Anda di halaman 1dari 32

T

T

























X PENGENALAN
Topik ini akan membincangkan berkaitan dengan undang-undang keterangan
Islam. Kita akan mulakan perbincangan dengan mendefinisikan apakah yang
dikatakan undang-undang keterangan Islam. Topik ini juga akan menjelaskan
pelbagai bentuk keterangan yang ada dalam undang-undang keterangan Islam
yang antara lain meliputi keterangan lisan, keterangan bertulis, keterangan
berdasarkan situasi, keterangan hakiki dan sebagainya.

o
o
p
p
i
i
k
k
Undang-
undang
Keterangan
Islam
8
8

X


Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menerangkan definisi tentang undang-undang keterangan Islam;
2. Menjelaskan matlamat undang-undang keterangan Islam serta
hikmah dan kepentingannya;
3. Menjelaskan peranan hakim dalam memberi penghakiman
berdasarkan keterangan-keterangan yang dibawa ke mahkamah; dan
4. Menghuraikan pelbagai kategori atau jenis undang-undang
keterangan Islam dan pendapat fuqaha berkenaan dengannya.
HASIL PEMBELAJARAN
TOPIK 8 UNDANG-UNDANG KETERANGAN ISLAM W

189

AKTIVITI 8.1
1. Huraikan mengapakah keterangan dan pembuktian sangat
penting dalam mana-mana pertuduhan yang dibawa ke
mahkamah.
2. Bincangkan dengan rakan anda apakah proses keterangan dan
pembuktian yang berlaku di mahkamah Malaysia hari ini adil,
telus dan saksama berdasarkan pengamatan anda.
3. Jelaskan mengikut pemahaman anda, ciri-ciri penting yang
sepatutnya ada dalam proses keterangan dan pembuktian.

ISLAM DAN UNDANG-UNDANG
KETERANGAN
8.1
Bagi membuktikan sesuatu pertuduhan yang dikenakan oleh seseorang ke atas
seseorang yang lain, maka Islam mewajibkan pihak-pihak yang terlibat untuk
mengemukakan bukti-bukti ke mahkamah. Hakim pula hendaklah melihat setiap
pembuktian dan keterangan yang dikemukakan oleh penuduh dan yang kena
tuduh. Keterangan memainkan peranan yang amat penting dalam menentukan
sesuatu keputusan yang bakal dibuat oleh seorang hakim.

Oleh itu, keterangan yang tidak lengkap, sudah pasti akan mencacatkan sesuatu
kes. Lebih malang lagi, keterangan yang tidak sempurna akan menyebabkan
penghakiman yang silap dan tidak adil. Keadilan merupakan teras utama dalam
mana-mana penghakiman yang baik. Oleh itu, penghakiman yang baik, mestilah
didahului oleh keterangan dan pembuktian yang tepat. Berhubung dengan
konsep keadilan ini, Allah S.W.T telah berfirman:












X TOPIK 8 UNDANG-UNDANG KETERANGAN ISLAM


190



!!., _. `.., . _,. 1`.1l!, ,.: < l _ls >..
_.ll _,, | _>, !,.s ,1 <! _| !., `-,`..
_> l.-. | .'l. .-. | < l !., l.-. ,,> __
Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman, jadilah kamu orang yang
benar-benar menegakkan keadilan, menjadi saksi kerana Allah, biarpun
terhadap dirimu sendiri atau ibu bapa dan kaum kerabatmu. Jika dia kaya
ataupun miskin, maka Allah lebih tahu kemaslahatan. Maka janganlah kamu
mengikuti hawa nafsu kerana ingin menyimpang dari kebenaran. Dan jika
kamu memutar balikkan (kata-kata) atau enggan menjadi saksi, maka
sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui segala apa yang kamu
kerjakan. (al-Nisaa 4:135)

Dalam hadis, Nabi s.a.w telah bersabda:




.
Bermaksud: "Sesungguhnya orang-orang sebelum kalian musnah tidak lain
kerana mengenakan hukuman hudud ke atas orang yang miskin dan
mengecualikan orang yang mulia. Demi jiwaku yang berada di tangan-Nya,
seandainya Fatimah binti Muhammad, yakni anak baginda sendiri, melakukan
kesalahan sedemikian (mencuri), pasti akan ku potong tangannya jua". (HR
Bukhari)

Oleh itu dalam proses penghakiman, undang-undang keterangan dan
pembuktian adalah penting. Keadilan tidak dapat ditegakkan, hukuman yang
tepat tidak dapat diberikan tanpa adanya keterangan dan pembuktian yang kuat
dan menyeluruh. Keterangan adalah asas kepada kelicinan perbicaraan. Allah
S.W.T telah memerintah agar kita menegakkan keadilan seperti yang dituntut.

Seperti yang dimaklumi, keadilan Islam ini hanya akan dapat ditegakkan dengan
adanya keterangan yang jelas dan sempurna. Ini kerana keterangan dalam
perbicaraan adalah penting dan merupakan ibadat kepada Allah S.W.T, maka
Islam menganggap bahawa orang yang mengemukakan bukti dan memberi
TOPIK 8 UNDANG-UNDANG KETERANGAN ISLAM W

191
keterangan bererti dianya menjadi saksi kepada Allah S.W.T yang Maha Melihat
dan Maha Mengetahui dan juga menjadi saksi kepada mahkamah tanpa mengira
sama ada dianya dipanggil oleh yang mendakwa atau yang didakwa.

Ini bermakna seorang saksi memberikan keterangan untuk mendapat keredaan
Allah S.W.T, dan tidak sekali-kali terikat dengan kepentingan orang yang
memanggilnya. Menurut Islam, memberikan keterangan di mahkamah bererti
taat dan patuh kepada Allah S.W.T dan tanda takwa dan tunduk kepada-Nya.
(Yaacob, 1995)
8.1.1 Kepentingan Undang-undang Keterangan
Dalam proses penghakiman, bukti merupakan sesuatu yang amat penting. Ianya
bertujuan untuk memastikan sesuatu pendakwaan dapat dihakimi dengan adil
lagi saksama. Tanpa bukti, keadilan tidak dapat ditegakkan walau sebaik mana
sekalipun undang-undang tersebut. Dalam hal ini, Allah telah berfirman yang
berbunyi:



!!., _. `.., | `,l> _.! |,., `.,. ,,.. !. .>
>,`.. _ls !. `.l- _,.... _
Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu
seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan)
kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara
yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya), sehingga
menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan. (al-Hujurat 49:6)

Oleh itu, apabila terdapat pendakwaan yang dikemukakan oleh seseorang ke
mahkamah, maka mahkamah akan menetapkan tarikh untuk perbicaraan supaya
keterangan dapat diberikan. Mahkamah biasanya akan bertanya apakah bentuk
keterangan yang akan digunakan oleh pihak-pihak terbabit. Ini bertujuan memastikan
tempoh masa yang sesuai akan diperuntukkan oleh mahkamah bagi mendengar
keterangan tersebut. Biasanya bentuk-bentuk keterangan yang hendak diberikan oleh
pihak-pihak terbabit hendaklah mematuhi apa yang diperuntukkan dalam undang-
undang keterangan Islam dan juga undang-undang acara. (Buang, 2007)

Sebelum kita melangkah lebih jauh lagi dalam membincangkan pelbagai aspek
dalam perbahasan undang-undang keterangan Islam, ada baiknya untuk kita
X TOPIK 8 UNDANG-UNDANG KETERANGAN ISLAM


192

mulakan perbincangan kita ini dengan mendefinisikan apakah yang dikatakan
dengan "keterangan" mengikut perspektif Islam. Seperti yang kita telah nyatakan
sebelum ini, keterangan dalam sesuatu perbicaraan adalah teramat penting.
Tanpa keterangan, maka hukuman tidak dapat dilaksanakan dengan adil dan
saksama. Dalam undang-undang keterangan Islam, perkataan keterangan sering
kali disebut dengan istilah bayyinah.
8.1.2 Pengertian Keterangan (Bayyinah) Mengikut
Pendapat Fuqaha
Dari segi bahasa bayyinah bermakna jelas, terang dan nyata. Sehubungan dengan
ini, Ibn Qayyim al-Jawziyyah telah menyebut dalam kitabnya al-Turuq al-
Hukmiyyah seperti berikut:

"Dalam undang-undang Islam, keterangan dikenali sebagai al-bayyinah yang
bermaksud sesuatu yang menjelaskan atau menerangkan sesuatu hak,
tanggungan atau kepentingan". (al-Jawziyyah 1995)

Dalam al-Quran, Allah S.W.T kerap kali menyebut perkataan bayyinah.
Antaranya firman Allah:



_! ,1., ,.,, | . _ls ., _. _ _..., .- _. .:..s
,.`- _>,l. !>.>`.l. `.. !> >. __
Maksudnya: Nabi Nuh berkata: Wahai kaumku! Jika keadaanku berdasarkan
bukti yang nyata daripada Tuhanku, serta Ia mengurniakan pangkat Nabi
kepadaku dari sisi-Nya, kemudian bukti yang nyata itu menjadi kabur pada
pandangan kamu (disebabkan keingkaran kamu yang telah sebati), maka
adakah kamu nampak ada gunanya Kami memaksa kamu menerima bukti itu
sedang kamu tidak suka kepadanya. (Hud 11:28)







TOPIK 8 UNDANG-UNDANG KETERANGAN ISLAM W

193
Dalam ayat yang lain, Allah berfirman:



_ _.| _ls ., _. _ .,. ., !. _..s !. _l>-.`.
., | `>>l | < _1, _>l > ,> _..l __
Maksudnya: Katakanlah wahai Muhammad: "Sesungguhnya aku tetap berada
di atas (kebenaran yang berdasarkan) bukti-bukti yang nyata (al-Quran) dari
Tuhanku; sedang kamu mendustakannya. Tidak ada padaku apa yang kamu
minta disegerakan (daripada azab seksa); hanya Allah jualah yang menetapkan
hukum; Dialah yang menerangkan kebenaran, dan Dialah sebaik-baik yang
memberi keputusan. (al-Anam 6:57)

Berdasarkan ayat yang telah disebutkan di atas, perkataan bayyinah dalam al-
Quran juga membawa makna bukti atau keterangan yang nyata. Walau
bagaimanapun seperti yang dinyatakan oleh Ahmad Fathi Bahnasi bahawa
perkataan bayyinah mengikut makna yang digambarkan oleh al-Quran dan
hadis dan ucapan para sahabat memberi makna yang umum kepada setiap
perkara yang boleh menjelaskan sesuatu yang benar. Oleh itu tambahnya,
perkataan bayyinah yang disebut dalam al-Quran, hadis dan ucapan sahabat
lebih umum jika dibandingkan dengan makna bayyinah mengikut pengertian
ulama hukum, di mana perkataan ini dikhususkan kepada penyaksian dan
sumpah. (Bahnasi, 1989)

Mengikut sarjana hukum moden, Prof. Dr. Mahmud Saedon, istilah bayyinah
dalam undang-undang keterangan Islam merujuk kepada nama bagi setiap
sesuatu yang menjelaskan atau menerangkan sesuatu yang hak atau kepentingan.
Oleh yang demikian, beliau berpendapat, sesiapa yang mengkhususkannya
kepada kesaksian dua orang saksi atau empat atau seorang saksi lelaki, bererti
telah tidak menepati pengertian yang sebenar. (A.Othman, 1990)

Abu Mazaya al-Hafiz telah menyebut dalam kitabnya fiqh jenayah Islam seperti
berikut: " Al-bayyinah atau keterangan ini bukan semata-mata keterangan saksi,
tetapi merujuk kepada bentuk keterangan yang luas yang merangkumi segala
bentuk usaha untuk menunjukkan, menerangkan atau membuktikan sesuatu
kedudukan, hak, kepentingan atau fakta di dalam mahkamah. Ini bermakna
semua keterangan yang diterima pakai oleh Islam termasuk iqrar atau
pengakuan, sumpah, penyaksian, qarinah dan lain-lain boleh digunakan di
dalam mahkamah". (Al-Hafiz, 2004)
X TOPIK 8 UNDANG-UNDANG KETERANGAN ISLAM


194

Oleh itu, berdasarkan prinsip am dalam undang-undang keterangan, semua fakta
yang relevan secara prima facie boleh diterima masuk oleh mahkamah sebagai
keterangan. Pihak-pihak yan bertikai akan mengemukakan seberapa banyak
keterangan di mahkamah untuk mewujudkan kes mereka. (Mohd Yusuf, 2003)

Prof. Dr. Ahmad Hidayat Buang dalam tulisannya telah menyebut bahawa secara
umumnya terdapat dua bentuk keterangan: secara dokumen dan lisan. Dokumen
rasmi seperti sijil kelahiran, kematian dan seumpamanya adalah secara prima
facie satu bentuk keterangan yang diterima tanpa perlu dibuktikan. Bentuk-
bentuk lain keterangan dokumen perlu dibuktikan atau disokong. Afidavit juga
perlu disokong dengan keterangan lain terutama keterangan lisan atau saksi.
(Buang 2007)
8.1.3 Perbezaan antara Bayyinah dan Syahadah
Sarjana hukum yang terkenal almarhum Tan Sri Prof. Dr. Ahmad Ibrahim telah
menjelaskan dalam tulisannya berkenaan dengan perbezaan antara bayyinah dan
syahadah. Beliau menyebut dalam tulisannya seperti berikut:

"Such are then the views of the ulama about bayyinah and syahadah, there are
some who say that both are the same although their names are not the same,
there are some who say that bayyinah is broader and includes syahadah and the
knowledge of the qadi. This means that all the kinds of proof are bayyinnah,
including iqrar, syahadah, syahadah ala syahadah, syahadah bi al-tasamu,
khabar mutawatir, khabah istifadah, khabar ahad, yamin, nukul al-yamin, yamin
al-mardudah, al-qiyafah, al-kitabah, al-qarinah, rayu al-khabir, al-firasah, al-
qasamah and al-lian". (Ibrahim 2000)

Bermaksud: Demikianlah pendapat fuqaha tentang makna bayyinah dan
syahadah. Sebahagian fuqaha berpendapat bahawa bayyinah dan syahadah
membawa makna yang sama, walaupun perkataannya berbeza. Manakala
sebahagian yang lain berpendapat bahawa istilah bayyinah adalah lebih luas.
Istilah bayyinah termasuklah juga syahadah dan ilmu yang ada bagi seorang
qadi. Ini bermakna kesemua bukti terangkum dalam istilah bayyinah
termasuklah iqrar, syahadah, syahadah ala syahadah, syahadah bi al-tasamu,
khabar mutawatir, khabah istifadah, khabar ahad, yamin, nukul al-yamin, yamin
al-mardudah, al-qiyafah, al-kitabah, al-qarinah, rayu al-khabir, al-firasah, al-
qasamah dan al-lian.

TOPIK 8 UNDANG-UNDANG KETERANGAN ISLAM W

195
Dalam hal ini, Haji Saleh Haji Ahmad misalnya telah menyebut dalam bukunya
bahawa terdapat tiga pendapat fuqaha mengenai al-bayyinah menurut istilah,:
(a) Al-bayyinah bermaksud syahadah (kesaksian) dan syuhud (saksi-saksi).
Disebabkan merekalah, maka ternyatalah hak yang didakwa, atau kerana
ghalib (biasanya) pada al-bayyinah itu adalah syahadah. Disebabkan
berlakunya keterangan dengan kata-kata saksi, maka hilanglah kesamaran.
Ini adalah pendapat jumhur fuqaha yang terdiri daripada Hanafiyyah,
Malikiyyah, Syafiiyyah dan Hanabilah.
(b) Al-bayyinah bermaksud nama bagi setiap sesuatu yang menerang dan
menyatakan yang hak. Maka setiap dalil, hujah atau wasilah yang boleh
membuktikan hak-hak dan dizahirkan di hadapan hakim, maka ia
dianggap sebagai al-bayyinah. Takrif ini selari dengan makna al-bayyinah
dari segi bahasa dan muradif (sama) dengan makna al-ithbat. Ini
merupakan pendapat Ibn Farhun, Ibn Taymiyah, Ibn al-Qayyim, Hasan
Siddiq Khan dan lain-lain lagi.
(c) Al-bayyinah merangkumi saksi-saksi dan maklumat hakim, kerana yang
sebenarnya hak itu ternyata dengan kedua-dua ini sahaja. Ini pendapat Ibn
Hazm. (Ahmad 2003)

Jika kita amati, maka kita boleh menyimpulkan bahawa khilaf atau perselisihan
pendapat yang berlaku ini hanyalah dari aspek istilah sahaja. Tidak terdapat
sebarang dalil ke atas setiap pendapat sama ada daripada al-kitab ataupun al-
sunnah, maka perselisihan faham tidak perlu terbangkit dalam soal istilah.
Namun begitu, adalah lebih afdal dan rajih sekiranya maksud al-bayyinah itu
lebih umum daripada syahadah bila dilihat dari aspek bahasa dan amalannya.

Justeru, al-bayyinah dengan pengertiaan yang umum adalah diterima pakai
dalam keadaan ia terikat dengan syarat-syarat dan sifat-sifat yang dinaskan oleh
syarak, seperti bilangan para saksi, sifat adil dan lelaki dalam kes-kes tertentu.
Maka dalam aspek kesaksian, tidak harus diterima seorang saksi sahaja bagi
pembuktian kerana ini bertentangan dengan beberapa ayat al-Quran di mana
bilangan saksi telah ditentukan. Ini seperti firman Allah yang bermaksud:

Dan hendaklah kamu mempersaksikan dengan dua orang yang adil
dari kalangan kamu, (Surah al-Talaq 65: 2)

Peristiwa ini bukan sahaja untuk jaminan dan pemeliharan hak, bahkan ia bagi
tujuan pembuktian dan penghakiman.

Begitu juga pembuktian dalam kehakiman Islam memainkan peranan penting
dalam menegakkan keadilan. Sebarang ketidaksempurnaan dalam pembuktian
akan menyebabkan ketidaktepatan dalam menjatuhkan hukuman. Qadi akan
bergantung sepenuhnya kepada pembuktian tanpa memandang kepada hak
X TOPIK 8 UNDANG-UNDANG KETERANGAN ISLAM


196

yang tidak dikemukakan di dalam mahkamah. Sehubungan dengan ini, perlu
diingatkan bagaimana bentuk pembuktian di dalam mahkamah, begitulah
hukuman yang bakal diputuskan nanti. (Ahmad, 2003)

Dalam hal ini, Nabi s.a.w bersabda:


Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia. Jika kalian membawa kepada aku
kes masing-masing, boleh jadi salah seorang daripada kalian dapat membela diri
dengan cara yang lebih meyakinkan berbanding yang lain sehingga aku memberi
keputusan berdasarkan apa yang aku dengar. Sesiapa yang aku tersilap dalam
memberi keputusan sehingga memberi kepadanya apa yang sebenarnya milik
saudaranya, maka janganlah mengambilnya kerana yang diambil itu hanyalah
sebahagian daripada api neraka. (HR Muslim)


.

Berdasarkan hadis di atas, pembuktian dalam Islam adalah adalah sesuatu yang
amat penting. Ianya bertujuan supaya seseorang hakim dapat memutuskan satu
keputusan yang tepat dan tidak meninggalkan apa-apa perkara dalam syak atau
kepada budi bicara hakim itu semata-mata.

Pada masa yang sama, harus diingat bahawa pihak-pihak yang bertikai juga
perlu ikhlas dan tidak mengada-adakan cerita demi memenangkan kes masing-
masing. Pembuktian perlu berdasarkan kebenaran dan bukti yang sebenar,
bukan bukti yang direka cipta dan palsu.

Lantaran itu, Rasulullah s.a.w berdasarkan hadis di atas telah bersabda kepada
mereka yang telah memberikan tuntutan palsu bahawa mungkin sebahagian
daripada mereka lebih pandai berhujah berbanding dengan sebahagian yang
lain. Walaupun begitu, ingat! Jika seseorang hakim memberikan keputusan
menyebelahi sesuatu pihak, kerana kepandaian berhujah yang ada padanya,
sedangkan dia mengetahui bahawa pihak yang satu lagi adalah pihak yang
benar, bererti hakim tersebut telah memberinya cebisan api neraka! Oleh itu,
janganlah dia menerimanya dan hendaklah dia bertakwa kepada Allah.

TOPIK 8 UNDANG-UNDANG KETERANGAN ISLAM W

197

SEMAK KENDIRI 8.1
1. Huraikan mengikut pandangan anda bagaimanakah langkah
terbaik bagi memastikan setiap pihak yang bertelagah
mendapatkan keadilan yang sebaik-baiknya.
2. Nyatakan apakah pandangan anda tentang perjalanan
mahkamah yang ada di negara kita sekarang. Adakah ia benar-
benar memberi keadilan yang sejati kepada pihak-pihak yang
bertelagah?
3. Bincangkan dengan rakan sekelas anda mengapa Nabi s.a.w
menjelaskan bahawa sesiapa yang diberikan keputusan bagi
pihaknya, kerana kepandaian hujah dan kefasihan berkata-kata
walaupun hujahnya palsu dan kata-katanya dusta, seolah-oleh
diberikan kepadanya cebisan dari api neraka.
CARA PEMBUKTIAN DALAM UNDANG-
UNDANG KETERANGAN ISLAM (WASAIL
AL-ITHBAT)
8.2
Pembuktian atau dalam bahasa Arab disebut sebagai ithbat bermaksud
menegakkan hujah atau mengemukakan bukti. Sementara dalam istilah
kehakiman ithbat dimaksudkan sebagai "mengemukakan bukti kepada
mahkamah melalui cara-cara yang ditentukan oleh syarak, ke atas sesuatu hak,
peristiwa atau kes, yang akan berlaku ke atasnya kesan-kesan hukum syarak".

Berdasarkan apa yang telah dinyatakan oleh fuqaha, terdapat pelbagai cara
untuk membuktikan sesuatu pertuduhan yang dikemukan oleh seseorang
kepada mahkamah. Biasanya setelah sesuatu keterangan diterima masuk ke
dalam mahkamah, maka hakim yang mengadili sesuatu kes tersebut harus
menentukan apakah nilai yang boleh diberikan kepada keterangan yang
dikemukakan oleh saksi berkenaan. Nilai sesuatu keterangan itu bergantung
kepada hakim untuk menentukan berdasarkan kepada kebenaran,
kebolehpercayaan dan keyakinan kepada keterangan berkenaan. Dalam
perbincangan ini, kita akan memperkatakan bentuk-bentuk keterangan dan
pembuktian dalam undang-undang keterangan Islam atau biasanya disebut
sebagai wasail al-ithbat.

Dalam sesuatu kes tuntutan yang dibuat oleh orang yang menuntut di
mahkamah, hakim hendaklah memintanya menyatakan dengan jelas tentang
tuntutannya terhadap orang yang kena tuntut. Kemudian hakim mengemukakan
X TOPIK 8 UNDANG-UNDANG KETERANGAN ISLAM


198

tuntutan itu kepada orang yang kena tuntut untuk mendapatkan jawapannya.
Sekiranya orang yang kena tuntut berikrar yakni mengaku atas segala tuntutan,
maka sabitlah hukuman ke atasnya. Jika sekiranya beliau ingkar di atas segala
dakwaan itu, hakim bolehlah meminta pihak yang menuntut mengemukakan
segala keterangan untuk menyokong dakwaan tersebut. (Abdullah, 1998)

Berdasarkan pandangan fuqaha Islam, antara cara-cara yang penting dalam
proses keterangan dan pembuktian dalam Islam adalah pembuktian melalui
keterangan saksi atau yang disebut sebagai syahadah, pengakuan atau yang
disebut sebagai iqrar daripada yang tertuduh, sumpah atau disebut sebagai al-
yamin.
8.2.1 Kesaksian atau Syahadah
Bagi membuktikan dakwaan yang diangkat ke mahkamah dapat disempurnakan,
maka pelbagai cara perlu digunakan. Di sini kita akan mulakan dengan huraian
ringkas berkenaan dengan kesaksian atau syahadah.

Syahadah atau kesaksian dari segi bahasanya bermaksud hadir atau naik saksi.
Dari segi istilah syahadah bermaksud satu perkhabaran yang benar yang
diberikan dalam majlis kehakiman dengan menggunakan lafaz "asyhadu" atau
aku naik saksi untuk mensabitkan hak, atau kepentingan bagi orang lain.
Manakala Akta Keterangan Mahkamah Syariah Wilayah Perseketuan 1997
mentakrifkan syahadah sebagai apa-apa keterangan yang diberikan di
mahkamah dengan menggunakan lafaz asyhadu untuk membuktikan suatu hak
dan kepentingan. (Abas, 2007).

Ada ulama yang berpendapat kesaksian berasal daripada persaksian yang
bermakna kepastian. Ada juga yang mengatakan kesaksian bermakna kehadiran.
Ada juga ulama yang memberikan pengertian kesaksian sebagai pengetahuan.
Ini kerana kesaksian itu diambil daripada perkataan memberitahu. (Anwarullah
1999).

Ulama telah mentakrifkan kesaksian dari segi istilah dengan pelbagai takrifan.
Dalam mendefinisikan makna kesaksian atau syahadah, Prof. Dr. Mahmud
Saedon A. Othman telah menyebut pelbagai takrifan fuqaha. Misalnya menurut
Ibn Human, seorang ulama mazhab Hanafi, kesaksian ialah pemberitahuan yang
bersifat benar untuk mensabitkan sesuatu atau kepentingan dengan
menggunakan lafaz kesaksian dalam majlis kehakiman.

TOPIK 8 UNDANG-UNDANG KETERANGAN ISLAM W

199
Menurut Sheikh Shihabuddin, seorang ulama mazhab Shafie, kesaksian ialah
pemberitahuan tentang sesuatu hak atau kepentingan bagi orang lain dengan
menggunakan lafaz seperti katanya "aku naik saksi".

Menurut Abdul Salam Madkur, kesaksian ialah pemberitahuan yang benar-benar
di majlis kehakiman dengan menggunakan lafaz kesaksian mensabitkan hak atau
kepentingan ke atas orang lain. (A. Othman, 1990)

Berhubung dengan syarat-syarat saksi, para ulama telah menetapkan beberapa
syarat yang perlu ada, iaitu:

(a) Saksi tersebut hendaklah seorang yang mukallaf, Muslim dan merdeka
Iaitu orang yang berakal dan telah dewasa mengikut perhitungan syarak.
Oleh itu orang yang tidak mukallaf seperti kanak-kanak dan orang gila
tidak layak untuk menjadi saksi. Muslim dan merdeka juga antara syarat
yang perlu ada bagi seorang saksi. Walaupun begitu, ada riwayat yang
menyatakan bahawa Imam Abu Hanifah tidak mensyaratkan saksi itu mesti
seorang yang Muslim. (Bahnasi. 1989)

(b) Saksi hendaklah seorang yang bermaruah
Orang-orang yang sah dan boleh diterima menjadi saksi dalam sesuatu kes
ialah mereka yang mempunyai maruah dan sentiasa menjaga kehormatan
diri sendiri. Ini kerana saksi itu penting untuk membuktikan sesuatu
pertuduhan. Oleh yang demikian, bagaimana boleh kita menerima
penyaksian daripada seseorang yang tidak mempunyai maruah dan harga
diri.

(c) Saksi hendaklah seorang yang adil
Seandainya saksi seorang yang tidak adil dan suka bertindak
membelakangkan keadilan, maka penyaksiannya tidak mempunyai nilai
dan harga. Bahnasi menyebut dalam kitabnya Nazariyyah al-Ithbat bahawa
yang dimaksudkan dengan fasid ialah sesiapa yang keluar daripada
ketaatan Allah dengan mengerjakan larangan-larangan-Nya dan menegah
orang lain daripada melakukan suruhan-suruhan-Nya. (Bahnasi. 1989)

(d) Saksi hendaklah seorang yang tidak ada tohmahan ke atas dirinya
Tidak sah dan tidak boleh diterima penyaksian orang yang ada tohmahan
tidak baik ke atas diri orang yang akan menjadi saksi itu. Misalnya, saksi
tersebut akan diberi wang atau sebagainya jika dia bersetuju untuk menjadi
saksi, atau dia akan dilepaskan daripada hutang dan sebagainya.


X TOPIK 8 UNDANG-UNDANG KETERANGAN ISLAM


200

(e) Saksi hendaklah seorang yang tidak menjadi musuh terhadap orang yang
didakwa
Oleh itu jika saksi tersebut memang terbukti telah bermusuh dengan orang
yang didakwa, maka tidak diterima kesaksiannya kerana wujudnya unsur-
unsur kebencian sebelum daripada penyaksian tersebut. (Ibrahim, 1996)

Dalam hal ini, pembuktian kesalahan berdasarkan kesaksian atau syahadah
dalam Islam terbahagi kepada berbagai bentuk kesalahan, dan setiap bentuk
kesalahan terdapat bilangan saksi khusus yang diperlukan.

(a) Keterangan Empat Orang Saksi
Semua mazhab dalam Islam telah berittifaq (bersepakat) bahawa bilangan
saksi dalam kes-kes yang melibatkan qazaf dan zina mesti empat orang
lelaki. Ini ditegaskan dalam al-Quran seperti ayat-ayat berikut:



_. `., ...`>.l . `l .!, -,!, ,.:
`>.l>! _,..,. :.> l,1. > :..: ., ;.l`
`> 1..l _
Maksudnya: Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada
perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak
membawakan empat orang saksi, maka sebatlah mereka lapan puluh kali
sebat; dan janganlah kamu menerima persaksian mereka itu
selama-lamanya; kerana mereka adalah orang-orang yang fasik.
(al-Nur 24: 4)

(b) Tiga Orang Saksi
Imam Ahmad bin Hanbal berpendapat bahawa mereka yang dianggap
sebagai orang yang kaya mendakwa dirinya sebagai orang miskin, tidak
diterima dakwaannya melainkan dibuktikan dengan tiga orang saksi.

(c) Dua Orang Saksi Lelaki atau Seorang Lelaki dan Dua Orang Wanita
Ittifaq semua mazhab menerima keterangan daripada mereka ini dalam
kes-kes melibatkan harta. Mazhab Hanafi turut menerima kesaksian ini
(seorang lelaki dan dua orang wanita) dalam semua perkara sivil termasuk
nikah dan cerai, tetapi tidak menerima kesaksian ini dalam perkara yang
berkaitan dengan hak-hak Allah (jenayah hudud). Sementara mazhab
TOPIK 8 UNDANG-UNDANG KETERANGAN ISLAM W

201
Zahiri pula menerima kesaksian jenis ini bagi semua kes yang berkaitan
manusia dan juga hudud kecuali zina. (Mustafa, 1988)

Dalam hal ini, Allah berfirman:



.:.`. _.,: _. ll> | l !.>, _,l`>
_`> !.. _.. .. _. ,.:l
Maksudnya: Dan hendaklah kamu mengadakan dua orang saksi lelaki
dari kalangan kamu. Kemudian kalau tidak ada saksi dua orang lelaki,
maka bolehlah, seorang lelaki dan dua orang perempuan dari orang-orang
yang kamu setuju menjadi saksi. (al-Baqarah 2: 282)

(d) Kesaksian Seorang Lelaki dan Sumpah Pendakwa
Jumhur fuqaha menerima keterangan ini pada perkara yang berhubung
dengan harta seperti jual beli, sewa menyewa dan sebagainya. Kesaksian
jenis ini tidak diterima dalam mazhab Hanafi. Imam Malik, Shafie dan
Ahmad Ibn Hanbal menerimanya berdasarkan sebuah hadis yang
bermaksud: "Rasulullah s.a.w telah menentukan hukuman berdasarkan
kepada seorang saksi dan sumpah daripada orang yang mendakwa". (HR
Abu Daud)

(e) Kesaksian Wanita Sahaja
Ulama bersependapat keterangan ini diterima bagi kes-kes yang ada
kebiasaannya tidak dapat dilihat oleh lelaki. Walaupun demikian, mereka
berbeza pendapat tentang bilangan saksi wanita ini sama ada satu, dua, tiga
atau empat orang wanita. Imam Malik dan satu pendapat daripada Ahmad
bin Hanbal berpendapat, boleh diterima keterangan saksi dua orang wanita
bersama sumpah pendakwa dalam kes mal (harta).

(f) Kesaksian Seorang Lelaki
Ibn al-Qayyim sahaja yamg menerima keterangan seorang lelaki yang
dikenali dengan adilnya pada kes-kes selain hudud, kerana beliau
berpegang dengan prinsip apa sahaja yang menjelas dan menerangkan hak,
maka ia adalah bayyinah. (Ahmad, 2003)



X TOPIK 8 UNDANG-UNDANG KETERANGAN ISLAM


202

8.2.2 Iqrar iaitu Pengakuan yang Kena Dakwa
Al-Iqrar lahir daripada perkataan qaraa dan sabata, yang secara bahasa
bermaksud menstabilkan atau menyesuaikan sesuatu yang berubah-ubah antara
pengakuan dan penafian. Dari segi istilah pula, ulama daripada pelbagai mazhab
memberi takrifan mengikut versi mereka sendiri seperti berikut:

(a) Mazhab Hanafi
Pemberitahuan atau pengakuan hak orang lain ke atas diri sendiri. Atau
pemberitahuan tentang pensabitan sesuatu hak atau kepentingan (Thubut
al-Haq) untuk kepentingan orang lain ke atas diri orang yang menuntut
pengakuan melalui lafaz yang tertentu. Atau pemberitahuan seseorang
tentang sesuatu hak yang dikenakan atas dirinya untuk orang lain Atau
kenyataan seseorang tentang sesuatu hak orang lain ke atasnya yang dibuat
secara lisan, tulisan atau syarat dan yang dibuat oleh mana-mana orang dan
dalam mana-mana keadaan yang disebutkan. (A. Othman, 1990)

Secara amnya, al-Iqrar dalam mazhab Hanafi ditakrifkan sebagai memberi
testimoni ke atas diri sendiri sebagai bukti kebenaran untuk menyangkal
kenyataan yang dibuat oleh orang lain terhadap dirinya. Namun, ulama-
ulama mazhab Hanafi zaman kini pula mentakrifkan sebagai pengakuan
hak orang lain ke atas diri seseorang walaupun hak itu untuk masa yang
akan datang. (Shah Haneef, 2003)

(b) Mazhab Syafie
Mengikut mazhab Syafie, iqrar bererti pemberitahuan sesuatu hak yang
sabit ke atas orang yang memberitahu. Atau pemberitahuan oleh seseorang
tentang sesuatu hak ke atas dirinya. Atau iqrar juga ditakrifkan sebagai
iktiraf. Dengan kata lain al-Iqrar ditakrifkan oleh mazhab ini sebagai
pengakuan dan penghindaran penafian. Dengan terma yang lebih
komprehensif, ia ditakrifkan sebagai memberi testimoni berhubung dengan
hak atau tuntutan terhadap orang memberi keterangan (saksi), dan ini
dikenali sebagai pengakuan. (A. Othman, 1990)

(c) Mazhab Maliki
Menurut Mazhab Maliki, iqrar ditakrifkan sebagai memberi penerangan,
yang isi kandungannya mengikat orang yang memberi keterangan atau
wakilnya hanya dengan mengucapkan penerangan itu. (Al-Samrut, 2007)

(d) Mazhab Hanbali
Menurut mazhab ini pengakuan bermaksud sesuatu pengakuan atau
pengakuan salah.

TOPIK 8 UNDANG-UNDANG KETERANGAN ISLAM W

203
(e) Mazhab Syiah Jafariah
Al-Iqrar bagi mazhab ini pula merupakan pengakuan ke atas kewujudan
hak sedia ada terhadap seseorang.

Dalam hal ini, Sayyid Sabit beranggapan bahawa pengakuan ialah jenis
keterangan yang terbaik. Ia juga dikenali sebagai Sayyid al-Adillah atau
penghulu kepada semua bukti-bukti. Imam al-Shafie pula beranggapan bahawa
kedudukannya sampai ke tahap kepastian dan bukannya hanya sekadar ghalaba
al-Zann.

Imam al-Suyuti pula menyatakan bahawa pengakuan ialah bukti yang amat
penting kerana terdapat beberapa hak dan tuntutan yang tidak mudah
dibuktikan kecuali melalui pengakuan, umpamanya dalam bunuh yang
menggunakan ilmu hitam dan sebagainya.

Oleh itu, berdasarkan pendapat fuqaha, pengakuan atau iqrar mempunyai nilai
keterangan yang tinggi, tetapi hakimlah yang perlu meneliti dan mengkaji untuk
mengesahkan iqrar tersebut dalam menegakkan kebenaran. (Shah Haneef 2003)

Diriwayatkan daripada Sahl bin Saad bahawa seorang lelaki telah datang kepada
Rasulullah s.a.w dan menyatakan bahawa dia telah berzina dengan seorang
wanita. Baginda pun menghantar utusan kepada wanita tersebut untuk bertanya
kepadanya tentang apa-apa yang diikrarkan oleh lelaki itu. Wanita tersebut
menafikannya, maka Rasulullah s.a.w tidak mengenakan hukuman ke atas
wanita yang didakwanya melakukan zina bersamanya. (HR Ahmad dan Abu
Daud)

Dalam hal ini, Imam Abu Hanifah dan dan Imam Ahmad Ibn Hanbal
berpendapat bahawa pengakuan (iqrar) seseorang yang mengaku telah berzina
misalnya hendaklah dibuat sebanyak empat kali. Bilangan ini adalah dikiaskan
dengan bilangan saksi yang disyaratkan dalam kes zina. Namun demikian, Imam
Malik dan Imam al-Shafie berpendapat pengakuan (iqrar) seseorang yang
mengaku telah berzina adalah memadai dengan sekali pengakuan sahaja, kerana
mereka berpendapat bahawa pengakuan itu adalah memberitahu bahawa dia
benar-benar telah melakukan zina, di mana menurut Imam Malik dan al-Shafie
pemberitahuan itu tidak semestinya berulang-ulang kali. (Ibrahim, 1996)

X TOPIK 8 UNDANG-UNDANG KETERANGAN ISLAM


204


AKTIVITI 8.2
1. Huraikan apakah ciri-ciri penting untuk memastikan sesuatu iqrar
itu adalah benar dan tidak palsu.
2. Nyatakan cara yang terbaik untuk memastikan bahawa seorang
saksi itu akan bercakap benar dalam penyaksiannya.
3. Bincangkan dengan rakan sekelas anda apakah hukuman yang
terdapat dalam undang-undang Malaysia apabila terbukti
seseorang saksi itu menipu dan berbohong dalam penyaksiannya.

8.2.3 Al-Yamin atau Sumpah
Al-Yamin dari segi bahasa bererti kanan atau pihak kanan. Ia juga boleh
diertikan sebagai sumpah. Ini kerana semasa bersumpah orang akan
menggunakan tangan kanan. Sumpah atau al-Yamin juga terkenal dengan nama
al-halaf, al-istihlaf dan juga al-qasam, tapi kata yamin lebih umum dan lebih luas
digunakan. (A. Rasyid, 1995).

Dari segi istilah, sumpah ialah suatu perkataan yang disertakan dengannya nama
Allah, digunakan untuk menyatakan kesungguhan atau disebut tahqiq terhadap
sesuatu perkara yang tidak akan sabit tanpa bersumpah. Ini termasuklah perkara
yang telah berlalu, atau yang akan datang.

Dalam definisi yang lain pula, sumpah bererti menyatakan dengan penuh
kesungguhan berhubung dengan perkara yang mungkin berlaku atau mungkin
tidak berlaku dan mengukuhkannya dengan menyebut nama Allah atau salah
satu sifat-sifat zat-Nya. (A.Othman, 1990)

Sumpah ini boleh dilakukan di dalam mahkamah atau di luar mahkamah.
Namun begitu, hanya sumpah yang dibuat di mahkamah di atas permintaan
hakim sahaja yang boleh menjadi keterangan yang sah dalam mana-mana
pertuduhan.

Pada umumnya, setiap sumpah perlu memenuhi syarat-syarat seperti berikut,
iaitu:

x Orang yang membuat sumpah itu mestilah mukallaf iaitu siuman, baligh,
tidak dipaksa dan tidak tidur
x Sumpah itu dibuat dengan niat bukan kerana gurauan atau tersilap sebut
x Sumpah dibuat di atas nama Allah S.W.T
TOPIK 8 UNDANG-UNDANG KETERANGAN ISLAM W

205
x Wajib ke atas orang didakwa yang menafikan tuntutan yang didakwa ke
atasnya, jika dia mengaku, maka tidak wajib sumpah ke atasnya
x Pendakwa meminta mahkamah mengeluarkan arahan supaya yang kena
dakwa bersumpah, tetapi hakim juga boleh mengeluarkan arahan tanpa
permintaan pendakwa
x Sumpah dilakukan sendiri iaitu tidak mewakilkan kepada orang lain (al-
Hafiz, 2004)

Hukum Bersumpah
Para fuqaha Islam telah membahaskan berkenaan dengan hukum bersumpah.
Walaupun pada dasarnya sumpah diterima oleh syarak sebagai salah satu cara
pembuktian, sumpah boleh dibahagikan kepada empat bahagian iaitu wajib,
harus, makruh dan haram.

(a) Wajib
Sumpah yang wajib ialah sumpah untuk menjaga keselamatan manusia dan
sebagainya. Umpamanya seseorang yang telah dituduh membunuh,
sedangkan tidak ada saksi yang terang untuk disabitkan, maka wajiblah dia
bersumpah.

(b) Harus
Sumpah yang harus ialah sumpah untuk melakukan atau meninggalkan
sesuatu yang harus.Umpamanya bersumpah untuk makan makanan yang
sedap. Oleh kerana makan sedap itu harus, maka bersumpah kerananya
juga harus.

(c) Makruh
Sumpah yang makruh, ialah sumpah untuk mengerjakan sesuatu perkara
yang makruh atau hendak meninggalkan perkara sunnah. Umpamanya,
bersumpah tidak akan memberi sedekah. Oleh kerana perbuatan ini
meninggalkan sunnah, maka bersumpah seperti itu adalah makruh.

(d) Haram
Sumpah yang haram ialah sumpah yang dusta, atau sumpah untuk
melakukan perkara yang haram.Umpamanya, dia bersumpah untuk
mensabitkan bahawa si-polan itu belum membayar hutang kepadanya,
sedangkan si-polan itu telah pun membayarnya. Sumpah seperti ini adalah
haram dan berdosa. (A. Othman, 1990)
X TOPIK 8 UNDANG-UNDANG KETERANGAN ISLAM


206

8.2.4 Nukul (Keengganan) yang Kena Dakwa
Bersumpah
Keengganan bersumpah (al-nukul an al-yamin) bermaksud orang yang kena
dakwa enggan bersumpah, sedangkan mengikut proses dia mesti melakukan
sumpah tersebut. Para ulama sependapat bahawa apabila yang mendakwa telah
berjaya mengemukakan keterangan atas dakwaannya, maka hukuman
hendaklah diberikan baginya kerana kejayaan keterangannya itu. Sebaliknya, jika
yang mendakwa gagal untuk mengemukakan saksi atau keterangan, atau
keterangannya lemah dan tidak menyakinkan hakim bagi memperkukuhkan
tuntutan itu, maka yang mendakwa bolehlah memohon supaya yang kena
dakwa bersumpah.

Namun jika yang kena dakwa enggan bersumpah, adakah sabit kesalahannya
dan adakah hakim boleh menghukumnya? Dalam hal ini, ulama berselisih
pendapat kepada tiga pendapat yang utama, iaitu:

x Golongan pertama berpendapat, tidak boleh dihukum ke atas yang kena
dakwa semata-mata kerana dia enggan bersumpah, bahkan hendaklah
dikembalikan sumpah itu kepada yang mendakwa. Ini adalah pendapat
sebahagian besar sahabat seperti Umar al-Khattab, Ali Ibn Abi Talib, Miqdad
bin Aswad, dan disetujui oleh Ibn Sirin, golongan Shafie, Maliki dan
menurut salah satu riwayat Imam Ahmad juga menyetujuinya.
x Golongan kedua berpendapat, dihukum ke atas yang didakwa kerana
keengganannya bersumpah, dan tidak dikembalikan sumpah kepada yang
mendakwa. Pendapat ini dipersetujui oleh Saidina Usman, Syuraih, golongan
Hanafi dan salah satu daripada pendapat Imam Ahmad.
x Golongan ketiga berpendapat, tidak dihukum pihak yang didakwa kerana
sebab keengganannya bersumpah, dan tidak dikembalikan sumpah itu,
bahkan hendaklah ditahan sehingga pihak yang didakwa mengaku atau
bersumpah. Ini adalah pendapat Ibn Hazm al-Zahiri.

Daripada ketiga-tiga golongan ini, pendapat pertama adalah pendapat jumhur
ulama. Pendapat ini lebih sesuai dengan prinsip keadilan kerana tidak wajar
dijatuhkan hukuman ke atas seseorang yang didakwa semata-mata kerana
kegagalan yang mendakwa membuktikan kebenaran dakwaannya. Juga tidak
wajar dijatuhkan hukuman hanya kerana keengganan yang kena dakwa untuk
bersumpah, sedangkan pada prinsip asal, yang menanggung beban pembuktian
adalah pihak yang mendakwa. Keengganan bersumpah oleh yang didakwa tidak
semestinya menunjukkan dia bersalah, tetapi mungkin kerana dia ingin menjaga
maruah dan kehormatannya. (A. Othman, 1990)
TOPIK 8 UNDANG-UNDANG KETERANGAN ISLAM W

207
Dalam perbicaraan Islam ada sekurang-kurangnya dua pihak yang berbalah iaitu
pihak yang menuntut dan pihak yang kena tuntut. Dalam kehakiman Islam pula
samalah juga prinsipnya dengan undang-undang keterangan Malaysia di mana
orang yang menuntut adalah orang yang akan menanggung beban pembuktian
atau ditanggung oleh pihak pendakwa dalam kes-kes jenayah.

Ini telah ditentukan oleh Rasulullah s.a.w dalam hadisnya yang bermaksud:

Keterangan (bayyinah) adalah ditanggung oleh pendakwa dan sumpah
ditanggung oleh pihak yang ingkar". (HR Baihaqi)

Ini dihuraikan kerana apa yang zahir itu adalah dianggap berada dalam keadaan
asal. Oleh itu, sesiapa yang menuntut sebaliknya hendaklah membuktikan
tuntutan tersebut.

Hak dan kes-kes yang boleh dan tidak boleh dilakukan sumpah adalah seperti
berikut:
x Ulama sependapat menyatakan tidak boleh dilakukan sumpah dalam hak-
hak Allah semata-mata, sama ada berkaitan dengan hudud atau ibadat,
kecuali apabila berkaitan dengan hak mal (harta) manusia.
x Mereka juga sependapat menyatakan bahawa harus dilakukan sumpah
dalam kes-kes mal dan yang akan berakhir dengan mal juga.
x Demikian juga mereka sependapat menyatakan boleh dilakukan sumpah
dalam kes-kes bukan berkaitan dengan mal seperti hukum-hukum qisas,
kecederaan, wasiat, syarikah dan ahwal syakhsiyyah.
x Namun begitu terdapat khilaf pada beberapa masalah tentang harus atau
tidak bersumpah, tetapi jumhur ulama berpendapat harus tanpa kecuali.

Terdapat beberapa keadaan di mana sumpah boleh dikembalikan kepada
pendakwa. Mazhab Syafie berpendapat sah dipulangkan al-yamin dalam semua
hak yang dibicarakan (selain hudud dan ibadat) seperti kes mal, nikah, talaq,
nasab, akad/kontrak dan lain-lain. Maka boleh disabitkan kes-kes ini dengan
yamin mardudah. Mazhab Maliki pula berpendapat yamin mardudah, hanya sah
pada kes-kes harta dan yang berakhir dengan harta. (Ahmad 2003)

X TOPIK 8 UNDANG-UNDANG KETERANGAN ISLAM


208


AKTIVITI 8.3
1. Nyatakan mengikut pendapat kamu apakah langkah terbaik yang
harus dilakukan oleh seorang hakim bagi memastikan seorang
yang bersumpah itu benar-benar bersumpah di atas kebenaran
dan bukannya sumpah secara palsu dan bohong.
2. Huraikan apakah sebab utama Islam mensyaratkan beban
pembuktian ke atas pihak pendakwa dan bukan pihak yang kena
tuduh.
BAHAGIAN KEDUA KEPADA WASAIL AL-
ITHBAT
8.3
Sebelum ini kita telah menjelaskan wasail al-istbat yang terdiri daripada
syahadah, pengakuan atau yang disebut sebagai iqrar daripada yang tertuduh,
sumpah atau disebut sebagai al-yamin. Di bahagian ini pula kita akan
memperkatakan wasail al-ithbat seperti qarinah, maklumat hakim, tulisan dan
keterangan pakar. Keempat-empat jenis atau cara untuk mengithbatkan satu-satu
pertuduhan juga digunakan dalam undang-undang keterangan Islam. Oleh itu
amat mustahak untuk kita menjelaskan serba sedikit berkenaan dengan keempat-
empat cara pembuktian ini.
8.3.1 Qarinah
Perkataan qarinah dari sudut bahasa berasal daripada kata kerja qarana yang
bermaksud perkaitan, atau hubungan, atau pertalian antara satu perkara dengan
perkara yang lain. (Bahnasi, 1989).

Dalam bahasa perundangan, qarinah boleh diertikan juga sebagai andaian atau
anggapan. Dari sudut istilahnya pula qarinah merangkum sebarang tanda yang
dihasilkan melalui pertuturan atau percakapan yang dalam bahasa Arab dirujuk
sebagai al-amarat ataupun qarain maqaliyyah dan juga sebarang tanda
berdasarkan persekitaran atau suasana keadaan sekeliling yang dalam bahasa
Arab dirujuk sebagai al-amarat atau qarain al-ahwal. Secara ringkasnya qarinah
bermaksud tanda atau petunjuk yang dijadikan keterangan mengesahkan
wujudnya atau menafikan wujudnya sesuatu. (al-Hafiz, 2004)

Menurut Dr. Wahbah al-Zuhaili, qarinah ialah perkara yang menunjukkan
maksud yang dikehendaki. Dari segi istilah undang-undang, ia bererti tanda-
TOPIK 8 UNDANG-UNDANG KETERANGAN ISLAM W

209
tanda zahir yang berkait dengan sesuatu yang tersembunyi yang menyatakan
maksudnya. (Abdullah 1998)

Qarinah ini sangat luas maknanya, sehinggakan Ibnu Qayyim menyamakan
qarinah dengan al-alamat, al-amarat dan juga dalail al-ahwal yakni setiap
perkara yang ada kaitan dan hubungan dengan sesuatu kes yang terjadi.

Mustafa al-Zarqa mendefinisikan qarinah dengan makna sesuatu tanda yang
zahir yang berkaitan rapat dengan satu fakta tersembunyi yang padanya
didasarkan sesuatu hujah.

Takrifan terkini yang lebih menyeluruh diberikan oleh Abdul Karim Zaidan, iaitu
sebarang tanda sama ada al-amarat atau al-alamat yang menunjukkan kewujudan
sesuatu atau ketidak wujudan sesuatu. Dengan takrifan yang luas ini segala fakta
yang dapat dilihat, didengar, dipegang, dirasa dan dihidu boleh dijadikan qarinah.
Sebagai contoh, asap hitam yang tebal boleh dijadikan hujah tentang berlakunya
kebakaran, walaupun kita belum melihatnya lagi. (Ramlee, 2007)

Dalam satu hadis, nabi menceritakan yang bermaksud:

"Terdapat dua orang perempuan (bersaudara) yang sedang duduk bersama-sama
dua orang anak mereka, tiba-tiba datang seekor serigala lalu melarikan salah
seorang anak itu, maka berkatalah salah seorang perempuan tersebut: Serigala
itu telah melarikan anak kamu dan berkata seorang lagi: (Tidak) bahkan anak
kamu telah dilarikannya. Lantas mereka berhakim kepada Nabi Allah Daud lalu
diputuskan bahawa anak yang selamat itu adalah milik saudara perempuan yang
tua. Saudara perempuan yang muda tidak puas hati dengan keputusan tersebut
lalu berjumpa dengan Nabi Allah Sulaiman, mereka menceritakan peristiwa yang
berlaku. Lalu Nabi Sulaiman berkata: Beri aku pisau untuk aku belah dua anak
ini (dibahagikan sama banyak). Dengan segera saudara perempuan muda
berkata: Jangan kamu melakukannya, semoga Allah merahmati kamu wahai
nabi Allah, budak ini adalah anak dia (saudara tua). Melihat keadaan ini, lalu
Nabi Allah Sulaiman membuat penghakiman bahawa anak itu adalah milik
saudara muda". (HR Bukhari)

Dr. Abdul Karim Zaidan telah merumuskan bahawa maksud qarinah yang
menjadi salah satu cara pembuktian ialah sesuatu perkara yang menjadi dalil ada
sesuatu atau dalil tiada sesuatu.

Rumusan yang diberikan oleh Dr. Abdul Karim Zaidan ini memberi pengertian
yang luas dan menyeluruh mencakupi setiap sesuatu yang boleh dijadikan bukti
atau keterangan bagi mensabitkan tentang ada sesuatu atau tiada sesuatu.
X TOPIK 8 UNDANG-UNDANG KETERANGAN ISLAM


210

Contohnya bila seseorang keluar dari rumah dalam keadaan ketakutan dan
tergopoh-gapah sambil memegang sebilah pisau yang berlumuran darah.
Apabila orang ramai masuk ke dalam rumah itu, mereka mendapati ada orang
yang telah mati kerana disembelih. Berdasarkan keadaan yang sedemikian, boleh
dijadikan bukti bahawa lelaki itu telah membunuh, walaupun mereka tidak
melihat lelaki tersebut melakukannya. (Abdullah, 1998)

Perlu diingat, qarinah ada kalanya kuat dan ada kalanya lemah, ada kalanya
merupakan cara pembuktian yang pasti dan menyakinkan dan ada kalanya
merupakan satu kemungkinan yang jauh dan tipis. Yang demikian, tidak semua
qarinah boleh diterima dengan mudah.

Menurut Abdul Muniem al-Bahai, qarinah yang diambil kira oleh fuqaha ialah
qarinah yang kuat. Qarinah yang kuat ialah qarinah yang menyebabkan sesuatu
perkara itu diputuskan dan disabitkan, atau tanda dan bukti yang menyakinkan.
Dalam hubungan ini, Majallah al-Ahkam menegaskan bahawa qarinah yang
dijadikan salah satu cara pembuktian ini hendaklah yang sampai ke tahap yakin.
(A. Othman, 1990)

Dalam hal ini, menurut majoriti pendapat ulama daripada mazhab Abu Hanifah,
Syafie dan Hanbali, kehamilan misalnya bukanlah dikira sebagai qarinah yang
nyata untuk disabitkan dengan had zina, kerana mereka berhujah bahawa
kehamilan seseorang itu boleh berlaku dengan sebab wati syubhat, atau kerana
dirogol dan sebagainya. Ini bermakna kehamilan perempuan tadi menimbulkan
keraguan. Oleh itu, tidak boleh dikenakan hukuman hudud ke atas perempuan
tersebut, kerana hukuman hudud itu boleh diketepikan dengan sebab datang
keraguan. (Ibrahim 1996)

Daripada apa yang dijelaskan tentang qarinah dalam undang-undang keterangan
Islam di atas, adalah jelas sekali bahawa para fuqaha Islam amat menyedari
bahawa dalam sesuatu perbicaraan itu pasti ada fakta yang menjadi soal yang
saling berkaitan antara satu sama lain yang biasanya disebut sebagai qarinah.
Oleh itu, penerimaan qarinah sebagai satu cara untuk menentukan satu-satu kes
mengikut undang-undang keterangan Islam, jelas membuktikan bahawa fuqaha
Islam amat memahami keperluan semasa yang bersandarkan kepada pelbagai
perubahan situasi dan suasana yang dialami oleh bidang perundangan semasa.
Oleh hal yang demikian, fuqaha merasakan adalah perlu sistem perundangan
Islam juga dikembangkan dan diluaskan pemakaiannya agar ianya selari dengan
sistem keterangan yang ada atau lebih baik daripada itu lagi, demi untuk
menegakkan keadilan dalam satu-satu penghakiman. (Abdullah, 1998)
TOPIK 8 UNDANG-UNDANG KETERANGAN ISLAM W

211
8.3.2 Maklumat Hakim
Maklumat hakim bererti pengetahuan hakim mengenai fakta kes dan sebab-
sebab berlakunya di luar mahkamah. Apakah maklumat hakim ini boleh atau
tidak boleh untuk dijadikan sebagai sebab atau alasan penghakiman? Dalam hal
ini, ulama berbeza pendapat antaranya seperti berikut: (al-Hafiz, 2003)

(a) Mazhab Zahiri membolehkan hakim menghukum dengan pengetahuannya
yang diperoleh di luar mahkamah dalam semua kes tanpa kecuali, sama
ada maklumat itu diperoleh sebelum atau selepas dilantik menjadi hakim.
(b) Alasan mereka ialah bayyinah bentuk ini adalah bayyinah yang paling kuat
kerana ia diyakini sendiri oleh hakim yang mendengar kes itu. Pendapat ini
juga disandarkan kepada Abu Thur, Imam Muzni, salah satu pendapat
dalam aliran Shafie dan Hanbali. (Al-Suwailim, 1987)
(c) Mazhab Syafie ada dua pendapat. Pertama: tidak mengharuskan,
manakala kedua: mengharuskan. Pendapat yang kuat ialah harus bagi
hakim membuat keputusan kehakiman dalam kes-kes yang berkaitan
dengan hak manusia. Sementara dalam kes yang berkaitan dengan hak-hak
Allah, pendapat yang kuat tidak mengharuskan hakim berbuat demikian.
(d) Satu aliran dalam mazhab Hanbali juga tidak mengharuskan hakim
menghukum dengan maklumatnya sahaja dalam semua kes, sama ada
maklumatnya itu diperoleh sebelum atau selepas dilantik menjadi hakim.
Pendapat ini juga disandarkan kepada Syuraih al-Qadi, Muhammad bin
Hasan dan pendapat sebahagian kecil daripada fuqaha Hanafi yang
terkemudian. (Al-Suwailim, 1987)
(e) Bagi Mazhab Hanafi, hakim hendaklah menghukum berdasarkan
maklumat yang diperoleh setelah menjawat jawatan hakim dalam kes-kes
yang berkaitan dengan hak manusia sahaja. Jikalau berkaitan dengan hak
Allah, hakim tidak harus berbuat demikian kecuali dalam kes qisas, had
qazaf dan mencuri harta yang hukumannya apabila sabit kesalahan tidak
sehingga potong tangan. Namun demikian, Ibn Abidin menyimpulkan
dalam masalah ini Asalnya mazhab Hanafi mengharuskan hakim
mengamalkan dan menjatuhkan hukuman berdasarkan maklumatnya,
tetapi fatwa pada zaman ini tidak membenarkan kerana kefasadan para
hakim. (Ahmad 2003)
X TOPIK 8 UNDANG-UNDANG KETERANGAN ISLAM


212

8.3.3 Bahan Bukti Bertulis
Undang-undang Islam mengiktiraf dokumen bertulis sebagai bahan bukti yang sah.
Bukti bertulis boleh diterima sebagai sesuatu yang mensabitkan hak atau pengakuan
terutamanya dalam kes tazir yang membabitkan harta benda. Begitu juga
pengakuan bertulis seseorang yang telah meninggal atau hilang. (Al-hafiz, 2004).

Kepentingan dokumen bertulis ini disebut di dalam al-Quran yang
mengarahkan perjanjian hutang dibuat secara bertulis. Allah berfirman:



!,!., _. `.., :| ,..,.. _., _|| _> _,.. :,.!
.>,l >.`, .! _.-l!, ,!, .l .>, !. .ls
< `.,l _l.`,l _. ,ls _>l _`.,l < .`, `_>,, ..
!:,:
Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu menjalankan
sesuatu urusan dengan hutang piutang yang diberi tempoh hingga ke suatu
masa yang tertentu maka hendaklah kamu menulis (hutang dan masa
bayarannya) itu dan hendaklah seorang penulis di antara kamu menulisnya
dengan adil (benar) dan janganlah seseorang penulis enggan menulis
sebagaimana Allah telah mengajarkannya. Oleh itu, hendaklah ia menulis dan
hendaklah orang yang berhutang itu merencanakan (isi surat hutang itu dengan
jelas). Dan hendaklah dia bertakwa kepada Allah Tuhannya, dan janganlah ia
mengurangkan sesuatu pun daripada hutang itu. (al-Baqarah 2: 282)

TOPIK 8 UNDANG-UNDANG KETERANGAN ISLAM W

213
Allah berfirman lagi di dalam Surah al-Nur ayat 33 yang bermaksud:



-.`.,l _. .> l>l>. _.> `,.-`, < _. .. _.
-.,, ..>l !.. >l. >`..., >,.l> | ..l. , ,>
>., _. _!. < _. >..,
Maksudnya: Dan orang-orang yang tidak mempunyai kemampuan
berkahwin, hendaklah mereka menjaga kehormatannya sehingga Allah
memberi kekayaan kepada mereka dari limpah kurnia-Nya; dan hamba-hamba
kamu (lelaki dan perempuan) yang hendak membuat surat perjanjian untuk
memerdekakan dirinya (dengan jumlah bayaran yang tertentu), hendaklah
kamu melaksanakan perjanjian itu dengan mereka jika kamu mengetahui ada
sifat-sifat yang baik pada diri mereka (yang melayakkannya berbuat
demikian); dan berilah kepada mereka dari harta Allah yang telah dikurniakan
kepada kamu. (al-Nur 24:33)

Oleh itu bahan bertulis mencakupi segala sijil-sijil yang sah, geran, surat-surat
perjanjian rasmi, nota perbicaraan, keputusan hakim dan apa jua tulisan yang
diyakini kesahihannya. Lalu, semua tulisan ini boleh dijadikan sebagai hujah
bagi membuktikan dakwaan jika terbukti tulisan-tulisan tersebut adalah benar.
8.3.4 Keterangan Pakar
Antara cara pembuktian yang diterima oleh Islam ialah pendapat pakar atau
disebut sebagai rayu al-khabir yang bermaksud kesaksian orang yang
berkeahlian tentang sesuatu bidang. Dalam hal ini, Prof. Dr. Anwarullah
misalnya telah menyebut: "Expert's evidence means the testimony which is given
in relation to some scientific, technical or professional matters by experts i.e.
persons qualified to speak authoritatively by reason of their special training, skill
or familiarity with the subject".

Bermaksud: "Perdapat pakar bererti keterangan yang diberikan berkaitan dengan
perkara saintifik, teknikal atau profesional yang diberi oleh seorang pakar iaitu
mereka-mereka yang berhak untuk memberi pendapat sebagai pakar disebabkan
latihan yang mereka jalani, atau kemahiran yang mereka ada, atau keterbiasaan
mereka dalam sesuatu bidang tertentu". (Anwarullah, 1999)

X TOPIK 8 UNDANG-UNDANG KETERANGAN ISLAM


214

Imam al-Jurjani misalnya mentakrifkan kepakaran sebagai "Pengetahuan yang
melibatkan hal-hal yang tidak kelihatan secara zahir. Manakala Imam al-
Ahwazi menyebut bahawa kepakaran bererti "Pengetahuan yang bersangkutan
dengan hal-hal rumit dan tidak kelihatan secara pandangan kasar". Imam al-
Manawi pula menyebut bahawa kepakaran bererti "Pengetahuan berhubung
perkara-perkara yang tidak kelihatan dan di mana pandangan biasa tidak
mampu melihatnya". Ala' al-Hasni ketika mentakrifkan kepakaran menjelaskan
bahawa kepakaran merujuk kepada "mereka yang benar-benar pakar atau ahli
kepakaran dalam sesuatu perkara sama ada dalam bidang perniagaan dan
bidang pembuatan". Ulama terkenal al-Bahuti pula menyebut bahawa kepakaran
itu merujuk kepada "Pengalaman (tajribah) yang diperolehi oleh seseorang dalam
sesuatu perkara". (Shanyur, 2005)

Hal ini berlaku kerana ada kalanya sesuatu kes itu tidak akan dapat diselesaikan
melainkan setelah mahkamah meminta pendapat daripada kalangan yang
berkeahlian atau pakar dalam sesuatu bidang. Pendapat yang diberikan oleh
pakar ini berdasarkan pengetahuan khusus yang perlu kepada satu tahap
keilmuan yang tinggi.

Dalam keadaan seperti ini, mahkamah akan menggunakan pendapat pakar
tersebut untuk membantunya memutuskan kes tersebut, setelah mahkamah
berpuas hati. Walaupun keputusan itu adalah keputusan mahkamah dan
mahkamahlah yang bertanggungjawab terhadap keputusan tersebut, tetapi ia
adalah berdasarkan pendapat pakar yang dipercayai kebenarannya oleh
mahkamah. (A. Othman, 1990)

Dalam hal ini, al-Quran ada menjelaskan tentang penerimaan pendapat pakar
atau ahli dalam sesuatu bidang, seperti firman Allah dalam al-Quran:



!. !.l. _. ;l, | l> _-. ,l| l:`. _> . |
`.. .-. __
Maksudnya: Oleh itu bertanyalah kamu (wahai golongan musyrik) kepada
orang-orang yang berpengetahuan ugama jika kamu tidak mengetahui.
(al-Nahl 16:43)

Para fuqaha misalnya sering menyebut beberapa hukum yang perlu dirujuk
kepada golongan pakar dalam beberapa bidang tertentu seperti kes nasab, aib
TOPIK 8 UNDANG-UNDANG KETERANGAN ISLAM W

215
pada barang jualan, dakwaaan tulisan palsu, kes gila dan nyanyuk, anggaran
buah-buahan dan sebagainya. Oleh yang demikian jelas bahawa keterangan
pakar merupakan salah satu cara untuk membuktikan sesuatu kes yang dibawa
ke mahkamah. (Ahmad, 2003)

Sebagai kesimpulannya, Islam amat menitikberatkan keadilan dan paksi agama
itu sendiri adalah keadilan. Keadilan wajib ditegakkan dalam seluruh kehidupan
manusia. Kebencian kepada sesuatu puak atau kaum misalnya memungkinkan
kita untuk berlaku zalim. Allah telah menjelaskan bahawa keadilan itu adalah
sangat dekat dengan ketakwaan dan ketakwaan itu tempatnya di dalam syurga
Allah S.W.T. Dalam hal ini, Allah berfirman:



!!., _. `.., . _,. < ,.: 1`.1l!, ..>,
`!:.: , _ls l.-. l.s > , _1`.ll 1. < _| <
,,> !., _l.-. _

Maksudnya: Hai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu menjadi orang-
orang yang benar-benar menegakkan (kebenaran) kerana Allah, menjadi saksi
dengan adil. Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum,
mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, sebab adil itu lebih
dekat kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah
Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan. (Al-Maidah 5:8)

Oleh itu apa-apa sahaja bukti yang boleh membawa kepada keadilan dalam
penghakiman seseorang hakim, perlu dikemukakan oleh pihak-pihak yang
terlibat. Ingat! Matlamat utama pengadilan dan penghakiman adalah mencari
dan mendapatkan kebenaran. Oleh itu apa juga jalan dan cara untuk membawa
kepada kebenaran, seharusnya tidak dilarang atau ditegah.

X TOPIK 8 UNDANG-UNDANG KETERANGAN ISLAM


216


SEMAK KENDIRI 8.2
1. Nyatakan tiga lagi cara-cara lain yang digunakan dalam undang
keterangan Islam dan undang-undang ciptaan manusia.
2. Bincangkan dengan teman sekelas anda apakah bentuk
pembuktian yang paling baik dan paling tinggi nilainya dalam
undang-undang jenayah sivil.
3. Huraikan apakah langkah-langkah yang terbaik yang boleh
digunakan bagi memastikan seseorang itu boleh dianggap pakar
dalam sesuatu bidang.
4. Pada pandangan anda, adakah golongan pakar di Malaysia
mencukupi bagi mengendalikan sesuatu kes jenayah dan apakah
kelemahan-kelemahan yang perlu diatasi? Jelaskan.


x Undang-undang keterangan Islam adalah suatu perbincangan yang
dikemukakan oleh para fuqaha dalam merumuskan kaedah-kaedah penting
dalam pembuktian sesuatu jenayah yang dilakukan oleh pihak terbabit.
x Nabi s.a.w telah menjelaskan bahawa pembuktian mesti dilakukan dengan
benar tanpa rekaan cerita-cerita palsu. Oleh itu bagi sesiapa yang menang
kesnya kerana penipuan dan pembohongan serta kemahiran berkata-kata,
maka kesudahannya adalah neraka Allah S.W.T.
x Umat Islam wajib beriman dan mengamalkan segala ketetapan-ketetapan
yang telah ditetapkan oleh Allah. Oleh itu umat Islam jangan sekali-kali
menuduh seseorang yang lain melakukan jenayah tertentu, kecuali terlebih
dahulu mestilah mempunyai bukti dan hujah.
x Tanggungjawab seorang hakim adalah besar. Oleh itu ganjaran dan pahala
daripada Allah juga besar sekiranya hakim itu menghukum berdasarkan
ketetapan Allah S.W.T. Walau bagaimanpun jika seseorang hakim membuat
keputusan tidak berdasarkan bukti-bukti yang dikemukan, tetapi
berdasarkan sogokan, hawa nafsu dan sebagainya, maka tunggulah azab dan
penghinaan dari Allah S.W.T.
TOPIK 8 UNDANG-UNDANG KETERANGAN ISLAM W

217
x Dalam sesuatu pembuktian, hakim seharusnya membenarkan apa-apa bukti
sahaja, demi mendapatkan satu keputusan yang tepat. Oleh itu, hakim tidak
seharusnya menghalang mana-mana bukti yang ingin dikemukakan oleh
pihak-pihak yang bertelagah.
x Saksi-saksi dalam satu-satu pertuduhan adalah amat mustahak. Oleh itu,
perlu diingatkan kepada setiap saksi yang ingin membuat penyaksian
bahawa azab Allah sangat hampir dengan mereka, jika mereka membuat
cerita atau berbohong dalam penyaksian.
x Islam amat menitikberatkan keadilan dan maruah seseorang. Oleh itu, Islam
telah menetapkan bahawa beban pembuktian terpikul di bahu si-pendakwa
yang memulakan pertuduhan. Oleh itu, setiap penuduh mesti memahami
bahawa sesuatu tuduhan itu mempunyai kesan yang amat besar kepada yang
kena tuduh. Lantas, tuduhan mestilah disertai dengan bukti-bukti yang kukuh.
x Dalam mana-mana pertuduhan sekalipun, hakim mesti adil dan saksama. Dia
jangan sesekali bersekongkol dengan pasukan pendakwa raya bagi
mensabitkan kesalahan tertuduh. Ini adalah satu perbuatan dosa besar yang
diharamkan oleh Allah dan si- pelakunya akan dikutuk Allah.
x Islam telah menetapkan bahawa penjenayah hendaklah dihukum. Namun
sesuatu jenayah itu hendaklah disertai dengan bukti-bukti kukuh tanpa
sebarang keraguan. Oleh itu, jika timbulnya apa-apa keraguan, yang kena
tuduh hendaklah dilepaskan.


Al-bayyinah
Al-Iqrar
Al-qarinah
Al-syahadah
Al-yamin
Al-Ithbat
Al-khilaf
Al-afhdal
Al-Tajribah
Al-rajih
Al-amarat
Wasail al-ithbat
Ghalaba al-Zann
Ra'yu al-khabir
Al-tarjih
Thubut al-Haq
Al-Qasam
Sayyid al-dalail
X TOPIK 8 UNDANG-UNDANG KETERANGAN ISLAM


218


Abas, Afridah. Kebolehterimaan Keterangan Dengar Cakap sebagai Satu Cara
Pembuktian di Mahkamah Syariah. (2007). (Ed. Nasimah Hussin, Undang-
undang Islam: Jenayah, Keterangan dan Prosedur). Ampang: Dawama
Sdn. Bhd.
Ramlee, Zulfakar. (2007). Al-Qarinah: Pemakaiannya dalam Litigasi Mal dan
Jenayah. (Ed. Nasimah Hussin, Undang-undang Islam: Jenayah, Keterangan
dan Prosedur). Ampang: Dawama Sdn. Bhd.
Al-Samrut, Wasam Ahmad. (2007). Al-Qarinah wa Atharuha fi Ithbat al-Jarimah:
Dirasah Fiqhiyyah Muqaranah. Beirut: Al-Halabi Legal Publications.
Buang, Ahmad Hidayat. (2007). Prosedur Mal di Mahkamah Syariah. (Ed. Buang,
Ahmad Hidayat). Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.
Shanyur, Abd Nasir Muhammad. (2005). Al-Ithbat bi al-KhibrahBayna al-Qada
al-Islami Wa al-Qanun al-Duwali Wa Tatbiqatuha al-Muasir: Dirasah
Muqaranah. Amman: Dar al-Nafais.
Al-Hafiz, Abu Mazaya dan al-Sahafi, Abu Izzat. (2004). Fiqh Jenayah Islam. Kuala
Lumpur: al-Hidayah Publishers.
Mohd Yusuff, Jal Zabdi. (2003). Pengenalan kepada Undang-undang Keterangan
di Malaysia. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.
Shah Haneef, Sayed Sikandar. (2003). Undang-undang Keterangan Islam, cetakan
pertama. (Trans. Badariah Khalid) Kuala Lumpur: Institut Terjemahan
Negara Malaysia Berhad.
Ahmad, Md Saleh. (2003). Al-Bayyinah (Keterangan) dan Beban Pembuktian:
Teori dan Amalan di Mahkamah Syariah. (Ed. Abdul Monir Yaacob & Siti
Shamsiah Md. Supi. Pendakwaan dan Penyiasatan Konsep dan Amalan).
Kuala Lumpur: Institut Kefahaman Islam Malaysia.
Ibrahim, Ahmad Mohamed. (2000).The Administration of Islamic Law.
Kuala Lumpur: Institut Kefahaman Islam Malaysia.
Prof. Dr. Anwarullah. (1999). Principles of Evidence in Islam. Kuala Lumpur: A.S.
Nordeen.
Abdullah, Sidi Ahmad. (1998). Pembuktian dan Keterangan: Rujukan Khusus
kepada Qarinah. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.
Ibrahim, Said. (1996). Qanun Jinayah Shariyyah dan Sistem Kehakiman dalam
Perundangan Islam Berdasarkan Quran dan Hadith. Kuala Lumpur:
Dar al-Marifah.
TOPIK 8 UNDANG-UNDANG KETERANGAN ISLAM W

219
Yaacob, Abdul Monir.(1995). Undang-undang Keterangan dan Prosedur di
Mahkamah. Kuala Lumpur: Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).
Al-Jawziyyah, Ibn Qayyim. (1995). Al-Turuq al-Hikmiyyah fi al-Siasah
al-Syariyyah. Beirut: Dar al-Kutub al-Ilmiyyah.
A. Rasyid, H. Roihan. (1995). Hukum Acara Peradilan Agama. Jakarta: PT Raja
Grafindo Persada.
A. Othman, Mahmud Saedon.(1990). Undang-undang Keterangan Islam, Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Bahnasi, Ahmad Fathi.(1989). Nazariyyah al-Ithbat fi al-Fiqh al-Jinai al-Islami:
Dirasah Fiqhiyyah Muqaranah. Kaherah: Dar al-Shuruq.
Mustafa, Abdul Rahman.(1988). Prinsip-prinsip Undang-undang Keterangan
Islam Satu Pendekatan Perbandingan. Kuala Lumpur: Al-Rahmaniah.
Al-Suwailim, Bandar Ibn Fahad.(1987). Al-Muttahim: Muamalatuhu Wa
Huququhu fi al-Fiqh al-Islami. Riyard: Dar al-Nashri Li al-Dirasat
al-Amaniah Wa al-Tadrib.

Anda mungkin juga menyukai