Anda di halaman 1dari 1

Rujukan Kami : Salinan Majikan /Pekerja

Tarikh : 28 Mac 2019

En. Abu Bakar Osman


No. Pekerja : 123456

SURAT TUNJUK SEBAB

Mengikut laporan yang kami terima daripada Pengurus anda, anda dituduh melakukan melakukan kesalahan
tatatertib seperti berikut :-

1) Tidak merekod waktu keluar (punch-out) pada:


a) 11,17,18,19,20,21,25,26,27& 28 Januari 2019
b) 3,4,11,18 & 25 Februari 2019
c) 10 &17 Mac 2019

2) Datang lewat ke tempat kerja pada:


a) 14,21,26,28 & 31 Januari 2019
b) 1, 11,25,& 29 Februari 2019
c) 3 & 5 Mac 2019

3) Tiada rekod kehadiran pada:


a) 3,4,5,6,7,9,10,12 & 30 Januari 2019
b) 23 &24 Februari 2019
c) 13 & 14 Mac 2019

Oleh kerana tuduhan yang tersebut di atas adalah amat serius dari segi undang-undang dan peraturan
Syarikat, anda dikehendaki memberikan penjelasan secara bertulis akan mengapa tindakan disiplin tidak
harus dikenakan terhadap anda. Penjelasan secara bertulis itu hendaklah diserahkan kepada pegawai yang
menandatangani surat dalam masa lima (5) hari dari tarikh anda menerima surat ini.

Jika anda gagal memberi maklum balas bertulis dalam jangka masa yang ditetapkan, pihak Syarikat akan
menganggap bahawa anda tidak mempunyai sebarang alasan atau penjelasan yang munasabah untuk
diberikan dan pihak Syarikat seterusnya akan mengambil tindakan susulan yang sewajarnya.

Sila tandatangan salinan kedua surat ini dan kembalikannya dengan segera kepada pegawai yang
menandatangani surat ini sebagai bukti penerimaan.

Yang benar,
SYARIKAT SDN. BHD. ( 123456-H)

NAMA
Eksekutif – Sumber Manusia

Anda mungkin juga menyukai