Anda di halaman 1dari 4

KERTAS CADANGAN

NAMA PROGRAM / AKTIVITI : FESTIVAL KESENIAN ANTARABANGSA


TAHUN 2021

YBrs. GURU BESAR SK BAHANG PENAMPANG,

TAJUK KERTAS CADANGAN


FESTIVAL KESENIAN ANTARABANSA

2. PENGENALAN / LATAR BELAKANG PROGRAM


Festival Kesenian Sabah Antarabangsa 2021 atau 2021 Sabah International Arts Festival merupakan satu
program peringkat antarabangsa yang menjadi medan mempamerkan kepelbagaian persembahan
busana tradisional yang menjadi budaya etnik dan bangsa di Malaysia dan luar negara. Program ini
merupakan salah satu usaha membentuk perpaduan dan integrasi kaum melalui penghargaan terhadap
seni budaya menyemarakkan aktiviti kokurikulum dalam kalangan murid-murid tanpa mengira bangsa
dan keturunan baik di dalam mahupun luar negara.
-Program baharu / tahunan
-Punca kuasa / arahan (jika ada)
-Pekeliling / SPK / GP / Surat Siaran yang berkaitan)

3. OBJEKTIF PROGRAM
3.1 Tujuan
 Meningkatkan penyertaan murid dalam program antarabangsa yang menjadi salah satu KPI
(Key Performance Indicator) Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah.
 Menggalak serta menarik minat secara khusus golongan murid mengenali, mempelajari dan
menghayati jenis busana tradisional yang ada di dalam dan luar negara Malaysia.
 Memupuk minat dalam kalangan murid untuk meminati dan menyanjungi busana tradisional di
samping mencungkil serta memberi sokongan secara moral kepada bakat dan kebolehan yang
ada dalam diri mereka.
 Memartabatkan busana tradisional negara sebagai salah satu khazanah warisan yang perlu
dipertahankan serta memperkukuhkan kewujudannya agar tidak luput ditelan zaman.
 Menjadikan masa lapang murid digunakan secara berfaedah dan tidak hanya melayari
permainan video dan internet sahaja.

3.2 Outcome
 Merealisasikan dua daripada enam aspirasi murid dalam Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia (PPPM) 2013-2025 Kementerian
 Pendidikan Malaysia iaitu identiti nasional dan pengetahuan.
 Meningkatkan pencapaian markah murid dalam Penilaian Aktiviti Jasmani, Sukan dan
Kokurikulum (PAJSK) peringkat antarabangsa.
 Festival ini dirangka bagi memberi impak yang positif dalam memupuk bakat dan potensi murid
dalam peragaan busana tradisional dengan bantuan guru, ibubapa dan penjaga murid dalam
mendepani cabaran COVID-19 pada masa kini.
 Menggalakkan penyertaan murid dalam kegiatan kokurikulum sehingga ke peringkat yang lebih
tinggi secara terancang.
 Mencungkil bakat dan mengesan kebolehan murid dalam bidang peragaan busana tradisional.
 Memperkembangkan bakat, kreativiti, daya komunikasi dan interaksi melalui pertandingan.
 Memupuk disiplin dan semangat persaingan yang positif dalam kalangan murid.

4. KUMPULAN SASAR –
4.1
 Pertandingan ini terbuka kepada semua murid sekolah berumur 10 hingga 17 tahun di bawah
Kementerian Pendidikan Malaysia dan sekurang-kurangnya tiga (3) buah negara luar Malaysia.

5. BUTIRAN PELAKSANAAN PROGRAM


Tarikh : 20 SEPTEMBER- 20 OKTOBER 2021
Tempat : SECARA MAYA

6. JAWATANKUASA KERJA

PENGERUSI:
PN. SA’ADIAH BINTI ZAKARIA

GURU PEMBIMBING:
1.PUAN ADRIANA PATRICK

AJK PELAKSANA:
PUAN DEBRA EMILDHA BARAHIM

7. IMPLIKASI KEWANGAN
7.1 Sumber Kewangan – KOKUM
7.2 Anggaran perbelanjaan keseluruhan secara terperinci
RM 250

SUMBER
ANGGARAN
PERKARA KUANTITI JUMLAH RM KEWANGAN
RM
1. BUSANA
(PAKAIAN ETNIK MURUT 1 150 150 KOKUM
LENKAP)
2. TATARIAS
1 80 80 KOKUM
(MAKEUP & HAIRDO)
JUMLAH RM 230

8. ULASAN JPN / PPD (sekiranya perlu)


___________________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________________

9. PENUTUP

Sekolah Kebangsaan Bahang pertama kalinya menyahut cabaran bagi menyertai pertandingan ini, dan
bertanding pada peringkat antarabangsa. Pertandingan ini juga dapat membantu guru meningkatkan
tahap kemampuan guru melaksana dan menguruskan murid luar daripada bidang kerja.

Pertandingan ini juga memberikan pelauang kepada murid untuk mengikuti pertandingan peringkat
antarabangsa dan mendapatkan pengitirafan dalam bidang kokum dan PAJSK.

Disediakan Oleh: ADRIANA PATRICK Disemak oleh: GURU BESAR

…………………………………………………………………… ……………………………………………………………………

Nama: ADRIANA PATRICK Nama: PN. HAJAH SA’ADIAH BINTI ZAKARIA


Jawatan: GURU PEMBIMBING Jawatan: GURU BESAR
Nama Sekolah: SK BAHANG PENAMPANG Nama Sekolah: SK BAHANG PENAMPANG
Tarikh: 18 OKTOBER 2021 Tarikh: 18 OKTOBER 2021
KERTAS CADANGAN [FESTIVAL KESENIAN ANTARABANGSA]

KEPUTUSAN PENGURUS SEKOLAH

Meluluskan Kertas Cadangan [Nama Program / Aktiviti]

Atau

Tidak meluluskan Kertas Cadangan [Nama Program / Aktiviti]

Ulasan:
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………

(____________________________)
(Jawatan)
(Nama Sekolah)
Tarikh:

Anda mungkin juga menyukai