dibaca dan
yang -mengaku tidak bersalah dijelaskan kepadanya, dan
dikenakan dan minta dibicarakan. dia hendaklah ditanya sama
terhadapnya ada dia bersalah atas
kesalahan yang dipertuduh
atau dia minta untuk
dibicarakan

4
BILA MENGAKU TIDAK BERSALAH

SEKSYEN 96 (c) ATJSWP 1997


 Jika tertuduh enggan mengaku salah, ini bermaksud tertuduh mohon
dibicarakan, maka bermulalah kes pendakwaan terhadap tertuduh.
(c)jika tertuduh enggan membuat akuan atau tidak membuat akuan atau meminta
dibicarakan, Mahkamah hendaklah mendengar pengadu, jika ada, dan mengambil
segala keterangan yang dikemukakan bagai menyokong pendakwaan itu;

 Kes Pendakwa Syarie Selangor lwn. Mohd Asri Bin Zainal Abidin
 Tertuduh Dato‟ Dr. Maza tidak mengaku bersalah atas tuduhan yang
dikenakan keatasnya oleh pihak Pendakwa Syarie JAIS atas kesalahan
mengajar agama Islam tanpa tauliah dibawah seksyen Seksyen 119 (1)
Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 ( EPAIS ).
 Pertuduhan tersebut telah difailkan di Mahkamah Rendah Syariah Gombak
Timur.
5
TERTUDUH MOHON DIBICARAKAN

• Maka PS perlu mengemukakan saksi, barang kes dll


sebagaimana yang dikehendaki Sek. 96(d) ATJSWP 1997.
Proses selepas tertuduh tidak mengaku salah pula PS
hendaklah: (rujuk Perkara 20 (2) Arahan Ketua Pendakwa
Syarie Selangor)
a) Memohon penangguhan kes;
b) Mohon tertuduh dilepaskan dengan jaminan atau ditahan
dalam jagaan pihak berkuasa;
c) Mencatat tarikh dan masa penangguhan untuk perbicaraan;
dan
d) Memohon sepina dikeluarkan kepada saksi-saksi pendakwa.
6
PROSIDING PENUH KES PENDAKWAAN

• Apabila bermula prosiding penuh pendakwaan terhadap


tertuduh:
• Pendakwa akan memulakan kes; dan
• Pendakwa akan menerangkan latar belakang kes
dengan ringkas termasuk undang-undang yang
berkaitan.
• Oleh itu, akan berlakulah pendakwaan terhadap orang
kena tuduh oleh pendakwa.

7
SEKSYEN 96. PROSEDUR DALAM PERBICARAAN
Prosedur yang berikut hendaklah diikuti oleh Hakim dalam perbicaraan:
(a)
(b)
(c) jika tertuduh enggan membuat akuan atau tidak membuat akuan atau meminta
dibicarakan, Mahkamah hendaklah mendengar pengadu, jika ada, dan mengambil segala
keterangan yang dikemukakan bagai menyokong pendakwaan itu;
(d) apabila difikirkannya perlu, Mahkamah hendaklah memperoleh daripada pengadu atau
selainnya nama mana-mana orang yang berkemungkinan mengetahui fakta kes itu dan dapat
memberikan keterangan bagi pihak pendakwaan, dan hendaklah memanggil mana-mana
daripada mereka, sebagaimana yang difikirkan perlu oleh Mahkamah, untuk memberikan
keterangan di hadapannya;
(e) tertuduh atau Peguam Syarienya hendaklah dibenarkan memeriksa balas semua saksi bagi
pihak pendakwaan melalui Hakim;
(f) jika, selepas mengambil segala keterangan yang disebut dalam perenggan (c), (d) dan (e),
Mahkamah mendapati bahawa tiada kes terhadap tertuduh telah diwujudkan yang jika tak
dipatahkan akan mewajarkan sabitannya, maka Mahkamah hendaklah merekodkan perintah
pembebasan;
(g) tiada apa-apa jua dalam perenggan (f) boleh disifatkan sebagai menghalang Mahkamah
daripada melepaskan tertuduh pada mana-mana peringkat terdahulu dalam kes itu jika bagi
sebab-sebab yang hendaklah direkodkan oleh Mahkamah ia berpendapat pertuduhan itu tidak
berasas; 8
(h) jika, apabila keterangan itu telah diambil, Mahkamah berpendapat bahawa ada
alasan untuk menganggap bahawa tertuduh telah melakukan kesalahan yang
dipertuduh itu atau kesalahan lain yang Mahkamah itu kompeten untuk
membicarakannya dan yang pada pendapatnya patut dibicarakannya, ia hendaklah
menimbangkan pertuduhan yang direkodkan terhadap tertuduh dan memutuskan sama
ada pertuduhan itu mencukupi dan, jika perlu, hendaklah meminda pertuduhan itu;
(i) pertuduhan itu jika dipinda hendaklah dibacakan kepada tertuduh sebagaimana
yang dipinda dan dia hendaklah ditanya semula sama ada dia bersalah atau ada apa-
apa pembelaan yang hendak dibuat;
(j) jika tertuduh tidak mengaku salah kepada pertuduhan itu sebagaimana yang
dipinda atau jika tiada pindaan dibuat, tertuduh hendaklah dipanggil untuk
membuat pembelaannya dan mengemukakan keterangannya, dan hendaklah pada
bila-bila masa apabila dia membuat pembelaannya dibenarkan untuk memanggil
semula dan memeriksa balas mana-mana saksi melalui Hakim;
(k) jika tertuduh mengemukakan apa-apa pernyataan bertulis, Mahkamah
hendaklah memfailkannya bersama-sama dengan rekod;

9
(l) jika tertuduh memohon kepada Mahkamah supaya dikeluarkan saman bagi
memaksa kehadiran mana-mana saksi, sama ada dia telah atau belum diperiksa
dalam kes itu, bagi maksud pemeriksaan atau pemeriksaan balas atau
pengemukaan apa-apa dokumen atau benda lain, Mahkamah hendaklah
mengeluarkan saman melainkan jika ia berpendapat bahawa permohonan itu patut
ditolak atas alasan bahawa ia dibuat bagi maksud menyusahkan atau melengahkan
atau bagi menggagalkan matlamat keadilan; dan alasan sedemikian hendaklah
direkodkannya secara bertulis;

(m) (i) jika Mahkamah mendapati tertuduh tidak bersalah, Mahkamah


hendaklah merekodkan perintah pembebasan;
(ii) jika Mahkamah mendapati tertuduh bersalah atau jika akuan bersalah
telah direkodkan dan diterima, Mahkamah hendaklah menjatuhkan
hukuman mengikut undang-undang;

(n) apabila prosiding telah dimulakan atas aduan seseorang yang dibuat dengan
sumpah di bawah seksyen 74 dan pada mana-mana hari yang ditetapkan bagi
pendengaran kes itu pengadu itu tidak hadir, Mahkamah boleh, menurut budi
bicaranya, walau apa pun apa-apa jua yang terkandung dalam seksyen ini,
melepaskan tertuduh. 10
(2) KETERANGAN DALAM PERBICARAAN

PEMERIKSAAN PEMERIKSAAN PEMERIKSAAN


UTAMA BALAS SEMULA
– SEK. 91 (1) – SEK. 96 (e) – SEK. 92 (3)
AKMSWP 1997 AKMSWP 1997 AKMSWP 1997

11
KETERANGAN DALAM PERBICARAAN

ATURAN PEMERIKSAAN SAKSI BENTUK PEMERIKSAAN SAKSI


SEKSYEN 89 AKMSWP 1997 SEKSYEN 91 AKMSWP 1997
“susunan yang mengikut saksi (1) Pemeriksaan seorang saksi oleh pihak
dikemukakan dan diperiksa hendaklah yang memanggilnya adalah disebut
dikawalselia oleh undang-undang dan pemeriksaan utamanya.
amalan pada masa ini yang (2) Pemeriksaan seseorang saksi oleh
berhubungan dengan tatacara mal dan pihak menentang adalah disebut
jenayah yang terpakai bagi Mahkamah pemeriksaan balasnya.
masing-masingnya, dan sekiranya tiada (3) Jika seseorang saksi telah diperiksa
mana-mana undang-undang balas dan kemudiannya diperiksa oleh
sedemikian, menurut budi bicara pihak yang telah memanggilnya, maka
pemeriksaan itu adalah disebut
Mahkamah.
pemeriksaan semulanya.

12
SEKSYEN 92 AKMSWP 1997
SUSUNAN PEMERIKSAAN DAN
ARAHAN MENGENAI PEMERIKSAAN SEMULA.

(1) Saksi-saksi hendaklah mula-mulanya diperiksa secara utama, kemudiannya,


diperiksa balas jika dikehendaki sedemikian oleh pihak menentang, kemudiannya
pula, diperiksa semula jika dikehendaki sedemikian oleh pihak yang telah memanggil
mereka.

(2) Pemeriksaan dan pemeriksaan balas mestilah berhubungan dengan fakta relevan,
tetapi pemeriksaan balas tidak perlu dihadkan kepada fakta yang telah diberikan
sebagai keterangan oleh saksi itu dalam pemeriksaan utamanya.

(3) Pemeriksaan semula hendaklah tertumpu kepada penghuraian perkara yang


disebut dalam pemeriksaan balas; dan jika, dengan kebenaran Mahkamah, perkara
baru dikemukakan dalam pemeriksaan semula, maka pihak menentang boleh
selanjutnya memeriksa balas atas perkara itu.

(4) Mahkamah boleh dalam segala hal membenarkan seseorang saksi dipanggil
semula sama ada untuk pemeriksaan utama selanjutnya atau untuk pemeriksaan balas
selanjutnya, dan jika Mahkamah membenarkan sedemikian, maka pihak-pihak
mempunyai hak masing-masing untuk membuat pemeriksaan semula selanjutnya13dan
pemeriksaan semula selanjutnya.
SEKSYEN 91(1) AKMSWP 1997
PEMERIKSAAN UTAMA
Bagaimana?
Apa? • Keterangan akan diperoleh
Pemeriksaan seorang saksi oleh melalui pengemukaan soalan-
pihak yang memanggilnya. soalan asas kepada saksi yang
dipanggil.
Kenapa? • Hanya pada soalan-soalan
yang bukan soalan memimpin
menjelaskan segala bentuk (Sek. 95 AKMSWP 1997)
keterangan dan fakta yang
• Pendakwa atau Pembela perlu
boleh menyakinkan pihak
bawa segala bukti dokumen,
Mahkamah
barang kes yang perlu dll.

14
SOALAN MEMIMPIN

Sek 95 Sek 96 Bila soalan memimpin


tidak boleh ditanya
AKMSWP AKMSWP
(1) Soalan memimpin
1997 Soalan memimpin ialah 1997 tidak boleh, jika
apa soalan yang dibantah oleh pihak
menyarankan jawapan menentang, ditanya
yang hendak atau yang dalam pemeriksaan
dijangka akan didapati utama atau dalam
oleh orang yang pemeriksaan semula,
mengemukakannya atau kecuali dengan
apa-apa soalan yang kebenaran Mahkamah.
menyarankan fakta
yang dipertikaikan (2) Mahkamah
tentang saksi itu hendaklah
dikehendaki memberi membenarkan soalan
keterangan memimpin tentang
perkara permulaan
atau yang tak
dipertikaikan, atau
perkara yang pada
pendapatnya telah
terbukti dengan 15
secukupnya.
SOALAN-SOALAN YANG TIDAK BOLEH
DEKEMUKAKAN KEPADA SAKSI DALAM
PERBICARAAN
• Soalan memimpin tidak boleh ditanya kepada saksi jika
dibantah oleh pihak lawan sewaktu dalam pemeriksaan utama /
dalam pemeriksaan semula.
• Saksi tidak seharusnya dipandu dengan soalan-soalan yang
boleh memimpinnya untuk memberikan jawapan.
• Namun soalan boleh ditanya dalam perkara-perkara berikut:-
• Mengenai perkara pengenalan.
• Mengenai perkara yang tidak dipertikaikan.
• Mengenai perkara yang pada mahkamah terbukti dengan
secukupnya.
• Soalan memimpin boleh ditanya dalam pemeriksaan balas.
16
Keadaan di mana Pendakwa Syarie membuat pertimbangan yang silap
mengenai kedudukan saksi
Kes Pendakwa Jenayah Kelantan Lwn Omar & Satu Lagi
[1981] JH 131
• Pihak saksi yang hadir pada malam kejadian khalwat dikatakan berlaku
telah meragukan Mahkamah bukan sahaja kerana saksi (Imam)
mengambil masa 16 hari sebelum membuat laporan bahkan kenyataan
pembuktian juga tidak boleh diterima.
• Saksi-saksi telah merakamkan gambar „tangga luar & dapur, jemuran
dapur dan bilik tidur‟ yang jauh menunjukkan kaitan khalwat dengan
tertuduh.
• Sementara seorang saksi lagi menghalakan lampu suluh ke dada
tertuduh menyaksikannya bahawa itu adalah tertuduh, ditolak oleh
Mahkamah.
• Walaupun terdapatnya saksi, tetapi hakikatnya di dalam kes ini tiada
saksi yang menyaksikan kes khalwat.
• Pendakwa harus membuang kes itu tanpa sebarang pendakwaan
terhadapnya.
17
PEMERIKSAAN BALAS
SEKSYEN 91(2) AKMSWP
• Pemeriksaan balas saksi berlaku setelah pemeriksaan utama
oleh pihak yang memanggil saksi.
• Peguam Syarie tertuduh (jika tiada peguam) dibenarkan
memeriksa balas semua saksi bagi pendakwaa melalui Hakim.

18
Seksyen 100 AKMSWP.
Soalan yang sah dalam pemeriksaan balas.
 Apabila seseorang saksi boleh diperiksa balas, maka dia
bolehlah, sebagai tambahan kepada soalan yang disebut
terdahulu daripada ini, ditanya apa-apa soalan yang
cenderung:
(a) menguji ketepatannya, kebenarannya atau kebolehpercayaannya;
(b) menentukan siapa dia dan apakah taraf hidupnya; atau
(c) melemahkan kebolehpercayaannya dengan mencela wataknya,
 Walaupun jawapan kepada soalan itu mungkin secara
langsung atau tak langsung, cenderung melibatkannya dalam
jenayah atau boleh mendedahkan atau mungkin secara
langsung atau tak langsung cenderung mendedahkannya
kepada sesuatu penalti atau pelucuthakan.

19
TUJUAN PEMERIKSAAN BALAS

mewujudkan
keraguan mencabar
terhadap kredibiliti
keterangan saksi saksi

Menidakkan menunjukkan
Keterangan ketidakselarasan
Saksi (inconsistencies)
Pendakwa dalam
keterangan saksi

20
Seksyen 97 AKMSWP. Seksyen 96 (2) AKMSWP.
BILA SOALAN BILA SOALAN
MEMIMPIN BOLEH MEMIMPIN TIDAK
DITANYA? BOLEH DITANYA?

(1) Soalan memimpin boleh ditanya


dalam pemeriksaan balas, tertakluk 1) Soalan memimpin tidak
kepada syarat-syarat yang berikut: boleh, jika dibantah oleh
(a) soalan itu tidak boleh
pihak menentang, ditanya
mengandungi perkataan yang saksi itu dalam pemeriksaan utama
dikehendaki memperkatakan balik; atau dalam pemeriksaan
dan semula, kecuali dengan
(b) soalan itu tidak boleh menganggap kebenaran Mahkamah.
fakta yang belum terbukti telah (2) Mahkamah hendaklah
terbukti atau menganggap bahawa
jawapan tertentu telah diberikan membenarkan soalan
berlawanan dengan fakta itu. memimpin tentang perkara
(2) Mahkamah boleh, menurut budi
permulaan atau yang tidak
bicaranya, melarang soalan memimpin dipertikaikan, atau perkara
daripada dikemukakan kepada saksi yang pada pendapatnya telah
yang menunjukkan kecenderungan terbukti dengan secukupnya.
yang kuat atau berat sebelah memihak 21
kepada pihak yang memeriksa balas.
SEKSYEN 91 (3) AKMSWP
PEMERIKSAAN SEMULA
• Jika seseorang saksi telah diperiksa balas dan kemudiannya
diperiksa oleh pihak yang telah memanggilnya, maka
pemeriksaan itu adalah disebut pemeriksaan semulanya.
• Pada peringkat ini, Peguam Syarie menyoal semula anak
guam atau saksi berhubung mana-mana oalan peguam syarie
pihak lawan bagi membetulkan semula keterangan yang telah
diberikan oleh saksi
• Jangan tanya soalan baru/timbulkan isu baru yang tidak
ditanya semasa pemeriksaan balas.

22
KEPUTUSAN PERINGKAT
KES PENDAKWAAN
• Di dalam kes pendakwaan hujah pertama akan dilakukan di akhir kes
pendakwaan.
• Jika kes tidak mencapai prima facie, tertuduh tidak perlu dipanggil membela
diri maka Mahkamah akan membebaskan tertuduh. (Sek. 96 (f) (g)
ATJSWP 1997)
(f) jika, selepas mengambil segala keterangan yang disebut dalam perenggan (c), (d) dan
(e), Mahkamah mendapati bahawa tiada kes terhadap tertuduh telah diwujudkan yang jika
tak dipatahkan akan mewajarkan sabitannya, maka Mahkamah hendaklah merekodkan
perintah pembebasan;
(g) tiada apa-apa jua dalam perenggan (f) boleh disifatkan sebagai menghalang Mahkamah
daripada melepaskan tertuduh pada mana-mana peringkat terdahulu dalam kes itu jika bagi
sebab-sebab yang hendaklah direkodkan oleh Mahkamah ia berpendapat pertuduhan itu
tidak berasas;
• “Tiada kes” merujuk kepada kes tidak melepasi tahap prima facie.
• S.104, Pendakwa Syarie secara bona fide sudah wujud kes.Ini bermaksud
jika 10 orang saksi PS disepina dan hanya 5 orang saksi sahaja yang menjadi
saksi PS maka 5 orang saksi yang berbaki akan ditawarkan kepada pihak
23
OKT sebagai saksi OKT.
PEMBELAAN TERTUDUH
• Jika Mahkamah sebaliknya mendapati bahawa suatu kes telah
berjaya dibuktikan, Mahkamah akan meminta tertuduh
membuat pembelaan. (Sek.96 (h) (j) ATJSWP 1997)
(j) jika tertuduh tidak mengaku salah kepada pertuduhan itu sebagaimana yang
dipinda atau jika tiada pindaan dibuat, tertuduh hendaklah dipanggil untuk
membuat pembelaannya dan mengemukakan keterangannya, dan hendaklah pada
bila-bila masa apabila dia membuat pembelaannya dibenarkan untuk memanggil
semula dan memeriksa balas mana-mana saksi melalui Hakim;
• Sekiranya Mahkamah mendapati bahawa pihak pendakwa telah berjaya
mewujudkan satu kes (prima facie) terhadap tertuduh, maka tertuduh akan
diperintahkan untuk membela diri.
• Tertuduh juga mempunyai haknya untuk dibela oleh Peguam Syarie
(Sek.104 ATJSWP 1997)

24
3 CARA TERTUDUH MEMBELA DIRI
(Jika Kes Mencapai Tahap Prima Facie)
MEMBERI KETERANGAN MEMBERI KETERANGAN
TIDAK BERSUMPAH
BERDIAM DIRI
SECARA BERSUMPAH

Jika sekiranya tertuduh


Sekiranya tertuduh memilih untuk berdiam
membela diri Namun jika diri, Hakim boleh terus
dengan memberi tertuduh memilih memerintah saksi-saksi
keterangan secara untuk memberi tertuduh untuk memberi
keterangan. Pada tahap
bersumpah dalam keterangan tidak ini pemeriksaan saksi
kandang saksi, dia bersumpah, maka berlaku sekali lagi. Kali
boleh disoal balas tiada proses ini ianya dimulai
oleh Pendakwa keterangan soal dengan pemeriksaan
Syarie dan dia balas dan soal utama oleh tertuduh,
pemeriksaan balas oleh
berhak memberi semula dilakukan. pendakwa dan
keterangan semula. pemeriksaan semula
oleh tertuduh.25
Setelah selesai sesi tertuduh memberi keterangan:
Hakim akan meminta Pendakwa Syarie mengemukakan hujah
terakhir; dan
diikuti pula oleh hujah tertuduh.
 Setelah prosiding ini selesai, Hakim akan memberikan keputusan
sama ada tertuduh bersalah atau tidak.
Jika tertuduh tidak bersalah, beliau akan dilepas dan dibebaskan.
Sekiranya tertuduh didapati bersalah, maka Hakim akan
menjatuhkan hukuman.
Mana-mana pihak yang terkilan boleh mengemukakan rayuan ke
Mahkamah Tinggi Syariah dalam tempoh empat belas hari.
26
DUA (2) KEADAAN
PEMBELAAN TERTUDUH
1. Jika Mempunyai Peguam Syarie 2) Jika Tiada Peguam Syarie
(Seksyen 98(b) ATJSWP) Seksyen 106 ATJSWP
-apabila tertuduh dipanggil untuk (1) Pada tiap-tiap perbicaraan jika dan
membuat pembelaannya, maka dia atau apabila Mahkamah memanggil tertuduh untuk
Peguam Syarienya mengemukakan mengemukakan pembelaanya Mahkamah
keterangannya, membuka kesnya dengan hendaklah, jika tertuduh tidak diwakili oleh
Peguam Syarie, memberitahunya tentang
menyatakan fakta-fakta atau yang mahu
haknya untuk mengangkat sumpah dan
digunakan olehnya dan membuat apa-apa
kesannya atau tentang haknya untuk
ulasan yang difikirkannya perlu tentang memberikan keterangan bagi pihak dirinya
keterangan pihak pendakwa, dan jika sendiri, dan jika dia memilih untuk
tertuduh memberikan keterangan atau memberikan keterangan bagi pihak dirinya
saksi-saksi diperiksa bagi pihaknya, dia sendiri, hendaklah menarik perhatiannya
bolehlah menggulung kesnya; kepada perkara-perkara utama dalam
keterangan bagi pihak pendakwa terhadapnya
supaya dia berpeluang untuk menjelaskannya.

27
PEMBELAAN TERTUDUH:
JENIS-JENIS PEMBELAAN
Kesaksian (Sek 83 EKMSWP)
Alibi (Sek.194 & Sek. 197 ATJSWP)
(1) Jika dalam mana-mana perbicaraan
jenayah tertuduh bercadang mengemukakan
pembelaan alibi, keterangan yang
(1) Tertakluk kepada peruntukan menyokongnya tidak boleh diterima melainkan
jika tertuduh telah memberikan notis bertulis
seksyen ini, semua orang Islam mengenainya kepada Pendakwa sekurang-
adalah kompeten untuk kurangnya sepuluh hari sebelum perbicaraan
memberikan syahadah atau bayyin dimulakan.
(2) Notis yang dikehendaki oleh subseksyen
ah sebagai saksi dengan syarat (1) hendaklah termasuk butir-butir mengenai
bahawa mereka adalah tempat di mana tertuduh mendakwa dia
'aqil, baligh, 'adil, mempunyai berada pada masa pelakuan kesalahan yang
baginya dia dipertuduh, berserta dengan
ingatan yang baik dan tidak nama dan alamat mana-mana saksi yang dia
berprasangka. berniat untuk memanggilnya bagi maksud
membuktikan alibinya.
*alibi perlu dipohon 10 hari sebelum tarikh
bicara. 28
KESAKSIAN
SEK. 83 (2) AKTA KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH (WP) 1997
• “Seseorang yang bukan Islam adalah berkompeten untuk memberikan (bayyinah) untuk
orang Islam jika keterangannya boleh diterima mengikut Hukum Syarak”.
SEK. 96 (d) ATJSWP 1997
• Saksi akan disepina oleh Mahkamah berasaskan permohonan oleh PS selepas tertuduh
membuat pengakuan tidak bersalah.
• Merujuk borang sepina saksi yang digunakan untuk memanggil saksi sepertimana dalam kes
mal (Sek .102 ATMWP 1998).
• (1) Sebelum suatu sepina dikeluarkan suatu permintaan dalam Borang MS 20 bagi
pengeluaran sepina itu hendaklah difailkan di Mahkamah; dan permintaan itu hendaklah
mengandungi nama dan alamat pihak yang meminta sepina itu dikeluarkan jika dia bertindak
secara sendiri, atau nama firma dan alamat perniagaan Peguam Syarie pihak itu.
• (2) Pengeluaran sesuatu sepina terlaksana sebaik sahaja sepina itu dimeteraikan oleh
seorang pegawai Mahkamah.
• (3) Sesuatu sepina hendaklah mengikut salah satu bentuk dalam Borang MS 21, MS 22 atau
MS 33, mengikut kehendak kes.

• Seks. 96 (d) ATJSWP “memanggil mana-mana dari mereka” termasuk saksi yang berada di
luar bidang kuasa Mahkamah. (Arahan Amalan JKSM No.16 Tahun 2002) 29
SEK. 96 (d) ATJSWP 1997
• Saksi yang telah disepina wajib hadir ke Mahkamah.
• Apabila saksi gagal hadir, mereka boleh dipertuduhkan di
bawah kesalahan menghina perintah Mahkamah.
• Saksi-saksi Pendakwa dikenalpasti sebagai SP1, SP2, SP3 dan
seterusnya bagi memudahkan proses pengecaman saksi.
SEK. 60 (2) ATJSWP 1997
• Saksi-saksi ini perlu faham peranan mereka dalam sesuatu kes
bagi memudahkan Mahkamah.

30
(3) CARA PENGEMUKAAN & PENANDAAN BARANG KES

Seksyen 96 ATJSWP 1997


(d) apabila difikirkannya perlu, Mahkamah hendaklah memperoleh daripada
pengadu atau selainnya nama mana-mana orang yang berkemungkinan
mengetahui fakta kes itu dan dapat memberikan keterangan bagi pihak
pendakwaan, dan hendaklah memanggil mana-mana daripada mereka,
sebagaimana yang difikirkan perlu oleh Mahkamah, untuk memberikan
keterangan di hadapannya; (Saksi Pendakwaan)
(l) jika tertuduh memohon kepada Mahkamah supaya dikeluarkan saman bagi
memaksa kehadiran mana-mana saksi, sama ada dia telah atau belum diperiksa
dalam kes itu, bagi maksud pemeriksaan atau pemeriksaan balas atau
pengemukaan apa-apa dokumen atau benda lain, Mahkamah hendaklah
mengeluarkan saman melainkan jika ia berpendapat bahawa permohonan itu
patut ditolak atas alasan bahawa ia dibuat bagi maksud menyusahkan atau
melengahkan atau bagi menggagalkan matlamat keadilan; dan alasan
sedemikian hendaklah direkodkannya secara bertulis; (Saksi Tertuduh)
31
DIMANA PROSES PENGEMUKAAN &
PENANDAAN BARANG KES ?
Tidak mengaku
Baca pertuduhan Pembelaan
salah

*Keterangan saksi (SP1, *Keterangan Saksi OKT


Mengaku salah
SP2, SP3) [S/U, S/B, S/S] [S/U, S/B, S/S]

Keputusan peringkat
Tidak mengaku salah Hujahan
pendakwaan

Ada kes (prima facie)


Keputusan
perlu pembelaan

Tak ada kes OKT dilepas


Sabit (Mitigasi) / Bebas
dan dibebaskan

Rayuan (jika ada)


32
 Apa-apa jua barang kes termasuklah dokumen yang dirampas
oleh PPA (tangkapan) dan IO (siasatan).

 Contoh barang kes seperti peralatan/ dokumen yang


berkaitan dengan jenayah yang dilakukan.
 Kesalahan pemujaan salah – barang kes seperti keris,
kemenyan dll.
 Minum minuman yang memabukkan – barang kes seperti
arak tiger beer.

 Barang kes yang dibawa ke Mahkamah dan diterima dikenali


sebagai “ekshibit”.

 Setiap ekshibit yang dimasukkan hendaklag ditanda dan diberi


nombor.

33
 Ada 2 peringkat dalam mengemukakan dan menandakan barang kes.

PERINGKAT PERTAMA:
1) ekshibit ditunjukan kepada saksi, PS kebiasannya akan mencatit.
2) PS akan tunjuk kepasa SP1 “baju tangan panjang berwarna hijau”
ditanda sebagai “ID1”.
3) PS akan tunjuk baju tersebut kepada Saksi (PPA) dan akan dicam.
Mahkamah dan PS akan catit samada Saksi kenal atau tidak.
4) Jika saksi cam maka barang bukti kes tersebut akan diterima oleh
Mahkamah.
5) Saksi akan beri keterangan berdasarkan bukti tersebut dan
mengambilnya

PERINGKAT KEDUA: ekshibit ditunjukan kepada saksi, PS kebiasannya


akan mencatit.
1) Melalui barang kes yang ditanda sebagai “ID1” yang telah ditunjuk,
dicam, dikemukakan kepada saksi akan ditanda sebagai “P1”.
2) Hanya selepas dikemukakan dan ditanda sebagai “P1” baru ia
dijadikan ekshibit Mahkmah.

34
Sekiranya fakta kes
Jika saksi Namun begitu, barang
itu diakui benar
berkenaan (saksi kes tersebut mestilah
oleh tertuduh,maka
pendakwaan) ialah terlebih dahulu
barang-barang
mereka (PPA) yang ditandakan di dalam
bukti seperti borang bongkaran.
mengambil barang
laporan polis, Kes Timb. Pendakwa
kes, maka barang
laporan bertulis Syarie Pahang Lwn.
berkenaan perlu
kepada PPA, Kartika Sari Dewi Binti
ditunjukkan kepada
rakaman Shukarno
Peguam Syarie dan Kesalahan minum
percakapan saksi,
Hakim semasa minuman yang
laporan perubatan,
perbicaraan untuk memabukkan.
laporan kimia dan
pengecaman barang kes tin arak
lain-lain
sebelum ianya jenama Tiger Beer yang
akan dikemukakan telah dirampas oleh PPA
boleh diterima
sebagai barang di Cherating Bay
sebagai ekshibit di
bukti di Lounge, Hotel Legend,
Mahkamah.
Mahkamah. Cherating Pahang.

• Setelah Mahkamah berpuashati wujudnya cukup keterangan untuk


mensabitkan tertuduh, maka Mahkamah hendaklah mensabitkan tertuduh
dengan kesalahan yang dilakukannya. (Seks.96 (b) ATJSWP 1997).
35
(4) DARIHAL CARA MENGAMBIL DAN MEREKODKAN KETERANGAN
DALAM PERBICARAAN
AKTA TATACARA JENAYAH SYARIAH WP 1997
• Keterangan hendaklah diambil di hadapan tertuduh.
• Segala keterangan yang diambil di bawah Akta ini hendaklah diambil di
hadapan tertuduh.
Sek 111 • *berbeza dengan sek.196 yg terpakai khusus utk org yang tertentu yg tidak
dapat beri ktrgn di Mahkamah sbg contoh lumpuh dsb.

• Merekodkan keterangan.
• Dalam perbicaraan di bawah Akta ini oleh atau di hadapan seseorang
Hakim, keterangan saksi-saksi hendaklah direkodkan mengikut cara
Sek 112 yang diperuntukkan oleh Bab ini.

• Rekod dalam semua kes


• Dalam semua perbicaraan di hadapan mana-mana Mahkamah,
keterangan setiap saksi hendaklah dicatatkan oleh Hakim yang
menjalankan perbicaraan itu dalam tulisan tangan yang mudah dibaca
Sek 113 dan hendaklah menjadi sebahagian daripada rekod.
• *Perlu dibaca sekali dengan sek.117 yang mana org lain juga boleh tlg ambil
ktrgn bg pihak Hakim. 36
• Cara merekodkan keterangan.
(1) Keterangan yang dicatatkan di bawah seksyen 113 tidak boleh
pada lazimnya dicatatkan dalam bentuk soalan dan jawapan, tetapi
dalam bentuk cerita.
Sek 114 (2) Hakim yang menjalankan perbicaraan boleh, menurut budi
bicaranya, mencatatkan apa-apa soalan dan jawapan tertentu.

• Menterjemahkan keterangan kepada tertuduh.


(1) Bilamana apa-apa keterangan diberikan dalam bahasa atau
isyarat yang tidak difahami oleh tertuduh, dan dia hadir sendiri,
keterangan itu hendaklah diterjemahkan kepadanya di dalam
Mahkamah terbuka dalam bahasa yang difahaminya.
Sek 115 (2) Apabila dokumen-dokumen dikemukakan bagi maksud pembuktian
formal, maka hendaklah terpulang kepada budi bicara Mahkamah
untuk mentafsirkannya setakat yang difikirkan perlu.

• Pemerhatian tentang tingkah laku saksi.


Seseorang Hakim yang menjalankan perbicaraan yang merekodkan
keterangan seorang saksi boleh merekodkan apa-apa pemerhatian,
Sek 116 jika ada, sebagaimana yang difikirkannya material berkenaan dengan
tingkah laku saksi itu ketika dia diperiksa.
37
Berkaitan dengan peruntukan dibawah Sek.112, Hakim juga boleh
mengarahkan agar Pembantu Mahkamah (Hakim) untuk mencatat segala
keterangan tertuduh sama ada secara bertulis (tulisan tangan) mahupun
melalui komputer (catatan). Ia bukanlah menjadi kesalahan prosedural
sekiranya menggunakan kemudahan komputer. Maka Sek.112 tersebut juga
perlu dibaca bersama dengan peruntukan Sek.117 dibawah.

• Orang lain boleh diberikuasa mengambil nota


keterangan.
Tiada apa-apa jua dalam Bab ini boleh menghalang
seorang Hakim dalam sesuatu perbicaraan untuk
menyebabkan diambil nota kata demi kata oleh
seorang lain mengenai apa yang dideposkan oleh
Sek 117 setiap saksi sebagai tambahan kepada apa-apa nota
mengenai isinya yang dibuat atau dicatatkan oleh
Hakim itu sendiri, dan nota itu hendaklah menjadi
sebahagian daripada rekod.

38
(5) JENIS-JENIS KETERANGAN
YANG BOLEH DITERIMA

IQRAR SYAHADAH BAYYINAH

PENDAPAT
QARINAH DOKUMENTAR
PAKAR

39
IQRAR (PENGAKUAN)
• Iqrar/ pengakuan merupakan kaedah pembuktian yang penting & kuat.
• Kaedah ini digelar Sayyid al-Adillah (penghulu kepada keterangan)
• Allah SWT berfirman : “Bahkan manusia itu (anggotanya) menjadi
saksi terhadap dirinya sendiri” [Al-Qiyamah:14]
• Seksyen 17 AKMS (WP):
(1) Iqrar ialah suatu pengakuan yang dibuat oleh seseorang, secara
bertulis atau lisan atau dengan isyarat, menyatakan bahawa dia
mempunyai obligasi atau tanggungan terhadap seseorang lain
berkenaan dengan sesuatu hak.
(2) Sesuatu iqrar hendaklah dibuat -
(a) di dalam Mahkamah, di hadapan Hakim; atau
(b) di luar Mahkamah, di hadapan dua orang saksi lelaki yang 'aqil,
baligh dan 'adil.
40
o Dalam Mahkamah : Sesuatu iqrar itu dianggap sah sekiranya dibuat
di dalam Mahkamah dan di hadapan Hakim. Bahkan dalam s.96
ETJS disyaratkan Hakim memastikan bahawa tertuduh memahami
sifat dan akibat daripada pengakuan tersebut. Iqrar itu mestilah
dibuat dengan jelas dan tidak bersyarat

o Luar Mahkamah : seseorang yang mengaku dihadapan dua orang


lelaki yang waras, dewasa dan adil telah melakukan satu kesalahan
jenayah syariah boleh dihukum berdasarkan kesaksian dua orang
saksi tersebut.

o Mahkamah bertanggungjawab untuk memastikan semasa


pengakuan dibuat, orang yang mengaku memenuhi tiga syarat
utama, iaitu waras, dewasa dan tanpa paksaan seperti yang
diperuntukkan di bawah s. 18 AKMS (WP) (kebolehterimaan iqrar)

41
SYAHADAH
o S. 3 AKMS (WP): “syahadah” ertinya apa-apa keterangan yang diberikan di
Mahkamah dengan menggunakan lafaz 'asyhadu untuk membuktikan suatu hak atau
kepentingan.
o Dengan bahasa mudah, ia merupakan sejenis keterangan lisan yang didahului dengan
lafaz asyhadu yang dibuat di Mahkamah.

„Wahai orang yang beriman! Jadilah kamu orang yang sentiasa menegakkan keadilan,
menjadi saksi kerana Allah, sekalipun terhadap diri sendiri atau ibu bapa dan kaum
keluarga kamu...” ( Surah al-Nisa :135)

o S. 83(1) AKMS (WP) menggariskan syarat-syarat untuk menjadi saksi iaitu beragama
Islam, berakal, baligh, adil, mempunyai ingatan yang baik dan tiada tohmahan
terhadap dirinya.

o Saksi yang bukan Islam tidak kompeten untuk memberikan syahadah. Kedudukan
mereka sama seperti seorang Islam yang tidak mempunyai sifat adil.
42
AL-BAYYINAH
o S. 3 AKMS (WP): “Bayyinah” ertinya keterangan yang
membuktikan sesuatu hak atau kepentingan dan
termasuklah qarinah.
o Keterangan lisan yang dibuat oleh saksi yang tidah memenuhi
syarat seorang saksi seperti yang diperuntukkan di bawah s. 83(3)
AKMS(WP).
o Saksi-saksi ini tidak kompeten untuk memberikan kesaksian
(syahadah) tetapi kompeten untuk memberikan Bayyinah.
o Mereka terdiri daripada saksi bukan Islam atau saksi orang Islam
tetapi fasikh.

43
o Pemakaian peruntukan ini telah dilaksanakan dalam kes
Pengisytiharan Pembubaran Perkahwinan kerana Pemelukan
Islam Norhairy Cheng Bin Abdullah [2010] JH 30/1 79.

Cheok Bee Hun dipanggil ke mahkamah untuk memberi


keterangan. Arahan supaya isteri Pemohon yang bukan beragama
Islam ini dipangil ke Mahkamah bagi memberi keterangan adalah
bagi mengelakkan berlakunya konflik yang mungkin timbul dan
bertujuan mengesahkan keengganan isteri memeluk agama Islam.
Beliau tidak dijadikan pihak dalam kes ini kerana sekatan
undang-undang tetapi boleh dijadikan sebagai saksi atas dasar
bayyinah sepertimana diperuntukkan di bawah seksyen 83
Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah (Negeri Sembilan)
2003 yang memperuntukkan:
(2) Seorang yang bukan Islam adalah berwibawa untuk
memberikan bayyinah untuk orang Islam jika keterangannya
boleh diterima mengikut Hukum Syarak.
44
Permohonan Perisytiharan Status Agama Simati Nyonya
binti Tahir, JH XXI/II (2006) 221.

o Di dalam kes ini Majlis Agama Islam Negeri Sembilan,


Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan dan Pegawai Agama
Islam Daerah Tampin telah mengemukakan permohonan ke
Mahkamah Tinggi Syariah Seremban untuk menentukan status
agama si mati iaitu Nyonya binti Tahir.
o YA Hakim telah menerima pakai keterangan lisan yang
dikemukakan oleh keluarga simati iaitu Chiang Ah Fatt,
seorang yang bukan beragama Islam.
o Selain dari Chiang Ah Fatt, Mahkamah juga mendengar
keterangan anak perempuan si mati iaitu Chiang Kwai Ying
yang juga bukan beragama Islam.

45
QARINAH
o S. 3 AKMS (WP): “qarinah” ertinya fakta yang mempunyai kaitan dengan
fakta yang satu lagi dengan apa-apa cara yang disebutkan dalam Enakmen ini
(relevancy)
o Tiga kategori :
(a) Bersifat umum (circumstantial evidence)
(b) Kaitan atau relevan (s.5 – s. 42 AMKS (WP))
(c) Anggapan atau andaian (presumptive proof)
- s. 4 AKMS (WP)
o Pendakwa Syarie lwn Jalil Embong dan Zaliha JH (1425H) Jil 17 Bhg 1
hlmn 93.
o Tuduhan cuba menyebabkan berlakunya perbuatan sumbang mahram itu
adalah mengikut di bawah seksyen 59 Enakmen Kesalahan Jenayah
Syariah (Takzir)(Terengganu) 2001.
o Qarinah digunakan dalam menyokong pengakuan yang dibuat oleh kedua-
dua tertuduh.
46
PENDAPAT PAKAR

Pendapat pakar
o Kesaksian orang yang berkeahlian tentang sesuatu bidang
o Surah Al-Nahl:42 :
“…Oleh itu bertanyalah kamu kepada orang-orang yang berpengetahuan jika
kamu tidak mengetahuinya”
o Seksyen 33 ATMS (WP):
o Apabila Mahkamah perlu membuat sesuatu pendapat atas sesuatu perkara
mengenai undang-undang negara asing atau mengenai sains atau seni,
atau tentang identiti atau ketulenan tulisan tangan atau cap jari atau
berhubungan dengan penentuan nasab, maka pendapat atas perkara itu
daripada orang yang mempunyai kemahiran khusus dalam undang-undang
negara asing, sains atau seni itu, atau dalam soal tentang identiti atau
ketulenan tulisan tangan atau cap jari atau berhubungan dengan
penentuan nasab, ialah qarinah.
47
KETERANGAN DOKUMENTAR
• Seksyen 3 AKMSWP 1997 –Tafsiran "dokumen" ertinya apa-apa hal yang
dinyatakan, diperihalkan, atau bagaimana jua pun digambarkan, atas apa-apa
benda, bahan, barang atau artikel, termasuklah apa-apa hal yang terkandung
dalam cakera, pita, filem, runut bunyi atau apa jua pun peranti lain, dengan
menggunakan-
(a) huruf, angka, tanda, simbol, isyarat, lambang, atau apa jua pun bentuk pernyataan,
perihalan, atau gambaran lain;
(b) apa-apa rakaman visual (sama ada imej kaku atau bergerak);
(c) apa-apa rakaman bunyi, atau apa-apa jua pun rakaman elektronik, magnetik,
mekanikal atau rakaman lain dan walau bagaimana jua pun dibuat, atau apa-apa bunyi,
dedenyut elektronik, atau apa jua pun data yang lain;
(d) suatu rakaman, atau pemancaran, dari suatu jarak, apa-apa hal dengan mana-mana,
atau apa-apa kombinasi, cara yang disebut dalam perenggan (a), (b) atau (c),
atau dengan lebih daripada satu cara yang disebut dalam perenggan (a), (b), (c) dan (d),
yang dimaksudkan untuk digunakan atau yang mungkin digunakan bagi tujuan
menyatakan, memperihalkan, atau dengan apa jua cara sekalipun menggambarkan, hal
itu; 48
Sek. 48 AKMSWP 1997
• Kandungan dokumen boleh dibuktikan sama ada dengan
keterangan primer atau dengan keterangan sekunder.
Sek. 49 AKMSWP 1997
• Kandungan dokumen boleh dibuktikan sama ada dengan
keterangan primer atau dengan keterangan sekunder.
Sek. 50 AKMSWP 1997
• Keterangan primer ertinya dokumen itu sendiri yang
dikemukakan untuk pemeriksaan Mahkamah.

Sek. 51 AKMSWP 1997


• Keterangan sekunder termasuklah -
• (a) salinan diperakui yang diberikan di bawah peruntukan yang
terkandung kemudian daripada ini;
• (b) salinan yang dibuat daripada naskhah asal melalui proses
mekanikal, yang sendirinya memastikan ketepatan salinan itu,
dan salinan yang dibandingkan dengan salinan itu;
• (c) salinan yang dibuat daripada atau yang dibandingkan
dengan naskhah asal;
• (d) kaunterpart dokumen terhadap pihak yang tidak
menyempurnakannya;
• (e) keterangan lisan mengenai kandungan sesuatu dokumen
yang diberikan oleh seseorang yang telah melihat atau
mendengar sendiri dokumen itu atau menanggapinya sendiri 49
dengan apa jua cara.
(6) HUJAHAN PIHAK-PIHAK
Bagaimana untuk menyediakan Hujahan?
• Hujahan boleh dibuat sama ada: (mengikut arahan Mahkamah).
1) Secara lisan @
2) Hujahan bertulis (Sek.98 (c) ATJSWP 1997 di bawah susunan
ucapan).
• Lazimnya, pihak-pihak lebih berminat untuk menyediakan hujahan secara
bertulis berbanding lisan.
 Hujahan haruslah jelas, lengkap, teratur dan mudah difahami.
 Hujahan adalah peringkat penting kerana Hakim akan membaca apa yang
kita hujahkan tentang kes kita/pembelaan kita.
 Mahkamah akan merujuk, menilai dan mempertimbangkan semua keterangan
saksi serta dokumen-dokumen di samping hujah-hujah yang dikemukakan
oleh kedua-dua pihak.
Secara praktikalnya di Mahkamah, hujah penutup akan dibawa oleh
Pihak Pendakwaan. 50
RUJUKAN
1. Ahmad Azam Mohd Sharif (2011), “Prosedur Pendakwaan Jenayah Syariah:
Analisis Peruntukan undang-undang di bawah Akta Prosedur Jenayah
Syariah (Wilayah-wilayah) Persekutuan 1997”, Kuala Lumpur: Penerbit
Universiti Malaya, Jurnal Undang-undang, Vol. 15, hlm. 1-18.
2. Amir Rusin Mord Nor, Nik Azlan Nik Man (2006), “Qarinah: Kajian
Penggunaan Alat Pengesan Alkohol di Bahagian Penguatkuasa Jabatan
Agama Islam Wilayah Persekutuan”, Jurnal Undang-Undang Dan
Masyarakat. Kertas kerja ini dibentangkan di National Seminar on Law and
Technology: Legal and Shar'iah Issues, Fakulti Undang-Undang, Universiti
Kebangsaan Malaysia.
3. Siti Zubaidah Ismail (2008), “Dasar Penguatkuasaan Dan Pendakwaan Jenayah
Syariah Di Malaysia: Satu Analisis”, Jurnal Syariah (Keluaran Khas) , Jilid
16, hlm. 537-554.
4. Siti Zubaidah Ismail (2016), “Undang-undang Tatacara Jenayah Syariah”, Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
5. Siti Zubaidah Ismail (2017), “Undang-undang Kesalahan Jenayah Syariah di
Malaysia”, Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya. 51
52

Anda mungkin juga menyukai