Anda di halaman 1dari 3

KRONOLOGI KES. 1.

Sekitar bulan November dan Disember 2006, semasa itu syarikat System Alliance Technology Sdn Bhd (SAT) masih lagi beroperasi di pejabat lama beralamat di 725, Blok B, Mentari Business Park, No.2, Jalan PJS 8/5, 46150 Petaling Jaya, Selangor Kdr Abdul Manap Bin Abdul Hamid TLDM (Bersara) selaku Pengurus Besar SAT bersama-sama dengan staf pengurusan dan teknikal SAT iaitu Kept Ir Mohd Shamshuri Bin Mohd Yusoff TLDM (Bersara), En. Foo Si Kium dan Lt Kol Lim Ah Bah TUDM (Bersara) telah berbincang bagi menyusun strategi dan membuat persediaan awal bagi SAT mengambil bahagian di dalam tender 'Membekal dan Menghantar Alat Ganti dan Perkhidmatan Penyelenggaraan Peralatan Komunikasi HF Jenama Rockwell Collins untuk TLDM - KP(PERO-2)O/T596/2006'. Oleh sebab pada masa tersebut SAT di dalam proses untuk berpindah ke pejabat baru maka adakalanya persediaan tender di buat di rumah En Foo Si Kium. 2. Dalam sesi perbincangan tersebut Kdr Abdul Manap selaku Pengurus Besar telah dipersetujui dengan bantuan dan nasihat teknikal oleh En Foo Si Kium untuk membuat persediaan dan menyediakan semua perkara yang diperlukan. Seterusnya Kdr Abdul Manap dan En Foo Si Kium telah membuat perbincangan dan persediaan dengan lebih lanjut dan terperinci bagi penyediaan tender tersebut di rumah En Foo sebelum tawaran sebenar tender disiapkan dan diserahkan kepada Kementerian Pertahanan pada tarikh tender ditutup. Pada masa yang sama Kdr Abdul Manap telah diminta membuat 'photocopy' dokumen tender dan menyimpannya untuk keperluan SAT. 3. Selain daripada itu, Kdr Abdul Manap juga telah diminta untuk mengikuti perkembangan status tender dari masa ke masa dan memaklumkannya kepada SAT. 4. Namun demikian setelah sekian lama, setiap kali Kdr Abdul Manap ditanya mengenai status dan kedudukan tender tersebut, beliau sering memberi jawapan sarna ada tidak tahu atau keputusan belum lagi dibuat oleh pihak Kementerian Pertahanan. 5. Perkara ini berlarutan untuk beberapa lama sehingga pada pertengahan tahun 2009 di mana Kdr Abdul Manap memberitahu tender tersebut telah diberikan kepada syarikat M.A.R. Communication. 6. Kemudian sesuatu yang memeranjatkan berlaku pada bulan Oktober 2009 semasa En Foo Si Kium pergi ke Boustead Naval Shipyard (BNS) dan Pangkalan TLDM di Lumut di mana salah seorang pegawai TLDM yang ditemui semasa lawatan tersebut memberitahu bahawa kontrak tersebut telah diberikan kepada syarikat Kdr Abdul Manap. Bukan itu sahaja, semasa pameranLiMA di Langkawi pada bulan Disember 2009 seorang bekas pegawai TLDM iaitu Hj Abd Rahman juga telah memberitahu En Foo Si Kium bahawa Kdr Abdul Manap telah diberikan kontrak tanpa memberitahu nama syarikat yang sebenar.

7. Pada awal Januari tahun 2010, Kept Ir Mohd Shamshuri, En Foo Si Kium dan En Abd Latiff telah berjumpa dengan Kdr Jamislan TLDM, Pegawai Memeritah SKTLDM Parit di Hotel Grand Season KL di mana beliau telah mengesahkan bahawa kontrak tersebut telah diberikan kepada syarikat Kdr Abdul Manap iaitu Anjungan Nautika Resources Sdn Bhd (ANRSB). Kdr Jamislan TLDM agak terkejut apabila dimaklumkan bahawa Kdr Abdul Manap berkerja dengan SAT sebagai Pengurus Besar. 8. Lanjutan daripada itu, pihak SAT telah membuat 'search' dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) di Shah Alam, Selangor untuk mendapatkan butiran lanjut mengenai syarikat ANRSB dan daripada maklumat yang diperolehi ternyata ANRSB dimiliki oleh keluarga terdekat Kdr Abdul Manap iaitu anak-anak serta keluarga terdekat beliau. Butiran terperinci adalah seperti di LAMPI RAN Ml-A. 9. Daripada siasatan yang dibuat ternyata kontrak tersebut telah diberikan kepada ANRSB dan kontrak sebenarnya telah ditandatangani pada 01 April 2008 untuk tempoh 3 tahun. Bukan itu sahaja malah Kdr Abdul Manap telah menandatangani kontrak tersebut dengan memegang jawatan sebagai Pengurus Besar ANRSB. Ini bermakna Kdr Abdul Manap telah berbohong dan dengan sengaja tidak memaklumkan kepada SAT keadaan sebenar kedudukan dan status tender berkenaan untuk SATU TEMPOH yang lama sehingga pihak SAT hanya mengetahui mengenainya melalui pihak KETIGA. Akibat tindakan Kdr Abdul Manap ini, pihak SAT tanpa ragu-ragu berpendapat bahawa Kdr Abdul Manap telah melakukan tindakan salahlaku dan pecah amanah kerana gagal memaklumkan pihak SAT mengenai kedudukan perkara sebenar dan pada masa yang sama beliau didapati telah melakukan sesuatu yang bertentangan dengan Akta Syarikat 1965 {Companies (Amendment) Act 2007 - Section 132{c)(2)(a)(b)(c)(d)&{e)-Duties To Avoid Conflict of Interest (Prohibition against improper use of company's property, position, corporate opportunity or competing with the company) seperti di LAMPI RAN MlB. Oleh kerana tindakan yang dilakukan oleh Kdr Abdul Manap membelakangi SAT dalam kes ini telah menyebabkan SAT kehilangan peluang untuk mendapatkan kontrak tersebut daripada Kementerian Pertahanan. Justeru itu, pihak SAT bercadang menuntut ganti rugi di atas kehilangan peluang perniagaan tersebut. Isu ini telah dibincangkan dengan Kdr Abdul Manap dan pihak SAT telah membuat tuntutan ganti rugi sebanyak RM960,000.00 seperti yang tercatat di dalam minit Mesyuarat Lembaga Pengarah seperti di LAMPIRAN Ml-C. Namun demikian, jumlah tersebut adalah tertakluk kepada perbincangan lanjut jika dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak. 10. Lanjutan daripada siasatan tersebut, Lembaga Pengarah SAT telah memanggil mesyuarat khas bagi membincangkan kes tersebut dan pada suatu ketika telah membuat keputusan untuk menggantung tugas Kdr Abdul Manap sebagai Pengurus Besar sehingga siasatan selesai dilaksanakan. Kemudian, semasa beberapa siri mesyuarat yang diadakan Kdr Abdul Manap tetap menafikan dengan sekeras-kerasnya akan semua perkara yang telah berlaku dan bertegas bahawa

beliau tidak melakukan apa-apa kesalahan. Pihak SAT ada mencadangkan agar beliau kembali bertugas secara lisan tetapi beliau menyatakan dalam keadaan terse but adalah lebih baik beliau berhenti sahaja. Namun demikian beliau tidak pula menhantar sebarang surat untuk berhenti bekerja. Perkara ini pernah dibincangkan dengan beliau di awal kes ini mula-mula dibangkitkan. Sementara itu, beliau didapati tidak hadir tugas kecuali apabila dipanggil untuk mesyuarat mengenai kes beliau. Sila rujuk kepada Memo mengenainya seperti di LAMPI RAN Ml-O. 11. Pihak SAT sejak mula lagi ingin menyelesaikan kes ini secara baik, namun tindak tanduk Kdr Abdul Manap yang tetap berkeras menyatakan beliau tidak melakukan apa-apa kesalahan telah menyebabkan kes ini berlarutan. Pada masa yang sama sebagai persediaan awal pihak SAT telah menulis surat kepada Setiausaha Bahagian Perolehan, Kementerian Pertahanan seperti di LAMPIRAN Ml-E untuk mendapatkan maklumat tambahan mengenai tender tersebut dan ternyata bahawa kedua-dua syarikat iaitu SAT dan ANRSB sememangnya telah mengambil bahagian di dalam tender terse but seperti di LAMPIRAN Ml-F dan ini ternyata bertentangan dengan Akta Syarikat 1965 seperti di LAMPIRAN Ml-B. Sementara itu, pihak kami juga dimaklumkan bahawa dokumen-dokumen lain seperti 'Letter Of Award' dan 'Contract Document' di mana dengan jelas menunjukan penglibatan Kdr Abdul Manap di mana beliau telah menandatanganinya selaku Pengurus Besar ANRSB. Dokumen-dokumen tersebut hanya boleh didapati dengan perintah mahkamah jika perlu. Perkara ini telah dijelaskan oleh Bahagian Undang-Undang dan Bahagian Perolehan Kementerian Pertahanan. 12. Akibat kegagalan untuk menyelesaikan kes ini secara baik (amicable solution) telah menyebabkan pihak SAT memutuskan untuk membuat Siasatan Dalaman (Domestic Inquiry) yang telah diadakan pada 21 Disember 2010. Hasil daripada Siasatan Dalaman tersebut Penal Penyiasat berpuas hati bahawa terdapat kes yang amat jelas terhadap Kdr Abdul Manap dan telah menyokong supaya Kdr Abdul Manap ditamatkan perkhidmatannya dengan SAT mulai 22 Disember 2010. Sila rujuk Notis dan Kertas Pertuduhan Siasatan Dalaman, Nota Siasatan Dalaman, Laporan Panel Siasatan Dalaman serta Surat Tamat Perkhidmatan seperti di LAMPIRAN M1-G, LAMPIRAN M1-H, LAMPIRAN M1-J dan LAMPIRAN M1-K.

Anda mungkin juga menyukai