Anda di halaman 1dari 1

SK (1) JALAN BATU TIGA, KLANG

PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2013 PENDIDIKAN SENI VISUAL TAHUN 5


MASA: 1 JAM 50 MINIT

ARAHAN: 1. Pilih satu soalan sahaja 2. Anda dikehendaki menggunakan kertas lukisan bercop sekolah. 3. Bahan-bahan lain yang diperlukan hendaklah dibawa sendiri. SOALAN: 1. Bidang : Menggambar Tajuk : Hasilkan sebuah gambar suasana pemandangan perkampungan di tepi pantai, di mana terdapat beberapa penduduk kampung sedang bermain wau atau layang-layang. Bahan : Krayon/warna pensel/berus warna dan kertas lukisan. 2. Bidang : Membuat Corak dan Rekaan Tajuk :Hasilkan sehelai selendang menggunakan teknik resis. Bahan : Kertas lukisan, krayon atau lilin, dan warna air. 3. Bidang : Membentuk dan Membuat Binaan Tajuk : Anda seorang arkitek. Anda dikehendaki mereka bentuk sebuah rumah. Sediakan model rumah tersebut. Anda boleh menggunakan kotak-kotak mahupun kertas keras. Bahan : Kotak, kertas keras, pemotong (gunting/pisau + pembaris) dan gam UHU. 4. Bidang : Mengenal Kraf Tradisional Tajuk : Hasilkan sebuah pasu tembikar yang cantik menggunakan teknik kolaj. Anda boleh menggunakan kertas warna, kain perca atau alam semulajadi seperti daun-daun kering, ranting dan sebagainya untuk menghasilkan pasu tembikar ini. Bahan : Kertas lukisan, gam air/gam UHU, kain perca/ kertas warna/ alam semulajadi (daun-daun kering, ranting, rumput dan sebagainya) gunting dan sebagainya.
Soalan Tamat

Anda mungkin juga menyukai