Anda di halaman 1dari 2

MPKK SERI PILAH,

BALAIRAYA SERI PILAH, No Tel : 019-8313534 (Pengerusi)


72000 KUALA PILAH, Emel : mpkkseripilah@gmail.com
NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

Rujukan : MPKKSP/BIK/600-6 (24)

Tarikh : 2 Ogos 2023

Pejabat Jurutera Daerah,


Jabatan Pengairan & Saliran,
Daerah Kuala Pilah,
Tingkat 2, Kompleks Kerajaan,
72000 Kuala Pilah,
Negeri Sembilan Darul Khusus

Tuan,

JEMPUTAN MENGHADIRI KASIH @ MADANI DAN APRISIASI MPKK SERI PILAH


BERSAMA PENDUDUK KG. SERI PILAH DAN AGENSI KERAJAAN DAERAH
KUALA PILAH

Adalah dengan hormatnya merujuk kepada perkara di atas.


2. Sukacita dimaklumkan MPKK Kg. Seri Pilah akan mengadakan program
berkonsepkan kenduri dan forum santai yang dinamakan Program Kasih @ Madani dan
Majlis Aprisiasi MPKK Seri Pilah Bersama Penduduk Kampung pada ketetapan berikut:

Tarikh : 6 Ogos 2023


Hari : Ahad
Tempat : Balairaya Kg. Seri Pilah
Masa : 8.00 pagi hingga 3.00 petang.

3. Sehubungan itu, kami sangat berbesar hati menjemput agensi tuan untuk
memberi taklimat serta sesi soal jawab bersama penduduk kampung. Bersama-sama
ini disertakan aturcara program untuk rujukan pihak tuan.

4. Diharap pihak tuan dapat memaklumkan kehadiran sebelum 5 Ogos 2023


dengan menghubungi En. Zawiruddin Bin Zubir di talian (013 6420885). Kesudian
pihak tuan menerima jemputan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima
kasih.

‘MALAYSIA MADANI’
‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’
‘BERSIH. MUAFAKAT. SEJAHTERA’
MPKKSP/BIK/600-6 (24)

Saya yang menjalankan amanah,

[MUHAMAD BIN ABDULLAH]


Pengerusi,
MPKK Kg. Seri Pilah

Anda mungkin juga menyukai