Anda di halaman 1dari 12

WA-B52NCC-661-12/2020 1

Encl No. 49

H0272101 WA1321522180 31/12/2021 18:12:47


DALAM MAHKAMAH SESYEN DI KUALA LUMPUR
WA-B52NCC-661-12/2020
SSN043..........................20.00 x 1
DALAM WILAYAH PERSEKUTUAN, MALAYSIA
Jumlah RM***************************20.00
GUAMAN SIVIL NO:WA-B52NCC-661-12/2020

ANTARA

QANA HOLDINGS GROUP CO LTD …..PLAINTIF

DAN

1. LS SMART MACHINERY (M) SDN BHD


(No.Syarikat:1308318-K)

2. HUI LI ZHAO
(NO.K/P:870304-06-5217) …..DEFENDAN-DEFENDAN

NOTIS PERMOHONAN

BENARKAN SEMUA PIHAK yang berkenaan hadir di hadapan Hakim /


Timbalan Pendaftar / Penolong Kanan Pendaftar dalam kamar pada pada
haribulan 2020 pukul 9.00 pagi untuk mendengar permohonan
Defendan-Defendan dibawah Aturan 20 kaedah 5 Kaedah-Kaedah untuk suatu
perintah yang menyatakan bahawa:-

1. Kebenaran untuk memfailkan permohonan ini;

2. Kebenaran untuk membuat pindaan pada Pembelaan Defendan-Defendan


bertarikh 4 Februari, 2021 sepertimana yang telah dicadangkan dalam
Lampiran A;

3. kos permohonan ini ditanggung masing-masing; dan

4. Apa-apa perintah yang difikirkan sesuai dan munasabah oleh Mahkamah Yang
Mulia ini.

Alasan-alasan permohonan adalah seperti yang terkandung di dalam Afidavit

Sokongan yang diikrarkan oleh Hui Li Zhao (NO.K/P: 870304-06-5217) yang difailkan

S/N 8Auvj3Oay0arYyGqEPVSbA
**Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal
2

bersama-sama permohonan ini.

Kepada:

Peguamcara Plaintif:

Peguamcara Plaintif
Tetuan C W LOH & ASSOCIATES
Peguamcara & Peguambela
Suite 1, NO.31-3
Jalan Ambong 2, Kepong Baru
52100 Kuala Lumpur

NOTIS PERMOHONAN INI ini telah difailkan oleh Tetuan Kenny & Low, peguamcara
Defendan-Defendan yang mempunyai alamat untuk penyampaian di 58B, 1st Floor,
Jalan Desa Bakti, Taman Desa 58100 Kuala Lumpur. Tel: /Fax: 03-79807312

S/N 8Auvj3Oay0arYyGqEPVSbA
**Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal
3

LAMPIRAN A

S/N 8Auvj3Oay0arYyGqEPVSbA
**Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal
DALAM MAHKAMAH SESYEN DI KUALA LUMPUR

DALAM WILAYAH PERSEKUTUAN, MALAYSIA

GUAMAN NO: WA-B52NCC-661-12/2020


ANTARA

QANA HOLDINGS GROUP CO LTD …..PLAINTIF

DAN

1. LS SMART MACHINERY (M) SDN BHD


(No.Syarikat:1308318-K)

2. HUI LI ZHAO
(NO.K/P:870304-06-5217) …..DEFENDAN-DEFENDAN

CADANGAN PEMBELAAN TERPINDA DEFENDAN-DEFENDAN DAN


TUNTUTANBALAS DEFENDAN PERTAMA

PEMBELAAN TERPINDA DEFENDAN-DEFENDAN

1. Defendan-Defendan memfailkan Pembelaan Defendan -Defendan ini tanpa prejudis

kepada Permohonan pembatalan Saman dan Pernyataan Tuntutan yang difailkan oleh

Defendan-Defendan.

2. Defendan-Defendan mengakui kandungan perenggan-perenggan 1 sehingga 3

Pernyataan Tuntutan setakat maklumat alamat sahaja.

3. Defendan-Defendan merujuk kepada perenggan 4 Pernyataan Tuntutan dan

menyatakan bahawa perjanjian yang dikenali sebagai “General Purchase Agreement”

bertarikh 22.7.2020 dijalini diantara Defendan Pertama bersama Plaintif dan Malaya

Realty Management (selepas ini dirujuk sebagai “MRM”). Defendan Kedua adalah

Pengarah syarikat Defendan Pertama dan pada setiap masa tidak terlibat dalam apa-apa

1
S/N 8Auvj3Oay0arYyGqEPVSbA
**Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal
usaha untuk memberi dorongan kepada Plaintif untuk memilih MRM sebagai pembekal

sarung tangan. Defendan Pertama dilantik untuk mengatur penghantaran bekalan

daripada MRM kerana Plaintif merupakan sebuah syarikat Negara China dan tidak

mempunyai pejabat urusan di negara ini.

4. Defendan-Defendan menafikan kandungan perenggan 5 Pernyataan Tuntutan dan

menyatakan bahawa Plaintif telah membuat pengaturan bekalan sarung tangan nitril

dalam dua (2) “consignment” dengan MRM iaitu 35,000 kotak pada sekitar 25.7.2020

dan satu lagi hantaran sebanyak 35,000 setelah menerima pesanan daripada Plaintif.

Defendan Pertama hanya terlibat sebagai pengatur penghantaran tersebut daripada

MRM. Perlantikan yang dibuat adalah hanya sebagai agen kepada Plaintif dan bukan

sebagai pembekal kepada Plaintif. MRM adalah pembekal dibawah sebagai “General

Purchase Agreement” bertarikh 22.7.2020.

5. Defendan-Defendan mengakui kandungan perenggan 6 Pernyataan Tuntutan setakat

Defendan Pertama dilantik dalam menguruskan pengantaran sarung tangan nitril yang

dibekalkan oleh MRM dan Defendan Kedua tidak memberi sebarang cadangan kepada

Plaintif. Pada setiap masa Plaintif hanya berkomunikasi dengan wakil Plaintif dan ia

tidak semestinya Defendan Kedua.

6. Defendan-Defendan mengakui kandungan perenggan 7(a) dan 7(e) Pernyataan

Tuntutan sahaja dan kandungan perenggan 7(b) dan 7(d) Pernyataan Tuntutan dinafikan

dan selanjutnya Defendan-Defendan menyatakan bahawa selain daripada Perjanjian

tersebut terma-terma bayaran terkandung dalam “purchase order” dimana 20% deposit,

2
S/N 8Auvj3Oay0arYyGqEPVSbA
**Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal
10% setelah pembeli terima produk, 50% setelah terima laporan SGS dan 20% setelah

terima salinan BL juga terpakai. Defendan tidak ada obligasi untuk pulangkan deposit

sekiranya pesanan tidak dapat dihantar kepada Plaintif. Deposit tersebut diambil

sebagai kos kepada Defendan Pertama. Defendan Pertama telah mengalami kerugian

akibat daripada kemungkiran Plaintif dalam membuat pembayaran bagi pembelian

produk sepertimana yang telah arahkan oleh Plaintif. Hubungan dinatara Plaintif dan

Defendan Pertama tidak melibatkan sebagai “General Purchase Agreement” bertarikh

22.7.2020 dan ia hanya terjalin atas perlantikkan untuk menjadi wakil kepada Plaintif

untuk berurusan dengan MRM.

7. Defendan-Defendan menafikan kandungan perenggan 8 Pernyataan Tuntutan dan

meletakkan Plaintif atas dasar bukti yang kukuh.

8. Defendan-Defendan menafikan kandungan perenggan 9 Pernyataan Tuntutan dan

menyatakan bahawa Plaintif gagal membayar deposit sebanyak 20% untuk pesanan

yang dibuat dan ini menyebabkan proses pesanan sarung tangan nitril dengan MRM

telah tergendala.

9. Defendan-Defendan mengakui kandungan perenggan-perenggan 10 Pernyataan

Tuntutan setakat terima bayaran sebanyak USD43,633.96 tetapi jumlah tersebut tidak

mencukupi bagi membuat penghantaran pesanan Plaintif dan Defendan Pertama

membuat banyak percubaan untuk mendapatkan baki bayaran daripada Plaintif tetapi

tidak berjaya. Plaintif gagal membuat bayaran deposit sebelum 25.7.2020. Kandungan

Perenggan 11 Pernyataan Tuntutan dinafikan.

3
S/N 8Auvj3Oay0arYyGqEPVSbA
**Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal
10. Defendan-Defendan mengakui kandungan perenggan 12 Pernyataan Tuntutan setakat

Perjanjian tersebut diantara Plaintif dan Defendan Pertama ditamatkan. Plaintif

menamatkan Perjanjian tersebut secara salah atau dengan niat jahat “mala fide”. Alasan

Plaintif untuk penamatan tersebut adalah bahawa mereka tidak menerima barang-

barang yang dipesan tetapi perkara sebenarnya adalah Plaintif tidak membuat bayaran

sepertimana yang dijanjikan. Defendan Pertama tidak boleh membuat pesanan kerana

tidak menerima bayaran daipada Plaintif. Defendan Pertama enggan memulangkan

bayaran yang dibuat oleh Plaintif kerana penamatan Perjanjian tersebut adalah salah.

Kandungan lain perenggan 12 Pernyataan Tuntutan dinafikan.

11. Defendan-Defendan menafikan kandungan perenggan 13 Pernyataan Tuntutan dan

menyatakan bahawa Defendan Pertama telah berhubung semula dengan Plaintif pada

8.8.2020 dan atas dasar “Good Will”. Defendan Pertama bercadang untuk

memulangkan wang yang telah dibayar oleh Plaintif tetapi dengan syarat Defendan

Pertama akan membuat potongan segala kos yang terlibat. Plaintif tidak setuju dan cuba

menyakinkan Defendan Pertama bahawa Plaintif akan membuat pesanan kedua (2nd

consignment) dan bayaran akan diberikan ketika itu. Defendan Petama tidak percaya

akan janji-janji Plaintif. Persetujuan untuk bayar balik bukan satu pengakuan liabiliti

dan Plaintif yang telah memungkiri Perjanjian tersebut diantara Plaintif dan Defendan

Pertama untuk urusan agen kepada Plaintif.

BUTIR-BUTIR KEMUNGKIRAN PERJANJIAN TERSEBUT (PERLANTIKKAN

SEBAGAI AGEN KEPADA PLAINTIF)

a. Plaintif gagal membayar bayaran yang perlu dibuat bagi Defendan Pertama

mengambil pembekalan sarung tangan Nitril daripada MRM;


4
S/N 8Auvj3Oay0arYyGqEPVSbA
**Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal
b. Plaintif tidak menunjukkan sebarang initiative untuk membayar bayaran penuh

supaya Defendan Pertama dapat membuat bayaran kepada MRM;

c. Plaintif tidak menepati terma bayaran sepertimana yang telah dijanjikan

11A. Defendan Pertama telah mengalami kerugian akibat daripada kemungkiran Plaintif

dalam menunaikan obligasi dibawah Perlantikkan agen pengurus Plaintif.

12. Defendan-Defendan menafikan kandungan perenggan-perenggan 14, 14(a) sehingga

14(b), 15 , 16 dan 17 Pernyataan Tuntutan dan menyatakan bahawa Defendan Kedua

hanya pengarah syarikat Defendan Pertama dan tidak ada sebarang dorongan daripada

Defendan Kedua untuk memilih MRM dan pada setiap masa Plaintif mempunyai

peluang untuk membuat carian terhadap syarikat MRM sebelum memasukki

pernjanjian tersebut untuk pembekalan sarung tangan nitril. MRM pada setiap masa

mempunyai bekalan yang mencukupi tetapi Plaintif gagal membuat bayaran kepada

Defendan Pertama untuk membuat pesanan kepada MRM. Plaintif sengaja menamakan

Defendan kedua dalam tindakan ini untuk merumitkan tuntutannya terhadap Defendan-

Defendan. Plaintif telah menyalahgunakan proses Mahkamah.

13. Defendan-Defendan menafikan kandungan perenggan-perenggan 18, 18(a) sehingga

18(d) dan 19 Pernyataan Tuntutan dan menyatakan bahawa tidak ada kausa tindakan

untuk kecuaian dalam komersial dan Defendan Kedua tidak menanggung apa-apa tugas

atau tanggungjawab kepada Plaintif. Tindakan Plaintif terhadap Defendan Kedua

adalah remeh dan menyusahkan.

5
S/N 8Auvj3Oay0arYyGqEPVSbA
**Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal
14. Defendan-Defendan menafikan kandungan perenggan-perenggan 20, 21 dan 22 kecuali

merupakan pengarah syarikat Defendan Pertama dan Defendan Kedua tidak

bertanggungjawab secara peribadi dalam urusan perjanjian tersebut diantara Plaintif

dan Defendan Kedua.

15. Defendan-Defendan menafikan kandungan perenggan-perenggan 23, 23(a)-23(c) , 24,

24(a)- 24 (g) Pernyataan Tuntutan dan meletakkan Plaintif atas dasar yang kukuh.

16. Selanjutnya Defendan-Defendan menyatakan bahawa Plaintif tidak mempunyai kausa

tindakan yang munasabah terhadap Defendan-Defendan serta Mahkamah ini tidak

mempunyai bidang kuasa untuk mendengar tindakan ini. Pohon tuntutan Plaintif

ditolak dengan kos.

TUNTUTANBALAS DEFENDAN PERTAMA

17. Defendan Pertama mengulangi kandungan perenggan 1 sehingga 16 Pernyataan Tuntutan

diatas.

18. Plaintif telah memungkiri Perjanjian Perlantikkan agen pengurusan Plaintif dengan

Defendan Pertama tersebut dengan tidak membuat bayaran kepada Defendan Pertama

untuk mengambil produk-produk sarung tangan tersebut daripada MRM.

19. Defendan Pertama telah mengalami kerugian akibat kemungkiran Plaintif. Defendan

Pertama telah mengalami kerugian sebanyak RM177,490.35 sebagai ganti rugi khas.

6
S/N 8Auvj3Oay0arYyGqEPVSbA
**Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal
BUTIR-BUTIR GANTI RUGI KHAS

No Butiran Kerugian (RM)

a. SGS REPORT 2213.81

b. Nitrile glove sample 293.64

c. Corrugated box 6417.33

d. Nitrile Glove box 15755.64

e. Storage, man power, transport fee, forklift and 88000.00

miscellaneous fee

f. Admin fee 7500.00

g. Petrol 4006.72

h. Entertainment fee 5933.18

i. Miscellaneous fee 985.55

j. Tol & Parking Fee 1215.63

k. Miscellaneous No.2 168.85

l. Director Remuneration 15,000.00

m. Salary 15,000.00

n. Disposal fee 15,000.00

TOTAL 177,490.35

20. Oleh yang demikian, Defendan Pertama menuntut balas terhadap Plaintif seperti

berikut:

a) Suatu deklarasi bahawa Plaintif telah kemungkiran perjanjian perlantikan agen

pengurusan Plaintif ;

7
S/N 8Auvj3Oay0arYyGqEPVSbA
**Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal
b) Gantirugi am akibat kemungkiran perjanjian perlantikan agen pengurusan Plaintif;

c) Gantirugi khas bagi kerugian yang dialami oleh Defendan Pertama sebanyak

RM177,490.35 akibat kemungkiran perjanjian perlantikan agen pengurusan Plaintif

d) Faedah sebanyak 4% bagi gantirugi-gantirugi yang dibenarkan oleh Mahkamah dari

tarikh pemfailan tuntutan ini sehingga tarikh penghakiman;

e) Faedah sebanyak 4% bagi gantirugi-gantirugi yang dibenarkan oleh Mahkamah dari

tarikh Penghakiman sehingga tarikh penyelesaian;

f) Apa-apa perintah yang difikirkan sesuai oleh Mahkamah yang Mulia ini;

g) Kos dibayar kepada Defendan Pertama.

Bertarikh pada 4 haribulan Februari, 2020

T.T
………………………………………
Peguamcara Defendan-Defendan
Tetuan Kenny & Low

Bertarikh pada haribulan ……………., 2021

………………………………………
Peguamcara Defendan-Defendan
Tetuan Kenny & Low

8
S/N 8Auvj3Oay0arYyGqEPVSbA
**Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal
CADANGAN PEMBELAAN TERPINDA DEFENDAN-DEFENDAN DAN TUNTUTAN
BALAS DEFENDAN PERTAMA ini telah difailkan oleh Tetuan Kenny & Low, peguamcara
Defendan-Defendan yang mempunyai alamat untuk penyampaian di 58B, 1st Floor, Jalan Desa
Bakti, Taman Desa 58100 Kuala Lumpur. Tel: /Fax: 03-79807312

9
S/N 8Auvj3Oay0arYyGqEPVSbA
**Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal

Anda mungkin juga menyukai