Anda di halaman 1dari 20

Kesilapan Penjodoh Bilangan

Dalam Bahasa Melayu, tidak semua perkataan boleh dipadankan dengan penjodoh
bilangan. Kesilapanyang sering kita lakukan seperti:

Kesilapan

Pembetulan

Ibu saya seorangsuri 1. Ibu suri rumah


rumah tangga.
tangga.
2.

Beliau bekerja
sebagai seorangguru.

1.

2. Beliau bekerja
sebagai guru.

Dia
1.
mengayuhsebuah basikal
.
2.
2. Murid-murid bermain
bola disebuah padang.

Dia mengayuh
basikal.
Murid-murid bermain
bola dipadang.

Para orangpenonton 1. Para penonton


bersorak dengan kuat.
bersorak dengan
kuat.
Semua orangpelajar
mesti memakai pakaian 2. Semua pelajar mesti
seragam ke sekolah.
memakai pakaian
seragam ke sekolah.

2.

Sebab
Ibu saya atau Beliau bermaksud
seorang. Jaditidak
perludiletakkan penjodoh bilangan
seorang.
Dari segi sematiknya
(makna), tidak mungkinseseorang
itu mengayuh dua buah
basikaldalam masa yang sama.
Selain itu,tidak mungkinmuridmurid bermain di dua
buah padang. Oleh itu, tidak
perlu gunakan penjodoh bilangan
sebuah.
Penjodoh bilangan tidak
boleh digunakan bersama-sama
kata bilangan tak tentu, kecuali
beberapa.

Beberapa budak
membaca buku di
perpustakaan.

Penjodoh bilangan bolehdigunakan


1. Beberapa orangbuda bersama-sama kata bilangan
k makan membaca
tertentu dan kata bilangan tak
buku di perpustakaan. tertentu 'beberapa'.

Lima peserta berlari


dengan bersungguhsungguh.

2. Lima orang peserta


berlari dengan
bersungguh-sungguh.

Penjodoh Bilangan yang sering salah guna

Kadang kala, kita menyalahgunakan penjodoh bilangan semasa dipadankan dengan


benda berikut:

Contoh

Salah

Betul

buah

bentuk /
pasang

bilah

batang

gelas

biji

biji

batang

utas

buah

bibir

cangkul

cawan

gigi

jam dinding

utas

pasang

batang

bilah

buah

biji

batang

bilah

gugus

papan

jam tangan

jarum

kek

lembing / tombak

mercun

keping

biji

biji

keping

buah

biji

pinggan

syiling

teko

Penggunaan Penjodoh Bilangan yang Betul 2


Sebelum ini, kita telah belajar sesuatu haiwan, tumbuh-tumbuhan dan benda
dipadankan dengan beberapa penjodoh bilangan. Sekarang, saya hendakberkongsi
ilmu tentang penjodoh bilangan yang lain. Adakah benda yang lain boleh dipadankan
dengan beberapa penjodoh bilangan yang lain?

Contoh

Penjodoh Bilangan

Penjodoh Bilangan

kuntum

jambak

tangkai

jambangan

bunga

pasu

rambutan

dua biji

tangkai

ikat / berkas

dua bungkus

Contoh

Penjodoh Bilangan

Penjodoh Bilangan

biji
tandan

pisang
sisir / sikat

beberapa ulas

durian

longgok

dua pangsa

biji

epal

dua ulas

potong

ekor

biji

bakul

longgok

ikan

baris
beberapa pinggan

biskut

keping
balang

pinggan

bungkus

kotak

tiga ruas

tebu

beberapa batang

beberapa ikat / berkas

beberapa rumpun

burung
ekor

kawan

pasang

kandang
ekor

lembu

kawan

40 Soalan Latih Tubi Tatabahasa | PENJODOH BILANGAN


PENJODOH BILANGAN
Pilih jawapan yang paling sesuai untuk mengisi tempat kosong
dalam ayat-ayatberikut.
1 Untuk memagari kebunnya, Pak Cik Rashid telah membeli beratus-ratus
__________ kawat berduri.
A utas
B gulung
C gelung
D bidang
2 __________ bunga kenanga terselit pada sanggul Sofia
A Sejambak
B Sekuntum
C Sejambangan
D Sebatang
3 Sapu tangan itu dijahit dengan se __________ benang.

A utas
B untai
C gulung
D lembar
4 "Masukkan se __________ garam ke dalam lauk itu," kata Mak Cik
Salmah
kepada Jamilah.
A cuit
B cubit
C colet
D genggam
5 __________ awan mendung berarak ditiup angin ke arah utara.
A Segugus
B Sekelompok
C Sehamparan
D Sekumpulan
6 Beberapa __________ pulau yang indah terdapat di Phuket, Thailand.
A kelompok
B tompok
C buah
D biji

7 Se __________ kata pun tidak tertulis walaupun sudah dua jam dia
menghadap meja tulisnya.
A patah
B potong
C cebis
D untai
8 Ayah membeli dua __________ durian di pasar.
A biji
B ulas
C buah
D buku
9 Kakak menggunakan se __________ kain sebagai pembalut luka pada
jarinya.
A cebis
B bentuk
C lembar
D cucuk

10 Polis melepaskan lima __________ tembakan ke arah perompak itu.


A butir
B das
C biji
D pucuk
11 Buku itu berharga dua belas ringgit se __________ .
A papan
B keping
C naskhah
D rangkap
12 Beliau memulakan ucapannya dengan se __________ pantun.
A baris
B patah
C rangkap
D buah

Soalan 13 Berdasarkan Gambar 1.

Gambar 1
13 Ayah membeli beberapa __________ petai di gerai itu.
A gelung

B papan
C mata
D biji
14 Beberapa __________ rokok bertaburan di lantai.
A puntung
B berkas
C kotak
D pucuk
15 Mazirah membeli sebatang tebu dan memotongnya agar setiap adiknya
mendapat __________ .
A sebiji
B seruas
C sehiris
D seketul
16 Pak Cik Yusof mempunyai beberapa __________ rumah sewa di
Kampung
Sungai Kota.
A pintu
B papan
C bidang
D rangkai

17 Pemuda itu telah menjumpai __________ kunci sewaktu dalam


perjalanan ke perhentian bas.
A seutas
B sebilah
C sejambak
D serumpun
Soalan 18 Berdasarkan Gambar 2

Gambar 2

18 Beberapa __________ mutiara diletakkan pada kalung emas itu untuk


mencantikkannya.
A ulas
B butir
C keping
D potong
19 Ayah memasukkan __________ filem ke dalam kameranya.
A segulung
B segelung
C sekajang
D sebuah
20 Pemuda itu membeli __________ surat khabar mingguan di kedai Ali.
A sekeping
B selembar
C senaskhah
D sehelai

21 "Tolong belikan saya se __________ pisang dan se __________


rambutan di gerai buah-buahan itu," pesan ibu kepada ayah.
A biji ... buah
B sisir ... ikat
C tandan ... gugus
D sikat.....longgok
22 "Letakkan lima __________ mangkuk dan beberapa __________ camca
di atas meja itu," kata Chef Wan kepada pembantunya.
A biji ... batang
B buah ... batang

C bekas ... bilah


D butir ... bilah
23 Maimun menggubah dua __________ bunga mawar. Kemudian, dia
meletakkannya di atas se __________ almari.
A kuntum ... biji
B bakul ... buah
C jambak ... deret
D jambangan ... buah
24 Pak Cik Aziz ke hutan dengan membawa __________ parang dan
__________ tali untuk mencari rotan.
A sebentuk ... selembar
B sebatang ... segelung
C selaras ... segulung
D sebilah ... seutas
25 Naemah mengambil __________ isi ikan terubuk bakar yang masih
panas itu.
A seekor
B secubit
C seketul
D segenggam
26 Ayah membelikan adik __________ langsat dan __________ rambutan.
A segugus ... setangkai
B segugus ... seikat
C sebiji ... selonggok
D setangkai ... segugus
27 Atikah menghadiahi gurunya __________ bunga dan __________ pena.
A sekuntum ..... sebilah
B sejambangan ..... seberkas
C setangkai ..... sepucuk
D sejambak ..... sebatang
28 Polis telah melepaskan beberapa __________ tembakan dengan
menggunakan lima _________ rifel M16.
A butir ..... pucuk
B das ..... laras
C biji ..... batang
D laras ..... das
29 Kakak membeli __________ kain songket dan __________ tikar di Kedai
Payang.
A sehelai ..... segulung
B secarik ..... segelung

C secebis ..... sehamparan


D sehelai ..... sebidang
30 Dia mengutip beberapa __________ batu lalu membaling ke arah
__________ burung ciak itu.
A genggam ..... segerombolan
B batang ..... sekumpulan
C ketul ..... sekawan
D kepal ..... seekor
31 __________ senapang dan beberapa __________ peluru telah dijumpai
di tepi
bangunan itu.
A Sebatang ..... biji
B Sedas ..... buah
C Selaras ..... butir
D Sekaki ..... butir
32 Berapa harga __________ ikan dan __________ sayur sawi ini?
A sebakul ..... seberkas
B selonggok ..... seikat
C seberkas ..... seikat
D sekawan ..... segulung
33 Untuk memasak gulai itu, kita perlu memasukkan __________ asam
gelugur dan beberapa __________ bawang merah.
A sepotong .. biji
B sehiris .. ulas
C seketul .. biji
D sekeping .. biji

34 Setiap kali ayah pulang dari kampung, dia akan memuatkan keretanya
dengan beberapa __________ rambutan serta beberapa __________
kelapa.
A ulas .. sikat
B biji .. tandan
C ikat .. tandan
D ikat .. sisir
35 Beberapa __________ jalan raya dan dua __________ kedai
ditenggelami air akibat hujan lebat.
A jalur .. pintu
B kaki .. baris

C batang .. deret
D baris .. buah
36 Sebelum beredar dari rumah nenek, emak sempat menjamah
__________ pulut
dan memakan __________ sirih.
A seketul .. sekeping
B segenggam .. sehelai
C sepotong .. selembar
D sekepal .. sekapur
37 Tiap-tiap orang yang menyertai aktiviti gotong-royong itu membawa
__________ penggali dan beberapa __________ dawai.
A sebatang .. gelung
B sebuah .. gelung
C sekerat .. lembar
D sebilah .. utas
38 Emak menanam beberapa __________ sayur dan tiga __________ serai
di
belakang rumah untuk menjimatkan perbelanjaannya.
A baris .. pucuk
B deret .. kelompok
C batas .. rumpun
D ikat .. jambak
39 Dia menggunakan __________ tanah liat untuk dijadikan pinggan.
A sekepul
B segugus
C setompok
D segumpal

Soalan 40 Berdasarkan Gambar 3

Gambar 3

40 __________ burung berterbangan di udara pada waktu pagi untuk


mencari
makan.
A Sepasukan
B Sekawan
C Serumpun
D Segerombolan

Anda mungkin juga menyukai