Anda di halaman 1dari 4

PENYERTAAN PESERTA BOLA BALING LELAKI

SRK LOK YUK LIKAS

KEJOHANAN BOLA BALING PERINGKAT SEKOLAH NEGERI SABAH


SEKOLAH RENDAH 2016

TARIKH:
18, 19 DAN 20 FEBRUARI 2016

TEMPAT PERTANDINGAN:
SMK LOHAN, RANAU

DI BAWAH PENGURUSAN :
KELAB SUKAN DAN PERMAINAN BOLA BALING
SRK LOK YUK, LIKAS

1
KERTAS KERJA
PENYERTAAN BOLA BALING SRK LOK YUK LIKAS
KE KEJOHANAN BOLA BALING PERINGKAT NEGERI SABAH
SEKOLAH RENDAH 2016

1. PENDAHULUAN

Melahirkan modal insan yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek” merupakan salah satu
intipati dalam falsafah pendidikan negara yang menekankan kepentingan perkembangan murid dari pelbagai
aspek secara holistik. Seiring dengan matlamat ini, pihak sekolah telah merancang pelbagai aktiviti berkaitan
bagi menghasilkan murid yang berkeyakinan, berupaya untuk memperkembangkan potensi diri, di samping
mampu mengekalkan konsep berdaya saing secara positif serta mampu bekerja secara berpasukan.

2. RASIONAL

Seiring dengan penekanan nilai 1 Malaysia yang di antaranya adalah – untuk memupuk ‘budaya kecemerlangan’
dan ‘ketabahan’ maka acara sukan tahunan ini diadakan sebagai salah satu inisiatif pihak sekolah dalam
memperkasakan nilai-nilai positif dalam diri murid.

3. OBJEKTIF

 Untuk melahirkan murid yang mempunyai ketahanan mental dan fizikal serta berkualiti tinggi dalam
aspek perkembangan potensi diri.
 Menyemai semangat kerjasama dan berpasukan di mana murid didedahkan nilai bekerjasama, berdaya
saing secara sihat dan mampu menerima kekalahan secara positif.
 Mengesan bakat-bakat murid yang berpotensi dalam bidang sukan permainan untuk mewakili sekolah
dan ke peringkat yang lebih tinggi.
 Memberikan pengalaman dan pengetahuan kepada para murid dalam arena sukan agar mereka boleh
mengaplikasikannya di masa hadapan.
 Memberikan pengalaman serta pengetahuan kepada guru-guru dalam tatacara pengendalian sukan dan
permainan serta menyemai semangat bekerjasama yang jitu.

4. TUJUAN KERTAS KERJA


2
Kertas kerja ini diadakan bagi memohon peruntukkan kewangan bagi menampung kos-kos penyertaan dan
perbelanjaan sepanjang pertandingan di adakan. Penyertaan pasukan sekolah adalah di bawah kelab dan untuk
menyertai pertandingan ini, kami berharap agar pihak sekolah dapat menyalurkan sumber kewangan untuk
pasukan ini.

5. PELAKSANAAN

1. TARIKH : 18, 19 DAN 20 FEBRUARI 2016


TEMPAT : SMK LOHAN, RANAU

2. BILANGAN MURID TERLIBAT


Pasukan Lelaki : 2 orang

3. BILANGAN GURU TERLIBAT : 1 orang

4. AHLI JAWATAN KUASA

Pengurus Pasukan : Pn. Nooraidah Ahmad


Jurulatih : Pn. Nurul Hidayah
Guru Pengiring : Encik Juhari Sahat

AJK Bertugas Guru (Pembahagian Tugas)


i. Dokumen pemain : Pn. Corina S. Binting
ii. Kelengkapan/peralatan pemain : Pn. Suryamegawati Sutajil
iii. Pengangkutan : Pn. Farinah Jupida
iv. Makanan dan minuman : Pn. Lainih Junit

3
6. ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL PERKARA JUMLAH (RM)


01. Makan dan Minum murid seramai 2 orang pergi sahaja.
Sarapan : Nasi goreng dan air milo
Makan Tengahari : Nasi, 2 lauk dan sirap
Kuih-Muih
Buah pisang
(RM25 x 2 orang) RM50.00
02. Air Mineral (untuk murid seramai 2 orang murid pergi sahaja)
(RM1 x 12 botol x 1 kotak) RM12.00
03. Air minuman 100 Plus (untuk murid seramai 2 orang murid pergi sahaja)
RM45 x 1 kotak RM45.00

JUMLAH RM107.00

Disediakan Oleh : Disahkan Oleh :

………………………………… ……….…………………………………………………..
(NOORAIDAH AHMAD ) EN. SARIH @ ASIRUN BIN BIATAN
Ketua Penasihat Bola Baling Penolong Kanan Kokum
Tarikh: Tarikh:

Diluluskan Oleh :

………………………………
( LIUH B. GINDONG)
Guru Besar
Tarikh:

Ulasan Guru Besar

Anda mungkin juga menyukai