Anda di halaman 1dari 3

PENDIDIKAN MORAL T4

JAWAPAN
UNIT 4 : PENGGUNAAN TEKNOLOGI DAN KOMUNIKASI SECARA BERETIKA

1. Maklumat berikut berkaitan dengan karya dibawah perlindungan hak cipta.

Karya yang dilundungi oleh hakcipta

Karya
Muzik

Karya Karya
Filem
Sastera Terbitan

(a) Apakah yang anda faham tentang hak cipta?

i. Hak eksklusif yang diberikan oleh undang-undang dalam suatu tempoh masa tertentu
ii. Hak eksklusif yang diberikan kepada pemilik karya untuk mengawal penggunaan karya mereka

(2m)
(b) Selain karya-karya yang ditunjukkan dalam lakaran grafik di atas, berikan dua contoh karya lain
yang dilindungi oleh hak cipta.

i. karya seni
ii. perakam bunyi ATAU siaran
(2m)
(c) Jelaskan dua hak moral bagi pencipta karya di bawah perlindungan hak cipta.

i. F - hak paterniti
H - membolehkan pemilik karya dikenali dan menuntut keaslian ciptaan untuk dikekalkan

ii. F - hak integriti


H -membenarkan pemilik karya menghalang pengguna lain daripada menyeleweng,
mencatatkan atau mengubahsuai hasil kerjanya agar tidak menjejaskan reputasi pencipta
(4m)
(d) Mengapakah hak cipta perlu dihormati dalam dunia digital?

melindungi hak karya pemilik karya


melindungi hak ekonomi pemilik karya
(2m)
2. Gambar berkaitan dengan perkembangan teknologi pada masa kini.

(a) Nyatakan dua etika penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi.

i. tidak mendedahkan ID kepada orang lain

ii. menggunakan perisian berlesen

(2m)

(b) Huraikan dua kebaikan teknologi maklumat dan komunikasi.

i. F - memudahkan pengguna mendapat maklumat

H -pelbagai maklumat yang diperlukan untuk menyiapkan tugasan dan kerja dapat diperoleh

dengan mudah dan membantu menjimatkan masa

ii. F - mengetahui perkembangan semasa berlaku di dalam dan dunia luar

H - mengetahui pelbagai perkara yang berkaitan dengan sosial, politik, ekonomi, pendidikan,

sukan dan sebagainya

(4m)

(c) Nyatakan dua kesan negatif penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi.

i. berlaku jenayah siber

ii. terdedah kepada laman sesawang yang tidak bermoral dan berunsur ponografi

jawapan lain : membuang masa, penyebaran maklumat yang diragui kesahihannya

(2m)

(d) Pada pendapat anda, bagaimanakah kerajaan mengawal penyalahgunaan maklumat dan
komunikasi ?
F - mewujudkan undang-undang
H - meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan
penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi secara beretika
(2m)

Soalan Esei

3. Maklumat yang berikut berkaitan dengan buli siber.

Buli siber bermaksud penggunaan telefon bimbit atau peranti elektronik yang lain untuk menghantar
teks atau gambar bertujuan untuk mencedera, menakutkan, mengancam atau memalukan orang lain.
Isu buli siber adalah lebih bahaya daripada perbuatan membuli orang lain kerana identiti pembuli
tidak mudah diketahui dan dia boleh membuli mangsanya pada bila-bila masa. Mangsa akan
mengalami tekanan emosi apabila melihat kata-kata negatif yang menyakitkan hati sehingga mereka
membuat keputusan untuk membunuh diri.

Apakah perasaan anda apabila mengetahui kejadian buli siber? Jelaskan tindakan yang perlu diambil
oleh mangsa buli siber apabila menghadapi masalah ini. Jawapan anda hendaklah berdasarkan nilai-nilai
universal yang telah dipelajari. (10m)

Nilai-nilai universal Huraian


Sedih H1 – memberitahu orang dewasa yang boleh dipercayai
Rasional H2 – memberitahu ibu bapa, guru dan orang lain
Bertanggungjawab H3 – tidak membalas mesej pembuli siber
Keberanian H4 – dapat mengurangkan keseronokkan untuk terus membuli
mangsa
H5 – tidak memadam mesej-mesej negatif atau maklumat lain yang
dihantar
H6 – membuat laporan kepada pihak polis
H7 – tidak berjumpa dengan pembuli siber di sesuatu tempat yang
dijanjikan
H8 – memberi amaran kepada pembuli siber untuk menghentikan
perbuatannya
H9 – memberitahu bahawa tindakan akan diambil jika terus
membuli

Anda mungkin juga menyukai