Anda di halaman 1dari 42

Kata ganti nama diri

1. _____________ dinasihatkan agar menjawab semua soalan dalam tempoh satu jam tiga
puluh minit.
A. Awak
B. Engkau
C. Anda
D. Tuanku

2. _____________ berdua tiba malam tadi dengan menaiki kereta api, kata Syukur dan
isterinya kepada Pak Long.
A. Kita
B. Kalian
C. Saya
D. Kami

3. ___________tidak dapat datang untuk merasmikan pelancaran majlis itu kerana ada
urusan penting di pejabat Menteri Besar.
A. Dia
B. Beliau
C. Ia
D. Mereka

4. ____________ mohon kepada-Mu Tuhan supaya memanjangkan usia kedua-dua orang


tuanku.
A. Saya
B. Aku
C. Kami
D. Kita

5. Titah perintah ___________ itu telah patik laksanakan, kata Bendahara Melaka kepada
Sultan Mansur Shah.
A. patik
B. tuanku
C. hamba
D. beliau

6. Dalam titah ucapan sempena Kembara Mahkota Perak, _____________ sultan mahu agar
semua rakyat di negeri ini dapat menikmati kemudahan dan pembangunan yang
disediakan oleh kerajaan negeri.
A. baginda
B. beta
C. tuanku
D. paduka
1
7. _____________ mahu Laksamana bersembunyi di hujung negeri ini, kata Bendahara
Tun Perak kepada Laksamana hang Tuah.
A. Beta
B. Hamba
C. Tuan hamba
D. Tuanku

8. Tuanku, ___________ akan menyiasat aduan saudagar-saudagar itu dengan segera,


sembah Bendahara Tun Ali.
A. hamba
B. beta
C. patik
D. baginda

9. Apakah gerangannya maka ____________ menitahkan hamba ke istana seberapa


segera? hati Tuan Ali tertanya-tanya.
A. baginda
B. tuan hamba
C. beta
D. patik

10. _________ pacal yang hina, datang menghadap ___________, sembah Hang Tuah
kepada Sultan Melaka.
A. Beta..hamba
B. Patik..tuanku
C. Patik .baginda
D. Hamba.tuanku

Kata Adjektif

1. Mak Limah menggunakan limau kasturi untuk menghilangkan bau _______________


ikan pari itu.
A. hamis
B. hanyir
C. hangit
D. hapak

2. Seharian membanting tulang di kebun sawit menyebabkan Pak Abu berasa sangat
____________ dan ingin tidur awal agar lebih segar pada esok hari.
A. lemah
B. capik
2
C. lesu
D. letih

3. Cikgu Amin kelihatan sungguh ____________ apabila berbaju Melayu lengkap ke


sekolah pada setiap hari Jumaat.
A. rapi
B. kemas
C. tampan
D. anggun

4. Hari Kebangsaan pada tahun ini disambut dengan ____________ oleh semua lapisan
masyarakat di negara kita.
A. meriah
B. gembira
C. seronok
D. megah

5. Semua bajunya menjadi _______________ kerana badannya semakin berisi.


A. singkat
B. panjang
C. longgar
D. ketat

6. Kakak memasak nasi ____________ untuk adik kerana dia belum tumbuh gigi.
A. halus
B. empuk
C. lembut
D. lembik

7. Ubi kayu yang direbus oleh Alia masih belum _____________ kerana apinya terlalu
perlahan.
A. rangup
B. empuk
C. rapuh
D. lembik

8. Baju yang dipakai oleh Sarimah kelihatan ____________ kerana telah lama digunakan.
A. luntur
B. lusuh
C. koyak
D. kabur

9. Wajah Amira ______________ wajah ibunya semasa kecil dahulu.


A. hampir
B. nyaris
3
C. mirip
D. iras

10. Tangkai bunga itu __________ semasa disunting oleh Tuan Puteri Mayang Sari.
A. genting
B. senget
C. bengkok
D. gentas

Kata Hubung

1. _____________ menanti padi masak, Pak Mail menanam jagung untuk menambah
pendapatan keluarganya.
A. Ketika
B. Semasa
C. Tatkala
D. Sementara

2. _____________ senja tiba, kelawar berterbangan keluar mencari makanan.


A. Setelah
B. Apabila
C. Walaupun
D. Meskipun

3. Puan Hasnah tetap cekal menghadapi segala cabaran dalam dunia perniagaan
______________ terpaksa bersaing dengan usahawan lelaki.
A. jika
B. hingga
C. apabila
4
D. kendatipun

4. Anak-anak penyu itu akan dilepaskan ke laut ____________ sudah menetas.


A. sehingga
B. apabila
C. Jika
D. Kalau

5. Kamu boleh memilih untuk pergi ke pameran lukisan ________ ke pusat kraf tangan.
A. atau
B. ketika
C. semoga
D. semenjak

Penanda Wacana

1. Anak Encik Manaf berpeluang melanjutkan pelajaran ke luar negara. __________anak


Pak Man.
A. Akhirnya
B. Begitu juga
C. Akhir sekali
D. Dengan itu

2. Sejak kecil lagi, Pak Abas sudah gerun akan laut ________________ pada usianya yang
semakin lanjut ini.
A. oleh sebab itu
B. namun demikian
C. lebih-lebih lagi
D. biarpun demikian

3. Kehidupan Anita sungguh sempit bagaikan kais pagi makan pagi, kais petang makan
petang. _________ semangatnya masih kukuh untuk berusaha mencapai cita-citanya.
A. Biarpun demikian
B. Lebih-lebih lagi
C. Oleh sebab itu
D. Tambahan pula

4. Cikgu Rafeah sentiasa memarahi murid-muridnya. ___________murid-muridnya tetap


menghormatinya kerana beliau guru yang berdedikasi.
5
A. Oleh yang demikian
B. Justeru
C. Oleh sebab itu
D. Namun begitu

5. Dato menyampaikan ucapan. _____________ beliau merasmikan penubuhan syarikat


itu.
A. Seterusnya
B. Meskipun
C. Mungkin
D. Namun

Bahasa Istana

1. Sultan Perak telah ______________ untuk merasmikan bangunan baharu Sekolah


Kebangsaan Seri Permai.
A. mencemar duli
B. menjunjung duli
C. merafak sembah
D. menjunjung titah

2. Baginda dilindungi ___________ semasa bersiar-siar di taman.


A. kaus
B. iram-iram
C. bahtera
D. cokmar

3. Apabila hari menjelang petang tuanku permaisuri pun _______________.


A. beradu
B. bersantap
C. bersiram
D. bersemayam

4. ______________ yang disediakan untuk baginda amatlah lazat.


A. Peraduan
B. Pusara
C. Bahtera
D. Santapan

5. Baginda ___________ di atas tahta di balai mengadap.


A. bersemayam
B. beradu
C. bersiram
6
D. bersantap

Penjodoh Bilangan

1. Mak Munah membeli _______________ rebung dan beberapa __________ petai dari
pasar malam itu.
A. batang ... papan
B. ruas... keping
C. pucuk ...papan
D. pucuk...biji

2. Azwam mengambil beberapa ___________beras dan beberapa ___________kunyit untuk


dibuat beras kunyit.
A. jemput ... jemput
B. genggam ... cubit
C. bungkus ... cubit
D. jemput ... genggam

3. Amin hanya makan ____________ kuih seri muka dan ______________ karipap sabagai
sarapan.
A. ketul .. ketul
B. biji ... ketul
C. ketul ... biji
D. potong ... biji

4. Tuanku menghadiahi____________pakaian dan ____________keris kepada laksamana


itu.
A. sepersalinan ... sebilah
B. sepasang ... sebilah
C. sehelai ... sepucuk
D. sepasang ... sebatang

5. Keempat-empat pendekar itu telah menjadi ketua ____________ di bawah naungan


baginda Sultan Mansur Shah.
A. pasukan
B. angkatan
C. gerombolan
D. ketumbukan

7
Kata Ganda

1. Sejak berhijrah ke Sabah, Alfian tidak ____________ lagi tentang perkembangan yang
berlaku di kampung asalnya di Perak.
A. tahu-menahu
B. tanya-menanya
C. kenal-mengenal
D. tengok-menengok

2. Maimunah menangis _____________ sebaik sahaja menerima berita tentang kemalangan


maut yang menimpa keluarganya.
A. teresak-esak
B. terjerit-jerit
C. tersedan-sedan
D. terbatuk-batuk

3. Adik bongsu Maisarah ________________ meminta dibelikan mainan di pasar raya itu.
A. merayu-rayu
B. meracau-racau
C. merengek-rengek
D. merungut-merungut

4. Pelajar yang berbadan gempal itu ____________ semasa menaiki anak tangga untuk ke
bilik darjahnya di aras tiga blok A.
A. terkial-kial
B. terkocoh-kocoh
C. tergopoh-gopoh
D. tercungap-cungap

5. Tarian yang _____________ itu telah menarik perhatian penonton.


A. simpang-siur
B. lemah-lembut
C. lemah-gemalai
D. lenggang-lenggok

Kata Kerja

8
1. Encik Aiman ______________ rumahnya untuk memberi keselesaan kepada anak-
anaknya sepanjang mereka bercuti di kampung.
A. membaiki
B. meluaskan
C. melebarkan
D. membesarkan

2. Paun Zarina sedang menunjukkan cara _________________ bunga kepada sekumpulan


ahli Persatuan Kaum Ibu di balai raya Kampung Indah.
A. menyusun
B. mengubah
C. mencucuk
D. menggubah

3. Kakak sedang __________ bawang merah untuk menumis sayur sambil mendengar
siaran radio kegemarannya.
A. mengerat
B. menghiris
C. mengupas
D. memotong

4. Pekerja-pekerja Majlis Perbandaran Taiping sedang ________________ dahan pokok


yang terdapat di sepanjang jalan ke lapangan terbang itu.
A. menutuh
B. mengerat
C. menebang
D. memotong

5. Sang Kancil yang cerdik itu berjaya __________ sungai yang dalam dengan tipu
helahnya.
A. melepasi
B. melangkahi
C. mengharungi
D. menyeberangi

6. Guru Pendidikan Seni mengajar kami cara-cara ______________ batik di bilik seni lukis.
A. mencalar
B. mencalit
C. melukis
D. mencelup

9
7. Puan Aishah menjemur kain sambil ____________ anaknya dengan sehelai kain batik
lepas.
A. mengendong
B. mendukung
C. mengelek
D. memikul

8. Anggota pasukan polis merin itu sedang ______________ samudera dan mengejar
dengan laju bot lanun di perairan Malaysia.
A. merempuh
B. meredah
C. mengharung
D. melanggar

9. Kakak segera ________________ lantai dapur yang basah selepas adik tergelincir ketika
melintas di situ.
A. menyapu
B. mengelap
C. menggilap
D. menggosok

10. Pak Majid ___________ pukat yang rosak ketika musim tengkujuh.
A. menyirat
B. membubul
C. menjahit
D. menjalin

Kata Sendi Nama

1. Semua murid baharu diberi taklimat khas_______________ peraturan yang mesti


dipatuhi sepanjang berada di kawasan sekolah.
A. akan
B. dalam
C. tentang
D. terhadap

10
2. Shahrul sangat gemar _________ laksa Pulau Pinang yang dibuat oleh ibu saudaranya.
A. kepada
B. akan
C. tentang
D. terhadap

3. Ibu bapa hendaklah sentiasa mengambil berat __________________ anak-anak mereka


baik dari segi tingkah laku.
A. tentang
B. kepada
C. terhadap
D. pada

4. Bapa membeli segugus buah anggur __________ buah tangan ketika menziarahi
kawannya di hospital.
A. dengan
B. selain
C. seperti
D. sebagai

5. Pak Cik Zainal tidak bersetuju _________ cadangan anaknya untuk menjual tanah
bendang di hujung kampong mereka.
A. akan
B. untuk
C. dengan
D. tentang

Kata majmuk

1. Encik Osman seorang ___________ di syarikat yang terkemuka itu.


A. kakitangan
B. warganegara
C. suruhanjaya
D. pesuruhjaya

2. ____________ bahan asid dalam ujikaji itu telah menukarkan warna kertas litmus biru
kepada warna merah.
A. Tindak tanduk
B. Timbang rasa
C. Tindak balas
D. Tingkah laku

11
3. Pengalaman ___________ semasa zaman pemerintahan tentera Jepun masih segar dalam
ingatan Pak Andak Hassan.
A. pahit getir
B. salah laku
C. penat lelah
D. susah payah

4. Kerja-kerja _________ di pelantar minyak itu tidak dapat dijalankan kerana cuaca amat
buruk.
A. mencari gali
B. membaik pulih
C. penyusun atur
D. mengemas kini

5. Kerajaan menggalakkan penggunaan bahan yang ________ untuk mengurangkan


pencemaran alam sekitar.
A. suci murni
B. mesra alam
C. mudah alih
D. mesra pengguna

Imbuhan

1. Semenjak _________________ daripada angkatan tentera, Encik Luqman bekerja


sebagai seorang pengawal keselamatan.
A. disara
B. bersara
C. persaraan
D. kebersaran

2. Cikgu Hasnah telah diamanahkan oleh pihak pengurusan untuk ______________ mata
pelajaran Bahasa Melayu kepada sekumpulan pelajar Cina.
A. mengajar
B. mengajarkan
C. mengajari
D. mempelajari

3. _________________ bumiputera perlu berani bersaing dengan ahli perniagaan bangsa


lain untuk maju dalam perniagaan.
A. Budayawan
12
B. Negarawan
C. Cendekiawan
D. Usahawan

4. Ceramah umum tentang Konsep 1 Malaysia itu telah dipengerusikan oleh seorang tokoh
_______________ yang tidak asing lagi dari Universiti Kebangsaan.
A. sasterawan
B. karyawan
C. wartawan
D. cendekiawan

5. Pegawai itu sedang __________ pelan rumah yang dihantar kepadanya untuk diberi
kelulusan.
A. menghalusi
B. memperluas
C. memperhalusi
D. memperhaluskan

Kata Penguat

1 I Cuaca pada hari ini panas betul.


II Samad sekali kurang minat untuk belajar.
III Pemandangan di Pulau Kapas amat indah
IV Sally kelihatan sungguh manis apabila berbaju kurung.
A. I dan II
B. III dan IV
C. I, II dan III
D . I, III dan IV

2 I Ruang bilik ini sangat sempit.


II Cantik nian puteri-puteri di dalam istana itu.
III Tukang masak itu handal paling memasak makanan barat.
IV Kawan-kawan Ramli sering mengganggunya kerana sikapnya yang lembut
terlalu.
A. I dan II
B. III dan IV
C. I, II dan III
D. I, III dan IV

13
3 I Betul cantik tulisan kamu.
II Ibu jatuh sakit kerana sangat sedih setelah kematian ayah.
III Saya berasa senang sungguh apabila awak dapat membantu saya.
IV Pertumbuhan ekonomi negara meningkat ke tahap yang paling tinggi.
A. I dan II
B. II dan III
C. I, III dan IV
D. II, III dan IV

4 I Comel nian anak kucing ini.


II Nian gemuk badan awak sejak kebelakangan ini.
III Mengapakah mahal sangat baju kegemaran saya ini?
IV Mengapakah lambat agak awak mula mengulang kaji pelajaran?
A. I dan III
B. III dan IV
C. I, II dan III
D. I, III dan IV

5 I Persembahan penyanyi itu hebat sekali.


II Makanan yang dimasak oleh ibu amat sedap sekali.
III Kura-kura amat gembira apabila berjaya mengalahkan arnab.
IV Osman Jalani berasa sedih amat apabila gagal menyertai pasukan badminton
sekolah.
A. I dan II
B. III dan IV
C. I, II dan III
D. I,II, III dan IV

14
Sinonim

1. Cikgu Hisyam menerangkan manfaat aktiviti bersukan kepada murid-muridnya.


Perkataan seerti bagi manfaat ialah
A. hasil
B. faedah
C. ganjaran
D. keuntungan

2. Kita wajar menghargai pengorbanan perwira negara yang gugur di medan perang.
Perkataan seerti bagi gugur ialah
A. jatuh
B. luruh
C. mati
D. tumbang

3. Peragawan-peragawan itu kelihatan segak ketika memperagakan baju batik.


Perkataan seerti bagi memperagakan ialah
A. mempamerkan
B. menayangkan
C. menggayakan
D. menunjukkan

4. Asyraf sanggup bekerja himgga waktu malam asalkan mendapat bayaran yang setimpal
dengan tempoh masanya.
Perkataan seerti bagi setimpal ialah
A. sepadan
B. secocok
C. selaras
D. secukup

5. Sebaik-baik sahaja sampai di dusun, ayah menebas semak samun yang tumbuh melata.
Perkataan seerti bagi menebas ialah
A. menghiris
B. mencantas
15
C. memotong
D. mencencang

Antonim

1. Setiap pelajar hendaklah bergiat aktif dalam aktiviti kokurikulum di sekolah.


Perkataan berlawan bagi aktif ialah
A. tangkas
B. perlahan
C. pasif
D. cergas

2. Kegiatan haram kumpulan penjenayah itu akhirnya terbongkar.


Perkataan berlawan bagi terbongkar ialah
A. terhenti
B. tersebar
C. tertangkap
D. tersembunyi

3. Pengembala itu menambat kambing-kambingnya di padang ragut.


Perkataan berlawan bagi menambat ialah
A. membiarkan
B. melepaskan
C. meninggalkan
D. meleraikan

4. Encik Maniam tergesa-gesa meninggalkan pejabatnya apabila mendapat berita tentang


ayahnya yang sakit tenat di kampung.
Perkataan berlawan bagi tergesa-gesa ialah
A. berlengah-lengah
B. berehat-rehat
C. bergopoh-gapah
D. berlaka-leka

5. Farhan menundukkan kepalanya apabila dimarahi oleh bapanya sambil kakinya menguis-
nguis hujung tikar.
Perkataan berlawan bagi menundukkan ialah
A. menegakkan
B. mengangakan
C. mendongakkan
D. menggelengkan

Simpulan Bahasa

16
1. Budak perempuan itu kelihatan cantik tetapi mempunyai budi pekerti yang tidak sopan.
A. Rambang mata
B. Buah hati
C. Bunga dedap
D. Ibu keladi

2. Zainal tidak mahu bertanggungjawab atas perbuatannya itu kerana malu kepada kedua-
dua orang tuanya.
A. Tutup mata
B. Angkat kaki
C. Lepas tangan
D. Bacar mulut

3. Zahari tidak menyebelahi mana-mana pihak kerana kedua-dua lelaki yang bertengkar itu
kawan baiknya.
A. Buruk siku
B. Atas pagar
C. Ayam tambatan
D. Bidan terjun

4. Puan Salmah sering memenangkan anak sulungnya setiap kali mereka bergaduh adik-
beradik.
A. Pilih kasih
B. Mata duitan
C. Rambang mata
D. Ambil berat

5. Dalam msyarakat itu, Sudin telah memberikan ________ yang cukup bernas.
A. Buah hati
B. Buah nmulut
C. Buah fikiran
D. Buah tangan

6. Arman telah terambil duit syarikatnya yang banyak sejak dia bekerja di situ.
A. Mata duitan
B. Gelap mata
C. Wang muka
D. Wang saku

7. Sikap Ah Ming yang __________kerana cepat marah menyebabkan kawan-kawannya


selalu__________apabila bertembung dengannya.
A. telinga nipisangkat kaki
B. telinga kualiangkat mata
C. telinga lintahangkat muka
17
D. telinga tempayanangkat bakul

8 . Nazmi segera __________ setelah menyedari kehadiran Jefri yang selalu menghinanya.
A. angkat diri
B. angkat bakul
C. angkat kaki
D. angkat muka

9. Untuk memastikan peniaga mengaut keuntungan yang banyak, mereka dinasihati agar
tidak
mengambil __________.
A.jalan mati
B.jalan tengah
C.jalan belakang
D.jalan keluar

10. Saya tidak setuju dengan __________Hani yang menyokong budaya moden.
A.buah tangan
B.buah mulut
C.buah fikiran
D.bulat fikiran

11. _________awak membiarkan anak kucing itu kesejukan dan kelaparan, kata Husnina
Dayani
kepada kawannya.
A .Ada hati
B.Berat hati
C.Busuk hati

18
D.Sampai hati

12. Mak Mila suka __________ ke seluruh kampung untuk menceritakan keburukan perangai Pak
Raof.
A.isi mulut
B.bawa mulut
C.ringan mulut
D.mulut tempayan

13. Zailina pitam walaupun baru lima minit sahaja beratur di bawah panas di tengah-tengah
padang.

Pilih simpulan bahasa yang sesuai dengan situasi di atas.

A.Puteri lilin.

B.Patah hati

C. Panas hati.

D. Putih mata.

14. Simpulan bahasa yang berkaitan dengan situasi dalam gambar.


A. alih angin
B. ambil angin
C. naik angin
D. ada angin

15. Simpulan bahasa yang berkaitan dengan situasi dalam gambar.

19
A.untung bersih
B.untung batu
C.untung sabut
D.untung bersih

Peribahasa

1. Rahman dan Ramzan berselisih faham tentang pembahagian harta peninggalan bapa
mereka tetapi setelah dinasihati akhirnya mereka berbaik-baik semula.
A. Ada air adalah ikan
B. Air pun ada pasang surutnya
C. Air dicencang tidak akan putus
D. Air digenggam tidak tiris

20
2. Puan Ani berang akan sikap pembantu rumahnya yang hanya membuat kerja apabila
disuruh sahaja.
A. Belakang parang jika diasah lagikan tajam
B. Pahat dengan penukul
C. Mencurahkan air ke daun keladi
D. Aur dengan tebing

3. Pada bulan Ramadhan setiap tahun, penduduk Kampung Boyan akan bergotong-royong
memasak bubur.
A. Ada udang di sebalik batu
B. Bagai kacang lupakan kulit
C. Bagai aur dengan tebing
D. Ada gula ada semut

4. Beliau berazam untuk menyiapkan filem pertama arahannya walaupun menghadapi


pelbagai kesulitan.
A. Belakang parang kalau diasah lagikan tajam
B. Sedikit-sedikit lama-lama menjadi bukit
C. Berat sama dipikul ringan sama dijinjing
D. Genggam bara api biar sampai jadi arang

5. Wabak H1N1 yang merebak serata dunia dengan cepat namun proses pemulihannya agak
lambat.
A. Sediakan payung sebelum hujan
B. Sekali air bah sekali pantai berubah
C. Datang seperti rebut pergi seperti semut
D. Indah khabar dari rupa

6. Semasa Encik Bakri berbincang dengan adik-beradiknya, mereka bersetuju untuk


menjual tanah pusaka tetapi setelah menjualnya pelbagai rungutan yang didengarinya.
A. Mengata dulang paku serpih, mengata orang diri yang lebih
B. Rumah siap pahat berbunyi
C. Nasi sudah menjadi bubur
D. Banyak udang banyak garam, banyak orang banyaklah ragamnya

7. Roslan telah diamanahkan untuk menguruskan kewangan syarikat itu sebaliknya dia telah
menggelapkan wang tersebut.
A. Harapkan pegar, pegar makan padi
B. Melentur buluh biarlah dari rebungnya
C. Siapa makan cili akan terasa pedasnya
D. Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa

21
8. Kampung Jambu terpilih sebagai Kampung Contoh selama tiga tahun berturut-turut
kerana penduduknya saling bekerjasama dan bersatu hati.
A. Di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung
B. Bagai menatang minyak yang penuh
C. Bulat air kerana pembentong, bulat manusia kerana muafakat
D. Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah

9. Adam merupakan anak tunggal dalam keluarga. Oleh itu, dia di jaga__________.
A.bagai haruan makan anak
B.seperti ikan pulang ke lubuk
C.bagai menatang minyak yang penuh
D.seperti harimau menyembunyikan kukunya

10. Kerja menganyam tikar semakin mudah dilakukan apabila selalu dibuat kerana
__________.
A.jauhari juga yang mengenal manikam
B.makin murah makin menaawar
C.alah bisa tegal biasa
D.ada sampan hendak berenang

11. Ahmad seorang yang berpengalaman dalam bidang penulisan novel, tetapi dia tidak suka
menunjukkan kelebihannya. Keadaan ini ___________.
A.bagai haruan makan anak
B.seperti ikan pulang ke lubuk
C.bagai menatang minyak yang penuh
D.seperti harimau menyembunyikan kukunya

12. Penduduk kampong bergotong-royong mendirikan balai raya untuk kemudahan mereka
menjalankan aktiviti . Perumpamaan yang sesuai untuk pernyataan di atas
ialah__________.
A.seperti cincin dengan permata
B.seperti tikus jatuh ke beras
C.bagai aur dengan tebing
22
D.bagai isi dengan kuku

13. Semua jemputan majlis perkahwinan itu terpaku apabila melihat pasangan pengantin
yang sama lawa dan sama padan__________sedang berarak menuju ke pelamin.
A.bagai mentimun dengan durian
B.bagai cincin dengan permata
C.bagai emas baharu disepuh
D.bagai langit dengan bumi

14. Kakak amat gembira apabila menerima tawaran untuk bekerja sebagai jurutera, iaitu
pekerjaan yang memang dihajatinya selama ini.
A.seperti kera mendapat bunga.
B.seperti orang mengantuk disorongkan bantal.
C.bagai mendapat durian runtuh.
D.bagai si kudung mendapat cincin

15. Selamat tinggal pak long dan mak long. Saya amat terhutang budi terhadap pak
long dan mak long yang telah bersusah payah membesarkan dan mendidik saya
sejak kecil. Doakan agar saya berjaya di universiti nanti, ya, pak long,mak long,
ucap Adlin dengan nada hiba sebelum meninggalkan kampong halamannya 10 tahun
yang lalu. Kini, setelah bergelar usahawan muda yang berjaya, Adlin tidak pernah
kembali ke rumah ibu dan bapa saudaranya itu.

Pilih peribahasa yang sesuai dengan situasi di atas.


A.Seperti kaca terhempas ke batu.
B.Bagai kacang lupakan kulit.
C.Seperti ulat dalam batu.
D.Bagai isi dengan kuku.

23
Kata banyak makna

1. I Buku Strategi UPSR saya yang terbaharu akan terbit tidak lama lagi.
II Mentol itu tidak terbit cahaya kerana bekalan elektrik terputus sejak petang tadi.
III Kami menunggu kepulangan nelayan dari laut sejak dinihari sampai matahari
terbit.
IV Pokok mempelam harum manis itu telah terbit buah yang sangat lebat pada
musim ini.
A. I dan II
B. I dan III
C. II dan III
D. III dan IV

2. I Putera bongsu Sultan Salehuddin sedang beradu di kamarnya.


II Pasukan sekolah kami telah menjadi johan dalam beradu catur itu.
24
III Mangsa rompakan beradu kejadian itu dibalai polis yang berdekatan.
IV Kedua-dua pasukan tarik tali itu beradu tenaga untuk menentukan juara.
A. I dan II
B. I dan IV
C. I, II dan III
D. II, III dan IV

3. I Minyak yang telah digunakan beberapa kali itu sudah sengit.


II Perlawanan itu bertambah sengit apabila masing-masing menunjukkan taring
mereka.
III Dia memandang musuhnya dengan muka yang sengit.
IV Muka Aziz, Raju dan Cheng Kok bengkak kerana disengit lebah.
A. I dan II
B. II dan III
C. I dan III
D. III dan IV
4. I Buah mangga yang masih mentah digemari oleh sesetengah orang.
II Pak Jamal belum dapat melupakan peristiwa yang terlalu mentah itu.
III Berkerut-kerut keningnya apabila memikirkan nasibnya yang masih mentah.
IV 80% ekonomi negara bergantung kepada eksport bahan mentah.
A. I dan II
B. II dan III
C. III dan IV
D. I dan IV

5. I Novel yang ditulis oleh Ira menggambarkan cetusan perasaannya.


II Pengunjung terkejut apabila melihat cetusan api pada wayar elektrik di karnival
itu.
III Cetusan tidak puas hati perlu diatasi dengan menenangkan fikiran dan bersabar.
IV Lawatan tersebut dapat menimbulkan cetusan pengalaman kepada murid-murid.
A. I dan II
B. II, III dan IV

25
C. I, II dan IV
D. I. II dan III

6. I Kadar faedah pinjaman bank itu agak tinggi.


II Perbelanjaan harian Mak Teh ala kadar sahaja.
III Dia berjalan-jalan di situ kadar menanti waktu senja.
IV Ismail sempat belajar kadar sekolah rendah sahaja.
A. I dan II
B. I dan III
C. II dan IV
D. III dan IV

7. I Nelayan itu membuat beberapa sawang pada perahunya untuk mengeluarkan air.
II Sawang burung tempua itu tergantung dengan elok pada dahan pokok jambu.
III Para pelancong sedang asyik menyaksikan tarian sawang yang dipersembahkan
semasa majlis perasmian itu.
IV Riduan dan adik-adiknya sedang membersihkan sawang yang terdapat pada
bahagian dinding rumah mereka.
A. I dan III
B. I dan IV
C. II dan III
D. II dan IV

8. I Rambut budak itu menjadi kusut kerana ditiup angin yang kencang.
II Fikirannya bertambah kusut memikirkan masalah keluarganya.
III Muka Aminah kelihatan kusut sahaja hari ini.
IV Badan Lingam kusut sedikit setelah keluar dari hospital.
A. I dan II
B. I dan IV
26
C. II dan III
D. III dan IV
.
9. I Banyak perajurit kita gugur sewaktu mempertahankan negara.
II Adik Athirah yang masih kecil itu gugur dari atas kerusi.
III Buah cempedak itu gugur kerana sudah ranum.
IV Wang syiling Haikal gugur kerana kocek seluarnya berlubang.
A. I dan II
B. I dan III
C. II dan IV
D. III dan IV

10. I Baru lapang dada Puan Rohani setelah masalah itu dapat diatasi.
II Zukry dan Amir bermain layang-layang di kawasan lapang.
III Adibah gemar membaca novel pada masa lapang.
IV Hafizuddin amat meminati lapang sukan sejak kecil lagi.
A. I dan II
B. I, II dan III
C. II, III dan IV
D. I, II, III dan IV

27
Ayat sama maksud

1. Dua orang petani sedang menuai padi menggunakan jentera moden.


A. Dua orang petani menuai jentera moden menggunakan padi.
B. Padi sedang dituai oleh dua orang petani menggunakan jentera moden.
C. Padi menuai dua orang petani menggunakan jentera moden.
D. Jentera moden sedang menuai padi menggunakan dua orang petani.

2. Lina menyiapkan kerja yang diberikan oleh Cikgu Zul itu dalam masa setengah jam.
A. Cikgu Zul telah memberikan kerja kepada Lina untuk disiapkan dalam masa
setengah jam.
B. Kerja Cikgu Zul itu disiapkan oleh Lina dalam masa setengah jam yang diberikan.
C. Lina mengambil masa setengah jam untuk menyiapkan kerja yang diberikan oleh
Cikgu Zul itu.
D. Masa setengah jam diberikan oleh Cikgu Zul kepada Lina untuk menyiapkan
kerja itu.

28
3. Nur Azwina menyertai Program Kembara Merdeka Berbasikal itu setelah dia
memperoleh keizinan daripada ibu bapanya.
A. Nur Azwina mendapat kebenaran ibu bapanya setelah menyertai Program
Kembara Merdeka Berbasikal itu.
B. Program Kembara Merdeka Berbasikal itu disertai Nur Azwina apabila dia dan
ibu bapanya mendapat kebenaran.
C. Kebenaran daripada ibu bapanya mengizinkan Nur Azwina untuk mengikuti
Program Kembara Merdeka Berbasikal itu.
D. Sebaik-baik sahaja mendapat kebenaran daripada ibu bapanya Nur Azwina pun
memulakan Program Kembara Merdeka Berbasikal.

4. Saya tidak mampu membeli telefon bimbit model terkini yang amat mahal itu, kata
Khuzaimah kepada Qistina.
A. Khuzaimah berkata Qistina tidak mampu untuk membeli telefon bimbit model
terkini yang amat mahal itu.
B. Qistina berkata Khuzaimah tidak mampu untuk membeli telefon bimbit model
terkini yang amat mahal.
C. Khuzaimah memberitahu Qistina, dia tidak mampu membeli telefon bimbit model
terkini yang mahal itu.
D. Qistina memberitahu Khuzaimah, dia tidak mampu membeli telefon bimbit model
terkini amat.

5 Rakyat diminta mengibarkan bendera di kediaman masing-masing bersempena dengan


Sambutan Hari Kebangsaan.
A. Bendera Hari Kebangsaan akan dikibarkan di setiap kediaman oleh rakyat.
B. Rakyat didesak agar mengibarkan bendera masing-masing di kediaman pada Hari
Kebangsaan.
C. Bagi meraikan sambutan Hari Kebangsaan, rakyat diminta untuk mengibarkan

29
bendera di kediaman masing-masing.
D. Bagi meraikan sambutan Hari Kebangsaan, rakyat diarahkan untuk mengibarkan
bendera di kediaman masing-masing.

Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya di bawah.


1. Apakah langkah untuk menangani masalah pencemaran alam sekitar?
A. Pencemaran alam sekitar berlaku berpunca daripada kelalaian manusia.
B. Pencemaran bunyi harus ditangani untuk mewujudkan suasana yang harmoni.
C. Pembuangan sampah ke dalam sungai menyebabkan berlakunya pencemaran alam
sekitar.
D. Pembakaran terbuka perlu dielakkan bagi menangani masalah pencemaran alam
sekitar.

2. Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya di bawah.


Bagaimanakah cara yang terbaik untuk mengatasi masalah disiplin dalam kalangan
murid?
A. Murid-murid perlu diberi taklimat oleh guru disiplin dalam kalangan murid?
B. Murid-murid perlu dididik untuk mematuhi peraturan sekolah sejak prasekolah
lagi.
C. Murid-murid perlu melaporkan kesalahan disiplin yang berlaku kepada ibu bapa.
D. Murid-murid perlu mengikuti program kecemerlangan akademik yang dianjurkan
oleh pihak sekolah.
30
3. Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya di bawah.
Mengapakah kita perlu menghayati kemerdekaan negara kita?
A. Entahlah, saya tidak pernah menyambut Hari Kemerdekaan.
B. Kita perlu menghayatinya agar kita lebih menyayangi negara kita.
C. Sejak dahulu lagi saya akan menyambutnya bersama-sama keluarga.
D. Hari Kemerdekaan sepatutnya disambut dengan penuh gilang-gemilang.

4. Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya di bawah.


Berapa banyakkah buah salak madu yang telah dijual oleh Mokhtaruddin?
A. Mokhtaruddin telah menjual dua bakul buah salak madu.
B. Buah salak madu yang dijual oleh Mokhtaruddin sangat banyak.
C. 500 biji buah salak madu itu dijual oleh Mokhtaruddin.
D. Mokhtaruddin telah menjual sebahagian daripada buah salak madunya.

5. Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya di bawah.


Cikgu Hassan bertanya kepada Farhana, Sudahkah kamu siapkan kerja sekolah yang
saya berikan semalam?
A. Sudah tentu saya akan menyiapkannya.
B. Sudah, saya telah menyiapkannya semalam.
C. Ya, saya akan menyiapkan kerja sekolah itu nanti.
D. Kerja sekolah yang cikgu berikan semalam mudah disiapkan.

31
1. Pilih ayat tanya yang sesuai bagi ayat di bawah.
Penduduk di taman perumahan itu bergotong-royong membersihkan longkang yang
tersumbat untuk mengelakkan nyamuk aedes membiak.
A. Bilakah penduduk taman perumahan itu bergotong-royong?
B. Siapakah yang membersihkan longkang di taman perumahan itu?
C. Mengapakah penduduk di taman perumahan itu membersihkan longkang?
D. Bagaimanakah penduduk taman perumahan itu membersihkan longkang?

2. Pilih ayat tanya yang sesuai bagi ayat di bawah.


Gangguan bekalan elektrik dijangka akan berlaku pada hari Ahad ini, dari pukul 9.00
pagi hingga pukul 8.00 malam.
A. Bilakah gangguan bekalan elektrik dijangka akan berlaku?
B. Apakah punca bekalan elektrik terganggu sehingga sebelas jam?
C. Siapakah yang memberitahu tentang gangguan bekalan elektrik tersebut?
D. Benarkah gangguan bekalan elektrik akan berlaku pada hari minggu nanti?

3. Pilih ayat tanya yang sesuai bagi ayat di bawah.


Kakak tiada di rumah. Dia dan ibu pergi ke pusat beli-belah di bandar Taiping.

32
A. Boleh saya berjumpa dengan kakak kamu?
B. Kakak dan ibu kamu pergi ke pusat beli-belah?
C. Siapakah yang menemani kakak kamu membeli-belah?
D. Benarkah kakak kamu pergi ke pusat beli-belah di bandar Taiping?

4. Pilih ayat tanya yang sesuai bagi ayat di bawah.


Tetamu khas yang diundang ke majlis tersebut ialah Seri Paduka Baginda Yang di-
Pertuan Agong dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong.
A. Adakah tetamu khas diundang ke majlis tersebut?
B. Siapakah tetamu khas yang diundang ke majlis tersebut?
C. Mengapakah tetamu khas diundang ke majlis tersebut?
D. Bilakah tetamu khas diundang ke majlis tersebut?

5. Pilih ayat tanya yang sesuai bagi ayat di bawah.


Ibu bapa bertanggungjawab dalam memberi didikan dan asas agama yang utuh.
A. Siapakah insan yang berpendidikan dan beragama?
B. Mengapakah memberi didikan dan asas agama yang utuh?
C. Siapakah yang membentuk insan yang berpendidikan dan beragama?
D. Mengapakah ibu bapa yang bertanggunggjawab?

33
Pilih ayat yang betul.

1. A. Ketiga orang budak perempuan itu sekelas dengan saya.


B. Para peserta bengkel itu terdiri daripada murid sekolah.
C. Berbagai cara dapat dilakukan untuk menyelesaikan masalah tersebut.
D. Tiap rumah mempunyai sebuah komputer.

2. A. Mungkin ada setengah perkara yang engkau cuba sembunyikan daripada kami.
B. Segala pemain dinasihatkan supaya mengambil rehat yang secukupnya menjelang
perlawanan esok.
C. Doktor David tengah memberi rawatan kecemasan kepada pesakit itu.
D. Empat-empat orang anaknya telah berjaya memasuki universiti tempatan.

3. A. Keluarga Jamrek telah bertolak di Kuala Terengganu pada pagi tadi.


B. Projek makmal komputer itu telah beliau rasmikan pagi tadi.
C. Zabidi telah mendapat rawatan di Klinik Saujana.
D. Lelaki bermisai itu tidak bapa saudara saya.

4. I Rumah besar di atas bukit itu bukan milik Datin Kamsiah.


II Cik Syalila Irshad adalah guru Bahasa Melayu di sekolah ini.
III Kuih-muih yang dibelinya tidak kuih-muih tradisional.
IV Usah bermain di tempat yang panas terik, nanti demam.

A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan II
D. III dan IV
34
5. I Adik Sari masih lagi menggunakan susu botol untuk minum walaupun sudah
berusia lima tahun.
II Ainun menggunakan papan tanda sebagai panduan untuk ke destinasi yang
ditujuinya.
III Pekerja buruh itu mengangkut batu-batu kerikil itu menggunakan sorong kereta.
IV Walaupun sudah lama digunakan, namun lampu suluh itu masih berfungsi dengan
baik.

A. I dan II
B. I dan III
C. II dan IV
D. III dan IV

35
Petikan 1
Baca rencana di bawah, kemudian jawab soalan yang berikutnya.
Daneng anak orang asli merupakan murid yang pintar dalam pelajaran. Tetapi dia enggan
meneruskan pelajarannya. Cikgu Jo yang merupakan guru Daneng sanggup meredah hutan untuk
memujuk Daneng.

Tentu sekali ! hutan ini sememangnya satu anugerah. Tetapi dunia sentiasa berubah.
Manusia sentiasa mengejar kemajuan. Jika tidak, manusia itu menempah kepupusan. Cikgu Jo
berhenti seketika dan kemudian menyambung.

Setiap kali cikgu melihat kereta-kereta besar melalui jalan besar di tepi kampungmu,
cikgu berasa sedih. Kaummu masih jauh ketinggalan.

Daneng mengerut keningnya yang lebat. Dia menarik nafas panjang.

Daneng kamu terlalu sayang akan hutan ini, bukan? Tanya cikgu Jo.

Janganlah pisahkan saya dan hutan ini,cikgu, rayu Daneng.

Demi hutan malar hijau yang kamu cintai, kamu perlu belajar. Hutan ini memerlukan
kamu, kata Cikgu Jo.

Apa maksud cikgu? Tanya Daneng.

Tidakkah kamu tahu bahawa di seluruh dunia, hutan diancam aktiviti pembalakan.
Sindiket yang gila akan duit menceroboh serta membunuh flora dan fauna di kawasan hutan
simpan. Bukan sahaja di Malaysia, malah hutan malar hijau di seluruh dunia juga terancam.
Kata Cikgu Jo.

Pohon-pohon tembusu padang, meranti seraya dan meranti tembaga di kawasan hutan
simpan, 20 kilometer dari sini sudah tiada lagi cikgu,kata Daneng terputus-putus.

Sebab itulah kamu harus belajar, Daneng. Dengan ilmu yang kamu peroleh,
mungkin hutan akan terselamat. Masa depan pohon tualang pujaanmu juga terjamin. Hujah
Cikgu Jo.

36
1 Mengapakah Cikgu Jo sanggup meredah hutan ?

A. Mencari ubatan tradisional.

B. Menceroboh hutan untuk pembalakan.

C. Memujuk Daneng untuk meneruskan pelajaran.

D. Membuat kajian tentang flora dan fauna.

Masa depan pohon tualang pujaanmu juga terjamin.

2 Frasa di atas membawa maksud

A. hutan terus dapat diteroka.

B. flora akan terus menghijau.

C. pokok balak dapat diselamatkan.

D. mendapat hasil lumayan daripada penebangan balak.

3 Mengapakah sindiket yang gila akan duit menceroboh hutan simpan?

A. Rakus mengaut keuntungan

B. Sumber ubat-ubatan

C. Memenuhi keperluan hidup

D. Memburu haiwan liar.

4 Berikut merupakan kesan penerokaan hutan kecuali

A. Flora dan fauna akan musnah dan terancam

B. Lapisan ozon semakin menipis.

C. Sungai akan tercemar dan hidupan akuatik musnah.

D. Alam sekitar dapat dinikmati generasi akan datang.

37
5 Frasa malar hijau bermaksud

A. terus segar.

B. kekal menghijau.

C. bertukar warna.

D. sejuk mata memandang.

38
Petikan 2.

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

55, Jalan Mawar 2/8,


Taman Dahlia,
34000 Taiping,
Perak.

18 Mac 2015.

Menemui sahabatku, Hilmi. Semoga saudara berada dalam keadaan sihat walafiat.

Saudara,

Terima kasih kerana menceritakan pengalaman saudara tentang majlis perkahwinan abang
saudara yang diadakan di Resort Ayer Keroh baru-baru ini. Saya turut berasa bangga kerana
Perbadanan Pelancongan Negeri Melaka memilih abang saudara dan pasangannya sebagai model
adat istiadat perkahwinan Melayu. Tentu ramai pelancong asing hadir untuk menyaksikan majlis
yang penuh tradisi itu.

Saya juga ingin menceritakan pengalaman menarik saya. Seminggu yang lalu saya dan
keluarga telah melawat rumah panjang suku kaum Iban di Sarawak. Mereka tinggal di rumah
panjang sejak beratus-ratus tahun dahulu. Penghuni rumah panjang terdiri daripada beberapa
keluarga dan diketuai oleh Tuai Rumah.

Rumah panjang terbahagi kepada beberapa petak. Satu petak untuk sebuah keluarga. Di
dalam petak pula terdapat beberapa buah bilik, dapur, ruai dan tanju. Tanju digunakan untuk
menjemur hasil tanaman seperti padi, lada hitam dan hasil hutan lain. Ruai pula ialah tempat
berlangsungnya upacara perkahwinan, kematian dan acara rasmi lain. Pengalaman melawat rumah
panjang tidak mungkin saya lupakan sepanjang hidup saya.

Itu sajalah yang dapat saya coretkan buat kali ini. Semoga berjumpa di lembaran lain.

Sekian.
Sahabatmu,

Mira

1 Di manakah Hilmi tinggal?


A. KotaTinggi,Johor
39
B. Sarawak
C. Melaka
D. ResortAyerKeroh

2 Pada pendapat kamu, mengapakah Resort Ayer Keroh dipilih untuk mengadakan majlis
perkahwinan itu?

A. Kerana abang Hilmi suka akan tempat itu.


B. Kerana tempat itu menjadi tumpuan pelancong asing.
C. Kerana tiada tempat lain lagi.
D. Kerana tempat itu kediaman keluarga Hilmi.

3 Frasa Semoga berjumpa di lembaran lain menunjukkan

A. Mira dan Hilmi sering berutus surat.


B. Mira ialah bekas rakan sekolah Hilmi.
C. Mira dan Hilmi mempunyai tali persaudaraan.
D. Mira ialah bekas jiran Hilmi.

4 Apakah pekerjaan utama suku kaum Iban yang tinggal di rumah panjang itu?

A. Nelayan
B. Peneroka
C. Pegawai Kerajaan
D. Petani

5. Jika ada pelancong asing yang datang melawat rumah panjang, di manakah majlis
sambutan pelancong itu akan diadakan?

A Di petak Tuai Rumah


B Di ruai
C Di tanju
D Di bilik tamu

Petikan 3

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

40
Persatuan Penduduk Taman Seri Tanjung,
54300 Kuantan,
Pahang Darul Makmur.
_________________________________________________________________________

Yang Dipertua,
Majlis Perbandaran Kuantan,
54400 Kuantan,
Pahang Darul Makmur. 7 JULAI 2012.

Tuan,
Aduan Tentang Kerja-Kerja Pemungutan Sampah

Perkara di atas dirujuki.

2. Untuk makluman pihak tuan, kami tidak berpuas hati dengan jadual kutipan sampah
sekarang. Dahulu sampah dipungut tiga kali seminggu, iaitu pada hari Ahad, Selasa dan
Jumaat tetapi sekarang sampah hanya dipungut dua kali seminggu. Adakalanya sampah hanya
dipungut sekali seminggu sahaja.

3. Keadaan ini menimbulkan rasa kurang selesa penduduk di sini kerana bau busuk daripada
sampah yang tidak dikutip itu. Suasana seperti ini bertambah teruk apabila terdapat anjing
dan kucing liar yang menyelongkar sampah sarap ini.

4. Lori sampah juga selalu datang pada waktu petang. Pada waktu ini banyak kanak-kanak
beriadah di halaman rumah. Hal ini membahayakan mereka.

5. Kami berharap agar pihak tuan memandang serius masalah ini.

Sekian,terima kasih.

Yang menjalankan tugas,

Mazlan

(MAZLAN ABU BAKAR)

1 Mengapakah surat ini ditulis?

A. Untuk menjelaskan keadaan sampah yang berbau busuk.


41
B. Untuk membuat aduan tentang pemungutan sampah.
C. Untuk membuat aduan tentang anjing liar yang berkeliaran.
D. Untuk meminta penjelasan tentang jadual lori sampah.

2 Perkataan beriadah dalam petikan di atas membawa maksud

A. bersenam
B. bersembang
C. berkumpul
D. beristirahat

3 Pada pendapat kamu, siapakah Mazlan Abu Bakar?


A. Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Seri Tanjung
B. Setiausaha Persatuan Penduduk Taman Seri Tanjung
C. Pengarah Bahagian Sisa Pepejal Majlis Perbandaran Kuantan
D. Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kuantan

4 Harapan penulis daripada aduan ini adalah agar

A. lori sampah datang pada waktu malam.


B. anjing dan kucing liar dapat ditangkap dengan segera.
C. masalah penduduk mendapat perhatian pihak terbabit.
D. sampah dapat dikutip setiap hari.

5 Semua pernyataan berikut benar, kecuali

A. Persatuan penduduk mahu sampah dikutip setiap hari.


B. Lori sampah yang datang pada sebelah petang tidak disenangi penduduk.
C. Masalah bau sampah terjadi setelah lori sampah hanya datang dua kali seminggu.
D. Kadang-kadang lori sampah hanya datang seminggu sekali.

42

Anda mungkin juga menyukai