Anda di halaman 1dari 1

CAWANGAN DAERAH CAMERON HIGHLANDS ( No.

PPM-010-04-09042013 )

Mohd Yusoff bin P Abdul Satar ,


No 11 Kg Taman Sedia ,
39000 Cameron Highlands ,
Pahang.

Ketua Kampung
Kampung Taman Sedia
39000 Tanah Rata
Cameron Highlands
Pahang 1 Disember 2020

Tuan,
MEMOHON KEBENARAN MENGGUNAKAN DEWAN

Merujuk kepada perkara di atas saya Pengerusi Pertubuhan Silat Seni Gayong Cawangan Cameron Highlands, ingin
memohon untuk menggunakan dewan Balora untuk tujuan latihan silat daerah Cameron Highlands.
2.Saya yang juga adalah anak jati Taman Sedia memohon jasa baik pihak tuan untuk saya mengendalikan dewan Balora
ini bagi memberikan keselesaan anak-anak gayong daerah untuk menjalankan latihan, yang sebelum ini berjalan di
gelanggang dihadapan rumah saya. Oleh kerana penambahan anak-anak gayong di gelanggang hadapan rumah saya
tidak lagi dapat ditampung, maka dengan itu saya amat memerlukan dewan Balora menjadi tempat untuk aktiviti ini
berlansung secara berterusan.

3.Untuk itu saya akan bertanggungjawab untuk membayar sewa bulanan penggunaan dewan Balora dengan nilai
RM500.00 sebulan, manakala bil penggunaan air dan elektrik dewan juga akan ditanggung oleh saya, dan bagi tujuan
sewaan untuk kenduri dan lain-lain kegunaan dari pihak luar saya tidak akan mengambil duit sewaan dewan, tetapi
akan disalurkan terus ke tabung kampung.

4. Besarlah harapan saya agar pihak tuan mempertimbangkan dan memberi jawapan atas permohonan saya.
Segala kerjasama tuan amatlah saya hargai. Saya dahului dengan ribuan terima kasih.

Yang Benar,

--------------------------------
(Mohd Yusoff b P Abdul Satar)

Anda mungkin juga menyukai