Anda di halaman 1dari 2

SULIT Pendidikan Seni Tingkatan 1 2013 JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU Kertas ini hendaklah

diberikan kepada calon sekurang-kurangnya seminggu sebelum tarikh peperiksaan kertas ini. 1. Kertas soalan ini mengandungi 6 soalan 2. Jawab satu soalan sahaja. Kertas soalan ini mengandungi 2 halaman bercetak Hak Cipta JKD seni visual Kota Tinggi

PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2013 TINGKATAN SATU

PENDIDIKAN SENI VISUAL Masa: 2 jam 30 minit

Lihat Sebelah SULIT

Pilih SATU soalan sahaja. 1. Dengan menggunakan pelbagai jenis garisan yang dipelajari hasilkan sebuah lukisan pemandangan air terjun. 2. Rupa ialah hasil pertemuan antara hujung garisan dengan titik permulaan. Hasilkan sebuah kertas pembalut hadiah menggunakan rupa geometri dan organik. Hasilkan karya anda menggunakan teknik resis.( Gabungan warna air dan contengan lilin ) 3. Dengan menggunakan teknik cat air. Hasilkan sebuah pemandangan di Taman Bunga dengan menekankan aspek keharmonian warna, perspektif dan kadar banding. 4. Lukis sebuah lukisan bertemakan Buah-buahan Tempatan. mempunyai aspek jalinan, bentuk dan ton. Lukisan tersebut mestilah

5. Hasilkan sebuah lukisan yang bertemakan pemandangan di sebuah jalan raya. Lukisan tersebut mestilah mempunyai garisan perspektif dan beberapa buah batang tiang lampu jalan di tepi jalan raya. 6. Dengan menggunakan warna panas, hasilkan sebuah catan bertemakan sebuah pemandangan pada waktu senja di laut. Catan anda mestilah menekankan aspek ton warna, ruang, dan komposisi.

SOALAN TAMAT

Anda mungkin juga menyukai