Anda di halaman 1dari 10

KOD & NAMA KURSUS :

HSA3043 ASIA TENGGARA ABAD KE-20

TAJUK TUGASAN :

TUGASAN BERKUMPULAN : AMERIKA SYARIKAT DI ASIA TENGGARA


SELEPAS PERANG DUNIA KEDUA SEHINGGA TAMATNYA PERANG DINGIN

KUMPULAN C

DISEDIAKAN OLEH :

BIL NAMA NO. MATRIK


1 NADIRAH BINTI KARMUSAKAR D20171079533
2 AMEIR DANIEL HAKIEM BIN AZMI D20172080496
3 NURSHUHADA BINTI WAHID D20172080637
4 NOR FARAHIN BINTI MOHD HALIL D20172080640
5 LINA KHALIDA BINTI ROZALI D20172080641
6 NORSYAHFINA AZLINA BINTI SAHARUDDIN D20172080645
7 RAAGINI A/P KRISHNAN D20172080717

NAMA PENSYARAH :

DR. SAHUL HAMID BIN MOHAMED MAIDDIN


PENGENALAN

Hubungan antarabangsa adalah suatu bidang pengajian yang sangat berkaitan


dengansejarah antarabangsa sebelum dan semasa sesuatu kejadian.Antara peristiwa paling
pentingdalam bidang pengkajian antarabangsa adalah perang dingin,perang dunia 1dan perang
dunia 21.Perang dingin merujuk kepada peperangan yang tidak hanya melibatkan penggunaan
senjata sebaliknya turut melibatkan peperangan dari segi ideologi. Istilah perang dingain ini
telah dikeluarakan oleh Walter Lippman pada tahun 1945. Secara terperininya perang dingin
telahmelibatkan dua pelaku utama yang mempunyai ideologi yang berbeza iaitu Amerika dan
Soviet Union. Dalam hal ini,Amerika telah mengamalkan ideologi demokrasi yang mana jelas
berbeza dengan Soviet Union yang mengamalkan ideologi sosialisme. Perang dingin mula
merebak ke AsiaTenggara dengan tercetusnya perang korea .

Asia tengara merujuk kepada kawasan yang merangkumi kawasan Indochina ,


Malaysia dan kepulauan sekitarnya yang berada di tengah- tengah garisan khatulistiwa .Asia
tenggara seringkali terlibat dalam pelbagai ketidakkestabilan alam luarnya Oleh itu mereka
senang tertunduk kepada kuasa lain terutamanyakuasa besar seperti Amerika. Asia Tenggara
telah menjadi sebahagian dari perang dingin apabila berlaku penularan fahaman komunis dari
Soviet Union serta dari China. 0leh kerana khuatir akan penularan aliran komunis pula Asia
Tenggara,Amerika telah bertindak untuk campurtangan dalam urusan negara seperti di
Vietnam. Amerika telah melakukan usaha bagi mengekang kemaraan komunis sama ada secara
langsung atau tidak langsung. Keadaan ekonomiAmerika yang stabil serta kemajuan dalam
bidang teknologi menyebabkan mereka lebih mudah untuk terlibat dalam perang dingin .Pada
ketika itu,Amerika adalah kuasa yang paling hebat berbanding negara lain dan hal ini telah
terbukti sehingga ke hari ini.

1
Richard Saull, Rethinking Theory and History in the Cold War, The State, Military Power and Social Revolution,
London MPG: Books Ltd, 2001; hlm,85
1.0 PENGARUH AMERIKA SYARIKAT DI ASIA TENGARA : ASPEK BUDAYA DAN
HIBURAN

Teori modenisasi diperkenalkan selepas perang dunia kedua, apabila pembangunan dan
hala tuju masyarakat Amerika Syarikat dan Eropah Barat mula berubah akibat pengembangan
industry dan perubahan ketara seperti perubahan sosial, kesan daripada perang dunia kedua
(1939-1954).2 Akibat daripada itu, mereka mula mengamalkan corak kehidupan moden melalui
perubahan di persekitaran antaranya masyarakat Melayu dan Indonesia. Oleh itu, masyarakat
melayu mula mengikut acuan kehidupan cara barat, bersikap individu, materialistic,metokrasi
dan hiburan.3 Pengaruh media massa yang semakin berkembang dengan pengenalan pelbagai
gajet dan aplikasi internet media baharu.

Sejak kelahiran budaya popular pada tahun 1960-an di Amerika Syarikat yang
mendorong Flower Generation tumbuh dan berkembang, budaya ini tidak pernah luput dari
stigma negatif. Fenomena ini disebabkan oleh munculnya hippie yang merupakan gerakan
budaya saingan yang mengadopsi gaya hidup komunal dan nomaden, serta dipengaruhi oleh
hallucinogenic drugs.4 Kaum hippies melakukan gerakan budaya saingan dengan melakukan
seks bebas dan pengunaan dadah dan alcohol. Kuatnya kapitalisme barat membuat gaya hidup
hippies dan budaya belia tersebut dieksploitasi untuk meraih keuntungan. Simbol-simbol yang
pada mulanya bertujuan menentang budaya dominan dan budaya konsumerisme ini berubah
menjadi fashionable dan melambangkan hegemoni yang sekaligus mencetus budaya popular.
Budaya popular tidak dapat lepas daripada proses Amerikanisasi.5 Oleh sebab itu, proses
Amerikanisasi yang panjang sejak tahun 1960-an hingga saat ini membuat monopoli budaya
tidak dapat dihindari lagi.

1.1 PENGARUH BUDAYA POPULAR TERHADAP REMAJA

Pada era globalisasi ini berbagai budaya dengan bebas masuk ke suatu bangsa dan dapat
mengubah jati diri kaum muda yang sedang mencari pengukuhan dalam kehidupan mereka.

2
Mohd Yuszaidy Mohd Yusoff, Muammar Ghaddafi Hanafiah, 2015. Impak Media Baharu Terhadap Sistem
Nilai Masyarakat Melayu di Malaysia. Universiti Kebangsaan Malaysia. Hlm 36.
3
Ibid, hlm 36
4
Rizky Hafiz Chaniago & Fuziah Kartini Hassan Basri, Budaya Popular Dan Komunikasi: Impak Kumpulan
Slank Terhadap Slankers Di Indonesia. Jurnal Komunikasi, Malaysian Journal of Communication Jilid 27(1): 91-
100, Universiti Kebangsaan Malaysia. Hlm 92.
5
Ibid, hlm 93
Impak budaya popular dalam kalangan remaja Indonesia tidak luput daripada peranan media
massa yang berhasil mengkonstruksi jati diri mereka. MTV adalah salah satu mesin raksasa
penghancur identiti dan fabrik yang memproduksi hegemoni, imitasi, atau replika daripada para
ikon pop.

Kekuatan pengaruh Barat melalui komunikasi massa telah menciptakan budaya popular
yang menampilkan citra diri hedonistik sebagai sebahagian daripada kehidupan remaja yang
umumnya dimiliki remaja konsumtif dan glamor. Berger menyebut gejala demikian sebagai
munculnya “urbanisasi kesedaran” (Rakhmat 1997). Menurut McQuail (1972), kemajuan pesat
teknologi komunikasi dan informasi yang pada gilirannya telah menciptakan wajah baru
industrialisasi dan terus menyerap ke alam bawah sedar masyarakat sebagai “industri
kesedaran” sehingga mengendalikan publik massa baru.6

2.0 PENGARUH KETENTERAAN

Perancis telah mengancam untuk menguasai Vietnam kembali pada tahun 1946
terutamanya di bahagian utara Vietnam. Amerika Syarikat telah membantu Perancis di
Vietnam Selatan dengan dasar luarnya daripada ancaman ideologi komunis dengan dasar
pembendungan dan lindungan dari aspek politik, kewangan dan ketenteraan kepada Vietnam
Selatan.7 Pada 26 Oktober 1955, Vietnam Selatan secara rasmi menjadikan dirinya sebagai
Republik Vietnam iaitu anti-komunis.8 Pada tahun 1961, John F. Kennedy telah menghantar
16,000 tentera Amerika Syarikat bertaraf penasihat ke Vietnam Selatan bagi membantu dalam
menentang Vietnam Utara.9

Di samping itu, Amerika Syarikat juga, telah memberikan bantuan di Indonesia melalui
membangunkan ekonomi disana dengan memberikan modal kepada Indonesia dan
mengadakan aktiviti perdagangan secara import dan eksport malah bantuan ketenteraan juga
telah diberikan kepada Indonesia apabila mereka diserang oleh musuh terutama pihak komunis.
Selain itu, Amerika Syarikat secara berterusan telah memberikan bantuan kepada Filipina dari
segi ekonomi telah menempatkan pangkalan tenteranya di Filipina akibat kebimbangan

6
Ibid hlm 95
7
Hoang Ngoc Thanh & Than Thi Nhan Duc, 2001, “Presiden Ngo Dinh Diem and The US His Overthrow and
Assassination”, hlm. 12-23.
8
Ibid.
9
Muhamad Takiyuddin Ismail, 2007, “Aliran Neokonservatif dalam Dasar Luar Amerika Syarikat: Satu
Analisis Terhadap Pengembangan Idea, Peranan dan Pengaruh”, Kedah : Universiti Utara Malaysia, hlm. 28.
Filipina jatuh ke tangan Soviet Union. Tambahan pula, Filipina juga telah memberikan bantuan
ketenteraan kepada Amerika Syarikat dalam peperangan Vietnam.

Penubuhan SEATO juga merupakan salah satu bantuan dari Amerika Syarikat.
Southeast Asia Teraty Organization (SEATO) merupakan satu penyatuan yang telah
ditandatangani pada 8 September 1954 di Manila oleh 8 buah negara iaitu Thailand, Filipina,
Pakistan , Amerika Syarikat, Perancis, Britain, New Zealand dan Australia. SEATO juga
merupakan penyatuan yang bersifat ketenteraan yang dianjurkan oleh Amerika Syarikat bagi
membendung pengaruh komunis dari masuk ke Asia Tenggara.10 Singapura yang telah keluar
dari Tanah Melayu11 juga telah membenarkan pihak Amerika Syarikat untuk meletakkan
pengkalan tenteranya di negaranya. Hal ini kerana, Perdana Menteri Singapura pada ketika itu
bersifat anti-komunis.

3.0 PENGARUH KAPATALIS DI NEGARA ASIA TENGGARA

3.1 MENENTANG PENGEMBANGAN KOMUNIS

Tindakan Amerika selepas perang di Asia Tenggara ialah perjuangan menentang


ancaman pengembangan komunis. Amerika Syarikat perlu melibatkan diri ke atas negara Asia
Tenggara untuk meluaskan wilayah jajahannya di Filipina. Bagi negara Asia Tenggara lain,
Amerika terlibat dalam konfrontasi Perang Dingin untuk menjadikan kemerdekaan negara
tersebut mendapat perhatian penting. Keadaan ini dapat dilihat melalui gerakan kemerdekaan
di Indonesia telah mendapat sokongan Amerika ketika AS menekan Belanda untuk menarik
diri dengan harapan demokrasi kapitalis pro-Barat yang bebas akhirnya muncul.12

Bagi negara luar Indochina bersekutu dengan Amerika, Perang Dingin memberi
manfaat, selain mempercepat proses dekolonisasi. Dua aspek penting kesan perang di negara
Asia Tenggara ialah sokongan Amerika terhadap Jepun secara khusus memperlihatkan Jepun

10
Peter Calvocoressi, 1993, “Politik Dunia Sejak 1945”, terjemahan. Abdul Ghaffar Laili , Kuala Lumpur :
Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm. 501.
11
Ibid, hlm. 497.
12
Mark Beeson, “The United States and Southeast Asia : Change and Continuity in American Hegemony”,
London : Routledge. (2003). hlm. 4 Diakses pada November 4, 2020 daripada
https://www.researchgate.net/profile/Mark_Beeson2/publication/242235491_The_United_States_and_Southeast
_Asia_Change_and_Continuity_in_American_Hegemony_Forthcoming_in_Jayasuriya_K_ed_Crisis_and_Chan
ge_in_Regional_Governance_London_Routledge/links/569fab3908aee4d26ad274c8/The-United-States-and-
Southeast-Asia-Change-and-Continuity-in-American-Hegemony-Forthcoming-in-Jayasuriya-K-ed-Crisis-and-
Change-in-Regional-Governance-London-Routledge.pdf
memainkan peranan penting sebagai ekonomi perindustrian Asia yang berjaya. Ini bermakna
ianya akan menjadi sumber pelaburan selanjutnya di Asia Tenggara. Perkara kedua ialah tanpa
sokongan ekonomi Amerika sama ada bantuan, pelaburan dan pasaran Amerika Utara yang
besar, pembangunan akan menjadi lebih perlahan dan berorientasikan eksport yang mencirikan
pengembangan ekonomi di seluruh rantau ini lebih sukar untuk dikekalkan.

3.2 DASAR LUAR AMERIKA SYARIKAT

Dasar luar Amerika Syarikat terhadap Asia Tenggara menjadikan sikap pro-Amerika
dan blok bukan komunis di negara-negara tersebut. Hubungan kerjasama bertujuan untuk
memelihara demokarasi, sistem perdagangan bebas dan kawalan dadah. Namun, Asia
Tenggara menerima ancaman dari agensi Amerika Syarikat terhadap industri tekstil, getah dan
bijih timah.13Ringkasnya, Amerika Syarikat lebih mengutamakan dasar-dasarnya demi
menjaga kepentingan ekonomi dalam hubungan dengan Asia Tenggara.

3.3 PENGARUH KAPITALISME AMERIKA SYARIKAT TERHADAP


INDONESIA

Ketegangan yang berlaku diantara 2 kuasa besar iaitu Amerika Syarikat dan Soviet
Union telah mendorong kepada tercetusnya perang dingin. Rentetan daripada itu, pada tahun
1945 Indonesia telah dikuasai oleh Jepun.14 Di bawah pemerintahan presiden Sokarno telah
menjalankan dasar tidak memihak kepada mana-mana kuasa besar. Untuk menjamin
keselamatan negara, presiden Sokarno telah meminta bantuan ketenteraan daripada Belanda.
Namun, krisis yang telah berlaku diantara Belanda dan Indonesia telah menyebabkan segala
bantuan ditarik kembali. Kesan daripada itu ialah ekonomi Indonesia mula merosot berikutan
dari tumpuan utama yang diberikan kepada aspek ketenteraan.

Setelah kejatuhan pemerintahan presiden Sukarno, pemerintahan telah diambil oleh


presiden Suharto. Bagi membangunkan ekonomi dan kesejahteraan rakyat, presiden Suharto

13
Ahmad Zainudin Husin, “Dasar Amerika Syarikat Terhadap Asia Tenggara selepas Perang Dunia Kedua
sehingga Tahun 1970”, Universiti Pendidikan Sultan Idris. (2002). hlm. 3 Diakses pada November 15, 2020
daripada https://ir-upsi-edu-
my.ezpustaka2.upsi.edu.my/doc.php?t=d&id=879b27499a64f92dd53ca837f40971f55fb06fd271d0c
14
Wardaya & F. X. Baskara T, 2001, A Cold War Shadow: United States Policy toward Indonesia 1953–1963,
Marquette University, Ms 53
telah mengambil langkah dengan menumpukan kepada pembanggunan ekonomi melalui
kerjasama dengan kuasa besar iaitu Amerika Syarikat.15 Selain itu, Indonesia juga memerlukan
bantuan untuk menentang pengaruh komunis di Indonesia.

Manakala bagi Amerika Syarikat, mereka ingin menguasai dan memonopoli sumber
ekonomi Indonesia.16 Selain itu, Amerika ingin menjadikan Indonesia sebagai negara pro-Barat
dalam membantu menentang pengaruh komunis. Bagi menghapuskan pengaruh komunis
tersebut, Amerika Syarikat telah membantu membangunkan ekonomi dengan memperkenalkan
sistem kapitalisme iaitu berasaskan modal.

Dalam sistem kapitalisme, individu atau syarikat yang mempunyai modal dan harta
memiliki hak dan kebebesan untuk menjalankan perdagangan. Tambahan, Amerika Syarikat
turut memberikan bantuan dalam pasaran perdagangan seperti import dan eksport serta bantuan
ketenteraan apabila Indonesia diserang musuh.17 Ekonomi yang kuat akan menjadikan sistem
politik Indonesia lebih stabil.

4.0 DASAR PEMBENDUNGAN AMERIKA SYARIKAT DI ASIA TENGGARA.

Perang Dingin yang bermula dan bergolak di Eropah telah merebak ke Dunia Ketiga,
terutamanya ke negara yang baru merdeka di Afrika and Asia, menjelang awal 1950an.
Sehubungan itu, Asia Tenggara juga menjadi kawasan baru Perang Dingin. Sehubungan itu,
memperkatakan dasar Amerika Syarikat di Republik Indonesia dalam Perang Dingin dalam
tempoh 1950-1952. Amerika memperkenalkan dan mengaplikasikan dasar pembendungan
(Containment Policy) di wilayah Asia Tenggara. Dasar pembendungan ini diperkenalkan
susulan permulaan perang dingin pada tahun 1947.18 Dasar Pembendungan ini dilaksanakan
selari dengan objektif awal dasar yang diperkenalkan oleh presiden Roosevalt iaitu menjadikan
wilayah asia tenggara ini sebagai sebuah wilayah yang aman dan stabil.

15
Kivimaki Timo,2000, U.S-Indonesian relations during the economic crisis: Where has Indonesia's bargaining
power gone?, Contemporary Southeast Asia, Ms 528
16
Wardaya & F. X. Baskara T, 2001, A Cold War Shadow: United States Policy toward Indonesia 1953–196,
Marquette University, Ms 43
17
Kivimaki Timo,2000, U.S-Indonesian relations during the economic crisis: Where has Indonesia's bargaining
power gone?, Contemporary Southeast Asia, Ms 535
18
Mason, R. Pembendungan dan Cabaran Keberkecualian: Amerika Syarikat, Perang Dingin dan Indonesia, 1950-
1952. Jurnal Terjemahan Alam & Tamadun Melayu, 2(1) (2010): 58-82.
Matlamat utama dasar Amerika Syarikat ke atas Indonesia, seperti juga dasarnya ke
atas negara lain di rantau Asia Tenggara adalah untuk membendung rantau itu daripada jatuh
ke tangan komunis. Apabila perang dingin berlaku, muncul ancaman yang akan menggugat
pengaruh acuan yang dibawa oleh Amerika Syarikat ini iaitu acuan komunis yang diketuai oleh
Kesatuan Soviet. Diatas dasar inilah maka, dasar pembendungan atau Containment policy ini
diperkenalkan oleh Harry Truman pada tahun 1947.19 Amerika Syarikat juga memandang Asia
Tenggara sangat penting bagi keselamatan Amerika Syarikat, maka kehilangannya amatlah
bahaya kepada kedudukan Amerika Syarikat di Timur Jauh maka Amerika Syarikat
memastikan wilayah asia tenggara bebas dari ancaman komunis melalui dasar ini. Sebagai
contohnya, dasar Amerika Syarikat ke atas Indonesia memastikan kepulauan itu tidak jatuh ke
tangan komunis. Oleh itu, objektif utama dasar Amerika Syarikat adalah untuk menjadikan
Indonesia sekutu penuh kepada kuasa berikat barat dalam Perang Dingin yang semakin
meruncing. Selain itu, Amerika syarikat juga berpendapat bahawa sekiranya wilayah asia
tenggara ini jatuh kepada komunis, ia akan memberikan impak yang besar kepada Amerika
iaitu Amerika akan mengalahkan dalam perang dingin. Maka jelaslah bahawa, dasar
pembendungan ini membawa keuntungan yang besar kepada Amerika Syarikat di atas Asia
Tenggara.20

KESIMPULAN

Penglibatan Amerika Syarikat di Asia Tenggara dapat dilihat melalui tamatnya perang
dunia Kedua sehingga tamatnya perang dingin. Hal ini dapat dilihat apabila komunis semakin
berkembang dan memonopoli sumber ekonomi dari kawasan Asia Tenggara. Keadaan ini
menyebabkan Amerika Syarikat merasa tergugat dan tercabar sebagai kuasa besar pada ketika
itu. Oleh yang demikian, Amerika Syarikat telah menyusun strategi bagi menghapuskan
pengaruh komunis. Penglibatan Amerika di Asia Tenggara telah mendapatkan pelbagai kesan
positif terutama sekali terhadap bidang politik, ekonomi dan keselamatan negara.

19
Azlizan, M & Zubaidah. Persaingan Amerika Syarikat – Soviet Union dalam Pembentukan Orde Baru Paca
Perang Dunia II. Jurnal Sosiohumanika, 4(1) (2011): 68.

20
Mason, R. Pembendungan dan Cabaran Keberkecualian: Amerika Syarikat, Perang Dingin dan Indonesia, 1950-
1952. Jurnal Terjemahan Alam & Tamadun Melayu, 2(1) (2010): 58-82.
RUJUKAN

Richard Saull, Rethinking Theory and History in the Cold War, The State, Military Power
and Social Revolution, London MPG: Books Ltd, 2001; hlm,85

Mohd Yuszaidy Mohd Yusoff, Muammar Ghaddafi Hanafiah, 2015. Impak Media Baharu
Terhadap Sistem Nilai Masyarakat Melayu di Malaysia. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Diperoleh daripada :

https://www.researchgate.net/publication/323655728_IMPAK_MEDIA_BAHARU_TERHA
DAP_SISTEM_NILAI_MASYARAKAT_MELAYU_DI_MALAYSIA

Rizky Hafiz Chaniago & Fuziah Kartini Hassan Basri, Budaya Popular Dan Komunikasi:
Impak Kumpulan Slank Terhadap Slankers Di Indonesia. Jurnal Komunikasi, Malaysian
Journal of Communication Jilid 27(1): 91-100, Universiti Kebangsaan Malaysia

https://www.slideshare.net/MdReyzulMustafa/peranan-amerika-syarikat

Hoang Ngoc Thanh & Than Thi Nhan Duc, 2001, “Presiden Ngo Dinh Diem and The US His
Overthrow and Assassination”, hlm. 12-23.

Muhamad Takiyuddin Ismail, 2007, “Aliran Neokonservatif dalam Dasar Luar Amerika
Syarikat: Satu Analisis Terhadap Pengembangan Idea, Peranan dan Pengaruh”, Kedah :
Universiti Utara Malaysia, hlm. 28.

Peter Calvocoressi, 1993, “Politik Dunia Sejak 1945”, terjemahan. Abdul Ghaffar Laili , Kuala
Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm. 501.

Mark Beeson, “The United States and Southeast Asia : Change and Continuity in American

Hegemony”, London : Routledge. (2003). Daripada

https://www.researchgate.net/profile/Mark_Beeson2/publication/242235491_The_United_Sta
tes_and_Southeast_Asia_Change_and_Continuity_in_American_Hegemony_Forthcoming_in
_Jayasuriya_K_ed_Crisis_and_Change_in_Regional_Governance_London_Routledge/links/
569fab3908aee4d26ad274c8/The-United-States-and-Southeast-Asia-Change-and-Continuity-
in-American-Hegemony-Forthcoming-in-Jayasuriya-K-ed-Crisis-and-Change-in-Regional-
Governance-London-Routledge.pdf

Ahmad Zainudin Husin, “Dasar Amerika Syarikat Terhadap Asia Tenggara selepas
Perang Dunia Kedua sehingga Tahun 1970”, Universiti Pendidikan Sultan Idris. (2002).

https://ir-upsi-edu my.ezpustaka2.upsi. edu.my/doc.php?t =d&id=879b27499

a64f92dd53ca837f40971f55fb06fd271d0c

Wardaya & F. X. Baskara T, 2001, A Cold War Shadow: United States Policy toward
Indonesia 1953–1963,
Marquette University, Ms 53

Kivimaki Timo,2000, U.S-Indonesian relations during the economic crisis: Where has
Indonesia's bargaining power gone?, Contemporary Southeast Asia, Ms 528

Wardaya & F. X. Baskara T, 2001, A Cold War Shadow: United States Policy toward
Indonesia 1953–196,
Marquette University, Ms 43

Kivimaki Timo,2000, U.S-Indonesian relations during the economic crisis: Where has
Indonesia's bargaining power gone?, Contemporary Southeast Asia, Ms 535

Mason, R. Pembendungan dan Cabaran Keberkecualian: Amerika Syarikat, Perang Dingin dan
Indonesia, 1950-1952. Jurnal Terjemahan Alam & Tamadun Melayu, 2(1) (2010): 58-82.

Azlizan, M & Zubaidah. Persaingan Amerika Syarikat – Soviet Union dalam Pembentukan
Orde Baru Paca Perang Dunia II. Jurnal Sosiohumanika, 4(1) (2011): 68.

Anda mungkin juga menyukai