Anda di halaman 1dari 1

Bandar Baru Ampang 68000 Ampang Selangor

Kepada, Pengerusi Kehormat, Persatuan Ibu Bapa dan Guru, Sekolah Rendah Agama Kuala Lumpur. 05 JULAI 2013

Tuan,

RAYUAN MEMOHON TIDAK DIKENAKAN TINDAKAN POTONG ELAUN PIBG Merujuk perkara di atas, saya ingin memohon bantuan tidak dikenakan tindakan potong elaun Pibg yang telah dikenakan ke atas saya kerana beberapa sebab prestasi kerja. 2. Untuk makluman pihak tuan, saya sudah tidak melakukan perkara - perkara yang boleh menyebabkan elaun Pibg saya dipotong. 3. Sehubungan itu saya memohon jasa baik pihak tuan agar dapat mempertimbangkan dan mengembalikan elaun yang sudah dipotong kerana tidak lama lagi bulan Ramadhan akan menjelma dan sudah pastinya banyak keperluan menyambut bulan Ramadhan yang perlu disediakan, juga memandangkan saya hanya bekerja sepenuh masa sebagai guru Kafa tentulah pendapatan saya tidak sebanyak pendapatan orang lain yang bekerja pelbagai bidang yang diceburi.Ini memandangkan saya tiada kemahiran lain untuk diketengahkan. 4. Saya berharap agar permohonan ini mendapatkan pertimbangan yang sewajarnya daripada pihak tuan. Semoga dengan bantuan ini dapat meringankan beban kami sekeluarga dan jutaan terima kasih di atas kerjasama pihak tuan. Sekian, terima kasih.

Yang benar,

________________________ (

Anda mungkin juga menyukai