Anda di halaman 1dari 9

NOTA KULIAH

IUEL 4104

3.3 Tangkapan
Tangkapan merupakan rampasan sebenar atau sentuhan tubuh seseorang dengan tujuan
untuk menahannya. Ia boleh ditakrifkan sebagai menahan kebebasan seseorang sama ada
daripada melakukan sesuatu atau mengatakan sesuatu. Tangkapan terbahagi dua iaitu
tangkapan tanpa waran dan tangkapan dengan waran.

3.3.1 Bila sesuatu tangkapan dikatakan berlaku


Suatu tangkapan dikatakan berlaku apabila ada sentuhan pada badan orang yang hendak
ditangkap atau dikurung.1 Kalau perkataan semata-mata tanpa sentuhan, bererti tangkapan
sebenar belum berlaku. Namun jika orang yang hendak ditangkap itu menyerah diri seperti
menyebut secara lisan atau rela dan bersetuju mengikut Pegawai Penguatkuasa Agama,
perlakuan itu sudah boleh dianggap sebagai sudah berlaku tangkapan. Jika orang yang
hendak ditangkap itu menggunakan kekerasan atau bertindak untuk mengelak dirinya dari
ditangkap, pegawai yang ingin menangkap tadi boleh menggunakan cara yang difikirkan
sesuai untuk menjayakan tangkapan. Namun begitu, tidaklah boleh sehingga mengakibatkan
kematian atau kecederaaan yang tidak sepatutnya. Ini dijelaskan di bawah seksyen 10
APJSWP 1997:
(1) Dalam membuat sesuatu penangkapan Pegawai Penguatkuasa Agama, pegawai
polis atau orang lain yang membuat penangkapan itu hendaklah sebenarnya
menyentuh atau mengurung tubuh orang yang hendak ditangkap itu,
melainkan jika orang itu menyerah diri sama ada dengan perkataan atau
melalui perbuatan.

(2) Jika orang itu dengan menggunakan kekerasan menentang usaha untuk
menangkapnya atau cuba mengelakkan penangkapan itu, pegawai atau orang
lain itu bolehlah menggunakan segala langkah yang perlu untuk melaksanakan
penangkapan itu.

(3) Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini memberikan hak untuk menyebabkan
kematian mana-mana orang

Dalam melakukan tangkapan, perkara-perkara berikut boleh dilakukan:


1. memecah masuk ke suatu tempat untuk melaksanakan tangkapan dengan
syarat PPA telah memberitahu kuasa dan maksud untuk membuat
pemeriksaan dan tangkapan.2

2. membuat pemeriksaan rapi ke atas orang kena tangkap,menyita barang-


barang yang berkaitan dan merampas sebarang senjata berbahaya dan
menyerahkannya kepada pihak polis3

1sek.10(1) bagi APJSWP 1997; KAJS(Sarawak)1991; EKPJS(Johor)1997 dan EAJS(P.Pinang)1996. sek.11(1)


bagi EPJDS(Perlis)1993; EPJS(Melaka)1996; EKPJS(Selangor)1991; sek. 10(1) ETJS(Kelantan) 2002;
EPJS(N.Sembilan)1992 dan EAJS(Kedah)1989. Manakala sek.9(1) bagi KAJS(Perak)1994.

2sek 12 bagi EPJS (Melaka) 1986, sek. 11 ETJS (Kelantan) 2002, EAJS (Kedah)1989, EPJDS(Perlis)1993,
sek.11 EKPJS (Selangor)1991, EAJS(P.Pinang)1996, KAJS(Sarawak)1991, APJS(WP)1997, ETJS
(Terengganu) 2001, KAJS(Perak)1994 dan sek.13 bagi EPJS (N.Sembilan)1992.

IUEL4104 Siti Zubaidah Ismail@2013


3.3.2 Kuasa Untuk Melakukan Tangkapan
Secara umum, terdapat empat pihak yang boleh melakukan tangkapan iaitu PPA, polis,
pegawai masjid dan orang awam.

i.pegawai polis
Akta/Enakmen Prosedur Jenayah memberikan kuasa kepada pegawai polis untuk melakukan
tangkapan ke atas mana-mana orang yang disyakki melakukan sesuatu kesalahan boleh
tangkap. Antara kuasa-kuasa yang ada pada pegawai polis yang diperuntukkan oleh
Enakmen Prosedur Jenayah Syariah negeri-negeri ialah4:
1. menangkap tanpa waran atau dengan waran dan menggunakan kekerasan yang
perlu untuk melaksanakan tangkapan
2. memasuki, memeriksa dan menggeledah premis
3. memeriksa dan menggeledah dengan waran oleh pegawai polis yang tidak rendah
dari pangkat Inspektor
4. merampas barangan
5. menerima senjata api yang dirampas oleh PPA
6. melakukan tangkapan semula tertuduh yang ditangkap tanpa waran oleh pegawai
masjid
7. memburu orang yang hendak ditangkap di mana-mana tempat di Malaysia
8. menahan OKT dalam jagaan polis
9. melepaskan orang yang ditangkap oleh polis yang tidak kurang dari pangkat
Inspektor

Di samping itu terdapat juga beberapa peruntukan yang berkaitan dengan saman dan
waran tangkap yang boleh dilaksanakan oleh polis sepertimana yang diletakkan di
bawah seksyen 33 dan 38 EPJS Selangor 1991 iaitu untuk melaksanakan waran tangkap di
luar Selangor dan mengenai penggeledahan (seksyen 41 dan 43 EPJS Selangor).

ii.Pegawai Penguatkuasa Agama (PPA)


Seperti pegawai polis, seorang PPA juga diberi kuasa untuk menangkap orang yang disyakki
melakukan satu kesalahan boleh tangkap. Namun begitu, kuasa yang ada pada seorang
pegawai penguatkuasa agama adalah terhad di dalam sesebuah negeri itu sahaja. Dari segi
kemudahan, PPA juga tidak dibekalkan dengan kelengkapan seperti senjata api, gari,
belantan dan sebagainya untuk berhadapan dengan orang yang merbahaya.

iii. Pegawai masjid


Pegawai masjid termasuklah imam besar, imam muda, khatib dan juga bilal yang dilantik
oleh Sultan negeri berkenaan. Seorang pegawai masjid yang membuat tangkapan tanpa
waran hendaklah tanpa sebarang kelengahan yang tidak wajar menyerahkan orang yang
ditangkap itu kepada Pegawai Penguatkuasa Agama atau pegawai polis untuk mereka
menangkap semula OKT. 5 Namun begitu, tidak semua negeri memberi kuasa kepada

3 Sek.15 dan 16 bagi APJS(WP)1997; EAJS(P.Pinang)1996, EKPJS (Selangor)1991; EKPJS (Johor)1997 dan
KAJS (Sarawak)1991. sek.16 dan 17 bagi EAJS (Kedah)1989; EPJS(N.Sembilan)1992; sek. 12
ETJS(Kelantan)2002; EPJDS (Perlis)1993 dan EPJS (Melaka) 1986. Manakala sek.14 dan 15 bagi KAJS
(Perak)1994.
4 Lihat sebagai contoh seksyen 10-23 APJSWP 1997, seksyen 10-22 EPJS Selangor 1991

5 sek.20 bagi APJS(WP)1997; EAJS(P.Pinang)1996; ETJS(Terengganu)2001; EPJDS (Perlis)1993;


EAJS(Kedah)1989; ETJS(Kelantan)2002; dan EPJS(Melaka)1986.

IUEL4104 Siti Zubaidah Ismail@2013


pegawai masjid untuk melakukan tangkapan, sebaliknya hanya menghadkannya kepada
Pegawai Penguatkuasa Agama seperti di negeri Sarawak, Perak, Negeri Sembilan dan Johor. 6

iv. orang awam


Mana-mana orang awam yang menangkap seseorang yang disyakki melakukan sesuatu
kesalahan jenayah hendaklah dengan segera menyerahkan orang tersebut kepada pegawai
penguatkuasa agama atau pegawai polis untuk ditangkap semula. Ini kerana tangkapan oleh
orang awam tidak tergolong dalam tangkapan sebenar. Mereka hanya membantu pihak
berkuasa dalam menangkap sahaja. Di samping itu sesetengah negeri seperti Perlis, Kedah
dan Melaka menyenaraikan penghulu sebagai satu lagi pihak yang diberi kuasa untuk
melakukan tangkapan. 7

3.3.3 Bila Tangkapan Boleh dilakukan Tanpa Waran


Untuk kesalahan boleh tangkap, tangkapan boleh dilakukan tanpa waran, sebaliknya bagi
kesalahan tidak boleh tangkap, waran hendaklah diperolehi terlebih dahulu sebelum
tangkapan boleh dilakukan. Seksyen 18 APJSWP 1997 membenarkan tangkapan dilakukan
tanpa waran bila melibatkan perkara-perkara berikut:
a. mana-mana orang yang kena-mengena dengan apa-apa kesalahan boleh tangkap di
dalam Wilayah Persekutuan atau yang terhadapnya suatu aduan yang munasabah
telah dibuat atau maklumat yang boleh dipercayai telah diterima mengenainya;

b. mana-mana orang yang telah melakukan atau cuba melakukan di hadapannya apa-
apa kesalahan yang melibatkan pecah keamanan;

c. mana-mana orang yang terhadapnya waran telah dikeluarkan dan masih


berkuatkuasa walaupun waran itu tiada dalam milikan orang yang menangkap itu. 8

Manakala sesetengah negeri pula tidak meletakkan aduan yang munasabah atau maklumat
yang boleh dipercayai sebagai salah satu pra-syarat yang membolehkan tangkapan tanpa
waran dibuat. Contohnya negeri Kedah, Selangor dan Negeri Sembilan. 9 Di bawah seksyen
19 (c) Enakmen Prosedur Jenayah Dalam Syarak Perlis 1993, ia membolehkan tangkapan
tanpa waran dibuat sekiranya sesiapa yang telah melakukan kesalahan di bawah undang-
undang yang telah ditentukan tetapi enggan memberikan kerjasama kepada pegawai dalam
memberikan nama dan alamat tempat tinggal mereka. 10 Negeri Sarawak pula menyebut
kesalahan tertentu yang membolehkan tangkapan dibuat tanpa waran, sebagai contoh
mengikut seksyen 18 (a) dan (b) Kanun Acara Jenayah Syariah Sarawak 1991 menyatakan
kesalahan persetubuhan haram, taqarrub zina, persetubuhan luar tabii, menghina,
mengingkari pihak berkuasa agama dan ingkar perintah mahkamah di bawah Ordinan
Kesalahan Jenayah Syariah 1991 serta kesalahan dengan sengaja cuai mematuhi perintah
nafkah di bawah Ordinan Undang-undang Keluarga Islam 1991.

6 Sek.20 KAJS(Sarawak); sek.19 KAJS(Perak)1994; sek.19 EKPJS(Selangor)1991; sek.20


EPJS(N.Sembilan)1992 dan sek.20 EKPJS(Johor)1997.
7 lihat sek.20 bagi EPJDS (Perlis)1993; EAJS(Kedah)1989; dan EPJS(Melaka)1986.

8 Juga di sek.18 bagi EAJS(P.Pinang)1996; EKPJS(Johor)1997 dan ETJS(Terengganu)2001; sek.17

KAJS(Perak)1994.
9 Sek.19 EAJS (Kedah)1989; sek.18 EKPJS (Selangor)1991 dan sek.19 EPJS (N.Sembilan)1992.

10 Juga lihat sek.17(c) KAJS(Perak)1994; sek.18(c) KAJS(Sarawak)1991; sek.19(c) ETJS (Kelantan) 2002;

dan sek.19(c) EPJS(Melaka)1986.

IUEL4104 Siti Zubaidah Ismail@2013


3.3.4 Tahanan Sementara (Sebelum Bicara)

Tahanan sementara bermaksud suspek ditahan oleh pihak berkuasa untuk disoal siasat
dalam tempoh tertentu, atau ditahan di dalam lokap untuk sementara. Ia terbahagi kepada
dua :
1. Tahanan sementara sebelum sebutan.
2. Tahanan sementara selepas sebutan.
Tahanan sementera sebelum sebutan boleh berlaku untuk tujuan siasatan lanjut tetapi tidak
boleh melebihi 24 jam. Selepas tempoh itu, orang tahanan mesti dibebaskan dengan jaminan.
Namun jika tiada jaminan dikemukakan, dia hendaklah ditahan di lokap.
Tahanan sementara selepas sebutan pula bermaksud ditahan untuk sementara bagi
menunggu perbicaraan seterusnya. Penahanan ini lazimnya apabila dia gagal
mengemukakan sebarang jaminan. Sekiranya ada pihak yang ingin menjaminnya ketika
ditahan, dia boleh dibebaskan. Dalam sesetengah keadaan, Mahkamah Syariah
memerintahkan agar tertuduh, terutamanya warga asing ditahan dan tidak diberi jaminan
kebebasan kerana khuatir dia akan melarikan diri ke luar negara. Dalam keadaan lain pula,
tertuduh diberi peluang untuk bebas dengan jaminan. 11

3.3.5 Tempoh dibenarkan untuk menahan orang yang ditangkap

PPA boleh menjalankan siasatan lanjut terhadap orang kena tangkap itu dalam tempoh 24
jam sahaja. Ini kerana di bawah Enakmen Prosedur Jenayah Syariah, tidak ada sebarang
peruntukan mengenai tahanan reman atau yang membenarkan penahanan dilakukan
melebihi tempoh 24 jam. Ini bermakna suspek yang telah ditangkap perlu disiasat dengan
segera dan dihadapkan ke mahkamah untuk dibacakan pertuduhan terhadapnya. Peraturan
dalam menjalankan siasatan semasa tahanan ini dijelaskan di bawah seksyen 22 (4)
APJSWP1997. Bagi tertuduh sebegini iaitu yang berada dalam tahanan oleh sebab tidak dapat
jaminan, mahkamah hendaklah menetapkan masa perbicaraannya secepat mungkin untuk
mengelakkan kelewatan dengan tahanan yang lebih. Maka, menjadi kewajipan mahkamah
untuk menetapkan bicara kes-kes seumpama ini lebih awal berbanding dengan kes-kes yang
tertuduh berada di dalam jaminan atau kes-kes saman.12

Sekiranya suspek tidak boleh dihadapkan ke mahkamah selepas tempoh 24 jam berakhir,
beliau hendaklah dilepaskan melalui bon atau jaminan. Jika suspek bersedia untuk memberi
jaminan, dia hendaklah dilepaskan atas jaminan PPA atau polis atau mahkamah. Amaun
jaminan hendaklah bersesuaian dengan jenis kesalahan dan begitu juga dengan jumlah
penjamin.

3.3.6 Bila Tangkapan Memerlukan Waran Tangkap


Waran tangkap ialah satu perintah bertulis yang dikeluarkan oleh mahkamah kepada
Pegawai Penguatkuasa Agama untuk menangkap orang yang dinamakan di dalam waran
itu dan membawanya ke hadapan mahkamah. Waran itu mesti ditandatangani oleh Hakim
dan mempunyai meterai mahkamah. Waran tangkap ini adalah seperti dalam Borang 3
Jadual. Enakmen tidak menjelaskan mahkamah mana yang boleh mengeluarkan waran
tangkap tetapi secara amalannya, kedua-dua mahkamah tinggi dan mahkamah rendah

11 Sek.22(5) APJS(WP)1997
12 Syed Agil Barakbah, op.cit, m.s 6

IUEL4104 Siti Zubaidah Ismail@2013


mempunyai kuasa untuk mengeluarkan waran tangkap terhadap mana-mana orang yang
berkenaan dengan kes yang dibicarakan di bawah bidangkuasa mahkamah terbabit.
Biasanya waran tangkap dipohon oleh pihak PPA dan lazimnya waran tangkap itu
diarahkan kepada Ketua PPA dan semua PPA yang lain atau mana-mana pegawai yang
boleh melaksanakan waran itu. 13 Mahkamah juga boleh mengarahkan Ketua Polis Negara
atau mana-mana pegawai polis untuk melaksanakan waran itu.

Apabila orang yang hendak ditangkap itu telah dijumpai, isi kandungan waran itu
hendaklah diberitahu dan ditunjukkan kepadanya. Seksyen 36 APJSWP 1997 menghendakki
agar pegawai yang melaksanakan waran itu segera membawa orang yang ditangkap itu ke
hadapan Mahkamah tanpa kelengahan yang tidak perlu. Jika tangkapan dilakukan pada
siang hari dan masa masih dalam waktu pejabat, maka dia hendaklah segera dibawa ke
hadapan Mahkamah. Berlainan keadaannya jika tangkapan dilakukan pada malam hari atau
setelah Mahkamah ditutup yang mana dalam keadaan ini berlaku kelengahan yang perlu
menyebabkan terpaksa menahan orang yang ditangkap di lokap sementara menunggu esok.
Apabila waran telah terlaksana dan tangkapan telah dilakukan, ia mesti dilaporkan ke
Mahkamah. Di samping itu, mahkamah juga boleh menggunakan budi-bicaranya untuk
tidak menangkap seseorang yang dinamakan di dalam waran tangkap, sebaliknya meminta
jaminan diberikan supaya dia boleh hadir ke mahkamah dengan dibuat pengendorsan
mengenainya di atas waran itu. Ini biasanya dibuat sekiranya orang itu berada di luar had
bidangkuasa mahkamah yang mengeluarkan waran tangkap itu. Seksyen 33 APJSWP 1997
menjelaskan seperti berikut:
(1) Mana-mana mahkamah yang mengeluarkan waran bagi
menangkap mana-mana orang boleh, menurut budi-bicaranya,
mengarahkan melalui pengendorsan di atas waran itu bahawa jika
orang itu menyempurnakan suatu bon dengan penjamin yang
mencukupi bagi kehadirannya di hadapan Mahkamah itu pada
masa yang ditetapkan dan sesudah itu sehingga diarahkan
selainnya oleh Mahkamah, pegawai yang kepadanya waran itu
diarahkan hendaklah mengambil jaminan itu dan hendaklah
melepaskan orang itu dari jagaan.

(2) Pengendorsan itu hendaklah menyatakan –


(a) bilangan penjamin
(b) amaun yang dengannya mereka dan orang yang bagi
penangkapannya waran itu telah dikeluarkan masing-
masingnya terikat dan
(c) tempat dan masa dan tarikh dia dikehendaki hadir di
hadapan Mahkamah

(3) Bilamana jaminan diambil di bawah seksyen ini, pegawai yang


kepadanya waran itu diarahkan hendaklah mengemukakan bon
itu kepada Mahkamah.

13 Seksyen 34 APJSWP 1997

IUEL4104 Siti Zubaidah Ismail@2013


i. Waran tangkap jika saman tidak dipatuhi
Waran tangkap juga boleh dikeluarkan terhadap orang yang enggan hadir ke mahkamah
untuk menjawab pertuduhan terhadapnya setelah saman dikeluarkan dan terbukti telah
disampaikan kepadanya. Seksyen 38 APJSWP 1997 menjelaskan hal ini:
Mahkamah boleh, dalam apa-apa kes yang ia diberi kuasa untuk
mengelaurakan saman bagi kehadiran mana-mana orang,
mengeluarkan, selepas merekodkan sebab-sebabnya secara bertulis,
waran untuk menangkapnya –

(a) jika, sama ada sebelum saman dikeluarkan atau


selepas saman itu dikeluarkan tetapi sebelum masa
yang ditetapkan bagi kehadirannya, Mahkamah
mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa dia
telah melarikan diri atau tidak akan mematuhi saman
itu, atau
(b) jika pada masa itu dia tidak hadir dan saman itu
dibuktikan telah disampaikan dengan sewajarnya
dalam tempoh masa yang membolehkannya hadir
mengikut saman itu dan tiada alasan munasabah
diberikan atas ketakhadiran itu.

ii. Prosedur Pelaksanaan Waran Tangkap di luar bidangkuasa


Sesuatu waran tangkap hanya mempunyai kuatkuasa di dalam satu-satu negeri sahaja atau
di dalam had bidangkuasa mahkamah itu sahaja. Ertinya waran tangkap itu boleh
dilaksanakan terus di negeri itu. Apabila waran tangkap itu dikeluarkan di Wilayah
Persekutuan dan menamakan seseorang yang berada di Selangor, ini bererti ia hendak
dilaksanakan di luar had bidangkuasa tempatan Mahkamah yang mengeluarkannya iaitu
Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan. Dalam hal ini, tangkapan boleh berlaku, tetapi
orang yang ditangkap itu hendaklah dibawa ke hadapan Hakim Mahkamah Rendah Syariah
yang terdekat dengan tempat dia ditangkap. Setelah Hakim tadi pasti bahawa orang yang
ditangkap itu adalah orang yang dinamakan di dalam waran, maka Hakim tadi boleh
mengarahkan pemindahan orang itu ke Mahkamah yang dinamakan dalam waran itu
(Wilayah Persekutuan). Sekiranya telah diendorskan di atas waran itu mengenai kebenaran
jaminan seperti yang dikehendaki menurut seksyen 33, maka jaminan boleh diberikan oleh
PPA dan orang tadi tidak perlu ditangkap. Peraturan ini dijelaskan di bawah seksyen 37
APJSWP 1997.

3.4 Penggeledahan dan Rampasan


Penggeledahan ialah salah satu kuasa yang diberikan kepada PPA oleh pihak mahkamah
untuk menyempurnakan tugasnya dalam melakukan siasatan terhadap kes. Ia bertujuan
untuk mendapatkan bahan bukti yang relevan yang boleh membantu mengaitkan suspek
dengan sesuatu kesalahan yang disyakki dilakukan olehnya. Ia perlu dijalankan dengan
cermat tertakluk kepada tempat yang dibenarkan sahaja.
Pada amnya, terdapat dua jenis geledah:
1. Geledah orang. Pada amnya setiap orang yang ditangkap boleh digeledah
terutamanya untuk memastikan tiada benda-benda merbahaya ada padanya dan
juga untuk mencari barang bukti sesuatu kes. Misalnya orang yang disyakki terlibat
dengan aktiviti perjudian, geledah dilakukan untuk mencari tiket perjudian, kad judi

IUEL4104 Siti Zubaidah Ismail@2013


dan sebagainya. Bahan bukti sebegini akan diambil dan ditahan sehinggalah selesai
kes terhadapnya. Dalam kes tangkapan orang yang sedang mabuk minum arak,
penggeledahan perlu dilakukan untuk mencari identiti dirinya.
2. Geledah premis untuk mendapatkan bahan bukti atau apabila dipercayai suspek
berada di sesuatu tempat. Juga untuk mencari orang yang dipercayai dikurung
dengan salah di mana-mana premis sebagaimana yang diperuntukkan oleh seksyen
48 APJSWP 1997.

Mahkamah boleh mengeluarkan waran geledah yang pada pendapatnya perlu dan wajar
berdasarkan peruntukan seksyen 44 APJS. Lazimnya perintah menggeledah diarahkan
kepada PPA atau pegawai polis yang disebutkan namanya di dalam waran tersebut untuk
melaksanakan penggeledahan. 14 Bentuk waran geledah adalah sepertimana yang tertera
pada Borang 4 Jadual.
Pengeledahan hendaklah dibuat dalam tempoh masa yang munasabah dan lazimnya tidak
melebihi tujuh hari daripada tarikh waran geledah dikeluarkan dan hendaklah dinyatakan di
dalam waran tersebut.

Borang 7: Contoh Waran Geledah

BORANG 4

AKTA PROSEDUR JENAYAH SYARIAH (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1997

(Subseksyen 47(1))

WARAN GELEDAH
Kepada:
…………………………………….
…………………………………….

BAHAWASANYA maklumat bertulis telah dibentangkan di hadapan saya mengenai


pelakuan (atau pelakukan yang disyaki) kesalahan ……………………………. Di bawah
seksyen …………………………………………………………..
Maka waran ini memberikuasa dan menghendaki anada memasuki dalam tempoh
tidak lebih dari 7 hari dari tarikh waran ini rumah (atau tempat atau premis) yang beralamat
di ……………………………………………………… dengan apa-apa bantuan yang diperlukan,
dan menggeledah tiap-tiap bahagian rumah (atau tempat atau premis) itu dan menangkap
mana-mana orang yang didapati melakukan kesalahan yang disebut terdahulu, dan dengan
segera membawa mereka ke hadapan saya atau Mahkamah.

Diberikan di bawah tandatangan saya dan meterai Mahkamah pada ……………...


haribulan ……………… 19 ……………….
(METERAI)

……………………

Tandatangan Hakim

14 Lihat sebagai contoh sek.44(2) dan 44(3) APJS WP 1997.

IUEL4104 Siti Zubaidah Ismail@2013


Dalam melaksanakan proses pengggeledahan, kerjasama pemilik premis adalah diperlukan
dan PPA perlu memberi kefahaman kepada pemilik terbabit bahawa mereka perlu dan patut
memberi kebenaran kepada pihak berkuasa untuk menjalankan proses penggeledahan yang
sah di sisi undang-undang. Ini selaras dengan kehendak seksyen 49 APJSWP 1997. Jika
dalam proses pengeledahan ditemui barang bukti yang perlu dirampas atau disita, maka
PPA perlu menyenaraikannya dengan lengkap dan pegawai yang melakukannya hendaklah
menandatangani senarai tersebut. Penghuni premis yang mana barang bukti itu didapati
atau hendak dirampas mesti dibenarkan turut serta dalam penggeledahan di samping berhak
mendapat satu salinan senarai barang-barang yang dirampas itu.15

Contoh Borang Sita atau Borang Bongkar yang terpakai di negeri Perak ialah sepertimana
berikut:

Borang 8: Contoh Borang Sita/Borang Bongkar


Nọ 1334

SEKSYEN 14/50* KANUN ACARA JENAYAH SYARIAH 1994


NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN

Bil………………………. Balai Polis/


………………………….. Pejabat
Agama:……………………………..
………………………….. No.
Aduan:………………………………….
SENARAI BARANG/DOKUMEN YANG DIRAMPAS DAN DISITA DARI BADAN
SASPEK*/DI TEMPAT
……………………………………………………………………………………………………………
DI …………………………………………………………………………………………………..
………………………………………………PADA………………………..MASA………………
PEGAWAI
SERBUAN………………………………………………………………………………………..

BIL. JENIS BARANG TEMPAT BARANG DIJUMPAI

Tandatangan Satu Salinan diakui diterima

Pegawai Serbuan:…………………………..
………………………………………………

15 Seksyen 53 APJS WP 1997

IUEL4104 Siti Zubaidah Ismail@2013


Penyaksian oleh:
Nama:………………………………………

(i)…………………………………………...

(ii)………………………………………….
*Potong jika tidak berkenaan.

Dalam pada itu, bahan bukti berupa harta atau dokumen yang dipercayai berada pada
seseorang juga boleh diminta diserahkan kepada mahkamah tanpa perlu dibuat proses
penggeledahah dengan waran. Mahkamah boleh mengeluarkan suatu saman kepada orang
yang diketahui sesuatu harta atau dokumen itu berada dalam milikannya agar
mengemukakannya pada masa dan di tempat yang dinyatakan dalam saman itu. Tempat itu
mungkin di Mahkamah untuk tujuan perbicaraan atau pejabat agama untuk tujuan siasatan
lanjut.16 Orang yang dimaksudkan itu tidak semestinya hadir sendiri untuk mengemukakan
bahan tadi. Pengemukaan bahan bukti tadi per se sudah memadai untuk disifatkan sebagai
mematuhi saman tadi.

16 Seksyen 42 APJSWP 1997.

IUEL4104 Siti Zubaidah Ismail@2013

Anda mungkin juga menyukai