Anda di halaman 1dari 13

MODUL

#Learning@home

SEKTOR PEMBELAJARAN
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK

Disediakan oleh :

HAMIZAH BT ZAKARIA
(SMK CONVENT, IPOH)
ASMAH BT HUSIN
(SMK BUNTONG, IPOH)
NOORLIANA BT AHMAD
(SMK AVE MARIA, IPOH)
REN EFFAZULITA BT REZALI
(SMK SIMPANG PULAI, IPOH)
NORASMA’ BT SHAMSUDDIN
(SMK JATI, IPOH)
TINGKATAN 4

MODUL 1.0 KERJA SEPASUKAN

STANDARD 1.1 ORGANISASI KERJA


KANDUNGAN

STANDARD 1.1.1 Menyenaraikan kaedah serta langkah menyelesaikan sesuatu


PEMBELAJARAN tugasan/ aktiviti/ program/ projek yang dianggotai oleh bilangan
ahli yang ramai

Kaedah menyelesaikan tugasan

Kaedah sumbangsaran Kaedah perbincangan Kaedah simulasi

Langkah menyelesaikan tugasan

Menetapkan Membina carta Menetapkan


matlamat yang organisasi jangka masa
jelas tugasan

Mengerjakan Mencari sumber


tugasan dengan yang jelas dan
tema yang biasa sahih
dilaksanakan
TINGKATAN 4

MODUL 1.0 KERJA SEPASUKAN

STANDARD 1.1 ORGANISASI KERJA


KANDUNGAN
1.1.2 Menerangkan fungsi dan kepentingan :
STANDARD
i. Jawatankuasa
PEMBELAJARAN
ii. Carta organisasi
iii. Jadual tugas
iv. Panduan dan peraturan menjalankan tugas di tempat kerja

Elemen Fungsi Kepentingan


Jawatankuasa Menjalankan tanggungjawab Menjalankan tugas dan
yang diamanahkan mengikut tanggungjawab dengan
tempoh masa yang sempurna, cekap, berkesan
ditetapkan dan dapat mencapai
matlamat organisasi kerja.

Carta organisasi Mempamerkan hierarki a. Mengagihkan sumber


jawatankuasa yang manusia secara cekap
menggambarkan rantaian mengikut keutamaan
arahan dan saluran rasmi demi mencapai matlamat
komunikasi dalam organisasi.
organisasi tersebut b. Menyelaraskan dan
menentukan bidang tugas
dan tanggungjawab setiap
ahli pasukan untuk
mengelakkan sebarang
pertindihan tugas

Jadual tugasan Merancang dan memastikan Menyusun atur tugasan yang


tugasan dan aktiviti perlu dilaksanakan mengikut
dijalankan dengan sistematik garis masa yang telah
ditetapkan

Panduan dan peraturan Menjadi rujukan organisasi Memastikan ahli pasukan


menjalankan tugas di tempat kerja bagi menjalankan dalam organisasi kerja
kerja tanggungjawab mereka. menjalankan tugasan dengan
lancar dan terkawal
TINGKATAN 4

MODUL 1.0 KERJA SEPASUKAN

STANDARD 1.1 ORGANISASI KERJA


KANDUNGAN
1.1.3 Menghuraikan kepentingan :
STANDARD
i. Bekerja mengikut garis masa
PEMBELAJARAN
ii. Mengikut arahan dengan betul
iii. Menjaga kebersihan dan kekemasan ruang kerja

Budaya kerja positif Kepentingan


Bekerja mengikut garis masa (Carta Gantt)  Pekerja yang baik harus komited terhadap
tugasan dan mengikut tempoh masa yang
ditetapkan
 Pematuhan akan menjayakan matlamat
organisasi dan meningkatkan
kecemerlangan organisasi

Mengikut arahan dengan betul  Pekerja yang cemerlang, adalah seorang


yang fleksibel dan sentiasa mengikut
arahan
 Pekerja yang cekap, bersedia menerima
arahan dan tugasan dalam apa jua
keadaan.

Menjaga kebersihan dan kekemasan ruang  Ruang kerja perlu sentiasa dijaga
kerja  Ruang kerja yang kemas membantu
seseorang bekerja dengan sistematik.

Imbas saya
https://www.youtube.com/watch?v=zQVzKEfJPI4
TINGKATAN 4

MODUL 1.0 KERJA SEPASUKAN

STANDARD 1.1 ORGANISASI KERJA


KANDUNGAN
1.1.4 Membina carta organisasi dan senarai tugas ahli di dalam satu
STANDARD
kumpulan
PEMBELAJARAN

Carta Organisasi

Penaung/Penasihat

Yang Dipertua/Pengerusi

Naib Yang Dipertua/Naib


Pengerusi

Setiausaha
Naib/Penolong Setiausaha
(Jika perlu)
Bendahari
Naib/Penolong Bendahari
(Jika perlu)
Ahli Jawatankuasa
Pemeriksa Kira-kira
Ahli Biasa
Peranan dan tanggungjawab jawatankuasa dalam organisasi kerja

Jawatankuasa Peranan dan tanggungjawab


Penaung atau penasihat  Sebagai penasihat dalam pengendalian pertubuhan atau
persatuan
 Sebagai pelindung dan penjaga imej organisasi
pertubuhan/persatuan (penaungnya merupakan orang
kenamaan yang terkenal)
 Contoh: Persatuan Pandu Puteri Malaysia penaungnya
Raja Permaisuri Agong

Yang Dipertua/Pengerusi  Sebagai penggerak dan sumber ilham dan memberikan


nafas baru terhadap kemajuan dan perkembangan
pertubuhan atau persatuan
 Mempengerusikan mesyuarat agung dan mesyuarat ahli
jawatankuasa, menguruskan pembahagian tugas ahli
jawatankuasa serta menyelaraskan semua tugas dan
kegiatan pertubuhan atau persatuan.
 Membuat penilaian dan perancangan serta menggubal
dasar pertubuhan atau persatuan dari semasa ke semasa
agar pengurusan dapat berjalan dengan lancar dan
sempurna.
 Menjayakan aktiviti pertubuhan atau persatuan dan akan
melaporkannya kepada Penaung atau Penasihat
 Memastikan jentera pentadbiran pertubuhan atau
persatuan tidak menyimpang daripada dasar asal
 Mempunyai kebolehan dan kreativiti dalam
menyelesaikan masalah yang berbangkit dengan adil dan
berkesan

Naib Yang Dipertua/ Naib  Membantu tugas Yang Dipertua atau Pengerusi
Pengerusi  Memangku tugas Yang Dipertua atau Pengerusi semasa
ketiadaan beliau
 Menyatukan semua ahli jawatankuasa dan ahli pertubuhan
persatuan dalam semua aspek

Setiausaha  Menyelaraskan semua kegiatan dan projek yang dirancang


 Menyediakan notis dan agenda mesyuarat serta pelbagai
laporan
 Menguruskan surat-menyurat, sistem fail, buku, stok alat
tulis, pekeliling dan sebagainya
 Menguruskan tempahan dewan untuk mesyuarat dan
menyediakan pelbagai borang yang berkaitan dengan
tugasnya.
 Menyediakan minit mesyuarat setiap kali mesyuarat di
adakan.

Naib/Penolong Setiausaha  Membantu setiausaha dan memangku jawatan tersebut


apabila ketiadaan setiausaha
Bendahari  Menguruskan semua hal ehwal kewangan pertubuhan atau
persatuan
 Menandatangani semua cek dan baucar bersama dengan
Yang Dipertua atau Pengerusi
 Menjaga dan memastikan wang pertubuhan atau persatuan
hanya digunakan untuk perkara yang berfaedah sahaja
 Memastikan perbelanjaan bagi tahun berkenaan tidak
melebihi anggaran yang telah diluluskan oleh mesyuarat
agung sebelumnya
 Mengutip yuran bulanan atau tahunan daripada ahli
 Menyimpan buku penyata, buku akaun bank, buku cek,
resit, buku wang keluar masuk dan buku wang tunai
 Menyediakan laporan/penyata kewangan

Naib/Penolong Bendahari  Membantu bendahari dan memangku jawatan tersebut


apabila ketiadaan bendahari

Ahli Jawatankuasa  Menghadiri semua mesyuarat jawatankuasa dan


mesyuarat agung pertubuhan atau persatuan berkenaan
 Menerima dan melaksanakan semua tugas dan
tanggungjawab yang diberikan kepada mereka
 Menyumbangkan idea, pendapat dan tenaga untuk
menjayakan rancangan atau projek yang telah ditetapkan
oleh pertubuhan atau persatuan
 Bertanggungjawab terhadap segala keputusan yang telah
dipersetujui dalam sesuatu mesyuarat
 Melantik ahli jawatankuasa kecil jika dirasakan perlu

Pemeriksa Kira-kira  Memeriksa penyata kewangan pertubuhan atau persatuan


bagi tempoh lantikan dan membuat laporan atau
pengesahan untuk mesyuarat agung
 Memeriksa penyata kewangan pertubuhan atau persatuan
sepanjang tempoh jawatan mereka dan memberikan
laporan kepada jawatankuasa pada bila-bila masa yang
dikehendaki oleh Yang Dipertua atau Pengerusi

Ahli Biasa  Membayar yuran keahlian kepada Bendahari secara


bulanan, tahunan atau sekali seumur hidup berdasarkan
ketetapan pertubuhan atau persatuan tersebut
 Menyerahkan surat jika hendak berhenti menjadi ahli dan
membayar semua hutang yuran yang tertunggak jika ada
 Membantu dalam menjayakan sesuatu tugasan, aktiviti
atau projek jika diminta oleh Yang Dipertua atau
Pengerusi dan Setiausaha seperti mengira undi, mencatat
nama, menjadi penyambut tetamu, menyediakan jamuan
dan sebagainya
TINGKATAN 4

MODUL 1.0 KERJA SEPASUKAN

STANDARD 1.1 ORGANISASI KERJA


KANDUNGAN
1.1.5 Membina satu jadual tugas yang mempamerkan garis masa
STANDARD
untuk menyelesaikan tugasan/aktiviti/ program/ projek
PEMBELAJARAN

Contoh carta Gantt untuk perancangan Hari Kantin Sekolah

Bil Aktiviti Masa/Minggu

1 2 3

1 Menubuhkan jawatankuasa dan mengagihkan tugasan

2 Memasang khemah

3 Menghias gerai jualan

4 Hari kantin

5 Membersihkan kawasan

6 Mengira hasil jualan

7 Post-mortem dan dokumentasi

Jadual tugasan

Bil Masa Tempat Tarikh Perkara/Aktiviti Tandatangan

Murid Guru

1 2 jam Kawsan 6.3.2017 Menubuhkan ahli jawatankuasa


kantin dan mengagihkan tugasan

2 2 jam Padang 12.3.2017 Memasang khemah

3 2 jam Padang 13.3.2017 Menghias gerai jualan

4 3 jam Padang 14.3.2017 Hari Kantin

5 1 jam Padang 15.3.2017 Membersihkan Kawasan

6 2 jam Kelas 20.3.2017 Mengira hasil jualan


7 2 jam Kelas 23.3.2017 Membincangkan penambahbaikan
yang perlu dilakukan berdasarkan
penilaian guru dan kawan-kawan

TINGKATAN 4

MODUL 1.0 KERJA SEPASUKAN

STANDARD 1.1 ORGANISASI KERJA


KANDUNGAN
1.1.6 Mengaplikasi semangat bekerjasama untuk menyelesaikan
STANDARD
tugasan/ aktiviti/ program/ projek
PEMBELAJARAN

Semangat Kerjasama dalam Pasukan

Patuh Arahan Bertanggungjawab

Patuh arahan ketua Jalankan


agar tugas tangungjawab
dilaksanakan secara
dengan lancar berkelompok

Ciri-ciri
semangat
Kerjasama
dalam pasukan

Sistematik Bekerjasama
Hasilkan carta Membantu antara
organisasi, senarai satu sama lain
tugas, jadual tugas,
LATIHAN
Bahagian A
1. Maklumat berikut menerangkan tentang kaedah menyelesaikan sesuatu tugasan dalam
sebuah organisasi.

A Kaedah ini menggalakkan ahli berimaginasi secara kreatif, mencari idea baharu
serta kombinasi idea. Sebarang idea dinyatakan secara spontan dan perlu
diterima seterusnya dikembangkan.
B Ahli dapat berinteraksi dalam kumpulan. Kaedah ini menggalakkan daya
pemikiran yang lebih kreatif dan boleh menghasilkan idea yang bernas.
C Ahli dapat mengaplikasikan konsep tertentu dalam menyelesaikan tugasan.
Kaedah ini diwujudkan menyerupai situasi sebenar tetapi dalam bentuk yang
mudah difahami.

Apakah kaedah :

A. ……………………………………………………………………………………….
B. ……………………………………………………………………………………….
C. ……………………………………………………………………………………….
(3 markah)

2. Rajah 1 menunjukkan peta alir langkah menyelesaikan tugasan. Lengkapkan peta alir itu.

i. Membina carta organisasi

ii. Mengerjakan tugasan dengan


tema yang biasa dilaksanakan

iii.

Rajah 1
(3 markah)

3. Jadual 1 di bawah menunjukkan elemen dan fungsi organisasi kerja. Tuliskan elemen bagi
setiap fungsi yang diberi.

Elemen Fungsi
i. Menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan mengikut tempoh
masa yang ditetapkan
ii. Mempamerkan hierarki jawatankuasa yang menggambarkan
rantaian arahan dan saluran rasmi komunikasi dalam organisasi
iii. Merancang dan memastikan tugasan dan aktiviti dijalankan dengan
sistematik
Jadual 1
(3 markah)

4. Jadual 2 menunjukkan kepentingan budaya kerja positif dalam sesebuah organisasi. Apakah
kepentingan budaya kerja positif di ruang yang disediakan berdasarkan penerangan yang
diberi.

Budaya kerja positif Penerangan


i. Pekerja menyelesaikan tugasan yang
diberi mengikut masa yang telah
ditetapkan.
ii. Pekerja sentiasa bersedia menerima
tugasan berdasarkan peraturan yang
ditetapkan.
iii. Ruang kerja yang kemas membantu
seseorang bekerja dengan sistematik.
Jadual 2
(3 markah)

5. Berikut adalah ciri-ciri semangat kerjasama dalam pasukan.

Y X

Patuh Ciri-ciri semangat Z


arahan kerjasama dalam pasukan
n
Nyatakan ciri-ciri :

X : __________________ Y : _____________________ Z : ___________________


(3 markah)
Bahagian B

1. Sekolah anda telah dipilih sebagai tuan rumah Perkhemahan Perdana Puteri Islam Peringkat
Daerah. Sebagai pengerusi Persatuan Puteri Islam sekolah, anda diberi tanggungjawab
untuk mengendalikan program perkhemahan tersebut.

a) Bina carta organisasi bagi program perkhemahan tersebut.

(7 markah)
b) Nyatakan tiga ciri semangat kerjasama dalam pasukan.

i. ……………………………………………………………………………………….

ii. ……………………………………………………………………………………….

iii. ……………………………………………………………………………………….
(3 markah)
JAWAPAN

BAHAGIAN A
NO. SKEMA MARKAH MARKAH PENUH
1 A. Kaedah sumbang saran 1
B. Kaedah perbincangan 1
C. Kaedah simulasi 1 3

2 i. Menetapkan matlamat yang jelas 1


ii. Menetapkan jangka masa tugasan 1
iii.Mencari sumber yang jelas dan sahih 1 3

3 i. Jawatan kuasa 1
ii. Carta organisasi 1
iii. Jadual tugasan 1 3

4 i. Bekerja mengikut garis masa (Carta Gantt) 1


ii. Mengikut arahan dengan betul 1
iii.Menjaga kebersihan dan kekemasan ruang kerja 1 3

5 X : bertanggungjawab 1
Y : sistematik 1
Z : bekerjasama 1 3

BAHAGIAN B
NO. SKEMA MARKAH MARKAH PENUH
1a

Penaung/ 1
Penasihat

Pengerusi 1

Naib Pengerusi 1

Setiausaha 1

1
Bendahari

Ahli Jawatan 1
Kuasa

Ahli 1 7
Biasa

b i.Patuh arahan 1
ii.Bertanggungjawab 1
iii.Sistematik 1
iv.Bekerjasama 1 Mak:3

Anda mungkin juga menyukai