Anda di halaman 1dari 2

SEK. MEN. KEB.

JALAN BUKIT
43000 KAJANG, SELANGOR.

PEPERIKSAAN SEMESTER I 2010


PENDIDIKAN SENI VISUAL KERTAS II
TINGKATAN DUA
Masa : 2 ½ Jam Tarikh : 26/05/2010 ( Khamis )
Peraturan:
1. Pastikan kertas lukisan anda bercop sekolah
2. Gubahan mestilah asli dan tidak meniru mana-mana karya lain
3. Pastikan karya anda telah kering semasa diserahkan
4. Pastikan nama, tingkatan, dan nombor soalan ditulis pada kertas lukisan
5. Sekiranya anda tidak mematuhi peraturan ini, kertas lukisan anda akan dibatalkan.

ARAHAN: PILIH SATU TAJUK SOALAN SAHAJA.


Tajuk Soalan:
1. Dengan menggunakan unsur seni seperti garisan,jalinan,dan bentuk hasilkan sebuah
lukisan objek alam semulajadi atau pemandangan (lanskap). Lukisan anda mestilah
dapat menimbulkan ton terang gelap,jalinan pada objek dan seterusnya dapat
menghasilkan bentuk, dengan menggunakan bahan dan alat seperti pensil 2B- 8B,pensil
arang atau pensil warna sahaja.

2. Reka cipta sebuah logo Taman Orkid.Logo ini haruslah mengikut saiz 20cm x
25cm.Warna tidak lebih dari 3, rupa muka taip (huruf) yang kemas untuk tajuk logo serta
menggunakan bunga orkid yang mudah dikenali.

3. Reka ciptakan sebuah poster bagi Pertandingan Layang-layang Kebangsaan di Kuala Lumpur.
Anda perlu masukkan butir-butir seperti tarikh, masa, tempat dan ilustrasi dalam gubahan poster.
Ukuran : Seluruh permukaan kertas lukisan
Tajuk Utama : Pertandingan Layang-layang Kebangsaan
Ilustrasi : Berkaitan dengan tajuk utama
Warna & Media : Bebas

4. Hasilkan satu gubahan hiasan dinding yang menarik dengan menggunakan motif
geometri atau flora dan fauna mengikut kreativiti anda. Gubahan mestilah menggunakan
teknik kolaj, bahan untuk kolaj adalah bahan terpakai.

5. Berdasarkan kreativiti anda reka cipta satu ilustrasi kulit majalah kartun atau komik atau
kulit buku kanak-kanak. Utamakan rekaan anda dengan unsur seni rupa, warna, ruang
dan prinsip rekaan penegasan.

6. Dengan menggunakan konsep kesatuan, harmoni dan imbangan reka cipta satu corak
alas meja makan yang menarik. Rekaan anda perlu menggunakan motif flora (tumbuh-
tumbuhan).Warnakan corak dengan krayon, pensil warna atau warna poster.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

…………………………… ………………………….
( Pn. Khamsiah Bt. Ariffin ) ( Pn. Azlina Nee )
Ketua Panitia Pend. Seni Visual
SEK. MEN. KEB. JALAN BUKIT
43000 KAJANG, SELANGOR.

PEPERIKSAAN SEMESTER I 2009


PENDIDIKAN SENI VISUAL KERTAS II
TINGKATAN DUA
Masa : 2 ½ Jam Tarikh : 2/11/2009
Peraturan:
6. Pastikan kertas lukisan anda bercop sekolah
7. Gubahan mestilah asli dan tidak meniru mana-mana karya lain
8. Pastikan karya anda telah kering semasa diserahkan
9. Pastikan nama, tingkatan, dan nombor soalan ditulis pada kertas lukisan
10. Sekiranya anda tidak mematuhi peraturan ini, kertas lukisan anda akan dibatalkan.

ARAHAN: PILIH SATU TAJUK SOALAN SAHAJA.


1. Hasilkan karya catan pemandangan satu sudut hutan rimba Malaysia.Pastikan pembahagian
ruang hadapan, ruang tengah, dan ruang belakang adalah jelas dalam gubahan anda. Tegaskan
aplikasi prinsip rekaan harmoni dan kepelbagaian

2. Dengan menggunakan pen teknikal, pensel 2B/4B, dan pesel warna, lukiskan susunan buah-
buahan dalam bakul atau susunan bunga-bungaan dalam pasu yang cantik. Anda boleh
mengaplikasikan pelbagai teknik sama ada teknik lorekan, teknik gurisan dan sebagainya untuk
menimbulkan kesan ton warna, bentuk, ruang dan jalinan yang menarik.

3. Hasilkan satu corak yang sesuai lagi menarik untuk panel hiasan yang diperbuat daripada kaca
berwarna. Tegaskan prinsip rekaan imbangan, harmoni dan kepelbagaian dalam reka corak tersebut.
Ukuran : 20 cm x 30 cm
Motif : Kombinasi flora, fauna dan geometri
Warna : Bebas

4. Reka ciptakan gubahan logo untuk sebuah restoran atau kafe yang akan dibuka di tempat anda.
Ukuran : 20 cm x 15 cm
Motif : Berkaitan dengan makanan yang disediakan
Warna : Tidak lebih dari 3 warna penggenap

5. Anda dikehendaki mencipta corak tekstil yang sesuai dijadikan kain langsir. Gubahan perlu
berdasarkan struktur formal dan susunan grid ulangan tertentu.
Ukuran : seluruh permukaan kertas lukisan
Motif : Flora, fauna atau geometri
Warna : Bebas

6. Reka ciptakan sebuah poster bagi Pameran Sains dan Teknologi di Kuala Lumpur. Anda perlu
masukkan butir-butir seperti tarikh, masa, tempat dan ilustrasi dalam gubahan poster.
Ukuran : Seluruh permukaan kertas lukisan
Tajuk Utama : Pameran Sains dan Teknologi Malaysia/ Antarabangsa
Ilustrasi : Berkaitan dengan tajuk utama
Warna : Bebas

Soalan disediakan oleh: Telah disemak oleh:


…………………………… ………………………
( Pn. Khamsiah Ariffin ) ( Pn. Azlina Nee )
Ketua Panitia Pend. Seni Visual

Anda mungkin juga menyukai