Anda di halaman 1dari 2

SOALAN :

Anda melihat pemandangan semula jadi yang begitu indah ketika menuruni tangga di dalam
sebuah taman rekreasi. Lukiskan situasi tersebut dengan memberi penekanan kepada
perspektif, warna dan jalinan.

Penekanan soalan :
5.1)   Anda melihat pemandangan semulajadi (pemandangan alam/nature)
5.2)   Menuruni tangga di dalam sebuah taman rekreasi (ada gambaran tangga : tangga batu, tangga tanah dan
yang bersesuaian. Taman rekreasi : taman hiasan, lanskap dan sepertinya)
5.3)   Penekanan kepada perspektif, warna dan jalinan (perspektif merujuk kepada pembahagian ruang :
perspektif 1 titik lenyap /2 titik lenyap yang sesuai. Warna : lukisan mestilah berwarna untuk menonjolkan
keindahan pemandangan semulajadi. Jalinan : pada anak tangga, tumbuhan, bunga dan sebagainya)

Nilai :  Soalan yang bebas untuk pelajar berimaginasi kerana tidak terikat dengan objek dan benda. Sesuai untuk
semua pelajar terutama pelajar yang lemah dari segi skill melukis objek dan manusia. Cikgu beri 5***** untuk
soalan ini.

Cadangan melukis : Anda tidak perlu mengambil masa yang lama untuk menghasilkan lukisan ini. Fokuskan
masa yang lebih untuk mewarna kerana lukissan ini memerlukan anda berkomunikasi dengan warna-warna alam
semulajadi yang cantik, indah dan menarik. Lakarkan gambaran lukisan anda dengan menggunakan perspektif 1
titik lenyap atau 2 titik lenyap. Perspektif dapat ditonjolkan pada bahagian tangga yang besar dibahagian
hadapan dan semakin mengecil dibahagian belakang. Begitu juga dengan olahan taman rekreasi anda yang
membezakan antara ruang hadapan, tengah dan belakang. Boleh juga diselitkan dengan serangga rama-rama
atau burung kecil sebagai pelengkap karya anda. Penggunaan media basah (poster colour) boleh mencepatkan
proses mewarna anda. Gunakan pelbagai jenis berus daripada yang besar hingga kecil, berus flat hingga yang
tajam. Teknik titik-titik sesuai sekiranya anda menggunakan poster colour. Walaubagaimanapun penggunaan
media kering seperti pencil colour / crayon juga sesuai untuk gambaran lukisan ini. Mix pelbagai colour
menjadikan lukisan anda tentu lebih hebat dan menarik. Mulakan dengan warna lembut pada latar belakang
seperti biru awan, hijau kekuningan sebagai asas. Kemudian warna ditumpukan pada anak tangga mengikut
kesesuian tangga yang digambarkan. Akhir sekali warnakan keseluruhan karya anda.
SOALAN :

Sebuah basikal disandarkan di tepi pagar sebuah rumah. Terdapat sebiji bola dan sepasang stokin di dalam
bakul basikal serta sepasang kasut sekolah digantung pada hendal basikal. Lukis situasi tersebut dari jarak
dekat dengan memberi penekanan kepada bentuk, ruang dan jalinan.

Penekanan soalan :
6.1)   Basikal mempunyai bakul yang disandarkan ditepi pagar rumah (Basikal jenis ada bakul, disandar pada
pagar)
6.2)   Sebiji bola dan sepasang stokin dalam bakul, sepasang kasut sekolah digantung pada hendal basikal
(gambaran sebahagian basikal, tertumpu kepada objek)
6.3)   Lukis dari jarak dekat dengan penekanan kepada bentuk, ruang dan jalinan (jarak dekat bahagian basikal,
penekanan kepada bentuk basikal, objek yang dikehendaki dan jalinan pada setiap kehendak tema soalan)

Nilai :  Soalan yang tertumpu kepada objek basikal, bola, stokin, kasut dan pagar rumah. Gambaran dari jarak
dekat yang menunjukkan sebahagian besar basikal. Soalan yang agak mudah tetapi memerlukan kreativiti
pelajar dalam menyusun letak objek yang betul dan menarik. Cikgu berikan 4**** untuk soalan ini.

Cadangan melukis : Gambarkan sebahagian besar kedudukan basikal yang bersandar pada pagar rumah.
Objek bola, sepasang stokin dan sepasang kasut ditumpukan pada bahagian bakul dan handle basikal.
Penggunaan media basah seperti poster colour atau media kering seperti pencil, pencil colour atau crayon juga
sesuai digunakan. Kreativiti anda dalam menyuaipadankan media dengan lukisan amat penting dan perlu
ditiikberatkan pada ketepatan bentuk, penggunaan ruang yang baik dan jalinan pada setiap objek. Pencahayaan
dan ton boleh menghasilkan karya yang baik sekiranya anda menggunakan media pencil sahaja.  

Anda mungkin juga menyukai