Anda di halaman 1dari 2

Ruj.

Kami : SKGC 400-1/3/7( )


Tarikh : 22.04.2021

Pengurus
Mydin Taman Batik Hypermarket,
No 1, Jalan Batik 2/2A,
Taman Batik,
08000 Sg Petani, Kedah

Tuan,

MEMOHON SUMBANGAN TAJAAN BERBUKA PUASA ANAK-ANAK ISTIMEWA (OKU) DAN ANAK-
ANAK ASNAF SK GUAR CHEMPEDAK UNTUK PROGRAM BAKUL RAMADHAN 2021

Adalah dengan sukacita perkara di atas adalah dirujuk.

2. Untuk makluman kepada pihak tuan/puan kelas Pendidikan Khas Sekolah Kebangsaan Guar
Chempedak memohon jasa baik tuan untuk menghulurkan sumbangan tajaan Berbuka Puasa anak-
anak istimewa (OKU) dan anak-anak asnaf untuk program Bakul Ramadhan 2021.

3. Program ini merupakan sebahagian daripada aktiviti kolaborasi antara PPKI dan aliran
perdana yang bertujuan untuk meningkatkan kemahiran sosial murid-murid dan meringankan
sedikit bebanan serta menceriakan penerima sumbangan. Selain itu, aktiviti ini juga dapat
mendedahkan murid kepada persekitaran sebenar seiring dengan perkembangan semasa. Jumlah
yang dipohon adalah untuk 50 orang.

Tarikh yang dicadangkan : 02 Mei 2021 (Ahad)

4. Pihak kami amat berharap kerjasama dari pihak tuan/puan untuk menghulurkan
sumbangan bagi menjayakan program Bakul Ramadhan ini demi memberi sokongan terhadap anak-
anak istimewa ini dan anak-anak asnaf SK Guar Chempedak. Sebarang pertanyaan sila hubungi
Guru Besar SK Guar Chempedak Encik Abdul Razak bin Abdullah di talian 012-4975450 atau
Penolong Kanan Pendidikan Khas SK Guar Chempedak Puan Yusnita binti Yatim di talian 013-
5165035.

5. Segala sumbangan dan keprihatinan dari pihak tuan/puan, saya dahului dengan ucapan
jutaan terima kasih. Semoga Allah SWT jualah yang membalas jasa baik tuan/puan.

Sekian , terima kasih

“PRIHATIN RAKYAT : DARURAT MEMERANGI COVID-19 ”


“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
“PENDIDIKAN CEMERLANG KEDAH TERBILANG”

Saya yang menjalankan amanah,

………………………………….
( ABDUL RAZAK BIN ABDULLAH )
Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Guar Chempedak
08800 Guar Chempedak
Kedah Darul Aman

Anda mungkin juga menyukai