Anda di halaman 1dari 2

SMK (P) METHODIST (M) JLN CENDERASARI

50480 KUALA LUMPUR


PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2014
TINGKATAN 2
PENDIDIKAN SENI VISUAL
(KERTAS 2) SENI HALUS
MASA: 2 JAM
ARAHAN KEPADA CALON:
1. Kertas soalan ini mengandungi 6 soalan.
2. Jawab satu soalan sahaja.
3. Kertas soalan ini hendaklah dibawa semasa peperiksaan. Tuliskan dengan terang NAMA
PENUH, TINGKATAN, NO. KAD PENGENALAN, NOMBOR SOALAN DAN
RUANG MARKAH mengikut susunan yang telah ditetapkan disudut kanan sebelah atas
muka hadapan kertas lukisan anda. (lihat rajah di bawah).
Sudut kanan sebelah atas muka hadapan kertas lukisan

5cm

NAMA :
TINGKATAN :
NO. KAD PENGENALAN :
NO. SOALAN :
MARKAH :
8cm

4. Hasil kerja anda hendaklah asli serta memenuhi kertas lukisan anda.
5. Anda tidak boleh menggunakan bahan pengilat atau syelek pada permukaan hasil kerja
yang sudah siap.
6. Anda bebas menggunakan apa jua teknik kecuali teknik semburan dan asemblaj.
7. Hasil kerja anda hendaklah dalam bentuk 2D(dua dimensi) sahaja.

PILIH SATU SOALAN SAHAJA

1. Hasilkan sebuah poster yang bertajuk Buah-Buahan Tempatan yang telah anda pelajari.
Hasil karya anda haruslah diwarnakan dengan kemas dan menarik dengan merangkumi
asas seni reka yang betul.
2. Anda telah tersesat di dunia gergasi dimana semua tumbuh-tumbuhan dan serangga adalah
ganjil dan besar-besar semuanya. Gambarkan suasana tersebut mengikut imaginasi anda
untuk berkarya. Hasil karya lukisan anda haruslah kemas dan menarik.
3. Hasilkan sebuah lukisan yang bertemakan pemandangan di dasar laut. Lukisan tersebut
mestilah kemas dan mempunyai unsur seni yang telah anda pelajari.
4. Lukis satu lukisan untuk kertas pembalut hadiah dengan menggunakan motif geometri.
Lukisan pembalut hadiah anda haruslah diwarnakan dengan cermat dan kemas.
5. Di dalam sebuah taman, seorang bidadari berkepak rama-rama sedang duduk diatas
sehelai daun. Beberapa ekor semut yang bertaring dan mengerunkan menghampiri
bidadari tersebut. Gambarkan suasana tersebut.
6. Hasilkan satu lukisan sebuah pasu yang dirimbuni oleh bunga-bungaan yang cantik.
Lukisan anda haruslah diwarnakan dan kemas.
KERTAS SOALAN TAMAT

DISEDIAKAN OLEH:

DISEMAK & DISAHKAN OLEH:

__________________
(PN ROSDIANA BINTI KHASHIM)
GURU MATAPELAJARAN

________________________
(DATIN ASLINDAWATI BT ASMONIE)
GK BIDANG KEMANUSIAAN

Anda mungkin juga menyukai