Anda di halaman 1dari 4

PENYERTAAN PASUKAN BOLA BALING LELAKI DAN PEREMPUAN

SRK LOK YUK LIKAS

KEJOHANAN BOLA BALING MSSD (SEKOLAH RENDAH)


DAERAH KOTA KINABALU
2017

KELOLAAN:
SK TOBOBON

TARIKH:
24 & 25 FEBRUARI 2017 (JUMAAT & SABTU)

TEMPAT PERTANDINGAN:
GELANGGANG FUTSAL
BORNEO SPORT ARENA (BSA)

DI BAWAH PENGURUSAN:
KELAB SUKAN DAN PERMAINAN BOLA BALING
SRK LOK YUK, LIKAS

KERTAS KERJA

1
PENYERTAAN BOLA BALING SRK LOK YUK LIKAS
KE KEJOHANAN BOLA BALING
MSSD (SR) DAERAH KOTA KINABALU
2017

1. PENDAHULUAN

Melahirkan modal insan yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek” merupakan salah satu intipati dalam
falsafah pendidikan negara yang menekankan kepentingan perkembangan murid dari pelbagai aspek secara holistik. Seiring
dengan matlamat ini, pihak sekolah telah merancang pelbagai aktiviti berkaitan bagi menghasilkan murid yang berkeyakinan,
berupaya untuk memperkembangkan potensi diri, di samping mampu mengekalkan konsep berdaya saing secara positif serta
mampu bekerja secara berpasukan.

2. RASIONAL

Seiring dengan penekanan nilai 1 Malaysia yang di antaranya adalah – untuk memupuk ‘budaya kecemerlangan’ dan
‘ketabahan’ maka acara sukan tahunan ini diadakan sebagai salah satu inisiatif pihak sekolah dalam memperkasakan nilai-
nilai positif dalam diri murid.

3. OBJEKTIF

 Untuk melahirkan murid yang mempunyai ketahanan mental dan fizikal serta berkualiti tinggi dalam aspek
perkembangan potensi diri.
 Menyemai semangat kerjasama dan berpasukan di mana murid didedahkan nilai bekerjasama, berdaya saing secara
sihat dan mampu menerima kekalahan secara positif.
 Mengesan bakat-bakat murid yang berpotensi dalam bidang sukan permainan untuk mewakili sekolah dan ke
peringkat yang lebih tinggi.
 Memberikan pengalaman dan pengetahuan kepada para murid dalam arena sukan agar mereka boleh
mengaplikasikannya di masa hadapan.
 Memberikan pengalaman serta pengetahuan kepada guru-guru dalam tatacara pengendalian sukan dan permainan
serta menyemai semangat bekerjasama yang jitu.

2
4. TUJUAN KERTAS KERJA

Kertas kerja ini diadakan bagi memohon peruntukkan kewangan bagi menampung kos-kos penyertaan dan perbelanjaan
sepanjang pertandingan di adakan. Penyertaan pasukan sekolah adalah di bawah kelab dan untuk menyertai pertandingan
ini, kami berharap agar pihak sekolah dapat menyalurkan sumber kewangan untuk pasukan ini.

5. PELAKSANAAN

1. TARIKH : 24 & 25 FEBRUARI 2017 (JUMAAT & SABTU)


MASA : 8.00 PAGI – 3.30 PETANG
TEMPAT : BSA KOLOMBONG, KOTA KINABALU, SABAH.

2. BILANGAN MURID TERLIBAT


Pasukan Lelaki : 14 orang
Pasukan Perempuan : 12 orang

3. BILANGAN GURU TERLIBAT : 6 orang

4. AHLI JAWATAN KUASA

Pengurus Pasukan : Pn. Nooraidah Binti Ahmad


Jurulatih : Pn. Nurul Hidayah Binti Mohammad
Guru Pengiring : Pn. Corina S. Binting
: Pn. Suryamegawati Sutajil
Jurulatih Pasukan : En. Juhari Bin Sahat
: Pn. Lainih Binti Junit
Pengadil Sekolah yang dilantik: En. Juhari Bin Sahat

AJK Bertugas Guru (Pembahagian Tugas)


i. Dokumen pemain : Pn. Corina S. Binting
ii. Kelengkapan/peralatan pemain : Pn. Suryamegawati Sutajil
iii. Pengangkutan : Pn. Nurul Hidayah Binti Mohammad
iv. Makanan dan minuman : Pn. Nooraidah Binti Ahmad

3
6. ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL PERKARA JUMLAH (RM)


01. Yuran penyertaan dan pendaftaran Kejohanan Bola Baling Lelaki dan Perempuan
MSSD (Sekolah Rendah) Daerah Kota Kinabalu 2017
(RM31 x 2 pasukan) RM62.00
02. Makan dan Minum murid seramai 26 orang selama 2 Hari.
Sarapan : Nasi goreng, ayam dan air milo
Makan Tengahari : Nasi, 2 lauk dan sirap
Kuih-Muih
Buah pisang
(RM25 x 26 orang) x 2 hari RM1300.00
03. Air Mineral (untuk murid seramai 26 orang murid selama 2 hari)
(RM1 x 26 x 2 botol) x 2 hari RM104.00
04. Air minuman 100 Plus (untuk murid seramai 26 orang murid selama 2 hari)
(RM1.80 x 26 orang x 2 tin) x 2 hari RM187.20
05. Pengangkutan pergi dan balik seramai 26 orang murid selama 2 hari
RM100 x 2 hari RM200.00

JUMLAH RM1853.20

Disediakan Oleh :

………………………………………….
(NOORAIDAH AHMAD)
Ketua Penasihat Kelab Bola Baling
Tarikh: ______________

Disahkan Oleh :

……….…………………………………
(EN. SARIH @ ASIRUN BIN BIATAN)
Penolong Kanan Kokurikulum
Tarikh: _____________

Diluluskan Oleh :

………………………………………….
(LIUH B. GINDONG)
Guru Besar
Tarikh: _____________

Ulasan Guru Besar

Anda mungkin juga menyukai