Anda di halaman 1dari 3

SOALAN

PENDIDIKAN SENI VISUAL


TAHUN 4

Pilih satu soalan sahaja:

1. Hasilkan sebuah karya gambar buah-buahan menggunakan teknik


gosokan. Kamu bolah menggunakan permukaan yang terdapat di sekitar
kelas kamu.

2. Hasilkan sebuah karya yang menggambarkan kamu pergi berkelah di tepi


pantai bersama keluarga. Anda boleh hasilkan gambar tersebut dengan
teknik catan atau lukisan.

3. Hasilkan corak berulang yang menarik untuk hiasan dinding dengan


menggunakan teknik capan atau cetakan. Motif corak adalah berdasarkan
alam semulajadi. Blok cetakan boleh dibuat daripada kentang atau
sebagainya dan hendaklah dibuat semasa peperiksaan pendidikan seni;

4. Hasilkan satu model alat pertahan diri. Contohnya model keris, pisau,
parang dan pedang.
SOALAN
PENDIDIKAN SENI VISUAL
TAHUN 5

Pilih satu soalan sahaja:

1. Gambarkan suasana kanak-kanak sedang bermain di padang permainan.


Anda boleh gunakan teknik catan atau lukisan untuk menghasilkan karya
tersebut.

2. Hasilkan satu topeng muka haiwan yang menarik dan berwarna-warni.


Gunakan kreativiti kamu untuk menghias dan mewarnakan topeng muka
haiwan tersebut.

3. Hasilkan corak yang bermotifkan flora secara berulang-ulang. Gunakan


teknik cetakan. Blok untuk mencetak boleh dihasilkan daripada kentang
atau sebagainya dan dibuat ketika masa peperiksaan pendidikan seni.

4. Hasilkan satu model wau bulan yang boleh dihasilkan dengan teknik
lipatan dan guntingan. Contohnya model tersebut boleh dihasilkan dengan
menggunakan kertas lukisan, kertas warna atau sebagainya.

5. Hasilkan satu poster bertemakan ” MEMBACA MENJANA ILMU ”. Anda


juga boleh menggunakan tema tersebut sebagai tajuk poster. Huruf muka
taip pada akhbar atau majalah boleh digunakan sebagai huruf bagi
menghasilkan tajuk poster.
SOALAN
PENDIDIKAN SENI VISUAL
TAHUN 6

Pilih satu soalan sahaja:

1. Hasilkan sebuah lukisan gambar pemandangan di tepi air terjun. Gunakan


teknik catan atau lukisan bagi menghasilkan gambar tersebut.

2 Hasilkan satu topeng serkup yang menarik. Gunakan kreativiti anda untuk
menghias dan mewarnakan topeng serkup tersebut.

3 Hasilkan satu corak berulang bermotifkan flora dengan susunan grid


separa jatuh atau susunan batu bata dengan menggunakan teknik
cetakan. Anda boleh menggunakan apa sahaja bahan/alat yang sesuai
untuk membuat blok cetakan dan blok dibuat ketika masa peperiksaan

4 Hasilkan kad ucapan SELAMAT HARI GURU. Hasilkan sekeping kad


yang kreatif. Anda boleh menggunakan pelbagai jenis bahan dan alat
yang sesuai untuk menghasilkan kad tersebut.

5 Hasilkan corak batik yang kreatif dan menarik. Gunakan teknik resis untuk
menghasilkan corak batik tersebut.

Anda mungkin juga menyukai