Anda di halaman 1dari 20

1.

0 PENDAHULUAN

Abad ke-19 memaparkan pelbagai perubahan dan perkembangan dalam sejarah Asia
Tenggara. Hal ini disebabkan oleh dasar kolonialisme yang telah dilakukan oleh Barat terhadap
negara-negara di Asia Tenggara. Kolonialisme pada umumnya ialah proses sesuatu kuasa untuk
mendapatkan kawasan petempatan baru melalui kaedah penaklukan dan penghijrahan. Dasar
kolonialisme di negara Asia Tenggara adalah melalui beberapa cara seperti perjanjian,
peperangan, dan pengilhakan. Keadaan ini dapat dilihat dalam penguasaan pihak British terhadap
Myanmar dengan menggunakan kaedah peperangan. British telah menakluki Myanmar melalui
tiga siri peperangan iaitu melalui perang Inggeris-Myanmar pertama (1826), perang Inggeris-
Myanmar kedua (1852) dan Perang Inggeris-Myanmar ketiga (1885). 1 Akhirnya pada Januari
1886, dengan rasminya seluruh Myanmar diisytiharkan sebagai sebahagian empayar British-
India. Hal ini kerana British mempunyai kepentingan ekonomi terhadap Myanmar yang kaya
dengan bahan mentah seperti seperti kayu jati, dan sumber galian. Selain itu, minyak dan tanah
pertanian yang subur serta terletak di laluan perdagangan yang penting ke negara China juga
turut menjadi tarikan British untuk menjajah Burma.2

Selaras dengan kedudukan Myanmar sebagai negara yang dijajah, banyak dasar dan
pembangunannya ditentukan oleh British. Apabila dilihat dari satu sudut, Myanmar menjadi
salah satu pusat bagi negara British menggunakan kepintaran mereka dengan mengeksploitasi
sepenuhnya sumber yang ada pada negara Myanmar. Semasa Myanmar berada di bawah
pemerintahan British, banyak perubahan sosio-ekonomi yang dilakukan antaranya British
memperkenalkan sistem ekonomi laissez-faire dan turut mengubah sistem sosial masyarakat
Myanmar. Sistem ekonomi yang diperkenalkan oleh British telah berjaya menjadikan Burma
sebagai negara pengeluar eksport beras terbesar menjelang abad ke-20 serta perusahaan kayu jati
juga turut berkembang pesat. Selain itu, British juga telah berjaya memajukan sektor
perlombongan yang dulunya dipelopori oleh penduduk Burma secara kecil-kecilan. Dapat dilihat
bahawa, dasar kolonialisme British telah mengubah dasar ekonomi tradisional masyarakat
Burma kepada ekonomi komersial. Sementara dalam aspek sosial pula, terdapat beberapa
perubahan khususnya dari aspek pendidikan, perhubungan, reformasi pekerjaan, adat dan
1 George Mc.Turnan Kahin. (1982). Kerajaan dan Politik Asia Tenggara. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Hlm. 93.
2 Abdullah Zakaria Ghazali, Azharudin Mohd Dali, Azhar Hj.Mad Aros & Suffian Mansor. (2000). Sejarah Asia
Tenggara, Asia Selatan dan Asia Timur 1800-1963. Selangor: Fajar Bakti Sdn. Bhd. Hlm. 323.

1
pembentukan masyarakat majmuk. Justeru itu, bahagian seterusnya kajian ini akan
menganalisakan reformasi-reformasi yang telah dilakukan semasa kolonialisme barat iaitu
sekitar abad ke-19 dari aspek ekonomi dan sosial.

2.0 PERUBAHAN EKONOMI DI BURMA SELEPAS KEDATANGAN KUASA


BARAT

Apabila penjajah menjalankan dasar kolonialisme di sesebuah negara, pastinya sistem


ekonomi tidak lari daripada menerima perubahan, begitu juga dengan Myanmar. Keadaan ini
dapat dilihat dimana British telah memperkenalkan sistem ekonomi laissez-faire yang telah
membawa perubahan besar terhadap perkembangan ekonomi Myanmar. Sistem ekonomi laissez-
faire ialah sistem yang menggalakkan pengumpulan modal, kebebasan ekonomi, hak milik
persendirian, kebebasan pasaran dan perniagaan untuk keuntungan. Mana-mana kajian
permulaan tentang ekonomi Burma antara tahun 1885 hingga 1900 akan membayangkan bahawa
Burma mendapat faedah dari pemerintahan Kolonial British.3 Perkembangan ekonomi ini dapat
dilihat melalui sektor pertanian, perlombongan, perusahaan kayu jati, serta dasar tanah dan
pinjaman yang dijalankan di Burma.

2.1 Perusahaan kayu jati

Sebelum perkembangan yang menakjubkan dalam pengeluaran beras di Myanmar semasa


suku akhir abad ke-19, barang eksportnya yang penting sekali ialah kayu jati. Myanmar
merupakan salah sebuah negara pengeluar kayu jati utama di dunia kerana
penggunaan kayu jati amat berguna dalam pelbagai aspek pembuatan
khususnya dalam pembinaan dek kapal, rumah, perabot, bingkai jendela
dan sebagainya.4 Keadaan ini telah menjadikan Burma sebagai tempat tumpuan para
pedagang dari luar yang sangat memerlukan kayu jati untuk kepentingan mereka. Kekayaan kayu
jati ini juga turut menjadi tarikan utama British untuk menjajah Burma. 5 Di samping itu, ekoran
daripada revolusi pembinaan kapal stim pada awal abad ke-19 turut membawa kepada punca
dalam persaingan antara British-Perancis. Walaupun sejak abad ke-18 British telah terlibat dalam

3 B.K.Drake. (1979). Burma: Pergerakan-pergerakan Nasionalis dan Kemerdekaan. Kuala Lumpur: Longman
Malaysia Sdn.Bhd. Hlm. 11.
4 Nicholas Tarling. (1966). Southeast Asia: Past and Present. Melbourne: F.W.Cheshire Pty. Ltd. Hlm. 210.
5 W.R. Brock. (2011). Britain and Dominant. United State: Cambridge University Press. Hlm. 341.

2
perdagangan dengan Myanmar, tetapi campur tangan hanya dilakukan oleh British pada tahun
1826. British ingin menguasai perdagangan di Myanmar. Kegiatan Perancis sejak abad ke-18 di
Myanmar menimbulkan kebimbangan British. Jika Perancis meluaskan kuasa ke Myanmar,
hasrat British untuk menguasai kayu jati tidak tercapai. Oleh itu, bermula tahun 1826 sehingga
tahun 1886, British menggunakan pelbagai alasan untuk menceroboh Myanmar bagi mengaut
sumber ekonomi Burma terutama perdagangan kayu jati.6

Bagi memastikan perdagangan kayu jati berkembang, British telah melakukan pelbagai
usaha agar kayu jati berjaya dihasilkan dalam kuantiti yang banyak serta berkualiti. Antara usaha
yang dilakukan oleh British bagi memajukan perusahaan kayu jati ialah dengan menakluki Pegu
untuk tujuan penyimpanan hutan pada tahun 1852. Langkah ini bermula dengan satu pengkajian
Dr. Dietrich Brandis tentang hutan-hutan yang berharga di daerah Tharravaddy-Prome dan
daerah Toungoo. Dia telah meletakkan batu asas untuk jabatan Hutan Burma. Seterusnya, British
bertindak menakluk utara Burma pada tahun 1886 yang menyebabkan lebih banyak kawasan-
kawasan hutan berada di bawah kuasa British.7

Hasilnya dapat dilihat dimana selepas abad ke-19, jumlah pengeluaran perusahaan
adalah lebih daripada 500,000 tan setahun. Tambahan lagi, dianggarkan bahawa hutan-hutan di
Myanmar dapat mengeluarkan 787,000 tan kayu keras setahun. Selain daripada kayu jati, hutan-
hutan Myanmar juga mengeluarkan kayu-kayu keras yang lain seperti kayu pyinkado iaitu kayu
besi yang digunakan untuk landasan keretapi di Myanmar dan di India. Selain itu, terdapat juga
hasil hutan yang tidak berapa penting seperti buluh, cutch, lac, dan juga kayu api yang digunakan
untuk kapal-kapal dan enjin keretapi.8

Apa yang dapat disimpulkan disini ialah, perusahaan kayu jati menjadi tarikan utama
kepada bermulanya penjajahan Barat ke atas Burma yang bermula pada tahun 1826. Jika dirujuk
kepada ketiga-tiga peringkat penaklukan wilayah-wilayah Burma iaitu pada tahun 1826, 1852
dan akhir sekali pada tahun 1886 adalah untuk menakluki wilayah-wilayah Burma yang menjadi
tempat penghasilan kayu jati yang utama. Pada tahun 1826, British telah menakluki Hilir

6 Abdullah Zakaria Ghazali, Azharudin Mohd Dali, Azhar Hj.Mad Aros & Suffian Mansor. (2000). Sejarah Asia
Tenggara, Asia Selatan dan Asia Timur 1800-1963. Hlm.188
7 D.G.E.Hall. (1981). Sejarah Asia Tenggara. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm. 955.
8 Abdullah Zakaria Ghazali, Azharudin Mohd Dali, Azhar Hj.Mad Aros & Suffian Mansor. (2000). Sejarah Asia
Tenggara, Asia Selatan dan Asia Timur 1800-1963. Hlm. 325.

3
Myanmar manakala tahun 1852, British telah menakluki Pegu dan akhir sekali pada tahun 1886.
Hilir Myanmar dan Pegu merupakan kawasan yang kaya dengan kayu jati, manakala Hulu
Myanmar digunakan sebagai jalan perdagangan British di Burma dengan bahagian barat Negara
China.

2.2 Pertanian

Burma sememangnya terkenal dengan aktiviti penanaman padi sejak abad ke-16 lagi di
sekitar Delta Irrawaddy iaitu yang berada berdekatan dengan daerah Pegu dan Arakan. Namun,
sebelum daerah Pegu diambil oleh British pada tahun 1852, Burma tidak pernah mengeksport
beras ke negara-negara besar seperti India dan negara-negara Eropah. Kapal-kapal perdagangan
hanya boleh memuatkan beras dalam kuantiti yang sedikit sahaja. Begitu juga dengan daerah
Arakan di Burma yang menanam padi untuk dieksport secara kecil-kecilan di wilayah-wilayah
yang berdekatan seperti Brunei dan Melaka dalam abad ke-17.9 Namun, keadaan ini berubah
selepas British menakluki Pegu dan Arakan. Pertanian yang dijalankan secara kecil-kecilan
berubah kepada pertanian bercorak mementingkan perdagangan. Ianya telah bermula diantara
perang-perang Anglo-Burma yang ke-2 dengan ke-3.10

Pemberontakan India (indian Mutiny) tahun 1857-1858, telah menyebabkan permintaan


beras yang tinggi di Myanmar. Keadaan ini seterusnya telah merangsang pengeluaran padi di
Burma. Disamping itu, peperangan saudara di Amerika dalam tahun 1865 telah menyekat eksport
padi dari negeri Carolina ke Britain dan pembukaan Terusan Suez pada tahun 1869 juga turut
menyebabkan British semakin galak menjajah Burma serta menjalankan pelbagai usaha bagi
meningkatkan aktiviti penanaman padi.11

Antara usaha yang dilakukan oleh pihak British, ialah menggalakan penduduk–penduduk
di bahagian Utara Burma berpindah ke bahagian selatan untuk mengerjakan tanah-tanah delta
yang subur .12 Golongan petani telah mula menggunakan alat-alat pertanian yang lebih baik serta
telah sedar terhadap kepentingan teknik pertanian moden yang boleh menggeluarkan hasil

9 D.G.E.Hall. (1981). Sejarah Asia Tenggara. Hlm. 951.


10 George Mc.Turnan Kahin. (1982). Kerajaan dan Politik Asia Tenggara. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Hlm. 97.
11 W.William & Joginder Singh Jessy. (1963). A Short Story of South East Asia. Hlm. 164.
12 George Mc.Turnan Kahin. (1982). Kerajaan dan Politik Asia Tenggara. Hlm. 98.

4
pertanian yang banyak.13 Di samping itu, kerajaan British juga telah membuat pelaburan untuk
memajukan kawasan-kawasan penanaman padi di Myanmar dengan usaha membina sistem
pengairan dan pengangkutan yang lebih baik. Sebagai balasannya petani dikehendaki membayar
14
cukai. Dasar ekonomi yang liberal, telah membuka Myanmar kepada orang luar khususnya
orang India. Keadaan ini dapat dilihat apabila British telah membenarkan buruh, pedagang dan
ceti-ceti India memasuki Burma. Golongan ceti-ceti dari India inilah yang menyediakan
pinjaman kepada golongan petani di Burma untuk mengusahakan tanaman padi mereka.15

Buruh yang dibawa masuk dari India oleh British diarahkan bekerja di ladang pertanian
dan perkilangan milik British.. Buruh-buruh India ini dibayar dengan gaji yang murah, malahan
kos pengangkutan untuk membawa imigran India ini adalah rendah kerana jarak antara Myanmar
dengan India adalah dekat. Kedatangan orang India ke Myanmar telah menyebabkan
perkembangan aktiviti penanaman padi. Buruh-buruh India diguna untuk membuka kawasan
penanaman padi yang baru. Dengan menggunakan buruh India, keluasan kawasan penanaman
padi bertambah daripada 6 juta ekar kepada 8 juta ekar menjelang abad ke-20. Selain itu, buruh
India turut digunakan ketika musim menuai padi.16

Hasilnya, kawasan delta telah membawa perkembangan pertanian padi sawah yang
sangat baik. Misalnya, berlaku pertambahan dalam keluasan tanah dari 700 000 ekar kepada 6
juta ekar di antara tahun 1855-1906, yang seterusnya membawa kepada peningkatan jumlah
eksport beras daripada 162 000 tan kepada 2 juta tan. Hingga awal tahun 1900, Burma, Thailand
dan Vietnam telah dapat membekalkan 70% daripada jumlah eksport beras dunia. Di antara
ketiga-tiganya itu, Burmalah pengeluar yang terbanyak iaitu sebanyak 40 %. Justeru dapat
dilihat, kolonialisme yang dilakukan oleh British terhadap Burma telah menukarkan negeri
Burma menjadi sebuah pusat perdagangan dan pengeksport beras yang terbesar di dunia yang
melahirkan juga sistem sewaan, pinjaman wang dan proses pengerjaan tanah.17

Reformasi yang dilakukan oleh British dalam bidang pertanian telah mampu menjadikan
Burma sebagai pengeksport beras yang utama di dunia. Namun begitu, kedudukan petani

13 Abdullah Zakaria Ghazali, Azharudin Mohd Dali, Azhar Hj.Mad Aros & Suffian Mansor. (2000). Sejarah Asia
Tenggara, Asia Selatan dan Asia Timur 1800-1963. Hlm. 325.
14 Milton W. Meyer. (1965). Southeast Asia: A Brief History. United State: Littlefield, Adams& Co.Hlm. 55.
15 George Mc.Turnan Kahin. (1982). Kerajaan dan Politik Asia Tenggara. Hlm. 97.
16 D.G.E. Hall. (1950). Burma. New York: AMS Press INC. Hlm. 112.
17 George Mc.Turnan Kahin. (1982). Kerajaan dan Politik Asia Tenggara. Hlm. 96.

5
Myanmar sebenarnya masih tidak jauh berubah dan masih lagi dalam keadaan miskin. Hal ini
kerana, sektor pertanian terutama penanaman padi secara umumnya dilakukan oleh petani
tempatan namun dilaksanakan di tanah milik chettiar. Perkara ini berlaku kerana dasar ekonomi
British di Myanmar yang berusaha memaksimumkan keuntungan.

2.3 Perlombongan

Sumber galian seperti minyak telah dilombong semenjak zaman


pemerintahan raja-raja Burma lagi. Selepas tahun 1886, British memainkan
peranan penting dalam memajukan perlombongan mineral di Utara Burma.
Selepas pengambilan kerajaan Thibaw, Syarikat Minyak Burma telah
melombong telaga-telaga minyak dimana kebanyakannya berpusat di
Yenangyaung.18 Minyak penting dalam membekalkan bahan api kepada
rumah-rumah orang Burma untuk menyalakan pelita-pelita dan juga
membolehkan kayu-kayu, tikar dan manuskrip yang dibuat daripada daun
palma yang diawet. Pada waktu ini, orang British telah memonopoli sektor
perlombongan disebabkan mereka yang menubuhkan syarikat
perlombongan manakala orang India pula bekerja di lombong-lombong
sebagai kuli.19

Pada waktu tersebut juga, telaga-telaga minyak digali secara primitif


atau tradisional iaitu dengan menggunakan tangan. Cara ini memerlukan
masa yang panjang sedangkan hasil yang diperolehi hanyalah sedikit dan
tidak mencukupi sehinggakan minyak tanah terpaksa diimport dari Amerika
untuk memenuhi keperluan penduduk Burma. 20 Keadaan ini menyebabkan
British yang sudah mempunyai kepakaran teknologi moden telah
memperkenalkan cara-cara moden untuk menggali minyak dan pengeluaran
secara besar-besaran telah dimulakan. British juga telah bertindak membuka
sebuah firma iaitu Syarikat Minyak Petrol Burma pada 1886 di Rangoon. 21
Pada awalnya, firma British ini hanya menjalankan kegiatan dalam

18 W. Williams dan Joginder Singh Jessy. (1963). A Short History of South East Asia. Hlm. 165.
19 Ibid.
20 Nicholas Tarling. (1966). Southeast Asia: Past and Present. Hlm. 211.
21 D.G.E Hall. (1979). Sejarah Asia Tenggara. Hlm. 956.

6
perusahaan minyak tempatan, tetapi kemudiannya firma ini bertindak
membeli pajakan-pajakan kerajaan dan juga telaga-telaga minyak
persendirian.

Dalam tempoh lima tahun, firma ini berjaya mengeluarkan minyak


tanah yang mencukupi sehinggakan kerajaan tidak perlu lagi mengimport
minyak dari Amerika.22 Malahan, syarikat ini juga mengeksport minyak yang
pertama ke India dan pada tahun 1896 pula mengeksport minyak ke Pulau
Pinang.23 Tambahan lagi, British juga telah melakukan pembaharuan dimana
membuka satu barisan lombong-lombong minyak dari Indaw di Ulu Cindwin
melalui Sabe dan Singu ke Yenangyaung dan telah membina saluran paip
minyak yang menghubungkan kawasan-kawasan minyak ke kilang
penapisannya di Syriam.24

Selain daripada mengeksport minyak, Myanmar juga turut


mengeksport bahan mentah lain seperti plumbum (timah hitam), wolfrum,
bijih timah, getah dan juga kapas di dunia.25 Namun, eksport bahan mentah
ini adalah dalam kuantiti yang kecil sahaja. Timah hitam didapati dari
lombong-lombong di Badwin iaitu di negeri-negeri Syan Utara yang
diusahakan oleh Burma Cooporation di lombong Mawchi Karenni dan
Namtu.26 Perusahaan timah hitam juga dimonopoli oleh syarikat British
walaupun syarikat-syarikat yang menjalankan perusahaan minyak ini dimiliki
oleh Burma Corporation. Perkembangan perusahaan ini hanya berlaku
selepas abad ke-19 apabila Burma dimasuki oleh kaum Cina. Selama
beberapa tahun sahaja, kawasan perlombongan ini menjadi tempat kegiatan
perlombongan orang-orang Cina dan lombong-lombong ini adalah di antara
lombong-lombong pengeluar timah hitam yang kelima pentingnya di dunia

22 Nicholas Tarling. (1966). Southeast Asia: Past and Present. Hlm. 210.
23 F.S.V. Donnison. (1970). Burma. London: Ernest Benn Limited. Hlm. 195.
24 D.G.E. Hall. (1981). Sejarah Asia Tenggara. Hlm. 956.
25 Abdullah Zakaria Ghazali, Azharudin Mohd Dali, Azhar Hj. Mad Aros dan Suffian Mansor. (2000). Sejarah Asia
Tenggara, Asia Selatan dan Asia Timur 1800-1963. Hlm.323.
26 D.G.E. Hall. (1981). Sejarah Asia Tenggara. Hlm. 956.

7
sementara Bawdwin pula merupakan antara lombong perak terbesar di
dunia.27

Selain itu, bijih timah turut menjadi bahan eksport bagi Burma. Sama
dengan perusahaan plumbum, bijih timah juga berkembang selepas abad ke-
19. Walaupun Burma terletak dalam lingkaran bijih timah tetapi British lebih
tertarik dengan penemuan welferum di Mawehi. Buktinya, Burma hanya
mengeluarkan 100 ton setahun sebelum tahun 1910. Perlombongan
welferum juga berkembang selepas tahun 1900. Selepas itu, pihak British
juga telah menaruh minat terhadap lombong perak dan besi yang
berhampiran dengan Namtu, dan galian tungsten di Mawchi. Kemudian
percubaan British untuk mengeksploitasi batu delima di daerah Mogok
berakhir dengan kegagalan.28 Terdapat juga sedikit pengeluaran arang batu,
garam, jed yang dilombong.

Secara ringkasnya dapat dikatakan disini bahawa British memainkan


peranan penting dalam memajukan sektor perlombongan mineral-mineral di
Burma terutama sekali perlombongan minyak, plumbum dan perak. Pada
mulanya, aktiviti perlombongan dijalankan berasaskan kaedah primitif,
namun selepas pemerintahan British di Burma, kaedah moden telah
diperkenalkan oleh Syarikat Minyak Burma. Keadaan ini menyebabkan
berlaku peningkatan nilai eksport bahan galian seterusnya menjadikan
Burma sebabai negara pengeluar plumbum dan perak terbesar di dunia.
Namun, keuntungan yang utama masih lagi berpihak kepada pihak British.

2.4 Dasar tanah dan pinjaman

Dasar Tanah dan pinjaman ini diperkenalkan oleh British apabila


banyak tanah baru dibuka yang melibatkan hak-hak milik. Kerajaan Burma
telah menetapkan tiga jenis hak milik iaitu tanah persendirian, tanah
kerajaan dan juga tanah biara (paderi). Tujuan British menetapkan jenis-jenis

27 Abdullah Zakaria Ghazali, Azharudin Mohd Dali, Azhar Hj. Mad Aros dan Suffian Mansor. (2000). Sejarah Asia
Tenggara, Asia Selatan dan Asia Timur 1800-1963. Hlm. 149.
28 W. Williams dan Joginder Singh Jessy. (1963). A Short History of South East Asia. Hlm. 165.

8
tanah adalah untuk memudahkan pengurusan hal-hal tanah tetapi kesemua
jenis ini mendukung kepada hak milik secara turun-temurun dan juga
pusaka.29 Namun apabila Burma diambil alih oleh British, satu dasar tanah
baru diperkenalkan. British cuba menggabungkan peneroka-peneroka
dengan mewujudkan satu kelas yang terdiri daripada peniaga-peniaga
golongan petani. Dengan penggabungan tanah, hasil yang diperolehi
menjadi lebih banyak dan hal ini dapat menstabilkan ekonomi serta dapat
menolong meringankan beban perbelanjaan British dengan bayaran cukai. 30

Dasar tanah yang diperkenalkan oleh British terdiri daripada beberapa


sistem pemilikan tanah yang berlainan tetapi kesemuanya tidak berjaya
mencapai matlamat yang diinginkan oleh British. Antara sistem pemilikan
tanah itu ialah Sistem Sewaan ( melalui sistem ini, tanah akan ditetapkan
kadar sewaannya untuk satu-satu masa tertentu). Namun sistem ini telah
digantikan dengan sistem setinggan yang diamalkan melalui Akta Tanah dan
Hasil Burma tahun 1876. Hal ini adalah kerana, cukai yang diperolehi oleh
kerajaan tidak menguntungkan mereka. Pada awalnya cukai yang dikenakan
oleh British terhadap beras adalah rendah dan sesetengahnya tidak
dikenakan cukai untuk beberapa tahun. Keadaan ini menyebabkan British
banyak menanggung kerugian pada tahun 1870-an apabila permintaan
terhadap padi meningkat sedangkan sebelum ini, British memberi tanah
secara percuma tanpa cukai kepada penanam padi yang menanam padi di
Burma Hilir.31

Keduanya adalah Sistem ‘Setinggan’. Sistem penanaman sementara ini


telah diamalkan melalui Akta Tanah dan Hasil Burma (1876) tetapi sistem ini
sering disalahgunakan apabila ramai petani yang meluaskan hak milik tanah
mereka dan ada juga yang menjual tanah ini. Melihat keadaan ini, British
menggesa petani supaya mendapatkan hak milik yang tetap ke atas tanah.

29 Michael W. Charney. (2009). A History of Modern Burma. United Kingdom: Cambridge University Press. Hlm. 6.
30 Abdullah Zakaria Ghazali, Azharudin Mohd Dali, Azhar Hj. Mad Aros dan Suffian Mansor. (2000). Sejarah Asia
Tenggara, Asia Selatan dan Asia Timur 1800-1963. Hlm. 144.
31 D.G. E. Hall. (1981). Sejarah Asia Tenggara. Hlm.953.

9
Lalu British memperkenalkan pula sistem yang ketiga iaitu sistem Patta.
Sistem ini juga banyak memberi masalah untuk memilih pemohon-pemohon
yang sesuai yang merupakan penanam-penanam yang tulen dan berupaya
mengerjakan tanah mereka tanpa bantuan daripada peminjam-peminjam
wang.32 Namun, sistem ini juga tidak berjaya kerana petani-petani banyak
berhutang dan kerajaan pula mula tidak yakin untuk memberikan pinjaman.

Faktor yang menyebabkan rakyat Burma meminjam wang daripada ceti


adalah mereka kekurangan modal untuk memajukan kawasan pertanian
mereka. Keadaan ini menyebabkan pihak chetti dari bangsa India melangkah
masuk ke Burma untuk menyediakan wang dan juga memberi jaminan
terhadap para petani. 33
Para petani di Burma amat bergantung kepada ceti-
ceti India untuk modal-modal tahunan yang mereka perlukan walaupun
mereka dikenakan bayaran bunga yang tinggi sehingga memcecah 25% dan
apabila hutang-hutang itu tidak diselesaikan maka tanah-tanah mereka akan
dirampas.34 Oleh kerana pemilikan tanah itu satu hak yang sah dibawah
kuatkuasa British, tanah tersebut boleh dijual, diperniagakan, atau dimiliki
semula tanpa memikirkan hak sama ada kampung ataupun keluarga si
pemilik seperti adat kebiasaan di bawah pemerintahan raja-raja Burma
35
terdahulu. Akhirnya kebanyakan tanah mereka telah menjadi hak milik
golongan chetti.

Pada tahun 1882 dan 1883, langkah-langkah Akta Perlembagaan


diluluskan dimana telah menyediakan petani-petani dengan peminjam-
peminjam dengan kadar bunga yang lebih rendah berbanding kadar yang
dikenakan oleh ceti. Namun, peraturan-peraturan yang dikenakan bagi
meminjam wang adalah ketat dan keadaan ini menyebabkan golongan ceti

32 Ibid.
33 Ibid.
34 Joginder Singh Jessy. (1971). Sejarah Asia Tenggara: 1500-1945. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm.
262.
35 George Mc.Turnan Kahin. (1982). Kerajaan dan Politik Asia Tenggara. Hlm. 98.

10
mengambil langkah lain untuk menjaga orang Burma daripada meminjam
wang dari kerajaan.36

Secara keseluruhannya, sistem tanah bagi masyarakat Burma adalah


tanah dimiliki oleh keluarga, masyarakat dan juga raja, bukannya orang
persendirian. Namun, selepas kedatangan British, sistem tanah ini telah
ditukar dan British telah memperkenalkan dasar tanah yang baru dimana
tanah boleh dijual, diperniagakan dan dimiliki oleh sesiapa sahaja. Keadaan
ini menyebabkan masyarakat petani kekurangan modal disebabkan cukai
yang dikenakan dan mereka telah meminjam wang dari golongan ceti dari
India. Akibat tidak dapat membayar hutang, akhirnya tanah mereka telah
menjadi hak golongan ceti.Ini juga merupakan satu kesan yang sangat
penting kerana bukan sahaja rakyat Burma terpaksa tunduk kepada
pemerintah asing tetapi juga mereka turut kehilangan hak mereka kepada
orang asing.

3.0. PERUBAHAN SOSIAL DI BURMA SELEPAS KEDATANGAN BARAT

3.1.Reformasi pendidikan

British telah berjaya menguasai Burma pada tahun 1886. Sepanjang pemerintahan British
selama 120 tahun di Burma, banyak perubahan yang telah dilakukan. 37 Pada era pemerintahan
kolonialisme, British telah melakukan reformasi ke atas bidang pendidikan di Myanmar. British
telah membuka kemudahan-kemudahan pendidikan yang baru untuk orang ramai dan
keseluruhannya telah membaiki keadaan hidup mereka dengan munculnya keadaan sosial yang
lebih menarik. Sebelumnya, pendidikan berada dibawah pengurusan ahli-ahli agama Buddha
yang memberi pengajaran di sekolah paderi yang tidak mengenakan yuran.38 Walaupun
sumbangan mereka itu amat berharga, British mendapati kebanyakan sekolah-sekolah paderi ini
menggunakan kaedah lama iaitu sekadar membaca dan menulis dalam bahasa daerah. 39 Oleh itu,
British memperkenalkan sistem sekolah Inggeris daripada peringkat rendah hingga ke peringkat

36 D.G. E. Hall. (1981). Sejarah Asia Tenggara. hlm. 954.


37 Reid. R dan Grosberg. M. (2005). Myanmar (Burma). United States: Lonely Planet. Hlm. 39.
38 Joginder Singh Jessy. (1971). Sejarah Asia Tenggara: 1500-1945. Hlm. 261.
39 Ibid.

11
universiti. Walaupun pelbagai sistem pendidikan baru diperkenalkan, namun sekolah paderi
masih diteruskan.40

Sistem pelajaran Barat yang diperkenalkan ini adalah untuk menggantikan sistem
pelajaran yang bercorak tradisional dan keadaan ini menyebabkan bahasa Myanmar menjadi
kurang penting.41 Pada tahun 1884, Maktab Rangoon telah didirikan bagi menyediakan pelajar
Myanmar untuk melanjutkan pelajaran ke Universiti Calcutta di India. Oleh itu, rakyat Myanmar
mengambil kesempatan ini dan dengan itu maka lahirlah intelek-intelek Myanmar dari golongan
atasan yang berpendidikan Inggeris.42 Dengan ini rakyat Burma memahami akan idea-idea baru
seperti liberalisme dan demokrasi. Pelajar-pelajar yang berpelajaran Inggeris kemudiannya
menjadi pemimpin pergerakan nasionalisme. Walau bagaimanapun, segelintir golongan rakyat
Burma tidak berpuas hati kerana mereka mahu mengekalkan sistem pelajaran tradisinya.

Sistem sekolah rendah juga telah diperkenalkan pada 1871. Tetapi pada 1870 sekolah
menengah kerajaan juga diwujudkan dan kerajaan juga telah memberi perangsang dan pinjaman
wang kepada sekolah-sekolah yang dibina oleh badan-badan agama dan sukarela seperti
persatuan pengembang ajaran Gospel dan Badan Pengembang Agama Katholik. Di samping itu,
kerajaan juga telah membina maktab-maktab untuk melatih guru-guru. 43 Sekolah-sekolah khas
juga dibina untuk jurutera, juruukur dan ahli kehutanan. Proses ini menyebabkan munculnya
Universiti Rangoon pada tahun 1920. Pendidikan tersebut bertujuan untuk menghasilkan orang-
orang yang berkelayakan untuk bekerja sebagai kerani dan pentadbir untuk kerajaan British di
Burma. Kesannya telah mewujudkan sebilangan besar orang yang mempunyai hubungan dengan
pendidikan Barat.44

Selain itu, desakan untuk belajar Bahasa Inggeris digalakkan oleh permintaan pejabat-
pejabat kerajaan British dan perdagangan untuk melahirkan orang yang berkelayakan untuk
memegang jawatan kerani. Keadaan ini menyebabkan perhatian ditumpukan kepada
perkembangan pelajaran Inggeris-Burma. Sekolah-sekolah kerajaan ditubuhkan dalam tahun
1870-an dan bantuan kewangan telah diberikan kepada sekolah agama Kristian yang dianjurkan

40 Ibid.
41 Abdullah Zakaria Ghazali, Azharudin Mohd. Dali, Azhar Hj. Mad Aros dan Suffian Mansor. (2000). Sejarah Asia
Tenggara, Asia Selatan dan Asia Timur 1800-1963. Hlm. 335.
42 Ibid.
43 Joginder Singh Jessy. (1971). Sejarah Asia tenggara: 1500-1945. Hlm. 261.
44 Ibid.

12
oleh Roman Katolik.45 Untuk menyediakan elemen pelajaran moden, Sir Albert Fytche, Ketua
Pesuruhjaya Burma British menyusun satu rancangan untuk memajukan sekolah-sekolah
Vernakular-Inggeris dari tahun 1870 dan sistem ini disusun semula pada tahun 1880. Mulai dari
masa itu, pelajar-pelajar Burma mulai menunjukkan kecenderungan mereka terhadap pelajaran
dan akibatnya sekolah-sekolah sami mengalami perubahan yang serius akibat permintaan untuk
pelajaran peringkat menengah.46

Secara keseluruhannya, transformasi British dalam bidang pendidikan ini jika dilihat dari
satu sudut dapat menaik tarafkan tahap pendidikan dalam kalangan masyarakat Burma. Hal ini
kerana, sistem pendidikan dari sekolah rendah hingga ke peringkat Universiti sememangnya
bermanfaat bagi menyediakan para pelajar ke arah guna tenaga kerajaan dan perdagangan.
Namun, kemajuan sistem pendidikan Vernakular yang dibawa oleh Barat telah menyebabkan
merosotnya minat orang ramai terhadap pendidikan tradisional. Secara tidak langsung, keadaan
ini turut membawa kemerosotan kepada fungsi-fungsi sosial utama golongan sami-sami Buddha.
Justeru, ikatan antara sami-sami ini dengan masyarakat menjadi bertambah lemah. Keadaan-
keadaan ini seterusnya membawa kepada kemerosotan corak hidup berdasarkan kepercayaan
Buddha. Selain itu, sekolah Inggeris yang dibuka juga turut menyebabkan secara perlahan-lahan,
penggunaan Bahasa Burma menjadi kurang penting.

3.2 Reformasi jalan pengangkutan dan perhubungan

Jalan perhubungan melalui sungai, jalan raya dan jalan kereta api telah diperkembangkan
oleh British. Selepas tahun 1886, bagi tujuan membantu langkah-langkah keselamatan negeri,
kerajaan penjajah telah meningkatkan pembinaan jalan kereta api seperti dari Yangon ke Prome,
sementara laluan Yangon- Toungoo disambung ke Myanmar Hulu bagi memudahkan pergerakan
tentera ke sebelah utara Myanmar.47 Pada tahun 1877, jalan kereta api Burma yang pertama ialah
jalan kereta api di wilayah Irrawady yang menyambungkan Rangoon ke Prome. 48 Pada akhir
abad ke-19, jalan kereta api telah disambungkan ke bandar-bandar dan pusat-pusat perdagangan
yang penting, manakala projek British hendak menghubungkan Yunan dan bahagian-bahagian

45 D. G. E. Hall. (1981). Sejarah Asia Tenggara. Hlm. 907-908.


46 B. K. Drake. (1979). Burma: Pergerakan- Pergerakan Nasionalisme dan Kemerdekaan. Hlm. 10.
47 Abu Talib Ahmad. (2000). Sejarah Myanmar. Hlm. 210.
48 Joginder Singh Jessy. (1971). Sejarah Asia Tenggara: 1500-1945. Hlm. 263.

13
lain di Barat negeri China, telah menolong British masuk ke Burma pada tahun 1824. 49
Menjelang tahun 1884, Rangoon telah dihubungkan oleh jalan kereta api dengan Prome dan
Tangoon.

Selain itu, kewujudan jalan kereta api juga dikatakan muncul selepas pembukaan Terusan
Suez yang dibina bagi kawasan yang tidak boleh menggunakan kenderaan air. Sebelum akhir
abad ke-19, Prome, Mandalay dan Myitkyina telah dihubungkan dengan Bandar Rangoon. 50
Landasan-landasan dibina bagi melalui negeri Syan Utara ke Lasyio dan melalui negeri-negeri
Syan Selatan ke Sywengyaung iaitu berdekatan dengan Taunggil. Pada keseluruhannya, jalan
kereta api telah wujud sepanjang 2060 batu pada 1914.51

British juga melakukan reformasi terhadap pengangkutan sungai. Jalan perhubungan


Burma yang penting ialah sungai-sungai yang besar dan cawangan-cawangannya. Jalan
perhubungan pertama telah diusahakan oleh perusahaan British dan Syarikat Irrawady Flotilla
yang ditubuhkan pada tahun 1865 untuk menjalankan satu angkatan termasuk beberapa buah
kapal Shallow Draught iaitu kapal pecut terbesar dunia. 52 Kapal-kapal digunakan di sungai
Irrawady hingga ke Bhamo dan di sungai Cindwin hingga ke Homalin serta bandar-bandar
penting di delta Irrawady. Tambahan pula, walaupun kemudahan perhubungan disediakan bagi
membolehkan potensi eksport Burma digunakan dengan lebih ekonomi, kemajuan ini tidak dapat
meninggalkan kesan kepada ekonomi dalam negeri. 53 Perkembangan jalan raya yang lambat
dibina hingga 1918 menyebabkan hanya terdapat 200 batu sahaja jalan raya yang bertar di negeri
itu. Kemudian muncul satu perkembangan yang besar dimana dua puluh tahun kemudian telah
wujud sepanjang 6000 batu jalan raya untuk semua musim beserta pula dengan 5000 hingga
6000 batu lagi yang boleh digunakan untuk kenderaan motor di musim panas.54

Sebagai kesimpulannya, reformasi terhadap sistem perhubungan dan pengangkutan yang


dijalankan oleh British ada juga kebaikannya. Apa yang boleh dikatakan disini terdapat banyak
kebaikan terhadap sistem tersebut iaitu daripada jalan perhubungan kereta api kerana dapat
menghubungkan banyak kawasan dan mempercepatkan masa perjalanan. Selain itu, dari

49Ibid.
50 D. G. E. Hall. (1981). Sejarah Asia Tenggara. Hlm. 957.
51 Ibid.
52 Ibid. Hlm. 956.
53 B. K. Drake. (1979). Burma: Pergerakan-Pergerakan Nasionalisme dan Kemerdekaan. Hlm. 11.
54 D. G. E. Hall. (1981). Sejarah Asia Tenggara. Hlm. 957.

14
perhubungan jalan sungai pula ialah munculnya satu angkatan oleh beberapa buah kapal untuk
menghubungkan antara satu kawasan dengan kawasan yang lain. Manakala jalan raya pula
memberikan kesenangan kepada kenderaan bermotor pada musim panas. Namun dari sudut yang
lain pula, dapat dilihat di mana tujuan sebenar pembinaan kemudahan-kemudahan tersebut
adalah untuk memudahkan urusan pentadbiran pihak kolonialisme untuk berhubung dengan
pihak British di India melalui pembinaan kereta api.

3.3 Reformasi peluang pekerjaan

Kemasukan orang India ke Myanmar ditentukan oleh wujudnya ruang pekerjaan yang
tersedia sama ada dalam sektor pertanian, perusahaan dan juga bidang perburuhan. British juga
telah mengadakan dan memberikan subsidi tambang perjalanan kepada orang India yang ingin
berhijrah ke Myanmar. Keadaan ini menggalakkan lagi penghijrahan orang India walaupun
mereka dibayar gaji yang murah. Bagi British, pengambilan orang India yang terlatih bekerja di
sektor perkhidmatan, pendidikan dan juga perubatan adalah menguntungkan mereka. Keadaan
ini secara langsung telah menyekat peluang orang Burma untuk membabitkan diri dalam bidang
tersebut.

Selain daripada pengecualian terhadap Syarikat Minyak Burma, firma-firma asing yang
besar lebih cenderung mengambil pekerja-pekerja India atau Cina dari mengambil orang-orang
Burma.55 Pembinaan jalan dan limbungan juga dikerjakan oleh orang-orang India. Malah dalam
sektor pertanian juga terdapat kesan-kesan pemindahan tanah yang menghalang sebilangan besar
petani-petani Burma untuk mendapat manfaat daripada pertambahan permintaan eksport beras. 56
Tambahan lagi, masyarakat Burma berpandangan bahawa permintaan untuk tenaga kerja pada
tahun perkembangannya menyebabkan bertambahnya bilangan kedatangan kaum India. Taraf
hidup kaum India yang rendah daripada bangsa Burma, menyebabkan mereka berjaya
menandingi bangsa Burma dalam perebutan untuk penyewaan pemilikan tanah.57

Selain itu, gudang-gudang padi kepunyaan bangsa Burma telah dihapuskan dan
digantikan dengan gudang padi yang dilengkapi dengan kemudahan mesin wap yang diuruskan
oleh kuli-kuli dari India. Perahu-perahu kecil kepunyaan bumiputera Burma juga telah

55 B. K. Drake. (1979). Burma: Pergerakan-Pergerakan Nasionalisme dan Kemerdekaan. Hlm. 11.


56 Maung Htin Aung. (1967). A History of Burma. New York: Columba University Press. Hlm. 162.
57 D. G. E. Hall. (1981). Sejarah Asia Tenggara. Hlm. 953.

15
digantikan dengan kapal-kapal wap milik British. Keadaan ini telah mengakibatkan ramai bangsa
Burma berhenti dari pekerjaan mereka disebabkan oleh tenaga kerja India yang lebih murah dan
lebih berpengalaman.58 Tujuan British membawa masuk kuli-kuli India adalah British
mengharapkan mereka dapat membantu dalam pentadbiran di Myanmar kerana orang India
berkebolehan berbahasa Inggeris dan biasa dengan pentadbiran British.59 Tetapi ramai juga orang
India yang menetap dan menyebabkan bilangan penduduk Burma bertambah.60 Manakala
kedatangan kaum Cina ke Burma pula adalah untuk memonopoli dalam bidang perniagaan.

Reformasi British di Burma telah membuka lebih peluang pekerjaan kepada kaum India
dan Cina berbanding masyarakat Burma. Ini menyebabkan masyarakat Burma masih berada di
takuk lama, sebaliknya imigran dari India dan China yang menguasai ekonomi Burma. Hal ini
dapat dibuktikan dimana masyarakat Burma telah kehilangan punca pendapatan mereka yang
telah sekian lama dijalankan dalam bidang pertanian kerana berlaku perebutan tanah antara kaum
India dan Cina.

3.4 Reformasi adat

Sebelum kedatangan Barat, masyarakat Myanmar amat mementingkan sistem adat tradisional
yang diamalkan sejak turun temurun seperti adat tanah. Mengikut adat, tanah dipunyai oleh
keluarga, masyarakat serta raja dan bukannya dimiliki oleh orang persendirian. Hal ini memberi
jaminan bahawa mereka yang bergantung kepada tanah tidak akan disingkirkan. Selain itu, bagi
sesiapa yang berhutang, mereka boleh menjual keluarga dan dirinya, tetapi tidak boleh menjual
tanah yang diusahakannya.61 Namun, kedatangan pihak British telah menyebabkan pertukaran
kedudukan tanah daripada tidak bersifat komuditi kepada bahan komuditi yang mempunyai nilai
yang tinggi, boleh dipasarkan dan dijual beli. 62 Keadaan ini bertentangan dengan adat tanah yang
diamalkan oleh masyarakat Burma. Kesannya, ramai masyarakat Burma telah kehilangan hak ke
atas tanah mereka disebabkan mempunyai hutang dengan pihak ceti India.

3.5 Pembentukan masyarakat majmuk

58Ibid.
59 Abdullah Zakaria Ghazali, Azharudin Mohd. Dali, Azhar Hj. Mad Aros dan Suffian Mansor. (2000). Sejarah Asia
Tenggara, Asia Selatan dan Asia Timur 1800-1963. Hlm. 226.
60 D. G. E. Hall. (1981). Sejarah Asia Tenggara. Hlm. 953.
61 Abdullah Zakaria Ghazali, Azharudin Mohd. Dali, Azhar Hj. Mad Aros dan Suffian Mansor. (2000). Sejarah Asia
Tenggara, Asia Selatan dan Asia Timur 1800-1963. Hlm. 66.
62 Ibid. hlm 142.

16
Sejak British menjajah Burma, telah berlaku penghijrahan imigran secara besar-besaran
pada abad ke-19. Penghijrahan imigran ini mempunyai matlamat ekonomi yang tersendiri. 63 Pada
waktu itu juga berlaku dua perubahan sosial yang besar di Burma iaitu proses petempatan semula
masyarakat di Hilir Myanmar dan kemunculan sebagai pusat kuasa ekonomi dan politik yang
baru. Manakala perubahan yang kedua ialah kemasukan orang India secara beramai-ramai ke
Myanmar. Pada masa yang sama, berlaku juga kemasukan masyarakat Cina dalam skala yang
lebih kecil. Kemasukan orang India dan Cina ini menyebabkan wujudnya masyarakat majmuk di
Myanmar kesan daripada dasar ekonomi yang dilaksanakan oleh British di samping peraturan
kemasukan yang longgar yang membolehkan orang India dan Cina masuk ke Myanmar dengan
mudah dan cepat.64 Secara realitinya, kedudukan geografi India yang hampir dengan Myanmar
memudahkan mereka berhijrah ke Myanmar tanpa mempunyai sebarang masalah terutama dari
segi kos perjalanan. Penghijrahan masuk orang India ini dikatakan akan membawa faedah yang
besar kepada semua pihak yang terlibat dan sekali gus dapat mengurangkan kesengsaraan di
India serta akan menyebabkan pembangunan Myanmar berjalan dengan licin. 65 Dapat
disimpulkan disini bahawa dasar yang dilaksanakan oleh British telah menyebabkan ramai orang
asing berhijrah ke Myanmar dan keadaan ini menyebabkan wujudkan satu masyarakat baru iaitu
masyarakat majmuk.

4.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, kedatangan Barat ke Myanmar telah menyebabkan berlakunya reformasi


dari pelbagai aspek termasuklah aspek ekonomi dan juga sosial. Perubahan-perubahan yang
dilakukan oleh British di Burma adalah untuk kepentingan ekonomi mereka. Keadaan ini dapat
dilihat dimana British menggunakan pelbagai alasan untuk menjajah Burma bagi mengaut
kekayaan hasil bumi Burma. Tidak dapat dinafikan ekonomi komersial yang diperkenalkan oleh
British di Burma telah berjaya menjadikan Burma sebagai pengeksport beras, kayu jati dan
minyak yang utama di dunia. Namun, perkembangan ini lebih didominasi oleh British

63 Harry J. Benna dan John A. Larkin. (1967). The World of Southeast Asia. London: Harper & Row, Publishers. Hlm.
308.
64Abdullah Zakaria Ghazali, Azharudin Mohd. Dali, Azhar Hj. Mad Aros dan Suffian Mansor. (2000). Sejarah Asia
Tenggara, Asia Selatan dan Asia Timur 1800-1963. Hlm.225.
65 Ibid.

17
berbanding dengan penduduk peribumi Burma. Selain itu, terdapat juga reformasi yang telah
dilakukan oleh British yang membawa kepada penindasan masyarakat Burma itu sendiri iaitu
apabila dasar tanah dan pinjaman yang diperkenalkan oleh British telah mengakibatkan rakyat
tempatan kehilangan hak milik tanah kepada golongan Chettiar dari India. Di sini dapat dilihat,
hak milik tanah yang dahulunya merupakan milik kekal rakyat tempatan telah berubah tangan
kepada Chettiar akibat daripada hutang yang tidak dapat dijelaskan oleh golongan petani
tempatan. Tambahan pula, budaya tradisional dan bahasa ibunda masyarakat Burma turut
mengalami kemerosotan akibat daripada reformasi British dalam aspek sosial khususnya. Justeru
itu, dapat dirumuskan bahawa, reformasi yang dilakukan oleh British di Burma lebih banyak
memihak kepada pihak British dan golongan imigran berbanding masyarakat peribumi Burma itu
sendiri.

BIBLIOGRAFI

Abdullah Zakaria Ghazali, Azharudin Mohd Dali, Azhar Hj.Mad Aros & Suffian

Mansor. (2000). Sejarah Asia Tenggara, Asia Selatan dan Asia Timur

1800-1963. Selangor: Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Aung. Maung Htin. (1967). A History of Burma. New York: Columba University
Press.

18
Benna. Harry J. dan Larkin. John A. (1967). The World of Southeast Asia.
London: Harper & Row, Publishers.

Brock. W.R. (2011). Britain and Dominant. United State: Cambridge


University Press.

Charney. Michael W. (2009). A History of Modern Burma. United Kingdom:


University Press, Cambridge.

Donnison. F.S.V. (1970). Burma. London: Ernest Benn Limited.

Drake. B.K. (1979). Burma: Pergerakan-pergerakan Nasionalis dan Kemerdekaan. Kuala


Lumpur: Longman Malaysia Sdn.Bhd.

Hall. D.G.E. (1950). Burma. New York: AMS Press INC.

Hall. D.G.E. (1981). Sejarah Asia Tenggara. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Jessy. Joginder Singh. (1971). Sejarah Asia Tenggara: 1500-1945. Kuala


Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kahin, George Mc.Turnan. (1982). Kerajaan dan Politik Asia Tenggara. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Meyer. Milton W. (1965). Southeast Asia: A Brief History. United State: Littlefield, Adams&
Co.

R. Reid. dan M. Grosberg. (2005). Myanmar (Burma). United States: Lonely Planet.

Tarling. Nicholas. (1966). Southeast Asia: Past and Present. Melbourne: F.W.Cheshire Pty. Ltd.

William. W & Jessy. Joginder Singh. (1963). A Short Story of South East Asia.

Penang: Peninsular Publications.

19
20

Anda mungkin juga menyukai