Anda di halaman 1dari 3

SULIT

2611/2
Pendidikan
Seni Visual
Kertas 2
Seni Halus
JUJ 2010
3 Jam

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2010

PENDIDIKAN SENI VISUAL


Kertas 2

SENI HALUS
Tiga Jam

1. Kertas soalan ini mengandungi enam soalan

2. Jawab satu soalan sahaja

3. Kertas soalan ini hendaklah diberikan kepada calon sekurang-kurangnya seminggu


sebelum tarikh peperiksaan kertas ini

Kertas ini mengandungi 4 halaman bercetak

[Lihat sebelah
PROJEK JAWAB UNTUK JAYA(JUJ) 2010

SULIT

SULIT 2611/2

Arahan kepada calon

a) Kertas soalan ini hendaklah dibawa ke tempat peperiksaan pada hari yang ditetapkan.
Tuliskan dengan terang Nombor Kad Pengenalan, Nombor Pusat, Angka Giliran,
Kod Mata Pelajaran, Nombor Soalan dan Ruang Markah mengikut susunan yang
ditetapkan di sudut kanan sebelah muka hadapan kertas lukisan anda. (Lihat gambar
rajah di bawah)

NO. KAD PENGENALAN:__________________


NO PUSAT : ______________________________
ANGKA GILIRAN:_________________________
5 cm KOD MATA PELAJARAN:__________________
NO.SOALAN :_____________________________
MARKAH: _______________________________

8 cm

b) Hasil kerja anda hendaklah yang asli


c) Hasil kerja anda henfaklah memenuhi atau hamper memenuhi kertas lukisan kecuali
ruang 5 cm X 8 cm yang ditetapkan.
d) Anda tidak boleh menggunakan bahan penggilat atau syelek pada permukaan hasil
kerja yang sudah siap.
e) Anda bebas menggunakan apa jua teknik kecuali teknik semburan dan asemblaj.
Jika teknik kolaj digunakan, anda hendaklah menggunakan kertas berwarna atau bahan
terbuang yang nipis seperti majalah, perca kain dan lain-lain yang dibawa sendiri
f) Hasil kerja anda hendaklah dalam bentuk 2 D (Dua Dimensi) sahaja.

SOALAN LATIH TUBI 2


PENDIDIKAN SENI VISUAL KERTAS 2
PROJEK JAWAB UNTUK JAYA(JUJ) 2010

Pilih satu sahaja 2611/2

1. Pada waktu malam kelihatan seorang peniaga sedang menggoreng mee di


warungnya.Di satu sudut meja kelihatan beberapa orang remaja sedang enak menjamu
selera.
Lukiskan suasana tersebut dengan memberi penekanan kepada aksi, bentuk dan
pencahayaan.

2. Satu sudut di sebuah dapur, terdapat beberapa peralatan seperti periuk elektrik ,mesin
pengisar ,dan pembakar roti tersusun di atas meja. Gambarkan situasi tersebut dari
jarak dekat dengan memberi penekanan kepada bentuk, jalinan dan ruang.

3. Di kaunter pembayaran sebuah pasaraya kelihatan seorang juruwang sedang


memasukkan barangan pelanggan ke dalam beg kertas. Di atas meja terdapat
komputer, kotak minuman dan makanan ringan .
Gambarkan suasana tersebut .

4. Sebuah taman ajaib mempunyai pelbagai jenis serangga ganjil. Serangga tersebut
sedang melakukan pelbagai aktiviti seperti sedang merayap , terbang dan sebagainya.
Gambarkan suasana tersebut dengan memberi penekanan kepada aspek bentuk ,
jalinan dan keindahan persekitaran yang berwarna warni supaya menghasilkan
gubahan yang meriah ,harmoni dan indah.

5. Sebuah titi kayu merentangi anak sungai di sebuah kampung. Di hujung titi kayu
tersebut kelihatan satu lorong yang di kiri kanannya ditumbuhi pelbagai jenis tumbuh-
tumbuhan.
Gambarkan pemandangan tersebut dengan memberi penekanan kepada ruang
hadapan,tengah dan belakang.

6. Seorang ibu dan anak lelaki sedang memetik hasil tanaman di kebun. Hasilkan satu
catan yang menggambarkan suasana tersebut dengan memberi penekanan kepada
pergerakan, warna, bentuk dan ruang.

SOALAN LATIH TUBI 3


PENDIDIKAN SENI VISUAL KERTAS 2

Anda mungkin juga menyukai