Anda di halaman 1dari 4

KONFLIK KASHMIR

Kashmir merupakan sebuah wilayah kecil yang terletak di India utara. Wilayah ini berbatasan

langsung dengan Pakistan di sebelah barat, Afganistan di bagia utara, dan Republik rakyat

China (RRC) di sebelah timur. Ibu kota wilayah Jammu-Kashmir yang dikuasai India ialah

Srinagar. Wilayah Jammu dan Kashmir dibahagi oleh pemerintah India atas 14 distrik.

Daerah Kashmir terdiri dari 6 distrik iaitu Anantnag, Bagdam, Baramula, Kupwara,

Pulwarma, dan Srinagar. Pada tahun 1981, terdapat tiga agama utama yang menjadi anutan

dan pegangan masyarakat di wilayah Kashmir iaitu agama Islam, agama Hindu dan agama

Buddha. Agama Islam majoriti menjadi pegangan penduduk di wilayah Gilgır, Baltistan dan

lembah Kashmır. Perebutan wilayah Kashmir merupakan dari nampak disintegrasi India

yang telah melahirkan suatu negara Pakistan. Kashmir merupakan masyarakatnya beragama

Islam, akan menjadi bahagian integral dari Pakistan.1

Terdapat banyak masalah atau konflik berlaku di Kashmir atas beberapa sebabnya. Faktor

penyebab konflik di Kashmir dibahagi menjadi 2 faktor umum iaitu faktor agama konflik

yang didasari atas agama dalam konflik di Kashmir iaitu antara India dan Pakistan. Konflik

Kashmir timbul apabila kedua-dua belah pihak dikatakan mempunyai sebab yang kukuh bagi

menyokong tuntutan masing-masing.2 Penguasa Kashmir melakukan tindakan yang

sewenang-wenang terhadap penduduk muslim seperti yang terjadi pada tahun 1931 dimana

seorang komandan kemananan Hindustan melecehkan Al-Qur’an. Akibatnya, perlawanan

kaum muslimin berkorban disana. Kekerasan yang mencengangkan pun terjadi pada 13 Juli

1931 yang hampir menempatkan kaum muslim Kashmir seperti peristiwa perang Mu’tah. 3

1
Ita, M. (2006). Dilema Masalah Kashmir Dalam Kerangka Hubungan India-Pakistan. Jurnal Pendidikan
Sejarah Fakultas Ilmu Sosial dan Ekonomi Universitas Negeri Yogyakarta. (1)1, ms (1-13).
2
Kurniawan, H. (2013). Konflik India-Pakistan Pasca Kemerdekaan. Jurusan Sejarah dan Kebudayaan Islam
Fakultas Adab dan Ilmu Budaya Univitas Islam Negeri Sunan Kalijaga Yogkarta. ms (10-23).
3
Azharudin. (2013). Sejarah Islam di India Abad ke-8 Hingga abad ke-20. Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala
Lumpur. ms (394-415).
Akhirnya, pada tahun 1931, Sheikh Mohammad Abdullah mendirikan partai politik pertama

yang bernama Kongres Persatuan Muslim Jammu-Kashmir. Pada tahun 1934, sistem

pemerintahan mulai mengarah pada monarkhi yang tidak absolut, kerana Maharaja

mengijinkan adanya dewan legislatif. Sheikh Mohammad Abdullah akhirnya beralih

membentuk Kongres Nasional Sekuler tahun 1939. Hal ini dapat dijadikan tonggak

berdirinya berbagai kelompok yang ada dan berkembang di Kashmir saat ini. Pada tahun

1947, Inggeris membahagi anak benua India di luar Kashmir menjadi dua iaitu India dan

Pakistan. Gerakan Liga Muslim Pakistan yang muncul dari Propinsi Pakistan Barat dan

Bangladesh ini dipimpin oleh Mohammad Ali Jinnah. Pengaruh India – Pakistan terhadap

Kashmir, mulai tampak sejak tahun 1947 ini. 4 Selain itu, Pakistan menuntut Kashmir

berdasarkan realiti bahawa penduduk Kashmir secara majoritinya merupakan penduduk

Islam, sementara India menuntut bahawa sejak sebelum kemerdekaan, wilayah ini merupakan

sebahagian daripada India dan pemerintah yang terakhir ialah pemerintah Hindu yang

berpihak kepada India. Berdasarkan faktor ini, maka kedua-dua belah pihak merasakan

Kashmir hak mereka. Keadaan ini telah menimbulkan ketegangan dan seterusnya,

mencetuskan peperangan sebaik-baik sahaja kemerdekaan antara kedua-dua buah negara

dicapai. Berikutan perkembangan tersebut, satu ketetapan yang dibuat oleh Pertubuhan

Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang dirangka oleh Josef Kobel menetapkan satu

persempadanan sementara. Persempadanan ini dikenali sebagai LOC atau Line-of Control

atau sering kali juga disebutkan sebagai "Garisan Aman" (Cease-fireline).5

Seperti yang dinyatakan diatas, pada awalnya, perang antara India dan Pakistan berawal dari

konflik tentang perebutan wilayah Kashmir. Nehru pada tahun 1956, menyatakan Wilayah

Kashmir merupakan milik India dengan melakukan segala cara untuk menguasai Islam dan

menghapus identiti muslim di Wilayah Kashmir dengan cara pembatasan kelahiran, korupsi
4
ibid.
5
Dhurorudin Mashad. 2004. Kashmir: Derita yang Tak Kunjung Usai. Jakarta: Khalifa.
dan melakukan tindakan Asusila. Perebutan antara India-Pakistan serta kebangkitan

masyarakat tempatan menjadikan konflik di wilayah Kashmir berterusan. Sejak pemisahan

India diumumkan, pelbagai pihak di Kashmir telah mendesak agar Kashmir dimasukkan

dalam Pakistan. Pakıstan telah menyatakan keraguan mengengi penagmbilan Kashmir oleh

India selepas pemisahan Pakistan dan India pada tahun 1947. Islamabad turut menuduh New

Delhi mengingkari resolusi PBB tentang kebebasan untuk menentukan kehendak rakyat

Kashmir. India beranggapan bahawa pengambilan Kashmir berdasarkan undang-undang

sehinggalah pada November 1956 satu deklarası Kashmir merupakan sebahagian daripada

persekutuan India. Keinginan Pakistan untuk mengambil alih Kashmir tıdak pernah luntur

dari India kerana Pakistan yakin dengan dua bangsa yang memperjuangkan Hindu dan Islam.

Teori dua bangsa telah memisahkan India dan Pakistan. Bagı Pakıstan masuknya Kashmir

dalam Pakistan kerana majoriti penduduk di Kashmir penganut agama Islam. 6 Ini

menunjukkan bahawa teori dua bangsa memberi reaksı negatif yang membentuk nasib Asia

Selatan dalam pertengahan abad ke-20. Penduduk Kashmir, merasa bahwa India bersikap

tidak adil akan keberadaan wilayah Kashmir. Kashmir sebagai sebahagian dari India,

seharusnya mendapat perhatian khusus terutama kelompok muslim yang menjadi majoriti di

Lembah Kashmir yang berjumlah sekitar 94,96% pada tahun 1981. Kashmir justeru

mengalami pertumbuhan ekonomi yang rendah, inflasi tinggi, kemiskinan dan pertumbuhan

penduduk Konflik di Kashmir merupakan kesan langsung daripada kegagalan pihak British

untuk menyelesaikan segala permasalahan persempadanan sebelum memberikan


7
kemerdekaan kepada India dan Pakistan. Konflik Kashmir memaparkan kejahilan serta

keegoan pihak kolonial yang gagal memberikan perhatian yang sewajarnya pada aspek di

India dan Pakistan sebaik-baik sahaja keluar dari benua kecil India. Walaupun mungkin isu

6
Azharudin. (2013). Sejarah Islam di India Abad ke-8 Hingga abad ke-20. Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala
Lumpur. ms (394-415).
7
Ita, M. (2006). Dilema Masalah Kashmir Dalam Kerangka Hubungan India-Pakistan. Jurnal Pendidikan
Sejarah Fakultas Ilmu Sosial dan Ekonomi Universitas Negeri Yogyakarta. (1)1, ms (1-13).
Kashmir bermula sebagai isu membabitkan agama, lama-kelamaan turut dikaitkan dengan

politik dan strategik. Kedudukan Kashmir yang strategik dilihat merupakan antara perkara

penting yang menyebabkan kedua-dua negara, Pakistan dan India tidak melepaskan Kashmir

secara mudah. Konflik Kashmir sebenarnya mempunyai perkaitan langsung dengan peristiwa

sejarah pemisahan India pada tahun 1947. Pemisahan ini telah menyebabkan pembentukan

negara India dan Pakistan sebagai dua buah negara yang berasingan, namun masalah Kashmir

dibiarkan tergantung sehingga menimbulkan konflik yang berterusan hingga kini.

Anda mungkin juga menyukai