Anda di halaman 1dari 13

JURNAL HUKUM

Harta Sepencarian, Isu-Isu dan Amalan*


Oleh: Dato'Aria Diraja Dato'Haji Daud bin Muhammad

Mukadimah Harta Sepencarian ini merupakan suatu masalah yang sangat susah dan rumit untuk diselesaikan oleh mana-mana pihak terutamanya Mahkamah Syariah apabila kedua-dua pihak suami isteri telah bercerai atau salah satu pihak meninggal dunia dan tidak mendapat persetujuan di atas harta tersebut secara sulh dan redha meredhai di antara kedua-dua pihak termasuk waris-waris. Bagi suami isteri yang tidak makan gaji biasanya sama-sama bekerja seperti menjadi petani, berkebun, menoreh getah, berniaga dan sebagainya dan ada juga yang bekerja hanya suami seorang sahaja, sama ada makan gaji atau lain-lain pekerjaan, manakala isteri tinggal di rumah menjaga anak-anak dan membuat kerja rumah seperti memasak, membasuh pakaian suami, anak-anak dan lain-lain kerja rumah dan mengikut kebiasaannya selepas berkahwin beberapa tahun suami isteri memperolehi harta seperti tanah, motokar dan sebagainya dengan membeli secara tunai atau pinjaman dari Kerajaan atau Bank dan seumpamanya dan harta-harta tersebut dibuat atas nama salah seorang sahaja dari suami isteri itu dan jarang sekali mereka membuat nama bersama (dua nama). Kuasa Memiliki Harta Di dalam perundangan Islam, seseorang perempuan Islam yang berkahwin dengan seorang lelaki, dia masih diakui mempunyai kuasa memiliki ke atas apa jua harta dan masih terus boleh memiliki harta yang diperolehinya sebelum dia berkahwin dan boleh juga berbuat demikian setelah dia berKertas kerja ini dibentangkan di Seminar Isu-Isu Mahkamah Syariah 2 pada 9 Februari 2002 di Mahkamah Mut, Kuliyyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

JURNAL HUKUM kahwin sama ada dari harta pesaka, (1) pemberian hidup(hibah) usahanya sendiri (2) dan sebagainya dan seterusnya dia mempunyai tanggungjawab harta di mana dia boleh menuntut dan dituntut di Mahkamah. Peruntukan Undang-Undang Mengikut peruntukan dalam Enakmen Pentadbiran Mahkamah Syariah Negeri Kelantan (3), Mahkamah Syariah mempunyai bidang kuasa untuk mendengar dan menjalankan perbicaraan berhubung dengan pembahagian atau tuntutan kepada harta sepencarian. Seterusnya Enakmen Keluarga Islam Negeri Kelantan (4) di bawah seksyen 46 menjelaskan 46 (1) Mahkamah adalah mempunyai kuasa apabila membenarkan lafaz talaq atau membuat sesuatu perintah perceraian, memerintah supaya harta sepencarian yang diperolehi oleh pihak-pihak itu dalam masa perkahwinan dengan usaha bersama-sama mereka dibahagi di antara mereka atau supaya mana-mana harta itu dijual dan hasil jualan itu dibahagi di antara pihak-pihak itu. 46(2)Pada menjalankan kuasa yang diberi oleh seksyen kecil (I) dari pada seksyen ini, Mahkamah hendaklah mengambil perhatian tentang (a) Setakat mana sumbangan-sumbangan yang telah dibuat oleh tiap-tiap satu pihak dalam bentuk wang, harta atau kerja bagi mernperolehi harta-harta itu; (b) Apa-apa hutang yang terhutang oleh salah satu pihak yang telah dilakukan bagi usaha bersama mereka; DAN (c) Keperluan-keperluan anak-anak yang belum dewasa jika ada, dari perkahwinan itu, dan tertakluk pada pertimbangan-pertimbangan itu, Mahkamah masing. hendaklah, dengan seberapa boleh, membuat pembahagian yang saksama mengikut usaha atau modal masing-

JURNAL HUKUM Enakmen-Enakmen tersebut telah berkuat kuasa sejak dari 1984 dan sebelum daripada itu, undang-undang tahun 1919 (5), undang-undang tahun 1953 (6) dan undang-undang 1966 (7) Mahkamah Syariah juga diberi bidang kuasa untuk menjalankan perbicaraan berhubung dengan harta sepencarian. Peruntukan-peruntukan seumpama itu juga terdapat di negeri-negeri di Malaysia. Peruntukan Di Dalam Kitab-Kitab Fiqh. Di dalam kitab-kitab fiqh tidak ada Sungguhpun

peruntukan khusus membicarakan tentang harta sepencarian (8).

demikian, cuba kita lihat kepada beberapa kitab fiqh yang menjadi rujukan kepada Hakim-Hakim Mahkamah Syariah di negeri-negeri dalam Malaysia apabila berhadapan dengan kes harta sepencarian di antaranya Kitab Bughyah at-Mustarsyidin muka surat 159 ada menyebut : . Maksudnya: "Telah bercampur harta suami dan tidak diketahui harta sesiapa yang lebih banyak, tidak ada tanda-tanda yang dapat membezakan harta salah seorangnya, kemudian berlaku perceraian di antara keduanya atau meninggal dunia, maka tidak sah salah seorang dan mereka (suami isteri atau warisnya) memerintah (mengguna) sesuatu daripada harta itu sebelum dapat dibezakan atau sebelum dibuat perdamaian (alSulh) kecuali bersama-sama dengan pemiliknya sebab tidak ada murajjih (tidak ada tanda yang membezakan). Seperti mereka berkata, "jika bercampur burung merpati keduanya (suami isteri) di ketika itu jika boleh diketahui atau dibezakan keduanya, tetapi jika tidak diketahui dan tidak dapat dibezakan, perkara ini hendaklah ditangguh sehingga suami atau waris kedua-duanya berdamai atau pun menyerah 3

JURNAL HUKUM (hibah) dengan sama banyak atau berlebih kurang jika mereka (suami isteri) dan waris orang-orang yang sempurna (bukan mahjur a'laihi) dan wajib supaya jangan berkurang (orang yang tidak dibenarkan mentadbir harta). Tetapi jika berlaku kebiasaan yang tetap bahawa salah seorang dari keduanya (suami isteri) mendapat pendapatan yang lebih banyak dari yang seorang lagi maka perdamaian (sulh) dan penyerahan (hibah) adalah berdasarkan demikian (lebih kurang). Jika mereka tidak menyetujui satu pun daripada yang demikian, maka pihak yang memiliki sesuatu dari harta (memegang harta) akan diterima cakapnya dengan sumpahnya; bahawa harta itu miliknya. Tetapi jika harta itu dimiliki oleh kedua-duanya (masing-masing memegang harta), maka masing-masing boleh meminta pihak yang lain bersumpah, kemudian harta itu di bahagi dua". Apabila kita perhati kepada nas dalam kitab ini perkataan () maknanya bercampur harta kedua suami isteri dan tidak diketahui harta siapa yang lebih banyak dan tidak ada qarinah yang membezakan antara keduanya. Adakah pengertian ini sama dengan tajuk yang dibicarakan berhubung dengan harta sepencarian yang diperolehi oleh suami isteri hasil daripada masing-masing berusaha atau bekerja, dan harta tersebut bercampur. Ada yang berpendapat harta yang bercampur itu sebagai harta ( ,)dan tidak sama dengan harta sepencarian. Dan ada pula yang berpendapat bahawa apabila perolehan daripada suami isteri itu bercampur dan tidak diketahui harta siapa yang lebih banyak dan tidak ada qarinah, maka bolehlah diqias dan disamakan dengan harta yang bercampur ( )itu untuk menyelesaikan mengikut nas dalam kitab tersebut di atas. 2. Kitab I'anah al-Talibin, juzuk 3, muka surat 104 dan 105 di bawah tajuk ( )ada menyebut : . . . 4

JURNAL HUKUM Maksudnya: "Bahawa syarikat itu ada dua jenis Pertama - yang dimiliki oleh dua orang yang berkongsi dengan harta pesaka acau dengan cara membeli. Kedua - Terdapat empat bahagian Satu bahagiannya yang sah yang dinamakan Syarikat al-Ainan di mana dua orang berkongsi dengan masing-masing mengeluarkan modal untuk berniaga dan yang lain-lainnya itu batal dan ianya ada tiga jenis 1. 2. 3. Syarikat al-Abdan Syarikat al-Mufawadah Syarikat Wujuh

Syarikat al-Abdan itu ialah dengan cara dua orang berkongsi melakukan sesuatu pekerjaan dengan masing-masing berusaha dengan tenaga empat kerat tanpa harta atau modal sama ada perusahaan itu sama jenisnya seperti keduanya berjahit atau berlainan seperti seorang tukang jahit dan seorang lagi tukang sulam. Syarikat ini adalah batal tidak sah kerana tidak ada harta. Jadi siapa yang berusaha sendirian, maka keuntungan adalah kembali kepadanya di antara keduanya atas kadar upah yang munasabah ( ) mengikut kerja. Ia diharuskan secara mutlak oleh Imam Abu Hanifah, manakala Imam Malik dan Ahmad mensyaratkan persamaan kerja. Sebab itulah bagi mereka yang tidak menerima Syarikat al-Abdan, semua harta yang diperolehi dari pekerjaan suami isteri yang tidak boleh dibezakan dibahagikan di antara keduanya menurut upah yang munasabah ( ) dan jika salah seorang atau kedua-duanya meninggal dunia, waris-waris si mati dari kedua-duanya mengambil bahagian yang diperolehi oleh mereka untuk mereka membahagikannya menurut faraid.

JURNAL HUKUM 3. Kitab Alfatawa al-Fataniah karangan al-Sheikh Ahmad bin Mohd. Zain bin Mustafa at-Fatani, cetakan Fatani Press Tahun 1377 Hijrah, muka surat 106, dalam menjawab soalan 57 menjelaskan "Soal : Masalah setengah daripada beberapa adat negeri-negeri yang di bawah angin bahawasanya apabila mati seseorang daripada dua laki isteri dibahagikan harta peninggalannya dua bahagi, maka ditolakkan kepada salah seorang yang hidup itu satu bahagi dan yang tinggal lagi itu dibahagikan antara segala waris yang setengah daripada mereka itu salah seorang yang tersebut dan sebab demikian itu bahawasanya berusaha pada ghalibnya oleh dua laki bini itu bersama-sama, maka adakah betul perbuatan itu atau tiada fatwa-fatwa yang mengharuskannya () Jawab : Jika adalah harta peninggalan itu bersekutu padanya oleh dua isteri itu bersamaan kadarnya dengan yakin, maka dibahagikan sebagai bahagi yang tersebut itu adalah membahagi itu sebenar. Adapun jika tiada diketahuikan bersekutunya dan jikalau dengan sama-sama bekerja yang mendapatkan harta itu sekalipun tiada pekerjaan, khidmat seperti bertanak dan membasuh dan menjahit kain suaminya tetapi tiada diketahuikan bersamaan bersekutu itu seperti tiada diyakinkan bahawasanya bekerja itu sama banyak kadarnya atau tiada, maka dibahagikan dua dengan ketiadaan redha beredha segala pesakanya pada kadar yang lebih kurang nescaya tidak sah membahagi sebagai bahagi yang tersebut dan tiada harus menolak itu. Maka jika redha beredha daripada mereka itu nescaya sah tetapi disyaratkan pada sah redha beredha itu bahawa tiada ada di dalam mereka itu orang yang tiada diiktibarkan redhanya seperti kanak-kanak dan si gila dan orang yang dihalangkan atasnya, maka jika ada di dalam pesaka itu mereka itu nescaya tiada sah" 4. Satu perkara yang menarik ialah perjanjian kerana perkahwinan telah dibuat mengikut undang-undang tahun 1938 (9) pada 21 November 1942 di antara Kamud bin Che Mohamad dari India dengan Bidah bt. Saamuh dari Pengkalan Kubur Tumpat di hadapan Qadhi Besar Kelantan Haji Nik Mohd. Adib, berhubung dengan beberapa perkara (10 perkara) termasuk bersabit dengan 6

JURNAL HUKUM harta sepencarian. Apakah perjanjian seumpama ini perlu dibuat sekarang?

Dan jika ianya perlu dan masih sesuai sekarang ianya boleh dimasukkan di bawah mana-mana Peruntukan Enakmen Keluarga Islam bagi mengelakkan dari timbulnya berbagai-bagai kerumitan dan kesusahan kepada suami isteri terutamanya apabila berlaku kematian atau perceraian. AI-Aadah Muhakkamah Islam mengiktiraf bahawa adat, baik secara khusus atau umum adalah menjadi salah satu sumber Hukum Syarak (10) dan sesuatu adat itu boleh diterima apabila sudah menjadi kelaziman atau kebiasaannya sedemikian (11). Apabila harta sepencarian tidak terdapat dalam kitab-kitab fiqh secara khusus membicarakannya, tidakkah boleh kita terima ianya sebagai suatu adat bagi orang-orang Melayu apabila berkahwin dan sama-sama berusaha baik di dalam rumah atau di luar rumah dan harta-harta yang diperolehi dari usaha sama itu menjadi harta bersama. Jika ini boleh diterima, apakah adat seperti ini boleh diterima oleh Islam? Jawapan kepada persoalan ini tidaklah mudah, persoalan ini perlu dikaji dan diputuskan oleh sama ada Majlis Fatwa Kebangsaan atau Muzakarah Mufti-Mufti. Syarikat al-Abdan Boleh dikatakan semua negeri dalam Malaysia telah memperuntukkan dalam Enakmen masing-masing berhubung dengan pembahagian harta sepencarian apabila berlaku perceraian dan tuntutan-tuntutan bersabit dengannya, dan setiap Enakmen sebelum dapat dilaksanakan mesti mendapat ampuni perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan bagi negeri-negeri beraja atau perkenan Duli Yang Maha Mulia Yang DiPertuan Agong atau Yang DiPertua Negeri bagi negeri-negeri yang tidak beraja. Muamalat suami isteri bagi menghasilkan harta sepencarian itu, termasuk di bawah muamalat Syarikat al-Abdan yang diterima dan sah dalam mazhab Abu Hanifah tanpa mengira jenis pekerjaan sama ada sama atau berlainan. Tidakkah ini menunjukkan bahawa negeri-negeri yang sudah ada peruntukan undang-undang seperti itu, pada lahirnya atau secara tidak langsungnya telah menerima dan mengamalkan menurut pendapat imam Hanafi dalam membuat keputusan di Mahkamah-Mahkamah Syariah bersabit dengan harta sepencarian. 7

JURNAL HUKUM Sungguhpun demikian dalam pelaksanaan undang-undang terutama yang

bersangkutan dengan Hukum Syarak dan pelaksanaannya di Mahkamah Syariah, saya berpendapat perlu mendapat ampuni pekenan dan keizinan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan secara khusus mengikut seksyen 37(2) daripada Enakmen Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan 1994 yang menyatakan jika Majlis atau Jemaah Ulamak berpendapat bahawa qaul yang muktamad dari Mazhab Syafie boleh membawa kepada yang berlawanan dengan kepentingan awam, Majlis atau Jemaah Ulamak bolehlah dengan keizinan Kebawah Duli Yang Maha Mulia AI-Sultan mengikut qaul dan mana-mana Mazhab Islam yang muktabar dalam perkara-perkara yang bersangkutan dengan akidah, maka qaul ahfi Sunnah Wal Jamaah hendaklah diikut. Peruntukkan undang-undang seperti ini memang terdapat hampir di setiap negeri-negeri di Malaysia. Dan jika ini diuruskan mengikut kehendak undangundang tersebut, sudah tentu penyelesaian harta sepencarian sepertimana yang kita hadapi sekarang lebih senang dan mudah diselesaikan. Tuntutan Selepas Kematian Satu persoalan yang timbul, apakah harta sepencarian ini boleh dituntut oteh manamana pihak seperti waris dan sebagainya selepas kematian sesuatu pihak? Kalau kita melihat kepada nas kitab Bughyah al-Mustarsyidin yang tersebut di atas ada menyatakan:"" Dan ini menunjukkan bahawa waris ada hak ke atas harta itu dan jika haknya tidak diberi atau tidak mendapat apa-apa persetujuan, ianya boleh menuntut sekalipun selepas kematian salah satu pihak. Tuntutan seperti ini boleh dibuat ke atas pihak yang masih hidup atau ke atas warisnya. Kerana hak seseorang itu tidak gugur kecuali ianya memaafkan atau menolak haknya dan jika-hak itu masih wujud akan berpindah kepada warisnya jika dia meninggal (12). 8

JURNAL HUKUM

Asas-Asas Pertimbangan Mengikut pendapat Sayed Sabiq data kitab Fiqh al-Sunnah, jilid 2, muka surat 174, Cetakan Tahun 1981 Darul Fikr, Beirut, Lubnan yang menerangkan di bawah tajuk " " dengan berdasarkan ayat al-Quran surah al-Baqarah, ayat 228 Allah s.wt. berfirman yang bermaksud: "Dan isteri-isteri itu mempunyai hak yang sama seperti kewajipan yang ditanggung oleh mereka terhadap suami dengan cara yang sepatutnya yakin sebagaimana seseorang isteri menanggung tanggungjawab terhadap suami yang wajib dilaksanakan dengan cara yang baik, maka suami juga menanggung kewajipan terhadap isteri yang wajib dilaksanakan dengan cara yang baik. Dalam pada itu suami itu mempunyai satu darjat kelebihan atas isterinya kerana suami yang berkuasa mengawalnya dan memberi nafkah dan ayat tersebut memberi hak kepada perempuan sama dengan lelaki dan seterusnya Sayed Sabiq menjelaskan . Maksudnya-. Dasar yang ditetapkan oleh Islam dalam mengatur dan menguruskan kehidupan suami isteri adalah merupakan suatu dasar yang sesuai dengan fitrah dan tabiat semulajadi manusia itu sendiri maka yang lelaki lebih menumpukan kepada pekerjaan dan perusahaan di luar rumah, manakala perempuan lebih layak menjalankan pekerjaan di dalam rumah seperti mengurus rumahtangga, mendidik anak-anak,, menyediakan segala kemudahan bagi menjadikan suasana dalam rumah tenang dan tenteram. Maka sebab itu ditugas kepada lelaki kerja yang sesuai baginya, begitu juga ditugaskan kepada perempuan dan dengan itu barulah rumahtangga berjalan dengan baik di dalam dan di luar rumah tanpa menjejaskan mana-mana pihak. 9

JURNAL HUKUM

Selanjutnya Sayed Sabiq membawa contoh hukuman Rasulullah s.a.w. di antara Saiyidina Ali (r.a.) wakarramallahu wajhah dengan isterinya Fatimah (r.a.) di mana Rasulullah memutuskan ke atas Fatimah bertugas atau menjalankan pekerjaan di rumah, manakala Ali berusaha dan bekerja di luar rumah. Pekerjaan masing-masing dari suami isteri yang diakui oleh Rasulullah s.a.w. sebagai tanggungjawab masing-masing itu ada hubungan dengan apa yang diperolehi atau hasil yang didapati dari pekerjaan itu dan oleh kerana masing-masing ada peranan dan usaha mengikut tugas masing-masing, maka sudah patut dan wajar harta yang diperolehi dari sama-sama bekerja itu dijadikan harta bersama (sepencarian) di antara suami isteri selagi tidak ada apa-apa bukti atau pengakuan bahawa harta-harta yang diperolehi itu adalah hak masing-masing sama ada dari pemberian orang lain atau pesaka dan sebagainya. Jika harta yang diperolehi dalam masa perkahwinan itu dibuat atas nama suami atau isteri, at-Imam Ibnu Qayyim al-juziah ada menyatakan dalam kitab alTuruq al-Hukmiyyah Fi al-Siasah- al-Syariyyah, Cetakan Matbaah Al-Madani, Mesir, Tahun 1961, muka surat 24 iaitu : . Maksud ringkasnya: Tidak boleh dianggap semata-mata kerana memegang dengan tangan atau menguasai di atas sesuatu nama dengan mendapat nama di dalam geran tanah dan sebagainya menjadi haknya seorang sahaja jika harta itu diperolehi semasa dalam perkahwinan masih berterusan, malah adanya seperti tidak ada. Dalam hubungan ini bolehlah diqiaskan perkakas rumah dengan harta-harta lain seperti rumah, tanah dan sebagainya yang diperohi semasa kedua-duanya masih bersuami isteri selagi tidak ada bukti lain yang menunjukkan bahawa

10

JURNAL HUKUM harta-harta itu sudah dibahagi atau ada hak masing-masing secara berasingan. Hukuman boleh diputuskan berdasarkan kepada qarinah, ini adalah mengikut pendapat Dr. Wahbah al-Zuhaili dalam kitabnya al-Fiqh al-Islami Wa Adillatuhu, juzuk 8, muka surat 6127, Cetakan Darul Fikr Demashq, Syria Tahun 1997 di bawah tajuk Maksudnya: Penghakiman dengan qarinah merupakan sumber Hukum Syarie sama ada ketika ada keterangan atau pengakuan atau dalam keadaan tidak ada apa-apa bukti lain. Dalam perkara qarinah ini biasanya dapat dikesan dari kenyataan Plaintif, jawapan Defendan atau keterangan saksi-saksi dan sebagainya di dalam sesuatu perbicaraan suami isteri yang menunjukkan adanya qarinah yang boleh diterima bahawa perolehan atau pemilikan sesuatu harta itu adalah sebagai harta sepencarian. Kesimpulan Berdasarkan kepada penjelasan dan huraian ringkas di atas, bolehlah dirumuskan sebagaimana berikut : i) Masalah harta sepencarian di antara suami isteri adalah merupakan sesuatu perkara yang sangat penting dan perlu diselesaikan dengan cara yang adil dan saksama terutama sekali apabila berlaku perceraian. ii) Khidmat dan kerja seseorang isteri di dalam rumah patut diberi pertimbangan sewajarnya dan diberi nilaian yang patut jika khidmat tersebut tidak ada tanda11

JURNAL HUKUM tanda yang ianya diberi secara sukarela, sekurang-kurangnya sebagai upah (Ujrah at-Misl). iii) Kedua-dua pihak suami isteri yang masing-masing ada peranan dan usaha bagi memperolehi harta, hendaklah diberi hak masing-masing. apabila berlaku pertengkaran dan perselisihan. iv) Adat juga perlu diambil kira sebagai kaedah Syariah dalam menentukan hak masing-masing. v) Satu perianjian berhubung dengan harta sepencarian perlu dikaji sama ada ianya sesuai dibuat atau sebaliknya pada masa ini. Dan dalam menentukan kadar dan bahagiannya terserahlah kepada pertimbangan Hakim

12

JURNAL HUKUM

Rujukan
1. 2. 3. Surah al-Nisa', ayat 1 1 Surah al-Nahl, ayat 97 Enakmen Undang-Undang Pentadbiran Mahkamah Syariah Negeri Kelantan 1982 [No. 3/1982], S.9(2)(iv) 4. Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Kelantan 1983 [No. 1/1983], S-46 5. 6. Notis nombor 33 tahun 1919 (pembahagian harta benda laki bini) Kelantan Undang-Undang Majlis Ugama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan dan Mahkamah Qadhi Kelantan Tahun 1953 7. Undang-Undang Mahkamah Syariah dan Hal Ehwal Perkahwinan Islam Negeri Kelantan 1966 [No. 1/1966] 8. 9. 10. Jurnal Hukum Bilangan 1405, September 1984 - Keluaran JAKIM Undang-Undang Nikah Cerai Negeri Kelantan 1938 [No. 22/1938] Perkara 36, Majallah al-Ahkam al-Adliyyah, Cetakan Kelima Tahun 1968, Matbaah Syaariku Beirut. 11. Perkara 41, Maiallah al-Ahkam at-Adliyyah, Cetakan Kelima Tahun 1968, Matbaah SWariku Beirut 12. Al-Fiqh al-Islami Wa Adillatuhu, Doktor Wahbah at-Zuhaihi, juzuk 4, muka surat 2845, Cetakan Dar al-Fikr Damsyik, Syria Tahun 1997.

13

Anda mungkin juga menyukai