Anda di halaman 1dari 28

1

1.0) Pendahuluan

Setelah berakhirnya Perang Dunia Kedua, telah muncul beberapa peristiwa yang mana telah
mempengaruhi kehidupan masyarakat dunia. Peristiwa yang penting tersebut telah memperlihatkan
Amerika Syarikat berperanan besar dalam membantu negara-negara Eropah Barat terutamanya dalam
pembangunan ekonomi manakala Kesatuan Soviet pula memainkan peranan dalam pembangunann
ekonomi di Eropah Timur. Namun begitu, kedua-dua blok kuasa ini sebenarnya mempunyai agenda dan
niat yang tersendiri di mana mereka mahu meluaskan kuasa dan pengaruh mereka terutamanya bagi
Kesatuan Soviet yang mana akhirnya menyebabkan negara-negara di Eropah Timur terpengaruh dengan
pemerintahan komunis.1

Dalam erti kata lain, Perang Dingin yang bermula adalah kesan daripada berakhirnya Perang
Dunia Kedua iaitu bermula pada tahun 1939 sehingga 1945. Amerika Syarikat dan Kesatuan Soviet
dilihat menjadi kuasa paling dominan selepas bersatu dan berjaya mengalahkan Nazi Jerman yang
diketuai oleh Adolf Hitler dengan sekutunya. Oleh yang demikian, ianya juga dilihat sebagai perlumbaan
kuasa untuk mengisi vacuum of power di Eropah Timur dan Asia yang telah ditinggalkan oleh Jerman
dan Jepun. Masing-masing dilihat ingin menjadi kuasa yang berpengaruh di negara bukan bersekutu.2

Oleh yang demikian, Perang Dingin yang berlaku di Eropah dilihat juga telah menular ke negara
yang baru merdeka terutamanya di benua Afrika dan Asia. Sehubungan dengan itu, Asia Tenggara dilihat
telah menjadi kawasan baru bagi Perang Dingin malahan ianya juga dianggap sebagai perang panas
terutamanya di Vietnam dan Indonesia.3

Namun, Perang Dingin yang berlaku telah memberi impak, iaitu dapat dilihat bahawa telah
berlakunya proses dekolonisasi di kedua-dua negara tersebut iaitu Vietnam dan Indonesia. Justeru, dalam
esei ini akan melihat perbezaan proses dekolonisasi atau proses ke arah mencapai kemerdekaan bagi
Vietnam dan Indonesia.

1
T. Nicholas, The Camridge History of Southeast Asia: Vol, 4, From World War II to the Present, United Kingdom:
Cambridge University Press, 1999, hlm. 33.
2
Azlizan Mat Enh & Zubaidah VP Hamzah. Persaingan kuasa Amerika Syarikat- Soviet Union dalam
Pembentukan Order Baru Pasca Perang Dunia ii. Sosionumanika, 4(1) 2001, hlm. 37.
3
M. Richard, Pembendungan dan Cabaran Keberkecualian: Amerika Syarikat, Perang Dingin dan Indonesia,
1950-1952. Jurnal Terjemahan Alam & Tamadun Melayu 2, 2010, hlm. 58-82
2

2.0) Definisi Dekolonisasi


Sebelum kita melihat dan memahami situasi proses dekolonisasi bagi Vietnam dan Indonesia, adalah
lebih baik kita memahami akan konsep atau definisi dekolonisasi itu terlebih dahulu.
Walau bagaimanapun, dalam melihat kepada terbentuknya proses dekolonisasi ini, banyak faktor
telah mempengaruhi semangat ke arah mencapai kemerdekaan. Faktor yang paling dominan ialah
semangat nasionalisme dalam diri masyarakat yang dijajah. Nasionalisme secara khususnya membawa
maksud satu kesedaran yang membangkitkan semangat juang bagi mendapatkan kebebasan dan
kemerdekaan daripada cengakaman dan belenggu penjajah. 4 Justeru, melalui semangat inilah mereka
bangun menentang penjajah dan secara langsung berusaha untuk mendapatkan kemerdekaan bagi negara
mereka sendiri.
Terdapat beberapa ciri bagi menggambarkan keadaan dekolonisasi ini iaitu (i) terdapat
peningkatan kesedaran dalam wilayah-wilayah yang tertindas; (ii) memahami bahawa rakyat dan negara
berkongsi satu warisan; (iii) membangkitkan semula perasaan kewarganegaraan dan menghargai unsur-
unsur warisan peribumi; serta (iv) menduduki semula wilayah peribumi.5
Justeru, dekolonisasi di sini merujuk pada tercapainya kemerdekaan oleh berbagai koloni dan
protektorat Barat di Asia dan Afrika setelah berlakunya Perang Dunia Kedua. Dekolonisasi terjadi
sewaktu Perang Dunia Kedua iaitu di antara tahun 1945 hingga tahun 1960, iaitu bermula dengan
kemerdekaan Pakistan dan India dari Inggeris pada tahun 1947 dan Perang Indochina. Selain itu ianya
juga membawa maksud membebaskan sesebuah wilayah ataupun negara daripada unsur kuasa luar.6
Di samping itu, dekolonisasi dapat tercapai dengan pernyataan kemerdekaan, mengintegrasikan
diri dengan kekuasaan penguasa atau negara lain, atau menciptakan status asosiasi bebas (free
association). Ianya merupakan pertentangan dengan konsep kolonisasi iaitu di mana dekolonisasi
merupakan sesuatu yang bersifat constructive bagi peribumi tanah jajahan manakala bersifat destructive
kepada pihak penjajah. Dekolonisasi yang terjadi terutamanya di Asia dan Afrika setelah tamat Perang
Dunia Kedua telah melahirkan negara-negara baru, sebagai contoh di kawasan Asia bahagian Barat dan
telah mengakibatkan timbulnya bangsa-bangsa merdeka yang berbahasa Arab.7

4
Wan Abdul Rahman et. al, Sejarah Perkembangan Tamadun Dunia, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka,
2001, hlm. 171.
5
Nota Kuliah Asia Tenggara: Pembangunan dan Pemodenan: Topik 1.
6
Perang Dingin dlm. http://books.google.com.my/books?
id=OfSJQlKM1yAC&pg=PA220&lpg=PA220&dq=Dekolonisasi+Vietnam+era+perang+dingin diakses pada 7/10/2011, jam
7:06 am.
7
Dekolonisasi dlm http://id.wikipedia.org/wiki/Dekolonisasi diakses pada 7/10/2011, jam 9:43 am.
3

2.1 ) Definisi Perang Dingin

Istilah Perang Dingin diperkenalkan pada tahun 1947 oleh Bernard Baruch dan Walter Lippman dari
Amerika Syarikat untuk menggambarkan hubungan yang terjadi di antara Amerika Syarikat dengan
Kesatuan Soviet. Perang Dingin adalah satu sebutan bagi sebuah jangka waktu di mana terjadinya
konflik, ketegangan dan persaingan di antara Amerika Syarikat (serta sekutunya disebut blok barat) dan
Kesatuan Soviet (serta sekutunya disebut blok timur) yang terjadi di antara tahun 1947 sehingga 1991.
Persaingan kedua-dua blok ini terjadi dari segi ketenteraan, ideologi, psikologi, ekonomi, industri,
perkembangan teknologi pertahanan, perlumbaan senjata nuklear dan banyak lagi.8

Selain itu, Perang Dingin adalah persaingan terbuka tetapi terhad yang bermula selepas Perang
Dunia Kedua di antara Amerika Syarikat dan sekutunya dengan Kesatuan Soviet dengan sekutunya.
Pergeseran ini dikenali sebagai Perang Dingin kerana ianya tidak membabitkan pertempuran secara
bersenjata secara lansung di antara kuasa besar secara besar-besaran. Hal ini dapat dilihat apabila Perang
Dingin ini dijalankan melalui tekanan ekonomi, bantuan terpilih, pergerakan diplomatik, propaganda,
pembunuhan, operasi ketenteraan tahap rendah dan perang proksi sepenuhnya di antara tahun 1947
sehingga kejatuhan Kesatuan Soviet pada tahun 1991.9

Di samping itu, perkembangan politik dunia pada masa Perang Dingin diwarnai oleh pertikaian di
antara blok Barat dan blok Timur. Masing-masing pihak berupaya mengembangkan pengaruh mereka
kepada negara-negara lain, baik mengunakan cara damai mahupun dengan menggunakan kekerasan.
Hampir setiap konflik yang berlaku antara negara pada masa itu, dua buah kuasa besar iaitu Amerika
Syarikat dan Kesatuan Soviet selalu berada di salah satu pihak yang bertikai. Mereka akan bermurah hati
membantu salah satu pihak dengan memberikan bantuan persenjataan, tenaga ahli mahupun informasi.10

8
Definisi Perang Dingin dlm http://duniabaca.com/faktor-penyebab-terjadinya-perang-dingin.html diakses pada 8/10/2011,
jam 1:23 pm.
9
Wan Abdul Rahman et. al, op. cit, hlm. 201-202.
10
Drs. A.M. Sardiman, Program Ilmu Sosial, Indonesia: Yudhistra Ghalia, 2006, hlm. 200.
4

Umum mengetahui, Kesatuan Soviet pernah menjadi sekutu Amerika Syarikat dalam Perang
Dunia Kedua. Bersama dengan sekutu mereka yang lain, mereka telah berjaya menakluk negara-negara
Axis yang terdiri daripada Itali, Jerman dan juga Jepun. Atas kemenangan tersebut, masing-masing
negara yang tergabung dalam blok Sekutu membahagi negara-negara yang menderita daripada kekalahan
perang sebagai daerah pendudukan.11

Justeru, bermula dari sinilah Amerika Syarikat dan Kesatuan Soviet akhirnya muncul sebagai dua
buah negara kuat yang mempunyai perbezaan ideologi dan falsafah. Persaingan dari segi ketenteraan,
politik dan juga ekonomi telah menyebabkan ketegangan nasional yang akhirnya melibatkan banyak
negara. Dunia seakan terbahagi menjadi dua blok (bipolarisasi), iaitu komunis dan demokrasi. Negara
yang termasuk blok komunis adalah Kesatuan Soviet, Jerman Timur, Romania, Poland, Cina dan Korea
Utara manakala negara yang memegang blok demokrasi atau liberal adalah negara Amerika Syarikat,
Inggeris, Perancis, dan Jerman Barat. Penentangan di antara dua blok inilah yang telah melahirkan
Perang Dingin (Cold War). Kedua-dua kuasa besar ini berusaha menyebarkan ideologi dan menanamkan
pengaruh di setiap pelosok dunia. Misalnya dalam ajaran komunisme Lenin, Kesatuan Soviet dilihat
sebagai negara contoh yang menerapkan ajaran komunis diperingkat nasional yang kemudiaannya
disebarkan ke negara-negara lain di dunia. Komunisme lahir sebagai reaksi terhadap sistem kapitalisme
di negara Findland, Romania dan Chezslovakia Timur.12

11
Baskara T., Perang Dingin dan Reinterepretasi Sejarah Indonesia, Yogyakarta: Galang Press, 1998, hlm. 24.
12
Ibid.
5

2.2) Sejarah Perang Dingin

Perkembangan Dunia Masa Perang Dingin

Akhir Perang Dunia Kedua


membawa akibat

Dekolonisasi Perang Dingin

Asia Afrika Faktor Penyebab Ketegangan Masa


Perang Dingin

sebagai akibat

persaingan

Blok Barat Blok Timur

berpengaruh pada

Perluasan Perang Dingin Perang Vietnam


ke Luar Eropah

berpengaruh

Posisi Indonesia

Perkembangan Ekonomi Perjalanan Politik


Luar Negeri
Sumber: Program Ilmu Sosial13

13
Drs. A.M. Sardiman, op. cit, hlm. 220.
6

Pada tahun 1917, Lenin telah berjaya berkuasa di Rusia dan seterusnya mewujudkan Kesatuan Soviet.
Dari segi ideologi, Kesatuan Soviet mencadangkan supaya permasalahan yang berlaku di Eropah
diselesaikan melalui komunisme iaitu gerakan sulit Comintern. Namun, pada tahun yang sama juga,
Amerika Syarikat dilihat amat beminat dengan Eropah tetapi mereka pula mencadangkan cara
penyelesaian yang berbeza. Hal ini selaras dengan kenyataan Woodrow Wilson pada tahun 1919 di mana
Amerika Syarikat mahukan satu order baru dunia dengan setiap bangsa berhak untuk menentukan nasib
politik mereka. Idea ini pada mulanya ditolak oleh rakyat Amerika pada tahun 1920, namun ia telah
dihidupkan semula oleh Roosevalt semasa Perang Dunia Kedua.14

Selepas tahun 1920, hubungan di antara Amerika Syarikat dan Kesatuan Soviet terus dingin
walaupun pada tahun 1930 terdapat negara-negara Eropah yang cuba untuk berbaik dengan Kesatuan
Soviet dengan alasan keselamatan berikutan munculnya idea baru iaitu Fasis Itali dan Nazisme Jerman.
Dalam hal ini, Perancis cuba untuk memulihkan hubungan dengan Kesatuan Soviet iaitu dengan
mengadakan satu pakatan ketenteraan pada tahun 1935. Walau bagaimanapun, keadaan politik di Eropah
dan negara-negara lain berubah selepas bulan Jun 1941 apabila Jerman menyerang Kesatuan Soviet.
Selain itu, Britain dan Perancis bersetuju untuk membantu Moscow manakala Amerika Syarikat menjadi
pembekal utama keperluan tentera kepada negara Eropah yang menentang Hitler. Hal ini buat pertama
kalinya didapati Britain, Amerika Syarikat, Perancis dan Kesatuan Soviet bekerjasama. Namun bermula
pada tahun 1941 kerjasama tersebut menghadapi masalah syak wasangka antara negaranegara kapitalis
dan komunis.15

Di samping itu, hal tersebut disulitkan lagi oleh tanggapan yang berbeza tentang strategi
peperangan dan keselamatan yang diamalkan oleh Kesatuan Soviet. Akibat kemaraan Jerman terhadap
Kesatuan Soviet pada tahun 1941/42, Stalin mahu Amerika Syarikat dan Britain menyerang Eropah Barat
namun ditolak. Sebaliknya, Amerika Syarikat dan Britain menumpukan perhatian ketenteraan kepada
Afrika Utara dan Itali. Justeru, hal ini menyebabkan Stalin mengesyaki negara-negara kapitalis hanya
mahu membiarkan Kesatuan Soviet dikuasai oleh Jerman. Namun sebenarnya, Amerika Syarikat dan
Britain bimbang sekiranya Stalin berdamai dengan Hitler, maka usaha untuk menghapuskan
kedikdaktoran Jerman bertambah rumit.16

Selain itu, selepas tahun 1942, berlakulah perlumbaan di antara Amerika Syarikat dan Kesatuan
Soviet untuk menguasai sebanyak mungkin wilayah. Justeru, semasa di persidangan Yalta pada tahun
14
Wan Abdul Rahman et. al, op. cit, hlm. 432.
15
Ibid., hlm. 432-433.
16
Ibid., hlm. 433.
7

1945, Jerman dan Berlin dibahagikan kepada empat zon yang dikuasai oleh Perancis, Britain, Amerika
Syarikat dan Kesatuan Soviet. Sementara itu, masa depan Eropah dari segi politik masih lagi samar-
samar apabila Roosevalt gagal untuk menjelaskan dasar Amerika Syarikat kepada Eropah Timur dan ini
mengakibatkan Stalin mengandaikan bahawa kuasa kapitalis bersedia untuk menerima pengaruh
Kesatuan Soviet.17

Oleh itu, pada tahun 1946 di mana tahun yang dikatakan paling penting dalam hubungan antara
kuasa Barat dengan Kesatuan Soviet. Hal ini disebabkan oleh beberapa perkara iaitu; sikap rakyat
Amerika Syarikat terhadap Kesatuan Soviet mengalami perubahan besar dan menjadi semakin anti-
Soviet; dan pemimpin-pemimpin Barat sendiri semakin berkeras terhadap Kesatua Soviet di mana dalam
ucapan Churchill pada bulan Mac 1946 mahukan Barat bertindak tegas terhadap Kesatuan Soviet tetapi
hal ini ditolak oleh Truman.18

Pada tahun 1947, Eropah dilanda pergolakan politik yang hebat iaitu melibatkan parti-parti
komunis seperti di Perancis, Itali dan Greece. Justeru, bagi membendung pengaruh sayap kiri ini,
Presiden Truman telah membuat pengisytiharan bahawa Amerika Syarikat menyokong setiap bangsa
merdeka berdepan dengan komunis yang mana ianya secara langsung telah mencetuskan Perang Dingin
di antara Amerika Syarikat dengan Kesatuan Soviet.19

Di samping itu, rancangan Marshall telah dilancarkan bertujuan untuk membangunkan ekonomi
Eropah Barat dan juga memerangi pengaruh komunis. Bantuan yang disalurkan dilihat berjaya
mempertahankan Itali, Perancis, Belanda dan Belgium untuk terus berada di Barat tetapi Czechoslovakia
di Eropah Timur berjaya dikuasai oleh komunis. Walaupun rancangan Marshall ini dilihat berkesan tetapi
bagi Amerika Syarikat sendiri ianya tidak mencukupi. Lalu pada tahun 1948, Amerika Syarikat berjaya
mewujudkan satu pakatan yang dinamakan sebagai Pakatan Tentera Atlantik Utara (NATO) yang
ditujukan khas kepada Kesatuan Soviet.20

Tambahan pula, berikutan berlakunya pemberontakan komunis di beberapa negara dan jajahan
taklukan Barat di Asia Tenggara, Amerika Syarikat telah mengubah dasarnya terhadap kolonialisme
dengan memberi sumbangan kepada kuasa-kuasa Eropah mempertahankan tanah jajahan mereka serta

17
Wan Abdul Rahman et. al, op. cit .hlm. 434.
18
Ibid., hlm. 434-435.
19
Ibid., hlm. 435.
20
Ibid.
8

menggalakkan para penjajah mempercepatkan proses kemerdekaan dengan memberi kuasa kepada elit
tempatan yang anti-komunis. Maka pada tahun 1945, negara-negara di Asia Tenggara yang anti-komunis
telah dihubungkan dengan Amerika Syarikat melalui Perjanjian Perikatan Asia Tenggara (SEATO) yang
bertujuan untuk menyekat pengaruh komunis di negara-negara Asia Tenggara.21

Pada awal dekad 1960-an pula, dapat dianggap sebagai puncak kepada Perang Dingin di mana
ianya telah menyebabkan Jerman Timur membina tembok Berlin sebagai simbol pemisahan bangsa
akibat perbezaan ideologi serta krisis peluru berpandu di Cuba yang hampir membawa dunia ke jurang
perang nuklear. Namun krisis ini tamat setelah diugut keras oleh Presiden Kennedy. Justeru, pada tahun
1963, Amerika Syarikat dan Kesatuan Soviet cuba untuk melunturkan ketengangan antara mereka dengan
mengharamkan ujian senjata nuklear di udara dan air. Zaman pemulihan ini dikenali sebagi zaman
dtente. Namun dtente ini gagal memberi sebarang kesan kepada hubungan Korea Selatan dengan
Korea Utara. Namun ianya hanya berjaya dipulihkan pada tahun 1992 setelah Perang Dingin ditamatkan
secara rasmi olah Amerika Syarikat dan Kesatuan Soviet.22

Berakhirnya Perang Dingin ini berkait rapat dengan perkembanagan politik yang berlaku di
Eropah Timur dan juga Kesatuan Soviet pada lewat tahun 1980-an. Hal ini adalah akibat daripada
ledakan nasionalisme yang disebabkan wujudnya masalah ekonomi yang buruk, rejim komunis di Eropah
Timur, Eropah Tengah dan Kesatuan Soviet telah ditumbangkan oleh rakyat dan digantikan dengan rejim
yang lebih demokratik.23

2.3) Proses Dekolonisasi di Indonesia

Semasa pendudukan Jepun di Indonesia, pihak Jepun telah bersetuju untuk memberikan kemerdekaan
kepada Indonesia iaitu Jepun berjanji bahawa kemerdekaan akan diberi tidak lewat daripada 7 September
21
Wan Abdul Rahman et. al, op. cit, hlm. 436.
22
Ibid., hlm. 439.
23
Ibid.
9

1945. Oleh yang demikian, PPKI ditubuhkan bagi mengadakan perundingan bagi memberi kemerdekaan
kepada Indonesia. Apabila Jepun menyerah kalah pada 15 Ogos 1945, golongan nasionalis Indonesia
24
telah bertindak cepat untuk mengisytiharkan kemerdekaan Indonesia pada 17 Ogos 1945. Hal ini
selaras dengan dasar Amerika Syarikat yang telah mengubah dasarnya terhadap kolonialisme dengan
mengatakan bahawa supaya dipercepatkan proses kemerdekaan dengan memberi kuasa kepada elit
tempatan yang anti-komunis.25 Justeru, PPKI bersetuju untuk melantik Sukarno sebagai Presiden
Republik Indonesia manakala Hatta sebagai naib presiden.26

Walau bagaimanapun, Belanda mempunyai rancangan tersendiri untuk Indonesia di mana Dr. H. J
van Mook merancang untuk membentuk sebuah Komanwel Belanda atau persekutuan imperial. Ianya
bertujuan untuk member taraf semi-autonomi kepada koloninya dan secara tidak langsung akan terikat
dengan Belanda namun, cadangan tersebut tidak dipersetujui oleh kerajaan baru Belanda. Maka, pada 24
Ogos 1945, Perjanjian Hubungan Sivil Anglo-Belanda telah diadakan disebabkan takutkan kehadiran
tentera Belanda di Indonesia. Justeru, perjanjian tersebut telah memberi kuasa kepada tentera Berikat di
British untuk mengawal Indonesia.27

Oleh yang demikian, bagi menyelesaikan masalah Indonesia ini, maka pada 14 Oktober 1946,
satu rundingan diadakan di antara Belanda dengan Indonesia dengan satu genjatan senjata diisytiharkan.
Manakala pada 15 November 1946, satu perjanjian lagi telah diadakan iaitu dinamakan sebagi Perjanjian
Linggajati. Di dalam perjanjian itu, antara perkara yang disentuh ialah pengisytiharan de facto Belanda ke
atas Indonesia di Jawa, Madura dan Sumatera. Selain itu, sebuah negara demokratik berdaulat akan
dibentuk sebelum 1 Januari 1949 yang mengadungi Republik Indonesia, Indonesia Timur dan Borneo
disatukan dengan nama Unites States of Indonesia.28

Selain itu, antara bulan Mac hingga Jun 1947, Timbalan Menteri Luar iaitu Haji Agus Salim telah
pergi ke India dan Timur Tengah untuk menandatangani perjanjian persahabatan dengan Mesir dan Syria.
Namun usaha-usaha yang dilakukan oleh Indonesia ini telah dicurigai oleh Belanda dan menuduh
Indonesia mencabuli Perjanjian Linggajati. Namun demikian, Belanda sebenarnya mempunyai niat untuk

24
Abdullah Zakaria Ghazali et. al, op. cit, hlm. 426.
25
T. Nicholas, op. cit, hlm. 33.
26
Abdullah Zakaria Ghazali et. al, op. cit, hlm. 426.
27
Ibid.
28
T. Nicholas, op. cit, hlm. 34.
10

mengagalkan perjanjian tersebut di samping faktor ekonomi yang memainkan peranan penting dalam
menukar dasar Belanda untuk tidak menghormati kepada perjanjian tersebut.29

Maka, pada malam 20 Julai 1947, tentera Belanda mula bertindak untuk melancarkan serangan.
Walau bagaimanapun, kerajaan Belanda di The Hague menyatkan bahawa tindakan mereka ini adalah
tindakan kepolisian yang akan mententeramkan keadaan huru-hara di luar kerajaan Indonesia. Tetapi
tindakan ini sebenarnya adalah sebagai salah satu cara mereka untuk melanggar Perjanjian Linggajati
tersebut. Hal ini telah mendapat reaksi antarabangsa iaitu British dan Amerika Syarikat menentang
tindakan ketenteraan Belanda ini manakala India dan Australia telah membawa isu ini ke Majlis
Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Majlis Keselamatan PBB telah mengarahkan
genjata senjata dilakukan pada 1 Ogos 1947 dan melantik Good Officer Comitte bagi mewujudkan
perdamaian di antara kedua-dua pihak.30 Dalam peristiwa ini kita dapati penglibatan Amerika Syarikat
secara langsung dan serius di Indonesia bagi menguatkan lagi pengaruh kuasa ke atas Indonesia dan
sacara tidak langsung dapat mengusir perluasan kuasa Kesatuan Soviet ke atas wilayah-wilayah lain di
Asia Tenggara. Hal ini demikian kerana, umum mengetahui kedua-dua kuasa besar ini bersaing untuk
menyebarkan ideologi dan fahaman mereka masing-masing. Justeru, adalah penting bagi mereka untuk
campur tangan dalam permasalahan yang berlaku di sesebuah kawasan tersebut.

Di samping itu, Indonesia dan Belanda juga telah menandatangani Perjanjian Renville pada 17
Januari 1948.31 Dalam perjanjian ini, ianya telah menyentuh soal genjatan senjata yang dipersetujui oleh
kedua-dua pihak. Manakala Perjanjian Linggajati menjadi asas kepada dasar perundingan selanjutnya dan
pihak Good Office Comitte menyatakan bahawa kekuasaan republik ini tidak akan dikurangkan. Selain
itu, dalam perjanjian ini juga telah dipersetujui bahawa Belanda menarik balik tentera-tenteranya
daripada Indonesia dan menerima penandaan wilayah di antara kawasan Belanda dan Republika yang
telah dibiuat pada masa tersebut. Namun, Belanda telah pun membina kedudukan yang kukuh di
Indonesia dan ini telah memberi kelebihan kepada mereka semasa ceramah di The Hague. Walau
bagaimanapun, pada bulan September Musso yang baru sahaja balik dari Kesatuan Soviet telah gagal
dalam mengetuai satu rampasan kuasa yang dinamakan sebagai Madiun. Justeru, Sukarno dan Hatta
dilihat dapat meyakinkan Amerika tentang kepimpinan mereka yang anti-komunis apabila Musso gagal
dalam mengetuai rancangan rampasan kuasa kerana kegagalan tersebut bermaksud pengaruh komunis
tidak dapat disebarluaskan di Indonesia.32
29
Abdullah Zakaria Ghazali et. al, op. cit, hlm. 426-427.
30
Ibid., hlm. 427.
31
Ibid.
32
T. Nicholas, op. cit, hlm. 34-35.
11

Walau bagaimanapun, perjanjian tersebut sebenarnya hanyalah untuk sementara waktu sahaja
disebabkan kedua-dua pihak sering menuduh satu sama lain sebagai penyebab kepada rundingan yang
diadakan. Bagi Indonesia, ia menyatakan bahawa perundingan yang diadakan dengan Belanda hanya
mengalami kebuntuan serta kelembapan pihak Good Office Comittee untuk mengatasi krisis yang timbul.
Manakala bagi pihak Belanda pula, mereka menuduh Indonesia melanggar perjanjian genjatan senjatan.
Justeru, pada 27 November 1948, delegasi Belanda telah datang ke Indonesia. Sekali lagi rundingan ini
gagal.33 Hal ini disokong kuat oleh Nicholas di mana beliau berpendapat bahawa tahun 1948 dianggap
sebagai tahun yang baik untuk menyerang Indonesia. Maka pada Disember 1948, Belanda sekali lagi
telah mencabuli perjanjian yang telah dibuat dengan memulakan tindakan ketenteraan ke atas Republik
Indonesia di mana bandar Yogyakarta menjadi sasaran serangan. Serangan ini begitu mudah bagi Belanda
sehingga menyebabkan bandar Yogyakarta berjaya ditawan pada 19 Disember 1948 di mana Sukarno,
Syahrir dan Hatta turut sama ditawan.34

Belanda sememangnya bercita-cita untuk menghapuskan kerajaan Indonesia dan memecah


belahkan wilayah Indonesia. Oleh yang demikian, satu rundingan telah diadakan oleh Belanda dengan
Sultan Yogyakarta untuk memulihkan empayar Matara. Walau bagaimanapun, baginda tidak bersetuju
dan mengutuk serangan Belanda ke atas negara baginda. Sementara itu, pejuang nasionalisme Indonesia
telah meneruskan perjuangan mereka melalui serangan gerila.35 Dalam serangan gerila ini, mereka telah
berjaya memutuskan komunikasi Belanda dan mengalahkan seramai 140, 000 orang tentera Belanda yang
kuat. Justeru, kesan daripada serangan gerila tersebut, Belanda terpaksa menerima dan akur ke atas
kemenangan tentera gerila Indonesia.36

Tambahan pula, pelanggaran perjanjian ini telah dilaporkan oleh Good Office Comittee kepada
Majlis Keselamatan PBB. Tindakan Belanda ini juga mendapat kecaman dari negara-negara Asia
khusunya India. Maka satu persidangan telah diadakan di New Delhi di mana telah mengeluarkan
resolusi pada 22 Januari 1949 untuk mendesak Majlis Keselamatan PBB supaya mengambil apa juga
tindakan yang boleh menamatkan situasi tidak tenteram di Indonesia. Hasilnya, Majlis Keselamtan PBB
telah meluluskan satu resolusi pada 28 Januari 1949 yang menyeru kerajaan Belanda untuk menghentikan
33
Abdullah Zakaria Ghazali et. al, op. cit, hlm. 427.
34
T. Nicholas, op. cit, hlm. 35.
35
Abdullah Zakaria Ghazali et. al, op. cit, hlm. 428.
36
L.M. Sitonus, Sejarah Pergerakan dan Kemerdekaan Indonesia, The University of California, 1988, hlm. 24.
12

semua operasi ketenteraan, membebeaskan pemimpin Indonesia, menubuhkan kerajaan peralihan


persekutuan dan mengembalikan kedaulatan Indonesia kepada United States of Indonesia tidak lewat
daripada 1 Julai 1950.37

Belanda tertekan dengan resolusi ini. Hal ini demikian kerana, penganjur utama resolusi ini ialah
Amerika Syarikat. Di samping itu, sebahagian besar ekonomi Belanda bergantung kepada Amerika
Syarikat serta serangan yang dilakukan oleh Belanda juga telah menyebabkan bantuan Marshall
digantung untuk Belanda.38 Hal ini disebabkan pada tahun 1948, rancangan Marshall telah diadakan oleh
Amerika Syarikat bertujuan untuk membangunkan ekonomi Eropah Barat dan juga memerangi pengaruh
komunis. Bantuan ekonomi dan politik Amerika Syarikat berjaya mempertahankan Itali, Perancis,
Belgium serta Belanda sendiri.39 Justeru, Belanda terpaksa menerima resolusi tersebut memadangkan
ekonomi mereka banyak bergantung kepada Amerika Syarikat itu sendiri. Selain itu, Belanda juga
menghadapi tentangan yang hebat oleh pejuang nasionalis Indonesia di Jawa dan Sumatera, 40 Justeru,
tekanan-tekanan ini membuatkan kerajaan Belanda terpaksa menerima resolusi tersebut.

Di samping itu, sebuah suruhanjaya PBB telah ditubuhkan untuk mengadakan perundingan
dengan Indonesia dan Belanda. Maka pada 7 Mei 1949, perunding Belanda di Jakarta, J. H van Ruijen
dengan Mohammed Raem, wakil Republik Indonesia bersetuju untuk mengadakan genjatan senjata.
Selain itu, Belanda juga bersetuju untuk mengembalikan kerajaan Republik Indonesia kepada Indonesia
itu sendiri. Akhirnya, kedua-dua pihak bersetuju untuk mengadakan rundingan meja bulat yang diadakan
pada bulan Ogos sehingga Oktober 1949. Walau bagaimanapun, rundingan ini menghadapi masalah iaitu
berkaitan dengan Irian Barat (West New Guinea).41 Hal ini demikian kerana, Indonesia mengatakan
bahawa seleuruh wilayah Hindia Belanda termasuk wilayah barat Pulau Papua adalah milik mereka.
Manakala Belanda pula menganggap wilayah itu masih di bawah kekuasaan mereka. Justeru, Belanda
telah mengambil keputusan untuk melambatkan kemerdekaan Papau. Namun, hal ini ditentang keras oleh
kerajaan Indonesia.42

Apabila ditinjau dari sudut sejarah, rundingan meja bulat yang diadakan adalah diwarnai oleh
usaha pihak Belanda untuk mempertahankan Irian Barat dengan alas an kesukuan.43 Namun niat sebenar

37
Abdullah Zakaria Ghazali et. al, op. cit, hlm. 429.
38
Ibid.
39
Ibid., hlm. 435.
40
L.M. Sitonus, op. cit, hlm. 25.
41
Abdullah Zakaria Ghazali et. al, op. cit, hlm. 429.
42
Perebutan Irian Barat oleh Abuzas Asra dlm. http://www.btpnkl/bahan/sejarah/a-4.pdf diakses pada
14/11/2011, jam 4:30 p.m
43
Ibid.
13

Belanda adalah untuk menguasai sumber yang paling beharga iaitu emas dan uranium yang terbesar di
dunia di mana ianya dikatakan tidak habis digali selama 100 tahun. Justeru, dengan sebab dan alasan
tersebutlah Belanda enggan untuk meneyrahkan Irian Barat kepada kerajaan Indonesia. 44 Walau
bagaimanapun, rundingan yang diadakan hanya mencapai kata putus iaitu menyarahkan kedaulatan pada
27 Disember 1949 kepada United States of Indonesia oleh Ratu Juliana. Maka dengan itu, rasminya
Indonesia mendapat kemerdekaan dengan Sukarno menjadi Presiden manakala Hatta sebagai Perdana
Menteri bagi Republik Indonesia merdeka.45

Revolusi Indonesia yang telah berlaku juga bermakna penggulingan ke atas pemerintahan
Belanda. Bermula dengan pendudukan Jepun yang telah membawa kesengsaraan dilihat telah memberi
kesan yang mendalam iaitu kesedaran politik yang amat tinggi dalam kalangan rakyat Indonesia. Ideologi
perjuangan yang disebarkan oleh pejuang, bukanlah sekadar mitos tetapi ia dilihat sebagi sesuatu yang
berguna dalam membina sejarah Indonesia moden. 46 Selain itu, pendekatan yang penting dalam
membawa kepada berlakunya dekolonisasi di Indonesia ini ialah sifat negeri Indonesia pasca-kolonial
iaitu hubungan yang signifikan di antara golongan nasionalis serta tekananan-tekanann antarabngasa
dengan memaksa pengunduran Belanda serta campur tangan Amerika Syarikat yang mana sebenarnya
turut berniat untuk menyebar luaskan fahaman kapitalis serta mengelak sesebuah wilayah itu daripada
dipengaruhi oleh fahaman komunisme.47

2.4 ) Proses Dekolonisasi di Vietnam

Vietnam dijajah oleh China sejak tahun 110 SM lagi dan mencapai kemerdekaan pada tahun 923.
Walaupun bebas daripada China, Vietnam selepas itu tidak henti-henti menentang kuasa dari luar. Pada
abad ke 19, Vietnam telah menjadi wilayah jajahan Perancis.48 Hal ini bermula secara rasminya melalui
Perjanjian Protectorate pada tahun 1884 yang mana telah meletakkan Vietnam itu di bawah naungan
Perancis. Justeru, semua kuasa penting yang berkaitan dengan hal-hal ehwal pertahanan dan hubungan
44
West New Guinea oleh Nathan dlm. http://www.journal/article/146.pdf diakses pada 14/11/2011, jam 5:00 p.m
45
Abdullah Zakaria Ghazali et. al, op. cit, hlm. 429.
46
T. Nicholas, op. cit, hlm. 38.
47
F. X Baskara Tulus Wardaya, Indonesia Melawan Amerika: Konflik Perang Dingin, 1953-1963, Indonesia:
Galang Press, 2000, hlm. 78.
48
T. Nicholas, op. cit, hlm. 37-38.
14

luar negeri yang sebelum ini berada di bawah kuasa raja Vietnam telah pun diambil oleh Perancis. 49
Perluasan kuasa Perancis ini adalah berkaitan dengan hasrat mereka untuk menyaingi kebangkitan
Inggeris serta keperluan mereka untuk mendapatkan bahan mentah.50

Namun, kejatuhan Vietnam ke tangan Perancis telah melemahkan kepimpinan Vietnam yang
selama ini tertumpu kepada raja dan golongan mandarin. Hal ini disebabkan terdapat pepecahan dalam
kepimpinan selepas tahun 1884 iaitu munculnya dua kumpulan iaitu (i) mereka yang sedia bekerjasama
dengan penjajah Perancis; dan (ii) golongan yang menentang dasar bekerjasama itu. 51 Golongan kedua ini
dilihat telah menjadi asas kepada terbentuknya banyak parti-parti politik berhaluan kiri iaitu berfahaman
komunis di Vietnam. Ianya muncul kesan daripada kesedaran nasionalisme bagi menentang penjajah
manakala golongan pertama tersebut hakikatnya adalah anti-Perancis tetapi terpaksa bekerjasama dengan
Perancis disebabkan mereka anti-komunis.52

Semasa Perang Dunia Kedua, golongan komunis telah menjalankan beberapa langkah untuk
menarik perhatian dan sokongan rakyat Vietnam antaranya ialah dengan menghapuskan cukai dan
merampas harta Jepun dan Perancis untuk diberikan kepada golongan miskin. 53 Selain itu, pasukan
ketenteraan komunis telah ditubuhkan bagi mempertahankan kemerdekaan. Namun, selepas berakhirnya
Perang Dunia Kedua, tentera komunis tersebut telah ditukatkan kepada tentera pembebasan.54

Pada 13 Ogos 1945, Ho Chi Minh telah mengarahkan Jepun untuk menyerah kalah kepada Viet
Minh. Viet Minh atau nama penuh gerakan ini ialah Barisan Pembebasan Vietnam atau dalam bahasa
Vietnam, Viet Nam Doc Lap Dong Minh55 merupakan hasil gabungan beberapa parti politik komunis di
Vietnam. Viet Minh ini ditubuhkan dalam bulan September 1941 dan memberikan asas baru kepada
Nguyen Ai Duoc yang kemudian menukarkan namanya kepada Ho Chi Minh dan rakan-rakannya
berjuang berdasarkan prinsip pembebasan negara serta melupakan buat sementara waktu perjuangan
kelas.56 Pada 2 September 1945, Ho Chi Minh telah mengisytiharkan penubuhan Republik Demokratik
49
Ruhanas Harun, Nasionalisme Vietnam: 1900-1945, dlm. http://journalarticle.ukm.my/515/1/1. pdf , diakses pada
10/ 10/2011, jam 9:45 p.m.
50
T. Nicholas, op. cit, hlm. 38.
51
Ruhanas Harun, Nasionalisme Vietnam: 1900-1945, dlm. http://journalarticle.ukm.my/515/1/1. pdf , diakses pada
10/ 10/2011, jam 9:45 p.m.
52
S. Anthony, The Origins of : The Vietnam War, UK: LONGMAN, 1989, hlm. 27.
53
Abdullah Zakaria Ghazali et. al, op. cit, hlm. 429.
54
S. Anthony, op. cit, hlm. 37.
55
Khoo Kay Kim ed. The History of Souteast, South and East Asia, Kuala Lumpur: Osford University Press, 1977,
hlm. 250
56
Ruhanas Harun, Nasionalisme Vietnam: 1900-1945, dlm. http://journalarticle.ukm.my/515/1/1. pdf , diakses pada
15

Vietnam. Pada masa itu juga, kerajaan Bao Dai yang berasa bimbang dengan kemaraan China ke selatan
terpaksa menjemput Viet Minh untuk menyokongnya, namun Viet Minh meminta supaya Bao Dai
meletakkkan jawatan terlebih dahulu. Maka, pada 25 Ogos 1945, Bao Dai telah turun takhta untuk
menyerahkan kuasa kepada Ho Chi Minh manakala Bao Dai menjadi Penasihat Agung.57

Selain itu, pada 6 Mac 1946, Perancis mengakui Vietnam sebagai free state dalam Persekutuan
Indo-china dan Kesatuan Perancis. Kerjasama yang dilakukan ini telah membawa pengiktirafan kepada
Viet Minh sebagai badan utama di Perancis. Namun demikian, persefahaman tersebut tidak kekal lama.58
Hal ini demikian kerana, objektif Perancis yang utama adalah untuk membina sebuah Kesatuan Indochina
di dalam Kesatuan Perancis dan mengekalkan penguasaan wilayah ke atas Vietnam. Di samping itu,
kegagalan kerjasama dan perdamaian tersebut adalah disebabkan perlantikan pesuruhjaya dAgenliau di
mana beliau telah mempengaruhi kerajaan Perancis di Saigon untuk mengisytihrakan free republic di
selatan dan menidakkan persefahaman tentang pungutan suara.59 Kemerededekaan Vietnam terus
dipermainkan oleh Perancis apabila Perancis telah memungut cukai ke atas rakyat Vietnam. Keadaan ini
telah menimbulkan tentangan di antara Perancis dengan Viet Minh. Justeru, tentera Perancis telah
menyerang bandar Haipong dan telah menyebabkan 20,000 orang terkorban. Serangan tersebut telah
melenyapkan semua proses damai yang dibuat serta memperlihatkan gerakan Viet Minh mula mendapat
sokongan rakyat Vietnam.60

Di samping itu, pada 16 Disember 1946, Perancis telah mengharamkan kumpulan Viet Minh dan
ini telah menyebabkan orang Vietnam menyerang Perancis di Hanoi. Kemuncak kepada kecurigaan
kedua-dua pihak disimpulkan dengan adanya perasaan bahawa Perancis akan mentadbir semula
Vietnam.61 Walau bagaimanapun, Viet Minh bertindak sebegitu disebabkan mereka telah diprovok oleh
komunis antarabangsa yang berkonspirasi serta Viet Minh sendiri merasakan bahawa mereka sebanarnya
telah diabaikan oleh Kesatuan Soviet, Parti Komunis China dan Parti Komunis Perancis. Manakala pihak
Perancis terlalu ketara untuk memujuk Amerik Syarikat dalam membantu menakluki Indochina. Di
samping itu, matlamat sebenar Viet Minh adalah untuk memaksa Perancis keluar daripada Indochina
serta untuk menggabungkan Vietnam menjadi satu negara yang merdeka.62

10/ 10/2011, jam 9:45 p.m.


57
Abdullah Zakaria Ghazali et. al, hlm.429-430.
58
Ibid., hlm. 430.
59
T. Nicholas, op. cit, hlm. 38.
60
Abdullah Zakaria Ghazali et. al, hlm. 430.
61
Abdullah Zakaria Ghazali et. al, hlm. 430.
62
T. Nicholas, op. cit, hlm. 38.
16

Namun demikian, kekuatan ketenteraan Perancis semakin mencabar kedudukan Vietnam apabila
mereka telah menawan Delta Tonking dan mengarahkan Viet Minh menyerah tanpa syarat. Namun, Viet
Minh enggan dan ini telah menyebabkan mereka berpindah ke kawasan pergunungan. Di situ mereka
telah merancang taktik dan strategi bagi melancarkan serangan gerila terhadap Perancis. 63 Serangan gerila
ini merupakan satu strategi yang telah membawa kepada berlakunya Perang Indochina 1 iaitu di antara
Perancis dengan Viet Minh. Dalam serangan gerila ini. Viet Minh telah dibantu oleh China dan mereka
dibekalkan dengan senjata serta secara tidak langsung Viet Minh mahu menukarkan pasukan gerila
mereka menjadi satu pasukan tentera rasmi.64

Pengganti dAgenlieu iaitu M. Bollaert telah cuba meminta diadakan rundingan dan mengadakan
genjatan senjata. Namun, rundingan itu gagal. Pada Setember 1947, M. Bollaert telah mengesyorkan
bahawa Perancis telah bersetuju untuk memberi taraf kerajaan sendiri kepada Vietnam dalam linkungan
Kesatuan Perancis. Walau bagaimanapun syor tersebut ditolak oleh Ho Chi Minh kerana hal-hal
pertahanan dan hubungan luar akan dikuasai oleh Perancis.65

Manakala golongan nasionalis termasuk VNQDD, Liga Vietnam, Cao Dai dan Hoa Hao telah
membentuk satu pakatan yang mempunyai matlamat membentuk kerajaan merdeka.66 Di sini dapat dilihat
bahawa matlamat golongan nasionalis dan Viet Minh adalahan sama namun apa yang membezakan
mereka adalah ideologi yang dipegang oleh kedua-dua pihak sahaja. 67 Walau bagaimanapun, syor yang
telah dikemukan oleh M. Bollaert itu telah menarik minat golongan nasionalis. Maka Bao Dai telah
dipilih sebagai pemimpin untuk mengadakan rundingan dengan Perancis iaitu hasilnya Perancis telah
mmeberi Vietnam kemerdekaan yang terhad dalam Kesatuan Perancis. Negara baru ini walaupun belum
mendapat satatus merdeka sepenuhnya tetapi telah mendapat pengiktirafan dari Great Britain, Amerika
Syarikat dan 30 buah negara bukan komunis yang lain.68

Sebagai tindak balas atas sikap pemerintahan Perancis, Ho Chi Minh telah mengambil jalan untuk
mendapatkan pengiktirafan antarabangsa tentang Republik Demokratik Vietnam pada tahun 1950. China
merupakan negara pertama mengakui Republik Demokratik Vietnam sebagai satu-satunya kerajaan
Vietnam yang sah. Ia diikuti oleh Kesatuan Soviet dan negara-negar komunis yang lain. Dalam masa
yang sama, China dan Kesatuan Soviet memberi bantuan latihan, nasihat dan teknikal kepada Viet Minh

63
S. Anthony, op. cit, hlm. 124-125.
64
Ibid., hlm. 129.
65
Abdullah Zakaria Ghazali et. al, hlm. 430-431.
66
Ibid., hlm. 431.
67
T. Nicholas, op. cit, hlm. 38.
68
Abdullah Zakaria Ghazali et. al, hlm. 431.
17

serta mmeberi bantuan ketenteraan kepada pejuang Vietnam untuk menghadapi Perancis. Bantuan dan
pengiktirafan negara China ini dilakukan setelah kejayaa Mao Tze Dong dalam Perang Saudara di China
pada tahun 1949 yang telah membuka banyak mata kuasa-kuasa besar dunia.69

Tambahan pula, sepanjang tahun 1950-an, Vietnam dilihat menjadi medan utama perang dingin di
Asia. Perancis telah dapat menguasai bandar-bandar besar dan menolak tentera Viet Minh ke luar bandar.
Perancis juga telah membina Angkatan Tentera Vietnam dalam unit Tentera Kesatuan Perancis. Namun
demikian, Perancis masih lagi tidak mahu memberikan kemerdekaan kepada Vietnam dan meminta
Amerika Syarikat pula membantu mereka dalam perang tesebut. 70 Amerika Syarikat bersetuju untuk
memberikan bantuan kepada Perancis selaras dengan rancangan Marshall yang telah dilancarkan pada
tahun 1948 yang bertujuan untuk membangunkan ekonomi Eropah Barat dan juga memerangi pengaruh
komunis di kawasan-kawasan jajahan.71

Dalam Perang Indochina ini, dilihat peranan Amerika Syarikat di mana pada mulanya, Amerika
Syarikat menyokong dan membantu gerila Vietnam dalam menentang Jepun semasa Perang Dunia
Kedua. Namun, pada tahun 1950-an, Amerika Syarikat telah beralih arah dengan membantu Perancis
pula.72 Hal ini demikian kerana, semasa pengunduran Jepun dari Vietnam, golongan komunis yang terdiri
daripada gerakan Viet Minh ini telah mengadakan beberapa langkah untuk menarik perhatian dan
sokongan rakyat Vietnam terhadap Viet Minh. Antara langkah yang dijalankan ialah termasuklah
menghapuskan cukai dan merampas harta Jepun dan Perancis untuk diberikan kepada golongan miskin. 73
Justeru, langkah ini telah menyebabkan penentangan Amerika Syarikat terhadap gerakan Viet Minh yang
mana ideologi Viet Minh bertentangan dengan Amerika Syarikat yang berideologi kapitalis.

Pada 20 November 1953, Perancis telah membina pangkalan tentera dengan seramai 16, 000
orang tentera di Dien Bien Phu di mana Dien Bien Phu merupakan lembah terbesar di kawasan
pergunungan disepanjang sempadan Vietnam Utara dan Laos. Perancis sememangya mempunyai cita-cita
untuk menguasai wilayah sempadan tersebut kerana ia akan dapat menyekat pergerakan Viet Minh yang
memberi bantuan kepada pergerakan komunis di Laos. Maka, pada Mac 1954, Jenaral Vo Nguyen Giap
dengan tentera seramai 200, 000 orang telah menyerang Dien Bien Phu. Viet Minh juga memperlihatkan
bahawa mereka dapat mengalahkan kuasa Perancis di Dien Bien Phu iaitu pada 7 Mei 1954. Justeru,
Perancis telah menyerah kalah dan peperangan ini merupakan kekalahan terbesar bagi Perancis di
69
Wan Abdul Rahman et. al, op. cit, hlm. 436.
70
Abdullah Zakaria Ghazali et. al, hlm. 431.
71
Wan Abdul Rahman et. al, op. cit, hlm. 435.
72
S. Anthony, op. cit, hlm. 36.
73
Abdullah Zakaria Ghazali et. al, op. cit, hlm. 429.
18

Vietnam. Dalam peperangan tersebut, kira-kira seramai 20, 000 orang tentera Viet Minh dan 3000 orang
tentera Perancis tekorban. Kekalahan Perancis ini telah membawa kedua-dua pihak ke meja rundingan
untuk membincangkan tentang penamatan perang dan masa depan Vietnam itu sendiri.74

Rundingan telah diadakan pada 20 Julai 1954 di Geneva. Dalam rundingan ini Viet Minh dan
Perancis bersetuju untuk membahagikan Vietnam kepada dua bahagian iaitu, Vietnam Utara di bawah
Viet Minh yang dinamakan sebagai Republik Demokratik Vietnam manakala Vietnam Selatan dibawah
golongan nasionalis iaitu yang terdiri daripada VNQDD, Liga Vietnam, Cao Dai dan Hoa Hao yang
diketuai oleh Maharaja Bao Dai yang dinamakan sebagai Republik Vietnam. 75 Namun tidak lama selepas
itu, Boa Dai telah digulingkan oleh Ngo Dien Minh. 76 Perjanjian ini merupakan kejayaan pertama bagi
Republik Demokratik Vietnam dan memberi sedikit ruang kepada golongan komunis untuk
mengembaikan kekuatannya. Maka, dengan termaktubnya Perjanjian Geneva ini, maka dengan rasminya
berakhirnya pemerintahan Perancis di Vietnam.77

Walau bagaimanapun, Perjanjian Geneve itu secara hakikatnya tidak membawa keamanan terus
kepada Vietnam. Viet Minh telah mengadakan satu kempen bagi memusnahkan antirevolusi di Vietnam
Utara. Kempen itu dilancarkan pada tahun 1955. Dalam kempen ini, golongan yang menjadi sasaran ialah
anti-revolusi. Mereka ditahan dan dibunuh dengan kejam oleh Viet Minh. Melihat kepada dasar kerajaan
Viet Minh di Vietnam Utara, Ngo Dinh Diem enggan untuk mengadakan pilihan raya seperti mana yang
telah dipersetujui di antara Vit Minh dengan Ngo Dinh Diem . Keputusan ini disokong olah Amerika
Syarikat kerana mereka bimbang akan kemenangan berpihak kepada Viet Minh dan Vietnam Utara.
Justeru, sebagai tindak balas, Ngo Dinh Diem telah melancarkan kempen mengecam komunis dan
membunuh serta menahan sesiapa sahaja yang anti kerajaan dan pro-komunis. Apabila penentangan
dilihat semakin terbuka, Viet Minh telah bertindak dengan mencetuskan satu pemberontakan di Vietnam
Selatan.78 Maka, dengan ini bermulalah Perang Indochina kedua. Perang ini dilihat telah melibatkan
Vietnam Utara iaitu melalui Viet Minh dengan Vietnam Selatan yang diketuai oleh Ngo Dien Diem dan
secara tidak langsung memperlihakan penglibatan campurtangan kuasa-kuasa besar luar.

Tambahan pula, penglibatan Amerikam Syarikat sememangnya memainkan peranna besar dalam
Perang Indochina 2 ini. Hal ini demikian kerana, pada awalnya iaitu selepas tahun 1954, Washington
yang menolak penyelesaian politik seperti yang dipersetujui di Geneva telah berusaha untuk
74
Abdullah Zakaria Ghazali et. al, op. cit, hlm. 430.
75
T. Nicholas, op. cit, hlm. 38-39.
76
Abdullah Zakaria Ghazali et. al, op. cit, hlm. 430.
77
T. Nicholas, op. cit, hlm. 45.
78
S. Anthony, op. cit, hlm. 157.
19

membangunkan sebuah negara Vietnam Selatan yang anti-komunis. Bantuan dari segi ekonomi dan
ketenteraan secara besar-besaran disalurkan kepada Vietnam Selatan sehingga melahirkan satu pasukan
ketenteraan yang berkemampaun berperang secara konvesional walaupun sebenarnya Vietnam Selatan
hanya memerlukan satu pasukan tentera yang berkemampuan berperang secara gerila. dalam keghairahan
perang anti-komunisnya. Wahington juga dilihat tidak langsung menggalakan pertumbuhan demokrasi
dan sebaliknya terus memberi galakan kepada satu demi satu diktaktor berkuasa di Saigon.79

Pada tahun 1968, terdapat hampir setengah juta tentera Amerika Syarikat di Vietnam Selatan dan
ini telah menimbulkan kesan sosio ekonomi yang buruk terhadap masyarakat Vietnamn Selatan. Lebih
penting lagi, perang Vietnam ini juga melibatkan sama negara-negara jiran seperti Laos, Kemboja dan
Thailand secara langsung dan negara-negara lain di Asia Tenggra secara tidak langsung. Akibat korban
nyawa yang begitu tinggi dalam kalangan tenteranya serta berikutan kempen anti-perang dalam kalangan
rakyat dan media Amerika Syarikat itu sendiri, Washington telah memulakan usaha mencari perdamaian
politik dan ketenteraan pada akhir tahun 1960-an. Usaha ini melibatkan antaranya U Tahnt ( Satiausaha
Agung PBB), Henru Kissinger (Setiuausaha Amerika Syarikat), dan Le Duc Tho (Menteri Luar Vietnam
Utara) yang mana telah menghasilan Perjanjiajn Paris yang ditandantangani pada tahun 1973. Dengan
perjanjian ini, Amerika Syarikat bersetuju untuk keluar dari Vietnam Selatan secara terhormat setelah
tewas teruk di tangan sebuah negara kecil yang menggunakan senjata yang tidak secanggih tentera
Amerika Syarikat iaitu Vietnam Utara.80

2.5) Peranan Amerika Syarikat Semasa Perang Dingin dalam Memberi Impak kepada Proses
Dekolonisasi di Vietnam dan Indonesia

Dalam proses dekolonisasi di kedua-dua buah negara ini, kita dapat melihat akan peranan dominan
Amerika Syarikat. Dalam tahun 1948, Amerika Syarikat telah melancarkan rancangan Marshall yang
bertujuan untuk membangunkan ekonomi Eropah Barat dan juga memerangi pengaruh komunis.
Rancangan Marshall yang dilihat memberi tumpuan kepada pembangunan ekonomi di Eropah Barat serta
secara tidak langsung terhadap kuasa-kuasa koloni seperti Perancis bagi menguasai Vietnam dalam
menentang gerakan Viet Minh.81 Ini juga dianggap sebagai salah satu cara bagi Amerika Syarikat
menyebar luaskan pengaruhnya ke atas wilayah-wilayah di seluruh dunia.

79
Wan Abdul Rahman et. al, op. cit, hlm. 437.
80
Ibid.
81
Wan Abdul Rahman et. al, op. cit, hlm. 435.
20

Selain itu, Amerika Syarikat juga mahu mengikat Eropah Barat serta negara-negara yang anti-
komunis melalui satu perjanjian ketenteraan kerana bagi Amerika Syarikat, ianya tidak mencukupi
dengan hanya memberi perhatian kepada pembangunan semula ekonomi sahaja. Maka, pada tahun 1948,
Amerika Syarikat telah berjaya mewujudkan satu pakatan yang dinamakan sebagai Pakatan Tentera
Atlantik Utara (NATO) yang ditujukan khas kepada Kesatuan Soviet. 82 Melalui NATO ini, negara
Perancis yang menjajah Vietnam turut terlibat sama dan telah dibekalkan bantuan dari segi ketenteraan
dalam memerangi pengaruh komunis.

Di samping itu, beberapa perkara terpaksa diubah selepas meletusnya Perang Dingin iaitu
Amerika Syarikat berpendapat perlunya untuk membangunkan semula Jepun sebagai sebuah kuasa
ekonomi supaya negara-negara di seluruh Asia mendapat manfaat terutamanya Asia Tenggara seperti
Indonesia dan Vietnam Selatan. Hal ini demikian kerana, kestabilan poltik dan ekonomi yang disalurkan
oleh pihak kapitalis sekaligus dapat menggagalkan segala rancangan komunis untuk bertapak di
Indonesia.83

Tambahan pula, berikutan berlakunya pemberontakan komunis di beberapa negara dan jajahan
Barat di Asia Tenggara seperti Vietnam, Amerika Syarikat sekali lagi memperlihatkan peranan mereka
dengan mengubah dasarnya terhadap kolonialisme dengan memberikan tanah jajahan mereka seperti di
Vietnam atau menggalakkan negara penjajah mempercepatkan proses kemerdekaan dengan member
kuasa kepada elit tempatan yang anti-komunis seperti Indonesia.84

Selain NATO, Amerika Syarikat juga telah mengadakan satu perjanjian iaitu Perjanjian Pakatan
Asia Tenggara (SEATO) pada tahun 1945 yang bertujuan untuk menyekat pengaruh komunis di Asia
Tenggara khususnya di Indochina. Namun, selepas tahun 1954, memperlihatkan penglibatan secara
langsung Amerika Syarikat ke atas negara di Asia Tenggara iaitu di Vietnam Selatan. Amerika Syarikat
telah menolak penyelesaian politik sepertimana yang telah dipersetujui di Geneva. Amerika Syarikat juga
telah berusaha membangunkan sebuah negara Vietnam Selatan yang anti-komunis. Bantuan yang

82
Ibid., hlm. 435-436.
83
Ibid., hlm. 436.
84
Wan Abdul Rahman et. al, op. cit, hlm. 435.
21

disalurkan adalah dari segi ekonomi dan ketenteraan secara besar-besaran sehingga melahirkan satu
pasukan ketenteraan yang mampu berperang secara konvesional. Buktinya pada tahun 1968, terdapat
hampir setengah juta tentera Amerika Syarikat di Vietnam Selatan.85

3.0 ) Penilaian

Proses dekolonisasi merupakan satu gerakan bagi membebaskan sesebuah wilayah atau negara dari unsur
luar. Proses ini juga adalah bertentangan dengan kolonisasi di mana proses dekolonisasi adalah bermula
dengan mental iaitu kesedaran yang wujud dalam diri penduduk yang dijajah kepada fizikal iaitu sama
ada melalui peperangan ataupun pemberontakan. Selain itu, didapati juga bahawa proses dekolonisasi di
Asia Tenggara mempunyai perkaitan dengan Perang Dunia Kedua dan juga pendudukan Jepun yang telah
memberi kesan terutamanya terhadap perkembangan nasionalisme penduduk peribumi.

Umum mengetahui Perang Dingin yang bermula adalah kesan daripada berakhirnya Perang Dunia
Kedua iaitu bermula pada tahun 1939 sehingga 1945. Dalam Perang Dingin ini, Amerika Syarikat dan
Kesatuan Soviet dilihat menjadi kuasa paling dominan selepas mereka bersatu dan berjaya mengalahkan
Hitler dan sekutunya. Dengan kata lain, kedua-dua kuasa ini berlumba-lumba untuk menyebarkan
85
Ibid., hlm 437.
22

pengaruh ke tempat-tempat yang telah ditinggalkan oleh Jerman dan Jepun. Selaij itu, Perang Dunia
Kedua yang tercetus juga dilihat telah mengurangkan bilangan kuasa dunia dan sebaliknya dua kuasa
baru muncul iaitu Amerika Syarikat dan Kesatuan Soviet. Jerman dan Jepun (termasuk Itali) telah
ditewaskan sementara Britain dan Perancis pula lemah dari segi ketenteraan dan ekonomil. Malah
keempat-empat negara ini memerlukan bantuan besar-besaran daripada Amerika Syarikat untuk
pembangunan ekonomi negara masing-masing selepas tahun 1945.

Justeru, bermula dari situlah Amerika Syarikat dan Kesatuan Soviet akhirnya muncul sebagai dua
buah negara kuat yang mempunyai perbezaan ideologi dan falsafah. Persaingan ini telah menyebabkan
dunia terbahagi kepada dua iaitu blok barat (Amerika Syarikat dan sekutunya) yang berfahaman kapitalis
manakala blok timur (Kesatuan Soviet dan sekutunya) yang berfahaman komunis. Kedua-dua negara ini
berusaha untuk menyebarkan ideologi serta menanamkan pengaruh mereka ke pelosok dunia.

Selain itu, Perang Dingin ini juga telah memecahkan dunia kepada tiga kumpulan besar iaitu
negara yang pro-Amerika Syarikat, pro-Kesatuan Soviet dan sebilangan kecil negara-negara berkecuali.
Negara yang bukan negara berkecuali telah dihubungkan denga Amerika Syarikat dan Kesatuan Soviet
melalui perjanjian ketenteraan dan ekonomi.

Dalam proses dekolonisasi di Indonesia dan Vietnam, apa yang dapat dilihat ialah peranan
Amerika Syarikat dalam menyekat pengaruh Kesatuan Saoviet bagi menyebarkan fahaman komunis.
Pelbagai usaha dan strategi telah dibuat dan dapat disimpulkan hamper 80% daripada bantuan luar
Amerika Syarikat telah diberikan kepada sekutunya yang anti-komunis seperti Indonesia dan penjajahan
Perancis di Vietnam bagi memerangi pengaruh Viet Minh yang berfahaman komunis.

Di samping itu, dilihat juga peranan tokoh pemimpin dalam kedua-dua buah negara dalam
memainkan peranan penting ke arah proses dekolonisasi di Vietnam dan Indonesia. Di Vietnam,
pemimpin yang bertanggungjawab membawa ke arah kemerdekaan ialah Ho Chi Minh. Beliau telah
menubuhkan sebuah gerakan komunis di Vietnam iaitu dinamakan sebagai Viet Minh. Viet Minh
ditubuhkan untuk memperjuangkan kemerdekaan Vietnam dari Perancis dan menghalau pendudukan
Jepun dari Vietnam. Beliau telah terpengaruh dengan tulisan Karl Marx semasa berada di Perancis telah
menyebabkan beliau berminat dengan fahaman komunis ini serta semangat nasionalisme yang telah
diterap ke dalam diri beliau semenjak kecil lagi. Manakala di Indonesia, kepimpinan Sukarno telah
banyak menyumbang kepada proses dekolonisasi di Indonesia sekaligus mewujudkan satu revolusi bagi
menggulingkan kerajaan Belanda. Pelbagai rancangan dan strategi telah dirancang bagi membentuk
23

sebuah Republik Indonesia yang merdeka oleh Sukarno. Beliau yang dibantu oleh Hatta dalam menyekat
pengaruh komunis di Indonesia telah memperlihatkan kepada Amerika Syarikat bahawa mereka mampu
mewujudkan satu negara yang anti-komunis.

Dilihat dari segi impak perbezaan proses dekolonisasi yang terjadi di Vietnam dan Indonesia,
proses dekolonisasi kedua-dua buah negara ini adalah berbeza. Hal ini kerana proses dekolonisasi di
kedua buah negara ini adalah dipengaruhi oleh impak Perang Dingin yang berlaku di Eropah iaitu di
antara dua kuasa besar yang berlainan ideologi iaitu Amerika Syarikat yang berideologi kapitalis
manakala Kesatuan Soviet berideologi Komunis.

Kedua-dua buah ideologi ini telah menular di Asia Tenggara terutamanya di Vietnam dan
Indonesia. Di Vietnam, pengaruh ideologi komunis itu sangat hebat di mana ianya dipelopori sendiri oleh
Ho Chin Minh sehingga membentuk satu gerakan komunis iaitu Viet Minh. Gerakan ini disokong penuh
oleh rakyat Vietnam terutamanya golongan bawahan yang mahukan kesamarataan. Ho Chin Minh
sebagai penggerak utama gerakan Komunis di Vietnam amat mengharapkan agar Vietnam dapat
diberikan kemerdekaan. Walau bagaimanapun, menurut Khoo Kay Kim, Viet Minh tidak dianggap
sebagai sebuah organisasi komunis namun, ianya dilihat lebih kepada anti-Perancis dan anti-Jepun. Hal
ini demikian kerana gerakan Viet Minh ini disokong oleh golongan-golongan agama seperti Katolik dan
Buddha serta golongan kelas pertengahan. Ini adalah bertentangan dengan fahaman komunis itu sendiri
yang mana komunis tidak percaya akan kewujudan Tuhan dan agama. Namun, jika dilihat melalui
sokongan golongan agama dan golongan kelas pertengahan ini, dapat dijadikan sebagai penyokong hujah
bahawa gerakan Viet Minh ini bukan berfahaman komunis. Walaupun begitu, ianya masih dapat
disangkal kerana idologi komunis itu sendiri adalah paling dominan dalam kumpulan Viet Minh ini dan
segala keputusan yang dibuat adalah berpandukan kepada fahaman komunis. 86 Di Indonesia pula, gerakan
komunis dapat dikawal oleh Sukarno daripada merebak ke seluruh Indonesia walaupun sememangnya
telah wujud ideologi komunis tersebut. Hal ini demikian kerana, kebanyakkan pemimpin di Indonesia
adalah anti-komunis serta negara ini banyak dibantu oleh Amerika Syarikat yang turut sama anti-
komunis.

Di samping itu juga, proses dekolonisasi di Vietnam mengambil tempoh masa yang amat penjang
dan sepanjang tempoh tersebut, didapati berlakunya dua siri peperangan yang besar iaitu Perang Indo-
China pertama dan kedua. Dalam kedua-dua siri peperangan besar tersebut dilihat Ho Chi Minh dan
Jeneral Giap lebih berjaya dalam menentang ketenteraan yang disalurkan oleh pihak Amerika Syarikat

86
Khoo Kay Kim ed. op. cit, hlm. 256.
24

kepada Perancis semasa Perang Indochina Pertama dan kepada Vietnam Selatan semasa Perang
Indochina Kedua walaupun Viet Minh tidak meggunakan peralatan yang canggih seperti Amerika
Syarikat. Kesan daripada peperangan tersebut telah menyebabkan ramai mangsa tekorban. Bagi
Indonesia pula, proses dekolonisasi ini mengambil masa yang singkat sahaja iaitu selama 4 tahun.
Sepanjang proses ke arah mencapai kemerdekaan ini, banyak halangan yang diberikan oleh Belanda
kepada Indonesia. Hal ini demikian kerana, Belanda tidak mahu Indonesia merdeka dan mereka mahu
Indonesia kekal di bawah jajahan mereka. Namun, tekanan yang diberikan oleh Amerika Syarikat telah
memaksa Belanda untuk keluar daripada Indonesia dan ini diberikan sebagai satu hadiah kepada
Sukarno dan Indonesia kerana berjaya menyekat pengaruh komunis dari tersebar luar serta mewujudkan
sebuah negara yang anti-komunis.

Tambahan pula, apa yang paling ketara dalam perbezaan proses dekolonisasi di antara kedua-dua
negara ini adalah peranan kuasa luar di mana mereka mahu menyebarkan ideologi yang dipegang oleh
negara masing-masing. Di Vietnam, Amerika Syarikat telah membantu Perancis untuk menentang
gerakan Viet Minh di Vietnam. Hal ini demikian kerana, Amerika tidak mahu ideologi komunis menular
dengan hebat di Vietnam. Justeru, Amerika Syarikat sanggup membantu Perancis sama ada dari segi
pembekalan ketenteraan dan kelengkapan perang walaupun pada mulanya Amerika Syarikat membantu
Viet Minh dalam menghalau pendudukan Jepun keluar dari Vietnam. Namun, disebabkan ideologi yang
bertentangan maka, Amerika Syarikat telah beralih arah membantu Perancis bagi mengalahkan Viet
Minh. Manakala gerakan Viet Minh dibantu kuat oleh Kesatuan Soviet dan China dalam membekalkan
tentera dan kelangkapan perang. Walau bagaimanpun, disebabkan Amerika terlalu yakin dapat
mengalahkan Viet Minh, akhirnya kemenangan adalah berpihak kepada Viet Minh. Sikap tidak ambil
kisah dan memandang ringan akan keupayaan gerakan komunis ini juga telah menjadi faktor kekalahan
teruk Perancis di Vietnam serta pembabitan Amerika Syarikat di Vietnam Selatan yang telah memaksa
mereka keluar terus dari Vietnam.

Berbeza pula di Indonesia, Amerika Syarikat memberi bantuan kepada Republik Indonesia bagi
menghalau Belanda keluar daripada Indonesia. Tekanan yang diberikan oleh Amerika kepada Belanda
dapat dilihat melalui resolusi di mana resolusi tersebut adalah dianjurkan oleh Amerika Syarikat sendiri
serta bantuan Mashall turut digantung. Belanda tidak dapat menolak resolusi tersebut dan terpaksa akur
untuk keluar dari Indonesia disebabkan Belanda banyak bergantung kepada Amerika Syarikat dalam
aspek pembangunan ekonomi kesan daripada kemusnahan yang berlaku semasa Perang Dunia Kedua.
Justeru, peranan Amerika Syarikat dalam membantu memerdekakan Indonesia ini juga adalah salah satu
25

langkah bagi menyekat perluasan ideologi komunis kerana telah wujud satu kuasa yang dominan yang
telah bertapak di Indonesia iaitu kuasa kapitalis Amerika Syarikat.

4.0) Kesimpulan

Perang Dingin yang tercetus di Eropah iaitu di antara blok Barat dengan blok Timur telah mempengaruhi
proses dekolonisasi di Asia Tenggara. Walaupun Perang Dingin di antara Amerika Syarikat dengan
Kesatuan Soviet ini berlaku tanpa sebarang pertempuran bersenjata namun secara tidak langsung, impak
Perang Dingin tersebut telah bertukar menjadi Perang Panas terutamanya di Vietnam dan Indonesia. Hal
ini secara tidak langsung telah menyebabkan berlakunya proses dekolonisasi namun proses tersebut
adalah berbeza dikedua-dua negara.

Justeru, terdapat banyak perbezaan yang ketara dalam proses dekolonisasi di Indonesia dan
Vietnam impak daripada Perang Dingin yang berlaku di Eropah. Walaupun banyak halangan yang
diberikan oleh pihak penjajah, namun semangat nasionalisme dalam kalangan rakyat yang dijajah telah
berjaya memerdekan negara mereka masing-masing.
26

Kesukaran dalam mencapai kemerdekaan oleh kedua-dua buah negara ini telah banyak membantu
membentuk kerajaan yang lebih komprehensif seperti yang dapat dilihat pada masa kini walaupun masih
terdapat kesan penjajahan sama ada dalam aspek politik, ekonomi dan sosial rakyat tempatan.

Rujukan

Buku

Azlizan Mat Enh & Zubaidah VP Hamzah. Persaingan kuasa Amerika Syarikat- Soviet Union
dalam Pembentukan Order Baru Pasca Perang Dunia ii. Sosionumanika, 4(1) 2001.

Baskara T. 1998. Perang Dingin & Reinterepretasi Sejarah Indonesia.Yogyakarta: Galang Press.

Drs. A.M. Sardiman. 2006. Program Ilmu Sosial. Indonesia: Yudhistra Ghalia.

F. X Baskara Tulus Wardaya. 2000. Indonesia Melawan Amerika: Konflik Perang Dingin, 1953-
27

1963, Indonesia: Galang Press.

Khoo Kay Kim ed. 1977. The History of Souteast, South and East Asia. Kuala Lumpur: Oxford
University Press.

L.M. Sitonus. 1988. Sejarah Pergerakan dan Kemerdekaan Indonesia. The University of
California.

M. Richard. 2010. Pembendungan dan Cabaran Keberkecualian: Amerika Syarikat, Perang


Dingin dan Indonesia, 1950-1952. Jurnal Terjemahan Alam & Tamadun Melayu 2.

Nota Kuliah Asia Tenggara: Pembangunan dan Pemodenan: Topik 1.

S. Anthony. 1989. The Origins of : The Vietnam War. UK: LONGMAN.

T. Nicholas. 1999. The Camridge History of Southeast Asia: Vol, 4, From World War II to the
Present. United Kingdom: Cambridge University Press.

Wan Abdul Rahman et. al. 2001. Sejarah Perkembangan Tamadun Dunia, Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Internet

Perang Dingin dlm. http://books.google.com.my/books?


id=OfSJQlKM1yAC&pg=PA220&lpg=PA220&dq=Dekolonisasi+Vietnam+era+perang+dingin diakses
pada 7/10/2011, jam 7:06 am.

Dekolonisasi dlm http://id.wikipedia.org/wiki/Dekolonisasidiakses pada 7/10/2011, jam 9:43a.m

Definisi Perang Dingin dlm http://duniabaca.com/faktor-penyebab-terjadinya-perang-dingin.html


diakses pada 8/10/2011, jam 1:23 p.m.
28

Jurnal/Artikel

Perebutan Irian Barat oleh Abuzas Asra dlm. http://www.btpnkl/bahan/sejarah/a-4.pdf diakses pada
14/11/2011, jam 4:30 p.m

West New Guinea oleh Nathan dlm. http://www.journal/article/146.pdf diakses pada 14/11/2011, jam
5:00 p.m

Ruhanas Harun, Nasionalisme Vietnam: 1900-1945, dlm. http://journalarticle.ukm.my/515/1/1. pdf ,


diakses pada 10/ 10/2011, jam 9:45 p.m.

Anda mungkin juga menyukai