Anda di halaman 1dari 3

PANDUAN MENGISI BORANG IZIN DAN WAKALAH WALI ENAKMEN

UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM


[ SubSeksyen 13 (a) ]
------------------------------------------------------------------------------

1. PENDAHULUAN

Borang Izin dan wakalah wali ini hanya digunakan apabila wali tidak
dapat hadir dalam majlis akad nikah.

2. BORANG PERMOHONAN

2.1 Borang Izin dan wakalah (JAIP.US.15) boleh didapati:

a) Di Pejabat Agama Islam Daerah.


b) Muat Turun melalui laman sesawang Jabatan Agama Islam
Pahang di alamat http://jaip.pahang.gov.my

3. PANDUAN MENGISI BORANG

3.1 LAFAZ IZIN BAGI AKAD NIKAH

3.1.1 Bahagian ini hendaklah dilengkapkan oleh bakal pengantin


perempuan.
3.1.2 Maklumat-maklumat yang telah dilengkapkan oleh bakal
pengantin perempuan akan dilafazkan di hadapan Pendaftar/
Penolong pendaftar.
3.1.3 Lafaz tersebut akan disahkan oleh Pendaftar/Penolong
pendaftar dengan menandatangani di ruangan yang
ditetapkan.

1
3.2 SURAT WAKALAH

3.2.1 Bahagian ini hendaklah dilengkapkan oleh wali bakal


pengantin perempuan.
3.2.2 Maklumat-maklumat yang telah dilengkapkan oleh wali bakal
pengantin perempuan akan dilafazkan di hadapan Pendaftar.
3.2.3 Lafaz tersebut akan disahkan oleh Pendaftar dengan
menandatangani di ruangan yang ditetapkan.

3.2.4 Wali hendaklah menentukan secara khusus individu yang


hendak diwakilkan.

Contoh: Wali berada di Cameron Highland dan beliau tidak dapat hadir
semasa akad nikah dijalankan. Bakal pengantin perempuan
berada di kampung Mengkasar Pekan. Wali hendaklah
menyatakan nama secara khusus individu yang akan
diwakilkan untuk akad nikah bakal pengantin perempuan
seperti nama wali hakim atau nama orang lain yang hendak
diwakilkan.

2
3.2.5 Borang izin dan wakalah ini hendaklah disertakan bersama
dengan borang1 (Borang permohonan berkahwin ) semasa
dihantar ke Pejabat Agama Islam Daerah.

PERINGATAN

Borang izin dan wakalah ini tidak akan diterima sekiranya ia tidak
disahkan oleh pegawai yang diberi kuasa.

Anda mungkin juga menyukai