Anda di halaman 1dari 14

Bincangkan faktor-faktor yang mempengaruhi fenomena Dekolonisasi

yang berlaku selepas Perang Dunia Kedua.

Oleh:

SITI SYAHIRA BINTI MUSTAPA


NURFIZZILA BINTI MOHAMED KASSIM
Program Sejarah
Fakulti Kemanusiaan Seni dan Warisan
UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

ABSTRAK

Dalam sejarah, Dekolonisasi merupakan salah satu kejadian yang terpenting dalam Sejarah
di dunia. Dekolonisasi menjadi masa transisi yang menyimpulkan sejarah Kolonisasi dan
menentukan arah suatu negara bekas jajahan Pascakolonisasi. Makalah ini menjelaskan
faktor-faktor yang mendorong kepada Dekolonisasi negara-negara yang dijajah oleh kuasa
Barat. Kaedah kajian yang digunakan ialah dengan menggunakan pendekatan kualitatif iaitu
merujuk kepada sumber-sumber sekunder seperti buku, artikal dalam Jurnal, serta sumber
laman sesawang. Sumber-sumber tersebut telah dianalisis secara kualitatif. Berdasarkan
analisis yang digunakan melalui sumber-sumber yang telah diperolehi, dapatan awal kajian
ini ialah, euforia kemerdekaan sebuah negara dalam cenderung memberikan makna bahawa
Dekolonisasi merupakan suatu kemenangan dan pengambilalihan segala kepemilikan negara
secara keseluruhannya.

Kata Kunci: Dekolonisasi, Asia, Afrika


1.0 PENDAHULUAN

Istilah Dekolonisasi berasal dari bahasa Inggris, Decolonization yang terdiri dari de
(tidak) dan Colonization (penjajahan). Dua kata tersebut dapat didefinisikan sebagai
kemerdekaan. Sejak permulaan abad-20 bangsa-bangsa di kawasan Asia-Afrika mula
bangkit menentang kekuasaan bangsa-bangsa Eropah. Perjuangan yang dilakukan oleh
bangsa-bangsa di Asia-Afrika itu bertujuan untuk mencapai kemerdekaannya agar terbebas
daripada segala bentuk kekuasaan bangsa asing. Semangat perjuangan bangsa ini
meningkat dikawasan negara sekitar Asia dan Afrika. Lalu muncul proses Dekolonisasi di
kawasan Asia-Afrika bermula oleh bangkitnya semangat Rasionalism lalu seterusnya
mendorong kepada kemunculan gerakan Nasionalisme. Proses pelepasan negara jajahan
dari negara induknya ini disebut proses dekolonisasi. Dekolonisasi adalah istilah yang dipakai
bangsa-bangsa Eropah di dalam menjalankan praktik imperialism dan kolonialisme di
wilayah Asia dan Afrika.

Pasca-Perang Dunia Kedua, semangat untuk menentukan nasib sendiri dari Negara-
negara jajahan sangat mendominasi Negara-negara Asia dan Afrika seperti India, Filipina,
Turki, dan Mesir. Semangat untuk menentukan nasib sendiri ini juga menular ke Indonesia.
Proses dekolonisasi Negara-negara Asia dan Afrika kemudian menjadi fenomena yang
dominant pada akhir Perang Dunia Kedua. Runtuhnya kekuasaan Kolonial di kawasan Asia
dan Afrika ini menjadi awal dari berubahnya struktur politik global. Jumlah Negara-negara
menjadi berkembang lebih banyak. Tercatat pada pasca Perang Dunia Kedua jumlah Negara
mencapai 51 negara, dan ketika ini telah mencapai 192 negara. Proses Dekolonisasi ini
dipicu oleh adanya gerakan-gerakan nasionalisme yang berkembang di masing-masing
Negara di Asia dan Afrika. Tercatat seperti Gerakan Turki Muda, Gerakan Nasionalisme
Filipina, Gerakan Nasionalisme Cina, Gerakan Nasionalisme India, dan berbagai gerakan
serupa yang muncul di Negara-negara seperti Cina, Jepun, Mesir, Libya,India, dan lainnya.

Pada umumnya kemerdekaan tidak akan diberikan sebagai hadiah tetapi


kemerdekaan biasanya direbut dengan kekuatan senjata sesuatu negara. Puncak kejayaan
kaum imperialis Barat telah terjadi dua kali perang besar iaitu Perang Dunia Pertama dan
Perang Dunia Kedua. Kedua-dua perang tersebut sangat berpengaruh terhadap perjuangan
nasionalisme atau pergerakan kemerdekaan bangsa-bangsa di Asia dan Afrika

Misalnya, Dekolonisasi di India muncul dengan tertubuhnya All Indian National


Congress, atau biasa disebut Congress. Congress adalah semacam Persatuan rakyat yang di
terdapat wakil-wakil dari golongan hindu, Budha, dan Islam. Tokoh-tokohnya yang terkenal
antara lain Mahatma Gandhi, Ali Liqut Khan, Jawaharlal Nehru, Mohammad Ali Jinnah, B.G
Tilaq dan Banerjee. Di antara mereka yang paling menonjol adalah Mahatma Gandhi.

Manakala di China, Pada tahun 1900 terjadi pemberontakan Boxer, sebagai wujud
kebencian rakyat Cina terhadap orang-orang barat yang menduduki tanah airnya.
Pemberontakan ini dipimpin oleh Ratu Tshe -Shi. Akan tetapi pemberontakan boxer berhasil
dipadamkan oleh bersatunya bangsa bangsa Eropah di Cina. Kekalahan-kekalahan yang di
hadapi oleh rakyat China dalam menghadapi bangsa Asing menyedarkan rakyat Cina untuk
menentang penjajahan melalui proses Dekolonisasi. Muncul tokoh Nasional China iaitu Dr.
Sun Yat sen. Dasar perjuangan Sun Yat Sen di kenal dengan "San Min Chu-i atau tiga asas
kerakyatan yang meliputi Nasionalisme atau kebangsaan, Demokrasi atau kedaulatan rakyat,
Sosialisme atau kesejahteraan sosial. Pada 2 Januari 1912 Sun Yat Sen memproklamasikan
berdirinya Republik China yang berpusat di Canton. Presiden pertamanya adalah Yuan Shih
Kai (1912-1916) yang kemudian digantikan oleh Sun Yat Sen (1916-1925).

2.0 SOROTAN LITERATUR

Menurut C. Jansen dan Osterhammel (2013) Dekonolonisasi merupakan proses


dimana tanah tanah jajahan Barat diseberang laut bebas dari negara penjajah proses yang
berperingkat-peringkat dan bukannya secara kekerasan untuk beberapa bahagian tanah
jajahan.1

Zartman (1976) menyatakan antara tahun 1945 hingga 1960 tiga buah negara dalam
Asia dan Afrika menerima kuasa autonomi kemerdekaan daripada koloni Eropah tanpa satu
proses dekolonisasi. Di sesetengah kawasan begitu aman dan teratur yang mana
kemerdekaan dicapai hanya selepas berlakunya revolusi yang berpanjangan. Di beberapa
negara yang baru merdeka pula memperoleh kerajaan yang stabil hampir keseluruhannya
manakala yang lainnya diperintah oleh pemimpin yang diktator selama beberapa dekad
ataupun mengalami perang saudara yang panjang. Sesetengah kerajaan Eropah
menyambut hubungan diplomatik dengan bekas tanah jajahan dengan baik dan yang
lainnya hanya menentang Dekolonisasi ketenteraan.2

Manakala nemurut Mingst (1980) , Proses dekolonisasi bertepatan dengan Perang


Dingin antaranya Soviet Union dan Amerika Syarikat serta perkembangan awal Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu. Proses dekolonisasi ini sering dipengaruhi oleh persaingan kuasa-
kuasa lain dan mempunyai kesan yang pasti terhadap evolusi dalam persaingan tersebut
dan ia juga mengubah corak hubungan antarabangsa dengan lebih mendalam.
Pengwujudan negara-negara baru menduduki kawasan yang strategik dan mempunyai
sumber alam yang baik tetapi sebahagian negara pula sangat miskin. Hal ini mengubah
komposisi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan kerumitan politik disetiap rantau di
dunia.3

Menurut Thomson (2010) menyatakan bahawa pada pertengahan hingga akhir abad
ke 19, kuasa-kuasa Eropah menjajah dikebanyakan negeri di Asia dan Afrika. Ketika era
imperialisme, kuasa Eropah menganggap benua Asia dan Afrika sebagai sumber ekonomi
kerana kekayaan sumber bahan mentah dan tenaga buruh yang ramai. Walau
bagaimanapun, negara jajahan dieksploitasi dengan begitu kejam untuk mendapatkan
bahan mentah dan tenaga buruh. Di samping itu, pengenalan pemerintah kolonial telah

1
Jan C. Jansen & Jürgen Osterhammel. 2013. Decolonization: A Short History. United Kingdom: Princeton
University Press. Hlm 2.

2
I.W. Zartman. 1976. ‘Europe and Africa: Decolonization or Dependency?’, New York: Foreign Affairs. Vol. 54.
No.2. Hlm 325-343.

3
K. Mingst. 1980. ‘French Intervention in Africa: Depedency or Decolonization”, London: Africa Today. Vol. 27.
No.2. Hlm 5-20.
menarik semula sempadan dengan membahagikan banyak kumpulan etnik dan linguistik
serta meletakkan ianya sebagai asas untuk mewujudkan banyak negeri yang tidak
mempunyai hubungan geografi, linguistik, etnik dan politik.4

Ekeh (1975) punya menyatakan bahawa Dekolonisasi yang dialami oleh Asia dan
Afrika secara kontinental dikenal dengan sebutan ‘wind of change’ karena sifatnya yang
cenderung terjadi secara menyeluruh pada tahun 1960 sehingga 1970. Dekolonisasi tberlaku
disebabkan oleh beberapa perkara, salah satunya adalah karana Perang Dunia Kedua, yang
digesa oleh Amerika Syarikat untuk melepaskan jajahannya. Self-determination menjadi
sebuah ‘Fahaman Asas’, sehingga banyak penjajah Eropah melepaskan begitu sahaja negara
jajahan mereka bukan karana ada perebutan kekuasaan antara pribumi dan penjajah, tetapi
adalah sebagai obligasi moral daripada Tekanan Antarabangsa seperti melalui Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).5

3.0 FAKTOR-FAKTOR DEKOLONISASI

3.0.1 PERANG DUNIA PERTAMA DAN KEDUA

Selama Perang Dunia Pertama, hampir seluruh negara Eropah terlibat dalam
peperangan yang menjadikan kehancuran. Oleh kerana itu, bangsa Asia dan Afrika
meningkatkan tuntutannya kepada negara-negara penjajah, iaitu pembaharuan dalam
pemerintahan dan pembentukan lembaga perwakilan rakyat. Akibat krisis ekonomi setelah
Perang Dunia Pertama, negara-negara kolonial berusaha untuk lebih mengaut kekayaan di
negara-negara jajahannya di Asia dan Afrika. Hal ini menyebabkan terjadinya beberapa
bentuk proses penetangan yang lebih radikal.

Berakhirnya Perang Dunia Kedua (1939–1945) melahirkan Piagam Atlantik (Atlantic


Charter) yang terdapat beberapa hal penting yang menyangkut HAM (Hak Asasi Manusia),
antara lain setiap negara dilarang mengambil wilayah negara lain dan penegasan bahawa
setiap bangsa berhak menentukan nasibnya sendiri (self-determination). Hal ini merupakan
landasan utama bagi perjuangan kemerdekaan bagi negara-negara yang dijajah sehingga
mendorong perkembangan kemerdekaan negara terjajah untuk mencapai kemerdekaan.

Tahun 1945 yang membuat akselerasi proses Dekolonisasi di Asia Afrika. Proses
pelepasan negara jajahan dari negara induknya ini disebut proses Dekolonisasi. Dekolonisasi
adalah istilah yang dipakai bangsa-bangsa Eropah di dalam menjalankan praktik
imperialisme dan kolonialisme di wilayah Asia dan Afrika. Dengan didasari oleh semangat
untuk menentukan nasib sendiri (self-determination), faktor ideologi dan strategi

4
A. Thomson. 2010., An Introduction to African Politics, New York: Routledge. Hlm 14-17.

5
P. Ekeh. 1975. ‘Colonialism and the Two Publics in Africa: A Theoretical Statement,’ Comparative Studies in
Society and History, United Kingdom: Princeto University Press. Vol. 17, No. 1, Hlm 93.
Imperialisme yang dimiliki oleh pergerakan-pergerakan kebangsaan negara-negara di Asia
Afrika harus berjuang secara fizikal untuk meraih kemerdekaan.6

3.0.2 PERANAN PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU (PBB)

Piagam Piagam Atlantik (Atlantic Charter) tersebut menjadi landasan berdirinya


Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu. Pada tahun 1945 telah berlakunya akselerasi proses
Dekolonisasi di Asia Afrika. Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu telah menyelia beberapa
kenyataan melalui United Nations Trusteeship Council (UNTC). Pada tahun 1960, telah
keluar deklarasi terhadap keperluan kepada kemerdekaan melalui negara-negara kolonial
dan masyarakat (Declaration on the Granting of Independence to Colonial Countries and
Peoples) dengan menyatakan bahawa setiap manusia mempunyai hak dalam menentukan
diri dan hala tuju mereka termasuklah menghapuskan Kolonialisme menyeluruh tanpa
syarat.

Kewujudan kawasan perindustrian tempatan menyebabkan pengwujudan kepada


bandar-bandar baharu di Afrika dan perkembangan masyarakat seiring dengan aktiviti
kemajuan kawasan perindustrian serta perdagangan kesatuan. Sebagai tambahan, kesatuan
sekerja perbandaran menyebabkan peningkatan literasi yang membenarkan akhbar pro-
kemerdekaan sehinggalah pada 12 Februari 1941, Presiden Amerika Syarikat iaitu Franklin
D. Roosevelt dan Perdana Menteri Britain Winston Chruchill mengadakan pertemuan dan
membuat perbincangan tentang pasca-perang. Hasil daripada perbincangan tersebut
wujudnya Piagam Atlantik yang diperkenalkan oleh Roosevelt yang mana salah satu
peruntukan daripada Piagam tersebut menyatakan tentang kuasa autonomi koloni, Hak
Asasi Manusia (HAM) dan antara lain setiap negara dilarang mengambil wilayah negara lain
dan penegasan bahawa setiap bangsa berhak menentukan nasib negaranya sendiri. Hal ini
merupakan landasan universal untuk perjuangan kemerdekaan bagi negara-negara koloni
sehingga mendorong perkembangan kemerdekaan negara koloni untuk mencapai
kemerdekaan. Piagam tersebut juga menjadi landasan berdirinya Pertubuhan Bangsa
Bangsa Bersatu.

Oleh itu, selepas Perang Dunia Kedua wujudnya tekanan ke atas Britain untuk
mematuhi Piagam Atlantik ini. Apabila Winston Churchill memperkenalkan piagam tersebut
kepada ahli parlimen, beliau tidak sengaja menjadikan tanah jajahan koloninya ditawan oleh
negara-negara Jerman untuk mendapatkan kelulusan. Namun, selepas Perang Dunia Kedua
koloni Afrika dianggap ‘anak-anak’ dan tidak matang. Disebabkan oleh itu, demokratik
kerajaan hanya diperkenalkan di peringkat tempatan sahaja. Oleh itu, pada tahun 1930,
pihak penjajah telah meneliti pemimpin elit yang mendapat pendidikan di universiti-universiti
barat seperti Kenyatta dari Kenya, Nkrumah dari Gold Coast Ghana, Senghor dari Senegal
dan Houphouet-Boigy dari Cote-d’lvoire yang maan kesemua pemimpin elit ini
memperjuangkan kemerdekaan di negara mereka.

6
Kanya-Forstner, Alexander S. 2000. The war, imperialism, and decolonisation. Connecticut: Yale University.
Hlm. 231-262.
Negara-negara baru merdeka yang muncul pada tahun 1950 an dan 1960 an
menjadi faktor penting dalam mengubah keseimbangan kuasa di dalam Pertubuhan Bangsa-
Bangsa Bersatu (PBB). Pada tahun 1946, terdapat 35 buah negara anggota dalam
Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebagai negara yang baru merdeka daripada Dunia
Ketiga menyertai organisasi oleh keanggotaan tahun 1970 telah meningkat menjadi 127.
Negara anggota yang baru ini mempunyai beberapa ciri yang sama, mereka tidak seperti
negara-negara membangun, menghadapi masalah dalaman yang merupakan hasil dari
zaman penjajahan mereka yang kadang-kadang meletakan mereka bertentangan dengan
negara-negara Eropah dan membuatkan mereka curiga tentang struktur kerajaan. Negara-
negara ini menjadi penyokong dalam hak bersuara untuk meneruskan Dekolonisasi dengan
keputusan Dewan Perhimpunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sering
mendahului Dewan Keamanan mengenai isu-isu pemerintahan dan Dekolonisasi. Negara-
negara baharu memaksa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk menerima
resolusi untuk kemerdekaan bagi negara-negara kolonial dan membuat Jawatankuasa khas
mengenai penjajahan menunjukkan bahawa beberapa negara terus berjuang untuk
kemerdekaan di mata masyarakat antarabangsa ketika era penjajahan berakhir.

3.0.3 PERANG DINGIN

Perang Dingin berlaku sejak tamatnya Perang Dunia Kedua sehinggalah tahun 1989,
apabila sistem komunis Soviet Union hancur. Perang Dingin yang berlaku adalah disebabkan
kerana ideologi dan fahaman politik yang berbeza. Hal ini merujuk kepada persaingan kuasa
yang berlaku antara blok kapitalis yang diketuai oleh Amerika Syarikat dengan blok komunis
yang diketuai oleh Soviet Union. Perang ini juga dikenali sebagai Perang Dingin kerana tidak
berlaku sebarang konflik bersenjata secara langsung antara Kedua-dua blok ini.

Namun, Kedua-dua blok ini ingin membuktikan kekuatan masing-masing dan mereka
berusaha menyebarkan pengaruh dan memajukan kepentingan masing-masing di Eropah
dan juga di Asia melalui propaganda serta bantuan ekonomi dan ketenteraan. Perang Dingin
yang berlaku semasa era Dekolonisasi ini telah menjadikan Asia Tenggara sebagai medan
persaingan antara Blok Komunis yang diketuai oleh Soviet Union dan Blok Bukan Komunis
(kapitalis) yang di ketuai oleh Amerika Syarikat bagi meluaskan pengaruh dan ideologi
mereka. Persaingan antara Kedua-dua blok ini boleh dilihat dalam Perang Vietnam.7

Perang Dunia Kedua membawa perubahan yang sangat luas dalam hidupan
masyarakat dunia, baik dalam bidang politik, ekonomi, maupun sosial budaya. Dalam bidang
politik, perang Dunia Kedua menyebabkan Amerika Syarikat dan Soviet Union yang
tergabung dalam pihak sekutu sebagai ‘pemenang’ dalam Perang Dunia Kedua tampil
sebagai negara besar yang berkuasa dan berperanan sebagai pemegang hegemoni politik
di dunia. Kerana Amerika Syarikat dan Soviet Union merasa sama kuat maka terjadilah
persaingan dan perebutan pengaruh sebagai negara nombor satu di dunia. Amerika Syarikat
semakin kuat pengaruhnya dan berupaya menyebarluaskan fahaman liberal dengan cara
membantu negara yang hancur akibat Perang Dunia Kedua.

7
Nicholas Tarling. 1998. Cold War. Cambridge University Press. Hlm 33-37
Untuk menghalang pengaruh komunis maka Amerika Syarikat dan negara-negara
yang tergabung dalam Blok barat mendirikan pertubuhan bersama pada tahun 1949 yang
disebut NATO (North Atlantic Treaty Organization) atau Organisasi Pertahanan Atlantik
Utara. Soviet Union yang juga menjadi pemenang dalam Perang Dunia Kedua juga berusaha
menyebarkan pengaruh kepada negara negara yang baru merdeka dengan cara membentuk
Cominform atau Organisasi Komunis Internasional untuk dijadikan sebagai alat propaganda
dalam menyebarluaskan pengaruh ideologi komunis ke seluruh dunia. Untuk
mennyeimbangkan kekuatan NATO maka pada tahun 1955 Soviet Union mendirikan suatu
akta pertahanan iaitu Warsaw Pact yang anggotanya terdiri atas Soviet Union, Albania,
Bulgaria , Czechoslovakia, Jerman Timur, Hungary ,Poland dan Romania yang berideologi
Komunis. 8

Dengan adanya perebutan pengaruh antara Kedua negara tersebut situasi politik di dunia
kembali tegang dan mengakibatkan timbulnya rasa saling curiga dan pembinaan senjata
antara antara Kedua belah pihak sehingga masing-masing pihak diliputi susana Perang
Dingin. Perang dingin (Cold War) adalah perang dalam bentuk ketegangan sebagai
perwujudan konflik antara blok barat dan blok Timur. Ini secara tidak langsung
menggerakkan lagi proses dekolonisasi di setiap negara yang dijajah bagi mengelakkan
tersebarnya fahaman komunis. Tujuannya adalah untuk mencegah agar Kedua negara
tersebut tidak jatuh dalam pengaruh Soviet Union. Sebagai negara yang secara ekonomi
sangat kuat, Amerika Syarikat juga memberikan bantuan kepada negara-negara di kawasan
Eropah dan Asia sehingga lahirnya negara blok kapitalis atau blok barat yang berideologi
liberal kapitalis.

3.0.4 NEOKOLONISASI

Neokolonialisme, kawalan negara-negara yang belum mengakami kemajuan oleh


negara maju secara tidak langsung. Istilah Neokolonialisme pertama kali digunakan selepas
Perang Dunia Kedua untuk merujuk kepada proses pergantungan secara berterusan atas
bekas tanah jajahan yang merujuk kepada negara-negara yang dijajah, tetapi maksud
Neokolonialisme yang kemudiannya diperluas untuk diterapkan secara lebih umum, ke
tempat-tempat di mana kekuatan negara maju digunakan untuk menghasilkan seperti
penjajah eksploitasi. Istilah ini dengan jelas memberikan maksud negatif yang digunakan
secara meluas untuk merujuk kepada satu bentuk kuasa global di mana syarikat-syarikat
transnasional dan institusi-institusi global dan multilateral bergabung untuk mengekalkan
bentuk eksploitasi penjajah terhadap negara-negara membangun. Neokolonialism secara
luas diwarisi sebagai pembangunan selanjutnya kapitalisme yang membolehkan kuasa-
kuasa kapitalis (kedua-dua negara dan syarikat) menguasai negara-negara subjek melalui
operasi kapitalisme antarabangsa dan bukannya melalui kaedah langsung.

Neokolonialisme dilihat lebih umum sebagai sebuah kuasa yang melibatkan usaha
yang diselaraskan oleh bekas kuasa kolonial dan negara maju yang lain untuk menyekat
pertumbuhan di negara-negara membangun dan mengekalkan negara-negara membangun

8
F Fanon. 2005. The Wretched of the Earth. New York: Grove Press. Hlm 17-26
tersebut sebagai sumber bahan mentah murah dan buruh murah. Usaha ini dilihat sebagai
berkaitan rapat dengan Perang Dingin dan, khususnya, dengan dasar Amerika Syarikat yang
dikenali sebagai Doktrin Truman. Di bawah dasar itu kerajaan Amerika Syarikat menawarkan
sejumlah besar dana kepada mana-mana kerajaan yang bersedia menerima perlindungan
Amerika Syarikat daripada komunisme. Ini membolehkan Amerika Syarikat meluaskan
pengaruhnya dan dalam beberapa kes juga n meletakkan negara membangun tersebut di
bawah kawalannya. Amerika Syarikat dan negara maju lain juga memastikan penaklukan
negara-negara membangun. Terdapat kritikan bahawa dengan campurtangan dalam konflik
dengan memberikan bantuan dilihat memberikan kepentingan kepada kebergantungan
kuasa asing dan terhadap kepentingan negara mereka sendiri.

Penguasaan dan kebergantungan inilah yang mendorong kepada proses Dekolonisasi


di negara-negara yang membangun seperti di Asia dan Afrika. Kebangkitan rakyat daripada
negara-negara yang dijajah pada zaman kolonial melihat bahawa dengan melepaskan diri
sepenuhnya daripada kuasa Penjajah membolehkan mereka membentuk negara sendiri.
Hasrat mereka adalah membentuk negara tanpa dipengaruh oleh kuasa luar. Mereka sedar
bahawa Neokolonialism yang dilakukan dilihat bukan memberikan bantuan sepenuhnya
kepada mereka. Namun Neokolonialism merupakan salah satu bentuk kesinambungan
penjajahan kuasa baharu setelah negara-negara jajahan dilepaskan oleh penjajah asal
mereka. Gerakkan Dekolonisasi tersebut adalah suatu bentuk pelepasan sepenuhnya
daripada sebarang bentuk kuasa Kolonialisme mahupun Neokolonialism.9

3.0.5 TENTANGAN ANTARABANGSA (INTERNATIONAL OPPOSITION)

Selepas beberapa negara-negara Eropah mengalami perperangan sesama mereka


mahupun didalam tanah jajahan mereka, namun negara-negara Eropah tersebut mengalami
masalah perubahan ekonomi yang merundum secara mendadak. Hal ini kerana segala
perbelanjaan dalaman negara telah digunakan bagi tujuan peperangan. Hal ini
menyebabkan beberapa negara Eropah mengalami masalah besar dari aspek ekonomi
negara mereka terutamanya selepas Perang Dunia Kedua.

Amerika Syarikat telah menyumbangkan hampir 25,000 Juta sebagai


bantuan/pinjaman/perlaburan kepada negara-negara yang memerlukan seperti Jepun dan
beberapa negara-negara Eropah termasuk Belanda. Dengan adanya bantuan tersebut, ini
menyebabkan Amerika Syarikat menjadi negara yang paling berkuasa sehingga mereka
mampu menyekat proses kolonisasi beberapa buah negara besar terhadap negara yang
baru membangun. 10

Selepas Perang Dunia Kedua, Amerika Syarikat mengalami peningkatan dari segi
pertumbuhan ekonomi sekaligus menjadi salah sebuah negara yang berkuasa dari pelbagai

9
Sandra Halperin. 2010. Re-Envisioning Global Development: A Horizontal Perspective (Critical Issues in Global
Politics). New York: Routledge. Hlm 118-123.
10
Ensor A.G.S. 1977. A Subject Bibilography of the Second War: Book in English. London: André Deutsch.
Hlm 20-21.
aspek terutamanya dalam ekonominya.Ini telah terbukti kepada penubuhan Marshall Plan
pada tahun 1947 yang bertujuan sebagai ‘Alat Bantuan’ kewangan kepada Negara-Negara
yang memerlukan.

Dengan penubuhan Marshall Plan, Amerika Syarikat telah memberikan peluang


kepada negara-negara yang terlibat perang untuk kembali ke tempat asal mereka dengan
syarat negara kolonial tersebut melepaskan negara jajahan mereka untuk membangunkan
negara mereka sendiri. Ini yang telah terjadi apabila Amerika Syarikat telah memaksa
Belanda untuk keluar daripada Indonesia sepenuhnya sekiranya ingin memerlukan bantuan
kewangan melalui Marshall Plan. Ini menjadikan Amerika Syarikat sebagai salah sebuah
negara berkuasa besar dengan memberikan tentangan terhadap negara-negara kolonial dan
sekaligus melancarkan proses dekolonisasi di negara-negara yang terlibat.

Semasa Perang Dunia Kedua, Jepun adalah salah satu kuasa imperialis yang penting
sehingga mendorong kuasa Eropah berundur dari Asia. Selepas tahun 1945, pergerakan
nasionalis tempatan di kawasan bekas tanah jajahan Asia berkempen untuk mendapatkan
kemerdekaan dan tidak kembali kepada pemerintah kolonial Eropah. Dalam banyak kes
seperti di Indonesia dan Vietnam, kaum nasionalias ini telah menjadi gerila yang memerangi
kemerdekaan dan merayu kepada kerajaan Amerika Syarikat untuk mendapatkan sokongan.

Walaupun, Amerika Syarikat menyokong konsep untuk menentukan nasib negara


sendiri ia juga mempunyai hubungan yang kuat dengan sekutunnya iaitu Eropah dan
mempunyai tuntutan imperialisme di bekas tanah jajahan. Perang Dingin hanya berfungsi
untuk merumitkan kedudukan Amerika Syarikat kerana sokongan Amerika Syarikat untuk
dekolonisasi dKeduambangi oleh kebimbangan Amerika terhadap pengembangan komunis
dan cita-cita strategik Soviet Union di Eropah. Beberapa sekutu NATO menegaskan bahawa
harta daripada tanah kolonial mereka telah memberikan mereka kekuatan ekonomi dan
ketenteraan yang sebaliknya akan hilang kepada pakatan.

Hampir semua sekutu Eropah dan Amerika Syarikat percaya bahawa selepas
pemulihan mereka dari Perang Dunia Kedua, koloni mereka akhirnya akan menyediakan
gabungan bahan mentah dan pasaran terlindung bagi barangan siap yang akan
mengukuhkan tanah jajahan ke Eropah. Sebenarnya, ini adalah alternatif untuk
membenarkan tanah – tanah jajahan itu hilang mungkin ke dalam bidang ekonomi Amerika
Syarikat atau kuasa lain dan tidak menarik kepada setiap kerajaan Eropah yang berminat
dalam kestabilan pasca perang.

Walaupun, kerajaan Amerika Syarikat tidak banyak memaksa dalam masalah ini
namun ia menggalakkan kuasa-kuasa empayar Eropah untuk berunding tentang
pengeluaran awal dari koloni luar negeri mereka. Amerika Syarikat memberi kemerdekaan
kepada Filipina pada tahun 1946. Walau bagaimanapun, apabila persaingan Perang Dingin
dengan Soviet Union datang untuk menguasai keprihatinan dasar luar Amerika Syarikat
maka pada akhir tahun 1940- 1950 an, pentadbiran Truman dan Eisenhower semakin
meningkat kerana kuasa-kuasa Eropah yang telah banyak kehilangan koloni mereka atau
memberi mereka kemerdekaan, komunis yang disokong oleh Soviet Union mungkin
mendapatkan kuasa daripada negeri-negeri baru.11

Hal ini mungkin berfungsi untuk mengalihkan keseimbangan kuasa antarabangsa


yang menyokong Soviet Union dan menghapuskan akses kepada sumber ekonomi dari
sekutu Amerika Syarikat. Peristiwa seperti perjuangan Indonesia untuk kemerdekaan dari
Belanda 1945-1954 dan pengambilalihan sosialis nasionalis untuk memperkuat ketakutan
seperti kerajaan baru tidak langsung mengaitkan diri mereka dengan Soviet Union.

Oleh itu, Amerika Syarikat menggunakan bantuan teknikal dan kadang kala campur
tangan ketenteraan untuk menggalakkan negara-negara baru merdeka di Dunia Ketiga
untuk mengadaptasi pemerintah yang sejajar dengan Barat. Soviet Union menggerakkan
taktik yang sama dalam usaha untuk menggalakkan negara baru untuk menyertai blok
komunis dan cuba menyakinkan negara-negara yang baru berpisah bahawa komunisme
adalah ideologi ekonomi dan politik yang bukan imperialis secara intrinsik. Kebanyakan
negara-negara baru menentang tekanan yang akan dilantik ke dalam Perang Dingin
bergabung dalam gerakan yang tidak ditandatangani yang dibentuk secara intrinsik selepas
Persidangan Bandung pada tahun 1955 dan memberi tumpuan kepada pembangunan
dalaman.

3.0.6 SEMANGAT NASIONALISME

Dengan penubuhan Marshall Plan, Amerika Syarikat telah memberikan peluang


kepada negara-negara yang terlibat perang untuk kembali ke tempat asal mereka dengan
syarat negara kolonial tersebut melepaskan negara jajahan mereka untuk membangunkan
negara mereka sendiri. Ini yang telah terjadi apabila Amerika Syarikat telah memaksa
Belanda untuk keluar daripada Indonesia sepenuhnya sekiranya ingin memerlukan bantuan
kewangan melalui Marshall Plan. Ini menjadikan Amerika Syarikat sebagai salah sebuah
negara berkuasa besar dengan memberikan tentangan terhadap negara-negara kolonial dan
sekaligus melancarkan proses dekolonisasi di negara-negara yang terlibat. Pada Pasca
Perang Dunia Kedua, semangat untuk menentukan nasib sendiri dari Negara-negara jajahan
sangat mendominasi Negara-negara Asia dan Afrika seperti India, Filipina, Turki, dan Mesir.
Proses Dekolonisasi Negara-negara Asia dan Afrika kemudian menjadi fenomena yang
dominan pada akhir Perang Dunia Kedua.12

Runtuhnya kekuasaan Kolonial di kawasan Asia dan Afrika ini menjadi awal dari
berubahnya struktur politik global. Jumlah Negara-negara menjadi berkembang lebih
banyak. Tercatat pada pasca Perang Dunia Kedua jumlah Negara mencapai 51 negara, dan
saat ini telah mencapai 192 negara. Proses Dekolonisasi ini dipicu oleh adanya gerakan-
gerakan Nasionalisme yang berkembang di masing-masing Negara di Asia dan Afrika.

11
E.M. Woods. 2005. Empire of Capital. London: Verso. Hlm. 1-26.

12
Manela Erez. 2007. The Wilsonian moment. Self-determination and the international origins of anticolonial
nationalism. New York: Oxford University Press. Hlm 17-26.
Misalnya semanagt Nasionalisme Filipina yang berlaku pada tahun 1898.
Pemberontakan Katipunan dari rakyat Filipina melawan Sepanyol. Pemberontakan ini
merupakan awal dari gerakan nasionalisme di Filipina. Dipimpin oleh Jose Rizal yang
akhirnya dijatuhi hukuman mati oleh pemerintah Spanyol. Nasionalisme Filipina dilanjutkan
oleh pemimpin Emilio Aquinaldo yang berhasil mendirikan Liga Pembebasan Filipina dan
pada tanggal 12 Juni 1898 memproklamasikan Republik Filipina Merdeka. Filipina jatuh ke
tangan Amerika Syarikat dari tangan Sepanyol. Untuk menyiapkan kemerdekaan Filipina
maka Amerika Syarikat mengeluarkan Undang-Undang "The Tydings Mc Duffie Act" pada
tahun 1934. Berdasarkan undang-undang ini Filipina mendapat status Commonwealth
selama 12 tahun. Sebagai realisasi The Tydings Mc Duffie Act, kemerdekaan Filipina
dilaksanakan pada tanggal 4 Julai 1946 dengan presiden pertama Manuel Roxas. 13

3.0.7 KEMENANGAN JEPUN KEATAS RUSIA (1905)

Untuk membuktikan kekuatan ketenteraan Jepun, Korea menjadi negara sasaran


pertama Jepun. Kemenangan yang diperoleh Bangsa Jepun, menyebabkan pasukan Jepun
meneruskan penjajahan sehingga ke Manchuria. Saat itulah pasukan Jepun berhadapan
dengan negara Rusia. Kemenangan Jepun keatas Rusia ini ternyata memberikan impak yang
besar terhadap negara-negara di Asia. Negara-negara di Asia mulai bangkit menentang
penjajahan Barat. Gerakan Nasionalisme Jepun menjadi motivasi utama bangsa-bangsa lain
di Asia-Afrika untuk mendapatkan kemerdekaan.14

Perang Rusia-Jepun telah menyebabkan jatuhnya gelaran antara ‘kuasa besar’ barat
yang diberikan terhadap Rusia. Hal ini kerana, kekalahan Rusia telah mendorong kepada
timbulnya pendapat baru yang menyatakan bahawa Rusia bukan lagi salah satu ancaman
mahupun saingan kepada kuasa-kuasa besar barat yang lain. Antara lain, kekalahan ini juga
telah menyebabkan Jepun diangkat sebagai kuasa besar baru di Asia.15 Hal ini demikian
kerana, kemenangan Jepun terhadap Rusia telah menyebabkan Jepun semakin yakin dan
bersemangat untuk menjadi kuasa yang lebih besar dan mendominasi Tanah Besar Asia
serta meninggalkan pilihan untuk menjadi negara sederhana yang berjaya. Seterusnya,
perang ini juga menyebabkan Rusia menanggung malu yang sangat besar dan mula
menunjukkan sikap berkecuali daripada persidangan-persidangan antarabangsa.

3.0.8 MUNCULNYA GOLONGAN TERPELAJAR DALAM MASYARAKAT

Golongan cendekiawan muncul akibat perkembangan dan meningkatnya pendidikan.


Peningkatan golongan terpelajar tersebut menimbulkan berbagai gerakan yang menentang

13
Thomas Martin (2012). Violence and colonial order. Police, workers and protest in the European colonial
empires 1918-1940. Cambridge: Cambridge University Press. Hlm 36-38
14
Maswari Rosdi (1983). Sejarah China dan Jepun Moden 1800-1955. Kuala Lumpur: Adabi Publishing
Sdn. Bhd. Hlm 171.

15
Abu Talib Ahmad (2005). Tamadun Jepun. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm 17.
penjajah. Oleh itu, kaum cendekiawan peribumi tersebut menjadi penggerak atau pemimpin
pergerakan dalam nasionalisme yang mendorong kepada proses dekolonisasi.

Golongan terpelajar dalam masyarakat pada saat itu termasuk dalam kelompok golongan
elit kerana masih terdapat sebahagaian penduduk pribumi yang masih belum memperoleh
pendidikan. Kesempatan memperoleh pendidikan merupakan sebuah kesempatan yang
istimewa bagi masyarakat yang dijajah. Mereka memperoleh pendidikan melalui sekolah-
sekolah yang didirikan kolonial yang memiliki kualiti terbaik. Dengan pendidikan model barat
yang mereka miliki, golongan terpelajar dipandang sebagai orang yang memiliki pandangan
yang luas sehingga tidak sekadar dikenal saja tetapi mereka dianggap memiliki kepekaan
yang tinggi. Sebab selain memperoleh pelajaran di kelas mereka akan membentuk kelompok
kecil untuk saling bertukar idea menyatakan pemikiran mereka mengenai pembentukan
sesbuah negara melalui perbincangan secara ilmiah sesame mereka. Meskipun mereka
berasal daripada daerah dan latarbelakang yang berbeza tetapi mereka merasakan perlu
untuk bersatu dalam mengatasi penjajahan, kapitalisme, kemerosotan moral, peneterasi
budaya, dan kemiskinan rakyat.

Misalnya seperti di Indonesia, pergerakkan golonngan terpelajar tersebut


membentuk persatuan yang kemudiannya menjadi Organisasi Pergerakan Nasional. Mereka
membentuk organisasi-organisasi modern yang berwawasan nasional. Mereka berusaha
menanamkan pentingnya persatuan dan kesatuan bangsa, menanamkan rasa nasionalisme,
menanamkan semangat untuk mengutamakan segalanya demi kepentingan nasional
daripada kepentingan peribadi melalui organisasi tersebut. Selanjutnya melalui Organisasi
Pergerakan Nasional tersebut mereka melakukan gerakan untuk melawan penjajahan yang
selanjutnya membawa Indonesia pada kemerdekaan.16

Oleh yang demikian, Golongan terpelajar didalam masyarakat memiliki peranan yang
besar bagi setiap negara yang dijajah. Walaupun golongan terpelajar tersebut lahir secara
minoriti namun inilah yang menjadi pelopor pergerakan pembebasan Tanah air dan
berjuang melawan penjajah untuk memperoleh kemerdekaan.

4.0 KESIMPULAN

Sejak permulaan abad-20 Negara-Negara di kawasan Asia-Afrika mula bangkit


menentang kekuasaan Negara-Negara Eropah. Perjungan yang dilakukan oleh Negara-
Negara di Asia dan Afrika itu bertujuan untuk mencapai kemerdekaannya agar terbebas dari
segala bentuk kekuasaan bangsa asing. Semangat perjuangan ini meningkat dikawasan Asia
dan Afrika. Muncul proses Dekolonisasi di yang bermula oleh bangkitnya semangat
Nasionalisme dari bangsa-bangsa dikawasan Asia, Kemudian berlakunya proses Dekolonisasi
dan munculnya Negara-negara baharu di kawasan Asia Afrika melalui pelbagai bentuk
perjuangan yang dilakukan oleh bangsa-bangsa di kawasan Asia dan Afrika.

16
Sugiono Muhadi. 1999. Kritik Antonio Gramsci terhadap Pembangunan Dunia Ketiga. Yogyakarta: Pustaka
Pelajar. Hlm 37-39
RUJUKAN

Abu Talib Ahmad (2005). Tamadun Jepun. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

A. Thomson. 2010., An Introduction to African Politics, New York: Routledge.

E.M. Woods. 2005. Empire of Capital. London: Verso.

Ensor A.G.S. 1977. A Subject Bibilography of the Second War: Book in English. London:
André Deutsch.

F Fanon. 2005. The Wretched of the Earth. New York: Grove Press.

I.W. Zartman. 1976. ‘Europe and Africa: Decolonization or Dependency?’, New York: Foreign
Affairs. Vol. 54. No.2.

Jan C. Jansen & Jürgen Osterhammel. 2013. Decolonization: A Short History. United
Kingdom: Princeton University Press.

Kanya-Forstner, Alexander S. 2000. The war, imperialism, and decolonisation. Connecticut:


Yale University.

K. Mingst. 1980. ‘French Intervention in Africa: Depedency or Decolonization”, London:


Africa Today. Vol. 27. No.2.

Maswari Rosdi (1983). Sejarah China dan Jepun Moden 1800-1955. Kuala Lumpur: Adabi
Publishing Sdn. Bhd.

Manela Erez. 2007. The Wilsonian moment. Self-determination and the international origins
of anticolonial nationalism. New York: Oxford University Press.

Nicholas Tarling. 1998. Cold War. Cambridge University Press.

P. Ekeh. 1975. ‘Colonialism and the Two Publics in Africa: A Theoretical Statement,’
Comparative Studies in Society and History, United Kingdom: Princeto University
Press. Vol. 17, No. 1.
Sandra Halperin. 2010. Re-Envisioning Global Development: A Horizontal Perspective
(Critical Issues in Global Politics). New York: Routledge.

Sugiono Muhadi. 1999. Kritik Antonio Gramsci terhadap Pembangunan Dunia Ketiga.
Yogyakarta: Pustaka Pelajar.

Thomas Martin (2012). Violence and colonial order. Police, workers and protest in the
European colonial empires 1918-1940. Cambridge: Cambridge University Press.

Anda mungkin juga menyukai