Anda di halaman 1dari 6

KERTAS KERJA LAWATAN PENANDA ARAS SK BOTA KIRI

PROGRAM LAWATAN
PENANDA ARAS DAN MEMBINA
JARINGAN 2022
SK LANGKAWI

PADA

4-6 NOVEMBER 2022

HARI

JUMAAT – AHAD
4 NOVEMBER – 6 NOVEMBER 2022

ANJURAN

KELAB GURU DAN KAKITANGAN SK BOTA KIRI


KERTAS KERJA LAWATAN PENANDA ARAS SK BOTA KIRI

1.0 Pendahuluan

Lawatan penanda aras adalah untuk perkongsian pintar, sebagai penanda aras  dan


perolehan input-input yang berguna yang boleh dijadikan panduan dan rujukan. Secara tidak
langsung, program seperti ini dapat membina jaringan antara sekolah-sekolah lain. Lawatan
penanda aras kali pertama pada tahun 2022 ini menghala ke Sekolah Kebangsaan Langkawi. Sekolah
ini dipilih kerana kecemerlangan sekolah tersebut dalam pencapaian kurikulum. Lawatan ini
telah mendapat kerjasama yang baik daripada ahli kelab guru dan kakitangan sekolah.

2.0 Objektif Lawatan


2.1 .Dapat meningkatkan pengetahuan dan pengalaman guru-guru di dalam pengurusan sekolah.
2.2 Dapat memberi pendedahan kepada guru tentang organisasi dan sejarah sekolah serta pengurusan
kurikulum, hal ehwal pelajar dan ko kurikulum.
2.3 Dapat mengadakan perbincangan dari segi akademik, pengurusan dan infrastrutur
yang sedia ada sebagai penanda aras dalam membuat penambahbaikan yang diperlukan oleh SK
Bota Kiri dan dapat melihat operasi dan perjalanan sekolah-sekolah berprestasi tinggi.

3.0 Rasional Lawatan :


3.1 Guru-guru dapat mengenal pasti kekuatan sumber dan anggota organisasi yang sedia ada serta
menjalin silaturrahim dan bertukar-tukar idea dalam usaha meningkatkanpencapaian akademik dan
pengurusan yang berkaitan.
3.2 Guru-guru dapat pendedahan dan idea baru untuk disesuaikan dengan persekitaran dan pelajar yang
ada di SK Bota Kiri
3.3 Lawatan penanda aras adalah satu program yang dilaksanakan untuk melawat,berkongsi idea,
pengalaman dan perkongsian antara sekolah dengan sekolah lain.
3.4 Adanya lawatan seumpama ini ke sekolah-sekolah di negeri lain ianya akan dapat membina
jaringan hubungan yang baik antara kedua-dua buah sekolah.

4.0 Kumpulan sasaran

53 orang peserta

5.0 Tarikh
KERTAS KERJA LAWATAN PENANDA ARAS SK BOTA KIRI

4-6 November 2022 -3 hari 2 malam (Jumaat –Ahad)

6.0 Senarai AJK

Penasihat : Farahdila binti Abu Seman (Guru Besar SK Bota Kiri)


Pengerusi 1 : Ahmad Hisham bin Mohd Tahir (PK HEM)
Pengerusi 2 : Zamzuri bin Ismail (PK KOKU)
Pengerusi 3 : Pn.Hajah Noorasiah bt Nawawi (PK Pentad)
Penyelaras : Faridah binti Musa
Setiausaha : Nor Asidah binti Alias
Bendahari : Suria binti Mohd Nor

Surat Menyurat/ Bacaan doa Pengangkutan ( SKBK-Jeti/ Jeti-SKBK)


1. Ustaz Rashid 1. Ustaz Rashid
2. Salehuddin
Pengangkutan (Langkawi) Pengurusan Makanan & Tempahan
1. Yuslizah binti Selamat (kereta) 1. Nor Asidah binti Alias (Pengurusan
2. Dahlia Farahana binti Muhamad makanan)
(bas) 2. Dahlia Farahana binti Muhamad
(tempahan)
Tempahan tiket Pengurusan peserta/penginapan
1. Noor Azma binti Muhd Tuha 1. Suria binti Mohd Nor
2. Khairul Akmam binti Khushairi
Fotografi/Dokumentasi Mini sukaneka/ hadiah
1. Fairuz binti Fakhrurazi 1. Norazimah binti Suratman
2. Maimunah binti Megat Adnan 2. Mashitah binti Mohamad
KERTAS KERJA LAWATAN PENANDA ARAS SK BOTA KIRI

7.0 Anggaran perbelanjaan

PENDAPATAN RM PERBELANJAAN RM

BAYARAN GURU PENGANGKUTAN (LANGKAWI) 1500.00


SUMBANGAN PENGINAPAN 3600.00
MAKANAN – 3083.00
minum ptg 5.00x53=265
sarapan 6.00x53=318
sarapan 6.00x53=318
mkn mlm 9.00x53=477
BBQ dewasa 35x38=1330
budak 25x15=375

TIKET LAWATAN 2362.00


(5 IN 1)
SKYBRIDGE + SKYCAB + SKYDOME +
SKYREX + 3D Art Langkawi

DEWASA RM47 x 38 = RM1786


KANAK2 RM36 x 16 = RM 576

TIKET FERI (DUA HALA) 2108.00

DEWASA RM42 x 38 = RM 1596


KANAK2 RM32 x 16 = RM 512
KERTAS KERJA LAWATAN PENANDA ARAS SK BOTA KIRI

8.0 Tentatif program

Hari Pertama 4 September 2022 - 4 jam lawatan


12.30 pagi - bertolak dari SKBK
JUMAAT 4.00-5.00 pagi - rehat/mandi di RnR Gurun
4/11/2022 6.30 -7.00 pagi - solat di Masjid Terapung Kuala Perlis
7.00 - 8.00 pagi - sampai jeti Kuala Perlis/sarapan
8.30 pagi - menaiki feri
10.00 - sampai jeti Kuah
10.00-2.00 ptg - cable car, sky dome, sky red, 3d art museum
2.00 – 5.00 ptg - check in hotel , minum petang, solat, rehat
5.00-6.00 ptg - mini sukaneka
8.00 mlm - makan malam dan aktiviti bebas
5 September 2022 - Hari ke 2 full day 8.00pg - 6.00ptg
SABTU 7.00 - 8.00 pagi - sarapan
5/11/2022 8.30 pagi - bertolak dan melawat ke
1.t-shirt printing
2.makan mahsuri
12.00- 1.00 tgh hari – makan tengah hari
1.00-4.30 ptg - shopping ke Idaman Suri, Billion Duty Free,
Rams Home Deco, HIG kompleks
5.00 ptg - minum petang, solat, rehat
5.00-6.00 ptg - aktiviti bebas
8.00 mlm - BBQ dan aktiviti bebas
6 September 2022 - Hari ke 3 (3 jam)
AHAD 7.00 – 8.00 pagi – Sarapan pagi
6/11/2022 8.00 – 9.30 pagi - Lawatan penanda aras sekolah SK Seri Negeri
/ Aktiviti bebas
9.30 -10.30 - Shopping HIG kompleks
10.30 - Hantar ke jeti
12.30 - Menaiki feri ke Kuala Perlis
3.00 - Bertolak balik ke SKBK
KERTAS KERJA LAWATAN PENANDA ARAS SK BOTA KIRI

10.0 SENARAI NAMA PESERTA LAWATAN

BIL NAMA

11.0 PENUTUP

Diharapkan program lawatan penanda aras dan membina jaringan 2022 ini dapat
membuka minda dan seterusnya memberi impak besar kepada kumpulan sasaran
kerana program seperti ini mampu menyemai rasa bangga dan yakin dengan
kemajuan dan pencapaian sekolah. Pendedahan dan perkongsian idea baru ini
diharapkan dapat di terapkan kepada murid-murid SKBK.

Disediakan oleh Disahkan oleh

.................................. .........................................
(Nor Asidah binti Alias) (Farahdila binti Abu Seman)
Setiausaha Guru besar
Lawatan Penanda Aras SK Bota Kiri

Anda mungkin juga menyukai