Anda di halaman 1dari 9

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN

TINGKATAN 5
( GUNAKAN FORMAT SEKOLAH MASING-MASING )

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi 6 soalan


2. Jawab satu soalan sahaja

Arahan kepada Ketua Pengawas.

(a) Kertas lukisan yang disediakan bagi peperiksaan Pertengahan Tahun Tingkatan 5 berukuran
lebih kurang 28 cm x 38 cm akan dibekalkan oleh Unit Peperiksaan Sekolah. Calon tidak
boleh menggunakan kertas sendiri.

(b) Pastikan semua hasil kerja calon telah kering sebelum dikutip. Hasil kerja tersebut
jangan dilipat atau digulung untuk mengelakkan daripada sebarang kerosakan.

(c) Jika calon menggunakan krayon atau pastel, permukaan lukisan tersebut hendaklah dilapik
dengan kertas yang sesuai. Setiap hasil kerja calon tidak boleh di bungkus
keseluruhannya dengan kertas atau plastik.

(d) Jika calon menggunakan teknik kolaj atau teknik campuran, mereka boleh menggunakan
kertas berwarna atau bahan terbuang yang nipis seperti kulit majalah, perca kain dan
lain-lain yang dibawa sendiri oleh calon.
2611/2 SULIT
2

Arahan kepada calon

(a) Kertas soalan ini hendaklah dibawa ke tempat peperiksaan pada hari yang
ditetapkan. Tuliskan dengan terang Nombor Kad Pengenalan, Nombor Pusat,
Angka Giliran, Kod Mata Pelajaran, Nombor Soalan dan Ruang Markah
mengikut susunan yang ditetapkan di sudut kanan sebelah atas muka belakang
kertas lukisan anda. (Lihat gambar rajah di bawah).

Sudut Kanan Sebelah Atas Muka Belakang Lukisan.

NO. KAD PENGENALAN: ……..


NO. PUSAT: ……………………..
ANGKA GILIRAN: ……………...
5 cm KOD MATA PELAJARAN: …….
NO. SOALAN: …….……………..
MARKAH : ………..……………..

8 cm

(b) Hasil kerja anda hendaklah yang asli.


(c) Hasil kerja anda hendaklah memenuhi atau hampir memenuhi kertas lukisan
kecuali ruang 5 cm x 8 cm yang ditetapkan.
(d) Anda tidak boleh menggunakan bahan pengilat atau syelek pada permukaan
hasil kerja yang sudah siap.
(e) Anda bebas menggunakan apa jua teknik kecuali teknik semburan dan
asemblaj. Jika teknik kolaj digunakan, anda hendaklah menggunakan kertas
berwarna atau bahan terbuang yang nipis seperti kulit majalah, perca kain dan
lain-lain yang dibawa sendiri.
(f) Hasil kerja anda hendaklah dalam bentuk 2D (Dua Dimensi) sahaja.

2611/2 SULIT

3
PILIH 1 SOALAN SAHAJA
MASA : 3 JAM
TARIKH : 8 .11. 2022
HARI : RABU

Seni Halus
Pilih satu soalan sahaja

1. Anda sedang mengembara sambil memandu di sebuah kawasan gurun yang luas . Kelihatan di
hadapan anda kawasan gunung ganang luas terbentang. Terdapat di hadapannya pokok-pokok kaktus
dan tumbuhan gurun yang lain.

Gambarkan situasi tersebut dengan memberi penekanan kepada jalinan, ruang dan bentuk.
 
2. Di satu sudut bilik bacaan terdapat sebuah meja kayu. Di atasnya terdapat sebuah komputer
peribadi. Kelihatan juga sebuah lampu bacaan disudut meja itu. Meja itu juga dihiasi dengan sebuah
pasu bunga kecil dan bekas alat tulis.

Gambarkan situasi tersebut dari jarak dekat dengan memberi penekanan kepada komposisi, bentuk
dan jalinan .

3. Beberapa orang kanak-kanak sedang bermain gasing di satu kawasan lapang. Kelihatan mereka
sedang bermain dengan penuh keriangan. Terdapat berbagai aksi yang mencuit hati terlihat semasa
mereka leka bermain.

Gambarkan suasana itu dengan memberi penekanan kepada bentuk, jalinan dan aksi kanak-kanak
tersebut.

4. Anda sedang menyusuri sebatang sungai dengan menaiki sebuah bot . Tiba di sebuah kawasan anda
terlihat beberapa rumah rakit di bahagian tepi sungai itu. Rumah rakit itu berlatar belakangkan
kawasan hutan tebal .

Gambarkan suasana itu dengan memberi penekanan kepada bentuk, jalinan dan ruang .
 
5. Tiba-tiba anda memasuki satu dunia baru. Di hadapan anda kelihatan bangunan-bangunan seba
canggih menggambarkan suasana zaman futuristik. Selain bangunan-bagunan yang luar biasa reka
bentuknya, terdapat juga kenderaan terbang yang bergerak pantas melintasi bandar itu.

Gambarkan situasi tersebut dengan memberi penekanan kepada bentuk, jalinan dan ruang.

6. Kelihatan sepasang burung enggang sedang hinggap di atas ranting sambil memakan buah-buahan
kecil yang terdapat di situ. Burung-burung ini dikelilingi oleh rimbunan daun pokok yang menghijau .

Gambarkan situasi tersebut dari jarak dekat dengan memberi penekanan kepada suasana jalinan dan
bentuk.
KERTAS SOALAN TAMAT
Soalan 1
Soalan 2
Soalan 3
Soalan 4
Soalan 5
Soalan 6

Anda mungkin juga menyukai