Anda di halaman 1dari 4

BORANG MS 2

ENAKMEN TATACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH (PERAK) 2004


(Perenggan 8 (a))

SAMAN
NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN
DALAM MAHKAMAH TINGGI SYARIAH PERAK DI ……………………………..

NO KES : ………………………………………………………
ANTARA

JAMILAH BINTI ARIFF PLAINTIF

DENGAN

NORDIN BIN ABU HASSAN DEFENDAN

Kepada :
…………………………………………………………
………………………………………………………….
……………………………………………………….…
…………………………………………………………

Anda dengan ini disaman supaya hadir sama ada sendiri atau melalui Peguam Syarie
anda di hadapan Mahkamah Tinggi Syariah Perak di ………………………. pada hari ……………
pada ................ haribulan …............ 20 ………… pada ..............pagi/petang,
untuk menjawab tuntutan terhadap anda oleh Plaintif yang dinamakan di atas, butir-
butir tuntutan itu seperti dinyatakan dalam pernyataan tuntutan yang diendorskan di
sini.
Ambil perhatian bahawa jika anda ingkar hadir di Mahkamah pada hari dan masa
yang ditetapkan, Mahkamah boleh meneruskan untuk mendengar dan memutuskan kes
tanpa kehadiran anda.

Dan ambil perhatian bahawa jika anda ingin membela diri terhadap tuntutan
tersebut, anda hendaklah memfailkan di Mahkamah ini dan menyampaikan kepada
plaintif suatu pembelaan di dalam borang yang ditetapkan sebelum tarikh yang
disebut di atas atau hadir di Mahkamah pada tarikh itu.

Bertarikh pada ........... haribulan ........... 20 ..........

.........................
(Meterai) Hakim/Pendaftar
NEGERI PERAK
DALAM MAHKAMAH TINGGI SYARIAH DI IPOH
KES MAL BIL :____________________
ANTARA
JAMILAH BINTI ARIFF PLAINTIF
DAN
NORDIN BIN ABU HASSAN DEFENDAN

PERNYATAAN TUNTUTAN

1. Pihak plaintif adalah JAMILAH BINTI ARIFF KP No: 6000001 yang


beralamat No. 15, Persiaran Perpaduan 34, Taman Perpaduan, Ulu Kinta,
Perak Darul Ridzuan. Saya adalah seorang Guru Tadika yang mengajar di
Tadika ABIM, Jalan Sultan Iskandar 30000 Ipoh Perak.

1. Pihak defendan adalah NORDIN BIN ABU HASSAN K.P No : 0900006


yang beralamat Blok AD3-04, Kem PGA, Ulu Kinta, Perak Darul Ridzuan.
defendan bekerja sebagai Polis Bantuan di PPH, Kem PGA, 31650 Ulu
Kinta Perak.

2. Plaintif telah bernikah dengan defendan pada 1.1.2000 melalui Naib kadi
Pengkalan Pegoh Perak dan sesalinan perakuan nikah dikepilkan seperti di
lampiran “A”

3. Hasil perkongsian hidup dengan defendan kami telah dikurniakan 2 orang


anak iaitu :-
a. NOOR ATIKA BINTI NORDIN - 6 TAHUN
b. MOHAMMAD MAHATHIR BIN NORDIN - 4 TAHUN

4. Pada 1.1.2000 semasa perbicaraan Penceraian di Mahkamah, kami tidak


memperbincangkan Hak Penjagaan Anak.
5. Plaintif mengemukakan permohonan Hak Penjagaan anak ini kerana pada
masa hidup bersama-sama dengan defendan, defendan seorang yang
tidak bertanggungjawab sebagai bapa kepada anak-anak.

6. Defendan juga adalah seorang yang bengis dan panas baran, seringkali
berlaku pertengkaran dan permasalahan antara plaintif dengan defendan,
anak-anak yang akan dijadikan sandaran oleh pihak defendan.

7. Sebagai Ibu kepada anak-anak plaintif adalah lebih memahami kehendak


anak-anak, kerana plaintif yang selalu berdamping dan bersama-sama
dengan anak-anak setiap hari.

8. Oleh yang demikian plaintif pohon kepada Mahkamah yang mulia ini :
a. Penjagaan kedua-dua anak diletakkan dibawah jagaan plaintif
mengikut Seksyen 82(1) Enakmen Keluarga Islam Perak 2004.
b. Suatu perintah nafkah 2 orang anak berjumlah RM 300.00 sebulan.
c. Kos, dan
d. Lain-lain relif yang difikirkan suai manafaat oleh Mahkamah.

Bertarikh hb 2006
____________________
Plaintif

Pernyataan Tuntutan ini difailkan oleh plaintif yang alamat penyampaian di No.
15, Persiaran Perpaduan 34, Taman Perpaduan, Ulu Kinta, Perak Darul Ridzuan.

Anda mungkin juga menyukai