Anda di halaman 1dari 1

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG)

SEKOLAH KEBANGSAAN DESA JASMIN


BANDAR BARU NILAI, 71800 NILAI,
NEGERI SEMBILAN.
NO. TEL: 011-65732343

Ruj. Kami : NBA 4042/SKDJ (1)2023/ 04/03/0032


Tarikh : 04/03/2023
Kepada,

Sesiapa yang berkenaan

Tuan/ Puan,
PERMOHONAN SUMBANGAN MINUMAN ISOTONIK DAN AIR MINERAL SEMPENA
MAJLIS KEJOHANAN MERENTAS DESA PERINGKAT SEKOLAH
Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.
2. Untuk maklumkan Tuan/Puan, SK Desa Jasmin akan mengadakan Majlis Kejohanan
Merentas Desa peringkat Sekolah yang akan dikelolakan oleh Unit KoKurikulam Merentas
Desa.Butiran program adalah seperti berikut:
Tempat : SK Desa Jasmin
Tarikh : 3 Mei 2023 (Test run) dan 5 Mei 2023 (Kejohanan)
Masa : 7.30 pagi hingga 12.00 tengah hari

3. Sehubungan dengan itu, pihak kami dengan rendah diri memohon sumbangan minuman
isotonik 100Plus dan air mineral daripada pihak Tuan/puan untuk menjayakan Majlis Kejohanan
Merintas Desa ini. Untuk makluman pihak tuan, sumbangan ini diperlukan untuk keperluan peserta
berjumlah 636 orang murid tahap 2 SK Desa Jasmin. Maklumat sumbangan yang kami perlukan
adalah seperti berikut

1. 100Plus 500ml : 12 karton


2. 100Plus Tin 325ml : 12 karton
3. Air mineral 500ml : 15 karton

4. Kerjasama dan perhatian daripada pihak Tuan/ Puan, saya dahului dengan ucapan ribuan
terima kasih.
Sekian, terima kasih.

Saya Yang Menjalankan Amanah,

………………………………………….
(WAN MUHD FAHMI BIN HUSSIN)
Guru Penolong Kanan Kokurikulum
SK Desa Jasmin

sk: 1) Fail Sekolah

Anda mungkin juga menyukai