Anda di halaman 1dari 1

Mohd Yusoff bin P Abdul Satar ,

No 11 Kg Taman Sedia ,
39000 Cameron Highlands ,
Pahang.

AJK Surau Taman Sedia


39000 Tanah Rata
Cameron Highlands
Pahang 01 Disember 2020

Tuan,
MEMOHON KEBENARAN MENGGUNAKAN DEWAN

Merujuk kepada perkara di atas saya Pengerusi Pertubuhan Silat Seni Gayong Cawangan Cameron Highlands, ingin
memohon untuk menggunakan dewan Balora untuk tujuan latihan silat daerah Cameron Highlands.

2. Saya yang juga adalah anak jati Taman Sedia memohon jasa baik pihak tuan untuk saya mengendalikan
dewan Balora ini bagi memberikan keselesaan anak-anak gayong daerah untuk menjalankan latihan, yang sebelum
ini berjalan di gelanggang dihadapan rumah saya. Oleh kerana penambahan anak-anak gayong di gelanggang
hadapan rumah saya tidak lagi dapat ditampung, maka dengan itu saya amat memerlukan dewan Balora menjadi
tempat untuk aktiviti ini berlansung secara berterusan.

3. Untuk itu saya akan bertanggungjawab untuk membayar sewa bulanan penggunaan dewan Balora dengan
nilai RM500.00 sebulan, manakala bil penggunaan air dan elektrik dewan juga akan ditanggung oleh saya, dan bagi
tujuan sewaan untuk kenduri dan lain-lain kegunaan dari pihak luar saya tidak akan mengambil duit sewaan
dewan, tetapi akan disalurkan terus ke tabung kampung.

4. Besarlah harapan saya agar pihak tuan mempertimbangkan dan memberi jawapan atas permohonan saya.
Segala kerjasama tuan amatlah saya hargai. Saya dahului dengan ribuan terima kasih.

Yang Benar,

--------------------------------
(Mohd Yusoff b P Abdul Satar)

Anda mungkin juga menyukai