Anda di halaman 1dari 2

Dasar Pembendungan Amerika Syarikat di Asia Tenggara

Perang Dingin yang bermula dan bergolak di Eropah telah merebak ke Dunia Ketiga,
terutamanya ke negara yang baru merdeka di Afrika and Asia, menjelang awal 1950an.
Sehubungan itu, Asia Tenggara juga menjadi kawasan baru Perang Dingin. Sehubungan itu,
memperkatakan dasar Amerika Syarikat di Republik Indonesia dalam Perang Dingin dalam
tempoh 1950-1952. Amerika memperkenalkan dan mengaplikasikan dasar pembendungan
(Containment Policy) di wilayah Asia Tenggara. Dasar pembendungan ini diperkenalkan
susulan permulaan perang dingin pada tahun 1947.1 Dasar Pembendungan ini dilaksanakan
selari dengan objektif awal dasar yang diperkenalkan oleh presiden Roosevalt iaitu
menjadikan wilayah asia tenggara ini sebagai sebuah wilayah yang aman dan stabil.

Matlamat utama dasar Amerika Syarikat ke atas Indonesia, seperti juga dasarnya ke atas
negara lain di rantau Asia Tenggara adalah untuk membendung rantau itu daripada jatuh ke
tangan komunis. Apabila perang dingin berlaku, muncul ancaman yang akan menggugat
pengaruh acuan yang dibawa oleh Amerika Syarikat ini iaitu acuan komunis yang diketuai
oleh Kesatuan Soviet. Diatas dasar inilah maka, dasar pembendungan atau Containment
policy ini diperkenalkan oleh Harry Truman pada tahun 1947. 2 Amerika Syarikat juga
memandang Asia Tenggara sangat penting bagi keselamatan Amerika Syarikat, maka
kehilangannya amatlah bahaya kepada kedudukan Amerika Syarikat di Timur Jauh maka
Amerika Syarikat memastikan wilayah asia tenggara bebas dari ancaman komunis melalui
dasar ini. Sebagai contohnya, dasar Amerika Syarikat ke atas Indonesia memastikan
kepulauan itu tidak jatuh ke tangan komunis. Oleh itu, objektif utama dasar Amerika Syarikat
adalah untuk menjadikan Indonesia sekutu penuh kepada kuasa berikat barat dalam Perang
Dingin yang semakin meruncing. Selain itu, Amerika syarikat juga berpendapat bahawa
sekiranya wilayah asia tenggara ini jatuh kepada komunis, ia akan memberikan impak yang
besar kepada Amerika iaitu Amerika akan mengalahkan dalam perang dingin. Maka jelaslah
bahawa, dasar pembendungan ini membawa keuntungan yang besar kepada Amerika Syarikat
di atas Asia Tenggara.3

1
Mason, R. Pembendungan dan Cabaran Keberkecualian: Amerika Syarikat, Perang Dingin dan Indonesia,
1950-1952. Jurnal Terjemahan Alam & Tamadun Melayu, 2(1) (2010): 58-82.
2
Azlizan, M & Zubaidah. Persaingan Amerika Syarikat – Soviet Union dalam Pembentukan Orde Baru Paca
Perang Dunia II. Jurnal Sosiohumanika, 4(1) (2011): 68.
3
Mason, R. Pembendungan dan Cabaran Keberkecualian: Amerika Syarikat, Perang Dingin dan Indonesia,
1950-1952. Jurnal Terjemahan Alam & Tamadun Melayu, 2(1) (2010): 58-82.

Anda mungkin juga menyukai