Anda di halaman 1dari 2

KWP:24/685/7/Jld.

17 ( )
Oktober 2012
Adabi Consumer Industries Sdn. Bhd.
Lot 136 Rawang Integreted Industrial Park
Mukim Rawang, 48000 Rawang
Selangor Darul Ehsan
Fax. No : 03-60916945
(u.p: En. Mohd Zul Arsham Mohamad)

Tuan,

MEMOHON PENAJAAN UNTUK KEJOHANAN BOWLING PUSPANITA KWPKB 2012

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan Puspanita Kementerian Wilayah Persekutuan dan


Kesejahteraan Bandar (KWPKB) akan menganjurkan Kejohanan Bowling Tertutup
PUSPANITA KWPKB pada 3 November 2012 (Sabtu), bertempat di Alamanda, Putrajaya.
Sebagai makluman, kejohanan ini akan disertai oleh semua ahli PUSPANITA KWPKB dan
YBhg. Datin Ketua Setiausaha, KWPKB merangkap Pengerusi PUSPANITA KWPKB.

3. Sehubungan itu, dengan rasa berbesar hati, pihak PUSPANITA ingin memohon
tajaan hamper daripada syarikat tuan untuk para pemenang berkumpulan dari tempat
pertama hingga ketiga. Sebarang pertanyaan dan maklum balas pihak tuan boleh
berhubung dengan Pn. Zuarini Bt Jumai ditalian 03-8892 6789 / 016-3919958 atau
En.Khairul Azli Bin Kamarul Adnan ditalian 03-8892 6685 / 017- 9500262.

Kerjasama dan sokongan dari pihak tuan mengenai perkara ini amatlah dihargai dan
didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

‘WANITA SEPAKAT NEGARA MENINGKAT’

Saya yang menurut perintah,

(Harlina Binti Jamil)


Penolong Setiausaha
b.p: Setiausaha
PUSPANITA Cawangan
Cawangan Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar
s.k.:

YBhg. Datin Aslinah binti Mohd Arifin


Pengerusi PUSPANITA
Cawangan KWPKB
Aras 7, Blok 2,
Menara Seri Wilayah, Presint 2,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62100 PUTRAJAYA

Pn. Rozila Megat Othman


Setiausaha
PUSPANITA Cawangan KWPKB
Aras 3, Blok 2,
Menara Seri Wilayah, Presint 2,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62100 PUTRAJAYA

Anda mungkin juga menyukai