Anda di halaman 1dari 6

No. Ruj.

KERTAS CADANGAN

KERTAS KERJA
LAWATAN PENANDA ARAS PUSAT SUMBER SMK MAMBAU 2023

YBrs. Pengetua SMK Mambau

LAWATAN PENANDA ARAS PUSAT SUMBER SMK MAMBAU

2. PENGENALAN / LATAR BELAKANG PROGRAM

Lawatan Penanda Aras Pusat Sumber akan dijalankan dengan gabungan Panitia
Pendidikan Seni Visual dan Panitia Pendidikan Jasmani Kesihatan bersama
Pengawas Pusat Sumber Sekolah (PPS) dan Krew TVPSS SMK Mambau.
Adalah menjadi tanggungjawab badan kepimpinan melalui kerjasama Panitia
Pendidikan Seni Visual dan Panitia Jasmani dan Kesihatan bersatu tenaga
mengadakan lawatan penanda aras kepada guru- guru dan murid- murid
memahami tanggungjawab sebenar setiap organisasi yang diberi serta membina
jati diri yang unggul serta mengembang bakat murid untuk berfikiran lebih kreatif
dan inovatif dalam menjalankan tugasan mereka di sekolah. Lawatan seperti ini
menjadi satu keperluan kepada para pemimpin kecil di sekolah untuk
meningkatkan kecemerlangan dari segi pengurusan bilik-bilik khas di bawah
kelolaan Pusat Sumber, Panitia Pendidikan Seni Visual dan Panitia Pendidikan
Jasmani Kesihatan

3. OBJEKTIF PROGRAM

3.1 Memerhati dan memperoleh maklumat tentang cara dan bagaimana Pusat
Sumber Cemerlang menyelia bilik-bilik khas dengan baik

3.2 Membantu memupuk sikap bertanggungjawab yang tinggi dalam diri semua
pelajar.
3.3 Membina pemikiran kreatif dan inovatif yang tinggi dalam diri setiap pelajar
3.4 Membina kepercayaan dan keyakinan pada diri bahawa dengan persediaan
yang mantap boleh meningkatkan sahsiah diri
3.5 Menyedari tentang potensi diri dan kebolehan dari segi Pendidikan Seni Visual
dan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan

4. KUMPULAN SASARAN

Pengawas Pusat Sumber dan Krew TVPSS SMK Mambau


5. BUTIRAN PELAKSANAAN PROGRAM

Tarikh : 13-14 Januari 2023 (Sabtu-Ahad)


Tempat : SMK Seri Pulai Perdana, Kulai, Johor
Sasaran : PSS (25) Krew TVPSS(15)

6. JAWATANKUASA KERJA

Pengerusi : Puan Hajah Salwati Binti Setia (Pengetua)


Timbalan Pengerusi : 1.Puan Hafinaz Binti Agil (PK Pentadbiran)
2.Encik Vigneswaran a/l Munusamy (PK HEM)

Naib Pengerusi :1.Puan Hajah Noralisa Binti Mohd Isa (PK Kokurikul
: 2.Encik Azean Bin Abdullah (Pemangku PK PPKI)
Setiausaha : Puan Roziana Binti Rahman (PSS)
AJK : Semua Guru Pusat Sumber, Panitia Pendidikan Seni
dan Panitia Jasmani Kesihatan

7. IMPLIKASI KEWANGAN

7.1 Sumber Kewangan


Bayaran Pelajar (RM 150.00 x 40 orang) = RM 6000.00
Yuran Khas Sekolah = RM 2000.00
Sumbangan PIBG = RM 2400.00
Sumbangan Koperasi = RM 200.00
Jumlah Keseluruhan = RM 10 600.00

7.2 Anggaran perbelanjaan keseluruhan secara terperinci.


BAYARAN PAKEJ KESELURUHAN RM 6,000.00
(RM 150 x 40 orang)
(Penginapan 2 hari 1 malam, makan 4 kali
sepanjang program, jurulatih, Fasilitator yang
mengendalikan keseluruhan program, kursus
Pengawas PS, Sijil dan Cenderahati, Rekreasi di
Legoland)

Bayaran Bas (RM1000 x 1Bas: Pergi dan Balik) RM 2,000.00


T-Shirt (RM30 x 40 orang) RM 1,200.00
Penginapan dan tiket urusetia (RM 200 x 6 orang) RM 1,200.00
Air Mineral (RM20.00 x 5 Kotak) RM 100.00
Banner RM 100.00
JUMLAH KESELURUHAN RM 10 600.00
7.3 Lampirkan kelulusan pindah peruntukan – sekiranya ada

8. ULASAN JPN / PPD (sekiranya perlu)

9. PENUTUP

Diharapkan matlamat dan objektif yang direncanakan tercapai dengan jayanya


dan pelajar dapat manfaat untuk diaplikasikan dalam menjalankan tugasan dan
tanggugjawab masing-masing di sekolah dan dalam kehidupan seharian
seterusnya dijadikan sebagai satu panduan di masa hadapan. Moga pelajar
menjadi insan yang berguna dan dapat memberi khidmat bakti kepada sekolah,
agama, bangsa dan negara seterusnya menjadi masyarakat Malaysia yang
gemilang, cemerlang dan terbilang.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

………………………………………. ………………………………………….

(ROZIANA BINTI RAHMAN) (HAFINAZ BINTI AGIL)


Guru Perpustakaan dan Media Penolong Kanan Pentadbiran
SMK Mambau SMK Mambau
Tarikh : Tarikh :

Disemak oleh :

……………………………………….

(VIGNESWARAN A/L MUNUSAMY)


Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,
SMK Mambau
Tarikh :
No. Ruj.

KERTAS CADANGAN
KERTAS KERJA
LAWATAN PENANDA ARAS PUSAT SUMBER SMK MAMBAU 2023

KEPUTUSAN PENGURUS SEKOLAH

Meluluskan Kertas Cadangan [Lawatan Penanda Aras Pusat Sumber


SMK Mambau 2023 ]

atau

Tidak meluluskan Kertas Cadangan [Lawatan Penanda Aras Pusat


Sumber SMK Mambau 2023)

Ulasan:

(HAJAH SALWATI BINTI SETIA)


Pengetua
SMK Mambau
Tarikh :
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN MAMBAU, SEREMBAN

KERTAS KERJA
LAWATAN PENANDA ARAS PUSAT SUMBER
SMK MAMBAU TAHUN 2023
(PENGAWAS PUSAT SUMBER, PANITIA PENDIDIKAN SENI VISUAL DAN PANITIA
PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN)

TARIKH:

13 JANUARI 2024 – 14 JANUARI 2024


(SABTU – AHAD)

TEMPAT :

SMK PULAI PERDANA, KULAI, JOHOR


LEGOLAND, JOHOR BAHRU

ANJURAN :

UNIT PUSAT SUMBER


SMK MAMBAU

Anda mungkin juga menyukai