Anda di halaman 1dari 2

Abdul Syukor bin Mohamad Nasir,

Lot 375, Jalan Alor Setar Kg. Kubur,


08800 Guar Chempedak,
Kedah.
___________________________________________________________________________

Pegawai Agama Daerah Kota Setar,


Pejabat Agama Daerah Kota Setar,
Lebuhraya Sultanah Bahiyah,
05150 Alor Setar,
Kedah. 14 FEBRUARI 2023
Tuan,
PERMOHONAN UNTUK BERTUKAR SEKOLAH BAGI GURU KAFA

Merujuk perkara di atas,saya, Abdul Syukor bin Mohamad Nasir, yang sedang berkhidmat
sebagai guru di KAFA Masjid Syed Mohammad Al-Bukhary ingin membuat permohonan
untuk berpindah ke Sekolah Kebangsaan Buluh Lima.

2. Hal ini kerana saya telah berpindah alamat dari Alor Setar ke Guar Chempedak,Yan, seperti
yang tertera pada alamat saya di atas. Setelah mengambil kira kos, masa dan komitmen yang
perlu saya berikan untuk berulang-alik dari alamat saya ke tempat kerja,saya mengambil
langkah untuk membuat permohonan ini kepada pihak tuan.

3. Berikut adalah butir-butir lanjut tentang perjawatan saya sekarang ini:


Nama :Abdul Syukor bin Mohamad Nasir No. I/C:951016-02-5653
Tempat bertugas semasa:KAFA Masjid Syed Mohammad Al-Bukhary,Alor Setar

Oleh itu, saya berharap agar pihak tuan dapat meluluskan permohonan saya ini.Segala jasa dan
kerjasama dari pihak tuan amatlah dihargai. Sekian,terima kasih.

Yang Benar,

…………………………………………………
(ABDUL SYUKOR BIN MOHAMAD NASIR)

Anda mungkin juga menyukai