Anda di halaman 1dari 2

MAKTAB SABAH, KOTA KINABALU

PENDIDIKAN SENI VISUAL (PSV)


SOALAN SENI HALUS
TINGKATAN 3
KERTAS 2
(2 JAM)

ARAHAN KEPADA CALON

(a) Kertas soalan ini hendaklah dibawa ke tempat peperiksaan pada hari yang ditetapkan.
Tuliskan dengan terang Nama, Tingkatan, Nombor Soalan dan Markah mengikut
susunan yang ditetapkan di sudut sebelah kanan sebelah atas muka hadapan
kertas lukisan anda. (Lihat gambar rajah di bawah). Tinggalkan ruang kosong untuk
markah.

Nama :

Tingkatan :

No. Soalan :

Markah :

(b) Hasil kerja anda hendaklah yang asli. Anda dilarang membawa masuk sebarang contoh
atau lakaran ke dalam dewan/bilik peperiksaan.
(c) Hasil kerja anda itu hendaklah memenuhi atau hampir memenuhi kertas soalan lukisan
itu kecuali ruang 5 cm × 8 cm yang ditetapkan.
(d) Anda tidak boleh menggunakan bahan pengilat atau syelek pada permukaan hasil
kerja yang sudah siap.
(e) Keseluruhan hasil kerja hendaklah diwarnakan.
(f) Hasil kerja anda itu hendaklah dalam bentuk Dua Dimensi (2D) sahaja.

Disediakan oleh, Disemak oleh, Disahkan oleh,

( Pn Niti Haryati Ibrahim) ( En Musta Nasip ) ( Ustaz Fazli Hj.Madiah )


Penggubal soalan Ketua Panitia PSV Ketua Bidang Kemanusiaan
Jawab SATU soalan sahaja.

PENDIDIKAN SENI VISUAL (PSV)


SOALAN SENI HALUS
TINGKATAN 3
KERTAS 2
(2 JAM )

1. Anda dikehendaki menghasilkan satu karya keindahan di Malaysia melalui


dasar lautnya. Lukisan realistik anda perlulah memberikan kesan menarik
dan indah.

2. Hasilkan sebatang pokok berdaun halus dan rumput, dengan kaedah catan
menggunakan span. Gunakan teknik basah atas basah dan basah atas
kering.

3. Anda diminta menghasilkan satu reka corak batik motif bunga-bungaan.


Gunakan warna air.

4. Buat satu lukisan seekor kuda dengan memberikan penekanan dibahagian


kepala kuda.

5. Hasilkan buah tembikai, buah rambutan atau buah-buahan tempatan yang


terletak di atas meja.

6. Lukiskan sejambak bunga dengan tangkainya sekali. Beri penekanan


terhadap jalinan dan bentuk.

Anda mungkin juga menyukai