Anda di halaman 1dari 6

17 DAN 18 JANUARI 2023

SELASA & RABU

KERTAS KERJA
KEMBARA PENDIDIKAN
LUAR KE NEGERI
MELAKA BANDARAYA
BERSEJARAH

PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI


SK ANTARA GAPI
JALAN GAPI 1A, ANTARA GAPI
48200 SERENDAH, SELANGOR
PPKI SK Antara Gapi-2022/23

KERTAS KERJA KEMBARA PENDIDIKAN LUAR


KE MELAKA BANDARAYA BERSEJARAH

1.0 PENGENALAN
Aktiviti Pendidikan luar sekolah merupakan pembelajaran non-formal, di mana
ianya merangkumi aspek komunikasi yang teratur dan terarah di luar kawasan
sekolah yang membolehkan murid memperoleh informasi, pengetahuan, latihan
mahupun bimbingan yang sesuai dengan usia dan keperluan hidup disamping
meningkatkan keterampilan, sikap dan nilai-nilai murni murid.

2.0 RASIONAL
Perlaksanaan program Pendidikan luar sekolah ini dapat memberikan interaksi
sosial murid secara bebas dengan orang luar. Malah ianya dapat mencipta
pengalaman terindah disamping meningkatkan pengetahuan murid tentang sejarah
disesebuah kawasan yang akan dilawati. Dengan kembara yang dijalankan ini juga
mampu untuk murid menceritakan kembali kepada ahli keluarga serta rakan-rakan
terdekat tentang pengalaman mereka melawat ke negeri lain.Oleh yang demikian,
besarlah harapan kami sekiranya MBPK SKAG ini diberi peluang untuk merasai
pembelajaran di luar bilik darjah demi kebaikan mereka.

3.0 MATLAMAT/ TUJUAN


Aktiviti lawatan yang dianjurkan ini memberikan penededahan kepada MBPK
SKAG tentang keselamatan ketika berada di luar kawasan sekolah seterusnya
meningkatkan pengetahuan tentang amalan pembudayaan orang-orang di negeri
Melaka serta sejarah penjajahan tanah melayu dan pahlawan melayu di Melaka.

4.0 OBJEKTIF
4.1 Menambah/meningkatkan keyakinan murid-murid pendidikan khas
4.2 Memperkembangkan kemahiran bahasa untuk berkomunikasi, berinteraksi dan
bersosialisasi dengan menepati tata susila masyarakat majmuk
4.3 Memahami perkembangan jasmani dan menguasai kemahiran motor untuk
melibatkan diri dalam aktiviti riadah
4.4 Mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian
4.5 Menepati masa yang ditetapkan

5.0 PELAKSANAAN
5.1 Tarikh lawatan : 17 dan 18 Januari 2023
5.2 Hari : Selasa dan Rabu
5.3 Tempat : Melaka Bandaraya Bersejarah
5.4 Bilangan Murid PPKI : 30 orang
5.5 Bilangan Guru / PPM : 12 orang
5.6 Negara yang dilawati : Dalam Negeri

1
PPKI SK Antara Gapi-2022/23

6.0 KUMPULAN SASARAN


Murid, guru dan PPM PPKI SKAG.

7.0 JAWATANKUASA INDUK


Penasihat : Puan Sarina binti Shaari (Guru Besar SK Antara Gapi)
Penyelaras : S. Hasliza binti Hamzah
Setiausaha : Fairulliza Binti Abdu Rashid
Bendahari : Norwati binti Hashim @ Yahya

8.0 JAWATANKUASA PELAKSANA


AJK Makanan Dan Minuman : Mariam binti Zakaria
Aidasari binti Desa
AJK Disiplin : Syaffin bin Shah Johan
Siti Maisarah binti Yaacob
Wan Mastura binti Wan Mahamood
AJK Keselamatan Dan Kecemasan : Muhammad Akmal bin Muhammed
Masitah Binti Othman
AJK Pengangkutan : Wan Nurulhafiza binti Mahmud
AJK Dokumentasi : Fairulliza Binti Abdu Rashid
AJK Fotografi : Hanizah binti Bashir

9.0 TENTATIF PROGRAM

Hari Masa Aktiviti


Hari Pertama 7.00 pagi Berkumpul di SK Antara Gapi dan bergerak ke
17 Jan 2023 Melaka
Selasa 7.30 pagi Bertolak dari SK Antara Gapi ke Melaka
Bandaraya Bersejarah
10.30 pagi Lawatan Muzium Samudera Fasa 1
Lawatan Muzium Samudera Fasa 2 / Muzium
TLDM
Galeri Kastam
12.30 t/hari Check in Hotel
Makan Tengahari dan Solat
2.30 t/hari Melaka River Cruise
4.30 petang Lawatan Ke Taming Sari
8.00 petang Makan Malam
9.00 petang Aktiviti Bebas Dataran Pahlawan (Beca
Bandaraya Melaka)
10.30 malam Pulang ke Hotel (Istirehat)
2
PPKI SK Antara Gapi-2022/23

Hari Kedua 8.00 pagi Check Out Hotel


18 Jan 2023 Sarapan Pagi
Rabu 9.00 pagi Lawatan ke Kubu A’Famosa
Shopping Cenderahati Melaka
11.00 pagi Istana Kesultanan Melayu Melaka
12.00 t/hari Perigi Hang Tuah
1.00 petang Makan t/hari
Solat Di Masjid Selat Melaka ( Masjid Terapung)
3.00 petang Bertolak Pulang
6.00 petang Tiba di SK Antara Gapi

10.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

PENDAPATAN JUMLAH PERBELANJAAN JUMLAH

PCG (Bantuan kurikulum RM 2000 Pengangkutan RM2'000


Pendidikan khas) (Bas persiaran)

Bayaran Murid
RM200 x 39 murid RM7800 Pakej RM10’200
RM200 x 12 guru dan PPM RM 2400 - Hotel
- Makan dan minuman
- Tiket
- Insurans
Jumlah RM 12’200 RM 12’200

11.0 PENUTUP
Diharapkan dengan adanya aktiviti ini dapat membantu meningkatkan
perkembangan emosi, kognitif dan sosial murid-murid istimewa ini. Semoga aktiviti
seperti ini dapat menjadi aktiviti tahunan bagi MBPK SKAG ini.

3
PPKI SK Antara Gapi-2022/23

Disediakan oleh: Disemak oleh:

………………………………………… …………….……………………
FAIRULLIZA BINTI ABDU RASHID S. HASLIZA BINTI HAMZAH
Penyelaras Lawatan Penolong Kanan Pendidikan Khas
PPKI SK Antara Gapi SK Antara Gapi

Disahkan / disokong:
___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________

……………………………
SARINA BINTI SHAARI
Guru Besar
SK Antara Gapi

4
PPKI SK Antara Gapi-2022/23

Anda mungkin juga menyukai