Anda di halaman 1dari 30

1

KERTAS 3 SPM 2020

Tema Umum: Malaysia dan Kerjasama Masyarakat Antarabangsa

Perang Dunia Pertama juga dikenali sebagai The Great War (Perang Besar) yang pernah
diketahui oleh manusia. (Sumber:www.bbc.co.uk). Perang tersebut juga menandakan bermulanya
konflik antarabangsa yang lain dan meninggalkan kesan yang besar terhadap dunia.

1. PENGENALAN

a) Pengertian/ maksud/ makna/ konsep/ definisi perang

APAKAH MAKSUD /MAKNA /PENGERTIAN / DEFINISI PERANG

Menurut Kamus Dewan, istilah ‘perang’ bermaksud perkelahian, pertempuran dengan


menggunakan senjata antara negera dengan negera. Peperangan juga boleh ditakrifkan sebagai
konflik antara kumpulan-kumpulan pesaing dengan menggunakan taktik kekerasan. Peperangan
bersifat konflik yang terancang ini dilancarkan untuk mencapai objektif-objektif tertentu.

Peperangan biasanya menggunakan peralatan dan senjata yang bertujuan untuk


membunuh atau mematikan pihak yang satu lagi. Peralatan peperangan ini semakin canggih dari
hari ke hari selaras dengan kemajuan sains dan teknologi. Berbagai-bagai bentuk senjata dicipta
yang menggunakan tenaga nuklear, biologi dan kimia yang boleh mendatangkan kemusnahan
yang besar kepada nyawa manusia dan alam ini. Sebagai contoh, pengguguran bom atom di
Hiroshima dan Nagasaki dalam Perang Dunia Ke Dua telah mengorbankan banyak jiwa dan
mendatangkan kesan yang amat teruk kepada persekitaran hinggalah ke hari ini.

b) LATAR BELAKANG PERANG DUNIA 1 / PERANG DUNIA 2

LATAR BELAKANG PERANG DUNIA PERTAMA/PD1 (1914-1918)

Perang Dunia Pertama berlangsung antara tahun 1914-1918 dan hanya berlaku dalam
kalangan negara-negara Eropah sahaja. Negara-negara Eropah yang terlibat dalam peperangan ini
ialah Jerman, Britain, Rusia, Perancis, Austria-Hungary, Serbia, Itali, Belgium dan Turki.
Negara-negara di Asia dan Afrika turut dilibatkan apabila wilayah di kedua-dua benua tersebut
menjadi rebutan negara-negara Eropah untuk dijadikan tanah jajahan. Perang Dunia Pertama
melibat dua pihak iaitu Triple Alliance (Perikatan Tiga Kuasa) dan Triple Entente (Pakatan Tiga
Kuasa). Akhirnya, Triple Entente yang dipimpin oleh Rusia berjaya menewaskan Triple Alliance
yang diketuai oleh Jerman.

LATAR BELAKANG PERANG DUNIA KEDUA/PD2 (1939-1945)

Perang Dunia kedua berlaku selepas 20 tahun tamatnya perang dunia pertama. Perang ini berlaku
antara tahun 1939 hingga tahun 1945 dan ia berlaku di dua medan pertempuran iaitu di Eropah
dan Asia Pasifik. Peperangan di Eropah tertumpu di negara Eropah dan utara Afrika, manakala
peperangan di Asia Pasifik pula tertumpu di Tanah Besar Asia dan Kepulauan Asia Tenggara.

Perang dunia kedua melibatkan dua pakatan iaitu, Kuasa Bersekutu yang dianggotai oleh
Amerika Syarikat, Britain, Perancis dan Rusia. Pakatan yang lagi satu ialah Kuasa Paksi yang
dianggotai oleh Jerman, Jepun dan Itali. Perang dunia kedua dilihat lebih menyeluruh berbanding

2
perang dunia pertama dimana sewaktu perang dunia pertama hanya melibatkan negara-negara
Eropah, manakala dalam perang dunia kedua melibatkan negara Asia, Eropah, Afrika, dan
Kepulauan Pasifik.

KONFLIK ANTARABANGSA

APAKAH MAKSUD/ MAKNA/ PENGERTIAN/ DEFINISI KONFLIK


ANTARABANGSA

Konflik antarabangsa yang berlaku pada pertengahan abad ke 20 ialah berlakunya Perang
Dunia Pertama (1914-1918) dan Perang Dunia Kedua (1939-1945). Peristiwa ini mewujudkan
pakatan atau blok negara terlibat peperangan iaitu antara Perikatan Kuasa Tengah dengan
Pakatan Bertiga.

Oleh yang demikian konflik ini meninggalkan kesan terhadap sejarah dunia dan kesan
terhadap politik antarabangsa. Ia membawa kepada kemunculan blok dunia dan perang dingin.

KEMUNCULAN BLOK DUNIA

APAKAH MAKSUD BLOK DUNIA

Penyelesaian Perang Dunia Kedua dicapai dalam beberapa siri persidangan. Kebuntuan
dalam siri rundingan ini menimbulkan bibit perpecahan dan akhirnya membawa kepada
kemunculan blok dunia dan Perang Dingin. Blok dunia merujuk kepada negara-negara yang
sehaluan yang berusaha untuk bersatu dan bertindak secara bersama bagi menjaga kepentingan
ahli. Blok ini muncul dalam pelbagai bentuk berdasarkan aspek politik, aspek ekonomi dan aspek
geografi.

Kedua-dua blok tersebut ialah Blok Kapitali dan Blok Komunis. Blok kapitalis diketuai
oleh Amerika Syarikat dengan disertai 11 buah negara lain dan menandatangani perjanjian
Atlantik Utara (NATO). Manakala Blok komunis diketuai oleh Soviet Union dengan disertai 7
buah negara lain dan menandatangani Perjanjian/Pakatan Warsaw.

PERANG DINGIN

APAKAH MAKSUD PERANG DINGIN?

Perang Dingin berlaku sejak tamatnya Perang Dunia Kedua sehinggalah tahun 1989
apabila sistem komunis Soviet Union hancur. Ia berlaku disebabkan ideologi dan fahaman politik
yang berbeza. Peperangan ini dikenali sebagai Perang Dingin kerana tidak berlaku sebarang
konflik bersenjata secara langsung antara kedua-dua blok iaitu Blok Kapitalis dan Blok Komunis.
Kedua-dua blok ini membuktikan kekuatan masing-masing dengan bersaing untuk menyebarkan
pengaruh dan memajukan kepentingan masing-masing di Eropah dan juga di Asia melalui
propaganda serta bantuan ekonomi dan ketenteraan. Selain itu kedua-dua blok ini juga cuba
mempengaruhi negara-ngara Dunia Ketiga.

3
2. ISI DAN HURAIAN
a) Sebab/ Faktor/ Punca
(Mengapakah berlakunya Perang Dunia Pertama, Perang Dunia
Kedua, Blok Dunia dan Perang Dingin)

 PERANG DUNIA PERTAMA (1914-1918)

Perang Dunia Pertama berlaku disebabkan faktor politik. Ia telah membawa kepada
kemunculan nasionalisme di Eropah. Negara-negara kecil di Eropah telah bersatu dan
membentuk negara bangsa yang lebih besar contohnya Jerman dan Itali. Nasionalisme yang kuat
menyebabkan kuasa-kuasa besar ini sanggup berperang bagi membuktikan kekuasaan masing-
masing. Faktor politik juga membawa kepada pembentukan sistem pakatan negara-negara
Eropah seperti Perikatan Kuasa Tengah dan Pakatan Bertiga. Persaingan antara kedua-dua
pakatan tersebut membawa ancaman kepada perimbangan kuasa dunia yang wujud pada masa itu.
Faktor seterusnya ialah faktor ekonomi pula menyebabkan kuasa besar Eropah seperti
Britian, Perancis, Austria-Hungry dan Rusia bersaing untuk mendapatkan tanah jajahan.
Persaingan hebat berlaku penghujung abad ke-19 dan awal abad ke-20 akibat kemunculan
imperialisme baru. Hal ini menyebabkan kuasa besar Eropah mula bersaing bagi membentuk
lingkungan pengaruh masih-masing. Persaingan kuasa-kuasa besar Eropah adalah untuk
mendapatkan bahan mentah serta memasarkan barangan siap mereka.
Selain itu Perang Dunia Pertama juga akibat daripada factor segera iaitu
pembunuhan pewaris takhta Austria-Hungry dan isterinya Archduke Franz Ferdinand
oleh pengganas. Oleh itu Austria dengan sokongan Jerman telah mengisytiharkan perang
terhadap Serbia. Serbia pula disokong oleh Rusia dan Perancis. Serangan Jerman terhadap
Perancis melalui negara berkecuali iaitu Belgium telah menimbulkan kemarahan Britain. Britain
kemudiannya meminta bantuan daripada Amerika Syarikat. Peristiwa serangan kapal dagang
Amerika Syarikat oleh pihak Jerman turut membawa negara tersebut dalam kancah Perang Dunia
Pertama.

 PERANG DUNIA KEDUA (1939 – 1945)

Antara faktor yang mencetuskan Perang Dunia Kedua ialah faktor politik. Kegagalan
perjanjian Versailles menyelesaikan masalah Perang Dunia Pertama telah menimbulkan rasa
tidak puas hati beberapa negara. Terutamanya Jerman kerana kehilangan tanah jajahan dan
terpaksa membayar pampasan perang yang tinggi. Jerman juga diarahkan mengurangkan saiz
angkatan tentera. Kemunculan Adolf Hitler yang berjaya menguasai Jerman melalui parti
Nationalis Socialist. Hitler mengingkari Perjanjian Versailles dengan membina angkatan tentera
besar.
Perubahan politik di Soviet Union, Jerman, Itali dan Jepun juga telah menjadi punca
Perang Dunia Kedua. Berlaku perang saudara di Rusia dan komunis berjaya mengalahkan pihak
lawan. Pihak ini dibantu oleh Amerika Syarikat, Britain, Perancis dan Jepun. Di samping itu,
Vladimir Lenin telah mengukuhkan ideologi komunis di Rusia yang dikenali sebagai Kesatuan
Republik Sosialis Soviet. Manakala tindakan Itali di bawah pimpinan Benito Mussolini telah
4
menjajah Ethiopia dan menceroboh Perancis pada tahun 1940. Sementara itu di Timur, Jepun
pula muncul sebagai kuasa untuk menguasai negara-negara di Timur dan bertanggungjawab
untuk membebaskan negara-negara ini dari penjajahan barat.
Kemelesetan ekonomi yang berlaku pada awal tahun 1930-an juga merupakan faktor
penyebab Perang Dunia Kedua. Kemelesetan ekonomi yang melanda Amerika Syarikat merebak
ke seluruh dunia. Amerika Syarikat tidak mampu menyediakan pinjaman untuk Jerman. Oleh itu
Jerman tidak mampu membayar hutang peperangan. Selain itu Britain, Perancis dan Itali
mengurangkan peruntukan ketenteraan. Manakala Jerman pula mengalihkan perhatian rakyat
daripada masalah ekonomi. Justeru, Jerman bertindak mengukuhkan tentera dan menjalankan
dasar perluasan kuasa. Perkara yang sama juga berlaku di Jepun.

 BLOK DUNIA

Faktor-faktor kemunculan blok dunia disebabkan ideologi politik yang berbeza. Ideologi
kapitalis diketuai oleh Amerika Syarikat. Manakala ideologi komunis pula diketuai oleh Soviet
Union. Kedua-dua blok ini mahu menyebarkan ideologi politik masing-masing. Wujud
persaingan antara blok Amerika Syarikat dengan blok Soviet Union yang ingin membuktikan
kekuatan masing-masing. Kedua-dua kuasa ini ingin menyebarkan pengaruh mereka di Eropah
dan di Asia. Kedua-dua kuasa ini ingin memajukan kepentingan masing-masing di Eropah dan di
Asia dengan menggunakan propaganda dan bantuan ekonomi serta ketenteraan.

Selain itu, berlakunya pakatan ketenteraan iaitu penubuhan NATO yang diketuai oleh
Amerika Syarikat dan pakatan Warsaw yang diketuai oleh Soviet Union. Wujud juga Pertubuhan
Perjanjian Asia Tenggara atau South-East Asia Treaty Organisation (SEATO) yang bersifat
berkecuali. Pakatan ketenteraan ini menyebabkan berlakunya perlumbaan senjata antara dua blok
ini.

 PERANG DINGIN

Perang Dingin ini berlaku sejak tamatnya Perang Dunia Kedua sehingga tahun 1989.
Perang Dingin berpunca daripada ideologi dan fahaman politik yang berbeza antara dua blok
utama dunia pada ketika itu. Persaingan kuasa ini antara blok komunis yang diketuai oleh Soviet
Union dengan blok Kapitalis yang diketuai oleh Amerika Syarikat. Namun tidak berlaku
sebarang konflik bersenjata antara kedua-dua blok ini.
Kedua-dua blok ingin membuktikan kekuatan masing-masing dengan menyebarkan
pengaruh dan kepentingan masing-masing di Eropah dan di Asia. Kedua-dua blok menjalankan
propaganda dan bantuan ekonomi serta ketenteraan kepada negara-negara tertentu untuk tujuan
tersebut. Kedua-dua blok ini cuba mempengaruhi pegangan negara-negara Dunia Ketiga dengan
menawarkan bantuan pertahanan dan ekonomi. Negara-negara Dunia Ketiga menjadi rebutan
kuasa besar iaitu Amerika Syarikat dan Soviet Union dan kemudiannya disertai oleh China.
Namun negara-negara Dunia Ketiga bersikap berkecuali dengan tidak bersekongkol dengan
mana-mana blok sama ada blok komunis atau blok kapitalis. Perang Dingin tamat setelah sistem
komunis Soviet Union runtuh pada tahun 1989.

5
b) Peristiwa/Proses/Kronologi Perang Dunia Pertama/Perang Dunia
Kedua (Bagaimana tercetusnya)
 PERANG DUNIA PERTAMA

Peristiwa yang meletuskan Perang Dunia Pertama ialah pembunuhan Archduke Franz
Ferdinand dan isteri. Beliau ialah pewaris takhta Austria-Hungary. Pembunuhan ini dilakukan
oleh seorang pengganas Serbia pada 28 Julai 1914. Austria dengan sokongan Jerman telah
mengisytiharkan perang ke atas Serbia pada 28 Julai 1914. Serbia disokong oleh Rusia dan
Perancis.

Jerman menyerang Perancis melalui Belgium iaitu negara berkecuali. Hal ini
menimbulkan kemarahan kepada Britain. Britain yang merupakan musuh Jerman telah campur
tangan dalam peperangan. Britain mendapatkan bantuan Amerika Syarikat. Amerika Syarikat
turut melibatkan diri apabila Jerman menyerang kapal dagangannya.

 PERANG DUNIA KEDUA

Perang Dunia kedua bermula apabila Jerman menyerang Poland. Serangan ini
menyebabkan Britain dan Perancis mengisytiharkan perang terhadap Jerman. Jepun melancarkan
serangan mengejut terhadap Pearl Harbour di Hawaii pada 7 Disember 1941 dan berjaya
memusnahkan angkatan perang Amerika Syarikat di Lautan Pasifik.
Seterusnya Jepun menduduki Tanah Melayu dan Singapura setelah berjaya mengalahkan
Britain pada bulan September 1942. Semasa perang ini, muncul dua pakatan kuasa besar iaitu
Kuasa Bersekutu dan Kuasa Paksi. Kuasa Bersekutu terdiri daripada Amerika Syarikat, Britain,
Perancis dan Soviet Union. Manakala, Kuasa Paksi pula ialah Jerman, Itali dan Jepun.
Kuasa Bersekutu berjaya menyelesaikan masalah di Eropah apabila berjaya mengalahkan
Jerman. Kuasa Bersekutu mengalihkan perhatian kepada Jepun di Asia. Walaupun Amerika
Syarikat memenangi beberapa siri peperangan dengan Jepun tetapi Jepun masih bersemangat
meneruskan perang. Akhirnya, Presiden Amerika Syarikat, Harry Truman mengarahkan bom
atom digugurkan di Hiroshima pada 6 Ogos 1945. Bom atom kedua digugurkan pada Nagasaki 8
Ogos 1945 bagi mengelakkan tempoh peperangan lebih lama dan kehilangan nyawa yang lebih
ramai.

6
c) Kesan/Impak/Implikasi Perand Dunia Pertama/Perang Dunia
Kedua/Perang Dingin/Blok Dunia (Politik, Ekonomi dan Sosial)

 PERANG DUNIA PERTAMA

Perang Dunia Pertama telah meninggalkan kesan politik yang besar di mana telah
menamatkan pemerintahan beraja di Eropah. Selain itu, Persidangan Damai Paris pada Jun 1919
telah membawa kepada termenterainya Perjanjian Versailles yang telah mengubah peta Eropah
dan membentuk beberapa buah negara baru. Perjanjian berkenaan juga membawa kepada
pembentukan Liga Bangsa yang bermatlamat menggalakkan keamanan dan kerjasama
antarabangsa dan menjamin keselamatan bersama. Namun, Liga Bangsa ini gagal menjamin
kesejahteraan dunia.

Kesan ekonomi akibat Perang Dunia Pertama ialah negara-negara yang berperang
mengalami inflasi dan menanggung hutang peperangan yang tinggi kerana perbelanjaan perang
yang besar. Pada akhir peperangan Pakatan Bertiga membelanjakan US$125 bilion manakala
Perikatan Kuasa Tengah membelanjakan US$60 bilion. Hal ini telah membawa kepada masalah
pengangguran. Selain itu, pasaran dunia mula diambil alih oleh Amerika Syarikat dan Jepun dan
ia memberi kesan kepada negara Eropah terutama Britain yang menguasai perdagangan dunia. Ini
menyebabkan Britain kehilangan satu per tiga daripada perdagangan luarnya.

Kesan sosial akibat Perang Dunia Pertama ialah menyebabkan kehilangan nyawa yang
ramai sebanyak 8.5 juta tentera terkorban dan 12.5 juta orang awam. Peperangan ini
mengakibatkan kemusnahan harta benda yang bernilai AS$ 36 760 juta. Pencemaran udara dan
bumi turut berlaku kesan penggunaan senjata kimia. Selain itu berlaku berlaku kekurangan
bekalan makanan, berlaku kepincangan sistem pengangkutan serta berlakunya mogok dan rakyat
melancarkan revolusi terhadap pemerintahan Tsar.

 PERANG DUNIA KEDUA

Kesan Perang Dunia Kedua dalam aspek politik ialah memecahbelahkan negara Eropah.
Jerman berpecah kepada dua iaitu Jerman Barat dan Jerman Timur. Selain itu, sistem
imperialisme barat runtuh dan membawa kepada kemerdekaan satu demi satu tanah jajahan
daripada kuasa besar Eropah. Hal ini telah mewujudkan negara yang baru merdeka. Contohnya
Amerika Syarikat telah memberi kemerdekaan kepada Filipina, Indonesia pula mencapai
kemerdekaan daripada Belanda manakala India dan Tanah Melayu daripada Britain.
Negaranegara baru ini perlu menangani masalah yang timbul daripada warisan ekonomi penjajah
dalam membangunkan ekonomi masing-masing.

Kesan seterusnya ialah pembentukan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada


bulan Oktober 1945 bagi menggantikan Liga Bangsa. Seterusnya Perang Dunia Kedua
mencetuskan Perang Dingin yang disebabkan oleh fahaman dan ideologi yang berbeza.
Persaingan berlaku antara blok kapitalis yang diketuai Amerika Syarikat dan blok komunis yang
diketuai Soviet Union.

7
Dari aspek sosial, menyebabkan jumlah korban nyawa yang tinggi dan kemusnahan harta
benda. Contohnya dianggarkan 600 000 rakyat Jerman terkorban akibat serangan bom. Perang
Dunia Kedua juga memberi kesedaran tentang pentingnya kesejahteraan dan kedamaian dunia.

Dalam aspek ekonomi Kesatuan Ekonomi Eropah (EEC) dibentuk untuk mengatasi
masalah ekonomi. Amerika Syarikat telah menawarkan bantuan ekonomi kepada negara Eropah
Barat. Kesannya ekonomi Barat dapat dipulihkan. Seterusnya Pertubuhan Kerjasama Ekonomi
Eropah (OEEC) dibentuk yang dianggotai semua negara benua Eropah yang menerima bantuan
melalui Rancangan Marshall. Belanda, Belgium dan Luxembourg mengadakan kerjasama
ekonomi yang lebih erat dan mewujudkan satu pasaran bersama iaitu Benelux dengan
menghapuskan semua cukai barangan yang didagangkan di kawasan mereka.

Perang Dunia Kedua membawa kepada tuntutan ganti rugi perang negaranegara yang
menang daripada negara-negara yang kalah. Menurut Perjanjian Damai Paris, Hungary, Finland
dan Romania perlu membayar ganti rugi $360 000 000 kepada Soviet Union. Amerika Syarikat
mendapatkan paten (hak cipta) bagi semua jentera dan mesin-mesin yang dihasilkan oleh saintis
Jerman.

 PERANG DINGIN

Kesan Perang Dingin ialah terbentuknya blok dunia iaitu negara-negara yang sehaluan
yang berusaha untuk bersatu dan bertindak secara bersama bagi menjaga kepentingan ahli. Blok
ini tampil dalam pelbagai bentuk sama ada berdasarkan aspek politik, ekonomi atau geografi.
Blok Kapitalis diketua Amerika Syarikat manakala Blok Komunis diketuai Soviet Union
terbentuk berasaskan geopolitik.

Perang Dingin juga membawa kepada Penubuhan North Atlantic Treaty Organisation (NATO)
iaitu perikatan ketenteraan antara beberapa negara Eropah dan Amerika Syarikat. Perang Dingin
juga mewujudkan perikatan ketenteraan yang terdiri daripada negara komunis di Eropah Tengah
dan Eropah Timur yang dikenali sebagai Pakatan Warsaw. Seterusnya, wujud Pakatan tentera
South-East Asia Treaty Organisation (SEATO) dan mewujudkan perlumbaan senjata antara kuasa
besar dunia seperti Amerika Syarikat dan Soviet Union.

Akibat Perang Dingin ialah kemunculan negara-negara berkecuali. Hal ini kerana Perang
Dingin menyebabkan negara Dunia Ketiga menjadi rebutan antara dua kuasa besar. Negara-
negara dunia ketiga tidak mahu memihak kepada blok komunis atau blok kapitalis.
Perkembangan ini menyebabkan Pergerakan NegaraNegara Berkecuali (NAM) ditubuhkan.
Matlamat utama NAM adalah mengekalkan keamanan dunia tanpa menyokong blok Barat
ataupun blok komunis.

8
d) Perbandingan/Perbezaan Blok Komunis/Blok Kapitalis
Perbandingan ideologi antara blok komunis dan blok kapitalis amat ketara. Contohnya
dalam aspek politik. Blok kapitalis menjalankan sistem demotratik dan pemilihan pemimpin
melalui pilihan raya. Manakala blok komunis pula pemerintahan secara diktator dan hanya Parti
Komunis sahaja diiktiraf.
Dalam bidang ekonomi pula, blok kapitalis membuka peluang perniagaan dan pemilikan
harta secara persendirian manakala blok komunis pula perniagaan dimiliki dan diuruskan oleh
kerajaan sahaja.
Dalam bidang sosial, blok kapitalis memberi kebebasan induvidu sepenuhnya manakala
blok komunis individu dilindungi dan disekat.

3. SOALAN KBAT

(a) Cadangkan langkah-langkah menjadikan Malaysia sebuah negara yang


bebas daripada konflik antarabangsa/Langkah-Langkah untuk
memastikan keamanan dunia berkekalan/Sekiranya anda sebagai
pemimpin dunia, apakah tindakan yang akan anda ambil untuk
memelihara keamanan dunia? /mengelak konflik antarabangsa?

Langkah – langkah menjadikan Malaysia sebuah negara yang bebas daripada konflik
antarabangsa ialah mengekalkan kestabilan politik negara supaya keamanan negara dapat
dipelihara. Contohnya, mengukuhkan hubungan antara masyarakat berbilang kaum dan
mewujudkan hubungan yang baik dengan pemimpin dunia. Kesannya, kestabilan politik amat
penting bagi memastikan rakyat Malaysia tidak terlibat dalam mana-mana konflik antarabangsa
yang mampu menjejaskan keamanan negara.
Langkah seterusnya ialah meningkatkan kerjasama dalam kalangan negara dunia dalam
pelbagai bidang dengan berkongsi kepakaran bagi memastikan negara mampu bersaing dengan
negara lain. Contohnya, berkongsi kepakaran dalam bidang sains dan teknologi. Tegasnya,
kerjasama erat dan berterusan antara Malaysia dengan negara lain mampu memupuk
persefahaman dan mengelakkan konflik antarabangsa.
Selain itu, langkah lain ialah dengan menghormati kedaulatan negara lain. Contohnya,
tidak campur tangan dalam urusan negara yang sedang bergolak dan mengamalkan dasar
berkecuali. Tuntasnya, sikap saling menghormati kedaulatan negara lain akan mengelakkan
negara kita daripada anaman kuasa luar.
Langkah seterusnya ialah mengukuhkan hubungan diplomatik dengan negara lain.Hal
ini dapat memupuk semangat setia kawan antara pemimpin negara tersebut.Contohnya,
bersama-sama dengan negara serantau menangani isu yang mampu menggugat keamanan
sejagat seperti sindiket penyeludupan dadah. Oleh itu, hubungan diplomatik yang terjalin
antara negara kita dengan negara lain secara tidak langsung akan memastikan keselamatan
negara terjamin.

9
Di samping itu, mengelakkan persaingan senjata. Hal ini demikian kerana persaingan
senjata mampu mencetuskan konflik atau peperangan. Contohnya, mengutamakan
rundingan bagi menyelesaikan masalah. Kesimpulannya, keamanan dunia akan berkekalan.
Di samping itu keamanan dapat dikekalkan dengan dengan mewujudkan undang- undang
yang lebih tegas seperti undang-undang Persenjataan Global. Hukuman yang tegas perlu kepada
negara yang memulakan peperangan dengan mengenepikan kepentingan mana-mana pihak yang
terlibat. Oleh itu negara yang ingin memulakan perang pasti berasa takut dengan tindakan
terhadap mereka.
Konflik antarabangsa dapat diatasi juga dengan peranan pihak media massa. Media
massa bertanggungjawab dalam usaha menyedarkan rakyat tentang kesan-kesan buruk
peperangan sebagai contohnya dengan memaparkan gambar-gambar kemusnahan dan
kesengsaraan akibat perang. Justeru keadaan ini dapat membuka minda para pemimpin yang
tidak berperikemanusiaan.

(b) Sumbangan /peranan /kejayaan Malaysia dalam menjamin keamanan


dunia.
Sumbangan Malaysia dalam menjamin keamanan dunia adalah melalui dasar luar negara
yang dinamik. Malaysia telah mengamalkan dasar berbaik-baik dengan semua negara. Hal ini
menyebabkan tiada permusuhan dengan mana-mana negara di dunia. Melalui dasar berkecuali
Malaysia tidak berpihak kepada mana-mana kuasa besar dunia seperti sama ada Amerika Syarikat
ataupun China dan Rusia yang boleh mencetuskan konflik antarabangsa. Kesannya, keselamatan
masyarakat seantero dunia akan terjamin.

Selain itu melalui konsep Zon of Peace, Free and Neutrality [ZOPFAN] dapat
mengekalkan keamanan serantau.Hal ini demikian kerana sebarang konflik antara negara-negara
anggota dapat diselesaikan melalui semangat ASEAN. Contohnya isu hak ke atas Pulau Batu
Putih dengan Singapura dapat diselesaikan melalui Mahkamah Keadilan Antarabangsa.
Kesannya, Malaysia mampu menyelesaikan masalah melalui pendekatan rundingan.

Selain itu Malaysia berperanan menjaga keamanan dunia dengan melibatkan diri dalam
misi-misi keamanan di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu [PBB]. Contohnya Malaysia
telah menghantar tentera pengaman ke Congo.Tegasnya, Malaysia telah membuktikan
kemampuannya menyelesaikan konflik antarabangsa melalui penglibatan dalam pertubuhan
antarabangsa.

Seterusnya Malaysia amat peka dengan isu keamanan di Asia Barat. Hal ini demikian
kerana Israel menceroboh tanah air Palestin yang menyebabkan banyak nyawa terkorban dan
harta benda musnah. Dengan ini Malaysia mendesak PBB menyelesaikan masalah Palestin
dengan menganjurkan Persidangan Antarabangsa tentang Palestin di Kuala Lumpur. Kesannya,
kedaulatan sesebuah negara dapat dikekalkan.

Selain itu Malaysia juga lantang bersuara menentang keganasan dalam kalangan negara-
negara Islam. Contohnya setelah serangan al-Qaeda ke atas ‘World Trade Centre’ di New York
Amerika Syarikat pada 11 September, 2001, Malaysia telah mengadakan Persidangan menentang
pengganas dalam kalangan negara-negara Islam pada tahun 2002. Hal ini demikian kerana
keganasan mereka ini boleh mengancam keamanan dunia. Kesannya, negara kita akan disegani
dan menaikan imej negara di mata masyarakat dunia.

10
Selain itu, Malaysia membela dan menyokong hak asasi manusia. Malaysia lantang
bersuara di PBB menentang Dasar Aparteid di Afrika Selatan. Malaysia juga menyarankan agar
Benua Antartika menjadi warisan dunia yang menjadi hak milik atau kuasa semua
negara.Malaysia mewujudkan cawangan Al-Quds Foundation Malaysia iaitu sebuah yayasan
kebajikan untuk rakyat Palestin. UNICEF berkerjasama dengan SUHAKAM dalam program
keganasan dan penyeludupan serta pendidikan mengenai konvensyen kanak-kanak. NGO
Malaysia terlibat menyokong usaha dengan menubuhkan Pusat Jana Jaya (IMPOWER ) dan
mendapat sokongan UNICEF bagi mengukuhkan sokongan psikososial yang berasaskan komuniti
kepada kanak-kanak dan keluarga. UNICEF bekerjasama dengan Pertubuhan kanak-kanak
Malaysia (MAPC) bagi mengukuhkan persekitaran yang terjamin keselamtannya. Kolej
Universiti HELP yang ditubuhkan di Malaysia telah bekerjasama dengan UNICEF untuk
membanteras gejala buli di sekolah. Kesannya, hak asasi manusia dapat dilindungi.

Sumbangan Malaysia dalam menjamin keamanan dunia ialah bersama-sama membenteras


jenayah antarabangsa. Hal ini demikian kerana Malaysia sentiasa lantang memerangi gejala
penyalahgunaan dadah dalam satu persidangan antarabangsa diadakan di Vienna (Austria) Jun
1987. Perdana Menteri Malaysia pernah menjadi Yang Dipertua persidangan tersebut. Malaysia
turut prihatin dengan isu pemerdagangan manusia. Hal ini dapat dibuktikan apabila negara kita
telah mewujudkan Majlis Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (MAPO)
bagi memastikan hak asasi mangsa pemerdagangan dijamin dan melalui proses pemulihan
sehingga mereka diintergrasikan semula ke dalam masyarakat. Bagi menyokong usaha
memerangi keganasan, Malaysia juga telah mewujudkan Akta Pencegahan Keganasan (SOSMA).
Tegasnya, hal ini membolehkan kerajaan dapat mengawal dan mengurus ancaman serta bertindak
awal mengenai perkara yang berkaitan dengan keselamatan negara.

(c) Sumbangan/ peranan/ kejayaan/ pencapaian pertubuhan antarabangsa


dalam menjamin keamanan dunia.
Sumbangan pertubuhan antarabangsa dalam menjamin keamanan dunia adalah dengan
membina semangat setia kawan dalam kalangan negara anggota dan mewujudkan kerjasama
dalam segala bidang. Hal ini dapat dicapai dengan mengadakan mesyuarat bagi memberikan
ruang dan peluang bagi pertemuan ketua ketua kerajaan untuk membincangkan hal – hal
kepentingan bersama. Contohnya, pertubuhan Kommanwel telah mengadakan Mesyuarat Ketua –
Ketua Kerajaan Komanwel atau CHOGM dalam kalangan negara anggota setiap dua tahun.
Kesannya, keputusan secara bersama dapat dicapai bagi mengatasi sesuatu masalah.
Seterusnya, pertubuhan antarabangsa dalam menjamin keamanan dunia adalah dengan
menggalakkan negara anggota bekerjasama dalam menyelesaikan masalah antarabangsa. Hal ini
bertujuan untuk memupuk sikap bertanggungjawab dalam menangani masalah secara bersama.
Contohnya, Pertubuhan Bangsa – Bangsa Bersatu (PBB) telah berusaha menamatkan perang
saudara di Congo dengan menghantar pasukan pendamai ke negara tersebut. Kesannya,
keselamatan masyarakat dunia akan dapat dipelihara.
Selain itu, pertubuhan antarabangsa dalam menjamin keamanan dunia adalah dengan
melindungi hak asasi manusia tanpa mengira bangsa, agama dan warna kulit. Hal ini demikian
kerana Pertubuhan Bangsa – Bangsa Bersatu [PBB] lantang bersuara menentang dasar aparteid di
Afrika Selatan yang menyalahgunakan hak asasi manusia. Kesannya, hak rakyat untuk
menikmati kehidupan yang selesa akan terjamin.

11
Di samping itu, pertubuhan antarabangsa dalam menjamin keamanan dunia adalah dengan
menggalakkan hubungan berbaik – baik antara negara anggota. Hal ini bertujuan supaya setiap
masalah dapat diselesaikan secara musyawarah. Contohnya, Pertubuhan Bangsa – Bangsa
Bersatu telah menganjurkan Persidangan Antarabangsa tentang Palestin di Kuala Lumpur.
Kesannya, keyakinan masyarakat dunia terhadap kemampuan pertubuhan dunia untuk
menyelesaikan masalah akan meningkat.
Seterusnya, pertubuhan antarabangsa dalam menjamin keamanan dunia sumbangan
adalah dengan mengelakkan campur tangan kuasa asing dalam hal ehwal sesebuah negara.
Contohnya, campur tangan kuasa asing seperti Amerika Syarikat (AS) dalam hal ehwal sesebuah
negara hanya akan mengganggu kestabilan negara sehingga merugikan rakyat. Kesannya,
kedaulatan sesebuah negara akan terpelihara.

(d) Sumbangan/ peranan/ kejayaan Pertubuhan serantau dalam


menjaminkan keamanan dunia
Terdapat beberapa sumbangan atau peranan pertubuhan serantau dalam menjamin
keamanan dunia. Antaranya ialah pengisytiharan ASEAN sebagai Zon Aman Bebas dan
Berkecuali (ZOPFAN) oleh negara anggota melalui Deklarasi Kuala Lumpur. Pengisytiharan
ini dipersetujui dalam Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN pada tahun 1971.
Penubuhan ZOPFAN adalah untuk mengekalkan keamanan dan kestabilan politik di rantau
Asia Tenggara, tidak bersekongkol dengan mana-mana blok Barat atau Blok Timur. Ini dapat
mengelakkan campur tangan kuasa besar ke atas negara di Asia Tenggara. Selain itu, Asia
Tenggara juga tidak terlibat dengan pertelingkahan antara kuasa besar.
Selain itu, persetujuan negara anggota memutuskan ASEAN sebagai Zon Bebas Nuklear
(SEANWFZ) dalam Mesyuarat Menter-Menteri Luar ASEAN pada tahun 1984. Pengisytiharan
ini tidak akan membenarkan mana-mana kapal menggunakan perairan serta pelabuhan di rantau
Asia Tenggara untuk mengangkut bahan atau senjata nuklear. Ini menunjukkan komitmen
pertubuhan serantau mengekalkan keamanan dunia, dan ASEAN adalah zon bebas nuklear.
Melalui ASEAN, negara anggota bersama-sama berusaha menyelesaikan masalah
pencerobohan Vietnam ke atas Kampuchea pada tahun 1978. ASEAN telah berusaha
mengadakan satu mesyuarat di Kuala Lumpur pada 1982. Hasilnya kerajaan Demokratik
Campuran Kampuchea berjaya dibentuk di bawah pimpinan Putera Norodom Sihanouk.
Menyelesaikan konflik tuntutan hak ke atas beberapa buah pulau akibat pertindihan
sempadan laut antara negara anggota selepas pengisytiharan Zon Ekonomi Eksekutif. Ini berlaku
di sempadan perairan iaitu Pulau Spratly dan Pulau Batu Putih. Konflik ini berjaya diselesaikan di
mahkamah antarabangsa.
Kerjasama pertahanan melalui Operasi Philipine-Malaysia(PHIMAL) bermatlamat
mencegah aktiviti-aktiviti pelanggaran undang-undang maritime di sempadan perairan
Malaysia-Filipina di Laut Sulu

12
(e) Sejauhmanakah /kejayaan dasar luar negara dalam mengekalkan
keamanan dunia?

Kejayaan dasar luar negara dalam mengekalkan keamanan dunia terserlah apabila
menjelang kemerdekaan, Malaysia dan rantau Asia Tenggara diancam oleh ideologi
komunis. Ancaman ini boleh menggugat keamanan dan kestabilan politik di rantau ini. Untuk
membendung/mengatasi/menghalang ancaman tersebut, Malaysia mengamalkan dasar luar
yang bersifat anti-komunis. Malaysia mengamalkan dasar berbaik-baik dengan negara
Komanwel untuk mendapatkan bantuan ketenteraan daripada Britain, Australia dan New Zealand.
Dasar ini menyebabkan Malaysia dihormati oleh dunia kerana berperanan membendung
ancaman komunis di rantau Asia Tenggara. Negara-negara Asia Tenggara amat berterima
kasih kepada Malaysia atas usaha tersebut.

Selain itu, kejayaan dasar luar negara dalam mengekalkan keamanan dunia terbukti
apabila Malaysia mengubah dasar luar daripada pro-Barat kepada dasar berkecuali dan
berbaik-baik dengan semua negara. Melalui dasar ini, Malaysia mulamenjalinkan hubungan
baik dengan negara komunis seperti China, Korea Utara, Soviet Union serta Vietnam. Oleh
yang demikian, hubungan baik Malaysia dengan negara blok komunis ini berjaya menangani isu
pelarian Vietnam.
Seterusnya, kesediaan Malaysia membenarkan Pulau Bidong, di Terengganu sebagai
kem petempatan pelarian Vietnam telah menghindarkan campurtangan kuasa besar dalam
politik di Asia Tenggara. Usaha Malaysia ini sangat dihormati dunia kerana bukan sahaja
berjaya mengekalkan keamanan di rantau Asia Tenggara sebagai rantau berkecuali malah mampu
menyelesaikan isu kemanusiaan sejagat.
Kejayaan dasar luar Malaysia dalam mengekalkan keamanan dunia terbukti sekali lagi
apabila menerima penghormatan dunia menyebabkan negara kita dipanggil menyertai pasukan
pendamai Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) untuk menamatkan Perang Saudara di
Congo dan mewakili pasukan pengaman PBB bagi membantu Namibia mencapai kemerdekaan.
Malaysia juga dipilih menyertai pasukan pemerhati bagi meleraikan pergolakan Iran-Iraq dan
Kampuchea serta menjadi pasukan pengaman ke Bosnia.
Malaysia menjunjung amalan yang toleransi dalam hubungan kaum. Oleh itu,
Malaysia memutuskan hubungan dengan Afrika Selatan kerana mengamalkan dasar
apartheid. Malaysia juga tidak menjalinkan hubungan dengan Israel kerana menceroboh
Palestin dan memberikan layanan buruk terhadap orang Islam. Tindakan Malaysia telah
membuka mata dunia terhadap hak asasi manusia. Atas usaha itu, dasar apartheid dihapuskan dan
kebajikan rakyat Palestin mendapat perhatian dunia.

Kesimpulannya¸ dasar luar yang terbentuk membawa kejayaan-kejayaan seperti


keamanan dunia terhasil hasil daripada penggubalan dasar berbaik-baik dengan negara luar.
Situasi ini juga dapat mengharumkan nama baik negara kita hasil daripada sumbangan-
sumbangan yang Malaysia berikan pada peringkat antarabangsa.

13
(f) Sebagai masyarakat serantau yang bertanggungjawab, bagaimanakah
anda boleh menyumbang kepada kesejahteraan dalam kalangan negara
serantau?

Tindakan saya dalam usaha untuk menyumbang kepada kesejahteraan dalam kalangan
negara serantau ialah kita perlu hidup dalam keadaan bersatu padu. Kesejahteraan dan
keamanan di rantau ini adalah dari hasil perpaduan yang dicapai walaupun kita berlainan adat
resam dan budaya.

Kita perlu menghargai keamanan di antara satu sama lain dan sentiasa menjaga sensitiviti
negara lain agar tidak tercetus pergaduahan antara negara. Apabila keadaan serantau aman dan
harmoni maka kita dapat bebas daripada sebarang konflik. Seterusnya mempunyai perasaan
saling memahami dan bertolak ansur di kalangan negara serantau supaya tidak menimbulkan
sebarang perselisihan faham yang akan menggangu kestabilan negara serantau.

Selain itu, kita juga perlu menghormati hak asasi manusia sejagat. Nilai-nilai murni dan
kasih sayang harus dipupuk untuk memastikan manusia mementingkan kedamaian dan cinta
akan negara mereka. Kita juga harus mempunyai sifat mementingkan keadilan dan sentiasa
berfikiran matang dalam membuat keputusan yang melibatkan keharmonian negara serantau.
Contohnya memberi sokongan kepada misi bantuan kemanusian kepada negara-negara yang
ditimpa bencana seperti Syria dan Palestin.

Kita juga perlu menghormati kedaulatan negara-negara lain untuk mengelakkan sebarang
peperangan berlaku. Kita perlu mengutamakan rundingan dalam menghadapi konflik atau
masalah yang berlaku di antara negara. Ini dapat dikukuhkan lagi dengan semangat setiakawan
yang bersifat sejagat. Kita boleh menjadi wakil negara-negara lain yang tidak mampu bersuara
untuk menuntut keadilan dan juga boleh bergiat aktif dalam keselamatan negara serantau melalui
ASEAN.

(g) Bukti / faktor/ sebab/ mengapa peperangan masih berlaku pada hari ini.
Secara umumnya terdapat beberapa faktor yang menyebabkan berlakunya peperangan di
antara negara- negara di dunia ini
Faktor pertama perasaan tamak setengah negara yang kuat yang ingin mengembangkan
wilayah pengaruh. Mereka ingin membuktikan kekuatan dan kekuasaan mereka supaya negara-
negara yang lemah akur dan tunduk kepada mereka. Contohnya negara Israel berusaha untuk
menguasai Palestin, Amerika Syarikat mahu kawasan di bawah pengaruh Amerika Asli.
Manakala India mensasarkan Kashmir.
Faktor kedua ialah keperluan untuk menguasai sumber ekonomi terutama negara yang
kaya dengan bahan mentah. Kekurangan sumber yang tidak diperbaharui seperti hidroelektrik,
angin dan nuklear yang paling baru, menyebabkan wujud konflik antara negara yang akhirnya
membawa peperangan. Misalnya Amerika Syarikat dan India berebut untuk mendapatkan
wilayah Balochistan di negara Asia Selatan iaitu Pakistan adalah disebabkan oleh mineral dan
logam. Begitu juga negara Somalia sentiasa menjadi sasaran pihak luar kerana negara tersebut
kaya dengan gas dan emas.

14
Faktor ketiga Kewujudan penyakit berjangkit. Kemunculan virus maut seperti Ebola di
negara-negara Afrika telah melancarkan penggera di seluruh dunia. Pencarian untuk penawarnya
sendiri telah menjadi perang utama. baru-baru pula satu dunia dikejutkan dengan kewujudan
virus yang diberi nama Coronavirus. Virus ini lahir di Wuhan China telah mencetuskan konflik
antara China dan Amerika Syarikat. Walaupun tindakan seperti mengehadkan pergerakan orang-
orang dengan cara menutup sempadan telah diambil, namun ia bersifat sementara sebelum
pergolakan ubat-ubatan merebak. Penyakit, ubat-ubatan, ketersediaan dan pengedarannya
mungkin membawa kepada peperangan apabila manusia sudah mula terdesak demi kelangsungan
hidup.
Faktor keempat perlumbaan senjata. Peralatan peperangan ini semakin canggih dari hari
ke hari selaras dengan kemajuan sains dan teknologi. Berbagai-bagai bentuk senjata dicipta yang
menggunakan tenaga nuklear, biologi dan kimia yang boleh mendatangkan kemusnahan yang
besar kepada nyawa manusia dan alam ini. Justeru sikap setengah negara yang kuat menghasilkan
senjata canggih dan dibuktikan kecanggihannya melalui ujian-ujian tertentu bertujuan untuk
menunjukkan kehebatannya kepada pihak lain. Persaingan ini akhirnya boleh membawa kepada
peperangan
Faktor kelima adalah terdapat sesetengah pemimpin yang mempunyai cita-cita tinggi
untuk menguasai dunia menyebabkan mereka bersifat zalim dan kejap. Mereka tidak
menghormati undang-undang antarabangsa iaitu PBB. Malah tidak menghormati kedaulatan
negara lain. Contohnya salah satu kuasa besar iaitu Rusia. Tentera Rusia telah melakukan
pencerobohan ke atas Crimea.

(h) Apa yang akan berlaku kepada negara dunia sekiranya PBB gagal
menjamin keamanan dunia?
Antara perkara yang akan berlaku kepada negara dunia sekiranya PBB gagal menjamin
keamanan dunia ialah kesan pertama ketamadunan manusia yang telah dibina akan hancur akibat
peperangan. Kesan kedua ialah berlakunya kemusnahan harta benda dan segala kemudahan asas.
Hal ini menyebabkan, kemusnahan besar harta benda persendirian dan awam akan rosak, runtuh
dan terbakar. Seterusnya kerugian mencecah angka berbilion-bilion dolar Amerika mungkin akan
ditanggung oleh negara yang terlibat dalam peperangan. Kesan ketiga ialah akan berlakunya
penyakit-penyakit kulit merebak akibat kesan radiasi nuklear sekiranya PBB gagal menjaga
keamanan dunia.
Kesan yang keempat ialah bilangan nyawa terkorban akan meningkat berlipat ganda. Hal
ini kerana banyak nyawa orang awam melayang baik yang dewasa, kanak-kanak, mahupun warga
tua. Kesan kelima sekiranya PBB gagal menjamin keamanan dunia ialah kemungkinan akan
berlaku perlumbaan senjata dan penggunaan pelbagai jenis teknologi persenjataan moden akan
digunakan dalam medan perang. Kesan yang keenam ialah senjata nuklear akan digunakan untuk
menghapuskan negara musuh. Hal ini secara tidak langsung akan menyebabkan negara dunia
huru-hara dan tidak tenteram.
Kesan ketujuh pula ialah, Perdagangan antarabangsa akan terjejas yang seterusnya
menyebabkan kemerosotan ekonomi negara dunia. Kesan kelapan ialah rakyat akan hidup dalam
ketakutan dengan diancam oleh pelbagai keganasan. Kesan kesembilan ialah hasil pertanian dan
perladangan juga akan terjejas sekiranya berlaku peperangan. Hal ini secara tidak langsung
tanaman dan tumbuh-tumbuhan juga musnah yang seterusnya mengakibatkan kebuluran
15
meningkat. Selain itu akan berlakunya juga krisis makanan dan kesihatan akan dialami oleh
rakyat negara yang terlibat. Contohnya akan berlaku kekurangan makanan dan ubat-ubatan serta
kebuluran dan penularan penyakit akan berlaku.
Kesan kesepuluh ialah keselamatan dan nyawa penduduk negara dunia akan diancam
oleh senjata pemusnah. Hal ini akan membawa kesan negatif kepada pembangunan sektor
pendidikan negara yang terlibat. Contohnya, kadar keciciran akan meningkat kerana sekolah
terpaksa ditutup disebabkan prasarana pendidikan terjejas dan tidak dapat disediakan. Akhir
sekali sekiranya PBB gagal menjamin keamanan dunia kesan yang terbesar yang akan berlaku
kepada negara dunia ialah kemungkinan negara besar akan menggunakan kekuatan senjata untuk
menguasai dunia dan menindas negara-negara lemah serta peperangan akan sentiasa berlaku dan
tiada penghujungnya.
Kesimpulannya PBB harus mengambil langkah-langkah yang tegas bagi menangani
konflik dunia yang belaku. PBB juga harus memainkan peranan penting dalam
mempertahankan keamanan negara dunia dan kesejahteraan masyarakat dunia dengan lebih
berkesan.

(i) Peranan pemimpin dalam mengukuhkan hubungan dan kerjasama di


peringkat antarabangsa.

Peranan pemimpin negara kita dalam mengukuhkan hubungan dan kerjasama


antarabangsa ialah telah berupaya mengekalkan hubungan yang harmoni dengan semua negara
tanpa mengira ideologi dan sistem politik. Pemimpin negara telah mengambil pendirian bebas,
berkecuali dan berprinsip dalam hal ehwal diplomatik serantau dan antarabangsa. Hal ini dapat
dilihat dalam pertubuhan seperti Komanwel. Kesannya kestabilan politik negara terjamin.

Di samping itu, pemimpin negara juga melaksanakan perkongsian ekonomi dengan semua
negara terutamanya melalui pertubuhan ASEAN, di peringkat serantau dan Komanwel di
peringkat antarabangsa. Perkongsian ini dapat memajukan negara anggota dan meningkatkan
taraf hidup rakyat.
.
Seterusnya, pemimpin negara kita juga melibatkan diri secara gigih dalam Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam usaha membanteras ketidakadilan dan penindasan serta
menjunjung undang-undang antarabangsa. Buktinya, wakil Malaysia ke PBB, Tan Sri Razali
Ismail menjadi Pengerusi Perhimpunan Agung PBB dan beliau dilantik sebagai wakil khas PBB
untuk menyelesaikan konflik politik negara Myanmar. Dalam Pertubuhan Persidangan Islam
(OIC), Tunku Abdul Rahman diberikan penghormatan untuk menjadi Setiausaha Agung OIC
yang pertama. Malaysia telah menjadi perantara dalam menyelesaikan peperangan Iran-Iraq dan
memberikan sokongan kepada rakyat Palestin dalam perjuangan mereka untuk mendapatkan
semula tanah air mereka daripada Israel. Hal ini telah mengangkat Malaysia sebagai contoh
negara Islam yang bertoleransi dan progresif.

Pemimpin-pemimpin negara kita menggunakan kaedah rundingan dan persefahaman bagi


menyelasaikan konflik antarabangsa. Buktinya, Tun Dr. Mahathir Mohamad berjaya
mengekalkan keamanan dan hubungan baik antara negara jiran seperti Thailand, Indonesia,
Singapura dan Filipina walaupun timbul pelbagai pertikaian terutamanya berkaitan hak jajahan
masing-masing. Selain itu, pemimpin negara juga mendapatkan khidmat pihak ketiga untuk
menjadi pengadil di dalam perundingan.

16
Akhir sekali, pemimpin negara juga seringkali membawa isu konflik antara dua negara ke
Mahkamah Keadilan Antarabangsa (IJC). Ini dapat dilihat semasa pertikaian antara Malaysia
dengan Singapura terhadap isu hak milik Pulau Batu Putih. Oleh itu kaedah ini dapat
mengelakkan peperangan yang melibatkan hubungan antara negara jiran.

(j) Bagaimanakah dasar berbaik-baik dengan negara lain dapat memberi


manfaat kepada kemajuan negara?
Dasar berbaik-baik dengan negara lain telah meningkatkan keselamatan dan
mengukuhkan pertahanan negara. Misalnya penglibatan negara kita dalam Pertubuhan Bangsa-
Bangsa Bersatu (PBB) dan Komanwel. Hubungan ini menjadi jaminan keselamatan kepada
negara kita sekiranya negara diancam oleh mana-mana negara luar. Keadaan ini akan
memberikan keselesaan dan kemakmuran kepada rakyat.

Dari segi ekonomi, pasaran eksport dari negara kita bertambah luas hasil hubungan
dengan negara luar kecuali Israel. Antara barangan tersebut ialah hasil pertanian seperti getah,
nenas dan kelapa sawit. Hasilnya harga getah dan kelapa sawit stabil seterusnya meningkatkan
pendapatan rakyat dan negara.

Seterusnya, manfaat dasar berbaik-baik dengan negara lain membolehkan berlaku


perkongsian sumber-sumber bahan mentah dan makanan. Malaysia tidak mempunyai bekalan
makanan seperti beras dan sumber protein yang mencukupi. Malaysia bergantung dengan negara
luar bagi memperoleh sumber tersebut. Sebagai contoh, Malaysia amat bergantung kepada
Thailand dalam meperoleh bekalan beras negara.

Selain itu, negara kita juga telah berjaya membawa masuk pelabur dari luar untukmelabur
di negara kita seperti Jepun dan Korea. Kemasukan pelabur ini dengan membuka kilang-kilang
telah membuka banyak peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan. Keadaan ini sekaligus
mengurangkan kadar pengangguran dan kemiskinan serta meningkatkan taraf hidup rakyat.

Dasar berbaik-baik dengan negara lain juga membolehkan pertukaran teknologi dengan
negara maju seperti Jepun dan Korea dalam meningkatkan lagi penyelidikan dan pembangunan
(R&D) serta inovasi. Hal ini telah melahirkan idea-idea bertaraf antarabangsa seperti penggunaan
jentera moden untuk pertanian dan kejenteraan automasi.

(k) Dengan wujudnya pelbagai teknologi persenjataan, ramalkan keadaan


dunia pada masa akan datang.
Kewujudan pelbagai teknologi persenjataan atau Senjata Pemusnah Besar-Besaran
(Weapon of Mass Destruction-WMD) seperti senjata kimia, biologi, radioaktif dan nuklear
(CBRN) merupakan suatu ancaman yang menjadi isu dan cabaran yang amat berbahaya dalam
dimensi baru. Penggunaan senjata pemusnah besar-besaran ini akan menyebabkan kemusnahan
paling maksimum terhadap sasaran. Ancaman senjata jenis ini yang bertujuan untuk
mencederakan orang dan juga menyebabkan kerugian dari segi ekonomi, di samping
mewujudkan ketidaktenteraman serta melibatkan pembunuhan.

Keadaan dunia pada masa akan datang kesan daripada penciptaan dan penggunaan
pelbagai teknologi persenjataan ialah mengancam kesihatan manusia. Penggunaan senjata
tersebut telah menyebabkan penyakit. Sebagai contoh, agen CBRN yang dikategorikan sebagai
paling utama ialah virus anthrax, ՙfood safety threats’, virus nipah, ՙwater safety threats’ dan
17
pelbagai lagi ancaman. Malaysia pernah mengalami pelbagai virus penyakit yang mengancam
penduduk Malaysia. Hal ini membawa kemudaratan bukan sahaja kepada manusia tetapi juga
kepada makhluk lain dunia.

Selain itu, keselamatan dunia akan sentiasa berada di dalam keadaan terancam. jika
penggunaan senjata ini terkena orang awam. Serangan ini boleh berupa letupan ke atas orang
ramai. Sebagai contoh, serangan bom di Bali (2002) dan London (2005) telah mengorbankan
ramai orang awam.

Keadaan dunia seterusnya ialah berlaku kemusnahan prasarana dan sistem


perhubungan.Hal ini menyebabkan segala urusan terbantut. Semua kemudahan seperti jaringan
jalan raya, sekolah, hospital dan pusat-pusat perhubungan turut rosak. Usaha menyelamat juga
terjejas. Kemusnahan sekolah akan menyebabkan pendidikan merosot. Sebagai contoh, letupan
bom di Jakarta (2003) menyebabkan ramai pelancong asing cedera dan maut.

Penciptaan dan penggunaan pelbagai teknologi persenjataan juga akan menyebabkan


aktiviti ekonomi terjejas. Aktiviti ekonomi terjejas kerana ramai tenaga kerja cedera parah dan
maut. Kerugian yang besar akan berlaku dan memerlukan kos yang amat tinggi untuk membaiki
semula kerosakan. Sektor-sektor seperti perladangan, perindustrian dan pelancongan tidak dapat
menjana ekonomi negara-negara terbabit contohnya peperangan yang berlaku di Iraq, Syria dan
Palestin. Keadaan ini turut menjejaskan ekonomi dunia.

Akhir sekali, pengeluaran bahan makanan dunia juga akan terjejas. Sebarang letupan atau
kebakaran atau penggunaan bahan beracun ke atas persekitaran selain sasaran individu
merupakan serangan CBRN yang kejam. Serangan ini boleh menjejaskan sumber bahan mentah
dan sumber makanan. Agen CBRN yang berupa virus tertentu yang disebarkan akan
mencemarkan segala bekalan air, udara, makanan serta merebak dari satu tempat ke tempat yang
lain.

(l) Kejayaan Malaysia dalam pertubuhan antarabangsa telah


meningkatkan imej Negara. Buktikan.
Antara kejayaan Malaysia dalam pertubuhan antarabangsa yang telah menaikkan imej
negara adalah Malaysia telah menjadi tuan rumah mesyuarat Ketua-ketua Kerajaan Komanwel
(CHOGM) pada tahun 1989. Dalam mesyuarat tersebut, Deklarasi Langkawi telah diisytiharkan
dengan memberi tumpuan kepada usaha dan tanggungjawab negara-negara Komanwel dalam
mengawal dan mengatasi masalah pencemaran.

Malaysia juga dengan lantang menyuarakan penentangan terhadap dasar apartheid di


Afrika Selatan yang menyalahgunakan hak asasi manusia. Selain daripada itu, Malaysia turut
terlibat menyertai pasukan pendamai di bawah panji PBB di Congo (Zaire). Malaysia juga telah
mengikuti misi yang sama ke Namibia.

Selain daripada itu, telah menghantar pasukan pemerhati ke sempadan Iran-Iraq dan
Kampuchea serta menghantar pasukan pengaman ke Bosnia. Malaysia juga menyarankan agar
benua Antartika menjadi warisan dunia yang diletakkan di bawah hak milik atau kuasa semua
Negara.

Kepimpinan Malaysia dalam pertubuhan dunia juga mendapat pengiktirafan. Perdana


Menteri Malaysia yang pertama, Tunku Abdul Rahman pernah dilantik sebagai Setiausaha
Agung OIC yang pertama. Selain itu, Perdana Malaysia yang keempat Tun Dr. Mahathir

18
Mohammad menjadi Yang Dipertua dalam persidangan antarabangsa tentang penyalahgunaan
dadah di Vienna, Austria. Malaysia juga pernah dipilih menjadi ahli Majlis Keselamatan PBB
pada tahun 1965, 1989, dan 1999. Wakil Malaysia ke PBB, Tan Sri Razali Ismail menjadi
pengerusi Perhimpunan Agung PBB dan beliau telah dilantik sebagai wakil khas PBB
menyelesaikan konflik politik di Myanmar.

Selain daripada itu, Malaysia juga pernah menganjurkan Persidangan Antarabangsa


tentang Palestin di Kuala Lumpur. Pada tahun 1989, Malaysia telah diberi penghormatan dipilih
sebagai Naib Presiden dalam Sidang kemuncak NAM di Belgrade, Yugoslavia. Malaysia juga
menjadi tuan rumah kepada Sidang Kemuncak NAM-13 pada tahun 2003.

(m) Konflik yang berlaku antara negara seperti pencerobohan Israel di


Palestin dan penghapusan etnik Rohingya di Myanmar telah
mengancam keamanan sejagat. Bagaimanakah dasar luar kita dapat
membantu mengelakkan konflik sedemikian?

Dasar luar yang diamalkan oleh Malaysia dapat membantu mengelakkan tercetusnya
konflik seperti yang berlaku di beberapa negara lain dunia. Antaranya ialah dengan mengamalkan
dasar berbaik-baik dengan semua negara tanpa mengira ideologi misalnya Malaysia telah
menjalinkan hubunngan baik dengan negara yang berfahaman komunis seperti China.

Selain itu, kita juga perlu menghormati kedaulatan negara lain dengan tidak mencampuri
urusan hal ehwal dalam negara tersebut. Di samping itu, negara kita juga bijak menyelesaikan
konflik secara rundingan misalnya isu tuntutan bertindih Malaysia dan Indonesia terhadap Pulau
Sipadan dan Pulau Ligitan. Malaysia turut mengamalkan sikap toleransi agar dapat hidup secara
aman dan harmoni.

Bagi mengelakkan peperangan, Malaysi tidak terlibat dalam persaingan senjata kerana
menyedari bahawa persaingan senjata hanya akan membawa kepada kemusnahan dunia. Ini
selaras dengan hasrat Malaysia yang berpegang teguh kepada piagam PBB iatu untuk menjamin
mengekalkan keamanan dan keselamatan dunia.

Malaysia juga mengamalkan dasar menghormati hak asasi manusia. Ini terbukti apabila
Malaysia dengan lantang telah menolak dasar apartheid iaitu dasar yang mendiskriminasikan
penduduk di Afrika Selatan berdasarkan warna kulit. Malaysia tidak menjalinkan sebarang
hubungan diplomatik dengan negara berkenaan sehinggalah undang-undang apartheid
dihapuskan oleh kerajaan Afrika Selatan.

Keprihatinan Malaysia terhadap isu-isu kemanusiaan sangat jelas Malaysia seringkali


terlibat menghantar misi bantuan ke negara-negara yang bergolak dengan peperangan seperti di
Palestin dan Syria. Malaysia menghantar bantuan dalam bentuk makanan, perubatan dan
keperluan lain yang dapat membantu meringankan beban mangsa yang terlibat di negara-negara
tersebut.

19
Pengamalan demokrasi di Malaysia jelas menunjukkan kepentingan pemerintahan yang
menjamin keadilan dan kesejahteraan rakyat Malaysia. Amalan menghormati kepelbagaian kaum
dan agama sangat ditekankan dengan tidak membincangkan isu-isu sensitif demi menjamin
keharmonian. Justeru itu, dasar luar Malaysia juga haruslah setiasa relevan, rasional dan dinamik
agar ia sesuai dengan perkembangan semasa.

(n) Peranan Malaysia dalam mengukuhhkan tanggungjawabnya sebagai


warga global yang mencintai kesejahteraan dan keamanan dunia.

Malaysia memainkan peranan yang penting dalam mengukuhkan tanggungjawabnya


sebagai warga global yang mencintai kesejahteraan dan keamanan dunia dengan mengamalkan
hidup bersatu padu tanpa mengira agama dan bangsa. Justeru itu, ia menolak pendekatan
perkauman yang diamalkan sesetengah pihak agar tidak berlaku perpecahan antara kaum.

Selain daripada itu, sebagai warga global yang mencintai kesejahteraan dan keamanan
dunia, usaha dibuat untuk meningkatkan persefahaman dan toleransi agar masyarakat dunia hidup
dalam suasana yang tenteram. Selain daripada itu, Malaysia juga menghargai keamanan dengan
tidak mencetuskan kekacauan dan huru-hara.

Malahan Malaysia sangat tegas dengan pendirian tidak terlibat dalam sebarang bentuk
penindasan sejajar dengan prinsip menghormati hak asasi manusia. Malaysia seringkali
menyuarakan pandangan pentingnya semua kuasa dan negara di dunia ini agar mematuhi undang-
undang dunia demi menjamin keselamatan dan keamanan.

Di samping itu Malaysia sangat mementingkan usaha memulihara alam sekitar dengan
melaksanakan pembangunan secara lestari selain mengamalkan kitar semula. Ini terbukti dengan
pengisytiharan Deklarasi Langkawi pada tahun 1989 yang membincangkan usaha-usaha
mengawal dan mengatasi masalah pencemaran.

Malaysia juga sangat tegas menolak gejala negative seperti rasuah, penyalahgunaan dadah
dan pemerdagangan manusia yang kian menjadi ancaman pada kebanyakkan negara. Selain
daripada itu, Malaysia juga melibatkan diri dalam misi kemanusiaan seperti memberi bantuan di
tempat-tempat yang dilanda bencana perang dan kemusnahan alam seperti misi bantuan ke Acheh
yang dilanda tsunami dan misi bantuan kemanusiaan kepada pelarian Syria.

Di samping itu, Malaysia turut menyokong perjuangan rakyat Palestin dengan mengutuk
sekeras-kerasnya tindakan Israel yang tidak berhenti-henti menyerang rakyat Palestin. Justeru itu,
Malaysia turut mengecam perbuatan pencerobohan dan penculikan yang sering berlaku
terutamanya di perairan negeri Sabah.

20
(o) Usaha kerajaan Malaysia dalam mengukuhkan hubungan
antarabangsa demi menjamin kesejahteraan Malaysia.

Antara usaha kerajaan dalam mengukuhkan hubungan antarabangsa demi menjamin


kesejahteraan Malaysia adalah memastikan hubungan baik dengan semua Negara diteruskan
melalui hubungan diplomatik. Malaysia mengukuhkan hubungan dengan penyertaan dalam
pertubuhan-pertubuhan yang diwujudkan dan bergiat secara aktif dalam pertubuhan di peringkat
antarabangsa dan peringkat serantau seperti PBB, Komanwell, NAM, OIC dan ASEAN.

Melalui pertubuhan ASEAN, kerajaan telah berusahan mewujudkan Zon Aman, Bebas
dan Berkecuali (ZOFPAN) untuk memastikan ASEAN bebas daripada terlibat dalam perlumbaan
senjata demi memupuk kesejahteraan sejagat. Usaha seterusnya adalah mendapatkan bantuan
ketenteraan dari negara-negara Komanwel untuk menghadapi ancaman pengaruh komunis
melalui perjanjian AMDA. Selain itu, dalam aspek pertahanan juga, Malaysia telah bekerjasama
dengan Russia dalam pembelian 18 buah jet pejuang Sukhoi SU-30MKM untuk kegunaan
TUDM Malaysia.

Untuk meningkatkan ekonomi, kerajaan telah mengadakan lawatan rasmi untuk


merapatkan hubungan disamping menjalinkan kerjasama ekonomi melalui perjanjian
perdagangan. Contohnya hubungan ekonomi Malaysia dengan China dan Taiwan.

Kerjasama dalam projek-projek perindustrian juga dilakukan misalnya projek baja Urea di
Bintulu Sarawak serta di Acheh Indonesia melalui ASEAN, dalam mewujudkan kerjasama
ekonomi.

Malaysia juga berusaha mengekalkan hubungan baik dengan negara luar melalui
penganjuran persidangan diperingkat antarabangsa, misalnya menjadi tuan rumah persidangan
OIC, G16, CHOGM, malah Malaysia pernah menjadi tuan rumah persidangan sukan bertaraf
antarabangsa iaitu Sukan Komanwel.

Dalam menyelesaikan beberapa isu seperti isu alam sekitar iaitu Jerebu dan masalah
Pendatang tanpa izin (PATI), kerajaan Malaysia mengambil langkah mengadakan perbincangan
secara damai dalam usaha mengekalkan hubungan dan persefahaman antara Malaysia dan
Indonesia.

Kerajaan juga mengambil dasar berkecuali untuk mengekalkan hubungan baik dan
menghormati kedaulatan negara dengan tidak mencampuri hal ehwal negara tersebut. Contohnya
krisis di Syria, Sempadan Filipina, dan Selatan Thailand.

Usaha lain dilakukan Malaysia bekerjasama dalam carigali minyak atau gas dengan
Thailand, dengan itu suber minyak dan gas dimanfaatkan bersama dan dapat mengelakkan
pertikaian. Malaysia meningkatkan kerjasama dengan negara luar dan aspek pengangkutan
seperti jalinan penerbangan MAS, Air Asia, Malindo Air.

21
Malaysia juga bekerjasama dalam bidang Sains dan Matematik melalui pembinaan Pusat
Serantau Sains dan Matematik (RESCAM) di Pulau Pinang serta berkerjasama dalam bidang
kebudayaan dan social melalui festival kebudayaan dan kesenian.

(p) Usaha/Tindakan menghalang kuasa-kuasa besar (seperti Amerika


Syarikat) dari terus mendominasi /menguasai/mengeksplotasi dunia.
Antara usaha yang perlu dilakukan untuk menghalang kuasa besar dari terus
mendominasikan dunia adalah dengan mengamalkan prinsip keadilan terhadap semua
negara. Misalnya, ASEAN (Pertubuhan Negara-negara Asia Tenggara) adalah antara
organisasi serantau di dunia yang tidak memberi sebarang keistimewaan terhadap sesebuah
negara melebihi negara yang lain. Sebagai contoh pencerobohan Israel terhadap Palestin adalah
suatu tindakan tidak berperikemanusiaan, namun tidak pernah diberikan sebarang tindakan
kerana Israel adalah sekutu rapat Amerika Syarikat, salah sebuah negara kuasa veto di dalam
Majlis Keselamatan. Ketidakadilan sistem kuasa veto ini boleh menyebabkan kuasa-kuasa besar
terus mendominasikan negara-negara yang lemah.
Selain itu, sesebuah negara perlu mematuhi matlamat Piagam PBB. Antara matlamat
penubuhan PBB adalah mengekalkan keamanan dan keselamatan antarabangsa di samping
melindungi hak asasi manusia tanpa mengira kaum, jantina atau agama. PBB juga menjadi pusat
bagi mengharmonikan tindakan-tindakan negara anggota di dalam menyelesaikan perselisihan
dan tindakan politik. Oleh itu PBB ada hak dan kuasa untuk mengenakan tindakan undang-
undang PBB untuk menghalang kuasa-kuasa besar menyalahgunakan kuasa untuk menguasai
atau mengekplotasikan negara-negara yang lemah. Dengan ini, kepatuhan terhadap matlamat
Piagam PBB dapat menjamin kesejahteraan negara dan juga dapat memupuk kebersamaan
dalam kalangan negara anggota serta menggelakkan perperangan.
Di samping itu, antara usaha lain untuk menghalang kuasa-kuasa besar dari terus
mendominasi menguasai dunia ialah mengamalkan diplomasi tahap tinggi untuk
menyelesaikan masalah. Hal ini kerana, sudah pasti sekiranya terdapat sebarang resolusi yang
memberikan kebaikan kepada sistem antarabangsa, namun tidak memberikansebarang manfaat
kepada kepentingan nasional negara-negara kuasa veto dan negara sekutu mereka, maka negara-
negara kuasa veto ini akan menggunakan kuasa pembatal bagi menghalang resolusi tersebut
dilaksanakan. Contohnya Malaysia telah mendapat sokongan padu negara-negara lain bagi
mendesak dunia membubarkan status kuasa veto di dalam Majlis Keselamatan PBB.
Seterusnya, usaha lain untuk menghalang kuasa-kuasa besar dari terus mendominasi
menguasai dunia ialah mengukuhkan jalinan kerjasama di peringkat antarabangsa dengan
mengadakan hubungan diplomatik dengan negara luar. Hal ini dapat dicapai sekiranya semua
negara mengutamakan semangat setia kawan dan mengamalkan dasar berbaik-baik tanpa mengira
ideologi. Kesannya, kedaulatan sesebuah negara akan sentiasa terpelihara.
Akhir sekali, pertubuhan antarabangsa seperti PBB seharusnya bertindak mengawal
perkembangan persenjataan moden yang mengancam keselamatan dunia. PBB boleh
mengambil langkah menyekat penggunaan senjata nuklear dan senjata kimia yang meninggalkan
kesan buruk terhadap mangsa perang. Contohnya PBB telah berjaya mempengaruhi Soviet Union
dan Amerika Syarikat mengundurkan peluru berpandu masing-masing dalam krisis di Cuba.

22
(q) Hubungkaitkan peperangan yang berlaku dengan konflik dunia hari
ini/hunungkait konflik antarabangsa dengan keamanan.
Perang Dunia Pertama mempunyai hubung kait dengan Perang Dunia Kedua dan Perang
Dingin serta memberi implikasi kepada kuasa besar dunia sehingga ke hari ini. Hal demikian
kerana kebuntuan dalam rundingan penyelesaian Perang Dunia Kedua telah menimbulkan
bibit perpecahan dan akhirnya muncul blok dunia.
Kemunculan blok dunia ini merujuk kepada negara-negara yang sehaluan yang
berusaha untuk bersatu dan bertindak secara bersama bagi menjaga kepentingan ahli. Blok
ini tampil dalam pelbagai bentuk, iaitu sama ada berdasarkan aspek politik, ekonomi atau
geografi. Blok dunia yang terbentuk semasa Perang Dingin berasaskan geopolitik.
Perang Dingin berlaku sejak tamatnya Perang Dunia Kedua disebabkan ideologi dan
fahaman politik yang berbeza. Hal ini merujuk pada persaingan kuasa yang berlaku antara blok
kapitalis yang diketuai Amerika Syarikat dengan blok komunis diketuai oleh Soviet Union.
Perang ini dikenali sebagai Perang Dingin kerana tidak berlaku sebarang konflik bersenjata
antara kedua- dua blok ini. Namun, keduadua blok ini ingin membuktikan kekuatan masing-
masing di Eropah dan juga di Asia melalui propaganda serta bantuan ekonomi dan
ketenteraan.
Negara-negara Dunia Ketiga tidak bersekongkol dengan mana-mana negara daripada
blok komunis dan mengamalkan sikap berkecuali. Namun, semasa Perang Dingin blok
komunis dan blok kaptalis menawarkan bantuan pertahanan dan ekonomi. Negara-negara
Dunia Ketiga menjadi rebutan dua kuasa besar, iaitu Amerika Syarikat dan Soviet Union yang
kemudiannya disertai oleh China.
Kewujudan blok dunia ini dilambangkan oleh perpecahan negara Jerman apabila Jerman
terbahagi dua iaitu Jerman Barat dan Jerman Timur. Jerman Barat diduduki oleh tentera
Berikat dan mengamalkan sistem monarki manakala Jerman Timur diduduki oleh tentera Soviet
Union dan mengamalkan sistem komunis. Ibu kota Jerman iaitu Berlin juga terbahagi dua dan
dipisahkan oleh Tembok Berlin. Dunia terbahagi kepada dua blok.

(r) Bagaimana Malaysia menyelesaikan konflik antarabangsa?


Malaysia telah menyelesai konflik antarabangsa yang berlaku melalui rundingan dan
persefahaman yang melibatkan kedua-dua pihak. Rundingan telah dilaksanakan untuk menangani
pertelingkahan antara Malaysia, Indonesia dan Filipina daripada tahun 1963-1965 selepas
pembentukan Malaysia. Rundingan berjaya menyelesaikan krisis dan akhirnya membawa kepada
penubuhan MAPHILINDO. Selain itu, rundingan juga membolehkan Malaysia dengan negara-
negara jiran mampu menyelesaikan isu-isu yang berkaitan tuntutan serta jenayah penyeludupan
dadah dan manusia.
Malaysia juga menyelesaikan konflik antarabangsa melalui penganjuran persidangan
antarabangsa. Negara berusaha untuk menentang pengganas di kalangan negara-negara Islam
melalui Persidangan OIC yang dianjurkan pada tahun 2002. Selain itu, mesyuarat yang dihadiri
Menteri Menteri Luar ASEAN pada November 1971 sepakat menandatangani Deklarasi Kuala
Lumpur telah mengisytiharkan Zon Aman Bebas dan Berkecuali (ZOPFAN) untuk menjamin
keselamatan politik serantau dan mengelakkan campur tangan kuasa besar ke atas negara di Asia

23
Tenggara. Ini dapat mengelakkan negara daripada melibatkan diri dalam pertingkatan antara
kuasa besar.
Di samping itu, Malaysia turut menjadi tuan rumah untuk mesyuarat untuk mengatasi
krisis. Hal ini terbukti apabila satu mesyuarat diadakan di Kuala Lumpur pada 1982 untuk
membentuk kerajaan Demokratik Campuran di Kampuchea di bawah pimpinan Putera Norodom
Sihanouk. Melalui persidangan antarabangsa, Malaysia juga menyeru agar kuasa besar tidak
campur tangan dalam isu di Vietnam.
Malaysia juga berjaya menyelesaikan konflik antarabangsa dengan cara memainkan
peranan aktif dalam pertubuhan-pertubuhan antarabangsa seperti PBB, NAM dan OIC. Hal ini
terbukti apabila pada tahun 1989, Malaysia terpilih mewakili pasukan pengaman PBB ke Nambia
bagi membantu Nambia mencapai kemerdekaan dan menyertai pasukan pendamai di bawah
panji-panji PBB untuk menamatkan Perang Saudara di Congo. Pada tahun 1990-an Malaysia juga
telah menghantar pasukan pemerhati bagi meleraikan pergolakan-pergolakan di luar negara
seperti Krisis Sempadan Iran-Iraq dan Kampuchea serta menghantar pasukan pengaman ke
Bosnia, Timur Leste dan Kemboja.
Malaysia juga menyelesaikan konflik antarabangsa dengan cara menyuarakan isu-isu
keadilan dan kedamaian dunia di peringkat antarabangsa. Malaysia menjadikan NAM sebagai
platform untuk membangkitkan isu Palestin, Bosnia, dan dasar Aparteid di Afrika Selatan.
Menerusi Pertubuhan OIC, Malaysia juga menjadi perantara dalam menyelesaikan peperangan
Iran-Iraq, dan menyokong perjuangan rakyat Palestin mendapat semula tanah air daripada Israel.
Selain itu, Malaysia juga mengutamakan semangat setia kawan terutamanya dengan
negara-negara jiran. Malaysia pernah menjadi perantara gencatan senjata antara kerajaan Filipina
dengan MNLF.

(s) (i) Cabaran/ halangan/ kekangan/ masalah yang dihadapi oleh


Malaysia pada abad ke 21 bagi menjamin keamanan negara.
Cabaran yang dihadapi oleh Malaysia bagi menjamin keamanan negara adalah
kepelbagaian ideologi politik dalam kalangan pemimpin negara. Perbezaan ideologi
menyebabkan tercetusnya konflik hingga mengugat kestabilan politik dan keamanan negara. Ini
akan menjejaskan permuafakatan dan kesepaduan dalam barisan peneraju negara. Lantas,
berlakulah pertengkaran hangat mengenai isu politik dan lanskap keharmonian sesebuah negara
pasti menjadi semakin cacar merba.

Cabaran seterusnya adalah polarisasi kaum sehingga menghambat persekitaran sosial


yang harmoni di dalam negara Malaysia. Perbezaan dalam unsur-unsur kebudayaan seperti
bahasa, agama, dan kepercayaan telah menimbulkan jarak sosial dalam kalangan masyarakat.
Kekurangan interaksi dan entiti keterbukaan telah mengakibatkan timbulnya syak wasangka
dan prejudis yang menebal. Malahan, pendominasian sesuatu kaum dalam bidang tertentu seperti
politik dan ekonomi juga memangkin polarisasi kaum di negara ini.

Tambahan pula, cabaran yang dihadapi termasuklah perbezaan jurang pendapatan


ekonomi rakyat. Perbezaan jurang pendapatan mengakibatkan golongan miskin menghadapi
kesukaran hidup sehingga melibatkan diri dalam kegiatan jenayah yang mengancam keamanan
negara. Keterlibatan rakyat dalam jenayah dadah, rasuah, dan seumpamanya akan menjadi
hambatan keamanan yang ingin dicapai. Akhir sekali, kegelisahan dan ketegangan melingkari
24
kehidupan masyarakat sekaligus menghalang aspirasi nasional untuk mewujudkan sebuah negara
Malaysia yang aman.

(ii) Langkah-langkah untuk mengatasi cabaran di atas.

Langkah untuk mengatasi kepelbagaian ideologi politik dalam kalangan pemimpin negara
adalah menerusi inovasi politik. Inovasi politik seperti menyelesaikan masalah secara diplomasi
merupakan alternatif terbaik dalam merapatkan kepelbagaian ideologi yang mempengaruhi iklim
politik negara. Pendekatan dalam berpolitik dan melaksanakan sistem demokrasi perlu diubahsuai
mengikut keperluan agar kesepakatan dapat dicapai. Inovasi dengan meletakkan kepentingan
rakyat dan negara sebagai prioriti akan memberikan anjakan paradigma yang menjana kestabilan
dan keamanan negara.

Langkah untuk mendepani polarisasi kaum pula adalah dengan memupuk nilai saling
hormat-menghormati dalam kalangan masyarakat. Konsep kebersamaan serta cintakan keamanan
dapat dijana melalui penerimaan terhadap kemajmukan sosial dalam masyarakat. Interaksi positif
antara kaum memerlukan pendekatan berhemah serta penuh rasa hormat dapat direalisasikan
menerusi aktiviti kemasyarakatan. Contohnya aktiviti ‘Rumah Terbuka’ dan ‘Gotong-Royong
Perdana’.

Langkah ketiga mengatasi cabaran tersebut ialah dengan tindakan kerajaan melalui
penyediaan peluang perniagaan kepada golongan miskin. Selain itu, kerajaan juga
memperkenalkan Skim Pembiayaan Usahawan Perusahaan untuk setiap kaum serta terus
menyokong usahawan dalam kategori perusahaan kecil dan sederhana (PKS). Dengan sokongan
dan bantuan tersebut, maka dapatlah golongan miskin keluar daripada belenggu taraf hidup
rendah. Kebajikan dan kestabilan hidup inilah yang mampu menjamin persekitaran sosial yang
sejahtera untuk mewujudkan negara Malaysia yang aman.

(t) Bukti Malaysia mengamalkan dasar yang menekankan


pemeliharaan keamanan dunia.

Bukti Malaysia mengamalkan dasar yang menekankan pemeliharaan keamanan dunia


dipapar menerusi pendiriannya yang berpegang teguh pada prinsip dan Piagam PBB. Malaysia
telah memainkan peranan penting dalam menyokong perjuangan rakyat Palestin mewujudkan
kemanan dengan mendapatkan semula tanah air daripada Israel. Tambahan pula, Malaysia
menentang Dasar Aparteid di Afrika Selatan dalam memartabatkan hak asasi manusia.

Bukti seterusnya menunjukkan Malaysia mewartakan dasar luar yang mengutamakan


keamanan dunia. Negara kita amat kukuh mengamalkan semangat tolong menolong dengan
negara luar tanpa mengira sempadan kaum, agama, ideologi dan juga sempadan politik. Tindakan
jelas negara adalah semasa menyelesaikan krisis kemanusiaan di Rohingya dan isu politik di
Acheh di peringkat serantau. Malahan, Malaysia sanggup menjadi pengantara dalam krisis perang
Iran-Iraq dan menghantar pasukan pengaman ke Namibia untuk mengatasi konflik antarabangsa.

Bukti ketiga yang menunjukkan Malaysia mengamalkan dasar yang menekankan


pemeliharaan keamanan dunia adalah melalui penyertaan dalam pertubuhan antarabangsa.
Keanggotaan Malaysia dalam Pertubuhan Negara-Negara Berkecuali (NAM) menunjukkan
25
komitmennya untuk menyelesaikan pertikaian dan pertelagahan antarabangsa secara aman.
Rentetan itu, sumbangan Malaysia sebagai anggota PBB juga dipamerkan menerusi
penglibatannya dalam menamatkan Perang saudara di Congo, menyertai pasukan pengaman ke
Bosnia dan tidak menyokong timdakan ganas IS.

(u) Iktibar yang boleh kita ambil daripada peperangan dunia untuk
kesejahteraan dan keamana dunia hari ini.
Iktibar yang boleh diambil ialah untuk menjamin keamanan dunia di capai, peperangan
harus dielakkan dan kehormonian dunia dapat dicapai. Peperangan juga memberi kesan yang
amat besar ke atas negara yang terlibat contohnya seperti kemusnahan harta benda dan kematian
yang ramai. Contohnya seperti Perang Dunia kedua yang telah mengorbankan kira-kira 75 juta
nyawa manusia.
Iktibar seterusnya ialah keamanan dunia dapat diwujudkan dengan sifat toleransi antara
satu sama lain. Ini kerana sikap tolak ansur ini mampu mengeratkan lagi hubungan persahabatan
antara negara-negara dunia. Dengan adanya sifat toleransi ini, dapat membawa kepada kehidupan
yang lebih harmoni dan aman walaupun terdapat perbezaan adat resam, budaya, politik dan
ekonomi di antara negara. Sikap toleransi juga dapat mengukuhkan lagi hubungan diplomatic di
antara negara dan ini dapat mengalakkan kerjasama antara negara yang terlibat terutama dari segi
politik dan ekonomi. Dengan adanya kerjasama ini dapat memelihara kesejahteraan dunia sejagat.
Iktibarnya ialah pemimpin negara juga perlu bijak dalam merancang strategi dalam
menjalin hubungan dengan negara luar. Negara Malaysia telah mengamalkan dasar berkecuali
dan telah menjalinkan hubungan yang sangat baik dengan negara-negara luar tanpa mengira
ideologi mereka. Malaysia juga tidak mencampuri urusan pemerintahan negara-negara lain dan
sentiasa memberi sokongan andainya diperlukan. Malaysia juga menganggotai pelbagai
pertubuhan di dunia ini sebagai tanda sokongan dan kerjasama dengan negara-negara lain.
Contohnya Malaysia menganggotai pertubuhan OIC dan ASEAN.
Iktibar seterusnya ialah pemimpin negara kita perlu mengukuhkan lagi sistem pertahanan
negara agar tidak mudah dicerobohi oleh pihak musuh. Rakyat negara Malaysia perlulah
mempunyai jati diri yang tinggi dan semangat sedia berkorban untuk mempertahanakan negara.
Tentera-tentera negara mesti mempunyai semangat juang yang tinggi dan sanggup mngadai
nyawa mereka demi memastikan Malaysia selamat dan aman dari pihak musuh. Kesimpulannya,
keamanan dan keharmonian negara yang lebih utuh dan terjamin dengan sistem pertahanan yang
kukuh.

Kesimpulan
Pengetahuan yang diperolehi daripada tajuk ini ialah Perang Dunia Pertama berlaku pada
tahun 1914-1918 yang melibatkan dua pihak iaitu Perikatan Kuasa Tengah dan Pakatan Bertiga.
Perang Dunia Pertama ini juga dikenali sebagai The Great War kerana telah membawa kepada
Perang Dunia Kedua, 20 tahun selepas itu. Peperangan ini telah mengorbankan banyak nyawa
dan memusnahkan harta benda.
Nilai yang diperolehi ialah kita tidak boleh mementingkan diri sendiri baik sebagai
pemimpin atau rakyat. Kita tidak boleh dengan sewenang-wenangnya melakukan perkara-perkara
26
yang boleh memusnahkan keamanan dan kesejahteraan dunia. Kita harus mempunyai sifat
kemanusiaan dan menghormati hak asasi negara lain agar kedaulatan negara tersebut tetap
terpelihara.
Unsur Patriotisme yang diperolehi ialah sebagai seorang pemimpin yang bijaksana, kita
mestilah menpunyai sifat sanggup bekerjasama dengan negara-negara lain untuk memastikan
keamanan tercapai. Pemimpin harus pandai mencari jalan penyelesaian terhadap masalah yang
dihadapi agar tidak tercetus sebarang pergaduhan antara negara.
Harapan saya agar pemimpin dan negara Malaysia akan sentiasa menyokong dan
memberi kerjasama yang erat dengan negara-negara lain demi memastikan keamanan dunia
terpelihara. Saya juga berharap Malaysia akan terus aktif dan memainkan peranan dalam
pertubuhan antarabangsa bagi memastikan tiada konflik dunia akan berlaku pada masa kini.

27
SIMULASI 1

Aspek Perincian Markah


1. Pengenalan

Pengenalan Jelaskan tentang konflik antarabangsa yang berlaku pada 5 markah


pertengahan abad ke 20

2. Faktor-faktor konflik antarabangsa

Isi dan Terangkan faktor-faktor yang membawa tercetusnya:


30 markah
Huraian i. Perang Dunia Pertama (15m)
ii. Perang Dunia Kedua (15m )

3. Kesan-kesan konflik antarabangsa

Terangkan kesan Perang Dunia Pertama dan Kedua 15 markah

4. Cadangkan langkah-langkah menjadikan Malaysia sebuah


negara yang bebas daripada konflik antarabangsa
15 markah

5. Sumbangan Malaysia dalam menjamin keamanan


antarabangsa
10 markah
Berdasarkan pengetahuan anda, jelaskan sumbangan Malaysia
dalam menjamin keamanan antarabangsa

6. Cabaran dan langkah menghadapi cabaran di abad ke 21

i. Jelaskan cabaran yang dihadapi oleh Malaysia pada


10 markah
abad ke 21 bagi menjamin keamanan negara (5m)
ii. Nyatakan langkah-langkah untuk mengatasi cabaran dia
atas. (5m)

7. Iktibar dari keamanan negara


10 markaH
Nyatakan ikhtibar yang diperoleh apabila negara bebas daripada
konflik antarabangsa
Kesimpulan 8. Buat rumusan tentang kepentingan keamanan sejagat. 5 markah

28
SIMULASI 2

Aspek Perincian Markah

Pengenalan 1. Jelaskan maksud perang 5


markah

2. Mengapa perang berlaku?


i) PD 1 15
ii) PD 2 markah
15
markah

Isi dan 3. Perang Dunia membawa kepada berlakunya Perang Dingin. 10


Huraian Jelaskan. markah

4. Peranan pemimpin negara dlm mengukuhkan hubungan dan 10


Kerjasama diperingkat a/bangsa Markah

5. Kejayaan Msia dlm pertubuhan a/bangsa telah meningkatkan imej 10


negara. Markah
Buktikan.

6. Hubungkaitkan peperangan yang telah berlaku dengan konflik 10


dunia hari ini. Markah

7.Dengan wujudnya pelbagai teknologi persenjataan, ramalkan 10


keadaan dunia pada masa akan datang. Markah

8.Peranan Malaysia dalam mengukuhkan tanggungjawabnya sebagai 10


warga global yang mencintai kesejahteraan dan keamanan dunia. Markah

Kesimpulan 9.Kesimpulan 5
markah

29
PENGHARGAAN

PANEL PENGGUBAL MODUL SEJARAH KERTAS 3 (1249/3)

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) 2020

PENASIHAT : Dr. LES MET


(Timbalan Pengarah Sektor Pembelajaran, JPN Sarawak)

EN. LAW HIENG HUAT


(Ketua Penolong Pengarah Kanan, Unit Sains Sosial)

PENYELARAS : EN. EDWIN ANAK APOK


(Penolong Pengarah Sains Sosial)

PANEL PENULIS

1. PN. DAYANG ZULIANA BINTI HJ. AWANG JAYA SMK BATU KAWA

2. PN. DAYANG NARALAM BINTI AWANG RAINI SMK ST THOMAS

3. PN. NURAIN HUMAIRAH LIM BINTI ABDULLAH SMK GREEN ROAD

4. PN. MAGDALENE OGAHKU ANAK SIRING SMK ST TERESA

5. PN. CISELIA MISOW SMK BATU LINTANG

6. PN. CECELIA ANAK AYING SMK PADUNGAN

7. PN. ROMIER ANAK VINCENT SMK SIBURAN

8. PN. SUHARTI JOO SMK DEMAK BARU

9. PN. NORIDA BINTI JOHORI SMKA MATANG 2

10. EN. ISMAIL BIN AHMAD SMK ASAJAYA

11. EN. PATRICK ANAK BETOK SMK SUNGAI TAPANG

12. EN. MOHD. ADIB BIN ZUNAIDI SMK SANTUBONG


.

30

Anda mungkin juga menyukai